unit 2

10
KRB 3013 : Penulisan dan Kaedah 1 UNIT 2 TEORI, PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN PENULISAN HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini anda akan dapat : 1. Teori, pendekatan. kaedah dan teknik penulisan. 2. Pengajaran penulisan PENGENALAN Karangan melibatkan penghasilan dan penyusunan ayat-ayat dengan cara yang sesuai mengikut selera penulis, individu atau orang-orang yang berkaitan dengan apa yang ditulis. la adalah aktiviti yang kompleks yang memerlukan kepelbagaian kemahiran. Namun demikian, tiada persetujuan tentang cara atau pengesahan yang khusus di kalangan guru-guru tentang kaedah yang patut digunakan dalam sesuatu pengajaran penulisan itu. Untuk menjelaskan fenomena ini, beberapa kaedah pengajaran yang telah diguna pakai dan beberapa cadangan tentang kaedah-kaedah yang mungkin boleh digunakan dalam program penulisan karangan, diperlihatkan seperti yang berikut: ISI KANDUNGAN Kaedah Pengucapan Terkawal Pincas menegaskan bahawa oleh sebab penulisan karangan bebas bergantung kepada penciptaan dan kreativiti, ia secara langsung bertentangan dengan kaedah pengajaran berbentuk saintifik yang cuba mengelakkan sebarang kesilapan. Pincas, telah menggariskan satu panduan yang mencerminkan prinsip-prinsip perkaedahan yang difikirkannya sesuai. Beliau mencadangkan agar penekanan harus dilakukan secara progresif daripada penggantian perkataan dalam ayat yang berbeza bentuk kepada penggantian ayat-ayat dalam perenggan yang berbagai-bagai jenis. Penggantian yang dimaksudkan ialah lambang atau alat penulisan dalam esei atau cerita. Pada peringkat awal, pelajar akan diberitahu apa dan di mana penggantian tersebut perlu dilakukan. Kemudian mereka digalakkan untuk memperkembangkan istilah penggantian mereka sendiri.

Upload: f1z33

Post on 27-Oct-2015

131 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Penulisan

TRANSCRIPT

Page 1: Unit 2

KRB 3013 : Penulisan dan Kaedah

1

UNIT 2

TEORI, PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK

PENGAJARAN PENULISAN

HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini anda akan dapat : 1. Teori, pendekatan. kaedah dan teknik penulisan. 2. Pengajaran penulisan

PENGENALAN

Karangan melibatkan penghasilan dan penyusunan ayat-ayat dengan cara yang sesuai mengikut selera penulis, individu atau orang-orang yang berkaitan dengan apa yang ditulis. la adalah aktiviti yang kompleks yang memerlukan kepelbagaian kemahiran. Namun demikian, tiada persetujuan tentang cara atau pengesahan yang khusus di kalangan guru-guru tentang kaedah yang patut digunakan dalam sesuatu pengajaran penulisan itu. Untuk menjelaskan fenomena ini, beberapa kaedah pengajaran yang telah diguna pakai dan beberapa cadangan tentang kaedah-kaedah yang mungkin boleh digunakan dalam program penulisan karangan, diperlihatkan seperti yang berikut:

ISI KANDUNGAN

Kaedah Pengucapan Terkawal

Pincas menegaskan bahawa oleh sebab penulisan karangan bebas bergantung kepada penciptaan dan kreativiti, ia secara langsung bertentangan dengan kaedah pengajaran berbentuk saintifik yang cuba mengelakkan sebarang kesilapan. Pincas, telah menggariskan satu panduan yang mencerminkan prinsip-prinsip perkaedahan yang difikirkannya sesuai. Beliau mencadangkan agar penekanan harus dilakukan secara progresif daripada penggantian perkataan dalam ayat yang berbeza bentuk kepada penggantian ayat-ayat dalam perenggan yang berbagai-bagai jenis. Penggantian yang dimaksudkan ialah lambang atau alat penulisan dalam esei atau cerita. Pada peringkat awal, pelajar akan diberitahu apa dan di mana penggantian tersebut perlu dilakukan. Kemudian mereka digalakkan untuk memperkembangkan istilah penggantian mereka sendiri.

