unit 4 aplikasi kemahiran komunikasi

15
Aplikasi Kemahiran Komunikasi | - 68 - UNIT 4 APLIKASI KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI DALAM MATEMATIK UJIAN PRA-PELAJARAN Nota: Anda boleh menguji dan menilai tahap kebolehan atau penguasaan anda mempelajari unit pelajaran ini dengan menjawab persoalan berikut. Sekiranya anda menguasai penilaian pada tahap 5, bermaksud anda sudah menguasai unit pelajaran ini sepenuhnya. Oleh itu bolehlah anda terus mempelajari topik / Unit Pelajaran berikutnya. Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju/Agree Sangat Setuju 1 2 3 4 5 Item Penyataan /Statement 1 2 3 4 5 1 Saya dapat mengaplikasikan komunikasi dalam pengajaran pembelajaran matematik. 2 Saya dapat menjelaskan mengenal pasti isu-isu berkaitan dengan komunikasi dalam pengajaran pembelajaran.

Upload: patma-aruldas

Post on 25-Nov-2015

28 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

  • A p l i k a s i K e m a h i r a n K o m u n i k a s i | - 68 -

    UNIT 4

    APLIKASI KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI

    DALAM MATEMATIK

    UJIAN PRA-PELAJARAN

    Nota: Anda boleh menguji dan menilai tahap kebolehan atau penguasaan anda mempelajari

    unit pelajaran ini dengan menjawab persoalan berikut. Sekiranya anda menguasai penilaian

    pada tahap 5, bermaksud anda sudah menguasai unit pelajaran ini sepenuhnya. Oleh itu

    bolehlah anda terus mempelajari topik / Unit Pelajaran berikutnya.

    Sangat Tidak

    Setuju

    Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju/Agree Sangat Setuju

    1 2 3 4 5

    Item Penyataan /Statement 1 2 3 4 5

    1 Saya dapat mengaplikasikan komunikasi dalam pengajaran pembelajaran matematik.

    2 Saya dapat menjelaskan mengenal pasti isu-isu berkaitan dengan komunikasi dalam pengajaran pembelajaran.

  • A p l i k a s i K e m a h i r a n K o m u n i k a s i | - 69 -

    UNIT 4

    APLIKASI KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI

    DALAM MATEMATIK

    HASIL PEMBELAJARAN

    Pada akhir pelajaran, diharapkan pelajar dapat :

    i. mengaplikasikan komunikasi dalam pengajaran pembelajaran matematik

    ii. mengenal pasti isu-isu berkaitan dengan komunikasi dalam pengajaran pembelajaran

    matematik di bilik darjah.

    4.1 PENDAHULUAN

    alam Unit 4 ini, aplikasi kemahiran komunikasi dalam matematik membincangkan

    peranan komunikasi dalam pengajaran pembelajaran matematik, komunikasi

    berkesan dalam pengajaran pembelajaran matematik dan pembelajaran melalui

    komunikasi dalam pengajaran pembelajaran matematik dan contoh-contoh aktiviti berkaitan

    dengan penerapan komunikasi dalam pengajaran pembelajaran matematik.

    D

  • A p l i k a s i K e m a h i r a n K o m u n i k a s i | - 70 -

    4.2 KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

    alam Huraian Sukatan Pelajaran Matematik Sekolah Rendah (KPM, 2011),

    Kurikulum Matematik disediakan bagi memberi peluang kepada guru untuk

    mengubah suai dan mencipta suatu suasana yang menyeronokkan, bermakna,

    berguna dan mencabar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam masa yang sama,

    adalah penting untuk memastikan murid-murid menunjukkan perkembangan dalam

    menguasai konsep dan kemahiran Matematik. Pada akhir sesuatu topik dan dalam memilih

    untuk meneruskan dengan bidang pembelajaran atau topik lain, perkara berikut perlu diberi

    perhatian:

    Konsep atau kemahiran yang diperlukan dalam bidang pembelajaran atau topik baru;

    Memastikan hirarki atau hubungan antara bidang pembelajaran atau topik telah diikuti

    sepenuhnya; dan

    Memastikan asas bidang pembelajaran atau kemahiran telah dikuasai sebelum

    berpindah ke bidang yang lebih abstrak.

    Proses pengajaran dan pembelajaran menekankan tentang pembinaan konsep,

    penguasaan kemahiran dan menanamkan nilai-nilai murni. Selain daripada itu terdapat

    elemen lain yang perlu diberi perhatian dan diajar melalui proses pengajaran dan

    pembelajaran dalam bilik darjah. Antaranya adalah komunikasi dalam matematik.

