elektrik kejuruteraan unit 6

Upload: ahmad-wafiuddin

Post on 29-May-2018

269 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/9/2019 Elektrik Kejuruteraan Unit 6

    1/17

    PRINSIP ASAS PEMUAT E1063/UNIT6/1

    6

    Unit

    PRINSIP ASAS PEMUAT

    (CAPACITOR)

    OBJEKTIF AM

    Memahami prinsip-prinsip asas pemuat dalam litar elektrik.

    OBJEKTIF KHUSUS

    Di akhir unit ini anda dapat :

    Mentakrifkan pemuat beserta dengan unitnya.

    Melukis cas-cas di atas plat pemuat.

    Menjelaskan penyusunan pemuat dalam litarsiri dan selari.

    Memberikan contoh-contoh kesan pemuat

    dalam litar dan alat elektrik.

  • 8/9/2019 Elektrik Kejuruteraan Unit 6

    2/17

    PRINSIP ASAS PEMUAT E1063/UNIT6/2

    6.0 PEMUAT

    Pemuat adalah satu peranti elektrik yang berkemampuan untuk menyimpan tenaga

    elektrik. Kuantiti dan lamanya tenaga yang boleh disimpan bergantung kepada nilai

    kemuatan pemuat tersebut. Tenaga elektrik yang disimpan di dalam pemuat berbentuk

    cas di mana satu plat akan mempunyai cas negatif (-ve) dan plat lain mempunyai casberlawanan iaitu cas positif (+ve) seperti dalam Rajah 6.1 di bawah.

    Arah pengaliran arus

    + + + + + + + +

    _ _ _ _ C

    V _ _ _ _

    Rajah 6.1 : Cas Di Atas Plat Pemuat

    Pemuat atau juga dinamakan kondenser terbina dengan dua pengalir yang disusun

    bertentangan antara satu sama lain dan dipisahkan oleh bahan penebat . Pengalir bagi

    penebat itu dipanggil plat dan penebat pemisah itu dipanggil dielektrik seperti yang

    ditunjukkan dalam Rajah 6.2(a), manakala Rajah 6.2(b) pula menunjukkan simbol bagi

    pemuat.

    Penebat

    Pengalir Simbol :C Unit : Farad (F)

    (a) (b)

    Rajah 6.2 : Binaan Asas Pemuat

    INPUT

  • 8/9/2019 Elektrik Kejuruteraan Unit 6

    3/17

    PRINSIP ASAS PEMUAT E1063/UNIT6/3

    6.1 KEMUATAN

    Kemuatan ialah sifat sesuatu pemuat untuk menyimpan tenaga elektrik . Ia juga boleh

    ditakrifkan sebagai kuantiti atau jumlah cas elektrik yang diperlukan untuk mengadakan

    satu perbezaan upaya di antara dua platnya. Unit bagi kemuatan ialah Farad (F),

    simbolnya C. Kemuatan 1 Farad bermakna suatu pemuat boleh menyimpan 1 coulombcas elektrik apabila voltan dibekalkan pada pemuat itu ialah 1 volt. Hal ini dapat

    ditunjukkan secara persamaan (6.1).

    Kemuatan, (Farad) =)(

    )(

    VoltBezaupaya

    CoulombCas

    (6.1)

    Dalam penggunaan harian, unit Farad mungkin terlalu besar untuk digunakan.

    Kemuatan pemuat biasanya menggunakan unit-unit gabungan yang lebih kecil misalnya

    mikroFarad (F) atau pikoFarad (pF).

    1 mikroFarad = 10-6

    Farad

    1 pikoFarad = 10-12

    Farad

    6.2 TENAGA ELEKTRIK DI DALAM PEMUAT

    Tenaga elektrik di dalam pemuat boleh dikira dengan menggunakan persamaan (6.2) di

    bawah.

    (6.2)

    Kita juga boleh menerbitkan beberapa formula tenaga eletrik di dalam pemuat denganmemasukkan persamaan (6.1) ke dalam persamaan (6.2).