Page 2: Unit 2

KRB 3013 : Penulisan dan Kaedah

2

Sesungguhnya program yang dicadangkan adalah lebih kompleks daripada yang dijelaskan di atas tadi. Skema pengajaran, pelbagai latihan penggantian jenis ini, mengandungi hanya satu peringkat skema, latihan yang melibatkan perkara-perkara yang berikut:

1. Latihan penggunaan pelbagai perbendaharaan kata dan pembentukan ayat dalam penulisan dan lisan.

2. Latihan yang melibatkan penghasilan perbandingan peningkatan lisan dan tulisan. Penghasilan oleh pelajar hanya apabila mereka telah bersedia dan tahu menghargai atau menggunakan pelbagai ciri penulisan.

3. Latihan dengan menggunakan gaya penulisan yang berbeza bagi tujuan yang berlainan.

4. Penulisan karangan yang melibatkan penggantian pelbagai. Program ini mencerminkan teori pembelajaran saling penggantian (menggunakan sesuatu menggantikan yang lain). Satu andaiannya ialah penggunaan bahasa adalah manipulasi daripada corak yang tetap yang dipelajari melalui peniruan imitasi dan apabila ia telah dipelajari barulah keaslian terhasil di dalam manipulasi atau variasi. Bahasa bukanlah perlakuan struktural. Latihan corak penulisan yang melibatkan elemen-elemen struktur luaran tidak boleh diandaikan sebagai kesan kecekapan bahasa oleh para pelajar.

Pada asasnya, gaya penulisan secara individu dan berkumpulan hendaklah dikembangkan. Ketiadaan elemen-elemen para linguistik seperti penyuaraan dinamik dan gerak badan bagi memberi maklum balas terhadap penulisan juga harus diambil kira. Oleh itu, guru-guru yang mengajar penulisan pada amnya bergantung kepada kesan kasual beberapa perbezaan antara. ciri-ciri gramatikal daripada pelbagai pengucapan dan penulisan.

Cadangan-cadangan Pincas secara terperinci lebih susah daripada yang sebenarnya. Bagaimanapun, terdapat ciri-ciri program yang dicadangkan, boleh dipraktikkan di dalam bilik darjah.

Kaedah Pengucapan Bebas

Beberapa ciri yang dikaitkan dengan kaedah ini digariskan oleh Erazmus (1960) dalam deskripsinya beberapa tahun lalu yang melibatkan program kefasihan yang kemudiannya digunakan di Universiti Michigan. Satu ciri daripada program tersebut ialah pelajar digalakkan untuk menghasilkan pengucapan secara ekstensif tanpa mengambil kira bilangan dan jenis kesalahan atau gaya bertutur atau menulis yang menarik. Pelajar diarahkan menulis secara cepat dengan sedikit ulang kaji. Sistem ini menekankan latihan sepanjang penulisan pelajar. Eramus menegaskan

Page 3: Unit 2

KRB 3013 : Penulisan dan Kaedah

3

bahawa kuantiti penulisan pelajar adalah lebih baik daripada hasil penulisan yang sempurna.

Beliau juga mempertahankan bahawa kaedah ini memperkukuhkan pengalaman bahasa pelajar dengan setiap penggunaan perkataan yang baru dan kepelbagaian dalam sekuen sintaktik. Dengan cara ini, pelajar dapat mempelajari daripada kesilapan mereka secara lebih berhati-hati. Erazmus menyokong pandangannya ini dengan pernyataan yang boleh dibahaskan, iaitu "... bahasa adalah sistem yang berkembang secara sendiri (self-expanding) dan boleh dibetulkan sendiri (self-correcting) dan lebih banyak digunakan, lebih banyaklah kemudahannya".

