unit 2.pdf

17
19 Konsep Asas Pengurusan Program Kesihatan UNIT 2 KONSEP ASAS PENGURUSAN PROGRAM KESIHATAN HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini, anda di harap dapat : 1. Menerangkan mengenai fungsi Pendidikan Kesihatan 2. Membincangkan mengenai tugas dan fungsi Pendidik Kesihatan 3. Membuat satu perancangan pengurusan program yang boleh dilaksanakan di sekolah PETA KONSEP TAJUK KONSEP ASAS PENGURUSAN PROGRAM KESIHATAN Perkembangan Pendidikan Kesihatan di Malaysia Sistem Pendidikan Asal Zaman Penjajahan Zaman Pendidikan Moden Fungsi Pendidikan Kesihatan Fungsi dan Tugas Pendidik Kesihatan Perancangan Program Pendidikan Kesihatan Persekitaran Pengajaran Latar Belakang Guru Latar belakang Pelajar

Upload: jason-park

Post on 05-Dec-2015

254 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

19 Konsep Asas Pengurusan Program Kesihatan

UNIT 2

KONSEP ASAS PENGURUSAN PROGRAM KESIHATAN

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini, anda di harap dapat :

1. Menerangkan mengenai fungsi Pendidikan Kesihatan

2. Membincangkan mengenai tugas dan fungsi Pendidik Kesihatan

3. Membuat satu perancangan pengurusan program yang boleh dilaksanakan di sekolah

PETA KONSEP TAJUK

KONSEP ASAS PENGURUSAN PROGRAM KESIHATAN

Perkembangan Pendidikan Kesihatan di

Malaysia

Sistem Pendidikan Asal

Zaman Penjajahan

Zaman Pendidikan Moden

Fungsi Pendidikan Kesihatan

Fungsi dan Tugas Pendidik Kesihatan

Perancangan Program Pendidikan Kesihatan

Persekitaran Pengajaran

Latar Belakang Guru

Latar belakang Pelajar

20 Konsep Asas Pengurusan Program Kesihatan

PENGENALAN

Rajah 2.1 : Salah satu bentuk Pendidikan Kesihatan

Sebagai seorang guru dan juga seorang pelajar, anda mungkin memahami salah satu

bentuk Pendidikan Kesihatan seperti dalam rajah 2.1 di atas. Berikan 3 contoh program yang

boleh dilaksanakan melalui Pendidikan Kesihatan di sekolah?

Pelajar perlu diajar memelihara dan meningkatkan tahap kesihatan diri. Selain itu, tanggung

jawab ini perlu disemai dari alam kanak-kanak. Pelajar punya banyak tugas dan perkara yang

perlu dilakukan. Pelajar juga akan menghadapi cabaran hari muka. Kegagalan pendidikan hari i ni

akan mendatangkan masalah pada masa hadapan.

Pendidikan Kesihatan juga sebahagian daripada kurikulum dan turut berperanan seperti subjek-

subjek yang lain. Dalam Pendidikan Kesihatan yang sering digabungkan dengan Pendidikan

Jasmani, aspek emosi dan rohani akan mendapat bimbingan yang sewajarnya. Ini seterusnya

memberikan manfaat yang jelas kepada pelajar yang terlibat.

Pendidikan Kesihatan merupakan kurikulum yang dihasratkan akan dapat mempertingkatkan dan

dicapai kerana Pendidikan Kesihatan yang didedahkan adalah berdasarkan kepada kurikulum

21 Konsep Asas Pengurusan Program Kesihatan

yang telah ditetapkan. Bila mana berlaku perubahan positif seperti yang diharapkan maka ianya

akan mengubah dan melahirkan pelajar yang inovatif, berpengetahuan luas, berakhlak mulia dan

berketerampilan.

Selain itu, Pendidikan Kesihatan berperanan menjadikan aktiviti budaya sekolah untuk mengalami

perubahan serta memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa para pelajar. Perubahan iklim sekolah yang

kondusif juga telah melahirkan para pelajar yang menghargai ilmu dan melahirkan budaya positif

seperti budaya membaca dalam kalangan pelajar.

