unit 2 - arah

20
UNIT 2 : ARAH By : NAILA BINTI HARUN D20111048077

Upload: geografisatu

Post on 16-Nov-2014

2.625 views

Category:

Education


7 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Unit 2 - Arah

UNIT 2 : ARAH

By : NAILA BINTI HARUN

D20111048077

Page 2: Unit 2 - Arah

2.1 Memahami Lapan Arah Mata Angin Utama

2.2 Memahami Arah dengan Menggunakan Kompas

2.3 Menentukan Kedudukan di Kawasan Sekolah

2.4 Menentukan Kedudukan dalam Peta Lakar

Rumusan

Page 3: Unit 2 - Arah

Dalam unit ini anda akan dapat : Menentukan arah mengikut lapan arah

mata angin dengan berpandukan kompas

Melukis lapan arah mata angin dengan berpandukan kompas

Menjelaskan arah mengikut lapan arah mata angina dengan menggunakan kompas dari titik rujukan dalam peta lakar dan di kawasan sekolah

Page 4: Unit 2 - Arah

Arah merujuk kepada kedudukan sesuatu tempat dari tempat lain.

Kita dapat menentukan arah berpandukan kedudukan matahari dan memerhatikan bintang di langit.

Kompas dapat memberikan arah mata angin dengan tepat. Pada permukaan kompas ditunjukkan arah mata angin utama iaitu: Utara (U) Selatan (S) Timur (T) Barat (B)

Antara arah mata angin utama, terdapat arah mata angin perantaraan iaitu : Timur Laut Tenggara Barat Daya Barat Laut

Page 5: Unit 2 - Arah
Page 6: Unit 2 - Arah

• Walau bagaimanapun, anda dapat menentukan kelapan-lapan arah mata angin dengan lebih mudah jika anda mempunyai kompas.

Page 7: Unit 2 - Arah

Para pelayar dan pengembara pada zaman dahulu menentukan arah dengan berpandukan matahari dan bintang-bintang di langit.

Matahari dan bintang-bintang itu dijadikan titik rujukan untuk menentukan arah.

Kini, arah dapat ditentukan dengan lebih mudah menggunakan kompas. Kompas adalah sejenis alat yang dibuat daripada logam.

Jarum kompas dibuat daripada magnet. Oleh itu, kompas ini disebut sebagai kompas magnetik.

Page 8: Unit 2 - Arah

Suatu tanda dibubuh pada hujung jarum itu. Hujung jarum yang bertanda itu akan sentiasa menunjuk ke arah Utara akibat tarikan magnet dari Kutub Utara Bumi.

Rajah : Kompas moden – pada permukaannya terdapat petunjuk lapan arah mata angin utama.

Page 9: Unit 2 - Arah

Berdiri di suatu tempat menghadap objek yang hendak ditentukan arahnya

Letakkan kompas di ata permukaan yang rata

Pusingkan kompas perlahan-lahan hingga jarum kompas menunjukkan arah utara

Letakkan pembaris pada kompas itu hingga hujungnya selaras dengan arah objek

Bacalah arah objek itu dengan merujuk pada arah yang ditunjukkan oleh pembaris pada kompas

Page 10: Unit 2 - Arah
Page 11: Unit 2 - Arah

Yew Kin dan rakan-rakannya diberi tugas oleh guru Geografi untuk menentukan kedudukan pejabat, gelanggang tenis, makmal, pondok bacaan, dewan, surau, kantin dan bilik

guru. Guru memberi mereka kompas sebagai panduan. Marilah

kita ikuti bagaimana Yew Kin dan rakan-rakannya

melakukan tugas tersebut. Perhatikan Rajah 2.3. Yew Kin berdiri di kawasan lapang di

tengah-tengah kasawan sekolahnya. Di kawasan sekitarnya kelihatan beberapa bangunan dan yang akan ditentukan kedudukannya. Dia memegang kompas dan menghadap ke pejabat. Jarum kompas itu menunjukkan arah utara.

Page 12: Unit 2 - Arah

Rajah 2.3 Arah kedudukan bangunan dan tempat di kawasan sekolah Yew Kin

Page 13: Unit 2 - Arah

Dengan berpandukan arah yang ditunjukkan pada permukaan kompas pula, dia pun menandakan kedudukan arah bangunan dan tempat lain. Perhatikan Rajah 2. 3 sekali lagi. Adakah arah kedudukan tempat-tempat itu tepat?. Semaklah kedudukan itu dengan menggunakan kompas.

Page 14: Unit 2 - Arah

Afiq melukis peta lakar kawasan rumahnya seperti Rajah 2.4

Dia menandakan arah kedudukan tempat-tempat di sekitar kawasan rumahnya. Marilah kita menyemak arah kedudukan itu. Adakah arah kedudukannya tepat?

Page 15: Unit 2 - Arah

Rajah 2.4 Peta lakar kedudukan rumah Afiq

Page 16: Unit 2 - Arah

Lukis garis lurus utara – selatan merentasi rumah Afiq Tandakan arah yang menghadap ke sekolah sebagai

utara dan arah yang menghadap ke rumah pangsa sebagai selatan

Lukis garis lurus bersilang dengan garis utara – selatan tadi

Tandakan arah timur dan barat Lukis garis lurus di antara utara dengan barat

merentasi rumah Afiq. Tandakan arah barat laut dan tenggara

Lukis garis lurus di antara utara dengan timur merentasi rumah Afiq. Tandakan arah timur laut dan barat daya

Page 17: Unit 2 - Arah
Page 18: Unit 2 - Arah

Letakkan kompas di atas peta lakar tersebut. Semaklah kedudukan yang telah ditandakan itu dengan kedudukan di dalam jadual 2.1 ini.

Tempat Kedudukan Tempat Kedudukan

Sekolah Utara Rumah pangsa

Selatan

Bukit Timur laut Masjid Barat daya

Sawah padi Timur Ladang kelapa sawit

Barat

dusun tenggara hospital Barat laut

Jadual 2.1 Arah kedudukan tempat-tempat di sekitar kawasan rumah Afiq

Page 19: Unit 2 - Arah

KEDUDUKAN

ARAH MATA ANGIN KOMPAS

Dapat ditentukan dengan menggunakan kompas

Untuk menentukan arah mata angin dengan

tepat

Lapan arah mata angin utama

UU

SS

TTBB

TLTL

TGTG

BLBL

BDBD

•Jarumnya sentiasa menghala ke utara

•Perlu dijauhkan dari benda-benda besi semasa digunakan

Page 20: Unit 2 - Arah