Kaedah yang sama seperti di atas juga telah dibincangkan secara meluas

oleh beberapa orang pengulas. Chastain (1976), menegaskan percubaan oleh grieve beberapa tahun yang lalu di UCCA menunjukkan kejayaan program kefasihan yang menekankan kuantiti daripada kualiti. Melalui program tersebut ditunjukkan bahawa pelajar menghasilkan banyak bahan dengan kesalahan yang minimum

Dalam percubaan ini, Brieve menerangkan ciri-ciri yang berikut, iaitu dalam kumpulan percubaan, pelajar menulis secara bebas selama enam minit. Hanya dua kesalahan dapat dikesan oleh pengajar. Karangan mingguan antara 300 hingga 500 patah perkataan telah diberikan kepada pelajar dan penulisan ilmiah sepanjang 1000 patah perkataan diperlukan. Karangan diperiksa secara teliti dan pelajar yang menerima di bawah gred 'A' disuruh menulis semula karangan mereka.

Ujian akhir menunjukkan terdapat pengurangan kadar kesalahan dan peningkatan pada kuantiti (output) semasa program dijalankan. Daripada intepretasi keputusan, Brieve menjelaskan bahaya penekanan ke atas kuantiti akan menghasilkan lebih kefasihan dan kesan yang seiring dengan mengurangkan kadar kesilapan. Beliau menjelaskan penekanan terhadap kuantiti dan kefasihan akan menghasilkan keputusan yang jauh lebih baik daripada penekanan ke atas kualiti. Beliau juga merumuskan bahawa penerimaan sementara terhadap hipotesis yang memberi penekanan pada permulaannya harus diletakkan pada kuantiti penulisan bukannya kualiti penulisan (Brieve, 1966). Melihat kepada bentuk percubaan yang dijalankan, kesimpulan pada pandangan saja adalah tidak benar. Pengkaji menggunakan dua kaedah pengajaran ke atas satu kumpulan pelajar bukan dua kumpulan seperti yang disebut oleh Chastain). Satu kaedah menekankan kefasihan dan kuantiti dan yang satu lagi menekankan identifikasi, pembetulan dan ulang kaji kesalahan. Nampaknya tiada kesimpulan daripada bukti yang diperoleh daripada kedua-dua kaedah yang menghasilkan keputusan akhir.

Bagaimanapun tiada bukti jelas yang memerlukan pelajar menulis secara bebas, yang hasil kerja mereka tidak diperiksa dapat merendahkan kadar kesalahan. Namun begitu, terdapat bukti-bukti yang menunjukkan keputusan yang

di sebaliknya. Walau bagaimana pun latihan penulisan pantas (speed-writing), yang meminta pelajar menulis sebanyak mungkin tentang satu topik atau subjek

Page 4: Unit 2

KRB 3013 : Penulisan dan Kaedah

4

dalam jangka masa tertentu, mungkin dapat membantu menggalakkan mereka menyusun isi-isi hasil kerja mereka dengan lebih mudah, khasnya bagi tujuan penyediaan peperiksaan.

Kaedah Retorika

Prosedur ini merujuk teori retorika dan latihan yang berkaitan dengan perkara-perkara seperti ciptaan, susunan dan stail dalam penulisan. Salah satu ciri tradisi retorika yang popular ialah pengiktirafan bentuk-bentuk prosa deskriptif, naratif, ekspositori dan argumentatif.

Kebanyakan teks yang berdasarkan teori retorika juga mengarahkan pelajar menggunakan skema berdasarkan bahan yang boleh disusun. Penekanan diberi kepada bentuk organisasi yang berlainan berdasarkan perenggan-perenggan yang berkemungkinan melalui proses analisis, kontras, analogi dan lain-lain. Ini bermakna aplikasi atau imitasi sebarang bentuk prosedur pengembangan perenggan tidak akan membantu pelajar untuk menulis secara spontan. Begitu juga pendedahan sedemikian tidak akan mendidik pelajar untuk berfikir dengan lebih jelas sebagaimana yang disarankan.

Guru seharusnya sedar akan bentuk tentatif konklusi pembelajaran yang dikatakan berada dalam kod retorika sebagai bentuk pemikiran. Penutur dan

pembaca diharap menjadi sebahagian penting komunikasi mereka. Kaplan, sebagai contoh, mencadangkan dua bentuk pengembangan perenggan yang mewakili proses induktif dan deduktif, yang memerlukan seseorang pembaca menjadi sebahagian daripada komunikasi formal. Beliau seterusnya mencadangkan supaya pengembangan perenggan yang dilakukan berdasarkan bukti eksperimen yang teliti. Untuk sekuen-sekuen dominan dalam pengembangan (Kaplan, 1966), Bander mentafsirkan cadangan Kaplan seperti yang berikut:

Dalam mengikuti pengembangan terus, satu perenggan Inggeris adalah berlainan daripada perenggan ofiental yang cenderung untuk mengikuti perkembangan sekular Ia juga berlainan daripada perenggan Semitic yang cenderung mengikuti pengembangan selari.