Pendidikan Kesihatan adalah pendidikan untuk kesihatan dan tidak hanya pengetahuan tentang

kesihatan. Pendidikan Kesihatan bukan semata-mata untuk menyembuh, mengurangkan atau

mencegah penyakit, malah ianya bertujuan untuk mencapai keadaaan fizikal, mental dan sosial

yang optimum untuk individu, keluarga dan komuniti. Program Pendidikan Kesihatan seharusnya

menggalakkan dan memudahkan aplikasi pengetahuan kesihatan untuk meningkatkan amalan

gaya hidup sihat sepanjang hayat.

Oleh yang demikian, pelajar harus dididik dan mempelajari demi memahami dan menghayati

pengetahuan, kemahiran dan pengalaman Pendidikan Kesihatan agar mereka dapat

mengamalkan gaya hidup sihat sebagai budaya masyarakat. Dengan adanya Pendidikan

Kesihatan pelajar dapat membuat persediaan menghadapai cabaran hidup. Pelajar juga dapat

sentiasa bersedia menyesuaikan diri dengan cabaran perubahan persekitaran dan sosial.

Adakah anda sudah memahami bagaimana Pendidikan Kesihatan berfungsi di

sekolah? Selepas anda memahaminya, buat refleksi dengan menjawab soalan berikut:

Bagaimana Pendidikan Kesihatan boleh berfungsi dengan baik di sekolah?

Bagaimana Pendidikan Kesihatan boleh membantu pelajar mencapai aspek jasmani,

emosi, rohani dan intelek? Terangkan.

22 Konsep Asas Pengurusan Program Kesihatan

ISI KANDUNGAN

Sejarah perkembangan Pendidikan Kesihatan di Malaysia

Sejarah perkembangan Pendidikan Kesihatan di Malaysia selaras dengan perkembangan

Pendidikan Jasmani. Perkembangan Pendidikan Jasmani dan juga Pendidikan Kesihatan di

Malaysia dibahagikan kepada tiga peringkat yang besar.

1. Sistem pendidikan asal, iaitu sistem pendidikan yang telah ada sebelum kedatangan

pengaruh Barat.

2. Zaman penjajahan menghasilkan pendidikan yang formal yang telah menghasilkan

pertumbuhan sekolah-sekolah Inggeris, Melayu, Cina dan India. Zaman ini berlanjutan

hingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.

3. Zaman pendidikan moden, iaitu zaman selepas merdeka.

Sebelum datangnya pengaruh pendidikan Barat, sistem pendidikan merupakan sistem yang tidak

formal seperti kelas-kelas agama dan al-Quran, kelas kesenian dan pertukangan. Sistem ini tidak

memberatkan ciri-ciri pendidikan secara formal. Oleh itu, tidak ada langsung pendidikan jasmani

dan Kesihatan. Sistem pendidikan yang formal diperkenalkan di negara ini selepas kedatangan

Inggeris di negeri-negeri Selat. Ini adalah usaha penganjur Kristian dan Kompeni Inggeris.

Sekolah yang pertama didirikan di Tanah Melayu ialah Penang Free School yang ditubuhkan

dalam tahun 1816. Usaha mendirikan sekolah ini dibuat oleh Rev. R.S Hutching. Sekolah ini di

bawah pengelolaan Kompeni Inggeris. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan tidak dijalankan lagi.

Sehingga tahun-tahun 1920an masih belum ada sistem dan sukatan pelajaran yang formal

walaupun pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan mula diajar secara tidak

formal. Keutamaan diberi kepada aktiviti senaman, latihan kawat dan permainan yang membawa

pengaruh penjajahan Inggeris. Pendidikan Kesihatan pula diajar melalui ceramah bebas dan

perbincangan secara terbuka oleh guru dan penasihat kesihatan yang dilantik. Tahun 1924

dilantik seorang pengusaha pendidikan jasmani dan kesihatan untuk negeri-negeri Selat.

Sungguhpun begitu, sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan belum

tersusun. Guru-guru yang tidak pernah menerima latihan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

ditugaskan mengajar pelajaran tersebut. Tahun-tahun 1930an barulah usaha rancangan

pendidikan jasmani dan subjek Pendidikan Kesihatan untuk sekolah-sekolah dimulakan.

