unit 6

43
PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA ETE 208/UNIT6/1 UJIAN PEMASANGAN OBJEKTIF AM : Mengetahui jenis-jenis ujian yang perlu dijalankan sebelum menyambung bekalan sebenar. OBJEKTIF KHUSUS : Di akhir unit ini pelajar akan dapat : Menerangkan istilah pemasangan siap dan tak siap. Menyatakan perlunya ujian dijalankan Mengenalpasti alat-alat kelengkapan ujian Menyenaraikan jujukan ujian pemasangan Menjalankan ujian sebelum menyambung bekalan ST/FB/RM/KKT/2004 UNIT 6 OBJEKTIF INPUT 6A

Upload: api-19729955

Post on 14-Jun-2015

2.067 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: UNIT 6

PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA ETE 208/UNIT6/1

UJIAN PEMASANGAN

OBJEKTIF AM :

Mengetahui jenis-jenis ujian yang perlu dijalankan sebelum menyambung bekalan sebenar.

OBJEKTIF KHUSUS :

Di akhir unit ini pelajar akan dapat :

Menerangkan istilah pemasangan siap dan tak siap. Menyatakan perlunya ujian dijalankan Mengenalpasti alat-alat kelengkapan ujian Menyenaraikan jujukan ujian pemasangan Menjalankan ujian sebelum menyambung bekalan

ST/FB/RM/KKT/2004

UNIT 6

OBJEKTIF

Page 2: UNIT 6

PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA ETE 208/UNIT6/2

6.0 Pengenalan

Setiap pemasangan elektrik yang telah siap perlu diuji dengan beberapa ujian sebelum selamat untuk diberi bekalan.. Tujuannya ialah ialah untuk memastikan pemasangan itu betul-betul selamat dan mematuhi kehendak peraturan IEE semasa digunakan. Walau bagaimanapun, ujian-ujian ini bukanlah merupakan jaminan bahawa pemasangan itu selamat selama-lamanya. Oleh yang demikian, pengujian semula perlu dilakukan dari semasa ke semasa mengikut tempoh yang ditetapkan supaya sebarang bahaya dapat dielakkan dan kerja-kerja penyenggaraan atau penggantian perlu dibuat jika keputusan ujian itu tidak mencapai tahap yang dikehendaki.

6.1 Jenis-jenis Ujian

6.1.1Ujian keterusanUjian ini dilakukan dengan tujuan untuk memastikan

keterusan dari satu hujung kabel ke hujung lain kabel tersebut.Bagi pengalir bumi, adalah penting untuk memastikan

keterusannya dengan bacaan yang rendah diperlukan bagi memudahkan kehendak-kehendak peraturan IEE, jika fius atau pemutus litar hendak digunakan sebagai perlindung kebocoran bumi di samping pelindung arus lebih. Ujian ini dapat dijalankan dengan empat cara iaitu :

i. Ujian arus ulang-alikii. Ujian pengurangan arus ulang-alikiii. Ujian arus terus ke pemasangan arus ulang-alikiv. Ujian arus terus untuk pemasangan arus-terus

i. Ujian arus ulang-alik

Ujian arus ulang-alik adalah dicadangkan supaya dilakukan terhadap pemasangan arus ulang-alik pada

ST/FB/RM/KKT/2004

INPUT 6A

Page 3: UNIT 6

Pengalir Pelindung litar yang diuji( kuprum, kuprum aloi atau aluminium keseluruhannya )

PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA ETE 208/UNIT6/3

frekuensi yang sama dengan frekuensi bekalan dan mempunyai magnitud 1.5x kadar arus litar akhir yang sedang diuji, tetapi arus ujian ini tidak boleh melebihi 25A.

Ujian ini dijalankan selepas bekalan sebenar diputuskan daripada litar akhir yang akan diuji.

Satu daripada penghujung pengalir pelindung litar yang diuji itu hendaklah disambungkan kepada penghujung kabel yang diketahui nilai rintangannya atau disambungkan kepada satu daripada kabel litar akhir itu.

Bekalan sebanyak 50V a.u. dibekalkan kepada penghujung pengalir pelindung litar manakala satu lagi punca bekalan dikenakan kepada hujung kabel yang diketahui nilai rintangannya.

Mengikut peraturan IEE, nilai gelung pengalir pelindung litar hendaklah tidak lebih daripada 1 ohm, iaitu nisbah voltan terbahagi dengan arus selepas ditolak dengan rintangan pengalir yang diketahui nilainya.

ii. Ujian pengurangan Arus Ulang-alik

Ujian pengalir pelindung litar boleh juga dilakukan dengan menggunakan arus ulang-alik yang lebih rendah daripada arus maksimum litar yang diuji itu.

Bekalan ini dapat diperolehi daripada penguji tangan atau sebarang penguji yang boleh menghasilkan arus ulang-alik.

Nilai rintangan pengalir pelindung litar yang diperolehi dalam ujian ini hendaklah tidak melebihi 0.5 ohm setelah ditolak rintangan pengalir pelindung itu dimana ia adalah dari jenis pembuluh keluli atau paip, sama ada sebahagian atau sepenuhnya.

Bagi pengalir pelindung litar yang dibuat daripada kuprum atau kuprum aloi atau aluminium sepenuhnya, nilai rintangan pengalir pelindung litarnya hendaklah tidak melebihi 1 ohm iaitu samalah seperti pada ujian arus ulang-alik.

Semasa ujian ini dijalankan, bekalan sebenar ke litar akhir hendaklah diputuskan. Kabel pembantu dalam ujian ini mungkin kabel neutral atau kabel hidup litar akhir yang diuji pengalir pelindung litarnya, tetapi bacaan nilai pengalir pelindung litar yang didapati tidak begitu tepat.

ST/FB/RM/KKT/2004

Page 4: UNIT 6

M K B

PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA ETE 208/UNIT6/4

iii. Ujian Arus Terus ke Pemasangan Arus Ulang Alik

Sekiranya keputusan ujian pengalir pelindung litar yang diperolehi dengan menggunakan bekalan voltan arus ulang alik tidak memuaskan untuk pemasangan arus ulang-alik, maka bekalan arus terus boleh digunakan sebagai voltan bekalan ujian tersebut dengan syarat disepanjang pengalir pelindung litar itu tidak disambungkan dengan sebarang pearuh.

Nilai rintangan pengalir pelindung litar pada ujian ini hendaklah tidak melebihi 0.5 ohm apabila pengalir keterusan bumi itu menggunakan pembuluh keluli atau paip, sama ada pada sebahagian atau pada keseluruhan pemasangan.

ST/FB/RM/KKT/2004

Rajah 6.1 menunjukkan pemasangan yang menggunakan pengalir pelindung litar sama ada yang dibuat daripada kuprum aloi atau yang diperbuat daripada aluminium

Pintaskan

megar

Pengalir Neutral atau pengalir gantianYang diketahui nilai rintangannya (MΩ )

Page 5: UNIT 6

PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA ETE 208/UNIT6/5

Jika pengalir pelindung litar itu menggunakan pengalir kuprum aloi atau aluminium sepenuhnya, nilai rintangannya hendaklah tidak melebihi 1 ohm.

iv. Ujian Arus Terus untuk Pemasangan Arus Terus

Apabila ujian pengalir pelindung litar pada pemasangan arus terus hendak dilakukan, arus ujian yang diperlukan ialah 1.5 X kadaran arus litar akhir yang diuji itu dan tidak boleh melebihi 25A.

