undang-undang dan peraturan pertandingan sepak takraw ... · pdf file1 undang-undang dan...

5
1 UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW JABATAN PERDANA MENTERI TAHUN 2014 1. NAMA PERTANDINGAN Pertandingan ini dinamakan PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW JABATAN PERDANA MENTERI 2014 anjuran Kelab Bukit Perdana Jabatan Perdana Menteri. 2. PERATURAN PERTANDINGAN 2.1 UNDANG-UNDANG Pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang-Undang Gabungan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) serta Undang- Undang dan Peraturan-Peraturan Am Pertandingan Sepak Takraw Jabatan Perdana Menteri. 2.2 TARIKH DAN TEMPAT Pertandingan akan diadakan seperti ketetapan berikut: Tarikh: 21 Jun 2014 (Sabtu) Tempat: Gelanggang Sepak Takraw Taman Pancarona, Presint 18 Putrajaya. Masa: 8.00 pagi hingga 3.00 petang

Upload: lythien

Post on 07-Feb-2018

253 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW ... · PDF file1 undang-undang dan peraturan pertandingan sepak takraw jabatan perdana menteri tahun 2014 1. nama pertandingan

1

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW

JABATAN PERDANA MENTERI TAHUN 2014

1. NAMA PERTANDINGAN

Pertandingan ini dinamakan PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW JABATAN PERDANA MENTERI 2014 anjuran Kelab Bukit Perdana Jabatan Perdana Menteri.

2. PERATURAN PERTANDINGAN

2.1 UNDANG-UNDANG Pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang-Undang Gabungan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) serta Undang-Undang dan Peraturan-Peraturan Am Pertandingan Sepak Takraw Jabatan Perdana Menteri. 2.2 TARIKH DAN TEMPAT

Pertandingan akan diadakan seperti ketetapan berikut: Tarikh: 21 Jun 2014 (Sabtu) Tempat: Gelanggang Sepak Takraw

Taman Pancarona, Presint 18 Putrajaya.

Masa: 8.00 pagi hingga 3.00 petang

Page 2: UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW ... · PDF file1 undang-undang dan peraturan pertandingan sepak takraw jabatan perdana menteri tahun 2014 1. nama pertandingan

2

2.2.2 Taklimat dan undian akan dijalankan pada 19 Jun 2014

(Khamis) di Bilik Mesyuarat Aras 2, Blok B8, Kompleks JPM, Putrajaya pada jam 10.00 pagi.

2.2.3 Pihak penganjur berhak menjalankan undian bagi pihak

sekiranya tiada wakil.

3. SYARAT PERTANDINGAN

3.1 Hanya pemain-pemain yang didaftarkan dalam borang

penyertaan sahaja dibenarkan bermain di sepanjang

pertandingan ini. Permainan akan dijalankan secara regu;

3.2 Setiap pemain hanya dibenarkan mewakili satu regu sahaja;

3.3 Semua pemain diwajibkan membawa bersama pas

pekerja/surat tawaran pekerjaan pada hari pertandingan

(bagi tujuan pengesahan);

3.4 Hanya SEORANG sahaja pemain yang pernah mewakili negara dan negeri bagi pertandingan peringkat Kebangsaan, MAKSAK dan SUKMA tahun 2010 hingga kini yang boleh didaftarkan dalam pasukan;

3.5 Warga Jabatan/Agensi di bawah JPM yang bekerja di luar dari

JPM (Jawatan Kader) adalah tidak dibenarkan mewakili Jabatan asal beliau; dan

3.6 Setiap pasukan hanya dibenar mengambil dua (2) orang sahaja pemain dari jabatan/agensi di bawah JPM yang tidak mewakili jabatan/agensi tersebut. Walau bagaimanapun, keutamaan penyertaan harus diberikan kepada jabatan/agensi asal pemain itu sendiri.

Page 3: UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW ... · PDF file1 undang-undang dan peraturan pertandingan sepak takraw jabatan perdana menteri tahun 2014 1. nama pertandingan

3

4. FORMAT PERTANDINGAN

4.1 Sistem Kejohanan ini adalah KALAH SINGKIR (Best of five); dan

4.2 Kiraan mata adalah berdasarkan kepada sistem baharu 15 mata.

5. KELEWATAN

Mana-mana regu yang datang lewat selepas dari masa permainan yang ditetapkan (5 MINIT SAHAJA), maka regu itu dianggap telah memberikan kemenangan percuma kepada pasukan lawannya.