23 Konsep Asas Pengurusan Program Kesihatan

Sukatan pelajaran tersebut merupakan asas untuk pelajaran Pendidikan Jasmani di Tanah

Melayu. Ia berdasarkan kepada sukatan pelajaran Latihan Fizikal untuk sekolah-sekolah Inggeris

di England, yang mana telah diperkenalkan dalam tahun 1933. Siri buku-buku Jefferson, How To

Teach Physical Training dijadikan asas sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

J.W Jefferson yang dilantik sebagai penguasa Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dalam tahun

1932 telah melancarkan rancangan latihan guru pendidikan jasmani ke seluruh negara.

Kursus-kursus dalam perkhidmatan diadakan di seluruh negara. Tahun 1946-48, suatu sukatan

yang formal untuk sekolah-sekolah rendah dan menengah dihasilkan. Sukatan ini diterbitkan oleh

Maktab Perguruan Sultan Idris, (MPSI) Tanjung Malim (kini Universiti Pendidikan Sultan Idris).

Sistem latihan guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dilancarkan secara berperingkat-

peringkat, iaitu dari peringkat 1 hingga peringkat 4.

Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu menunjukkan pengaruh penjajahan Inggeris dalam

perkembangan Pendidikan Jasmani. Gimnastik, sukan dan rentak rama merupakan bahagian

program-program yang terdapat di sekolah-sekolah rendah, sementara di sekolah-sekolah

menengah, Inggeris memajukan satu program yang serupa dengan yang terdapat di negara-

negara Asia di bawah British Komanwel. Bola sepak, bola keranjang, berenang dan tenis adalah

popular tetapi permainan badminton merupakan permainan yang paling popular.

Pada tahun 1952 guru-guru tempatan mula dihantar ke luar negara untuk meluaskan

pengetahuan mengenai Pendidikan Jasmani dan meluaskan lagi skop bagi Pendidikan Kesihatan.

Setahun kemudian, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dimasukkan sebagai satu mata pelajaran

bagi kursus asas dan pilihan utama di Kirby. Kemudian diadakan pula kursus pendidikan dan

kesihatan di Kirby dan Brinsford, England. Tahun 1955, Jawatan Penguasa Pendidikan Jasmani

diambil oleh anak tempatan iaitu, En. Teoh Teik Lee. Pada tahun 1958, bahagian Penguasa

Pendidikan Jasmani dipindahkan kepada Bahagian Nazir Sekolah-sekolah dan juga disatukan

dengan Bahagian Latihan Guru. Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani Kesihatan IPSI

dikekalkan dalam tahun 1950-an dengan beberapa penyesuaian dan pindaan.

Pada tahun 1960, B.E Chamber diganti oleh E.D Clay sebagai Nazir Sekolah-sekolah

Persekutuan, Bahagian Pendidikan Jasmani. Sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani dikaji semula

dan wujudlah sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan untuk kanak-

kanak lelaki dan perempuan pada tahun 1966. Kursus tambahan, satu tahun Pendidikan Jasmani

24 Konsep Asas Pengurusan Program Kesihatan

dan Kesihatan diadakan di Maktab Perguruan Ilmu Khas pada tahun 1960. Kemudian, diikuti

dengan kursus tambahan untuk guru-guru perempuan dalam tahun 1961.

Pada tahun 1971, sukatan pelajaran disemak semula, kemudiannya sukatan itu dikeluarkan

dalam dua bahasa iaitu Melayu dan Inggeris. Sukatan ini lebih dinamik dan berkesan kerana

memberatkan kepada kesan, pergerakan dan kemahiran. Di masukkan juga aspek-aspek moden

seperti tarian moden atau tarian pendidikan dan gimnastik untuk perempuan.

Apa Itu Fungsi Pendidikan Kesihatan?

Pendidikan Kesihatan merupakan suatu proses membekalkan dan membantu murid

meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan dan

mengamalkan gaya hidup sihat atau menggunakan pengalaman bagi mempengaruhi secara

mendalam kefahaman, sikap dan amalan berhubung dengan kesihatan individu, keluarga dan

komuniti. Dari aspek pendidikan kepada murid, Pendidikan Kesihatan bertujuan membantu murid

meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan dan

mengamalkan gaya hidup sihat.

Objektif utama Pendidikan Kesihatan adalah ditumpukan kepada perubahan sikap dan tabiat

untuk memperbaiki taraf kesihatan individu dan masyarakat menerusi usaha-usaha sendiri dan

masyarakat melalui:

Menanam minat di kalangan masyarakat terhadap kepentingan kesihatan dan untuk

bertanggungjawab terhadap kesihatan mereka.

Meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat tentang langkah-langkah promosi

kesihatan dan pencegahan penyakit yang disediakan dan untuk memulihkan penerimaan

kaedah tersebut.

Di peringkat sekolah Pendidikan Kesihatan lebih berfokus kepada:

i. Kesihatan diri dan keluarga

ii. Gaya hidup sihat

iii. Kebersihan dan keselamatan persekitaran

25 Konsep Asas Pengurusan Program Kesihatan

Pendidikan Kesihatan bertujuan membantu pelajar meningkatkan pengetahuan kesihatan,

memupuk sikap positif terhadap kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup sihat. Objektif

Pendidikan Kesihatan dirancang dan digubal agar pelajar boleh mencapai perkara-perkara seperti

berikut:

i. mempertingkatkan pengetahuan kesihatan diri, keluarga, masyarakat dan persekitaran.

ii. menguasai kemahiran bagi menghadapi dan menangani masalah dan isu berkaitan

dengan kesihatan.

iii. membentuk sikap yang positif terhadap kesihatan berasaskan pengetahuan dan

pengalaman.

iv. menjadikan gaya hidup sihat sebagai rutin harian

v. berperanan aktif dalam meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat secara keseluruhan.

(Sukatan Pelajaran Pendidikan Kesihatan, 1999)

Rajah 2.2 : Senario apabila mereka memahami fungsi Pendidikan Kesihatan

Tuliskan satu atau dua ayat sendiri, bagaimana fungsi Pendidikan Kesihatan boleh

mempengaruhi orang di sekeliling anda?

26 Konsep Asas Pengurusan Program Kesihatan

Tanggungjawab Pendidik

Kesihatan

Mengetahui keperluan

indidvidu dan komuniti

Perancangan program

secara efektif

Perlaksanaan program

Penilaian keberkesanan

program

Bertindak sebagai ejen

rujukan

Menyelaraskan perkhidmatan

Keperluan komunikasi dan sumber

Apakah Fungsi dan Tugas Pendidik Kesihatan

Rajah 2.3 : Tanggungjawab utama pendidik kesihatan

(Sumber: National Commission for Health Education Credentialing [NCHEC], 1980 )

Tanggung jawab 1: Menilai keperluan individu dan masyarakat untuk Pendidikan Kesihatan

Dapatkan data yang berkaitan dengan kesihatan tentang persekitaran sosial dan budaya,

faktor pertumbuhan dan perkembangan, keperluan dan kepentingan.

Bezakan antara tingkah laku yang memupuk dan apa yang menghalang kesejahteraan.

Membuat kesimpulan keperluan untuk Pendidikan Kesihatan berdasarkan data yang

diperoleh.

27 Konsep Asas Pengurusan Program Kesihatan

Tanggungjawab 2: Perancangan program Pendidikan Kesihatan yang berkesan

Mewujudkan pertubuhan-pertubuhan masyarakat dan mengenal pasti potensi peserta

atas sokongan dan bantuan dalam perancangan program.

Membangunkan skop yang logik dan pelan untuk program Pendidikan Kesihatan.

Merumuskan objektif program yang sesuai dan boleh diukur.

Mereka bentuk program pendidikan selaras dengan objektif program yang dinyatakan.

Tanggungjawab 3: Perlaksanaan program Pendidikan Kesihatan

Membuat pameran berdasarkan program pendidikan yang telah dirancang.

Membuat kesimpulan membolehkan objektif yang perlu untuk melaksanakan pengajaran

Memilih kaedah dan media yang paling sesuai untuk melaksanakan perancangan

program kepada pelajar tertentu.

Memantau program pendidikan, menyelaraskan objektif dan aktiviti mengikut kesesuaian.

Tanggungjawab 4: Menilai keberkesanan program Pendidikan Kesihatan

Membangunkan rancangan untuk menilai pencapaian objektif program.

Menjalankan pelan penilaian.

Mentafsir keputusan penilaian program.

Membuat kesimpulan implikasi dari hasil perancangan program masa depan.

Tanggungjawab 5: Menyelaras perkhidmatan Pendidikan Kesihatan

Membangunkan rancangan untuk menyelaraskan perkhidmatan Pendidikan Kesihatan.

