tajuk 2 penubuhan unit unit kokurikulum di sekolah

21
Unit 2 Penubuhan Unit-Unit Kokurikulum di Sekolah Wan Suhaimi Bin Wan Setapa 1 TAJUK 2 : PENUBUHAN UNIT-UNIT KOKURIKULUM DI SEKOLAH PUNCA KUASA Perkara 50 : Semua murid hendaklah digalakkan mengambil bahagian secara aktif. Guru hendaklah didedahkan kepada pendekatan yang menarik dalam mengurus kegiatan ko apabila mereka menjalani kursus latihan perguruan. Guru yang telah banyak berjasa dalam kegiatan ko hendaklah diberi pengiktirafan yang sewajarnya. Perkara 51 : Untuk meninggikan lagi mutu pasukan seragam – hendaklah diperakukan guru yang memimpin hendaklah yang telah menerima latihan kepimpinan dan pengendalian. Pelaksanaan kokurikulum di sekolah adalah WAJIB (rujuk Seksyen 18 , Akta Pendidikan 1996 <Akta 550>) kalau gagal, ia adalah satu kesalahan. Denda tidak melebihi RM 5000 atau dipenjara tidak melebihi 3 bulan @ kedua2nya sekali (rujuk Akta 550)- jika dilakukan secara berterusan, denda harian tidak lebih RM 500 dan seterusnya setiap kali kesalahan itu dilakukan (AKTA 550). LAPORAN JAWATANKUASA KABINET MENGKAJI PELAKSANAAN DASAR PELAJARAN 7 NOVEMBER 1979 TELAH MEMPERAKUKAN PERLUKAH DIADAKAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH

Upload: ahmad-albab

Post on 24-Jan-2017

319 views

Category:

Education


21 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tajuk 2 penubuhan unit unit kokurikulum di sekolah

Unit 2 Penubuhan Unit-Unit Kokurikulum di Sekolah Wan Suhaimi Bin Wan Setapa 1

TAJUK 2 : PENUBUHAN UNIT-UNIT KOKURIKULUM DI SEKOLAH

PUNCA KUASA

Perkara 50 : Semua murid hendaklah digalakkan mengambil bahagian secara aktif. Guru hendaklah didedahkan kepada pendekatan yang menarik dalam mengurus kegiatan ko apabila mereka menjalani kursus latihan perguruan. Guru yang telah banyak berjasa dalam kegiatan ko hendaklah diberi pengiktirafan yang sewajarnya.

Perkara 51 : Untuk meninggikan lagi mutu pasukan seragam – hendaklah diperakukan guru yang memimpin hendaklah yang telah menerima latihan kepimpinan dan pengendalian.

Pelaksanaan kokurikulum di sekolah adalah WAJIB (rujuk Seksyen 18 , Akta Pendidikan 1996 <Akta 550>) kalau gagal, ia adalah satu kesalahan.

Denda tidak melebihi RM 5000 atau dipenjara tidak melebihi 3 bulan @ kedua2nya sekali (rujuk Akta 550)- jika dilakukan secara berterusan, denda harian tidak lebih RM 500 dan seterusnya setiap kali kesalahan itu dilakukan (AKTA 550).

LLAAPPOORRAANN JJAAWWAATTAANNKKUUAASSAA KKAABBIINNEETT MMEENNGGKKAAJJII

PPEELLAAKKSSAANNAAAANN DDAASSAARR PPEELLAAJJAARRAANN 77 NNOOVVEEMMBBEERR 11997799

TTEELLAAHH MMEEMMPPEERRAAKKUUKKAANN

PPEERRLLUUKKAAHH DDIIAADDAAKKAANN KKOOKKUURRIIKKUULLUUMM DDII SSEEKKOOLLAAHH

Page 2: Tajuk 2 penubuhan unit unit kokurikulum di sekolah

Unit 2 Penubuhan Unit-Unit Kokurikulum di Sekolah Wan Suhaimi Bin Wan Setapa 2

Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan gerak kerja PPS di sekolah.