Ujian ini juga boleh dijalankan dengan menguji tangan yang arusnya tidak mencapai nilai arus litar yang diuji.

Langkah-langkah bagi menjalankan ujian ini serupa dengan langkah-langkah untuk menjalankan ujian arus ulang-alik. Rintangan pengalir pelindung litar hendaklah tidak melebihi 1 ohm.

Uji kefahaman anda dengan menjawab soalan-soalan yang diberi.

a. Sebutkan 4 ujian yang biasa digunakan dalam ujian keterusan.i. ............................................................................................ii. ............................................................................................iii. .............................................................................................iv. .............................................................................................

b. Terangkan secara ringkas kaedah setiap ujian-ujian di bawah.i. Ujian arus ulang-alik

1) ............................................................................................................

2) ............................................................................................................

ST/FB/RM/KKT/2004

AKTIVITI 6A

Page 6: UNIT 6

PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA ETE 208/UNIT6/6

3) ............................................................................................................

4) ............................................................................................................

5) ............................................................................................................

ii. Ujian pengurangan arus ulang-alik1) .........................................................................................

...................2) .........................................................................................

...................3) .........................................................................................

...................4) .........................................................................................

...................5) .........................................................................................

...................

iii. Ujian arus terus ke pemasangan arus ulang-alik1) .........................................................................................

...................2) .........................................................................................

...................3) .........................................................................................

...................

iv. Ujian arus terus untuk pemasangan arus-terus1) .........................................................................................

...................2) .........................................................................................

...................3) .........................................................................................

...................

a. Sebutkan 4 ujian yang biasa digunakan dalam ujian keterusan.i. Ujian arus ulang-alik

ST/FB/RM/KKT/2004

MAKLUMBALAS AKTIVITI 6A

Page 7: UNIT 6

PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA ETE 208/UNIT6/7

ii. Ujian pengurangan arus ulang-alikiii. Ujian arus terus ke pemasangan arus ulang-alikiv. Ujian arus terus untuk pemasangan arus-terus

b. Terangkan secara ringkas kaedah setiap ujian-ujian di bawah.

i. Ujian arus ulang-alik

1) Ujian dilakukan terhadap pemasangan arus ulang-alik pada frekuensi yang sama dengan frekuensi bekalan dan mempunyai magnitud 1.5x kadar arus litar akhir yang sedang diuji, tetapi arus ujian ini tidak boleh melebihi 25A.

2) Ujian ini dijalankan selepas bekalan sebenar diputuskan daripada litar akhir yang sedang diuji.

3) Satu daripada penghujung pengalir pelindung litar yang diuji itu hendaklah disambungkan kepada penghujung kabel yang diketahui nilai rintangannya atau disambungkan kepada satu daripada kabel litar akhir itu.

4) Bekalan sebanyak 50V a.u. dibekalkan kepada penghujung pengalir pelindung litar manakala satu lagi punca bekalan dikenakan kepada hujung kabel yang diketahui nilai rintangannya.

5) Mengikut peraturan IEE, nilai gelung pengalir pelindung litar hendaklah tidak lebih daripada 1 ohm, iaitu nisbah voltan terbahagi dengan arus selepas ditolak dengan rintangan pengalir yang diketahui nilainya.

ii. Ujian pengurangan Arus Ulang-alik

1) Ujian dilakukan dengan menggunakan arus ulang-alik yang lebih rendah daripada arus maksimum litar yang diuji itu.

2) Bekalan ini dapat diperoleh daripada penguji tangan atau sebarang penguji yang boleh menghasilkan arus ulang-alik.

3) Nilai rintangan pengalir pelindung litar yang diperoleh dalam ujian ini hendaklah tidak melebihi 0.5 ohm setelah ditolak rintangan pengalir pelindung itu ialah pembuluh keluli atau paip, sama ada sebahagian atau sepenuhnya. Jika pengalir pelindung litar dibuat daripada kuprum atau kuprum aloi atau aluminium sepenuhnya, nilai rintangan pengalir pelindung litarnya hendaklah tidak melebihi 1 ohm iaitu samalah seperti pada ujian arus ulang-alik.

ST/FB/RM/KKT/2004

Page 8: UNIT 6

PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA ETE 208/UNIT6/8

4) Semasa ujian ini dijalankan, bekalan sebenar ke litar akhir hendaklah diputuskan.

5) Kabel pembantu dalam ujian ini mungkin kabel neutral atau kabel hidup litar akhir yang diuji pengalir pelindung litarnya, tetapi bacaan nilai pengalir pelindung litar yang didapati tidak begitu tepat.

iii. Ujian Arus Terus ke Pemasangan Arus Ulang Alik

1) Jika keputusan ujian pengalir pelindung litar yang didapati dengan menggunakan bekalan voltan arus ulang alik tidak memuaskan untuk pemasangan arus ulang-alik, maka bekalan arus terus boleh digunakan sebagai voltan bekalan ujian tersebut dengan syarat disepanjang pengalir pelindung litar itu tidak disambungkan dengan sebarang pearuh.

2) Nilai rintangan pengalir pelindung litar pada ujian ini hendaklah tidak melebihi 0.5 ohm apabila pengalir keterusan bumi itu menggunakan pembuluh keluli atau paip, sama ada pada sebahagian atau pada kesseluruhan pemasangan.

3) Jika pengalir pelindung litar itu menggunakan pengalir kuprum aloi atau aluminium sepenuhnya, nilai rintangannya hendaklah tidak melebihi 1 ohm.

iv. Ujian Arus Terus untuk Pemasangan Arus Terus1) Apabila ujian pengalir pelindung litar pada pemasangan

arus terus hendak dilakukan, arus ujian yang diperlukan ialah 1.5 X kadaran arus litar akhir yang diuji itu dan tidak boleh melebihi 25A.

2) Ujian ini juga dijalankan dengan menguji tangan yang arusnya tidak mencapai nilai arus litar yang diuji.

3) Langkah-langkah bagi menjalankan ujian ini serupa dengan langkah-langkah untuk menjalankan ujian arus ulang-alik. Rintangan pengalir pelindung litar hendaklah tidak melebihi 1 ohm.

ST/FB/RM/KKT/2004

Page 9: UNIT 6

PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA ETE 208/UNIT6/9

4.1.2 Ujian Rintangan Penebatan

Ujian ini dilakukan ialah untuk memastikan ketahanan penebatan antara pengalir dan ketahanan penebatan antara pengalir dengan bumi tidak berlaku sebarang kebocoran atau litar pintas. Secara ringkasnya, bolehlah dikatakan ujian penebatan ini sabagai ujian untuk mengetahui ketahanan penebatan kabel pada pemasangan itu semasa pemasangan tersebut digunakan nanti, iaitu untuk memastikan sama ada litar itu selamat daripada kebocoran arus antara pengalir atau kebocoran arus antara pengalir dengan bumi yang mengakibatkan renjatan elektrik ke bumi.

