unit makmal teras 1.0 pengenalan makmal teras/unit ma… · sebarang pertanyaan tentang ujian-ujian...

13
UNIT MAKMAL TERAS 1.0 PENGENALAN Unit Makmal Teras adalah salah satu unit yang menyediakan perkhidmatan bagi aspek pre-analitikal dan diagnostik di dalam Jabatan Patologi Hospital Kuala Lumpur. Ia terdiri daripada 5 seksyen iaitu Seksyen Pre-Analitikal, Seksyen STAT, Seksyen Biokimia, Seksyen Wetlab & Bodyfluid, Seksyen Hematologi (Koagulasi dan Slaid Morfologi). Seksyen Pre-Analitikal adalah sebuah unit yang penting dimana ia adalah tempat pertama didatangi klien bagi sebarang urusan yang berkaitan dengan servis patologi. Seksyen ini terbahagi pada 4 sub-seksyen utama, iaitu Kaunter Penerimaan Utama, Kaunter Informasi, Pre-Analitikal (barkod, sorting dan spinning), dan Outsourcing / Referral. Di Kaunter Informasi, terdapat sebuah KIOSK untuk memudahkan urusan bagi mendapatkan keputusan ujian makmal. Oleh kerana maklumat pesakit adalah sulit, perkhidmatan ini adalah terhad untuk pegawai hospital Gred 29 dan keatas sahaja. Seksyen Pre-Analitikal juga bertanggungjawab untuk menghantar keluar ujian-ujian yang tidak dijalankan/ditawarkan oleh Jabatan Patologi, HKL. Perkhidmatan ini dilaksanakan bermula 3 Jun 2013 dan telah dibantu oleh Unit Angkut dan Unit Penyelia, HKL, dimana mereka menyediakan PPK dan pengangkutan setiap hari. Bagi perkhidmatan Diagnostik , Unit Makmal Teras menyediakan perkhidmatan ujian rutin biokimia dan hematologi seperti yang diminta oleh doktor untuk pengurusan pesakit di dalam Hospital Kuala Lumpur dan juga untuk pesakit luar HKL iaitu Klinik- klinik Kesihatan (Wilayah Persekutuan). Unit Makmal Teras beroperasi selama 24 jam setiap hari termasuk hujung minggu dan cuti umum. Unit Makmal Teras juga menyediakan perkhidmatan untuk hospital kerajaan yang lain bagi ujian-ujian tertentu seperti Ujian Serum Lithium dan Ujian Serum dan Urin Osmolaliti. .

Upload: others

Post on 29-Oct-2020

8 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: UNIT MAKMAL TERAS 1.0 PENGENALAN Makmal Teras/Unit Ma… · Sebarang pertanyaan tentang ujian-ujian Patologi selepas waktu bekerja perlu diajukan kepada unit-unit yang berkenaan

UNIT MAKMAL TERAS

1.0 PENGENALAN

Unit Makmal Teras adalah salah satu unit yang menyediakan perkhidmatan bagi

aspek pre-analitikal dan diagnostik di dalam Jabatan Patologi Hospital Kuala

Lumpur. Ia terdiri daripada 5 seksyen iaitu Seksyen Pre-Analitikal, Seksyen STAT,

Seksyen Biokimia, Seksyen Wetlab & Bodyfluid, Seksyen Hematologi (Koagulasi dan

Slaid Morfologi).

Seksyen Pre-Analitikal adalah sebuah unit yang penting dimana ia adalah tempat

pertama didatangi klien bagi sebarang urusan yang berkaitan dengan servis

patologi. Seksyen ini terbahagi pada 4 sub-seksyen utama, iaitu Kaunter

Penerimaan Utama, Kaunter Informasi, Pre-Analitikal (barkod, sorting dan spinning),

dan Outsourcing / Referral.

Di Kaunter Informasi, terdapat sebuah KIOSK untuk memudahkan urusan bagi

mendapatkan keputusan ujian makmal. Oleh kerana maklumat pesakit adalah sulit,

perkhidmatan ini adalah terhad untuk pegawai hospital Gred 29 dan keatas

sahaja. Seksyen Pre-Analitikal juga bertanggungjawab untuk menghantar keluar

ujian-ujian yang tidak dijalankan/ditawarkan oleh Jabatan Patologi, HKL.