Memudahkan kerjasama di antara kakitangan program.

Menggubal mod praktikal kerjasama di kalangan agensi-agensi kesihatan dan organisasi.

Mengadakan program-program latihan dalam perkhidmatan untuk guru-guru,

sukarelawan dan kakitangan lain yang berminat.

28 Konsep Asas Pengurusan Program Kesihatan

Tanggungjawab 6: Bertindak sebagai pegawai sumber maklumat dalam Pendidikan Kesihatan

Gunakan ICT sebagai sistem dapatan semula maklumat kesihatan yang berkesan.

Mewujudkan hubungan perundingan yang berkesan dengan orang-orang yang

memerlukan.

Menyediakan bantuan dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan kesihatan.

Mentafsir dan bertindak balas terhadap permintaan untuk maklumat kesihatan.

Memilih bahan-bahan yang berkesan sebagai sumber untuk menyebarkan maklumat

kesihatan.

Tanggungjawab 7: Menghubungkan kesihatan dengan keperluan Pendidikan Kesihatan, keprihatinan dan bahan sumber.

Mentafsir konsep, tujuan dan teori Pendidikan Kesihatan.

Meramalkan kesan sistem nilai masyarakat pada program Pendidikan Kesihatan.

Memilih pelbagai kaedah dan teknik-teknik komunikasi dalam menyediakan maklumat

kesihatan.

Menyalurkan komunikasi yang berkesan antara penyedia penjagaan kesihatan dan

pengguna.

Rancang satu program Pendidikan Kesihatan yang boleh dilaksanakan di sekolah.

Kemudian, huraikan dengan terperinci tugas Pendidik Kesihatan berdasarkan rajah 2.3. Kaitkan

antara tugas Pendidik Kesihatan dengan program yang ingin dirancang.

29 Konsep Asas Pengurusan Program Kesihatan

Perancangan Program Pendidikan Kesihatan

Rajah 2.3 : Salah satu program yang boleh dilaksanakan di sekolah

Sebagai seorang guru, apakah program yang boleh dirancang yang boleh

dilaksanakan berdasarkan gambar dalam rajah 2.3. Senaraikan 5 program yang boleh dijalankan

di sekolah dalam bentuk rajah di bawah.

30 Konsep Asas Pengurusan Program Kesihatan

Sebagai Pentadbir atau Guru Besar pelbagai program boleh dilaksanakan di sekolah yang

berkaitan dengan Pendidikan Kesihatan. Kebanyakan sekolah sememangnya telah mengadakan

pelbagai program yang merupakan program Pendidikan Kesihatan sama ada secara langsung

atau tidak langsung. Selain daripada mata pelajaran Pendidikan Kesihatan yang diajar sebagai

subjek, Pendidikan Kesihatan boleh diterapkan melalui pelbagai kaedah atau pendekatan. Ini

termasuklah dalam program-program Hal-Ehwal Murid, begitu juga dalam program-program

Kokurikulum.

Pendidikan haruslah diajar atau lebih tepat lagi diterapkan kepada murid-murid supaya ia menjadi

budaya. Perkara begini kadang-kadang agak sukar juga hendak diajar atau diterapkan kerana

murid-murid datang dari pelbagai budaya atau cara hidup yang berbeza, sebagai contoh cara

pemakanan mereka di rumah, kadang-kadang apa yang ditafsirkan oleh ibu bapa di rumah akan

pemakanan sihat amat berbeza sekali dengan pemakanan sihat yang sebenarnya. Justeru itu

peranan sekolah amat penting sekali dalam hal ini. Perkara-perkara berkaitan Pendidikan

Kesihatan perlu ditunjuk ajar di sekolah dan jadikannya satu rutin agar ianya akan menjadi budaya

kepada murid-murid yang akan membesar sebagai masyarakat yang faham akan pentingnya

penjagaan kesihatan.

Dalam melaksanakan program Pendidikan Kesihatan di sekolah, satu perancangan yang rapi

perlu diadakan. Perancangan yang rapi membolehkan guru menggunakan sumber dan

kemudahan yang baik. Ia juga memberi hala tuju kepada guru supaya menjalankan tugas dengan

baik di samping memastikan sukatan pelajaran yang disediakan mendapat perhatian yang serius.