Ujian ini boleh dijalankan secara litar mati (belum diberikan bekalan) iaitu dengan menggunakan penjana tangan atau alat khas yang mengeluarkan voltan dua kali ganda bekalan pemasangan itu, tetapi tidak melebihi 500 V a.t. Begitu juga untuk pemasangan pada

ST/FB/RM/KKT/2004

INPUT 6B

Page 10: UNIT 6

PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA ETE 208/UNIT6/10

voltan yang lebih daripada voltan rendah, ini berdasarkan kehendak Peraturan IEE mengenai kehendak-kehendak ujian pemasangan :

Ujian rintangan penebatan ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

i. Ujian rintangan penebatan antara pengalirii. Ujian rintangan penebatan antara pengalir dengan bumi

4.1.2.1 Ujian rintangan penebatan antara pengalir

Tujuan ujian ini dilakukan ialah untuk menguji ketahanan rintangan penebatan antara pengalir (dua atau lebih) yang membawa arus. Misalnya antara pengalir hidup dengan pengalir neutral bagi pemasangan 2 dawai atau antara pengalir fasa merah, biru dan kuning bagi sistem pemasangan 3 dawai.

Oleh yang demikian dapatlah diketahui sama ada pada pengalir-pengalir itu berlaku sebarang litar pintas atau kebocoran.

Pada pemasangan yang besar, ujian penebatan ini boleh dibuat secara kumpulan iaitu setiap kumpulan mesti mengandungi tidak kurang daripada 50 keluaran.

Jika pemasangan itu dibuat daripada 12.5 keluaran. Disini, keluaran dimaksudkan sebagai setiap titik keluaran seperti suis, soket alur keluar, peralatan tetap dan sebagainya.

Semua beban yang dipasang dalam pemasangan itu hendaklah ditanggalkan daripada sambungannya. Jika tidak boleh ditanggalkan, suis-suis yang mengawal beban atau peralatan itu hendaklan ditutup.

Tutup suis utama dan sentuhkan kedua-dua punca alat/peranti penguji tangan itu ke punca atas bahagian keluaran suis utama (yang dimaksudkan di sini ialah punca hidup dan neutralnya).

Bacaan yang diperolehi daripada meter penguji itu hendaklah tidak kurang daripada 1 megaohm, jika kurang daripada nilai

ST/FB/RM/KKT/2004

Page 11: UNIT 6

PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA ETE 208/UNIT6/11

tersebut bermakna penebatan pengalir itu tidak sempurna. Sekiranya bekalan diberikan juga, kebocoran dan litar pintas akan berlaku antara pengalir.

Rajah 6.2 Ujian penebatan antara pengalir di pemasangan 1 fasa

Alat-alat atau beban yang ditanggalkan dalam ujian tidak perlu dilakukan ujian penebatan antara pengalirnya secara berasingan, kerana kedua-dua punca alat/peranti penguji itu menyentuh kedua-dua punca kabel alat tersebut dan bacaan yang diperoleh hendaklah tidak kurang daripada 0.5 megaohm.

Jika kurang daripada nilai itu bermakna alat itu boleh menyebabkan litar pintas apabila digunakan kelak.

ST/FB/RM/KKT/2004

Sekurang-kurangnya 50 keluaran untuk satu kumpulan di

pemasangan yang besar

semua beban hendaklah ditanggalkan dan suis-suis kawalan dimatikan jika beban itu tidak dapat ditanggalkan

Tanggalkan fius lainyang bukan berada dalamkumpulannya

Megar Bekalan diputuskan

N L

Bacaannya tidak kurang daripada 1 megaohm

L N

Page 12: UNIT 6

PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA ETE 208/UNIT6/12

Bagi bekalan 3 fasa berneutral, ujian penebatan ini dilakukan dengan 4 cara ujian iaitu:i. Ujian penebatan pengalir neutral dengan fasa-fasa.ii. Ujian penebatan antara pengalir fasa merah dengan

pengalir-pengalir fasa lain.iii. Ujian penebatan antara pengalir kuning dengan

pengalir-pengalir fasa lain.iv. Ujian penebatan antara pengalir biru dengan pengalir-

pengalir fasa lain

ST/FB/RM/KKT/2004

Rajah 6.3 Ujian penebatan antara pengalir bagi peralatan yang ditanggalkan

Tanggalkan atau hidupkan suisnya

Kebel mudah lentur peralatan

Megar

Bacaan tidak kurang daripada 10 megaohm

Sekurang-kurangnya 50 keluaran untuk satu kumpulan di pemasangan yang besar

Page 13: UNIT 6

PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA ETE 208/UNIT6/13

ohm

4.1.2.2 Ujian rintangan penebatan antara pengalir dengan bumi

Ujian ini dilakukan untuk mengetahui kekuatan penebatan pengalir-pengalir itu supaya tidak membocorkan arus ke bumi apabila pengalir itu diberikan bekalan nanti.

Jika ujian ini tidak dilakukan dan seandainya pemasangan itu rosak penebatannya, pengguna akan menerima padahnya lebih-lebih lagi jika perlindungan arus bocor ke bumi tidak berkendali.

Pengguna yang terpegang rangka alat elektrik yang dibuat daripada logam akan mendapat renjatan elektrik.

Selain itu arus bocor itu boleh mengakibatkan kebakaran jika ia melalui bahagian yang renggang dan persekitaran bahan yang mudah terbakar.

Bagi mengelakkan bahaya-bahaya ini, ujian penebatan antara pengalir dan bumi perlu dijalankan agar pengguna dan pemasangan itu selamat.

ST/FB/RM/KKT/2004

Rajah 6.4 Ujian penebatan antara pengalir neutral dan fasa merah untuk pemasangan 3 dawai a.u

Megar

Papan Agihan 3 Fasa

Bacaan tidak kurang daripada 1 megaohm

Page 14: UNIT 6

PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA ETE 208/UNIT6/14

Bagi menjalankan ujian ini langkah-langkah yang perlu dibuat samalah seperti yang dilakukan pada ujian penebatan antara pengalir iaitu semua beban hendaklah ditanggalkan daripada sambungannya.

Jika tidak boleh ditanggalkan, suis yang mengawal beban itu hendaklah ditutup.

Pengalir-pengalir yang membawa arus dicantumkan sekaligus, umpamanya pengalir neutral dan pengalir hidup dicantumkan di punca masuk suis utama jika belum diberikan bekalan sebenar.

Jika bekalan sebenar sudah ada, suis utama hendaklah ditutup. Cantumkan sekali pengalir hidup dan satu punca peranti/alat penguji ke pangkalan bumi pada papan agihan.

Bacaan yang diperoleh hendaklah tidak kurang daripada 1 megaohm.

