nota sivik (unit 6)

7
Cerita Raky at Nama: Ooi Huey-En Kelas: 1A3 Nama Guru: Nis Fasiha binti Che Lah

Upload: 13olivia001

Post on 27-Oct-2015

598 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Hate Sivik? Me Too. But this may help when it comes to revision for your Sivik test. Nota Unit 6: Cerita Rakyat

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Sivik (Unit 6)

CeritaRakyat

Nama: Ooi Huey-EnKelas: 1A3Nama Guru: Nis Fasiha binti Che Lah

Page 2: Nota Sivik (Unit 6)

Isi KandunganBil Perkara m/s

1 Pendahuluan 1

2 Nakhoda Tanggang 2

3 Kura-kura Yang Pintar 3

4 Penutup 4

Page 3: Nota Sivik (Unit 6)

PendahuluanMasyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yang

mempunyai warisan budayanya yang tersendiri. Antaranya ialah cerita rakyat. Cerita rakyat ialah ekspresi budaya satu masyarakat.

Secara umumnya, berikut ialah ciri-ciri cerita rakyat.

Penyebaran atau penyampaian cerita dilakukan secara lisan iaitu dari mulut ke mulut. Ia diwariskan secara turun-temurun dari satu generasi ke satu generasi dalam sesuatu kaum.

Cerita adalah berdasrakan kehidupan masyarakat setempat.Mempunyai elemen pengajaran dan teladan.Alat muzik dan nyanyian turut diselitkan dalam proses

penceritaan.

Cerita rakyat masyarakat Melayu biasanya disampaikan ialah tukang cerita, iaitu penglipur lara. Kebanyakan cerita adalah tentang tanggungjawab ibu bapa, anggota keluarga, dan nilai-nilai masyarakat Bidayuh serta persekitarannya.

Tujuan cerita rakyat ini disampaikan adalah sebagai satu cara masyarakat dahulu untuk mengisi masa lapang serta sebagai hiburan setelah seharian penat bekerja. Di samping itu, mereka mendapat nasihat dan teladan yang berguna daripada setiap cerita yang didengari untuk dijadikan sebgai pengajaran.

Contoh-contoh cerita rakyat:

Nakhoda Tanggang Kura-kura Yang Pintar

Page 4: Nota Sivik (Unit 6)

Nakhoda Tanggang

Si Tanggang yang miskin tinggal bersama ibu bapanya di sebuah kampung yang terpencil. Pada suatu hari, Si Tanggang medayung sampan sehingga sampai ke muara sungai. Nakhoda kapal yang berlabuh di sana tertarik hati oleh kecekapan Si Tanggang mendayung sampan. Si Tanggang ditangkap oleh orang suruhannya dan dibawa berlayar.

Dalam perlayaran, Si Tanggang melakukan semua kerja di atas kapal itu. Dia dilayan dengan baik dan dilantik sebagai nakhoda yang baru.

Pada suatu petang, kapal Nakhoda Tanggang berlabuh di kampung asalnya. Ibunya segera datang menemui Nakhoda Tanggang kerana terlalu merinduinya. Namun begitu, Nakhoda Tanggang menghalau ibunya kerana malu mengakui ibunya yang miskin dan uzur.

Ibunya bersa sangat sedih dan pilu kerana Nakhoda Tanggang telah melukakan hatinya. Dia berseru agar Tuhan menunjukkan kepada Si Tanggang bahawa dia ibu kandungnya.

Tiba-tiba kapal yang sedang berlabuh itu terumbang-ambing dipukul ribut. Nakhoda Tanggang berasa sangat kesal. Dia insaf bahawa Tuhan telah memperkenankan doa ibunya.

Nakhoda Tanggang cuba meminta maaf tetapi terlalu lambat. Gelombang yang kuat memecahkan kapalnya. Kapal yang pecah

Page 5: Nota Sivik (Unit 6)

dan anak-anak kapal termasuk Si Tanggang bertukar menjadi batu. Itulah balasan kepada anak yang menderhaka.

Kura-kura Yang Pintar

Pada zaman dahulu, di Pulau Borneo tinggal seekor kura-kura bujang yang yatim piatu. Dia berkawan dengan seekor kera. Apabila Si Kera mati, kura-kura mengambil seruas tulang Si Kera dan meminta Dewa Bubuk membuat seruling untuknya. Si Kura-kura membawa seruling itu ke mana-mana sahaja dan menuipnya semasa dia kesepian.

Kemerduan tiupan seruling Si Kura-kura telah sampai ke pendengaran Raja Ungka. Dia ingin memiliki seruling. Dia memperdayakan Si Kura-kura lalu merampas seruling itu.

Bagi Si Kura-kura, perbuatan Raja Ungka amat melampau. Dia mendapatkan pertolongan daripada Ketam Gergasi untuk merampas kembali seruling itu. Dalam usaha untuk merampas seruling itu, Raja Ungka megalami cedera kerana disepit oleh Ketam Gergasi. Kecederaan itu membawa maut kepada Raja Ungka. Itulah akibatnya yang diterima oleh Raja Ungka disebabkan sikapnya yang tamak haloba.

Page 6: Nota Sivik (Unit 6)

PenutupCerita rakyat ialah satu warisan budaya tradisi rakyat Malaysia.

Cerita rakyat sangat penting kerana cerita rakyat pelbagai kaum...

dapat memberi sumbangan dalam bidang kesuasteraan. meningkatkan perasaan bangga dengan warisan budaya

Malaysia. mengandungi elemen motivasi yang dapat menonjolkan prinsip

atau nilai murni yang boleh menjadi contoh kepada golongan muda.

Dalam cerita rakyat, kita mendapat nasihat dan teladan yang berguna. Marilah kita melihat nilai-nilai murni yang terdapat di dalam cerita rakyat yang telah dibaca tadi.

Nakhoda Tanggang

1. Kita haruslah merendah diri dan tidak bersikap angkuh.2. Kita perlulah mengenang jasa ibu bapa yang menjaga kita sejak

kecil.Kura-kura Yang Pintar

1. Kita mestilah bijak menyelesaikan masalah.2. Kita hendaklah bersikap kesederhanaan dengan tidak tamak akan barang orang lain.

Page 7: Nota Sivik (Unit 6)