proposal pembangunan aplikasi komunikasi android

Upload: harry-lanz

Post on 02-Mar-2016

479 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

cadangan untuk membangunkan aplikasi mudah alih androidproposal for developing android mobile application

TRANSCRIPT

PROPOSAL PEMBANGUNAN APLIKASI ANDROID: MYCHAT

SHAHRUL AZLAN BIN SUHAIMI1012011030005KARVIND KUMARAN A/L SELVARAJAN1012011060073KHAIRI ISMAIL BIN RUHAIDI1012010060560

DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMATKOLEJ PTPL SHAH ALAMJUN 2013Abstrak

Teknologi untuk berkomunikasi pada masa ini semakin canggih dan dipertingkatkan dari segi keupayaan menghantar data dan juga kelajuan data dihantar. Contoh teknologi yang selalu diguna pakai oleh pengguna ialah rangkaian mudah alih seperti 3G dan 4G dan tidak dilupakan juga WiFi yang menjadi satu kemestian jika berada di restoran atau tempat-tempat yang menyediakan perkhidmatan Internet percuma melalui sambungan WiFi.

Namun bagaimanapun terdapat kelemahan yang sering berlaku kepada pengguna seperti kelewatan penerimaan SMS yang dihantar oleh pengguna, masalah ini berlaku disebabkan masalah seperti pengguna berada di kawasan liputan yang tidak mempunyai isyarat yang kuat. Tambahan lagi, apabila tiba di waktu puncak, jumlah pengguna yang menggunakan SMS akan meningkat juga oleh itu akan terjadinya masalah SMS lambat diterima.

Oleh yang demikian, untuk menyelesaikan masalah ini, satu pendekatan alternatif digunakan iaitu menggunakan rangkaian Internet sebagai saluran penghantaran maklumat. Sebagai contoh pengguna boleh mendapatkan rangkaian Internet daripada sambungan WiFi di rumah atau di tempat yang ada sambungan WiFi dan pengguna juga boleh melanggan Internet mudah alih di telefon yang disediakan oleh pembekal telekomunikasi. Kelebihan alternatif ini adalah pengguna tidak perlu membayar caj untuk setiap SMS yang dihantar, dan dapat mengurangkan masalah mesej yang dihantar mengalami kelewatan ataupun gangguan seperti di luar kawasan liputan pembekal telekomunikasi seperti Maxis, Celcom ataupun DiGi.

Melalui pendekatan ini, pengguna tidak perlu risau tentang masalah kelewatan SMS yang diterima. Ini juga membantu pengguna menjimatkan kredit panggilan dengan menggunakan rangkaian Internet untuk menghantar mesej. Aplikasi MYCHAT dibangunkan dengan menggunakan Android Developer Tool yang menggunakan bahasa pengaturcaraan Java. Dengan adanya aplikasi MYCHAT, maka pengguna dapat berkomunikasi dengan pantas dan menjimatkan kos dan pengguna dapat menggunakan fungsi-fungsi yang terdapat pada aplikasi MYCHAT.ISI KANDUNGAN

ABSTRAK

BAB I PENGENALAN1.1Pengenalan Projek1.2Penyataan Masalah1.3Objektif Kajian1.4Skop Kajian1.5Kepentingan Projek1.6Kekangan Projek

BAB II ULASAN KARYA 2.1Skype 2.2Whatsapp 2.3MYCHAT 2.4Jadual Perbandingan

BAB IIIMETODOLOGI 3.1Gambarajah Metodologi 3.2Definisi Metodologi 3.3Justifikasi Memilih Metodologi 3.4Fasa Pembangunan Sistem3.4.1Fasa Perancangan (Carta Gantt)3.4.2Fasa Analisis3.4.3Fasa Rekabentuk3.4.4Fasa Implementasi

BAB IV REKABENTUK

BAB VKESIMPULAN

BAB 1PENGENALAN

1.1Pengenalan Projek

Pada zaman teknologi masa kini, segala teknologi maklumat yang bukan sahaja melibatkan sistem komputer, digunakan untuk salah satu proses komunikasi dan juga proses untuk menyelesaikan masalah. Kehadiran teknologi sedikit sebanyak dapat mengubah dan menjadikan masyarakat yang lebih bermaklumat dan interaktif. Kewujudan teknologi ini, secara langsung dapat membuat sesuatu kerja itu dengan baik dengan bantuan teknologi. Bak kata pepatah, segalanya hanya di hujung jari.