ST/FB/RM/KKT/2004

Rajah 6.5 Ujian penebatan antara pengalir fasa merah dengan pengalir fasa lain untuk pemasangan 3 dawai a.u

Sekurang-kurangnya 50 keluaran untuk satu kumpulan di pemasangan yang besar

Papan Agihan 3 Fasa

Bacaan tidak kurang daripada 1 megaohm

Megar

Page 15: UNIT 6

PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA ETE 208/UNIT6/15

Ujian ini boleh dilakukan secara berkumpulan dengan setiap kumpulan terdiri daripada sekurang-kurangnya 50 titik keluaran. Ujian begini biasanya dilakukan untuk pemasangan yang besar.

Beban-beban yang ditanggalkan dalam ujian penebatan tadi perlu diuji penebatannya iaitu antara pengalir dan bumi secara berasingan.

Pengalir-pengalir yang membawa arus disatukan dan kemudian disentuh pada punca penguji sementara punca penguji yang satu lagi disentuhkan ke punca bumi.

Bacaan yang diperolehi dalam ujian ini hendaklah tidak kurang daripada 0.5 megaohm, jika kurang daripada nilai ini bererti ketahanan penebatan itu tidak terjamin.

ST/FB/RM/KKT/2004

Rajah 6.6 Ujian litar pintas dan keterusan bagi peralatan yang ditanggalkan (suis alat ini dihidupkan)

Meter ohm

Dihidupkan suisnya

Bacaanya tidak kurangDaripada nilai rintanganAlat.

Contoh : Alat 1000 w / 240 v Nilai rintangan alat = 2402

10000 = 57.6 ohm

Page 16: UNIT 6

PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA ETE 208/UNIT6/16

Ujian rintangan penebatan antara pengalir dan bumi tidak boleh dijalankan pada sistem pengambilan bekalan TN-C (bumi sepusat) kerana pelindung dan neutralnya adalah sepunya (bercantum)(PEN) di sepanjang sistem itu (tiada pengalir bumi).

ST/FB/RM/KKT/2004

Rajah 6.7 Ujian penebatan antara pengalir dengan bumi di pemasangan 4 dawai a.u

Sekurang-kurangnya50 keluaran bagi satuKumpulan di pemasangan yang besar dan semua beban mestilah ditanggalkan jika boleh atau matikan suis yang mengawal beban itu

mager

Papan Agihan

Tanggalkan fius lain yang bukan dalam kumpulannya

Page 17: UNIT 6

PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA ETE 208/UNIT6/17

Uji kefahaman anda dengan menjawab soalan-soalan yang diberi.

a. Tuliskan tujuan ujian rintangan penebatan.............................................................................................

b. Terangkan mengapakah ujian perlu dijalankan pada sesuatu pemasangan?............................................................................................................

c. Dua bahagian ujian rintangan penebatan ialah :i. ................................................................................................ii. ................................................................................................

d. Ujian rintangan penebatan antara pengalir dengan bumi dilakukan dengan tujuan :............................................................................................................

.......

e. Bacaan yang diperolehi dalam ujian litar pintas bagi peralatan yang di tanggalkan dari punca bekalan ialah :

i. 0.5 mega ohmii. 5.0 mega ohmiii. 0.5 kilo ohmiv. 50 kilo ohm

ST/FB/RM/KKT/2004

AKTIVITI 6B

Page 18: UNIT 6

PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA ETE 208/UNIT6/18

a. Tuliskan tujuan ujian rintangan penebatan.Untuk memastikan ketahanan penebatan antara pengalir dan

ketahanan penebatan antara pengalir dengan bumi tidak berlaku sebarang kebocoran atau litar pintas.

b. Terangkan mengapakah ujian perlu dijalankan pada sesuatu pemasangan?

Tujuannya ialah untuk mengesan sebarang kerosakan sebelum bekalan sebenar diberikan bagi menjamin keselamatan sesuatu pemasangan.

c. Dua bahagian ujian rintangan penebatan ialah :i. Ujian rintangan penebatan antara pengalirii. Ujian rintangan penebatan antara pengalir dengan bumi

d. Ujian rintangan penebatan antara pengalir dengan bumi dilakukan dengan tujuan :

Ujian ini dilakukan untuk mengetahui kekuatan penebatan pengalir-pengalir itu supaya tidak membocorkan arus ke bumi apabila pengalir itu diberikan bekalan.

e. Bacaan yang diperolehi dalam ujian litar pintas bagi peralatan yang di tanggalkan dari punca bekalan ialah :

i. 0.5 mega ohmii. 5.0 mega ohmiii. 0.5 kilo ohmiv. 50 kilo ohm

ST/FB/RM/KKT/2004

MAKLUMBALAS AKTIVITI 6B

Page 19: UNIT 6

H H

PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA ETE 208/UNIT6/19

4.1.3 Ujian KekutubanTujuan utama ujian ini dilakukan ialah untuk

memastikan semua alat kawalan satu kutub seperti fius, suis satu hala-satu kutub, termostat dan sebagainya berada pada pengalir hidup.

Ujian ini juga adalah untuk memastikan sambungan tepi pemegang lampu Edison, bahagian kiri soket alur keluar dan dalam palam berada pada pengalir neutral. Ringkasnya, ujian ini ialah untuk memastikan sambungan kekutuban berada pada tempat yang betul.

N N

4.1.3.1 Ujian Litar Mati

Litar mati bermakna litar pemasangan ini belum diberikan bekalan. Jika bekalan di pemasangan itu telah ada, tutupkan dahulu suis utamanya.

ST/FB/RM/KKT/2004

INPUT 6C

Ada arus walaupun suis dimatikan

Tiada arus selepassuis dimatikan

Kekutuban yang salah

Kekutuban yang betul

Rajah 6.8 Kekutuban yang betul dan salah

Page 20: UNIT 6

PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA ETE 208/UNIT6/20

Ujian kekutuban semasa litar mati boleh dilakukan dengan menggunakan meter ohm, loceng elektrik dan sebarang alat penguji keterusan.

Untuk menjalankan ujian ini, punca hidup pada bekalan masuk selepas suis utama hendaklah dipastikan terlebih dahulu , kerana punca ini akan menjadi panduan dan rujukan dalam ujian yang akan dilakukan nanti.

Satu daripada punca penguji hendaklah diletakkan ke punca hidup selepas suis utama itu, sementara yang satu lagi disentuh kepada setiap bahagian yang hendak diketahui kekutubannya seperti di fius, kotak agihan, suis, lampu, soket alur keluar dan sebagainya.

Bagi menunjukkan kekutubannya betul, alat/peranti penguji akan berkendali iaitu jika diuji dengan menggunakan loceng, loceng itu akan berbunyi.

Jika diuji dengan menggunakan lampu, lampu itu akan menyala. Jika diuji dengan menggunakan meter ohm, meter tersebut akan menunjukkan bacaan yang kurang daripada 1 ohm.