Faktor-faktor utama yang diperlukan untuk membuat suatu perancangan yang rapi seperti berikut:

1. Persekitaran pengajaran

Selain daripada objektif, faktor-faktor lain yang mempengaruhi perancangan ialah saiz

kelas, peralatan dan kemudahan. Semua faktor tersebut perlu diberi perhatian untuk

memastikan kejayaan kelas Pendidikan Kesihatan. Jika saiz kelas itu besar, maka

masalah kekurangan peralatan dan kemudahan mungkin timbul. Justeru itu,

perancangan diperlukan untuk mengatasi masalah tersebut. Misalnya, suatu kumpulan

kecil boleh dibentuk untuk tujuan di atas.

31 Konsep Asas Pengurusan Program Kesihatan

2. Latar belakang guru

Kejayaan program pendidikan jasmani bergantung kepada tenaga pengajarnya.

Keupayaan guru mengajar penting untuk menjayakan pengajaran. Ianya adalah dengan

latihan yang diberikan oleh maktab-maktab perguruan di Malaysia, tidak dapat dinafikan

bahawa mereka memang mampu untuk mengajarkan Pendidikan Kesihatan di sekolah.

Dalam persoalan ini, minat dan sikap guru itu sendiri adalah penting.

3. Latar belakang pelajar

Tidak semua pelajar adalah sama. Perbezaan di kalangan pelajar itulah yang

memerlukan perancangan. Pelajaran yang dirancang tidak seharusnya terlampau susah

untuk golongan yang kurang mahir sehingga mereka hilang minat untuk melakukan

aktiviti yang dirancang. Sebaliknya pelajaran yang tidak mencabar bagi golongan yang

mahir juga menyebabkan pelajar kurang minat terhadap Pendidikan Kesihatan.

RUMUSAN

1. Pendidikan Kesihatan adalah pendidikan untuk kesihatan dan tidak hanya pengetahuan

tentang kesihatan. Pendidikan Kesihatan bukan semata-mata untuk menyembuh,

mengurangkan atau mencegah penyakit, malah ianya bertujuan untuk mencapai keadaaan

fizikal, mental dan sosial yang optimum untuk individu, keluarga dan komuniti. Program

Pendidikan Kesihatan seharusnya menggalakkan dan memudahkan aplikasi pengetahuan

kesihatan untuk meningkatkan amalan gaya hidup sihat sepanjang hayat.

2. Pelajar harus dididik dan mempelajari demi memahami dan menghayati pengetahuan,

kemahiran dan pengalaman Pendidikan Kesihatan agar mereka dapat mengamalkan gaya

hidup sihat sebagai budaya masyarakat. Dengan adanya Pendidikan Kesihatan pelajar dapat

membuat persediaan menghadapai cabaran hidup. Pelajar juga dapat sentiasa bersedia

menyesuaikan diri dengan cabaran perubahan persekitaran dan sosial.

3. Objektif utama Pendidikan Kesihatan adalah ditumpukan kepada perubahan sikap dan tabiat

untuk memperbaiki taraf kesihatan individu dan masyarakat menerusi usaha-usaha sendiri

dan masyarakat melalui:

32 Konsep Asas Pengurusan Program Kesihatan

Menanam minat di kalangan masyarakat terhadap kepentingan kesihatan dan untuk

bertanggungjawab terhadap kesihatan mereka.

Meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang langkah-langkah promosi

kesihatan dan pencegahan penyakit yang disediakan dan untuk memulihkan penerimaan

kaedah tersebut.

4. Pendidikan haruslah diajar atau lebih tepat lagi diterapkan kepada murid-murid supaya ia

menjadi budaya. Perkara-perkara begini kadang-kadang agar sukar juga hendak diajar atau

diterapkan kerana murid-murid datang dari pelbagai budaya atau cara hidup yang berbeza,

sebagai contoh cara pemakanan mereka di rumah, kadang-kadang apa yang ditafsirkan oleh

ibu bapa di rumah mengenai pemakanan sihat amat berbeza sekali dengan pemakanan sihat

yang sebenarnya. Justeru itu peranan sekolah amat penting sekali dalam hal ini. Perkara-

perkara berkaitan Pendidikan Kesihatan perlu ditunjuk ajar di sekolah dan jadikannya satu

rutin agar ianya akan menjadi budaya kepada murid-murid yang akan membesar sebagai

masyarakat yang faham akan pentingnya penjagaan kesihatan.