    2

    2

    1CVE dan )(

    2

    12

    C

    QE (6.3)

    V

    QC

    QVE2

    1

  • 8/9/2019 Elektrik Kejuruteraan Unit 6

    4/17

    PRINSIP ASAS PEMUAT E1063/UNIT6/4

    Contoh 6.1 :

    Sebuah pemuat 8pF di sambungkan ke bekalan kuasa 600V. Kirakan cas dan tenaga yang

    dapat disimpan oleh pemuat tersebut.

    Penyelesaian :

    Diketahui cas, CVQ

    = )600)(108(12

    x = 4.8 x 10-7 C

    tenaga elektrik,

    )600)(108.4(2

    1 12xQVE 2.88 x 10-9 Joule

    6.3 JENIS-JENIS PEMUAT

    a) Pemuat Jenis Dielektrik Udara Boleh Ubahb) Pemuat Jenis Kertasc) Pemuat Jenis Poliesterd) Pemuat Jenis Mikae) Pemuat Jenis Seramikf) Pemuat Jenis Elektrolitikg) Pemuat Jenis Tantalum

    6.4 KEGUNAAN PEMUAT DALAM LITAR ELEKTRIK

    a) Meninggikan faktor kuasa litar elektrik.b) Mengurangkan bunga api semasa suis dibuka dalam litar.c) Mengurangkan gangguan ulangan radio dalam penghidup litar lampu pendaflour.d) Menguatkan arus elektrik.e) Menyimpan cas elektrik.

    Pelajar semua seharusnyafaham di dalam pertukaran

    unit kerana ia

    mempengaruhi jawapan didalam sebarang pengiraan.Jika tidak pasti, gunakan

    calculator.

  • 8/9/2019 Elektrik Kejuruteraan Unit 6

    5/17

    PRINSIP ASAS PEMUAT E1063/UNIT6/5

    AKTIVITI 6A

    6.1. Berikan takrifan bagi pemuat dan kemuatan .

    6.2. Lukiskan gambar rajah cas di atas plat sebuah pemuat.

    6.3. Sebuah pemuat 50F di sambungkan ke bekalan kuasa 240V. Kirakan cas dan tenaga

    yang dapat disimpan oleh pemuat tersebut.

    6.4. Nyatakan tiga(3) kegunaan pemuat di dalam bidang elektrik.

  • 8/9/2019 Elektrik Kejuruteraan Unit 6

    6/17

    PRINSIP ASAS PEMUAT E1063/UNIT6/6

    MAKLUM BALAS 6A

    6.1.Pemuat ialah komponen elektronik yang berkemampuan untuk menyimpan cas eletrik.Kemuatan ialah sifat sesuatu pemuat yang berkemampuan untuk menyimpan cas dan

    tenaga elektrik.

    6.2. Gambar rajah cas di atas plat sebuah pemuat adalah seperti rajah di bawah;Arah pengaliran arus

    + + + + + + + +

    _ _ _ _ C

    V _ _ _ _

    Cas di atas plat pemuat

    6.3. Diketahui cas, CVQ

    = )240)(1050(6x = 12 x 10-3 C

    tenaga elektrik,

    )240)(1012(2

    1 12xQVE 2.88 Joule

    6.3. Kegunaan pemuat di dalam bidang elektrik adalah :a). Meninggikan faktor kuasa litar elektrik.

    b). Mengurangkan bunga api semasa suis dibuka dalam litar.c). Mengurangkan gangguan ulangan radio dalam penghidup litar lampu pendaflour.

    d). Menguatkan arus elektrik.

    e). Menyimpan cas elektrik.

    (Pilih tiga sahaja)

  • 8/9/2019 Elektrik Kejuruteraan Unit 6

    7/17

    PRINSIP ASAS PEMUAT E1063/UNIT6/7

    6.5 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI NILAI KEMUATAN

    Terdapat tiga(3) faktor yang mempengaruhi nilai kemuatan sebuah pemuat iaitu,

    keluasan plat, jarak di antara plat dan ketelapan.

    6.5.1 Keluasan Plat, A

    Di mana kemuatan berkadar terus dengan luas keratan rentas bagi plat. Ini

    bermakna kemuatan sebuah pemuat berubah mengikut keluasan plat pemuat.