ST/FB/RM/KKT/2004

Page 21: UNIT 6

PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA ETE 208/UNIT6/21

ST/FB/RM/KKT/2004

Rajah 6.9 Kekutuban pengalir hidup (ujian litar mati)

Page 22: UNIT 6

PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA ETE 208/UNIT6/22

Adalah perlu diingat semasa melakukan ujian ini, semua alat seperti lampu serta alat mudah alih ( contohnya kipas angin ), hendaklah ditanggalkan daripada titik atau palamnya untuk mengelakkan kekeliruan semasa menjalankan ujian nanti kerana loceng, lampu atau alat meter ohm akan berkendali meskipun litar itu salah kekutubannya.

Jika alat-alat itu tidak dapat ditanggalkan, suis yang mengawalnya hendaklah ditutup.

Kekutuban yang dibincangkan dalam ujian di atas hanyalah untuk kekutuban pengalir hidup.

Jika kekutuban pengalir neutral hendak diuji, satu daripada punca alat /peranti penguji hendaklah disentuhkan ke punca neutral suis utama dan satu lagi punca alat/peranti penguji digunakan untuk menjalankan ujian –ujian kekutuban neutral.

Punca alat/peranti penguji akan disentuhkan pada setiap alat yang perlu diketahui kekutuban neutralnya seperti pada soket alur keluar, ros siling , sentuhan luar pemegang lampu Edison dan sebagainya.

Alat /peranti penguji akan berkendali jika kekutubannya betul.

ST/FB/RM/KKT/2004

Page 23: UNIT 6

PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA ETE 208/UNIT6/23

4.1.3.2 Ujian Litar hidup

ST/FB/RM/KKT/2004

Rajah 6.10 Kekutuban pengalir neutral (ujian litar mati)

Page 24: UNIT 6

PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA ETE 208/UNIT6/24

Litar hidup bermakna pemasangan ini telah menerima voltan bekalan yang sebenarnya. Ujian litar hidup ini dapat dijalankan sama ada dengan menggunakan alat/peranti penguji seperti lampu penguji 240 V (atau mengikut voltan bekalan) atau menggunakan meter volt atau loceng yang berkendali pada voltan 240 V (atau mengikut voltan bekalan) atau menggunakan sebarang penguji keterusan yang boleh berkendali pada voltan 240 V(atau mengikut voltan bekalan pada pemasangan itu).

ST/FB/RM/KKT/2004

Suis Utama dihidupka

Soket alur

keluar

( Lampu 240 volt/meter volt )

Hasilnya (menyala/memberikan bacaan voltan bekalan)

Tanggalkan Beban

Page 25: UNIT 6

PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA ETE 208/UNIT6/25

Ujian litar hidup ini juga sama dengan ujian litar mati iaitu punca hidup dan punca neutral pada suis utama hendaklah dikenal pasti.

Setelah itu sentuhkan satu punca penguji tadi kepada punca neutral pada suis utama itu, tidak pada punca hidup seperti yang dilakukan pada ujian litar mati.

Satu lagi punca penguji disentuhkan kepada setiap tempat yang diuji kekutuban pengalir hidupnya, seperti pada kotak agihan, suis satu kutub, soket alur keluar dan sebagainya.

Untuk menguji kekutuban itu betul, alat/peranti penguji akan berkendali.

Jika lampu digunakan sebagai penguji, lampu itu akan menyala. Jika menggunakan meter volt, meter volt tersebut akan menunjukkan bacaan voltan bekalan.

Begitu juga jika penguji dengan menggunakan alat-alat lain. Jika alat/peranti penguji itu tidak berkendali, bererti litar itu terputus sambungannya atau mungkin sambungannya longgar atau salah kekutubannya.

ST/FB/RM/KKT/2004

Rajah 6.11 Kekutuban pengalir hidup dengan ujian litar hidup

Page 26: UNIT 6

PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA ETE 208/UNIT6/26

Ujian kekutuban yang dibincangkan di atas hanyalah untuk kekutuban pengalir hidup. Jika ujian kekutuban pengalir neutral hendak dibuat, alat/peranti penguji pada suis utama itu hendaklah diubah daripada punca neutral kepunca hidup dan punca alat/peranti penguji yang satu lagi disentuhkan kepada alat-alat yang hendak diuji kekutubannya.

Alat/peranti penguji itu memperolehi litar yang lengkap. Ujian kekutuban dengan litar hidup ini serupa juga dengan ujian pada litar mati. Semua beban yang boleh ditanggalkan dari sambungannya hendaklah ditanggalkan. Jika tidak boleh ditanggalkan, suis yang mengawal alat tersebut hendaklah ditutup supaya kerja-kerja ujian mudah dilakukan dan sebarang kekeliruan dapat dielakkan. Ujian secara litar hidup lebih bahaya daripada ujian secara litar mati. Oleh itu ujian ini hendaklah dijalankan dengan berhati-hati dan dilakukan oleh

ST/FB/RM/KKT/2004

Rajah 6.11 Ujian kekutuban pengalir neutral dengan ujian litar hidup

Page 27: UNIT 6

PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA ETE 208/UNIT6/27

orang yang berkelayakan sahaja sebagaimana yang telah ditetapkan dalam peraturan IEE.

4.1.4 Ujian keterusan litar gelang

Ujian ini bertujuan bagi memastikan setiap pengalir pada litar gelang mempunyai keterusan yang baik. Dalam perkataan lain pengalir pada litar gelang ini seolah-olah seperti gelang yang tidak putus dan rintangannya hampir sifar. Ujian ini perlu dijalankan pada setiap pengalir litar termasuk pengalir pelindung litar bagi litar gelang itu. Ujian ini dapat dijalankan dengan dua kaedah. Kedua-dua kaedah ini menggunakan meterohm tetapi cara pengambilan bacaan adalah berbeza.

6.1.4.1 Kaedah A.

Langkah pertama yang perlu dilakukan ialah mengukur rintangan setiap pengalir litar gelang itu di antara kedua dua hujung pengalir itu yang terbuka dan belum bersambung dengan unit pengguna (pengalir fasa, neutral dan pengalir pelindung). Catatkan bacaan setiap pengalir, lihat Rajah 6.12 (a).

Langkah kedua ialah menyambungkan hujung setiap pengalir litar gelang itu kepada unit pengguna dan tutupkan suis pemutus litar atau tanggalkan fius litar akhir gelang yang sedang diuji pada unit pengguna itu.

Langkah ketiga ialah mengukur rintangan di antara pangkalan unit pengguna dengan titik tengah litar gelang itu bagi setiap pengalir. Catatkan bacaannya, lihat Rajah 6.12 (b). Perlu diingat, titik tengah gelang itu diambil berdasarkan panjang pendawaian bukan pada keseimbangan beban dan nilai rintangan yang diperoleh hendaklah ditolak dengan nilai rintangan dawai penguji bagi memperoleh bacaan sebenar. Bacaan yang sepatutnya diperoleh ialah seperempat daripada

ST/FB/RM/KKT/2004

Page 28: UNIT 6

PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA ETE 208/UNIT6/28

bacaan yang diperolehi daripada langkah pertama. Disebabkan pada langkah pertama pengalir-pengalir itu disambung secara siri dengan meter ohm, oleh itu langkah keempat ini merupakan pengukuran rintangan pengalir yang disambung selari, lihat Rajah 6.12 (c). Sebagai contoh, jika ujian pertama memberikan bacaan 2R, maka separuh daripadanya ialah R. Jika disambung selari pula bacaan rintangan menjadi R/2=1/4 x 2R.