5. Dalam melaksanakan program Pendidikan Kesihatan di sekolah, satu perancangan yang rapi

perlu diadakan. Perancangan yang rapi membolehkan guru menggunakan sumber dan

kemudahan yang baik. Ia juga memberi hala tuju kepada guru supaya menjalankan tugas

dengan baik di samping memastikan sukatan pelajaran yang disediakan mendapat perhatian

yang serius.

33 Konsep Asas Pengurusan Program Kesihatan

Keperluan komunikasi dan sumber

Meramalkan kesan sistem nilai masyarakat

Menyalurkan komunikasi yang berkesan

Menyelaraskan perkhidmatan

Menggubal mod praktikal kerjasama

Mengadakan program-program latihan

Bertindak sebagai ejen rujukan

Mewujudkan hubungan perundingan

Mentafsir dan bertindak balas terhadap permintaan

Penilaian keberkesanan program

Membangunkan rancanganMentafsir keputusan penilaian program.

Perlaksanaan program

Membuat pameran Membuat kesimpulan

Perancangan program secara efektif

Membangunkan skop yang logik dan pelan

Merumus objektif dan merekabentuk program pendidikan

Mengetahui keperluan individu dan komuniti

Dapatkan data yang berkaitan Bezakan antara tingkah laku

PETA KONSEP

34 Konsep Asas Pengurusan Program Kesihatan

KATA KUNCI

1. Sejarah Pendidikan Kesihatan

2. Fungsi Pendidikan Kesihatan

3. Tugas Pendidik Kesihatan

4. Perancangan Program

5. Perlaksanaan Program

6. Penilaian Program

PENILAIAN KENDIRI

1. Dengan menggunakan perkataan sendiri, huraikan apakah yang dimaksudkan dengan fungsi

Pendidikan Kesihatan?

2. Senaraikan tugas-tugas utama pendidik kesihatan dan huraikan tanggungjawab mereka

secara terperinci?

3. Bagaimanakah program kesihatan boleh dilaksanakan secara berkesan di sekolah?

4. Pada pendapat anda, mengapakah pihak kerajaan begitu serius dalam merancang program

kesihatan di Malaysia?

RUJUKAN

Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, (1999). Sukatan Pelajaran Rendah dan Menengah Pendidikan Kesihatan· Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Pendidikan Kesihatan.(1998) · Surat pekeliling ikhtisas bil 25/1998: pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan KP (BS) 8591/Jld.XIV/(25) Definisi Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Atas Talian. http://ms.wikipedia.org/wiki/Pendidikan %20Jasmani/Definisi%20Pendidikan%20Jasmani%20%20%20dan%20Kesihatan World Health Organization (WHO) (1998). Health education: Theoretical concepts, effective strategies and core competencies. A foundation document to guide capacity development of health educators.

35 Konsep Asas Pengurusan Program Kesihatan

Keperluan komunikasi dan sumber

Meramalkan kesan sistem nilai masyarakat

Memilih pelbagai kaedah dan teknik-teknik komunikasi

Menyalurkan komunikasi yang berkesan

Menyelaraskan perkhidmatan

Membangunkan rancanganMemudahkan kerjasama di

antara kakitanganMenggubal mod praktikal

kerjasamaMengadakan program-

program latihan

Bertindak sebagai ejen rujukan

Gunakan ICT sebagai sistem dapatan semua maklumat

Mewujudkan hubungan perundingan

Mentafsir dan bertindak balas terhadap permintaan

Memilih bahan-bahan yang berkesan

Penilaian keberkesanan program

Membangunkan rancangan Menjalankan pelan penilaianMentafsir keputusan penilaian program.

Membuat kesimpulan implikasi

Perlaksanaan program

Membuat pameran Membuat kesimpulan Memilih kaedah dan media

yang paling sesuai Memantau program

pendidikan

Perancangan program secara efektif

Mewujudkan pertubuhan-pertubuhan masyarakat

Membangunkan skop yang logik dan pelan

Merumus objektif dan merekabentuk program pendidikan

Mengetahui keperluan individu dan komuniti

Dapatkan data yang berkaitan Bezakan antara tingkah laku Membuat kesimpulan

JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS