mikrotahun 6 unit 1

Upload: halimatun

Post on 07-Mar-2016

274 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sains

TRANSCRIPT

Kulat / FungiFungi adalah yang paling besar antara keempat-empat mikroorganisma.Fungi hidup di dalam tanah, pada sampah-sarap, di atas organisma lain dan juga pada makanan kita.Fungi membiak daripada spora.Cendawan, kulapuk dan yis (ragi) adalah contoh-contoh fungi.Sesetengah fungi, seperti yis adalah sangat halus dan hanya boleh dilihat dengan bantuan mikroskop.Sesetengah kulat diklasifikasilkan sebagai tumbuhan tetapi ia tidak boleh membuat makanannya sendiri seperti tumbuhan lain yang membuat makanan melalui proses fotosintesis. Kulat bergantung makanan daripada jasad hidupan sama ada hidup atau yang telah mati.Kulapuk misalnya, terdapat pada makanan yang telah busuk, seperti roti yang berkulat, kain atau tuala yang sentiasa lembab (bintik2 hitam), pokok atau pada lantai hutan. Ada juga fungi yang boleh menyebabkan penyakit seperti kurap, panaudan penyakit kulit yang lain.Kulapuk (kulat pada roti)

kebanyakan fungi tidak berbahaya dan malah berguna kepadamanusia terutamanya dalam pembuatan makanan, ubatan & Baja. Yis (Kulat)penting dlm proses pembuatan pelbagai jenis roti, donat, apam dan lain-lain lagi. Malah yis bolehdigunakan dalam proses pembuatan tapai. Yis jugaboleh digunakan untuk membuat tempeh dan proses pembuatan kicap. Kebanyakan antibiotik terhasil daripada pengekstrakan kulat Penicillin merupakan antibiotik pertama dunia. Ditemui oleh Sir Alexander Fleming menerusi kajiannya terhadap kulat.

Tempe

Tapai

Roti

Kicap

VirusVirus ialah mikroorganisma yang paling kecil.Virus hanya dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop yang paling tinggi kuasanya. Virus boleh menjangkiti tumbuhan, haiwan dan bakteria.Deman selesema adalah disebabkan oleh virus. Virus bertanggungjawab kepada pelbagai jenis penyakit berbahaya dan membawa maut seperti AIDS. Virus membiak dengan cara replikasi (membiak dalam sel hidup sebagai perumah).Habitat virus ialah di dalam sel hidup. Virus merupakansejenis mikroorganisma jenis parasite. Virusbukan sel hidup, ia tidak mempunyai nukleus, sitoplasma, membran sel & dinding sel, hanya terdiri daripada lapisan protein & bahan baka (DNA).Virus ada berbagai bentuk, antaranya bentuk berudu Bakteriofaj lambda, bentuk heliks Virus mozek tembakau, bentuk sfera Poliomielitis dan bentuk sfera AIDS.Bagaimana virus boleh membiak di dalam sel hidup? Peringkat pertama Virus mendarat di atas perumah seperti sel bakteria dan memasukkan bahan genetik (DNA) ke dalam sel perumah. Peringkatkedua virus menggunakan bahan di dalam sel perumah untuk membiak. Peringkatketiga Virus baru terbentuk. Peringkatkeempat Virus baru memecahkan sel perumah dan keluar dari sel perumah. Sel perumah yang telah pecah akan mati.

Virus bentuk berudu (Bakteriofaj lambda)

Virus bentuk heliks (Virus mozek tembakau)

bentuk sfera Poliomielitis

Virus bentuk sfera HIV AIDSVirusboleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit seperti Measles (campak)berjangkit melalui sentuhan dengan orang yang dijangkiti, Chickenpox (cacar) berjangkit melalui sentuhah dengan orang yang dijangkiti, selsema dan demamjuga merebak melalui batuk dan bersin, Mumps (beguk)tersebar melalui air liur pesakitdan pelbagai jenis penyakit lagi. Penyakit yang disebabkan oleh virus biasanya mudah berjangkit. Namun begitu Virus bolehdigunakan untuk menghasilkan vaksin. Sebab itu, kebanyakan vaksin akan menyebabkan demam

Measles (campak)

Chickenpox (cacar)

Mumps (beguk)About these ads

Protozoa

Bentuk: bulat spinder (seperti gasing berpusing) spiral (pilin seperti straw)Sifat-sifat fungsi makanan perkumuhan pergerakan pembiakanSaiz:-10-200 micronStuktur: mempunyai 1 atau lebih nukleus-mempunyai organel untuk menjalankan fungsipemakanan,pernafasan, pergerakan danperkumuhanJenis-jenis: plasmodium protozoa entamoeba trypanosoma brucci taksoplasma trichomanasGolongan Protozoa: patogenik tidak patogenikGenus Protozoa: genus sporozaa genus mastigophora genus sarcodina genus ciliophora

About these ads

BakteriaTerdapat lebih kurang 1200 spesies bakteria.Bakteria boleh dijumpai di udara, di dalam air dan tanah, serta di luar dan didalam badan haiwan dan tumbuhan.Bakteria ialah organisma unisel yang paling kecil.Contoh bakteria termasuk actobacillus (bentuk rod) yang dijumpai di dalam susu masam, Staphylococcus (bentuk sfera), iaitu bakteria yang menyebabkanbisul kulit, dan Treponema (bentuk pemulas gabus), iaitu bakteria yangmenyebabkan penyakit hubungan seks seperti sifilis.

Lactobacillus

Staphylococcus

TreponemaSTRUKTURPada amnya, saiz bakteria adalah dalam julat 0.5, mikrometer -10 mikrometer , iaitu hanya boleh dilihat di bawah mikroskop optik kuasa tinggi. Walaupun bakteria terdiri daripada satu sel, bakteria tidak mepunyai ciri-ciri sel biasa. Misalnya, sel bakteria mempunyal dinding sel yang bukan terbentuk daripada selulosa. Ia juga tidak mempunyai membran nukleus dan oleh itu , nukleusnya ditakrif sebagai nukleus tak benar. Bahan nukleus yang termasuk bebenangkromosom bertaburan dalam sitoplasma yang dikelilingi membran sel. Bahan nukleus tidak berpusat pada kawasan tertentu. Sesetengah sel bakteria mempunyai flagelum untuk mernbolehkannya bergerak. Permukaan sesetengah bakteria dilaputi kapsul lendir untuk mengelakkan berlakunya pengontangan dan memberi perlindungan. Bakteria boleh wujud secara berasingan, berkumpulan ataupun melekat antara satu sama lain dalam bentuk rantai. Bakteria mempamerkan empat rupa bentuk utama:(a) Kokus bentuk sfera(b) Basilus bentuk rod atau silinder(c) Vibrio bentuk koma(d) Spirilum bentuk pernulas gabusTerdapat sekumpulan kecil bakteria yang berbentuk filamen, contohnya Actinomyces.

Kokus Bakteria bentuk sfera

Basilus Bakteria bentuk rod atau silinder

Vibrio Bakteria bentuk koma

Spirilum Bentuk pernulas gabus

Actinomyces Berbentuk filamenPEMBIAKANBakteria membiak secara aseks dengan cepat melalui belahan dedua. Apabila keadaan menjadi tidak sesuai untuk hidup suhu yang tinggi dan kekurangan kelembapan yangberpanjangan), bakteria akan bertukar kepada bentuk spora untuk terus hidup. Apabila keadaan menjadi sesuai, dinding spora akan pecah dan bakteria menjadi aktif semula.Dalam keadaan yang sesuai, iaitu suhu yang optimum, keadaan yang lembap dan sumber makanan yang mencukupi, bakteria akan membahagi bagi setiap 20 minit dan dalam tempoh masa selama 8 jam, kira- kira sejuta sel anak dihasilkan.RESPIRASIKebanyakan bakteria merupakan saprofit atau parasit. Sesetengahnya adalahautotrofik, iaitu membina makanan dengan menggunakan cahaya matahari(fotosintesis) atau mendapatkan tenaga dengan mengoksidakan bahan tak organik seperti ferum, sulfur, dan nitrogen (kemosintesis). Bakteria autotrofik tidak tahan terhadap oksigen yang bebas di atmosfrea makamenjadikan dasar kolam sebagai habitatnya.Kebanyakan bakteria menjalani respirasi aerob dan sesetengahnya secara respirasianaerob. Sebilangan kecil bakteria boleh menjalani kedua-dua jenis respirasi dan ini bergantung kepada bekalan oksigen dalam habitatnya.

Gambar dibawah menunjukkanmikroorganisma w, x, y dan z.

a. Nyatakanmikroorganisma berikut:w _______________________________x _______________________________y _______________________________z _______________________________b. Nyatakan 2ciri-ciri mikroorganisma.1. ________________________________2. ________________________________c.Berikan 3 kegunaan mikroorganisma dalam kehidupan manusia.1. _________________________________________________________2. _________________________________________________________3. _________________________________________________________d. Nyatakan 3penyakit yang disebabkan oleh mikroorganisma.1. _________________________________________________________2. _________________________________________________________3. _________________________________________________________

Jawapan:a. w : Paramecium x : Euglena y : Bakteria z : virusb.1. bergerak 2. bernafasc.1. membuat roti2. membuat Baja 3. membuat tapai d. 1. Sakit mata 2. campak 3. selsema

13