Perkhidmatan ini dilaksanakan bermula 3 Jun 2013 dan telah dibantu oleh Unit

Angkut dan Unit Penyelia, HKL, dimana mereka menyediakan PPK dan

pengangkutan setiap hari.

Bagi perkhidmatan Diagnostik , Unit Makmal Teras menyediakan perkhidmatan ujian

rutin biokimia dan hematologi seperti yang diminta oleh doktor untuk pengurusan

pesakit di dalam Hospital Kuala Lumpur dan juga untuk pesakit luar HKL iaitu Klinik-

klinik Kesihatan (Wilayah Persekutuan). Unit Makmal Teras beroperasi selama 24

jam setiap hari termasuk hujung minggu dan cuti umum. Unit Makmal Teras juga

menyediakan perkhidmatan untuk hospital kerajaan yang lain bagi ujian-ujian

tertentu seperti Ujian Serum Lithium dan Ujian Serum dan Urin Osmolaliti.

.

Page 2: UNIT MAKMAL TERAS 1.0 PENGENALAN Makmal Teras/Unit Ma… · Sebarang pertanyaan tentang ujian-ujian Patologi selepas waktu bekerja perlu diajukan kepada unit-unit yang berkenaan

2.0 PERKHIDMATAN PRE-ANALITIKAL

2.1 Kaunter Penerimaan Utama

Seksyen ini terbahagi kepada 3 sub seksyen utama iaitu SEGERA/URGENT, Rutin

dan ‘Poslaju’. Seksyen ini beroperasi selama 24 jam.

i. Sub-Seksyen SEGERA

Semua sampel yang diminta sebagai akan diutamakan dari segi penyemakan,

pengasingan, barkod dan akan segera dihantar ke Seksyen ‘STAT’ (Short Turn

Around Time)

ii. Sub-Seksyen Rutin

Semua specimen perlu diterima di Kaunter Penerimaan Utama kecuali specimen

bagi Unit Dadah dan Penyelidikan.

Spesimen Mediko-legal hendaklah diterima oleh unit yang berkenaan, bergantung

kepada ujian yang diminta.

iii. Sub-Seksyen Poslaju

Sub seksyen ini mengendalikan semua sampel yang dihantar melalui pos ke Jabatan

Patologi, HKL (sebagai makmal rujukan) .Sampel-sampel tersebut akan disusun dan

diagihkan kepada unit-unit yang berkenaan.

2.2 Kaunter Informasi

Seksyen ini terbahagi kepada 3 sub seksyen utama, iaitu ‘tracing’ menggunakan

borang ‘tracer’, ‘tracing’ menggunakan telefon dan juga KIOSK. Seksyen ini hanya

dibuka pada waktu pejabat.

i. Tracing menggunakan Borang Mendapatkan Keputusan Ujian

Hanya pegawai hospital Gred U29 dan keatas yang dibenarkan untuk ‘trace’

keputusan makmal.

Klien digalakkan untuk memeriksa pigeon hole terlebih dahulu sebelum

menggunakan servis ini.

ii. Tracing menggunakan telefon

Nombor sambungan bagi sub seksyen ini ialah 5610

Maklumat pemanggil dan lokasi perlu dicatatkan

Page 3: UNIT MAKMAL TERAS 1.0 PENGENALAN Makmal Teras/Unit Ma… · Sebarang pertanyaan tentang ujian-ujian Patologi selepas waktu bekerja perlu diajukan kepada unit-unit yang berkenaan

Sebarang pertanyaan tentang ujian-ujian Patologi selepas waktu bekerja perlu

diajukan kepada unit-unit yang berkenaan.

iii. KIOSK

Kemudahan ini disediakan untuk pegawai hospital Gred 29 dan keatas sahaja

2.3 Pre-Analitikal (Barkod, Sorting dan Spinning)

● Semua specimen dan borang permohonan hendaklah dilekatkan barkod

berdasarkan makmal yang menjalankan ujian yang dipohon.