Rujuk subperkara 5.2-Surat pekeliling Ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jilid 11(29)- 2 Jan 1985

Penyertaan setiap pelajar sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan mestilah mengambil bahagian sekurang-kurangnya salah satu gerak kerja pakaian seragam ( badan beruniform ), satu kelab/persatuan dan satu sukan/permainan.

(Rujuk Subperkara 5.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.1/1985 KP(BS)8591/Jld.11(29)-2 Jan 1985.

Subperaturan 4(d) Peraturan-peraturan Pendidikan(persatuan Sekolah 1998 - Perlunya Guru Besar/Pengetua sekolah setelah menerima permohonan secara bertulis – menubuhkan PPS di sekolah masing-masing.

Mesti mematuhi peraturan pelajaran (persatuan sekolah) 1998 – Warta Karajaan.

Perlu didaftarkan sebagai unit gabungan.Sesuatu pasukan yang ditubuhkan berasaskan sesuatu akta yang telah diluluskan oleh Parlimen

Contoh: PKBM (akta 417) dan Pasukan Kadet Polis (Akta Polis 1967)- Sekolah Menengah sahaja. Ada sekolah tidak daftar – masalah yuran

AAPPAA PPEERRAANNAANN GGUURRUU

AAPPAA YYAANNGG PPEERRLLUU DDIILLAAKKUUKKAANN OOLLEEHH PPIIHHAAKK SSEEKKOOLLAAHH

Page 3: Tajuk 2 penubuhan unit unit kokurikulum di sekolah

Unit 2 Penubuhan Unit-Unit Kokurikulum di Sekolah Wan Suhaimi Bin Wan Setapa 3

Menggalakan pelajar melakukan kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat seperti gotong-royong memperbaiki kawasan sekolah dengan menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian.

(Rujuk Subperkara 5.3- Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 1/1985,KP(BS)8591/Jld.11(29)-2 Jan 1985.

Penyertaan pelajar dalam aktiviti adalah WAJIB.

Oleh sebab itu, kehadiran pelajar dalam aktiviti mesti direkodkan.(Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 1/1986 KP(BS)8591/Jld.11(41) 15 Jan 1986.

Ini berdasarkan Warta Kerajaan bertarikh 31 Disember 1997 menyatakan mengenai penyertaan murid-murid dalam aktiviti kokurikulum.

MASA YANG DIPERLUKAN

Sekolah Menengah 180 min. ( Tingkatan Peralihan 1-3 dan 6) 180 min. -Ting. 4 & 5 ( Sastera ) 140 min. -Ting. 4 & 5 (Sains SRT/Pertanian) 100 min. –Ting. 4 & 5 ( Sekolah Teknik)

Sekolah Rendah 120 min. –Tahun 5 & 6 60 min. – Tahun 3 & 4

SSEEKKOOLLAAHH YYAANNGG TTIIDDAAKK AADDAA KKEEMMUUDDAAHHAANN

MMAASSAA KKEEGGIIAATTAANN

Page 4: Tajuk 2 penubuhan unit unit kokurikulum di sekolah

Unit 2 Penubuhan Unit-Unit Kokurikulum di Sekolah Wan Suhaimi Bin Wan Setapa 4

Dasar 1Murid 1Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang- kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberikan tumpuan ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Dasar ini selaras dengan Dasar Sukan Negara yang memberikan penekanan kepada Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. Matlamat dasar ini memberikan perhatian yang utama kepada murid yang kurang aktif supaya mereka melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Pada masa yang sama, bakat murid yang berpotensi akan digilap dan dibangunkan melalui program Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS).

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melaksanakan Dasar 1Murid 1Sukan agar setiap murid menikmati manfaat bersukan dengan harapan dapat membentuk generasi yang membudayakan sukan seiring dengan keperluan akademik.