6.1.4.2 Kaedah B

Langkah pertama ujian bagi kaedah ini sama seperti langkah pertama ujian bagi kaedah A, begitu juga dengan langkah keduanya.

Langkah ketiga ialah menyambungkan ketiga-tiga punca soket alur keluar yang berhampiran dengan titik tengah gelang dan ukur rintangan pangalir antara punca-punca sambungan fasa neutral dan catatkan nilainya. Nilai ini sepatutunya separuh daripada nilai yang diperoleh daripada ujian pada langkah pertama tadi ( lihat rajah dibawah 3 ). Jika pengalir pelindung litar gelang ini didawaikan dalam bentuk gelang (laluan pergi dan balik kabel berasingan), ujian rintangan boleh dibuat antara punca fasa dan punca pengalir pelindung pada unit pengguna dan nilai yang diperoleh hendaklah dalam anggaran jumlah seperempat nilai rintangan pengalir fasa dan pengalir pelindung dalam ujian langkah pertama.

Ujian keterusan litar gelang kaedah B mempunyai beberapa kelebihan, antaranya ialah dawai penguji tambahan tidak diperlukan. Dengan itu pengukuran rintangan dawai ini dan penolakan nilai rintangan pengalir yang diuji tidak perlu dilakukan.

Catatan.Beban yang disambungkan ke soket alur keluar hendaklah ditanggalkan. Semasa ujian dijalankan bekalan hendaklah diputuskan.

ST/FB/RM/KKT/2004

Page 29: UNIT 6

PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA ETE 208/UNIT6/29

ST/FB/RM/KKT/2004

Rajah 6.12(a) Menguji Keterusan ( Rintangan ) Litar Gelang

Page 30: UNIT 6

PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA ETE 208/UNIT6/30

ST/FB/RM/KKT/2004

Rajah 6.12(b) Mengukur rintangan pengalir pada titik tengah litar gelang

Page 31: UNIT 6

PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA ETE 208/UNIT6/31

ST/FB/RM/KKT/2004

Rajah 6.12(c) Mengukur rintangan pengalir selari litar gelang

Page 32: UNIT 6

PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA ETE 208/UNIT6/32

Uji kefahaman anda dengan menjawab soalan-soalan yang diberi.

a. Apakah tujuan ujian kekutuban?............................................................................................................

...............

b. Namakan dua jenis ujian kekutuban.i.

................................................................................................................ii.

................................................................................................................

c. Terangkan secara ringkas kaedah ujian di bawah:i. Ujian Litar Mati

.................................................................................................................

.................................................................................................................

.................................................................................................................

.................................................................................................................

.................................................................................................................

.................................................................................................................

.................................................................................................................

ii. Ujian Litar Hidup...................................................................................................

.................................................................................................................

..............

ST/FB/RM/KKT/2004

AKTIVITI 6C

Page 33: UNIT 6

PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA ETE 208/UNIT6/33

.................................................................................................................

.................................................................................................................

.................................................................................................................

.................................................................................................................

.................................................................................................................

a. Apakah tujuan ujian kekutuban?Tujuan utama ujian ini dilakukan ialah untuk memastikan

semua alat kawalan satu kutub seperti fius, suis satu hala-satu kutub, termostat dan sebagainya berada pada pengalir hidup.

b. Namakan dua jenis ujian kekutuban.i. Ujian Litar Matiii. Ujian Litar Hidup

c. Terangkan secara ringkas kaedah ujian di bawah:i. Ujian Litar Mati

1) Pastikan punca hidup pada bekalan masuk selepas suis utama sebagai panduan dan rujukan dalam ujian yang akan dilakukan nanti.

2) Satu daripada punca penguji hendaklah diletakkan ke punca hidup selepas suis utama itu, sementara yang satu lagi disentuh kepada setiap bahagian yang hendak diketahui kekutubannya seperti di fius, kotak agihan, suis, lampu, soket alur keluar dan sebagainya.

3) Bagi menunjukkan kekutubannya betul, alat/peranti penguji akan berkendali iaitu jika diuji dengan menggunakan loceng, loceng itu akan berbunyi. Jika diuji dengan menggunakan lampu, lampu itu akan menyala. Jika diuji dengan menggunakan meter ohm,

ST/FB/RM/KKT/2004

MAKLUMBALAS AKTIVITI 6C

Page 34: UNIT 6

PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA ETE 208/UNIT6/34

meter tersebut akan menunjukkan bacaan yang kurang daripada 1 ohm.

ii. Ujian Litar Hidup

1) Pastikan punca hidup dan punca neutral pada suis utama.

2) Sentuhkan satu punca penguji tadi kepada punca neutral pada suis utama itu. Satu lagi punca penguji disentuhkan kepada setiap tempat yang diuji kekutuban pengalir hidupnya, seperti pada kotak agihan, suis satu kutub, soket alur keluar dan sebagainya.

3) Untuk menguji kekutuban itu betul, alat/peranti penguji akan berkendali. Jika lampu digunakan sebagai penguji, lampu itu akan menyala. Jika menggunakan meter volt, meter volt tersebut akan menunjukkan bacaan voltan bekalan. Begitu juga jika penguji dengan menggunakan alat-alat lain. Jika alat/peranti penguji itu tidak berkendali, bererti litar itu terputus sambungannya atau mungkin sambungannya longgar atau salah kekutubannya.

ST/FB/RM/KKT/2004

Page 35: UNIT 6

PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA ETE 208/UNIT6/35

4.1 Jujukan Ujian

Mengikut kehendak IEE jujukan ujian yang dicadangkan adalah seperti berikut:

1. Ujian keterusan litar akhir gelang.2. Menguji keterusan pengalir pelindung dan pengikat.3. Mengukur rintangan elektrod buminya.4. Mengukur rintangan penebatan termasuk pemasangan di

kawasan pembinaan.5. Memeriksa pelindungan yang diberikan oleh penutup atau sawar.6. Mengukur penebatan lantai atau dinding yang tidak menjadi

pengalir.7. Menentukan kekutuban.8. Mengukur galangan gegelung rosak ke bumi.9. Menguji kendalian pemutus litar bocor ke bumi.

4.2.1 Ujian keterusan litar gelang

Tujuan ujian ini ialah untuk memastikan kesemua kabel dan pengalir di litar itu mempunyai keterusan yang baik. Terdapat dua cara bagaimana ujian ini dijalankan iaitu :

i. menguji di pangkalan litar iaitu di kotak agihanii. menguji di pangkalan dan di pertengahan litar.