● Semua spesimen yang sampai ke makmal diluar waktu bekerja perlu diempar

sebelum dihantar ke makmal berkenaan yang menjalankan ujian yang diminta.

2.4 Outsourcing /Referral

Senarai institusi bagi Referral:

● Institut Penyelidikan Perubatan (IMR)

● Hospital Tunku Azizah, (HTA) ; Hospital Wanita & Kanak-Kanak Kuala Lumpur

● Pusat Darah Negara (PDN)

● Institut Kanser Negara (IKN)

● Hospital Sungai Buloh

● Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan Sungai Buloh (MKAK)

● Hospital Putrajaya

● Jabatan Kimia Kebangsaan, Petaling Jaya

● Hospital Ampang

● Hospital Selayang

● Institut Perubatan Respiratori (IPR)

● Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)

● Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM)

Page 4: UNIT MAKMAL TERAS 1.0 PENGENALAN Makmal Teras/Unit Ma… · Sebarang pertanyaan tentang ujian-ujian Patologi selepas waktu bekerja perlu diajukan kepada unit-unit yang berkenaan

Outsourcing ke institusi swasta akan dilakukan oleh unit-unit yang berkenaan.

Jadual Penghantaran:

Hari

Lokasi penghantaran

Lokasi rutin

Lokasi terakhir (bagi ujian tertentu)

Isnin HTA -> IMR -> PDN Hosp Putrajaya & IKN

Selasa HTA -> IMR -> PDN Hosp Sg. Buloh, MKAK Sg. Buloh & Hosp

Selayang

Rabu HTA -> IMR -> PDN Jabatan Kimia Kebangsaan, PJ, PPUM &

HUKM

Khamis HTA -> IMR -> PDN Hosp Sg Buloh, MKAK Sg Buloh &Hosp

Selayang

Jumaat HTA -> IMR -> PDN -

Isnin hingga Jumaat : Hospital Ampang (bergantung atas temujanji oleh doktor)

2.5 Aktiviti Penolakan Sampel (Primary Rejection)

Semua spesimen yang diterima di kaunter penerimaan utama perlu disemak untuk

Primary Rejection. Kriteria bagi penolakan sampel :

Kebocoran sampel

Penggunaan bekas yang tidak betul

Tiada sampel

Spesimen tidak diletakkan di dalam ais

Tiada borang permohonan

Bekas yang kosong

Ujian tidak ditawarkan

Tiada menyatakan ujian yang dipohon

Spesimen yang salah

Data yang tidak jelas di borang permohonan

Tiada No KP/ Wad / Klinik / Nama pesakit

Tiada label pada spesimen

Data tidak sama pada borang dan spesimen

Spesimen tidak sesuai untuk ujian disebabkan oleh pemantauan suhu

Sebarang penolakan sampel hendaklah dimaklumkan kepada wad/klinik yang berkenaan.

Permohonan ujian hendaklah didaftarkan dan laporan penolakan sampel perlu dikeluarkan

termasuk butiran yang menerima makluman berkenaan penolakan sampel beserta sebab

sampel ditolak.

Page 5: UNIT MAKMAL TERAS 1.0 PENGENALAN Makmal Teras/Unit Ma… · Sebarang pertanyaan tentang ujian-ujian Patologi selepas waktu bekerja perlu diajukan kepada unit-unit yang berkenaan

3.0 PERKHIDMATAN DIAGNOSTIK

Perkhidmatan diagnostik dibahagikan kepada:

i. Ujian Segera

Ujian yang disegerakan oleh sebab kecemasan dan dinyatakan dalam borang

permohonan ujian. Ujian yang dipohon akan diberikan keutamaan dalam proses

analisis dan pengeluaran keputusan ujian. . Boleh dipohon pada waktu pejabat dan

selepas waktu pejabat (oncall)

ii. Ujian Rutin

Ujian yang dilakukan untuk mengesan kondisi klinikal yang biasa atau sebagai

saringan awal untuk ujian seterusnya dan tidak termasuk dalam kategori ujian

waiting atau segera. Boleh dipohon pada waktu pejabat dan selepas waktu pejabat

(oncall)