Rasional

Dasar 1Murid 1Sukan mendokong Dasar Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. Dasar ini menitikberatkan penglibatan semua murid dalam pelbagai aktiviti sukan. Dasar ini dibentuk atas rasional kegiatan sukan adalah sebahagian daripada transformasi pendidikan yang diusahakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

DDAASSAARR 11MMuurriidd 11SSuukkaann

Page 5: Tajuk 2 penubuhan unit unit kokurikulum di sekolah

Unit 2 Penubuhan Unit-Unit Kokurikulum di Sekolah Wan Suhaimi Bin Wan Setapa 5

Sukan seharusnya mendapat pengiktirafan, sokongan dan galakan yang sama sebagaimana juga yang diberikan kepada keperluan asas yang lain seperti akademik dan kegiatan kokurikulum supaya dapat melahirkan murid yang seimbang dari segi kesejahteraan minda dan jasmani.

Dasar ini juga menyumbang kepada penggalakan pertandingan yang sihat, semangat muhibah, kesefahaman, toleransi dan meningkatkan nilai moral dan fizikal yang memberikan satu landasan yang betul dalam mengintegrasikan pelbagai kumpulan etnik kepada satu bangsa yang bersatu padu serta memupuk semangat cinta akan negara.

Dasar 1Murid 1Sukan dapat memberikan peluang secara menyeluruh kepada semua murid melibatkan diri dalam sukan secara lebih terurus dan terancang serta mengimbangkan fokus atau penekanan dalam melahirkan insan secara holistik.

Matlamat

Dalam jangka masa yang panjang, dasar ini berhasrat untuk melahirkan modal insan yang sihat dan cergas melalui penyertaan yang menyeluruh dalam kalangan murid melalui kegiatan sukan sepanjang tahun. Pelaksanaan dasar ini akan membantu bagi mengatasi masalah disiplin dan mengurangkan masalah obesiti dalam kalangan murid.

Membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dalam kalangan murid melalui kegiatan sukan sepanjang tahun serta memupuk budaya bersukan dalam kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas.

Page 6: Tajuk 2 penubuhan unit unit kokurikulum di sekolah

Unit 2 Penubuhan Unit-Unit Kokurikulum di Sekolah Wan Suhaimi Bin Wan Setapa 6

Konsep

Dasar 1Murid 1Sukan ialah program pembangunan sukan di sekolah yang mewajibkan setiap murid dari Tahap 2 di sekolah rendah hingga ke Tingkatan 6 di sekolah menengah mengikuti sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan yang dikendalikan secara terancang dan sistematik. Dasar 1Murid 1Sukan berteraskan prinsip-prinsip asas perkembangan fizikal Murid. Justeru, Dasar 1Murid 1Sukan diwujudkan untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan agar;

i. memberikan akses kepada semua murid untuk mendapatkan faedah daripada penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang aktif atau tidak aktif;

ii. membangunkan program sukan sekolah ke arah meningkatkan penyertaan murid sekurang-kurangnya dalam satu jenis sukan di sekolah;

iii. memberikan peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi dalam sukan untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi;

Page 7: Tajuk 2 penubuhan unit unit kokurikulum di sekolah

Unit 2 Penubuhan Unit-Unit Kokurikulum di Sekolah Wan Suhaimi Bin Wan Setapa 7

1.0 Pengenalan

Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Dasar Pelajaran Kebangsaan (1979) memberi perakuan :

Murid/Pelajar wajib menyertai tiga bidang Gerko di sekolah .

Manakala tugas sebagai guru penasihat, guru sukan atau sebagai jurulatih Gerko dianggap sebagai tugas rasmi guru.

Prosedur penubuhan persatuan di sekolah terbahagi kepada dua kategori :

Penubuhan persatuan yang tiada badan induk;

Penubuhan persatuan yang mempunyai badan induk.