Aplikasi MYCHAT adalah sebuah aplikasi yang dapat membantu pengguna menghantar pesanan teks atau mesej kepada pengguna yang lain. Aplikasi MYCHAT ini dapat digunakan oleh pengguna telefon pintar android. Penggunaan nama MYCHAT dipilih untuk menunjukkan aplikasi ini dihasilkan oleh penuntut universiti di Malaysia. Antara fungsi yang dapat dimanfaatkan oleh penggunakan ialah fungsi radar yang dapat menunjukkan lokasi pengguna sedang berada.

Kewujudan teknologi masa kini, sedikit sebanyak dapat menyumbangkan beberapa kesan yang positif kepada para pengguna. Segala maklumat dapat dikongsikan di hujung jari pengguna. Maka dengan adanya aplikasi MYCHAT ini, dapat dijadikan sebagai salah satu medium atau alat perkongsian maklumat dan informasi yang dapat memudahkan pengguna untuk berhubungan dengan pengguna lain pada masa ini..

1.2Penyataan Masalah

1. Pengguna kurang mendapat perlindungan privasi.

Kebanyakan aplikasi yang terdapat di pasaran sekarang selalunya mempunyai masalah dalam melindungi privasi pengguna. Antaranya anda harus memberikan nombor telefon, jantina, alamat tempat tinggal, dan aplikasi juga kadang kala memaparkan id pengguna pada pengetahuan umum. Justeru itu, perkara yang demikian akan menyebabkan berlakunya data peribadi pengguna disalah gunakan kerana terdapat motif dan bertujuan bagi pengiklanan, penipuan dan mesej-mesej spam.

2. Masalah aplikasi menggunakan jumlah paket data yang tinggi.

Kebanyakan aplikasi menghantar mesej sekarang menggunakan jumlah paket data yang banyak. Oleh yang demikian, akan menyebabkan pengguna kehabisan kuota Internet dengan cepat dan kadang kala boleh juga menyebabkan pengguna dikenakan caj penggunaan data yang tinggi jika kehabisan kuota. Kesannya ia akan menyebabkan kelajuan mengakses ke Internet menjadi kurang pantas dan turut berkemungkinan gagal untuk mencapai sambungan Internet untuk sementara waktu.

3. Aplikasi percuma akan menjadi aplikasi komersial

Terdapat aplikasi menghantar mesej dengan pelbagai fungsi, yang dibangunkan secara percuma untuk pengguna pada peringkat awal yang dijadikan sebagai proses promosi ke atas aplikasi mereka. Jika tempoh promosi telah tamat, pengguna diberikan pilih untuk melanggan perkhidmatan mereka jika pengguna berasa berminat. Aplikasi ini dipanggil aplikasi percubaan atau trial.

1.3Objektif Kajian

Aplikasi mampu menyokong rangkaian 3G/4G atau Internet dari sambungan WiFi untuk menjamin data yang dihantar lebih cepat, selamat dan menjimatkan kos kredit.Setiap kajian yang dijalankan memerlukan penetapan objektifnya. Objektif yang telah ditetapkan dijadikan panduan sepanjang kajian dilaksanakan untuk memastikan kajian tersebut sentiasa menepati perancangan.

Berikut adalah objektifnya;

1. Aplikasi MYCHAT dapat mendaftarkan pengguna baharu.2. Pengguna boleh log-in ke dalam aplikasi.3. Reset katalaluan.4. Menukar katalaluan.5. Mendapatkan maklumbalas daripada pengguna6. Menghantar dan menerima mesej.7. Radar untuk mengesan kedudukan pengguna lain berada.8. Notifikasi mesej diterima.9. Ikut rakan (follow).

1.4Skop Kajian

Sistem yang akan dibangunkan ini akan mempunyai skop yang perlu dicapai untuk melancarkan perjalanan sistem disamping dapat memenuhi ciri-ciri yang diperlukan oleh pengguna. Skop projek ini terbahagi kepada 6 iaitu skop pengguna, skop kandungan, skop aplikasi, skop data, skop proses dan skop rangkaians. Projek ini akan digunakan oleh pengguna yang menggunakan telefon mudah alih pintar Android. Aplikasi MYCHAT boleh memudahkan komunikasi sosial. Kelebihan aplikasi ini adalah percuma untuk seumur hidup dan pengguna boleh mencari rakan melalui fungsi radar.

Tujuan projek ini juga adalah untuk menambahkan bilangan aplikasi bersembang secara percuma di pasaran Android, menangani masalah sebilangan aplikasi yang tidak melindungi privasi pengguna, membantu pengguna menjimatkan kos menggunakan kredit panggilan telefon untuk menghantar SMS, dan aplikasi ini juga mampu mengatasi masalah seperti pengguna berada di luar kawasan liputan penyedia telekomunikasi dengan menggunakan sambungan Internet sebagai media penghantaran maklumat.