Bacaan keterusan pengalir = Bacaan ‘A’ = Bacaan ‘B’ - Bacaan ‘C’ 4

ST/FB/RM/KKT/2004

INPUT 6D

Page 36: UNIT 6

PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA ETE 208/UNIT6/36

Bacaan keterusan pengalir = Bacaan ‘A’ + Bacaan ‘B’4 4

4.2.2 Menguji keterusan pengalir pelindung

Ujian ini dijalankan bagi memastikan pengalir pelindung itu betul sambungnnya dan mempunyai sambungan baik (waras) dari segi elektrik dan mekanik. Rintangan pengalir pelindung itu mestilah tidak melebihi had agar galangan gegelung rosak ke bumi mencukupi untuk membolehkan peranti pelindung arus lebih bekerja.

Ujian ini boleh dijalankan dengan menggunakan meter universal (ohm) atau menggunakan bekalan A.U. atau A.T. tidak melebihi 50 volt, 25 Amp.

4.2.3 Mengukur rintangan penebatan

Dengan mengukur rintngan penebatan, dapatlah diketahui sama ada litar itu tidak berlitar pintas atau bocor atau dalam erti kata yang lain adakah penebat kabel pemasangan itu dapat membenteras arus agar tidak keluar daripada lingkungan pengalir kabel.

Alat penguji rintangan penebatan ini hendaklah mampu membekalkan voltan a.t. pada kadar tidak kurang daripada dua kali ganda voltan bekalan litar yang diuji tetapi tidak perlu melebihi 500 V jika pemasangan itu menggunakan bekalan 500 V.

Ujian ini boleh dijalankan bagi keseluruhan pemasangan itu kecil. Oleh sebab suis, pemasangan lampu, soket alur keluar dan kelengkapan elektrik yang lain menjadi punca utama kebocoran, bilangan penebatan menjadi penentu kumpulan ujian penebatan yang sepatutnya dijalankan. Bilangan minimum setiap kumpulan ialah 50.

Terdapat dua jenis ujian penebatan, iaitu:i. penebatan di antara pengalir berbumi dan pengalir-

pengalir tidak berbumi (pengalir hidup dan neutral atau fasa merah, biru dan kuning)

ii. Penebatan di antara pengalir fasa dengan pengalir neutral atau di antara pengalir fasa merah, biru dan kuning.

ST/FB/RM/KKT/2004

Page 37: UNIT 6

PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA ETE 208/UNIT6/37

4.2.4Memeriksa pelindung yang diberikan oleh penutup atau sawar

Penutup atau sawar ini digunakan untuk melindungi bahagian pengalir yang membawa arus daripada bersentuh secara langsung. Penutup dan sawar ini hendaklah mengikut BS 5490 di mana lubang atau ruang tidak terlalu besar. Terdapat dua jenis yang perlu diperiksa iaitu:

i. 1P2X – Sebarang sentuhan tidak boleh dilakukan dengan ‘probe’ melebihi diameter 12 mm dan panjang kurang daripada 80 mm ( saiz jari manusia )

ii. 1P4X – Pelindungan yang lebih halus kecuali daripada benda yang tebalnya 1 mm atau berdiameter 1 mm.

4.2.5Mengukur penebatan lantai atau dinding yang tidak menjadi pengalir.

Ujian ini dijalankan apabila sesuatu tempat yang bukan pengalir dijadikan pelindung daripada kejutan. Ketiga-tiga poin dari lantai atau dinding tempat itu hendaklah diuji dan jarak di antaranya dalam anggaran 1 meter dan 1.2 meter dari bahagian pengalir yang terdedah seperti paip air, pembuluh gas dan sebagainya.

Bacaan ujian ini mestilah tidak kurang daripada 50 kohm bagi bekalan biasa atau tidak melebihi 100 kohm bagi bekalan 500 – 1000 volt.

4.2.6Menentukan kekutuban

Ujian ini dijalankan bagi memastikan perkara berikut dipatuhi:i. Semua suis atau kawalan satu kutub fius atau

pemutus litar disambungkan hanya pada pengalir fasa (hidup).

ii. Sentuhan luar atau bahagian skru pemegang lampu skru edison disambungkan pada pengalir neutral atau bumi dan sentuhan tengah pemegang lampu itu disambungkan pada pengalir fasa.

ST/FB/RM/KKT/2004

Page 38: UNIT 6

PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA ETE 208/UNIT6/38

iii. Bagi semua jenis soket alur keluar, bahagian pin sebelah kiri atau bertanda ‘N’ ke pengalir neutral dan pin yang bertanda ‘E’ ke pengalir pelindung.

Ujian ini mestilah dijalankan sewaktu semua suis berada pada kedudukan hidup dan kesemua beban ditanggalkan atau diputuskan litarnya.

Ujian kekutuban ini boleh dijalankan dengan menggunakan meter ohm atau bateri dan loceng sewaktu bekalan belum disambungkan. Ujian ini sebenarnya menguji keterusan sambungan setiap pengalir dari suis utama atau papan agihan ke suis soket alur keluar dan sebagainya yang hendak diketahui kekutubannya.

4.2.7Menguji kendalian pemutus litar bocor ke bumi

Ujian ini hanyalah untuk memastikan alat pelindungan arus bocor kebumi bekerja jika berlaku sebarang kebocoran arus ke bumi. Oleh kerana itu, alat yang digunakan sebagai penguji mestilah daripada jenis yang dapat memberikan arus bocor ke bumi pada kadar yang paling minimum. Biasanya peranti pelindung bocor ke bumi akan bekerja pada kadar voltan tidak melebihi 50 volt di antara bumi dengan pengalir fasa. Ujian ini hendaklah dijalankan sesingkat yang boleh bagi mengelakkan bahaya kebocoran yang mungkin terjadi sekiranya peranti pelindungan itu tidak bekerja.

ST/FB/RM/KKT/2004

Page 39: UNIT 6

PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA ETE 208/UNIT6/39

Uji kefahaman anda dengan menjawab soalan-soalan berikut :-

a. Mengikut kehendak IEE jujukan ujian yang dicadangkan adalah:i. .............................................ii. .............................................iii. .............................................iv. .............................................

b. Tujuan ujian keterusan litar gelang adalah ............................................................................................................

c. Dua jenis ujian penebatan ialah :i. ...........................................................ii. ...........................................................

ST/FB/RM/KKT/2004

AKTIVITI 6D

Page 40: UNIT 6

PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA ETE 208/UNIT6/40

d. Kenyataan di bawah merupakan keterangan yang tepat bagi ujian..............i. Semua suis atau kawalan satu kutub fius atau pemutus

litar disambungkan hanya pada pengalir fasa (hidup).ii. Sentuhan luar atau bahagian skru pemegang lampu

skru edison disambungkan pada pengalir neutral atau bumi dan sentuhan tengah pemegang lampu itu disambungkan pada pengalir fasa.

iii. Bagi semua jenis soket alur keluar, bahagian pin sebelah kiri atau bertanda ‘N’ ke pengalir neutral dan pin yang bertanda ‘E’ ke pengalir pelindung.

a. ujian kekutubanb. ujian keterusanc. ujian rintangan penebatan

d.ujian pengalir perlindungan

a.Mengikut kehendak IEE jujukan ujian yang dicadangkan adalah:i. Ujian keterusan litar akhir gelang.ii. Menguji keterusan pengalir pelindung dan pengikat.iii. Mengukur rintangan elektrod buminya.iv. Mengukur rintangan penebatan termasuk pemasangan

di kawasan pembinaan.