Penubuhan persatuan yang tiada badan induk :

Persatuan yang tidak mempunyai badan induk di luar institusi pendidikan untuk mengawasi dan mengelolanya secara khusus, contohnya FAM, MSSD bebas untuk menubuhkan persatuan berkenaan;

Sekolah-sekolah digalakkan menubuhkan persatuan atau kelab yang boleh mendatangkan faedah kepada pelajar. Pemilihan persatuan atau kelab yang hendak ditubuhkan itu hendaklah berasaskan kepada kemudahan yang ada dan kesesuaian dengan suasana dan persekitaran serta keperluan tempatan.

Page 8: Tajuk 2 penubuhan unit unit kokurikulum di sekolah

Unit 2 Penubuhan Unit-Unit Kokurikulum di Sekolah Wan Suhaimi Bin Wan Setapa 8

Ditubuhkan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah oleh pengetua atau guru besar atau ;

Guru yang mempunyai minat, kepakaran dan ilmu berkaitan sesuatu bidang Gerko yang belum ditubuhkan di sekolah membuat perudingan dengan pengetua atau guru besar;

Contoh persatuan dalam kategori ini ialah Persatuan Bahasa Melayu, Kelab Badminton, Kelab Olahraga, Kelab Senifoto, Kelab Komputer, Kelab Bola Sepak.

Persatuan-persatuan ini tidak perlu mendaftar dengan badan induk yang terdapat di luar institusi pendidikan.

Penubuhan persatuan yang mempunyai badan induk :

Persatuan yang bergabung dan mempunyai badan induk di luar institusi pendidikan untuk mengelola dan menyelaraskannya di peringkat daerah, negeri, negara perlu mendapat kebenaran, pengesahan dan pendaftaran daripada badan induk persatuan berkenaan;

Pengetua, guru besar atau guru penasihat perlu mengadakan perbincangan awal dengan badan induk persatuan berkenaan;

Mengisi borang permohonan;

Menghantar borang permohonan kepada pegawai yang mengendalikan badan induk berkenaan;

Membuat pendaftaran anggota peringkat dalaman sementara menunggu kelulusan pendaftaran;

Memperoleh kelulusan atau sijil pendaftaran.

Mendaftar anggota secara rasmi kepada badan induk berkenaan; dan melaksana dan menjalankan aktiviti persatuan.

Page 9: Tajuk 2 penubuhan unit unit kokurikulum di sekolah

Unit 2 Penubuhan Unit-Unit Kokurikulum di Sekolah Wan Suhaimi Bin Wan Setapa 9

2.0 Perlembagaan dan Peraturan

Setiap persatuan perlu mempunyai perlembagaan dan peraturan atau undang-undang yang diluluskan dalam mesyuarat agung.

Persatuan yang mempunyai badan induk menggunakan perlembagaan yang dibuat oleh badan induk berkenaan;

Fungsi perlembagaan dan peraturan ialah sebgaai panduan untuk menggerak dan melicinkan perjalanan persatuan.

Juga sebagai tempat rujukan jika timbul sebagai masalah.

Terkandung peranan dan tanggungjawab setiap AJK.

Terkandung beberapa perkara, seperti :

Nama dan alamat persatuan;

Matlamat;

Lencana atau logo;

Cogan kata

Keahlian/Keanggotaan;

Jawatankuasa Induk/Kecil (bilangan, tugas dan sebagainya);

Kewangan;

Pembatalan dan pembubaran persatuan;

Larangan dalam persatuan;

Pindaan perlembagaan; dan

Mesyuarat persatuan.

Page 10: Tajuk 2 penubuhan unit unit kokurikulum di sekolah

Unit 2 Penubuhan Unit-Unit Kokurikulum di Sekolah Wan Suhaimi Bin Wan Setapa 10

3.0 Pelantikan Jawatankuasa

Setiap persatuan perlu melantik jawatankuasa yang berperanan untuk memimpin dan mengurus persatuan.