1.5Kepentingan Projek

Aplikasi MYCHAT ini amat penting bagi pengguna yang gemar menulis dan menghantar mesej kepada rakan-rakan mereka. Aplikasi ini sedikit sebanyak dapat membantu pengguna yang ingin menghantar mesej kepada pengguna lain, mengetahui kedudukan lokasi pengguna yang lain, dan dapat berinteraksi terus dengan pembangun aplikasi untuk memberikan maklumbalas. Rekabentuk antaramuka yang mudah, ringkas dan mesra pengguna adalah satu kompenen yang amat penting untuk pemahaman dan menarik minat pengguna yang menggunakan aplikasi ini. Penetapan (GUI) memenuhi keperluan dan persekitaran grafik antaramuka pengguna yang sesuai untuk golongan sasaran dalam membantu untuk menaik taraf keperluan aplikasi. Kajian juga dibuat bagi memastikan ianya mudah digunakan dengan butang menu disertakan ikon yang mesra pengguna dan juga kandungan teks yang jelas.

1.6Kekangan Projek

Aplikasi yang dibangunkan tidak meliputi fungsi-fungsi seperti penghantaran dan penerimaan mesej multimedia contohnya, pesanan suara, video dan gambar. Selain itu, tidak mempunyai notikasi sistem seperti pengguna sedang online.

BAB IIULASAN KARYA

2.1SKYPENAMA APLIKASISKYPE

FUNGSI Membuat panggilan video

KELEBIHAN Panggilan video percuma.

KELEMAHAN Panggilan VOIP berbayar Kualiti panggilan video yang kurang jelas

2.2WHATSAPP

NAMA APLIKASIWHATSAPP

FUNGSI Menghantar dan menerima mesej

KELEBIHAN Dapat menghantar fail multimedia

KELEMAHAN Pembangun aplikasi merancang untuk menjadikan aplikasi ini berbayar pada masa akan datang.

2.3MYCHAT

NAMA APLIKASIMYCHAT

FUNGSI Menghantar dan menerima mesej.

KELEBIHAN Mempunyai fungsi radar Boleh log masuk dengan menggunakan akaun Twitter dan Facebook

KELEMAHAN Tidak boleh menghantar fail multimedia

2.4JADUAL PERBANDINGAN

BAB IIIMETODOLOGI

3.1Gambarajah Metodologi

3.2Definisi Metodologi

Metodologi adalah garis panduan yang menyeluruh untuk praktikkan bagi menyelesaikan setiap aktiviti yang terdapat dalam kitar hayat pembangunan sistem termasuk model, alat dan teknik.3.3Justifikasi Memilih Metodologi

Metodologi prototaip adalah bermatlamat untuk membangunkan aplikasi percubaan dengan cepat serta mudah dan dinilai oleh pengguna akhir. Metodologi ini sesuai dengan aplikasi yang akan dibangunkan kerana dapat membangunkannya dengan cepat dan proses menambahbaikan dapat dibuat.

3.4Fasa Pembangunan Sistem

3.4.1Fasa Perancangan (Carta Gantt)

3.4.2Fasa Analisis

Dalam fasa analisis, perkara yang perlu dititik beratkan adalah memahami keperluan sistem baru dan membina sistem. Antara teknik pengumpulan keperluan yang dilakukan pada fasa ini adalah melakukan kaji selidik di Google Play. Pada kaji selidik yang dijalankan, terdapat maklum balas pengguna yang berkaitan dengan aplikasi dijadikan sebagai rujukan.

Pada fasa ini juga, penganalisis akan menghasilkan rekabentuk awalan aplikasi. Semasa fasa analisis, keperluan pengguna perniagaan harus difokuskan. Selain itu, fasa ini juga menerangkan ciri-ciri yang perlu ada pada aplikasi yang akan dibina.3.4.3Fasa Rekabentuk

I.Strategi rekabentuk Menentukan samada aplikasi mampu untuk menggunakan talian Internet sebagai media penghantar.

II.Rekabentuk senibina Menerangkan perkakasan, perisian dan infrastruktur rangkaian. Menghasilkan gambarajah UML bagi menerangkan dengan terperinci proses yang berlaku di dalam aplikasi.

III.Rekabentuk pangkalan data Merekod maklumat pengguna melalui aplikasi pengantara (Scringo)

IV.Rekabentuk antaramuka aplikasi Merekabentuk antaramuka aplikasi mengikut kesesuaian dan bersifat mersa pengguna.

V.Rekabentuk program Menakrifkan aturcara yang perlu ditulis dan seterusnya menyemak ralat di dalam aturcara.