Sesuatu perenggan dalam bahasa Sepanyol atau bahasa Roman, lebih berlainan, jalan pemikirannya kerana kadang kala diganggu

oleh digressi yang agak kompleks. Begitu juga perenggan dalam bahasa Rusia selalu mengalami digressi (Bander 1971).

Komen-komen ini tidak seharusnya menggambarkan bahawa dalam sesuatu ursus untuk pelajar-pelajar universiti, perbincangan tentang organisasi kertas-kertas ajian tidak penting, atau memperkenalkan pelajar kepada penulisan yang menggunakan bentuk organisasi atau struktur yang berlainan. Apa yang dibincangkan ialah nilai latihan dalam retorik dan analisis logik seperti pendapat

Page 5: Unit 2

KRB 3013 : Penulisan dan Kaedah

5

Kitzhaber (1963) yang menyebut bahawa kebanyakan buku yang mempersembahkan doktrin retorika kemungkinan lebih banyak menyekat daripada mendorong kepada penulisan yang baik.

Soalan-soalan

1. Apakah tujuan kita menulis? 2. Ada berapa kaedah dalam proses menulis?

Mengajar Karangan

Setakat ini komen-komen terhadap pengajaran karangan lebih bersifat negatif. Berikut ini diperlihatkan beberapa komen tentang prosedur yang dapat digunakan oleh seseorang guru untuk mengajar karangan dan memperbaiki apa yang mereka tulis. Langkah pertarna, guru mestilah mempunyai objektif jangka panjang yang bersesuaian dengan keperluan pelajar-pelajarnya dan berkebolehan dalam bahasa sasaran serta sesuai dengan jangka masa dan intensiti kursus itu. Oleh sebab penulisan memerlukan penggunaan kemahiran yang berbagai-bagai, guru hendaklah mengenal pasti kemahiran yang hendak diajar dan juga berkebolehan memilih sekuen-sekuen latihan yang hendak digunakan.

Seperti yang telah dijelaskan, dalam proses mengarang, ada tiga bidang prinsip pemilihan, iaitu apa yang hendak dikata? bagaimana hendak menyusun apa

yang dikatakan; dan bagaimana hendak mengatakan apa yang dikata? Ini dikenal pasti sebagai bidang isi, organisasi dan ekspresi dan guru perlu menetapkan kriteria bagi tiap-tiap bidang untuk menentukan bagaimana untuk menilai sesuatu penulisan.

Isi

Dalam menilai beberapa bentuk analisis isi penulisan, guru wajar mempertimbangkan sama ada atau tidak penulis telah mendalami subjek yang dipilih dengan teliti, menunjukkan kebolehan menggunakan informasi sedia ada, dan sejauh yang dapat dinilai, adakah penulis itu menyatakan apa yang hendak dikata dengan jelas.

Page 6: Unit 2

KRB 3013 : Penulisan dan Kaedah

6

Organisasi

Guru akan memeriksa struktur yang terpisah pada isi dalam perenggan dan dalam unit karangan. Guru mungkin boleh mempersoalkan: Adakah persoalan yang dikendalikan itu telah diperkenalkan dengan baik? Seandainya persoalan itu mempunyai beberapa aspek, adakah ia dikembangkan mengikut sifnifikasinya yang relatif? Adakah penulisnya itu mempunyai konklusi yang sempurna?

Ekspresi

Guru mungkin akan menitikberatkan penulisan yang sempurna, yang penggunaan tanda bacanya juga diambil kira. Guru juga boleh. menumpukan perhatian kepada aspek gramatis ayat dalam penulisan pelajar. Guru mungkin menimbangkan sejauh mana ketepatan isi yang dipamerkan dan bertanya sama ada atau tidak pemilihan perkataan dan ayatnya sesuai dengan standard formaliti karangan itu?.