Cara pelantikan jawatankuasa berbeza mengikut perlembagaan dan peraturan persatuan masing-masing.

Terdapat dua cara pelantikan jawatankuasa:

dipilih dalam Mesyuarat Agung; dan

Dijalankan secara undi, sama ada dengan mengangkat tangan atau undi rahsia (kertas undian);

Jawatan yang dipertandingkan :

Pengerusi;

Timbalan Pengerusi;

Setiausaha;

Bendahari;

AJK Induk / Kerja.

dilantik oleh pihak tertentu (pemimpin atau penguasa).

melalui perbincangan atau ujian tertentu;

berpandukan pencapaian dan kebolehan pelajar;

Contoh, pelantikan Ketua Patrol dalam Pergerakan Pengakap.

Nama jawatan berbeza mengikut perlembagaan.

Page 11: Tajuk 2 penubuhan unit unit kokurikulum di sekolah

Unit 2 Penubuhan Unit-Unit Kokurikulum di Sekolah Wan Suhaimi Bin Wan Setapa 11

( Pengetua / Guru Besar )

( Guru Penasihat )

Carta Organisasi Jawatankuasa Persatuan ( Yang Pilih Dalam Mesyuarat Agung )

PENASIHAT

SETIAUSAHA

JAWATANKUASA

PENAUNG

JAWATANKUASA KECIL ATAU BIRO

PENGERUSI / KETUA

NAIB PENGERUSI / NAIB KETUA

BENDAHARI

Dipilih oleh Jawatankuasa Induk

Dipilih dalam Mesyuarat Agung

Dipilih dalam Mesyuarat Agung

Dipilih dalam Mesyuarat Agung

Dipilih dalam Mesyuarat Agung

Dipilih dalam Mesyuarat Agung

Dilantik oleh Pengetua / Guru Besar

Dilantik oleh Perlembagaan

Kebajikan Penerbitan Sukan dan Kebajikan Tugas-tugas Khas

Page 12: Tajuk 2 penubuhan unit unit kokurikulum di sekolah

Unit 2 Penubuhan Unit-Unit Kokurikulum di Sekolah Wan Suhaimi Bin Wan Setapa 12

( Pengetua / Guru Besar )

( Ketua Guru Penasihat / Jurulatih )

( Guru-guru Penasihat )

Carta Organisasi Jawatankuasa Unit Beruniform

SETIAUSAHA

PENAUNG

KUARTER MASTER KUMPULAN

KETUA SEKAWAN KANAN / KETUA KUMPULAN

PENOLONG KETUA SEKAWAN KANAN / PENOLONG KETUA KUMPULAN

BENDAHARI

KETUA SEKAWAN / KETUA PATROL

PENOLONG KETUA SEKAWAN / PENOLONG KETUA PATROL

KETUA SEKAWAN / KETUA PATROL

PENOLONG KETUA SEKAWAN / PENOLONG KETUA PATROL

KUARTER MASTER SEKAWAN / PATROL KUARTER MASTER SEKAWAN / PATROL

PEMIMPIN / KAPTEN

PENOLONG PEMIMPIN / LEFTENAN

ANGGOTA UNIT BERUNIFORM ANGGOTA UNIT BERUNIFORM

Page 13: Tajuk 2 penubuhan unit unit kokurikulum di sekolah

Unit 2 Penubuhan Unit-Unit Kokurikulum di Sekolah Wan Suhaimi Bin Wan Setapa 13

4.0 Bidang Tugas Anggota Jawatankuasa (AJK)

Guru Penasihat / Jurulatih :

Memberi nasihat, panduan dan bimbingan;

Melaksana dan menentukan polisi Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah;

Menghadiri dan memberi nasihat dalam mesyuarat;

Memberi latihan dan tunjuk ajar kepada anggota, terutama dalam badan beruniform; dan

Menjadi pengantara antara pentadbir sekolah dengan anggota persatuan.