    Keluasan plat yang besar dapat menampung banyak elektron dan dapat

    menyimpan banyak cas.

    AC .

    6.5.2 Jarak Di Antara Kedua-Dua Plat, d

    Di mana kemuatan berkadar songsang dengan jarak di antara plat. Ini bermakna

    kemuatan bagi satu pemuat berubah apabila jarak di antara platnya berubah.

    Kemuatan akan bertambah apabila plat-plat didekatkan bersama dan

    berkurangan apabila plat-platnya dijauhkan.

    dC

    1

    6.5.3 Ketelapan, Di mana kemuatan berkadar terus dengan ketelapan pengalir.

    C .

    INPUT

  • 8/9/2019 Elektrik Kejuruteraan Unit 6

    8/17

    PRINSIP ASAS PEMUAT E1063/UNIT6/8

    6.6 REGANGAN BERKEMUATAN,CX

    Dalam litar AU arus dan voltan bekalan sentiasa berubah-ubah. Oleh itu proses

    mengecas juga berubah. Pada separuh kitar pertama, ia mengecas pada satu arah arus

    dan pada separuh kitar kedua ia mengecas pemuat itu pada arah yang bertentangan pula.Pada masa yang sama wujud satu nilai penentangan arus ketika voltan bekalan mula

    menurun yang dipanggil regangan. Dalam litar pemuat regangan ini dipanggil

    regangan berkemuatan,. Nilai regangan berkemuatan ini berkadar songsang dengan

    nilai frekuensi voltan A.U. Dalam bentuk persamaan matematik ia boleh ditulis seperti

    persamaan (6.4).

    Simbol :CX , Unit : ohm ( )

    CXC

    1 , di mana f 2 .

    (6.4)

    di mana, C = kemuatan (F)

    )(Hzfrekuensif

    halaju sudut(rads-1

    )

    2 = pemalar

    Contoh 6.2

    Pemuat 8F disambungkan ke bekalan 240V, 50Hz. Kirakan berapakah nilai regangan

    berkemuatan.

    Penyelesaian :

    9.397)108(2

    121 6xfC

    XC

    fCXC

    2

    1

  • 8/9/2019 Elektrik Kejuruteraan Unit 6

    9/17

    PRINSIP ASAS PEMUAT E1063/UNIT6/9

    6.7 PENYUSUNAN PEMUAT DALAM LITAR SESIRI DAN SELARI

    Kaedah analisis litar pemuat berbeza sedikit dengan kaedah analisis litar pearuh dan

    perintang. Dalam bahagian ini para pelajar akan didedahkan mengenai analisis litar

    sesiri, selari dan gabungan kedua-duanya.

    6.7.1 Litar Sesiri

    C1 C2 C3

    V

    Rajah 6.3 : Litar Sesiri

    a). Kemuatan jumlah bagi litar sesiri boleh dikira menggunakan persamaan (6.5).

    (6.5)

    Persamaan (6.5) di atas boleh juga ditulis dalam bentuk persamaan (6.6).

    323121

    321

    CCCCCC

    CCCCj

    (6.6)

    b). Cas setiap pemuat adalah sama,

    jQQQQ 321 , di mana VCQ jj (6.7)

    c). Kejatuhan voltan pada setiap pemuat adalah berbeza bergantung kepada nilai

    kemuatan masing-masing dan boleh dikira dengan menggunakan persamaan (6.8).

    1

    1C

    QV

    j

    C ,2

    2C

    QV

    j

    C dan3

    3C

    QV

    j

    C (6.8)

    321

    1111

    CCCCj

  • 8/9/2019 Elektrik Kejuruteraan Unit 6

    10/17

    PRINSIP ASAS PEMUAT E1063/UNIT6/10

    Untuk dua(2) buah pemuat seperti litar Rajah 6.4 di bawah, kemuatan jumlah juga boleh dikira

    dengan menggunakan persamaan (6.9).

    C1

    V

    (6.9)

    (6.9)

    C2

    Rajah 6.4 : Litar Sesiri 2 Pemuat

    Kejatuhan voltan pada setiap pemuat boleh dikira dengan menggunakan formula (6.10) dibawah.

