universiti putra malaysia kewujudan falsafah …psasir.upm.edu.my/id/eprint/48761/1/fpp 2013...

17
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MUHAMMAD ZARIF HASSAN@ZULKIFLI FPP 2013 68 KEWUJUDAN FALSAFAH PENDIDIKAN KESUSASTERAAN MELAYU DALAM NOVEL KESUSASTERAAN MELAYU TINGKATAN 4 DAN 5

Upload: others

Post on 17-Aug-2020

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KEWUJUDAN FALSAFAH …psasir.upm.edu.my/id/eprint/48761/1/FPP 2013 68R.pdf · Pendekatan analisis kandungan kualitatif telah dipilih sebagai kerangka panduan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

MUHAMMAD ZARIF HASSAN@ZULKIFLI

FPP 2013 68

KEWUJUDAN FALSAFAH PENDIDIKAN KESUSASTERAAN MELAYU DALAM NOVEL

KESUSASTERAAN MELAYU TINGKATAN 4 DAN 5

Page 2: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KEWUJUDAN FALSAFAH …psasir.upm.edu.my/id/eprint/48761/1/FPP 2013 68R.pdf · Pendekatan analisis kandungan kualitatif telah dipilih sebagai kerangka panduan

© COPYRIG

HT UPM

KEWUJUDAN FALSAFAH PENDIDIKAN KESUSASTERAAN MELAYU DALAM NOVEL

KESUSASTERAAN MELAYU TINGKATAN 4 DAN 5

MUHAMMAD ZARIF HASSAN@ZULKIFLI

MASTER SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

2013

Page 3: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KEWUJUDAN FALSAFAH …psasir.upm.edu.my/id/eprint/48761/1/FPP 2013 68R.pdf · Pendekatan analisis kandungan kualitatif telah dipilih sebagai kerangka panduan

© COPYRIG

HT UPM

KEWUJUDAN FALSAFAH PENDIDIKAN KESUSASTERAAN MELAYU DALAM NOVEL KESUSASTERAAN MELAYU TINGKATAN 4 DAN 5

Oleh

MUHAMMAD ZARIF HASSAN@ZULKIFLI

Tesis Ini Dikemukakan Kepada Sekolah Pengajian Siswazah Universiti Putra Malaysia Sebagai Memenuhi Keperluan Untuk Ijazah Master Sains

November 2013

Page 4: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KEWUJUDAN FALSAFAH …psasir.upm.edu.my/id/eprint/48761/1/FPP 2013 68R.pdf · Pendekatan analisis kandungan kualitatif telah dipilih sebagai kerangka panduan

© COPYRIG

HT UPM

HAK CIPTA

Semua bahan yang terkandung dalam tesis ini, termasuk teks tanpa had, logo, ikon, gambar dan semua karya seni lain, adalah bahan hak cipta Universiti Putra Malaysia kecuali dinyatakan sebaliknya. Penggunaan mana-mana bahan yang terkandung dalam tesis ini dibenarkan untuk tujuan bukan komersil daripada pemegang hak cipta. Penggunaan komersil bahan hanya boleh dibuat dengan kebenaran bertulis terdahulu yang nyata daripada Universiti Putra Malaysia. Hak cipta © Universiti Putra Malaysia

Page 5: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KEWUJUDAN FALSAFAH …psasir.upm.edu.my/id/eprint/48761/1/FPP 2013 68R.pdf · Pendekatan analisis kandungan kualitatif telah dipilih sebagai kerangka panduan

© COPYRIG

HT UPM

Page 6: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KEWUJUDAN FALSAFAH …psasir.upm.edu.my/id/eprint/48761/1/FPP 2013 68R.pdf · Pendekatan analisis kandungan kualitatif telah dipilih sebagai kerangka panduan

© COPYRIG

HT UPM

iii

Abstrak tesis yang dikemukakan kepada Senat Universiti Putra Malaysia sebagai memenuhi keperluan untuk Ijazah Master Sains