Nombor untuk dihubungi:

Ketua Unit 03-2615 5625

Pegawai Sains 03-2615 5608

JTMP Kanan 03-2615 5555 ext 5628

Unit Makmal Teras 03-2615 5555 ext 5606

Page 6: UNIT MAKMAL TERAS 1.0 PENGENALAN Makmal Teras/Unit Ma… · Sebarang pertanyaan tentang ujian-ujian Patologi selepas waktu bekerja perlu diajukan kepada unit-unit yang berkenaan

3.1 Perkhidmatan Ujian Segera dan 24 jam

Ujian segera / STAT hanya perlu diminta apabila diperlukan untuk rawatan pesakit

segera.

Senarai berikut adalah senarai Ujian yang boleh semasa dan selepas waktu pejabat

1. FBC

2. Coagulation profile (PT/APTT)

3. D-Dimer

4. Fibrinogen

5. DIVC screenin

6. CKMB

7. Troponin T

8. Glucose (RBS)

9. Renal profile

10. Blood Gases

11. CSF biochemistry

12. Serum Amylase

13. Serum Calcium

14. Serum Magnesium

15. Serum Phosphate

16. Toxicology (PCM / Salicylate/Urine Paraquat )

17. Urine Pregnancy Test

18. Serum Lithium

19. Serum and Urine Osmolality

20. Urine Biochemistry

21. Urine Sodium

22. Urine Amylase

23. Serum Lactate

24. Serum Ammonia

25. Fluid Profile

Page 7: UNIT MAKMAL TERAS 1.0 PENGENALAN Makmal Teras/Unit Ma… · Sebarang pertanyaan tentang ujian-ujian Patologi selepas waktu bekerja perlu diajukan kepada unit-unit yang berkenaan

4.0 LAPORAN KEPUTUSAN

Semua keputusan akan disahkan oleh Pegawai Perubatan, Pegawai Sains dan

Juruteknologi Makmal Perubatan (JTMP). Sekiranya terdapat sebarang

ketidakpastian, akan dirujuk dengan Pakar Patologi. Semasa waktu pejabat, semua

keputusan kritikal akan dimaklumkan ke wad oleh Petugas Pusat Pemberitahuan

Nilai Kritikal (CVNC) manakala selepas waktu pejabat, keputusan kritikal ujian akan

dimaklumkan oleh petugas makmal sendiri melalui telefon. Semua laporan ujian

akan diletakkan di dalam pigeon hole mengikut wad / klinik / hospital luar , di

hadapan kaunter Utama Penerimaan Spesimen Jabatan Patologi HKL.

Reference: The Quick Guide for Improving Notification of Critical Laboratory Results in

Hospital Kuala Lumpur; December 2010

5.0 PENGAMBILAN SPESIMEN

Kebanyakkan ujian biokimia menggunakan serum dan plasma (heparinised sample).

Cara pengambilan spesimen sangat memainkan peranan penting dalam memberikan

keputusan ujian yang tepat bagi pengurusan penjagaan pesakit. Kualiti spesimen

yang dihantar akan menentukan kualiti dan ketepatan ujian laporan makmal yang

dikeluarkan.

For collection of specimen, minimum tourniquet pressure should be applied during

venepuncture in order to avoid forcing of free fluid from cappilaries which may result

in hemoconcentration and spurious elevations of protein and protein bound

substance eg: total protein, calcium. If possible, tourniquet should be release after no

more than 1 minute from the initial placement.

Hemolysis can affect clinical chemistry test by interfering with the photometric

determination of the analyte concentration in the sample leading to erroneous results.

If considerable hemolysis is noted, another sample will be requested upon rejection

of the first sample.

Avoid mixing or transferring blood from different tubes as certain tubes may contain

anticoagulant substance which will falsely elevated the concentration of certain

analyte in the sample.

