unit 6 kemahiran sintesis dan sistem bahasa (1)

Upload: maria-delgado

Post on 05-Oct-2015

29 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

NOTHING

TRANSCRIPT

UNIT 1

FORMAT DAN ASPEK PENTING PENULISANKemahiran Sintesis dan Sistem Bahasa

UNIT 6

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit ini, anda akan dapat mempelajari:

1. Menguasai kemahiran sintesis. 2. Sistem ejaan, tanda baca, ayat gramatis dan lambang-lambang bahasa.

PENGENALAN

Kemahiran mengarang ialah kemahiran yang luas konsepnya.

Terdapat beberapa sub kemahiran dan aspek penting. Sub kemahiran yang penting ialah kemahiran sintaksis

Perenggan-perenggan yang baik mungkin tidak dapat dibina tanpa ayat-ayat yang baik.

Adalah sangat penting bagi pelajar-pelajar mempunyai kemahiran untuk :membina ayatmenggabung ayatmemanipulasi ayat

Yang berikut ialah format dan aspek-aspek penting penulisan. (a)Pembinaan ayat-ayat yang gramatis (b)Struktur ayat (c)Fungsi ayat (d) Pemilihan perkataan yang tidak tepat (e)Perbendaharaan kata (f)Penggunaan gaya tidak tepat dan sepadan (g)Penggunaan tanda bacaan yang tidak betul (h)Sistem ejaan (Orthography)

Pembinaan ayat yang gramatis

Ayat yang gramatis ialah ayat yang berasaskan atau mengikut prinsip-prinsip nahu atau tatabahasa. Oleh itu, ayat gramatis sama maksud dengan ayat yang betul dari segi tatabahasanya.

Ayat yang lengkap dan sempurna. Mengandungi paling kurang satu subjek dan satu predikat.

Dikenali sebagai ayat dasar /ayat inti.

Contoh ayat:Kamil berjalan kaki ke sekolah apabila tayar basikalnya pancit.

Ayat tersebut tidak gramatis kerana penggunaan kata penghubung ayatyang tidak tepat. Ayat yang gramatis ialah :

Kamil berjalan kaki ke sekolahkerana tayar basikalnya pancit.

Penggunaan bentuk ayat aktif dengan pemilihan kata yang tepat dan sesuai serta persoalan yang diungkapkan perlu diberi perhatian untuk menghasilkan ayat yang gramatis.

Ayat yang berkesan terdiri daripada 20-25 perkataan.

Ayat yang pendek lebih mudah difahami.

Satu faktor yang menyebabkan karya sukar difahami ialah jumlah perkataan yang digunakan dalam ayat.

Ayat-ayat yang panjang boleh dipecah-pecahkan menjadi ayat-ayat yang lebih pendek makna yang terkandung dalam ayat panjang tersebut akan lebih jelas difahami.

Walau bagaimanapun, hal ini tidak bermakna karangan mesti ditulis menggunakan ayat yang pendek-pendek.

Kemahiran bahasa yang baik melibatkan kecekapan menggunakan pelbagai struktur ayat menyampaikan maklumat dengan jelas dan memberikan kepuasan membaca gaya bahasa yang menarik.

Dalam penulisan yang baik, ayat-ayatnya terdiri daripada pelbagai jenis ayat dan kepanjangan yang berbeza-beza.

Struktur Ayat

Isi atau struktur ayat memperlihatkan pengaruh terhadap keberkesanan gaya yang digunakan.

Ayat mestilah mempunyai subjek, diikuti oleh kata kerja, objek atau unsur keterangan.

Ayat juga boleh disongsangkan.

Struktur ayat aktif lebih berkesan daripada struktur ayat pasif.

Ciri ayat aktif yang utama ialah adanya pelaku yang melakukan sesuatu kata kerja.

Fungsi Ayat

Ayat mempunyai dua ciri iaitu: i.Bentuk ii.Makna

Fungsi ayat ditentukan oleh makna ayat.

Ayat-ayat bahasa Melayu terbahagi kepada tiga iaitu: 1.Ayat maklumat (informatif). 2.Ayat arahan (imperatif). 3.Ayat perasaan (emotif).

Pemilihan Perkataan Yang Tidak Tepat

Gunakan sesuatu perkataan apabila perlu.

Pembaziran perkataan merupakan kesilapan yang kerap berlaku.

Akibatnya, tulisan kita sukar difahami dan pendengar atau pembaca akan cepat berasa bosan.