Pengerusi / Ketua Kumpulan :

Mengurus dan mentadbir persatuan mengikut perlembagaan persatuan atau melaksanakan keputusan mesyuarat;

Mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa kerja;

Merancang, melaksana dan menyelia aktiviti persatuan; dan

Menjalankan tugas sebagaimana ketetapan yang diperuntukkan dalam perlembagaan persatuan.

Naib Pengerusi / Penolong Ketua Kumpulan :

Membantu pengerusi atau ketua kumpulan dalam pengurusan dan pentadbiran persatuan;

Menjadi pengerusi mesyuarat dan menjalankan tugas pengerusi semasa ketiadaan pengerusi; dan

Page 14: Tajuk 2 penubuhan unit unit kokurikulum di sekolah

Unit 2 Penubuhan Unit-Unit Kokurikulum di Sekolah Wan Suhaimi Bin Wan Setapa 14

Menjalankan tugas sebagaimana ketetapan yang diperuntukkan dalam perlembagaan persatuan.

Setiausaha:

Menyimpan pendaftaraan keanggotaan;

Bertanggungjawab dalam urusan surat menyurat dengan badan luar, pentadbir sekolah dan anggota persatuan;

Mengundang dan mengedar surat panggilan mesyuarat;

Bekerjasama dengan pengerusi bagi mentadbir dan mengurus program;

Mencatat minit-minit mesyuarat; dan

Menjalankan tugas sebagaimana ketetapan yang diperuntukkan dalam perlembagaan persatuan.

Penolong Setiausaha:

Membantu setiausaha mentadbir dan mengurus persatuan;

Menjalankan tugas setiausaha semasa ketiadaan setiausaha;

Menjalankan tugas sebagaimana ketetapan yang diperuntukkan dalam perlembagaan persatuan.

Bendahari:

Menyimpan rekod dan stok harta persatuan;

Memungut dan menyimpan penyata pembayaran yuran anggota;

Memungut dan meyimpan penyata keluar masuk wang persatuan;

Page 15: Tajuk 2 penubuhan unit unit kokurikulum di sekolah

Unit 2 Penubuhan Unit-Unit Kokurikulum di Sekolah Wan Suhaimi Bin Wan Setapa 15

Mengurus dan mentadbir pembelian dan kewangan persatuan; dan

Menjalankan tugas sebagaimana ketetapan yang diperuntukkan dalam perlembagaan persatuan.

Ketua Sekawan / Patrol / Biro:

Mengetuai satu kumpulan kecil anggota bagi melaksanakan sesuatu tugas yang ditetapkan mengikut sekawan/patrol/biro;

Menjaga kebajikan anak buah dalam kumpulan;

Menjadi perantara antara Pengerusi / Ketua Kumpulan, Penolong Penasihat dan Guru Penasihat / Jurulatih dengan anak buah.

Menjalankan tugas mengikut ketetapan yang diperuntukkan dalam perlembagaan persatuan; dan

Membantu pengerusi dan setiausaha persatuan melaksanakan tugas yang telah ditetapkan mengikut perlembagaan persatuan.

Page 16: Tajuk 2 penubuhan unit unit kokurikulum di sekolah

Unit 2 Penubuhan Unit-Unit Kokurikulum di Sekolah Wan Suhaimi Bin Wan Setapa 16

Pengurusan Kelab Sukan melibatkan empat proses utama iaitu merancang, mengelola, memimpin dan mengawal.

Merancang

melibatkan proses menentukan objektif kelab sukan dan cara untuk mencapai objektifnya.

Mengelola merujuk kepada proses mengagihkan serta mengkoordinasikan tugas serta sumber untuk mencapai sesuatu objektif kelab sukan.

Memimpin proses mempengaruhi murid atau orang bawahan untuk bekerja dalam mencapai matlamat kelab sukan.