KEWUJUDAN FALSAFAH PENDIDIKAN KESUSASTERAAN MELAYU DALAM NOVEL KESUSASTERAAN MELAYU TINGKATAN 4 DAN 5

Oleh

MUHAMMAD ZARIF HASSAN@ZULKIFLI

November 2013 Pengerusi : Roselan Baki, PhD Fakulti : Pengajian Pendidikan

Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk meneliti kewujudan Falsafah Pendidikan Kesusasteraan Melayu (FPKM) dalam novel mata pelajaran Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan 5 (KM). Penelitian dan penghuraian terhadap tiga konsep asas FPKM merangkumi konsep menjana minda, rohani dan emosi dilaksanakan sebagai asas deduksi penyelidikan ini. Pendekatan analisis kandungan kualitatif telah dipilih sebagai kerangka panduan dalam menyempurnakan kajian ini. Selain itu, teknik analisis dokumen menjadi teknik yang khusus digunakan dalam proses pengumpulan data kajian. Proses penganalisisan data kajian dilakukan semasa dan selepas penyelidikan melalui beberapa aspek yang merangkumi soal pembinaan jadual, bacaan rapi (close reading) serta penyaringan dan pengekodan untuk membina rumusan kajian. Kesahan dan kebolehpercayaan data kajian dilakukan dengan menentukan ketepatan rujukan, ketekunan pengamatan, deskripsi rinci (thick description) dan pemeriksaan rakan sekerja (peer examinations). Dapatan kajian menunjukkan bahawa ketiga-tiga konsep asas FPKM iaitu menjana minda, rohani dan emosi wujud dalam kandungan kedua-dua novel mata pelajaran KM. Kewujudan ketiga-tiga konsep tersebut dipaparkan melalui aspek keperibadian, tingkah laku, sikap, pendirian, nilai serta perwatakan yang tergambar melalui beberapa watak dalam kedua-dua buah novel. Hal ini menunjukkan bahawa maklumat yang menepati dengan ketiga-tiga konsep asas tersebut selari dan memperkukuhkan matlamat serta hasrat pernyataan FPKM. Namun begitu, dapatan kajian memperlihatkan bahawa ketiga-tiga konsep asas FPKM wujud secara dominan hanya melalui watak yang khusus dalam setiap novel. Ini menunjukkan bahawa ketiga-tiga konsep asas FPKM tersebut wujud tidak secara menyeluruh bagi watak yang lain. Sementara itu, kewujudan konsep menjana minda lebih ditekankan dalam kedua-dua novel berbanding konsep rohani dan emosi. Berdasarkan hasil dapatan kajian ini, penyelidik mencadangkan supaya penyelidikan yang khusus berkaitan pernyataan FPKM

Page 7: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KEWUJUDAN FALSAFAH …psasir.upm.edu.my/id/eprint/48761/1/FPP 2013 68R.pdf · Pendekatan analisis kandungan kualitatif telah dipilih sebagai kerangka panduan

© COPYRIG

HT UPM

iv

dilaksanakan agar pernyataan tersebut dapat ditakrif dan ditafsir secara benar, betul dan jelas bagi membolehkan kefahaman terhadapnya dapat difahami secara menyeluruh dalam kurikulum KM. Memandangkan pernyataan FPKM menjadi asas panduan dan matlamat dalam mata pelajaran KM, penyelidik juga mencadangkan agar konsep-konsep asas FPKM dijadikan sebagai salah satu kriteria penting dalam proses pemilihan buku teks bagi mata pelajaran KM bagi mewujudkan kesejajaran isi kandungan mata pelajaran dengan matlamat pendidikan KM.