Ada beberapa kemahiran yang tidak disebut di sini dan guru-guru mungkin mendapatinya sesuai dalam proses penulisan karangan, terutama bagi pelajar yang lebih maju, (penggunaan ciri-ciri gaya bagi tujuan estetik umpamanya). Huraian seterusnya adalah untuk mengenal pasti beberapa bidang aktiviti yang sesuai untuk guru-guru yang mengajarkan karangan sebagaimana yang telah diterangkan pada setiap peringkat.

Setelah mengenal pasti kemahiran yang hendak diajar, guru perlu memastikan jenis latihan yang hendak digunakan untuk pelajar-pelajarnya. Sebagai bantuan untuk mengkategorikan latihan ini, guru boleh menggunakan perbezaan

antara latihan terkawal langsung dengan berpandu. Istilah karangan terkawal merujuk aktiviti pelajar diberikan set ayat-ayat atau teks, dan diberi arahan bagaimana ia boleh diperbaiki. Mereka juga diberi informasi untuk memastikan

penulisan yang tepat tentang apa yang mereka tulis. Istilah karangan langsung merujuk kepada usaha untuk menerangkan aktiviti pelajar mencipta ayat-ayat tetapi mereka diberi petunjuk tentang isi dan organisasi serta. apa yang hendak ditulis. Aktiviti-aktiviti ini biasanya sesuai untuk kerja secara berpasangan atau kumpulan

dan memerlukan penglibatan guru secara terus. Dalam latihan karangan berpandu idea diberi berkaitan dengan isi penulisan, tetapi pelajar bekerja secara individu. Setiap jenis latihan ini haruslah dibezakan daripada karangan bebas.

Karangan Terkawal

Kebanyakan daripada latihan-latihan yang dinyatakan dalam pecahan kecil bahagian ini boleh juga dianggap sebagai aktiviti-aktiviti pra mengarang dan sebahagian besar daripadanya mengandungi matlamat yang terhad, iaitu dengan

Page 7: Unit 2

KRB 3013 : Penulisan dan Kaedah

7

mengakui apa sahaja yang ditulis oleh pelajar adalah betul dari segi nahunya. Antara aktiviti-aktiviti yang dicadangkan:

1. Mengubahsuai model ayat-ayat dengan menukarkan petikan daripada pandangan seorang pemerhati kejadian semasa ia terjadi.

2. Mengubah suai set tatabahasa yang berkaitan.

3. Penggantian Rangka mudah, iaitu kesemua alternatif diterima. Contoh, Tulis semula ayat menggunakan salah satu daripada perkataan-perkataan yang ada dalam setiap kolum.

4. Latihan Menyambung Ayat. Contoh, sambungkan ayat-ayat yang berikut menjadi dua ayat:

5. Mengembangkan Ayat dengan ejen pengubahsuaian. Contoh, tulis semula ayat yang berikut dan masukkan ejen pengubah suai di tempat-tempat yang bernombor.

6. Pernilihan Kata hubung yang sesuai dan transisi ayat-ayat Contoh Masukan perkataan yang sesuai atau frasa daripada senarai di bawah pada tempattempat yang bemombor. Jadikan huruf yang terawal sebagai huruf besar dan tambahkan tanda-tanda bacaan jika perlu.

7. Latihan Mengesan Avat. Contoh, hubungkan ayat yang sesuai di ruangan B dengan satu ayat-ayat di ruangan A, dan tulis semula ayat-ayat yang telah disambung An sebagai satu perenggan.

8. Latihan Yang Pelbagai Contoh, Dengan mengambil petikan sebagai model, tuliskan permulaan perenggan tersebut dan kemudian menyambungnya dengan ayat-ayat sendiri. Ini merupakan latihan yang agak susah tetapi berguna untuk mendapatkan penuntut yang dapat memberikan ciri-ciri tatabahasa atau pengucapan yang berkemungkinan mereka akan gunakan.