    Komunikasi adalah satu cara perkongsian idea dan menjelaskan pemahaman tentang

    Matematik. Melalui percakapan dan soal jawab, idea Matematik boleh memberi tindak balas,

    boleh dibincangkan dan diubah suai. Proses pemikiran analitik dan sistematik boleh

    membantu memperkukuhkan pengetahuan dan pemahaman pelajar terhadap Matematik

    dengan lebih mendalam. Melalui komunikasi berkesan, pelajar menjadi lebih efisyen dalam

    menyelesaikan masalah dan mampu menerangkan konsep dan kemahiran Matematik kepada

    rakan sebaya dan guru-guru.

    D

  • A p l i k a s i K e m a h i r a n K o m u n i k a s i | - 71 -

    Semasa pengajaran pembelajaran di bilik darjah, kaedah berikut boleh dibina melalui

    persekitaran komunikasi berkesan; iaitu:

    Mengenal pasti konteks yang berkaitan dengan persekitaran dan pengalaman

    murid dalam kehidupan harian;

    Mengenal pasti kecenderungan murid;

    Mengenal pasti bahan pengajaran;

    Memastikan pengajaran yang aktif;

    Merangsangkan kemahiran meta-kognitif;

    Menanamkan sikap positif; dan

    Membina persekitaran pembelajaran yang kondusif.

    Komunikasi berkesan boleh dilaksanakan secara lisan, bertulis dan menggunakan perwakilan,

    yang akan dibincangkan seterusnya.

    4.2.1 Komunikasi Secara Lisan

    Sebagai hubungan dua hala di antara guru dengan pelajar, pelajar dengan pelajar, dan pelajar

    dengan bahan. Komunikasi secara lisan yang boleh dijalankan dengan berkesan dan

    bermakna semasa pengajaran pembelajaran matematik adalah seperti:

    - bercerita dan bersoal jawab dengan menggunakan perkataan sendiri;

    - menyoal dan menjawab soalan;

    - temu bual berstruktur dan tidak berstruktur;

    - perbincangan dalam bentuk forum, seminar, perbahasan sumbangsaran;

    - pembentangan dapatan tugasan; dan

    - perbincangan melalui pembelajaran koperatif.

  • A p l i k a s i K e m a h i r a n K o m u n i k a s i | - 72 -

    Komunikasi lisan adalah proses interaktif yang melibatkan aktiviti seperti mendengar,

    bertutur, membaca dan memerhati. Ini adalah interaksi dua hala yang melibatkan antara guru-

    murid, murid-murid, dan murid-objek. Apabila murid dicabar untuk berfikir dan memberi alasan

    tentang Matematik dan memberi tahu orang lain tentang hasil pemikiran mereka, mereka

    belajar untuk menjelaskan dan meyakinkan. Mendengar penerangan orang lain memberi

    murid-murid peluang untuk meningkatkan kefahaman mereka. Perbualan di mana idea

    Matematik diselidik daripada pelbagai perspektif membantu menajamkan pemikiran dan

    membantu membuat perkaitan idea. Sesetengah aktiviti membantu murid meningkatkan

    penguasaan bahasa untuk menyatakan idea Matematik dan menghargai terhadap perlunya

    ketepatan bahasa. Beberapa teknik komunikasi lisan yang efektif dan bermakna dalam

    Matematik adalah seperti berikut:

    Bercerita, sesi soal jawab menggunakan perkataan sendiri;

    Bertanya dan menjawab soalan;

    Temu duga berstruktur dan tidak berstruktur;

    Perbincangan dalam forum, seminar, perdebatan dan sesi sumbang saran; dan

    Persembahan hasil kajian.

    Berdasarkan gambar rajah berikut, sila buat penjelasan secara lisan kepada rakan

    anda. Laksanakan aktiviti ini semasa kelas tutorial.

  • A p l i k a s i K e m a h i r a n K o m u n i k a s i | - 73 -

    4.2.2 Komunikasi Secara Bertulis

    Komunikasi secara bertulis merupakan sebagai proses penyaluran idea dan maklumat tentang

    matematik yang dipersembahkan secara bertulis. Penulisan boleh menggalakkan pelajar

    untuk memikirkan dengan lebih mendalam tentang isi kandungan matematik dan melihat

    perhubungan antara konsep-konsep. Komunikasi bertulis adalah satu proses di mana idea

    Matematik dan maklumat dikongsi dengan orang lain melalui penulisan. Kerja bertulis

    biasanya adalah hasil perbincangan, sumbangan dan aktiviti sumbangsaran ketika

    menyiapkan kajian. Melalui penulisan, murid digalakkan berfikir secara mendalam tentang

    kandungan Matematik dan memerhati hubungan antara konsep-konsep. Contoh aktiviti

    komunikasi bertulis adalah:

    Membuat latihan;

    Menyimpan buku skrap;

    Menyimpan folio;

    Melaksanakan projek; dan

    Ujian bertulis.