Page 8: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KEWUJUDAN FALSAFAH …psasir.upm.edu.my/id/eprint/48761/1/FPP 2013 68R.pdf · Pendekatan analisis kandungan kualitatif telah dipilih sebagai kerangka panduan

© COPYRIG

HT UPM

v

Abstract of thesis presented to the Senate of Universiti Putra Malaysia in fulfilment of the requirement for the degree of Master of Science

THE EXISTENCE OF MALAY LITERATURE EDUCATIONAL PHILOSOPHY

IN FORM 4 AND FORM 5 MALAY LITERATURE NOVELS

By

MUHAMMAD ZARIF HASSAN@ZULKIFLI

November 2013

Chairman : Roselan Baki, PhD Faculty : Educational Studies

This study was conducted in order to examine the existence of the Philosophy of Malay Literature education within the Malay Literature subject through analysing the form 4 and form 5 novels. Examination and interpretations concerning several of Malay Literature Educational Philosophy basic concept such as intellectual enquiring, spirituality and emotion was done as basis deduction in conducting this research. In regard, qualitative content analysis approach was selected as the framework guidance in accomplishing this study. Specifically, document analysis technique was employed throughout the process of data collection. The process was done systematically through several aspects which were table construction, close reading, screening, and coding. Moreover, in order to increase the validity and reliability of data, several techniques were employed such as, determining the accuracy of references, perseverance in observation, thick description, and peer examinations. Findings of this study suggested that, in overall the three main concepts, of which intellectual enquiring, spirituality and emotion were present in both Malay Literature novels for form 4 and form 5. The existence of the three concepts were portrayed by several characters within the novels based on several prevailing attributes, which were personality, behaviour, attitude, personal stance, and values. Since the prevailing attributes of several roles in both novels were inclined to the three main concepts stipulated within the philosophy of Malay Literature education, it was concluded that the philosophy of Malay Literature education did exist in Malay Literature subject matter. However, findings also suggested that, the prevailing attributes were only portrayed by specific characters for both novels. This showed that, the main concepts within the philosophy of Malay Literature education were not present in all characters for both novels. Moreover, the concept of intellectual enquiring was given the emphasis more than the concepts of spirituality and emotion in both novels. Based on the findings of this study, the researcher recommended a specific study should be carried out to

Page 9: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KEWUJUDAN FALSAFAH …psasir.upm.edu.my/id/eprint/48761/1/FPP 2013 68R.pdf · Pendekatan analisis kandungan kualitatif telah dipilih sebagai kerangka panduan

© COPYRIG

HT UPM

vi

further understand and accurately translate the philosophy of Malay Literature education in order to ensure a better execution of Malay Literature curriculum in schools. Furthermore, since the philosophy of Malay Literature education is regarded as the foundation of Malay Literature subject matter, the researcher also recommended that the main concepts stipulated within the philosophy should be the main criteria for selecting the appropriate text book for Malay Literature subject matter. The last recommendation was vital in making sure the coherency between content and goals of the Malay Literature education.

Page 10: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KEWUJUDAN FALSAFAH …psasir.upm.edu.my/id/eprint/48761/1/FPP 2013 68R.pdf · Pendekatan analisis kandungan kualitatif telah dipilih sebagai kerangka panduan