Avoid collection of blood from limbs being infused with intravenous solution. This will

lead to hemodilution and measurements on these sample produces erroneous

results which is not the actual presentation of the analyte concentration in the

specimen.

Page 8: UNIT MAKMAL TERAS 1.0 PENGENALAN Makmal Teras/Unit Ma… · Sebarang pertanyaan tentang ujian-ujian Patologi selepas waktu bekerja perlu diajukan kepada unit-unit yang berkenaan

One way of ensuring test results accuracy is to prevent anticoagulant contamination.

To do this, the tubes should be filled in the order below:

Order of Draw:

i. Plain tube – No additive (Red cap)

ii. Sodium citrate tube (Blue cap)

iii. Gel tube (Yellow cap)

iv. Lithium heparin tube (Green cap)

v. EDTA tube (Purple cap)

vi. Fluoride oxalate tube (Grey cap)

Do not mix blood specimen from different blood collection tubes. Certain blood

collection tubes e.g. Sugar or FBC tubes contain Potassium salts and chelating

agents which will cause erroneous result for Potassium and Calcium analysis.

Delay in separating plasma/serum or freezing of blood prior to analysis may cause

pseudo-hyperkalaemia. Therefore it is advisable to centrifuge and separate the

plasma/serum from whole blood if delay in transporting specimen to the lab is

expected especially for Health Clinics outside HKL.

5.1 Pengambilan Urin 24 Jam

Pemeriksaan kuantitatif kebanyakan dilakukan ke atas spesimen urin yang dikumpul

lebih dari 24 jam. Masa 24-jam membolehkan circadian rhythmic changes dalam

sistem perkumuhan pada waktu tertentu.

Prosedur pengumpulan:

i. Bekas urin 24 jam yang mengandungi pengawet untuk ujian yang diperlukan

boleh didapati di kaunter Unit Bekalan Tiub Setempat Jabatan Patologi dan

disediakan atas permintaan, dengan borang permintaan ujian atau nota yang

disertakan.

ii. Pada hari pengumpulan, urin yang pertama mesti dibuang. Masa urin pertama

itu adalah permulaan masa bagi tempoh pengumpulan urin 24 jam.

iii. Kumpulkan urin yang kedua dan seterusnya selama 24 jam ke dalam bekas

urin 24 jam.

iv. Setelah sudah 24 jam, urin yang terakhir telah dikumpulkan. Untuk hasil

terbaik, simpan sampel dalam keadaan sejuk jika boleh.

Page 9: UNIT MAKMAL TERAS 1.0 PENGENALAN Makmal Teras/Unit Ma… · Sebarang pertanyaan tentang ujian-ujian Patologi selepas waktu bekerja perlu diajukan kepada unit-unit yang berkenaan

v. Labelkan bekas urin seperti yang diarahkan dan hantar segera ke makmal.

5.2 Kandungan Gas Darah (Blood Gas)

Tatacara pengambilan spesimen darah

1. Tentukan waktu pengambilan sampel darah arteri atau venous

2. Gunakan picagari pakai buang berukuran 1 ml.

3. Sekiranya menggunakan picagari biasa, sedut larutan heparin (5000 units per ml)

ke dalam picagari dan tolak keluar lebihan larutan tersebut. Jangan gunakan

larutan ammonium heparin atau EDTA.

4. Gunakan alkohol untuk membersihkan tempat yang akan disuntik dan pastikan

alkohol tersebut kering sepenuhnya.

5. Sedut ke dalam picagari sebanyak 1 ml darah arteri / venous.

6. Terbalikkan picagari ke atas dan dan buang semua gelembung udara .

7. Pastikan darah bercampur sepenuhnya dengan menggosok picagari tersebut

menggunakan dua belah tapak tangan.

Penghantaran spesimen ke makmal

1. Picagari berisi darah arteri / venous dimasukkan ke dalam bekas yang

mengandungi air dan ketulan ais dan pastikan picagari tersebut mestilah

tenggelam sepenuhnya di dalam air tersebut.