Lain-lain jenis latihan yang memerlukan pelajar mengingat kembali isi-isi penting yang telah dibaca atau didengar adalah seperti menulis rencana teks atau menulis semula teks. Menulis rencana boleh digunakan untuk menyemak kejituan ciri-ciri ejaan dan tanda bacaan. Menulis rencana boleh juga digunakan untuk menyemak kejituan, iaitu ciri-ciri dan tanda-tanda bacaan yang telah digunakan. Menulis semula teks pula digunakan untuk menyernak kejituan tatabahasa dan pilihan gaya bahasa yang dibuat oleh pelajar. Pelajar didedahkan kepada petikan-petikan pendek atau prosa supaya mereka mudah mengingati kembali apa yang telah dipelajari di dalam kelas.

Pada dasarnya, item-item yang sengaja dihilangkan atau disorokkan berguna bagi mendapatkan rangsangan pemikiran dan juga untuk mengembangkan perbendaharaan kata para pelajar. Merencanakan karangan memerlukan guru menggabungkan teknik atau aktiviti tadi. Guru boleh membaca petikan pendek dan

Page 8: Unit 2

KRB 3013 : Penulisan dan Kaedah

8

bertanyakan soalan-soalan tentang kandungannya. Selepas itu, guru membacakan sekali lagi sambil mencatatkan perkataan-perkataan tertentu di papan tulis. Dengan berpandukan perkataan itu, pelajar mencuba untuk menulis semula cerita selengkap mungkin.

Satu perkara yang mudah untuk mencipta latihan-latihan seperti yang telah diterangkan memerlukan pelajar menghasilkan bahan penulisan bersesuaian. dengan konteks. Ada antara latihan tersebut boleh juga diubah suai untuk tujuan tertentu. Contohnya, dengan. membuat sebuah sajak, penggantian korelatif untuk menguji keupayaan pelajar-pelajar cerdas supaya memilih satu urutan yang sesuai atau cara-cara pengucapan yang sempurna.

Satu lagi jenis latihan yang boleh digunakan adalah menguji keupayaan mengolah dan. menyusun ayat-ayat dalam. perenggan atau antara perenggan-perenggan dalam suatu penceritaan. yang panjang. Guru boleh meletakkan ayat-ayat dan pelajar mencuba untuk menyusun kembali ayat-ayat itu sebaik mungkin.

Sebagaimana yang telah disebutkan tadi, dalam setiap aktiviti pelajar sepatutnya boleh menguji kejituan tindak balas mereka. Satu cara untuk membolehkan hal ini berlaku adalah dengan membuat latihan-latihan daripada bahan-bahan yang telah mereka baca pada peringkat awal. pembelajaran. Atau sesuatu bahasa daripada bahan-bahan yang telah mereka pelajari semasa berdialog atau yang telah diperkenalkan kepada. mereka semasa membuat latihan pengucapan bertulis di papan tulis.

Karangan Berpandu

Pada peringkat ini, pelajar diharap dapat bekerja bersendirian tetapi dibantu dengan memberi cadangan tentang isi, atau sekurang-kurangnya bentuk/format panjang yang perlu ditulis oleh pelajar. Latihan-latihan yang boleh dijalankan adalah seperti yang berikut.

1. Karangan bersituasi yang pelbagai bentuk

Pelajar-pelajar diberi arahan. dengan terperinci tentang sesuatu keadaan yang memerlukan mereka memberi tindak balas secara bertulis. Contohnya, sebagai setiausaha pasukan bola keranjang. Anda telah diminta oleh ketua pasukan menulis surat kepada seorang ahli pasukan untuk mengucapkan terima kasih atas usahanya selama ini, di samping memberitahunya secara. formal bahawa dia telah diganti oleh seorang pemain yang lebih muda atau sebagainya. Isi-isi penting yang lain seperti situasi sebenar perkara. atau masalah itu dan butir diri si penerima surat boleh juga disertakan.