Mengawal proses membentuk dan mengimplimentasikan mekanisme penilaian kerja bagi memastikan objektif kelab sukan yang dirancang akan tercapai.

PPEENNGGUURRUUSSAANN KKEELLAABB SSUUKKAANN

Page 17: Tajuk 2 penubuhan unit unit kokurikulum di sekolah

Unit 2 Penubuhan Unit-Unit Kokurikulum di Sekolah Wan Suhaimi Bin Wan Setapa 17

PENUBUHAN KELAB Dalam menubuhkan sesebuah persatuan di sekolah, pihak sekolah perlulah mengenal pasti beberapa kriteria yang perlu diambil perhatian terlebih dahulu. Antara kriteria tersebut adalah seperti yang berikut : I. Mengenal pasti kepakaran yang ada (guru yang bakal dilantik)

Dalam memilih dan melantik guru penasihat kelab sukan sekolah, pihak pengurusan perlulah mengambil kira aspek-aspek kepakara sedia ada daripada guru-guru itu sendiri. Kepakaran ini merujuk kepada penglibatan guru tersebut dari bangku sekolah lagi, di Institut Pendidikan Guru (IPG) atau di Universiti. Sememangnya bukan semua guru mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang sukan, namun sekurang-kurangnya pengalaman sejak dari bangku sekolah juga boleh dijadikan asas kepada pertimbangan bagi pelantikan seorang guru itu sebagai guru penasihat sesebuah kelab sukan sekolah. II. Kemudahan prasarana sukan yang ada di sekolah

Prasarana merupakan satu elemen yang mempengaruhi pelaksanaan program sukan di sekolah. Sekolah yang mempunyai padang akan mempunyai kelebihan yang banyak dalam menyusun atur program sukan khususnya sukan-sukan yang sering menjadi amalan di sekolah tersebut. Bagi sekolah yang mempunyai gelanggang, perlu bijak menyusun program- program sukan yang berasaskan gelanggang manakala sekolah yang mempunyai dewan tertutup pula mempunyai kelebihan tersendiri dalam merancang program sukan di sekolah.

Page 18: Tajuk 2 penubuhan unit unit kokurikulum di sekolah

Unit 2 Penubuhan Unit-Unit Kokurikulum di Sekolah Wan Suhaimi Bin Wan Setapa 18

III. Peralatan sukan yang sedia ada di sekolah Peralatan sukan juga mempengaruhi pelaksanaan program sukan di sekolah. Pelbagai aspek perlu dilihat secara menyeluruh dalam menyediakan peralatan sukan di sekolah. Pihak sekolah mungkin boleh mempertimbangkan aspek bilangan jenis sukan yang akan diwujudkan dalam sekolah, bilangan murid yang akan menyertai sesuatu jenis sukan dan bilangan guru penasihat yang boleh menyelenggarakan sesuatu peralatan sukan itu. Sesuatu jenis peralatan sukan ini juga mungkin akan dipengaruhi oleh harga dan jangka hayat alatan tersebut.

IV. Budaya sukan kegemaran yang menjadi pilihan murid di sekolah

Pemilihan jenis-jenis sukan untuk kelab sukan di sekolah sangat dipengaruhi oleh budaya sukan di sekolah berkenaan atau mungkin dipengaruhi oleh persekitaran masyarakat dalam komuniti tersebut. Pemilihan sukan-sukan itu perlulah bersesuaian dengan budaya sedia ada bagi memudahkan penglibatan murid secara menyeluruh.

V. Bilangan guru dan bilangan murid Bilangan guru dipengaruhi oleh pengalaman guru tesebut sama ada sebagai seorang ahli sukan mahu pun guru penasihat atau jurulatih. Bilangan guru dalam satu-satu jenis sukan dipengaruhi oleh bilangan murid yang menyertai kelab sukan tersebut. Penyertaan murid dalam satu-satu kelab sukan juga perlu dikawal agar ahli kelab tidak terlalu ramai. Contohnya, kelab sukan bola sepak dan badminton pasti menjadi pilihan utama murid di Malaysia. Oleh itu, guru penasihat perlu bijak mengagih-agihkan murid sekolah itu secara menyeluruh.

