unit 4bbm3106

6
zzUNIT 4 LINGUISTIK STRUKTURAL Pengenalan Aliran struktural boleh dikatakan bermula dengan Ferdinand de Saussure, seorang ahli linguistik berbangsa Swiss. Dan strukturalisme yang dipelopori oleh de Saussure ini mempengaruhi pemikiran dalam bidang-bidang lain seperti antropologi, sosiologi, pengkajian kesusasteraan dan psikoanalisis. Di Eropah, strikturalisme paling berpengaruh di negeri Perancis, tetapi tidak begitu di Britain dan negara-negara lain. Dalam mengkaji bahasa, dasar pemikiran strukturalisme ini diambil oleh Leonard Bloomfield di Amerika Syarikat, yang kemudian memperkembangkannya dengan karya-karyanya. Bukunya yang terkenal, Language, yang pertama kali diterbitkan dalam tahun 1933, masihi merupakan buku asas dalam kursus-kursus linguistik di seluruh dunia. Objektif 1. Mengetahui ciri-ciri pemikiran pendekatan linguistik struktural. 2. Mengetahui kaedah huraian bahasa berdasarkan linguistik struktural. 3. Mengenali tokoh-tokoh linguistik struktural dan sumbangannya dalam perkembanganlinguistik moden. Ciri-Ciri Pemikiran Linguistik Struktural Menurut aliran struktural ini bahasa tidak lain daripada sistem lambang (a system of signs). Lambang dianalisis oleh de Sausure kepada dua komponen. Yang pertama ialah komponen bunyi yang dinamakan signifiant dalam bahasa Perancis (iaitu signifier dalam bahasa Inggeris) dan yang kedua ialah komponen mental atau konseptual atau makna, yang dinamakan signifie dalam bahasa Perancis (iaitu signified dalam bahasa Inggeris). Makna tidak sama dengan benda yang dirujuk, tetapi hanya merupakan rujukan kepada benda itu, sedang signifier itu adalah bunyi-bunyi yang dituturkan atau didengar, yang mendukung makna. Bunyi atau urutan bunyi yang tidakmendukung makna tidak dianggap sebagai signifier. Dalam pengwujudan bahasa tidak ada pemisahan antara signifier dengan signfied. Pemisah seperti itu hanya berlaku dalam pengkajiannya di tangan ahli-ahli linguistik. Unsur-unsur yang berfungsi dalam sistem lambang ini dikenal sebagai kod . Dengan demikian, sesuatu perkataan itu merupakan satu kod kerana mempunyai signifier dan signifiednya. Demikian juga frasa dan ayat. Dari segi analisisnya, kod-kod dianggap mewakili unit-unit tertentu dalam bahasa. Dengan demikian terdapat unit bunyi, unit morfem, unit kata, unit frasa, unit klausa dan unit ayat. Tiap-tiap unit itu mempunyai unsur-unsur yang mempunyai hubungan mendatar atau sintagmatik

Upload: com22mathy

Post on 23-Dec-2015

221 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

bm

TRANSCRIPT

Page 1: Unit 4bbm3106

zzUNIT 4LINGUISTIK STRUKTURAL

Pengenalan

Aliran struktural boleh dikatakan bermula dengan Ferdinand de Saussure, seorang ahli linguistik berbangsa Swiss. Dan strukturalisme yang dipelopori oleh de Saussure ini mempengaruhi pemikiran dalam bidang-bidang lain seperti antropologi, sosiologi, pengkajian kesusasteraan dan psikoanalisis. Di Eropah, strikturalisme paling berpengaruh di negeri Perancis, tetapi tidak begitu di Britain dan negara-negara lain. Dalam mengkaji bahasa, dasar pemikiran strukturalisme ini diambil oleh Leonard Bloomfield di Amerika Syarikat, yang kemudian memperkembangkannya dengan karya-karyanya. Bukunya yang terkenal, Language, yang pertama kali diterbitkan dalam tahun 1933, masihi merupakan buku asas dalam kursus-kursus linguistik di seluruh dunia.

Objektif

1. Mengetahui ciri-ciri pemikiran pendekatan linguistik struktural.

2. Mengetahui kaedah huraian bahasa berdasarkan linguistik struktural.

3. Mengenali tokoh-tokoh linguistik struktural dan sumbangannya dalam perkembanganlinguistik moden.

Ciri-Ciri Pemikiran Linguistik Struktural

Menurut aliran struktural ini bahasa tidak lain daripada sistem lambang (a system of signs). Lambang dianalisis oleh de Sausure kepada dua komponen. Yang pertama ialah komponen bunyi yang dinamakan signifiant dalam bahasa Perancis (iaitu signifier dalam bahasa Inggeris) dan yang kedua ialah komponen mental atau konseptual atau makna, yang dinamakan signifie’ dalam bahasa Perancis (iaitu signified dalam bahasa Inggeris). Makna tidak sama dengan benda yang dirujuk, tetapi hanya merupakan rujukan kepada benda itu, sedang signifier itu adalah bunyi-bunyi yang dituturkan atau didengar, yang mendukung makna. Bunyi atau urutan bunyi yang tidakmendukung makna tidak dianggap sebagai signifier.

Dalam pengwujudan bahasa tidak ada pemisahan antara signifier dengan signfied. Pemisah seperti itu hanya berlaku dalam pengkajiannya di tangan ahli-ahli linguistik. Unsur-unsur yang berfungsi dalam sistem lambang ini dikenal sebagai “kod”. Dengan demikian, sesuatu perkataan itu merupakan satu kod kerana mempunyai signifier dan signifiednya. Demikian juga frasa dan ayat.

Dari segi analisisnya, kod-kod dianggap mewakili unit-unit tertentu dalam bahasa. Dengan demikian terdapat unit bunyi, unit morfem, unit kata, unit frasa, unit klausa dan unit ayat. Tiap-tiap unit itu mempunyai unsur-unsur yang mempunyai hubungan mendatar atau sintagmatik (syntagmatic) dan juga hubungan menegak (paradigmatic atau associative) di antara satu sama lain. Hubungan sintagmatik

Page 2: Unit 4bbm3106

itulah yang melahirkan struktur. Misalnya, pada perkataan rumah terdapat struktur yang terdiri dari dua suku kata, iaitu ru + mah. Jadi struktur untuk rumah, dilihat dari segi suku kata, ialah S1 + S2. Dilihat dari segi fenom-fenom satuan-satuan bunyi yang mendirikannya, perkataan rumah mempunyai striktur KVKVK (K = konsonan, v = vokal).

Prinsip yang sama diterapkan dalam menganalisis frasa dan ayat. Misalnya, bunga biru, rumah besar dan orang kaya semuanya terdiri dari struktur KN + KS (KN = kata nama, KS = kata sifat). Ayat saya hendak makan terdiri dari struktur KN – KKB – KK ( KN = kata nama, KKB = kata kerja bantu, KK = kata kerja).

Dalam menganalisis struktur nuit-unit itu, unsur-unsur itu boleh juga dilihat dari segi tugasnya. Misalnya, frasa-frasa bunga biru, rumah besar dan orang kaya boleh dianalisis kepada struktur Inti + Kerangan; yakni rumah, bunga dan orang adalah nukleus atau inti bagi frasa-frasa tersebut, sedangkan biru, besar dan kaya merupakan keterangan bagi unsur-unsur inti itu.

Bagi ayat Saya hendak makan, saya berfungsi sebagai Pelaku atau Subjek, sedangkan hendak makan adalah perbuatan atau Predikat. Dengan itu timbullah struktur Pelaku-Perbuatan, atau Subjek-Predikat.

Salah satu lagi prinsip asas yang terdapat dalam Linguistik. Struktural ialah prinsip yang melihat peranan bahasa dari dua segi. Dari segi individu ini dinamakan parole (yang sebenarnya bermakna bercakap atau bertutur). Denagn pengertian ini, apabila seseorang itu bercakap, apa-apa yang lahir ialah parole. Sesuatu paorle itu akan berbeza dengan parole yang lain, kerana dua orang tidak mungkin seratus peratus sama. Bagaimanapun, seperti yang ternyata dalam suatu masyarakat bahasa, pengguna-pengguna bahasa yang begitu banyak mematuhui peraturan-peraturan yang sama, yang rata-rata diketahui oleh mreka semua. Peraturan-peraturan itu ada dalam kepala semua pengguna bahasa yang berkenaan. Tidak semua peraturan itu lahir dalam satu-satu pengwujudan parole. Hanya yang relevan pada parole-parole pada ketika-ketika tertentu sahaja yang dilahirkan. Dengan demikian, peraturan-peraturan itu dilihat sebagai satu satuan kumpulan langue, dan dalam langue ini termaktub segi sosial dan psikologi dalam bahasa.

Berdasarkan linguistik struktural ini, bahasa adalah bentuk, bukan barang: “Language is a form, not a substance”. Dengan itu, apa-apa yang dianalisis atau disuguhkan ialah bentuknya. Dari itu juga, kita lihat bahawa makna tidak memainkan peranan yang besar dalam aliran ini, sungguhpun de Saussure mempostulasikan makna. Komponen bahasa yang diutamakan dalam aliran ini ialah signifiernya bukan signifiednya.

Aliran struktural ini sangat berpengaruh dalam pertengahan pertama abad kedua puluh ini, bukan sahaja dalam analisis bahasa bahkan juga dalam pengajaran bahasa. Kaedah audiolingual yang mementingkan latih tubi dengan cara pemilihan pola-pola dan secara beransur-andur menggantikan unsur-unsur dalanm pola-pola tertentu, dan kemudian secara beransur-ansur menggantikan pola itu dengan pola yang lain. tidak lain dan tidak bukan adalah penerapan kaedah struktural ini,

Page 3: Unit 4bbm3106

Aliran struktural ini juag memberi keutamaan kepada bahasa lisan diatas tulisan, baik dalam analisis mahupun dalam pengajaran bahasa. Kajian sesuatu bahasa berdasarkan aliran ini adalah bersifat empiris, yakni bahan yang dikaji dan kesimpulan-kesimpulan yang dibuat adalah berdasarkan apa-apa yang nyata disaksikan, dandalam bahasa yang didengar.

Strukturalisme de Saussure telah mempengaruhi kajian dalam ilmu-ilmu lain seperti antropologi, sosiologi dan kesusasteraan, terutama sekali kajian ahli-ahli berbangsa Perancis. Tetapi dalam masa yang sama terdapat pengaruh falsafah ilmu-ilmu lain ke dalam linguistik. Teori Darwin berhubung dengan organisme tabii dan pencabangan benda-benda hidup ke dalam keluarga dan subkeluarganya juga mempunyai pengaruhnya ke atas kajian bahasa, khususnya dalam ilmu perbandingan bahasa. Maka timbullah teori pohon atau Stammbaumtheorie yang dipelopori oleh ahli bahasa Jerman, August Schleicher. Menurut teori ini, bahasa bercabang-cabang dalam evolusi dari satu bahasa ke satu bahasa, dan berlakunya itu adalah secara mendadak dan tanpa sebab yang khusus. Sesudah bercabang, anggota dari satu cabang itu tidak lagi berhubung dengan cabang yang lain. Teori ini disangkal oleh teori yang lain yang lebih dikenali sebagai teori gelombang (die wellentheori) yang menerangkan bahawa evolusi dalam bahasa bukanlah seperti cabang-cabang pada pokok, tetapi lebih menyerupai riak gelombang. Teori yang dipelopori oleh Wilhelm Schmit ini mengatakan bahasa berubah secara beransur-ansur dan perubahan-perubahan disebabkan oleh hal-hal yang berlaku dalam masyarakat. Penurunan dari satu bahasa kepada bahasa yang lain bukanlah disebabkan pencabangan tetapi disebabkan oleh pemisahan yang makin lama makin jauh jaraknya. Hanya denagn teori ini sahaja kita dapat menerangkan wujudnya pelbagai dialek dalam satu-satu bahasa tertentu.

TOKOH LINGUISTIK STRUKTURAL

Sarjana berbangsa Swiss, Ferdinand de Saussure (1857-1913), yang hasil-hasil kuliahnya diterbitkan pada tahun 1916 dengan judul Cours de Linguistique Generale (terjemahan dalam bahasa Inggerisnya (Course in General linguistics:1959) telah membuat beberapa perbezaan tentang sifat-sifat semula jadi bahasa. Kita boleh memendekkan idea beliau itu seperti yang berikut:

a. Konsep ialah sesuatu yang non-verbal, dan psikologis secara tulen. Tanpa sebarang hubungan dengan konsep ini, ‘pertuturan’ adalah semata-mata penyuaraan percakapan secara sembarangan. Bahasa bertugas sebagai penghubung antara fikiran dan bunyi. Konsep adalah sesuatu yang ditandai atau yang dimaksudkan (signified) dan pengucapan adalah pelambangnya (signifier).

b. Linguistik merupakan kajian tentang tanda linguistik (linguistic sign) yakni perkaitan signifier dengan signified. Perkaitan ini adalah arbitrari. Disebabkan tanda itu arbitrari, ia tidak mungikuti sebarang peraturan kecuali yang ditentukan oleh tradisi. Tanda linguistik dikatakan arbitrari dalm hubungannya dengan konsep. Pemilihan kata onomatopoeia pun

Page 4: Unit 4bbm3106

dikatakan arbitrari, sebab ia berbeza daripada bahasa ke bahasa (seperti bahasa Inggeris ‘bow-bow’ atau bahaa Tamil ‘Lol-Lol’).

c. Pertuturan seseorang itu ialah parole. bahasa ini berbeza daripada seorang dengan seorang yang lain. Terdapat juga sistem abstrak selain bahasa individu, ini dinamakan language. Bahasa bukan ucapan setiap individu tetapi bersifat supraindividualistik iaitu suatu fenomena sosial.

d. Linguistik sinkrinik (statik) merupakan kajian peristiwa bahasa pada aras masa yang sama iaitu pada suatu titik waktu yang tertentu yang dinamakan juag linguistik deskriptif. Linguistik diakronik (evolusi) pula merupakan kajian peristiwa bahasa pada suatu jangka masa tertentu yang turut dikenali sebagai linguistik historis.

e. Dalam bahasa, terdapat hanya perbezaan. Dengan kata lain, nilai yang dikaitkan kepada unsur bahasa semata-mata bergantung pada pertentangannya dengan unsur-unsur lain, atas hakikatnya yang berbeza daripada unsur-unsur lain. Unsur-unsur itu tidak dicirikan oleh sebarang kualiti yang positif yang dimilikinya tetapi oleh kualiti yang bertentangan dan berbeza-beza.

Pandangan yang ditemukan oleh De Saussure meninggalkan kesan yang wajar. Penerbitan Cours de Linguistique Generale telah dinggap oleh para sarjana Barat dan Eropah sebagai sijil kelahiran linguistik moden. Semenjak Saussure memasukkan perkaitan imej secara psikologis dengan konsep yang berkenaan sebagai sebahagian daripada deskriptis linguistik, idea yang dikemukakannya itu menjadi unsur pertikaian. Sesetengah sarjana lebih cenderung mengaitkan hubungan perkaitan ini dengan bidang semantik atau psikologi.

Bloomfield

Bloomfield adalah ahli antropologi yang berpengaruh dalam kajian bahasa di Amerika. Minatnya yang pertama adalah tentang hukum perubahan bunyi dalam bahasa-bahasa Indo-Eropah. Dua tahun lamanya beliau di Minich, pusat ahli nahu ‘ Neo-grammarian’, untuk mengkaji apa yang kemudiannya dianggap di Eropah sebagai tanggungjawab utama ahli bahasa, iaitu perubahan bunyi dalam baasa-bahasa Indo-Eropah. Sebagai seorang yang percaya akan teori, dan terbuka kepada aliran baru, beliau telah berjaya meletakkan asas tentang sains bahasa secara keseluruhan.

Beliau memanggil kajian bahasa sebagai suatu sains, sebab itu merasai bahawa ia hanya boleh menghasilkan keputusan hanya apabila dianggap suatu sains. Beliau cuba menubuh asas untuk sains ini dalam ‘ A Set of Postulates’ nya dan belian telah menjelaskan semua ini dengan panjang lebar dalam bukunya bertajuk language. Beliau berminat menubuhkan suatu model dengan tujuan bahasa manusia dapt dihuraikan dengan lebih mendalam.

Bloomfield menerangkan penggunaan bahasa melalui cerita terkenal berjudul ‘Jack and Jill’. Dalam cerita itu, Jill mahukan sebiji epal. Lalu dia pun pergi

Page 5: Unit 4bbm3106

mengambil epal. Ini dapat dilambangkan dengan S _ R. Penggerak [stimulasi] (S) (dalam peristiwa ini ialah rasa lapar jack) tetal menyebabkan reaksi (R) (usaha Jill mendapatkan epal) Akan tetapi Jill mahukan Jack mendapatkan epal untuknya. Oleh sebab itu Jill menggunakan, bukanya reaksi R tetapi gantian reaksi (t) aiatu Jill menyuruh Jack melakukannya. Reaksi gantian mendorong kepada gantian penggerak (stimulus) (S) pada jack iaitu jack mendengar permintaan Jill. Dan reaksi gantian ini menyebabkan reaksi benar (R) dalam diri jack sebab dia pergi mendapatkan epal. Dengan menggunakan formula ini, dapat dilambangkan sebagai S _ r..... s _ R. Ketiadaan kesinambungan (discountinuity) ini disambung oleh gelombang –bunyi. Penuntut linguistik hanya berminat pada peristiwa bahasa (r.......s)

Pembelajaran bahasa, menurut Bloomfield, ialah belajar menafsir hubungan antara S-r dan s-R dalam komuniti bahasa. Bloomfield, yang benar-benar menghargai perbezaan yang di buat oleh De Saussure: telah pun menubuh hubungan parole dengan bahasa.

Bloomfield merasakan bahawa kajian linguistik tidak dapat berdasarkan pada makna, mengikut definisi nasional dan yang seumpama, sebab ia tidak menjadi dasar bagi pembentukan nahu. Misalnya, jika kita mengatakan suatu ‘kata nama’ nama seseorang, tempat atau benda, ia tidak mengandungi sebarang maklumat tentang bentuk kata tersebut. Dalam pada itu pun, beliau juga percaya bahawa makna tidak dapat ditinggalkan. Makna hendaklah digunakan dalam analisis untuk mencari apakah bentuk mempunyai makna yang sama atau berbeza.

Makna hanya digunakan sebagai alat dalam analisis tetapi ia tidaklah menjadi sebahagian daripada deskripsi linguistik, sebab makna tidak mempunyai laluan dalam analisis saintifik. Seorang ahli bahasa harus memulakan sesuatu yang dapat dilihatnya iaitu, ‘bentuk’, yang tentunya mempunyai makna. Dengan menubuhkan kategori dan strukturnya berdasarkan ‘bentuk’ beliau kemudiannya meneruskan pemeriksaan tentang fungsi dan maknanya. Makna fungsian jenis ini hendaklah dinyatakan berdasarkan penyebarannya dalam kaitan dengan bentuk-bentuk lain dalam bahasa.

Minat dan kecenderungan utama Bloomfield ialah untuk membentuk linguistik menjadi suatu sains iaitu prinsip yang dapat dilakukan ialah, pengetepian psikologi daripada linguistik, penggunaan keterangan deskriptif saintifik dan penggunaan makna pada tahap setakat mempertimbangakan hubungan bentuk-bentuk tuturan dengan bentuk-bentuk lain dalam tatabahasa. Bagi Bloomfield, keterangan deskriptif hendaklah dengan istilah-istilah ‘fizikal’ iaitu istilah yang hanya diperoleh daripada definisi tepat daripada set istilah harian tentang kejadian fizikal’. Kecenderungan dan kemahuan pendekatan saintifik telah membawa kepada klasifikasi yang terikat oleh data. Pandangan Bloomfield tentang sains, dari sudut ilmu linguistik menjelaskan bahawa data semestinya didekati dengan fikiran yang terbuka, dan generalisasi hendaklah dibuat berdasarkan induksi tulen.

Kesimpulan

Page 6: Unit 4bbm3106

Pemikiran linguistik struktural telah membawa pemikiran baru dari sudut huraian bahasa yang mementingkan bentuknya. Apa sahaja yang dilihat dalam bahasa harus didasarkan kepada bentuknya sama ada perkataan atau ayat. Pemikiran struktural juga telah membawa disiplin sains dalam ilmu linguistik, iaitu kepentingan data dalam huraian bahasa.