6. MENARIK DIRI

6.1 Jika terdapat regu menarik diri dalam mana-mana perlawanan, maka regu tersebut tidak dibenar meneruskan pertandingan; dan

6.2 regu tersebut dianggap tidak menyertai pertandingan ini

dengan semua mata dibatalkan. 7. BANTAHAN

7.1 Jika ada apa-apa bantahan ianya hendaklah dibuat secara

bertulis tidak lewat dari 30 minit selepas perlawanan yang dibantah itu tamat kepada Jawatankuasa Penganjur kejohanan berserta dengan wang tunai RM300.00 (Ringgit Malaysia: Tiga Ratus Sahaja) sebagai cagaran;

7.2 Jika bantahan diterima wang cagaran akan dikembalikan jika

tidak perkara sebaliknya akan berlaku; dan 7.3 Bantahan akan didengar oleh Jawatankuasa Penganjur dan

Pengadil. Keputusan adalah muktamad.

Page 4: UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW ... · PDF file1 undang-undang dan peraturan pertandingan sepak takraw jabatan perdana menteri tahun 2014 1. nama pertandingan

4

8. HADIAH

Hadiah-hadiah akan diberikan kepada pasukan yang berjaya menyandang gelaran Juara, Naib Juara dan dua pasukan layak ke separuh akhir seperti berikut:

Bil. Tempat Hadiah

1. Johan RM800.00

2. Naib Johan RM500.00

3. Ketiga RM300.00

Keempat RM300.00

9. PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa pertandingan yang berkenaan dan keputusan adalah MUKTAMAD.

10. BAYARAN DAN BORANG PENYERTAAN

10.1 Bayaran penyertaan bagi setiap regu ialah RM50.00 (Ringgit malaysia: Lima Puluh Sahaja). Semua bayaran hendaklah dibuat secara tunai;

10.2 Semua penyertaan hendaklah menggunakan borang

penyertaan kejohanan dan mestilah lengkap diisi sepenuhnya setiap butiran yang terdapat dalam borang tersebut; dan

10.3 Borang penyertaan yang telah lengkap diisi hendaklah

dikemukakan beserta bayaran masuk bertanding pada atau sebelum 18 Jun 2014 (Rabu) kepada:

Setiausaha

Kelab Bukit Perdana Jabatan Perdana Menteri Aras -1, Blok B8, Kompleks JPM 62502 PUTRAJAYA Tel. No: 03-88723736 / 23431 Faks No: 03-88883904 Email: [email protected] atau [email protected]

Page 5: UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW ... · PDF file1 undang-undang dan peraturan pertandingan sepak takraw jabatan perdana menteri tahun 2014 1. nama pertandingan

5

BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW

JABATAN PERDANA MENTERI 2014

Nama Jabatan/Agensi/Bahagian: ..................................................................................

Nama Ketua Pasukan : ................................................................................................... No. Tel: ................................................. (Pej.) ....................................................... (H/P)

No. Faks: ............................................... (e-mel): ............................................................

Bil.

Nama Penuh Pemain Posisi No. K/P

1. Tekong

2. Apit kanan

3. Apit kiri

4. Simpanan

5. Simpanan

PENGAKUAN: Saya dengan ini bersetuju dan faham akan segala syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. Saya mengaku segala keterangan yang diberikan adalah benar dan pihak penganjur berkuasa penuh untuk membatalkan penyertaan sekiranya saya melanggar peraturan yang telah ditetapkan serta tidak akan mengemukakan sebarang tuntutan terhadap pihak penganjur atau agennya di atas sebarang musibah ke atas diri saya sebelum, semasa atau selepas menyertai acara ini.

Tarikh: ..................................... .......................................................

(Tandatangan Ketua Pasukan) Borang yang lengkap di isi hendaklah dikembalikan sebelum 18 Jun 2014 kepada Setiausaha Kelab Bukit Perdana,

Jabatan Perdana Menteri, Aras 2, Blok B8, Kompleks JPM, 62502 Putrajaya. (No.Tel : 03-88723431 / 23736 Fax : 03-88883904, emel: [email protected] / [email protected] )