2. Ini adalah untuk mengurangkan kadar metabolisme yang masih berlaku dalam

darah bagi memastikan nilai parameter ujian gas darah yang diukur adalah tepat.

3. Sampel tersebut perlu dihantar ke makmal dengan segera dalam masa 30 minit

dari masa sampel darah diambil.

5.3 Ammonia dan Lactate

Penghantaran spesimen: Spesimen hendaklah dihantar segera bekas yang

mengandungi air dan ketulan ais

5.4 Creatinine Clearance Test

Sampel diperlukan

Ujian ini memerlukan pengumpulan urin bagi tempoh 24 jam dan satu sampel darah

yang diambil dalam tempoh pengumpulan urin.

Page 10: UNIT MAKMAL TERAS 1.0 PENGENALAN Makmal Teras/Unit Ma… · Sebarang pertanyaan tentang ujian-ujian Patologi selepas waktu bekerja perlu diajukan kepada unit-unit yang berkenaan

Persediaan pesakit

Elakkan mengambil ubat-ubatan yang boleh mengganggu keputusan ujian.

Ubatan yang boleh meningkatkan aras kreatinin dalam darah dan seterusnya

menurunkan kadar kreatinin klearans termasuklah Cephalosporin,

Aminoglycoside, Flucytosine, Cisplatin, Cimetidine dan Trimethoprim.

Jika boleh, ubatan perlu dihentikan pengambilannya terlebih dahulu.

Pastikan pesakit meminum air secukupnya sebelum pengumpulan urin

dimulakan.

Disyorkan pengambilan diet bukan berasaskan daging.

Batasan/Had ujian

Semasa pengumpulan urin 24 jam boleh berlaku kesilapan, terutamanya terlupa

masa mula dan akhir dan terlupa untuk memasukkan urin ke dalam bekas, yang

menyebabkan terlebih isipadu atau terkurang isipadu.

Reference: Lab Investigation Guidelines for CKD and Utilisation of eGFR in Adults 2012.

5.5 FBS (Gula Darah Berpuasa)

Pengambilan darah untuk ujian ini dilakukan selepas 8-12 jam berpuasa ataupun

semalamam berpuasa. Pengambilan air kosong adalah dibenarkan semasa tempoh

berpuasa ini. Paras gula darah akan meningkat semasa tempoh berpuasa. Tetapi,

untuk individu yang sihat, paras ini akan diseimbangkan balik ke tahap normal oleh

hormon insulin. Pesakit diabetes mellitus pula akan mempunyai masalah

pengimbangan balik tahap gula mengakibatkan paras gula darah kekal tinggi.

Tahap gula darah berpuasa di atas 7.0 mmol/L merupakan kriteria yang diterima

untuk disahkan menghidap penyakit diabetes mellitus. Jika seseorang mempunyai

simptom mengidap penyakit diabetes mellitus , kejadian sekali untuk FBS yang

melebehi 7.0 mmol/L boleh dianggap cukup untuk diagnosa penyakit. Sekiranya

pesakit itu tanpa sebarang simptom, kejadian dua kali diperlukan untuk doktor

mengesahkan penyakit kencing manis. Prinsip ujian ini adalah untuk menilai

keupayaan tubuh untuk menyerap dan menyeimbangkan glukosa yang diminum.

Page 11: UNIT MAKMAL TERAS 1.0 PENGENALAN Makmal Teras/Unit Ma… · Sebarang pertanyaan tentang ujian-ujian Patologi selepas waktu bekerja perlu diajukan kepada unit-unit yang berkenaan

5.6 OGTT (Ujian Toleransi Gula)

Ujian ini biasanya dilakukan pada individu yang mempunyai nilai paras gula darah

berpuasa yang biasa tetapi mempunyai simptom-simptom klinikal penyakit kencing

manis seperti glycosuria (paras gula tinggi dalam air kencing), polyuria (sentiasa

ingin membuang air kencing) dan polydipsia (sentiasa rasa dahaga).

Ujian ini dilakukan dengan mengambil sampel darah samaada dua kali atau tiga kali.