Page 19: Tajuk 2 penubuhan unit unit kokurikulum di sekolah

Unit 2 Penubuhan Unit-Unit Kokurikulum di Sekolah Wan Suhaimi Bin Wan Setapa 19

1.0 DASAR PELAKSANAAN

1. Akta Pendidikan 1996 dan akta-akta berkaitan ( Akta 550 ) 2. Peraturan-peraturan Pendidikan (Kur. Keb) 1997 (Persatuan

Sekolah ) 1998 3. Buku Perkhidmatan Awam 4. Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) 5. Buku-buku Panduan.

2.0 MASALAH YANG DIHADAPI

1. Aktiviti kurang menarik 2. Keahlian tidak diselaraskan 3. Rekod dan pelaporan tidak lengkap 4. Penyeliaan pihak pentadbiran sekolah 5. Kehadiran murid tidak memuaskan 6. Tidak menguruskan alatan kokurikulum mengikut kehendak

Pekeliling Perbendaharaan Bil 2./1991

3.0 ADAKAH MURID WAJIB MENYERTAI KOKURIKULUM ? Aktiviti Kokurikulum di sekolah merupakan perkara yang WAJIB disertai oleh semua murid sekolah. Berdasarkan Warta Kerajaan bertarikh 31 Disember 1997

PPEENNGGUURRUUSSAANN KKOOKKUURRIIKKUULLUUMM DDII SSEEKKOOLLAAHH

Page 20: Tajuk 2 penubuhan unit unit kokurikulum di sekolah

Unit 2 Penubuhan Unit-Unit Kokurikulum di Sekolah Wan Suhaimi Bin Wan Setapa 20

4.0 BAGAIMANA DILAKSANAKAN ?

1. Tubuhkan Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah. 2. Dipengerusikan oleh Pengetua/ Guru Besar. 3. Ahli-Ahli Jawatankuasanya hendaklah dilantik daripada

Penolong Kanan, Guru Penyelaras Persatuan, PBB dan Sukan.

4. Fokus , misi dan visi kokurikulum sekolah hendaklah dibentangkan dalam mesyuarat jawatankuasa.

5. Mesyuarat penyelarasan bersama dengan Jawatankuasa Kurikulum Sekolah hendaklah diadakan pada awal tahun untuk memastikan program sekolah bersifat bersepadu dan mempunyai hala tuju yang sama.

5.0 CARTA ORGANISASI KOKURIKULUM SEKOLAH

CARTA ORGANISASI KOKURIKULUM SEKOLAH

PENGETUA

GPK KOKURIKULUM

PenyelarasPenyelaras Penyelaras

Pasukan Badan

Beruniform

Kelab/Persatuan Sukan/Permainan

Pengakap

Puteri Islam

Tunas Puteri

PBSM

Tunas KRS

Bahasa Malaysia

Bahasa Inggeris

Rekreasi

Pelancongan

Sains & Matematik

Bola Sepak

Sepak Takraw

Badminton

Ragbi

Bola Tampar

SETIAUSAHA

KOKURIKULUM

Page 21: Tajuk 2 penubuhan unit unit kokurikulum di sekolah

Unit 2 Penubuhan Unit-Unit Kokurikulum di Sekolah Wan Suhaimi Bin Wan Setapa 21

6.0 MESYUARAT AJK PENGURUSAN KOKURIKULUM SEKOLAH

7.0 JENIS-JENIS GERAKKERJA KOKURIKULUM

1. Pasukan Badan Beruniform 2. Kelab dan Persatuan 3. Sukan dan Permainan.