© COPYRIG

HT UPM

vii

PENGHARGAAN

Pertamanya, saya memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana atas segala rahmat-Nya dan izin-Nya, penyelidikan dan penulisan tesis ini dapat diselesaikan. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan buat penyelia saya, Dr. Roselan Baki di atas bimbingan, teguran dan nasihat secara ikhlas serta sokongan moral sepanjang saya menyelesaikan penyelidikan ini. Di samping itu, terima kasih saya ucapkan kepada Dr. Naffi Mat, Dr. Fadzilah Abd. Rahman, dan Dr. Shamsudin Othman yang banyak membantu serta memberikan sokongan moral dalam saya melunasi tanggungjawab ini. Tidak lupa juga buat kepada Prof. Madya. Dr. Mohd. Zariat Abd. Rani yang sudi meladeni segala pertanyaan saya dan banyak membantu dalam memperkukuhkan kerangka kefahaman saya dalam usaha untuk melaksanakan kajian ini. Saya juga ingin merakamkan rasa penghargaan terhadap Kementerian Pengajian Tinggi, Malaysia atas pembiayaan biasiswa untuk melengkapkan pengajian ini dan Universiti Putra Malaysia diatas kepercayaan yang telah diberikan kepada saya. Begitu juga kepada pihak Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia yang telah memberikan saya ruang untuk menghadiri beberapa siri kuliah berkala serta beberapa seminar bagi mengukuhkan lagi kefahaman berkaitan disiplin yang saya usahakan. Ucapan terima kasih saya rakamkan juga kepada rakan seperjuangan ilmiah terutamanya rakan-rakan seperjuangan tutor di Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia atas perkongsian pandangan, pendapat, bahan ilmiah serta bantuan dari pelbagai aspek yang memungkinkan saya memperolehi manfaat atas kebaikan budi mereka semua. Sementara itu, rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada isteri tercinta, Nur Athirah Abd. Rahim yang telah banyak berkorban dan sentiasa berdoa dan memberikan sokongan yang tiada terhingga banyaknya dalam menyediakan ruang untuk saya menyiapkan penulisan ini. Pada seluruh kesetiaan dan kasih sayangnya yang dicurahkanlah, saya terhutang budi. Juga kepada anakanda tercinta Muhammad Harith yang padanya saya terhutang pada banyak perkara khususnya masa dan perhatian. Semoga Allah S.W.T memelihara dan merahmati mereka pada setiap masa dan keadaan. Akhir sekali, saya ingin merakamkan terima kasih serta kesyukuran yang tinggi terhadap kedua-dua ibu bapa saya iaitu Hassan@Zulkifli Abd. Majid dan Arpah Hj. Atan, yang begitu setia dan senantiasa berkorban atas pelbagai perkara

Page 11: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KEWUJUDAN FALSAFAH …psasir.upm.edu.my/id/eprint/48761/1/FPP 2013 68R.pdf · Pendekatan analisis kandungan kualitatif telah dipilih sebagai kerangka panduan

© COPYRIG

HT UPM

viii

serta tidak pernah berhenti berdoa agar saya dapat menyelesaikan penulisan tesis ini. Ucapan yang sama saya majukan kepada keseluruhan ahli keluarga saya tidak pernah putus memberikan sokongan yang padu sepanjang saya menyelesaikan penyelidikan ini. Semoga Allah S.W.T senantiasa merahmati mereka di dunia dan di akhirat kelak.

Page 12: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KEWUJUDAN FALSAFAH …psasir.upm.edu.my/id/eprint/48761/1/FPP 2013 68R.pdf · Pendekatan analisis kandungan kualitatif telah dipilih sebagai kerangka panduan

© COPYRIG

HT UPM

ix

Saya mengesahkan bahawa satu Jawatankuasa Peperiksaan Tesis telah berjumpa pada 6 November 2013 untuk menjalankan peperiksaan akhir bagi Muhammad Zarif Bin Hassan@Zulkifli bagi menilai tesis beliau yang bertajuk “Kewujudan Falsafah Pendidikan Kesusasteraan Melayu Dalam Novel Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan 5” mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 dan Perlembagaan Universiti Putra Malaysia [P.U.(A) 106] 15 Mac 1998. Jawatankuasa tersebut telah memperakukan bahawa calon ini layak dianugerahi Ijazah Master Sains. Ahli Jawatankuasa Peperiksaan Tesis adalah seperti berikut : Shafee bin Mohd. Daud, PhD Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia (Pengerusi) Arba’ie bin Sujud, PhD Profesor Madya Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (Pemeriksa Dalaman) Habsah binti Ismail, PhD Profesor Madya Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia (Pemeriksa Dalaman) Zamri bin Mahamod, PhD Profesor Madya Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (Pemeriksa Luar)

___________________ NORITAH OMAR, PhD

Profesor Madya dan Timbalan Dekan Sekolah Pengajian Siswazah Universiti Putra Malaysia