Sampel darah pertama yang diambil adalah untuk mengukur nilai gula darah

berpuasa. Kemudian, minuman glukosa yang mengandungi 75g larutan glukosa

diberi. Sampel darah kedua, 1-HPP (1 jam selepas makan) dan sampel darah ketiga,

2-HPP (2 jam selepas makan) diambil pada 60 dan 120 minit selepas meminum air

glukosa. Amalan sekarang hanya mengambil sampel darah berpuasa dan sampel

darah 2-jam selepas makan. Prinsip ujian ini adalah untuk menilai keupayaan tubuh

untuk menyerap dan menyeimbangkan glukosa yang diminum.

5.7 Fasting Serum Lipid

Persediaan Pesakit Sebelum Pengambilan Darah

Pesakit boleh menentukan kandungan Profail Lipid melalui ujian darah. Bagi

mendapat keputusan ujian yang tepat, pesakit perlu berpuasa antara 8-12 jam

sebelum darah diambil. Lazimnya 3 – 5 mL darah akan diambil dari salur darah

ditangan dan dipindahkan ke bekas yang sesuai. Darah tersebut di hantar ke

Makmal Perubatan untuk analisa berkaitan Profail Lipid.

5.8 eGFR Test

Guidelines for Requesting and Reporting of eGFR:

1. Request form

All manual request shall use PER. PAT 301 form

Information Needed

Relevant clinical history

Previous creatinine result, if available

Previous Creatinine Clearance, if available

Previous calculated eGFR result, if available

2. Only serum or plasma creatinine sample sent along with PER. PAT 301 form

shall have its eGFR calculated

Page 12: UNIT MAKMAL TERAS 1.0 PENGENALAN Makmal Teras/Unit Ma… · Sebarang pertanyaan tentang ujian-ujian Patologi selepas waktu bekerja perlu diajukan kepada unit-unit yang berkenaan

3. Calculation of eGFR using previous creatinine result shall not be allowed. This is

because previous eGFR result could lead to misinterpretation of the test result

correlating to the current patient status.

Reference: Lab Investigation Guidelines for CKD and Utilisation of eGFR in Adults 2012.

5.9 Serum Ascites Gradient Test (SAAG)

Send both serum and fluid specimen that are taken on the same day for the SAAG

determination.

5.10 Coagulation & Mixing Test

Sample Collection:

1. Mixing Test is performed on appointment and based on consultation with the

Pathologist at ext 5239 and the test is only offered during office hours.

2. Specimens for coagulation &and mixing tests must be collected into sodium

citrate tubes (BLUE TOP)

3. Avoid taking blood from indwelling lines to avoid heparin contamination and

haemodilution.

4. Citrated specimens must be adequately filled to the level indicated on the tube.

5. The blood is thoroughly mixed with the anticoagulant by inverting the tube gently

several times.

6. Specimen and request form with date and sampling time should be sent to the

laboratory as rapidly as possible as analysis must be completed within 4hrs of

venipuncture.

7. Specimens should be sent at room temperature and should not be in contact with

ice.

8. Tests will not be performed for underfilled, overfilled, haemolysed and clotted

citrated samples.

9. Include complete and relevant clinical details on the request form to facilitate

appropriate testing and interpretation of results.

Page 13: UNIT MAKMAL TERAS 1.0 PENGENALAN Makmal Teras/Unit Ma… · Sebarang pertanyaan tentang ujian-ujian Patologi selepas waktu bekerja perlu diajukan kepada unit-unit yang berkenaan

5.11 Full Blood Counts (FBC)

Sample Collection:

1. Specimens for FBC must be collected into EDTA tubes (Lavender Top)

2. Volume required is minimal 2ml of whole blood or 500ul in microtainer

3. Avoid taking blood from indwelling lines to avoid haemodiluted sample.

4. Specimen should be thoroughly mixed by inverting gently the tube about 8 times.

5. Specimen must be reached the lab as soon as possible.

6. Test will not be performed for clotted and inadequate specimens.

7. If significant abnormalities fulfilled, morphology screening report will be follow.