b.Tujuan ujian keterusan litar gelang adalah Untuk memastikan kesemua kabel dan pengalir di litar itu mempunyai keterusan yang baik.

c.Dua jenis ujian penebatan ialah :

ST/FB/RM/KKT/2004

MAKLUMBALAS AKTIVITI 6D

Page 41: UNIT 6

PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA ETE 208/UNIT6/41

i. penebatan di antara pengalir berbumi dan pengalir-pengalir tidak berbumi (pengalir hidup dan neutral atau fasa merah, biru dan kuning)

ii. Penebatan di antara pengalir fasa dengan pengalir neutral atau di antara pengalir fasa merah, biru dan kuning.

d.Kenyataan di bawah merupakan keterangan yang tepat bagi ujian?

i. Semua suis atau kawalan satu kutub fius atau pemutus litar disambungkan hanya pada pengalir fasa (hidup).

ii. Sentuhan luar atau bahagian skru pemegang lampu skru edison disambungkan pada pengalir neutral atau bumi dan sentuhan tengah pemegang lampu itu disambungkan pada pengalir fasa.

iii. Bagi semua jenis soket alur keluar, bahagian pin sebelah kiri atau bertanda ‘N’ ke pengalir neutral dan pin yang bertanda ‘E’ ke pengalir pelindung.

a. ujian kekutubanb. ujian keterusanc. ujian rintangan penebatan

d. ujian pengalir perlindungan

ST/FB/RM/KKT/2004

a

Page 42: UNIT 6

PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA ETE 208/UNIT6/42

UJIAN DEFINISI KAEDAH1. Ujian Litar Mati

- Litar pemasangan ini belum diberikan bekalan.

1. Tentukan punca hidup sebagai rujukan.

2. Satu daripada punca penguji diletakkan ke punca hidup selepas suis utama.

3. Punca pengujian yang satu lagi disentuhkan kepada setiap bahagian yang hendak diuji kekutubannya sepeti fius, kotak agihan, suis, lampu dan soket alur keluar.

2. Ujian Litar Hidup

- Litar pemasangan ini telah menerima voltan bekalan.

1. Tentukan punca hidup dan punca neutral.2. Sentuhkan satu punca penguji kepada punca neutral.3. Sentuhkan satu punca yang satu lagi kepada setiap tempat yang diuji kekutuban pengalir hidupnya seperti pada kotak agihan, suis satu kutub, soket alur keluar dan sebagainya.

3. Ujian keterusan

-memastikan keterusan dari satu hujung kabel ke hujung

-Ujian arus ulang-alik-Ujian pengurangan arus ulang-alik-Ujian arus terus ke

ST/FB/RM/KKT/2004

FAKTA KUNCI

Page 43: UNIT 6

PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA ETE 208/UNIT6/43

4.Ujian Rintangan Penebatan

lain kabel tersebut.

-Ujian ini dilakukan ialah untuk memastikan ketahanan penebatan antara pengalir dan ketahanan penebatan antara pengalir dengan bumi tidak berlaku sebarang kebocoran atau litar pintas

pemasangan arus ulang-alik-Ujian arus terus untuk pemasangan arus-terus

- Ujian rintangan penebatan antara pengalir- Ujian rintangan penebatan antara pengalir dengan bumi

ST/FB/RM/KKT/2004

Page 44: UNIT 6

PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA ETE 208/UNIT6/44

Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan.Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda.

SELAMAT MENCUBA

1. Ujian yang dijalankan dengan tujuan untuk mengetahui kedudukan suis, fius dan alat kawalan satu kutub yang lain berada pada dawai hidup disebut sebagai

a.ujian keterusanb.ujian rintangan penebatanc.ujian kekutuband.ujian mata kasar

2. Berapakah jumlah voltan yang diperlukan untuk menjalankan ujian penebatan pada pemasangan voltan sederhana? a. kurang dari 415 v

b. kurang dari 240 vc. tidak melebihi 500 vd. tidak melebihi 110 v

3. Bilakah pemutus litar bocor ke bumi digunakan di sesuatu pemasangana. Apabila berlaku arus bocor ke bumi pada sesuatu pemasanganb. Apabila berlaku kerosakan pada alatan yang menyebabkan arus bocor ke bumic. Apabila pelindung arus lebih litar itu tidak boleh berkendali ketika berlaku arus bocor ke bumi akibat dari nilai galangan gelung buminya yang tinggid. Apabila berlaku kebocoran arus lebih dari satu tempat pada sesuatu pemasangan.

ST/FB/RM/KKT/2004

PENILAIAN KENDIRI

Page 45: UNIT 6

PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA ETE 208/UNIT6/45

4.Tujuan menjalankan ujian rintangan penebatan pada sesuatu pemasangan ialah

a.......................................................................................................................................

b.......................................................................................................................................

c.......................................................................................................................................

5. Lakukan latihan berdasarkan kepada lembaran kerja BIL. D KRITIKAL SKIL 1 dan KRITIKAL SKIL 2.

ST/FB/RM/KKT/2004

Page 46: UNIT 6

PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA ETE 208/UNIT6/46

Sudahkah anda mencuba? Jika YA sila semak jawapan dibawahJika TIDAK sila selesaikan bahagian penilaian kendiri terlebih dahulu.

Jawapan

1. Ujian yang dijalankan dengan tujuan untuk mengetahui kedudukan suis, fius dan alat kawalan satu kutub yang lain berada pada dawai hidup disebut sebagai

a.ujian keterusanb.ujian rintangan penebatanc.ujian kekutuband. ujian mata kasar

2. Berapakah jumlah voltan yang diperlukan untuk menjalankan ujian penebatan pada pemasangan voltan sederhana? a. kurang dari 415 v

b. kurang dari 240 vc. tidak melebihi 500 vd. tidak melebihi 110 v

3. Bilakah pemutus litar bocor ke bumi digunakan di sesuatu pemasangana. apabila berlaku arus bocor ke bumi pada sesuatu pemasanganb. apabila berlaku kerosakan pada alatan yang menyebabkan arus bocor ke bumi

ST/FB/RM/KKT/2004

MAKLUM BALAS PENILAIAN KENDIRI

Page 47: UNIT 6

PEMASANGAN ELEKTRIK TIGA FASA ETE 208/UNIT6/47

c. apabila pelindung arus lebih litar itu tidak boleh berkendali ketika berlaku arus bocor ke bumi akibat dari nilai galangan gelung buminya yang tinggid. apabila berlaku kebocoran arus lebih dari satu tempat pada sesuatu pemasangan.

4.Tujuan menjalankan ujian rintangan penebatan pada sesuatu pemasangan ialah :

a. memastikan tidak berlakunya litar pintas antara pengalir hidup dan neutralb. tidak ada kebocoran antara pengalir dan bumic. menguji ketahanan penebatan dari segi keupayaan

voltannya.

5. Rujuk Lampiran

ST/FB/RM/KKT/2004