    Andaikan rakan anda tidak hadir ke kelas matematik kerana masalah kesihatan.

    Rakan anda menelepon anda bertanyakan kerja rumah yang diberikan oleh guru matematik

    pada hari tersebut. Anda memaklumkan yang guru matematik memberi gambar rajah dan

    meminta murid-murid membuat penjelasan tentang gambar rajah tersebut. Rakan anda

    menanyakan, apakah bentuk gambar rajah yang diminta oleh guru?. Bagaimanakah anda

    hendak menerangkan gambar rajah yang diberikan oleh guru tersebut. Sila bincang dalam

    kelas tutorial.

  • A p l i k a s i K e m a h i r a n K o m u n i k a s i | - 74 -

    Deskripsi murid yang mana boleh dianggap menetapi gambaran gambar rajah di

    atas yang diberikan. Jelaskan mengapa.

    4.2.3 Komunikasi secara perwakilan

    Komunikasi ini lebih merupakan sebagai proses menganalisis sesuatu masalah matematik

    dan menterjemahkan daripada satu mod ke mod yang lain. Perwakilan matematik

    membolehkan pelajar menghubungkaitkan antara idea matematik yang tidak formal, intuitif

    dan abstrak dengan bahasa harian pelajar. Perwakilan matematik juga merupakan suatu

    proses menganalisis masalah Matematik dan mentafsirnya daripada satu cara kepada cara

    yang lain. Perwakilan matematik membolehkan pelajar mencari hubungan antara idea

    Matematik yang tidak formal, intuitif dan abstrak dengan menggunakan bahasa harian. Murid

    akan menyedari bahawa sesetengah pendekatan untuk membuat gambaran akan lebih

    berkesan dan berguna jika mereka tahu bagaimana untuk menggunakan unsur-unsur dalam

    perwakilan Matematik.

  • A p l i k a s i K e m a h i r a n K o m u n i k a s i | - 75 -

    i) Jelaskan gambar rajah di atas secara:

    a) Komunikasi lisan

    b) Komunikasi bertulis

    4.3 PERANAN KOMUNIKASI DALAM MEMPERKEMBANGKAN KOMUNIKASI

    erdapat tiga peranan guru dalam memperkembangkan komunikasi dalam kalangan

    murid-murid yang dinyatakan oleh NCTM, iaitu:

    i) Mewujudkan norma pembelajaran dalam komuniti bilik darjah bagi menyokong

    pembelajaran semua murid;

    ii) Memilih dan menggunakan tugasan matematik yang berbaloi untuk memberi

    peluang komunikasi yang signifikan berlaku dalam bilik darjah; dan

    iii) Membimbing perbincangan dalam bilik darjah atas dasar apa yang dipelajari

    dengan memantau pembelajaran murid-murid.

    Guru matematik sekolah rendah seharusnya mewujudkan situasi bilik darjah yang kaya

    dengan komunikasi dalam kalangan murid-muridnya di mana murid-murid digalakkan untuk

    berkongsi idea dan memberi penjelasan sehingga mereka faham apa yang diajar oleh guru.

    T

  • A p l i k a s i K e m a h i r a n K o m u n i k a s i | - 76 -

    Dalam komuniti bilik darjah tersebut, komunikasi menjadi penting bagi pengajaran dan

    pembelajaran matematik dan menilai pengetahuan murid-murid. Fokus komunikasi dalam bilik

    darjah adalah melalui penerangan, penyoalan, dan perdebatan menjadi aktiviti-aktiviti

    pengajaran guru matematik. Bagi mencapai bilik darjah seperti ini, guru matematik perlu

    mendapatkan kepercayaan dan hormat daripada murid-murid. Apabila guru mampu

    mewujudkan suasana pembelajaran yang selesa, murid-murid faham dan menerima agar

    mereka bergelut dengan idea-idea, membuat kesilapan, dan berkeadaan kurang pasti dengan

    apa yang disampaikan oleh guru. Sikap-sikap ini menggalakkan murid-murid untuk

    mengambil bahagian aktif untuk memahami apa yang dipelajari kerana murid-murid tahu

    mereka tidak dikritik secara individu.

    Komunikasi seharusnya difokuskan atas tugasan matematik yang berbaloi. Guru perlu

    kenal pasti dan menggunakan tugasan untuk:

    kaitan dengan idea matematik yang penting

    akses kepada pelbagai kaedah penyelesaian

    menggunakan pelbagai perwakilan

    memberi peluang murid-murid untuk membuat interpretasi, justifikasi, dan

    konjektur.