Tarikh : 21 Januari 2014

Page 13: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KEWUJUDAN FALSAFAH …psasir.upm.edu.my/id/eprint/48761/1/FPP 2013 68R.pdf · Pendekatan analisis kandungan kualitatif telah dipilih sebagai kerangka panduan

© COPYRIG

HT UPM

x

Tesis ini dikemukakan kepada Senat Universiti Putra Malaysia dan telah diterima sebagai memenuhi syarat keperluan untuk Ijazah Master Sains. Ahli Jawatankuasa Penyeliaan Tesis adalah seperti berikut : Roselan Baki, PhD Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia (Pengerusi) Fadzilah Abd. Rahman, PhD Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia (Ahli)

_________________________ BUJANG BIN KIM HUAT, PhD

Profesor dan Dekan Sekolah Pengajian Siswazah Univeristi Putra Malaysia Tarikh : 13 Februari 2014

Page 14: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KEWUJUDAN FALSAFAH …psasir.upm.edu.my/id/eprint/48761/1/FPP 2013 68R.pdf · Pendekatan analisis kandungan kualitatif telah dipilih sebagai kerangka panduan

© COPYRIG

HT UPM

xi

PERAKUAN

Saya memperakui bahawa tesis ini adalah hasil kerja saya yang asli melainkan petikan dan sedutan yang tiap-tiap satunya telah dijelaskan sumbernya. Saya juga memperakui bahawa tesis ini tidak pernah dimajukan sebelum ini, dan tidak dimajukan serentak dengan ini, untuk ijazah lain sama ada di Universiti Putra Malaysia atau di institusi lain.

_________________________________ MUHAMMAD ZARIF HASSAN@ZULKIFLI

Tarikh : 6 November 2013

Page 15: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KEWUJUDAN FALSAFAH …psasir.upm.edu.my/id/eprint/48761/1/FPP 2013 68R.pdf · Pendekatan analisis kandungan kualitatif telah dipilih sebagai kerangka panduan

© COPYRIG

HT UPM

xii

JADUAL KANDUNGAN

Halaman ABSTRAK iii ABSTRACT v PENGHARGAAN vii PENGESAHAN ix PERAKUAN xi SENARAI JADUAL xv SENARAI RAJAH xvi SENARAI SINGKATAN xvii SENARAI LAMPIRAN xviii BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang 2

1.2.1 Kewujudan Falsafah Pendidikan Kesusasteraan

Melayu dalam Mata Pelajaran Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan 5 3

1.2.2 Pertukaran Teks Novel Mata Pelajaran Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan 5 5

1.3 Pernyataan Masalah 7 1.4 Persoalan Kajian 9 1.5 Objektif Kajian 9 1.6 Skop dan Batasan Kajian 9 1.7 Kepentingan Kajian 11 1.8 Definisi Operasional 13 1.9 Rumusan 14 II SOROTAN LITERATUR 2.1 Pengenalan 15 2.2 Falsafah Pendidikan Kebangsaan 15 2.2.1 Paksi Falsafah Pendidikan Kebangsaan 16

2.2.2 Hubungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan Kurikulum Kesusasteraan Melayu 19

2.3 Falsafah Pendidikan Kesusasteraan Melayu 21 2.3.1 Konsep Menjana Minda 22

2.3.1.1 Sikap Berusaha Mencari dan Mempertingkatkan Ilmu 23

2.3.2.2 Daya Pemikiran Logik, Kreatif dan Inovatif 24

2.3.2.3 Usaha Memanfaatkan Ilmu untuk Diri, Orang Lain dan Masyarakat 26

Page 16: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KEWUJUDAN FALSAFAH …psasir.upm.edu.my/id/eprint/48761/1/FPP 2013 68R.pdf · Pendekatan analisis kandungan kualitatif telah dipilih sebagai kerangka panduan

© COPYRIG

HT UPM

xiii

2.3.2 Konsep Rohani 28

2.3.2.1 Menyedari dan Menginsafi Hakikat Pencipta 28

2.3.2.2 Menghargai dan Mensyukuri Pemberian Pencipta 30

2.3.2.3 Menyedari dan Menginsafi Tanggungjawab 31 2.3.3 Konsep Emosi 33

2.3.3.1 Perasaan Tenang dan Tingkah Laku Terkawal 33

2.3.3.2 Memiliki dan Memupuk Sikap Kasih Sayang 34

2.3.3.3 Memiliki Semangat Kekitaan dan Perpaduan 35

2.4 Novel Sebagai Bahan Pendidikan Kesusasteraan Melayu 37

2.4.1 Kepentingan Novel dalam Pendidikan Kesusasteraan Melayu 37

2.4.2 Hubungan Novel dengan Falsafah Pendidikan dan Sukatan Pelajaran 40

2.4.3 Hubungan Novel dengan Guru dan Pelajar 42 2.4.4 Novel Pendidikan Kesusasteraan Melayu Berkualiti 44 2.5 Pendekatan Formalistik 47 2.5.1 Penelitian Terhadap Struktur Penceritaan 49 2.5.2 Kepentingan Komponen Perwatakan dalam Novel 52 2.5.3 Teknik Bacaan Rapi 53 2.6 Kerangka Konseptual Kajian 53 2.7 Rumusan 54 III METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 55 3.2 Reka Bentuk Kajian 55 3.2.1 Rasional Pemilihan Kaedah Kajian 57 3.3 Penentuan dan Pemilihan Bahan 59 3.4 Prosedur Perlaksanaan Penyelidikan 60 3.4.1 Peringkat Persediaan 60 3.4.1.1 Pembinaan Kod Analisis 60 3.4.1.2 Organisasi Kod 61 3.4.2 Peringkat Perlaksanaan 63 3.4.2.1 Kaedah Pengumpulan Data 63 3.4.2.2 Kaedah Penganalisisan Data 64 3.5 Kesahan dan Kebolehpercayaan Dapatan Kajian 68 3.5.1 Penentuan Ketepatan Rujukan 68 3.5.2 Ketekunan Pengamatan 69 3.5.3 Deskripsi Rinci (Thick Description) 69 3.5.4 Pemeriksaan Rakan Sekerja (Peer Examination) 69 3.6 Rumusan 70

Page 17: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KEWUJUDAN FALSAFAH …psasir.upm.edu.my/id/eprint/48761/1/FPP 2013 68R.pdf · Pendekatan analisis kandungan kualitatif telah dipilih sebagai kerangka panduan

© COPYRIG

HT UPM

xiv

IV DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN 4.1 Pengenalan 71

4.2 Konsep Falsafah Pendidikan Kesusasteraan Melayu

dalam Novel Kesusasteraan Melayu Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan 5

71

4.2.1 Konsep Menjana Minda 72

4.2.1.1 Sikap Berusaha Mencari dan Mempertingkatkan Ilmu Pengetahuan 73

4.2.1.2 Daya Pemikiran Logik, Kreatif dan Inovatif 76

4.2.1.3 Usaha Memanfaatkan Ilmu untuk Diri, Orang Lain dan Masyarakat 79

4.2.2 Konsep Rohani 81

4.2.2.1 Menyedari dan Menginsafi Hakikat Pencipta 82

4.2.2.2 Menghargai dan Mensyukuri Pemberian Pencipta 84

4.2.2.3 Menyedari dan Menginsafi Tanggungjawab 86 4.2.3 Konsep Emosi 89

4.2.3.1 Perasaan Tenang dan Tingkah Laku Terkawal 90

4.2.3.2 Memiliki dan Memupuk Sikap Kasih Sayang 92

4.2.3.3 Memiliki Semangat Kekitaan dan Perpaduan 94

4.3 Rumusan 96 V RINGKASAN, KESIMPULAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan 97 5.2 Ringkasan Kajian 97 5.3 Implikasi Kajian 98 5.4 Kesimpulan 101 5.5 Cadangan Kajian Masa Depan 102

RUJUKAN 104 LAMPIRAN 123 BIODATA PELAJAR 142