    VCC

    CVC )(

    21

    2

    1

    VCC

    CVC )(

    21

    1

    2

    Cas yang melalui setiap pemuat juga sama,

    jQQQ 21 di mana VCQ jj .

    21

    21

    CC

    CCC

    j

    (6.10)

    Pelajar digalakkanmenggunakan per. (6.8)untuk mengira kejatuhanvoltan pada setiappemuat. Pers.(6.10) tidakdigalakkan kerana iamengelirukan pelajar.

    Begitu juga untuk mengirakemuatan jumlah. Pelajardigalakkan menggunakanpers.(6.5) kerana pelajarselalu cuai apabilamenggunakan pers.(6.6)

  • 8/9/2019 Elektrik Kejuruteraan Unit 6

    11/17

    PRINSIP ASAS PEMUAT E1063/UNIT6/11

    6.7.2 Litar Selari

    a). Kemuatan jumlah, Cj bagi litar pemuat selari adalah hasil tambah semua kemuatan

    dalam litar. Formula matematiknya adalah seperti persamaan (6.11) di bawah.

    V C1 C2 C3

    Rajah 6.5 : Litar Selari

    (6.11)

    b). Kejatuhan voltan pada setiap pemuat adalah sama ;

    jCCC VVVV 321 (6.12)

    c). Cas yang melalui setiap pemuat adalah berbeza bergantung kepada nilai kemuatan

    pemuat tersebut dan ia boleh dikira dengan menggunakan persamaan (6.13).

    1

    1C

    VQ

    j

    C ,

    2

    2C

    VQ

    j

    C dan

    3

    3C

    VQ

    j

    C

    (6.13)

    Contoh 6.3

    Berapakah nilai kemuatan bagi tiga(3) buah pemuat, masing-masing dengan kemuatan 120F

    jika ia disambung secara :a) selarib) sesiri

    Penyelesaian

    a) 321 CCCCJ = (120+120+120) x 10-6

    = 360 x 10-6

    = 360 F (selari)

    b)40

    1

    120

    3

    120

    1

    120

    1

    120

    11111

    321

    CCCCj

    (sesiri)

    FCj 40 .

    321 CCCCj

  • 8/9/2019 Elektrik Kejuruteraan Unit 6

    12/17

    PRINSIP ASAS PEMUAT E1063/UNIT6/12

    Contoh 6.4

    Dua(2) buah pemuat mempunyai kemuatan masing-masing dengan nilai F6 dan F10

    dihubungkan bersiri dengan satu bekalan kuasa 200V. Dapatkan ;a) Jumlah kemuatan

    b) Cas setiap pemuat

    c) Bezaupaya merentasi setiap pemuat.

    Penyelesaian :

    a) Kemuatan jumlah, jC

    21

    21

    CC

    CCC

    j

    = F75.3106

    )10)(6(

    b) Cas setiap pemuat adalah sama ,

    CxxVCQQQ jj 75010750)200)(1075.3(66

    21

    c) Kejatuhan voltan pada setiap pemuat,

    Vx

    x

    C

    QV

    j125

    106

    107506

    6

    1

    1

    Vx

    x

    C

    Q

    Vj

    751010

    107506

    6

    2

    2

    Tahukah Anda ? Jika di dalamsuatu soalan itu mempunyai nilai

    yang sama unitnya, semasa

    penyelesaian dilakukan unit

    tersebut tidak perlu dimasukkanuntuk memudahkan proses

    pengiraan. Unit hanya perlu

    dimasukkan pada jawapan akhir

    sahaja.

  • 8/9/2019 Elektrik Kejuruteraan Unit 6

    13/17

    PRINSIP ASAS PEMUAT E1063/UNIT6/13

    AKTIVITI 6B

    6.4. Nyatakan faktor-faktor yang mempengaruhi nilai kemuatan sebuah pemuat.

    6.5. Apakah yang dimaksudkan dengan regangan berkemuatan.

    6.6 Berapakah nilai kemuatan bagi tiga(3) buah pemuat, masing-masing dengan

    kemuatan 120F, 240 F dan 360 F jika ia disambung secara :

    a). Selari

    b). Sesiri

    Selesaikan soalan dalam aktiviti ini sebelum anda

    menjawab soalan dalam Penilaian Kendiri..