    Tugasan-tugasan matematik yang diberikan hendaklah mudah bagi semua pelajar

    boleh selesaikan, sukar untuk mencabar pemikiran dan penaakulan, dan memberikan peluang

    murid pada aras yang berbeza. Seterusnya, guru matematik juga perlu memantau

    pembelajaran murid-murid dalam wacana bilik darjah. Fasilitate pembelajaran matematik

    murid-murid melalui perbincangan dalam kelas memerlukan kemahiran dan membuat

    keputusan yang tepat. Sebagai contoh, bagi memastikan objektif pengajaran tercapai, guru

    mengarahkan perbincangan dengan memanggil murid-murid tertentu untuk membentangkan

    penyelesaian yang berbeza. Guru juga perlu menangani isu-isu dalam bilik darjah melalui

  • A p l i k a s i K e m a h i r a n K o m u n i k a s i | - 77 -

    persoalan-persoalan seperti siapa yang bercakap? Bila? Kenapa? Berapa lama? Mengapa?

    Dan sebagainya. Adalah penting memberi peluang kepada semua murid-murid untuk

    menyumbang, dan tidak semestinya memberi masa yang sama kepada setiap murid-murid

    untuk bercakap dalam kelas.

    4.4 KEPENTINGAN KOMUNIKASI DALAM MATEMATIK

    epentingan berkomunikasi secara matematik dalam pengajaran pembelajaran

    penting kerana dapat:

    menghubungkaitkan bahan konkrit dan gambar rajah dengan idea-idea dan

    situasi matematik.

    Menghubungkaitkan bahasa harian dengan bahasa matematik dan simbol.

    Mengolah situasi kehidupan harian kepada model matematik dengan menggunakan

    bahasa matematik.

    Membincangkan idea-idea matematik dan membuat konjektur dan hujah dengan

    kukuh.

    Melahirkan idea matematik secara lisan atau bertulis dengan kefahaman yang

    mendalam.

    Mengungkapkan takrifan matematik dan membuat pengitlakan melalui penyiasatan.

    K

  • A p l i k a s i K e m a h i r a n K o m u n i k a s i | - 78 -

    4.5 ISU-ISU KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

    su komunikasi dalam pengajaran pembelajaran matematik amat diberi penekanan olah

    para pendidik, khususnya dalam memastikan pengajaran pembelajaran terlaksana

    secara aktif dan berkesan. Berikut dibincangkan beberapa isu yang boleh dijadikan

    panduan oleh para guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik.

    4.5.1 Guru kurang melaksanakan aktiviti perbincangan

    Isu ini berkait rapat dengan kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru semasa pengajaran

    pembelajaran matematik di bilik darjah. Aktiviti perbincangan dalam kelas matematik dilihat

    kurang berlaku. Begitu juga aktiviti berkumpulan jarang dilakukan semasa pengajaran

    pembelajaran yang memerlukan aktiviti berkomunikasi di antara pelajar sama ada secara

    berpasangan atau berkumpulan.

    Bagi mengatasi kekurangan pelaksanaan aktiviti perbincangan ini, kaedah

    perbincangan perlu secara sistematik oleh guru. Guru perlu mengemukakan soalan-soalan

    secara lisan sebanyak mungkin dan pelajar digalakkan untuk memberi respon. Pelajar perlu

    diberi ruang yang secukupnya untuk memberi pandangan dan pendapat supaya idea tentang

    sesuatu konsep dapat difahami oleh pelajar. Dengan cara, komunikasi berlaku dengan

    maksimum semasa pengajaran pembelajaran.

    I

  • A p l i k a s i K e m a h i r a n K o m u n i k a s i | - 79 -

    4.5.2 Budaya membaca kurang ditekankan

    Budaya membaca kurang diberi penekanan semasa pelajar berada di persekitaran sekolah,

    rumah atau di mana-mana sahaja. Pelajar dilihat kurang membaca dan tidak memperoleh

    maklumat dan idea-idea untuk berhujah tentang subjek atau konsep matematik yang diberikan

    oleh guru.

    Bagi mengatasi kekurangan ini, setiap pelajar akan mendapat makna tentang idea

    atau konsep hasil komunikasi mereka melalui pembacaan. Pembacaan yang baik adalah

    apabila pelajar melakukan siasatan dengan aktif tentang apa yang dibaca. Mereka akan

    mendapat maklumat, idea dan konsep hasil dari proses pembacaan. Melalui pembacaan ini

    juga pelajar melihat gambar, ayat matematik, dan simbol. Ini akan digunakan untuk

    memahami apa ang dipelajari.

