laporan kemahiran komunikasi

16
Nama : NUR AISHAH BINTI ABASA Matrik : A146269 Fakulti : FAKULTI TEKNOLOGI DAN SAINS MAKLUMAT HHHC : HHHC9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI

Upload: nuraishah91

Post on 11-Aug-2015

103 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan kemahiran komunikasi

Nama : NUR AISHAH BINTI ABASAMatrik : A146269

Fakulti : FAKULTI TEKNOLOGI DAN SAINS MAKLUMATHHHC :  HHHC9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI

Page 2: Laporan kemahiran komunikasi

TAJUK PROJEK : STRATEGIC PLANNING & TEAM BUILDING (NUMOSS)

PERANAN ANDA DALAM PROJEK : Bendahari Program

PENGENALAN

Program ini telah dijalankan pada 21 Disember 2014 di Dewan Kuliah FTSM, UKM Bangi.

Program ini adalah anjuran Kelab Komuniti Sumber Manusia (KST) atau National University of

Malaysia Open Source Society (NUMOSS) UKM Bangi. Program ini disertai oleh 20 orang AJK

dan 30 orang peserta. Tujuan program ini adalah untuk membina keyakinan diri dan

mengeratkan hubungan silaturahim antara sesame peserta dan ahli kelab NUMOSS.

Melalui program ini saya telah dilantik untuk menjadi bendahari program. Tugas saya sepanjang

program ini berlangsung adalah memastikan sumber kewangan disalurkan kepada AJK yang

memerlukan dan memastikan tiada penyalahgunaan wang tersebut dan sentiasa memastikan

wang tersebut mencukupi sepanjang program ini berjalan.

Sebanyak RM 800 telah diperuntukkan bagi menjalankan program ini dan tidak ada masalah

kewangan yang timbul. Wang tersebut telah dibelanjakan untuk sarapan pagi, makan tengahari,

sijil dan peralatan yang digunakan dalam aktiviti program.

Selain itu juga, pada hari berlangsungnya program saya telah ditugaskan untuk membantu ahli-

ahli AJK yang lain yang memerlukan bantuan dan menjadi fasilitator sepanjang program

berlangsung.

Page 3: Laporan kemahiran komunikasi

PENYATAAN MASALAH

Ketua Program lambat memberi maklumat seperti waktu dari hari perjumpaan.

Ketua Program tidak banyak berkomunikasi dengan anak buah yang lain

Kekangan waktu untuk mempersiapkan jadual aktiviti program.

Maklumat program tidak disampaikan dengan baik seperti ramai ahli yang tidak tahu

akan program yang dijalankan.

KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH

Ketua Program haruslah dilantik dikalangan yang pernah atau berpengalaman

mengendalikan program.

Ketua Program harus peka dan lebih bertanggungjawab serta memahami peranan seagai

seorang ketua.

Proses sebelum dan selepas program haruslah mempunyai masa yang mencukupi seperti

dalam jangka satu bulan.

Setiap program harus dipromosi dan diwar-warkan dengan lebih besar seperti

menggunakan medium facebook, whatsapp dan banner.

Page 4: Laporan kemahiran komunikasi

HASIL DAN IMPLIKASI

Sepanjang menjalankan tugas sebagai bendahari banyak pengalaman yang telah saya dapat

melalui program ini. Antaranya ialah saya dapat mempertingkatkan kemahiran dalam

berkomunikasi antara sesama ahli dan pensyarah. Disamping itu juga saya dapat belajar

berkomunikasi dengan cara yang lebih tepat melalui pelbagai media seperti menghantar mesej

pesanan ringkas(sms), email, surat dan lain-lain lagi.

Selain itu, saya dapat menerap sifat kesabaran dan memahami setiap permintaan dan keperluan

untuk menjalankan program ini. Saya juga belajar untuk berlaku jujur dan amanah dalam

menjalankan tugas sebagai seorang bendahari. Saya juga harus cekap mengendalikan sumber

kewangan yang ada bagi kelancaran program ini mengikut dana yang telah diperuntukkan.

KESIMPULAN

Kesimpulannya program ini banyak memberi manfaat kepada saya terutamanya dalam mengasah

kemahiran berkomunikasi. Hal ini dapat dilihat apabila sepanjang berlangsungnya program ini,

saya diharuskan untuk berinteraksi sesama ahli dan para peserta. Dengan pengalaman ini ia telah

sedikit sebanyak membantu saya agar lebih berkeyakinan dalam berkomunikasi antara pelbagai

individu dan peringkat umur. Disamping itu juga, ia turut membantu saya agar lebih peka dan

cekap dalam mengatur pertuturan yang menjadi salah satu kemahiran yang terpenting apabila

melangkah ke alam pekerjaan kelak.

Akhir sekali emlalui pembelajaran ini saya dapat memperbaiki dan mempertingkatkan mutu

kemahiran kerja dan sikap. Saya juga dapat belajar teknik-teknik pembelajaran yang betul serta

diaplikasikannya dlam kehidupan seharian melalui pembelajaran secara formal atau tidak formal.

Saya juga dapat belajar bagaimana cara untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang

arahan yang perlu dipatuhi ketika program berlangsung.

Page 5: Laporan kemahiran komunikasi

PENUTUP

Secara keseluruhannya, program ini telah mencapai matlamat dan objektif yang telah digariskan

dan juga mampu memberi nilai dan sumbangan kepada para peserta. Antaranya dapat

mengeratkan hubungan silaturahim antara semua ahli yang terlibat bersama para peserta.

Diucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang sudah terlibat secara langsung atau

tidak langsung bagi menjayakan program ini.

Page 6: Laporan kemahiran komunikasi

1) PENDAFTARAN PESERTA DAN AJK

Page 7: Laporan kemahiran komunikasi

2) SENAMROBIK

Page 8: Laporan kemahiran komunikasi

3) ICE BREAKING

Page 9: Laporan kemahiran komunikasi

4) AKTIVITI 1

Page 10: Laporan kemahiran komunikasi

5) AKTIVITI 2

Page 11: Laporan kemahiran komunikasi

6) AKTIVITI 3

Page 12: Laporan kemahiran komunikasi