Jalinan fikiran yang logik harus dibuat secara bersepadu pemilihan kata-kata sesuai dan tepat.

Elakkan perkara sebaliknya pemilihan perkataan yang tidak tepat dan hasil tulisan tidak mempunyai kekuatan.

Perbendaharaan kata

Bahasa tulisan menggunakan pelbagai jenis leksikal daripada bahasa pertuturan.

Perbendaharaan kata yang sangat terhad menyebabkan penulis memerlukan masa untuk memproses perkara yang hendak dilahirkan kerana ia memerlukan ketepatan makna.

Penulisan yang baik melalui perbendaharaan kata perlulah: 1. Memiliki kemampuan penalaran (fikiran yang bijak/intelek) sehingga fikiran penulis dapat disajikan dalam suatu urutan yang teratur dan logik.

2.Mengenal ketentuan-ketentuan teknik penyusunan komposisi tertulis sehingga mudah dibaca dan difahami, di samping bentuknya dapat menarik pembaca.

Penggunaan Gaya Tidak Tepat & Sepadan

Gaya yang tidak tepat dan sepadan dengan tajuk karangan akan menghasilkan karangan yang rendah mutunya dan tidak menarik.

Gaya yang dipilih hendaklah disesuaikan dengan pemberatan isu yang diketengahkan.

Isi yang berat, tegas dan bernas menuntut gaya yang tegas dan jitu.

Pemilihan gaya penulisan juga hendaklah sesuai dengan topik dan wacana yang dipilih.

Pilihan kata hendaklah tepat dan dapat mendukung maksud yang dibawa jika maksudnya tegas dan jitu, maka gaya dan nada juga perlulah bernada dan bergaya tegas juga.

Jika persoalan yang hendak diungkapkan itu bernada lembut dan merendah (puisi dan hasil prosa kreatif) gaya dan nada yang diterapkan perlulah rendah dan lembut juga.

Penggunaan Tanda Bacaan Yang Tidak Betul

Pelajar selalunya terlupa atau tertinggal tanda koma (,), tanda noktah (. ), tanda koma bernoktah (;) dan sebagainya.

Jika karangan yang dihasilkan tidak memenuhi ciri-ciri yang disarankan, mutu karangan tersebut akan terjejas.

Terdapat juga pelajar yang tidak memahami konsep pemerengganan masalah penulisan karangan.

Pengolahan karangan jenis esei yang baik memerlukan isi karangan disusun mengikut perenggan-perenggan tertentu.

Setiap perenggan mewakili satu kesatuan isi utama.

Sesebuah karangan esei memerlukan 5 isi utama. Oleh itu, harus ada lima perenggan untuk isi utama ini.

Seluruh karangan harus mengandungi 7 perenggan. 1.1 perenggan pengenalan 2.5 perenggan isi 3.1 perenggan penutup

Panjang setiap perenggan mestilah lebih kurang sama.

Jika ada perenggan yang terlalu pendek atau ada perenggan yang terlalu panjang akan menyebabkan organisasi perenggan karangan menjadi tidak seimbang.

Ketidakseimbangan ini boleh menjejaskan markah yang akan diterima oleh calon.

Organisasi sesebuah karangan harus juga menunjukkan pertalian atau perkaitan antara semua bahagian karangan.

Dari sudut organisasi, perenggan harus ada pertalian yang kukuh antara: 1.Kesemua bahagian dalam perenggan itu sendiri. 2.Satu perenggan dengan perenggan yang lain.

Sistem Ejaan

Dalam bahasa lisan, terdapat fonem-fonem yang berkaitan dengan grafem-grafem penulisan.

Terdapat juga tekanan suara, rentak , intonasi untuk mempercepat sesuatu pesanan dan arahan yang diminta.

Dalam penulisan, terdapat grafem yang dibantu oleh gambar atau carta.

Seseorang boleh menuliskan kunci-kunci fonologikal seperti contoh yang berikut:

"Dengan suara yang kuat, bercampur dengan rengekan kesakitan, dia mengisut keluar dari kawasan kemaraan api .... ..

Simbol-simbol penulisan tersebut membentukkan satu set isyarat yang harus difahami oleh pembaca.

Oleh sebab terdapat beberapa ambiguiti dalam penulisan, pembaca haruslah tahu untuk mengenal pasti yang tersurat dan yang tersirat.

TERIMA KASIH