Page 9: Unit 2

KRB 3013 : Penulisan dan Kaedah

9

2. Surat Berangkai

Ini merupakan satu variasi karangan bersituasi yang memerlukan pelajar membalas surat-surat yang dihantar oleh pelajar-pelajar lain yang memainkan peranan sebagai orang tertentu dalam sesuatu situasi. Aktiviti-aktiviti berpandukan teks yang melibatkan perbincangan. atau memberi tentangan terhadap hujah-hujah dalam sesuatu petikan atau mengembangkan hujah tersebut sesuai pada peringkat yang lebih tinggi. Pengembangan tersebut boleh melibatkan penggunaan gaya bahasa yang sesuai untuk petikan itu clan bersesuaian pula dengan kebolehan para pelajar.

Penulisan Bebas

Jenis penulisan bebas yang biasa digunakan oleh guru memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk menjalankan satu bentuk aktiviti penyelidikan. Oleh itu, beberapa bentuk penulisan bebas boleh dijelaskan seperti yang berikut.

1. Penulisan kertas kerja atau penyelidikan dan laporan-laporan yang tujuan asasnya adalah untuk menyampaikan maklumat secara tepat dan jelas. Terdapat banyak panduan yang membincangkan pendekatan, bentuk dan cadangan-cadangan, misalnya tentang bagaimana menulis nota kaki dan bibliografi.

2. Penulisan kreatif termasuk menulis diari peribadi dan esei, cerpen atau sajak.

Sekiranya seorang pelajar itu menunjukkan minat terhadap penulisan kreatif, guru hendaklah membantu mengembangkan minat tersebut dengan memberi pelajar-pelajar itu pendedahan kepada cerpen-cerpen atau sajak-sajak yang sesuai dengan latar belakang dan umurnya. Jika ada peluang, galakkan mereka menulis sebagai bahan hiburan di dalam kelas. Sediakan bahan hiburan di dalam kelas. Adakan majalah kelas atau letakkan papan komunikasi yang mempamerkan hasil kerja mereka untuk dikongsi bersama oleh pelajar-,pelajar lain.

Pelajar-pelajar perlu digalakkan menulis diari peribadi. Biasanya, pelajar luar negara yang berada jauh dari keluarga mempunyai banyak perkara yang hendak dicakapkan tetapi tiada siapa yang dapat mendengarnya. Dengan menulis, mereka boleh meluahkan perasaan dan pendapat tentang kehidupan yang dihadapinya di rantau orang.

Berhubung dengan penulisan karangan biasa guru perlu mengelakkan daripada meminta pelajar menulis tentang sesuatu tajuk abstrak yang sukar (contohnya:Kekayaan) melainkan jika tajuk berkenaan telah dibincangkan sebelumnya. Pelajar-pelajar tidak sepatutnya menulis tentang tajuk-tajuk yang tidak mungkin akan mereka tulis di luar sekolah.

Page 10: Unit 2

KRB 3013 : Penulisan dan Kaedah

10

Apa yang telah diperkatakan setakat ini tidak akan memberi andaian bahawa seseorang guru perlu menumpukan perhatian terhadap penulisan terkawal pada permulaan pengajaran dan hanya memberi tumpuan kepada penulisan yang lebih serius pada tahap yang lebih tinggi. Karangan atau penulisan terkawal boleh dijalankan jika fokus guru adalah terhadap ketepatan tatabahasa. Jika pelajar-pelajar di peringkat awal ini lebih berminat terhadap karangan yang lebih bebas, guru seharusnya tidak terlalu mementingkan ketepatan tatabahasa.

Soalan-soalan Kefahaman

1. Apa yang anda maksudkan dengan kaedah menulis?

2. Ada berapa kaedah dan pendekatan dalam pengajaran menulis. Bolehkan anda jelaskan setiap satu daripadanya secara analitis?

RUJUKAN

Greenberg, K. L. (1994). The Advancing Writer Book 2. New York: Harper Collins.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1998) Sukatan Pelajaran KBSR. Pusat Perkembangan Kurikulum.

Lyons (1989). Study Writing. Cambridge: College Publishers University. Mohd. Sidin Ishak (1992) Ketrampilan Menulis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Mortomore, P. (1999) Understanding Pedagogy and Its Impact on Learning. London: Thousand Oak, Clif: Chapman.

Schunk, D.H. (1996) Learning Theories: An Educational Perspective. Eaglewood Cliff, N.S. : Merill.

Sulaiman Masri (1990). Penulisan dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.