    Selamat Mencuba.

  • 8/9/2019 Elektrik Kejuruteraan Unit 6

    14/17

    PRINSIP ASAS PEMUAT E1063/UNIT6/14

    MAKLUM BALAS 6B

    6.4 Terdapat tiga(3) faktor yang mempengaruhi nilai kemuatan sebuah pemuat ;i). Keluasan platii). Jarak antara plat

    iii). Ketelapan penebat.

    6.5 Regangan berkemuatan ialah penentangan pengaliran arus terhadap pemuat apabilabekalan

    voltan mula menurun.

    6.6 a) 321 CCCCJ

    = (120+240+360) x 10

    -6

    = 720 x 10

    -6

    = 720 F (selari)

    b) 0153.0360

    1

    240

    1

    120

    11111

    321

    CCCCj

    (sesiri)

    FCj 45.65

    0153.0

    1 .

  • 8/9/2019 Elektrik Kejuruteraan Unit 6

    15/17

    PRINSIP ASAS PEMUAT E1063/UNIT6/15

    Penilaian Kendiri

    1. Berikan definisi bagi regangan berkemuatan berserta persamaan dalam bentuk matematik.

    2. Berikan definisi pemuat, seterusnya lukiskan binaan asas pemuat beserta simbol dan

    unitnya.

    3. Lukiskan gambar rajah yang menunjukkan cas di atas plat pemuat dan beberapa

    kegunaannya.

    4. Dapatkan nilai kemuatan jumlah bagi litar-litar dalam Rajah K6.1 di bawah;

    i). 120 F

    A 40 F 60 F 80 F B

    20 F

    850pF

    ii).

    350 F

    200 F

    A

    400 F

    B500pF

    Rajah K6.1

  • 8/9/2019 Elektrik Kejuruteraan Unit 6

    16/17

    PRINSIP ASAS PEMUAT E1063/UNIT6/16

    MAKLUM BALAS KENDIRI

    1. Regangan berkemuatan ialah penentangan arus ketika voltan bekalan mula menurunyang dipanggil regangan. Dalam bentuk persamaan matematik ia boleh ditunjukkan

    dalam persamaan di bawah.

    fCXC

    2

    1 di mana, C = kemuatan (F)

    )(Hzfrekuensif

    halaju sudut(rads-1

    )

    2 = pemalar

    2. Pemuat adalah satu peranti elektrik yang berkemampuan untuk menyimpan tenagaelektrik, manakala rajah dibawah menunjukkan binaan asas dan simbolnya.

    Penebat

    Pengalir Simbol :C Unit : Farad (F)

    (a) Binaan asas pemuat (b) Simbol

    3. Gambar rajah cas di atas plat sebuah pemuat adalah seperti rajah di bawah;

    Arah pengaliran arus

    + + + + + + + +

    _ _ _ _ C

    V _ _ _ _

  • 8/9/2019 Elektrik Kejuruteraan Unit 6

    17/17

    PRINSIP ASAS PEMUAT E1063/UNIT6/17

    Terdapat beberapa kegunaan pemuat di dalam bidang elektrik antaranya ;

    a). Meninggikan faktor kuasa litar elektrik.

    b). Mengurangkan bunga api semasa suis dibuka dalam litar.

    c). Mengurangkan gangguan ulangan radio dalam penghidup litar lampu pendaflour.

    d). Menguatkan arus elektrik.

    e). Menyimpan cas elektrik

    4. i). FCP 2002060120 (selari)

    80

    1

    200

    1

    40

    1

    80

    11

    40

    11

    PS CC0.0425 (sesiri)

    0425.0

    1SC 23.53 F

    FxxxxCC SAB 4.241044.2108501053.2310850

    512612

    (selari)

    ii). FCA 750400300 (selari)

    pFCFC AAB 850

    11

    200

    11

    (sesiri)

    9

    12661019.1

    10850

    1

    10750

    1

    10200

    1x

    xxx

    Fxx

    CAB10

    91045.8

    1019.1

    1