    4.5.3 Proses mendengar tidak berlaku

    Proses mendengar dalam kalangan pelajar tidak selari dengan aktiviti perbincangan dalam

    komunikasi semasa pembelajaran matematik. Guru sering terlepas pandang tentang

    kemahiran ini dalam mengukuhkan kemahiran komunikasi dalam kalangan pelajar. Setiap

    pelajar diharap bertindak balas terhadap apa yang didengar dan menggalakkan berfikir

    menggunakan pengetahuan matematik untuk membuat keputusan dan tindakan.

    Bagi mengatasi masalah mendengar untuk menghasilkan maklumat, pelajar perlu

    mendengar dengan baik semasa pengajaran pembelajaran di bilik darjah. Mendengar adalah

    proses persoalan mental (mental questioning) di mana apa yang didengar hasil dari

    komunikasi ini menyebabkan pelajar akan cuba menghubungkan dengan pengalaman mereka

    seharian.

  • A p l i k a s i K e m a h i r a n K o m u n i k a s i | - 80 -

    4.5.4 Penekanan kemahiran penulisan yang lemah

    Guru dilihat tidak menekankan kemahiran menulis yang baik dalam kalangan pelajar-

    pelajarnya. Proses ini tidak dijalankan secara sistematik menyebabkan pelajar tidak berupaya

    menterjemahkan pandangan dan idea mereka dalam komunikasi dalam matematik.

    Penulisan merupakan satu alat bagi pelajar untuk berkomunikasi. Apa yang dilahirkan

    dari pemikiran mereka akan dapat dilihat oleh guru. Guru perlu menyediakan tugasan yang

    boleh mendorong dan merangsang pemikiran supaya pelajar dapat meluahkan pandangan

    mereka melalui penulisan.

    4.5.5 Proses Visualisasi Tidak Berlaku Dalam Pengajaran

    Guru kurang memberi penekanan dalam kemahiran visualisasi dalam berkomunikasi dalam

    matematik bersama pelajar. Alat bantu mengajar tidak menonjolkan proses visualisasi yang

    baik bagi tujuan menggalakkan pelajar untuk berkomunikasi.

    Guru boleh memberikan gambar yang berbentuk grafik atau lakaran dan pelajar

    diminta membuat pemerhatian, menganalisis, mentafsir dan mensistesis maklumat dan

    menterjemahkan ke bahasa matematik dan sebaliknya.

    Bincangkan aktiviti-aktiviti berikut dalam kelas tutorial:

    1. Sila lihat rakaman video pengajaran pembelajaran matematik yang anda rakam dalam

    kursus-kursus lepas. Buat catatan tentang kaedah-kaedah kemahiran komunikasi yang

    digunakan oleh guru semasa pengajaran pembelajaran matematik di bilik darjah.

  • A p l i k a s i K e m a h i r a n K o m u n i k a s i | - 81 -

    2. Ali dan Rahman mempunyai RM 328. Selepas Ali membelanjakan daripada wangnya

    dan Rahman membelanjakan RM 38 membeli baju, mereka mempunyai baki wang yang

    sama.

    a) Berapakah wang Ali pada mulanya?

    b) Berapakah wang Rahman pada mulanya?

    c) Siapakah yang mempunyai wang yang lebih banyak pada mulanya? Berapakah

    wang lebih?

    i. Jelaskan secara lisan maksud masalah-masalah di atas.

    ii. Jelaskan masalah-masalah tersebut secara perwakilan.

    4.6 KESIMPULAN

    omunikasi berkesan amat ditekankan demi memastikan pengajaran pembelajaran

    dapat mencapai matlamat yang dihasratkan. Oleh itu, pengetahuan tentang

    komunikasi tidak mencukupi, malah yang lebih penting kemampuan

    mengaplikasikan pengetahuan tersebut.

    K

  • A p l i k a s i K e m a h i r a n K o m u n i k a s i | - 82 -

    UJIAN PASCA-PELAJARAN

    Nota: Anda boleh menguji dan menilai tahap kebolehan atau penguasaan anda mempelajari

    unit pelajaran ini dengan menjawab persoalan berikut:

    Sangat Tidak

    Setuju

    Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju/Agree Sangat Setuju

    1 2 3 4 5

    Item Penyataan /Statement 1 2 3 4 5

    1 Saya dapat mengaplikasikan komunikasi dalam pengajaran pembelajaran matematik.

    2 Saya dapat menjelaskan mengenal pasti isu-isu berkaitan dengan komunikasi dalam pengajaran pembelajaran.