3.4.4Fasa Implementasi

Merujuk kepada pengedalian pengujian sistem dari segi ralat, pemasangan, menyediakan rancangan penukaran dan memasang pengantaraan pangkalan data secara online. Bagi memastikan aplikasi ini dapat digunakan, pengujian perlu dilakukan untuk memastikan tiada masalah yang berlaku seperti tidak dapat berfungsi atau terdapat ralat.

Spesifikasi telefon bimbit pintar Android:

Jenis senibina: A9 Cortex ARM ROM: 4GB RAM: 1GB Skrin: Sesentuh sepenuhnya Rangkaian: Wifi / 3G /4G

Spesifikasi perisian Android:

I.Sistem operasi;

Android JellyBean 4.1.2

II.Bahasa pengaturcaraan;

Android Developer Tool untuk membina antaramuka pengguna

Perisian lain;

I.Microsoft Word 2013 untuk menghasilkan kertas cadangan.

II.Microsoft Visio 2013 menghasilkan rajah UML.

III.Microsoft Project 2013 membuat carta gantt untuk perjalanan pembangunan aplikasi secara mingguan.

IV.Adobe Photoshop CS6 digunakan untuk mereka bentuk antaramuka pengguna.

BAB VREKABENTUK

4.1REKABENTUK SISTEM

4.2REKABENTUK PANGKALAN DATA

4.3REBENTUK ANTARAMUKA

4.4REKABENTUK PROGRAM

BAB VKESIMPULAN

Penggunaan aplikasi Android sedia ada mungkin membuatkan pengguna berasa hilang minat terhadap aplikasi tersebut jika pembangun aplikasi tidak memperbaharui aplikasi mereka. Pembangunan aplikasi MYCHAT dijangka mampu menarik minat pengguna-penguna yang ingin mencuba aplikasi baru kerana aplikasi ini menyediakan 3 kaedah untuk proses log-in iaitu melalui emel, akaun Facebook dan Twitter. Dengan adanya fungsi-fungsi baru seperti radar dan mencari rakan daripada akaun Facebook dan Twitter diharap pengguna akan terus menyukai aplikasi MYCHAT.

ID Task Mode Task Name Duration Start

1 Komunikasi Android 59 days Mon 3/6/13

2 Perancangan 10 days Mon 3/6/13

3 Pemulaan projek 4 days Mon 3/6/13

4 Pengurusan projek 5 days Fri 7/6/13

5 Dokumentasi 1 day Fri 14/6/13

6 Analisis 10 days Sat 15/6/13

7 Strategi analisis 3 days Sat 15/6/13

8 Keperluan sistem 4 days Wed 19/6/13

9 Cadangan sistem 2 days Tue 25/6/13

10 Dokumentasi 1 day Thu 27/6/13

11 Rekabentuk 20 days Fri 28/6/13

12 Strategi rekabentuk 3 days Fri 28/6/13

13 Senibina rekabentuk 3 days Wed 3/7/13

14 Rekabentuk antaramuka 5 days Mon 8/7/13

15 Storan data 4 days Mon 15/7/13

16 Rekabentuk program 4 days Fri 19/7/13

17 Dokumentasi 1 day Thu 25/7/13

18 Implementasi 18 days Fri 26/7/13

19 Pembangunan aplikasi 10 days Fri 26/7/13

20 Pemasangan 5 days Fri 9/8/13

21 Dokumentasi 3 days Fri 16/8/13

22 Hantar projek lengkap 2 days Wed 21/8/13

23 Membentangkan projek lengkap 2 days Wed 21/8/13

S M T W T F S S M T W T F S S M T W T F S S M T W T F S

2 Jun '13 9 Jun '13 16 Jun '13 23 Jun '13

Task

Split

Milestone

Summary

Project Summary

Inactive Task

Inactive Milestone

Inactive Summary

Manual Task

Duration-only

Manual Summary Rollup

Manual Summary

Start-only

Finish-only

External Tasks

External Milestone

Deadline

Progress

Manual Progress

Page 1

Project: gant

Date: Sun 14/7/13

S S M T W T F S S M T W T F S S M T W T F S S M T W T F S S M T W T F S S M T W T F S S M T W T F S S M T W T F S S

23 Jun '13 30 Jun '13 7 Jul '13 14 Jul '13 21 Jul '13 28 Jul '13 4 Aug '13 11 Aug '13 18 Aug '13

Task

Split

Milestone

Summary

Project Summary

Inactive Task

Inactive Milestone

Inactive Summary

Manual Task

Duration-only

Manual Summary Rollup

Manual Summary

Start-only

Finish-only

External Tasks

External Milestone

Deadline

Progress

Manual Progress

Page 2

Project: gant

Date: Sun 14/7/13