hhhc 9201 kemahiran komunikasi

9
HHHC 9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI NAMA PENSYARAH : DR. LIEW JU NENG DISEDIAKAN OLEH: NUR DIYANA ATIQAH BINTI AHMAD A 143537

Upload: paniz

Post on 15-Jan-2016

76 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

NAMA PENSYARAH : DR . LIEW JU NENG. DISEDIAKAN OLEH: NUR DIYANA ATIQAH BINTI AHMAD A 143537. HHHC 9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI. Program Bakti Siswa Universiti Kebangsaan Malaysia. Biro Kebajikan Kolej Aminuddin Baki , UKM. PENGENALAN. 24 November 2013. Kampung Sg Timun , Rembau - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: HHHC 9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI

HHHC 9201

KEMAHIRAN KOMUNIKASI

NAMA PENSYARAH : DR. LIEW JU NENG

DISEDIAKAN OLEH:

NUR DIYANA ATIQAH BINTI AHMADA 143537

Page 2: HHHC 9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI

BIRO KEBAJIKAN KOLEJ AMINUDDIN BAKI, UKM 

 

PROGRAM BAKTI SISWA UNIVERSITI 

KEBANGSAAN MALAYSIA

Page 3: HHHC 9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI

Refleksi program

Program ini telah dilaksanakan untuk

mengeratkan hubungan silaturrahim antara

mahasiswa dengan masyarakat. Setelah tiba di

Kg Sg Timun, kami dijamu sarapan pagi dengan

nasi lemak. Kemudian, ucapan aluan daripada

ketua kampung. Selepas itu, kami telah

dibahagikan kepada 8 kumpulan yang diketuai

oleh bapa angkat iaitu penduduk kampung itu

sendiri. Setiap kumpulan dibahagikan mengikut

tugas masing-masing. Kumpulan 1 hingga 7

mengikut bapa angkat masing-masing ke rumah

penduduk yang terlibat untuk bergotong-royong.

PENGENALAN

24 November 2013

 Kampung Sg Timun , Rembau

Negeri Sembilan

Page 4: HHHC 9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI

Kumpulan saya iaitu kumpulan 8

telah

diberi tugas untuk bergotong-royong

di pengkalan kampung. Kumpulan

kami perlu berewang iaitu

menyediakan makanan untuk jamuan

makan tengah hari. Selain itu,

pelbagai aktiviti sampingan telah

dijalankan seperti bola tampar, futsal,

takraw, boling kampung, anyam

ketupat,pukul bantal dalam air dan

menyelam. Pelbagai hadiah juga telah

disediakan untuk pemenang.

Tambahan pula, menteri belia dan

sukan iaitu YB Khairy Jamaluddin

turut hadir dengan memeriahkan dan

merasmikan majlis penutup program.

Page 5: HHHC 9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI

KEMAHIRAN INTERPERSONALKemahiran Komunikasi

Bentuk komunikasi yang saya dapati adalah komunikasi berkumpulan iaitu interaksi yang baik membantu meningkatkan persefahaman ketika menjalankan tugas merewang. Selain itu, saya dan rakan-rakan menggunakan komunikasi dua hala iaitu antara saya dengan ahli kumpulan dan antara saya dengan masyarakat kampung.

Kemahiran Etika dan TanggungjawabKemahiran ini didapati apabila kumpulan kami diberi tanggungjawab menyediakan makanan tengah hari bersama-sama masyarakat kampung. Dan kami jalankannya dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas.

Page 6: HHHC 9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI

Sebagai  AJK  tugas-tugas  khas,  peranan  yang  dimainkan  oleh  saya  tidaklah  begitu penting  namun,  saya  tetap  memberikan  sepenuh  kerjasama  serta  usaha  yang  gigih untuk  memastikan  program  yang  telah  dirancang  dilaksanakan  dengan  sempurna. Tanggungjawab  saya  adalah  membantu  AJK  lain  yang  memerlukan  bantuan  dengan segera  atau  ‘on  the  spot’.  Daripada  situ,  saya  dapat  meningkatkan  kemahiran komunikasi saya dalam kalangan ahli kumpulan. Antara bantuan yang saya laksanakan adalah  bahagian  keselamatan  dan  bahagian  protokol  iaitu  dengan  menyediakan  teks ucapan pengerusi majlis ketika menyambut kedatangan YB. En. Khairy Jamaluddin. 

AJK TUGAS-TUGAS KHAS

Page 7: HHHC 9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI

KESAN PROJEK KEPADA MASYARAKAT

Dapat menjimatkan masa dan tenaga penduduk kampung dalam membersihkan kawasan kampung

Mewujudkan persefahaman dan kemesraan dikalangan masyarakat kampung Sungai Timun 

Mewujudkan suasana hormat-menghormati  antara yang muda dengan yang tua. 

Page 8: HHHC 9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PROGRAM

Peralatan yang mencukupi untuk menjalankan aktiviti sampingan

Program kemasyarakatan seterusnya mestilah mendapat sambutan baik dari mahasiswa dengan menarik minat melalui media massa

Program ini juga boleh dijalankan selama beberapa hari bersama penduduk kampung agar mahasiswa dapat lebih mengenali budaya masyarakat kampung

Page 9: HHHC 9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI

NUR DIYANA ATIQAH BINTI AHMADA143537

SEKIAN, TERIMA KASIH.