dokumentasi mss takraw

10
DOKUMENTASI KEJOHANAN SEPAK TAKRAW SEKOLAH RENDAH (BAWAH 12 TAHUN) PERINGKAT MAJLIS SUKAN SEKOLAH SELANGOR (MSSS) TAHUN 2012 1.0 NAMA PROGRAM Kejohanan Sukan Sepak Takraw Sekolah Rendah Peringkat MSS Selangor 2012. 2.0 PENGENALAN Merancang, menyediakan dan melatih pasukan kontijen sepak Takraw Sabak Bernam Bawah 12 tahun untuk bersaing di peringkat MSS Selangor. 3.0 RASIONAL Penyertaan dalam kejohanan Sepak Takraw Peringkat MSS Selangor ini adalah bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat yang terpendam di kalangan murid. Selain itu ia dapat memberikan pengalaman kepada murid tersebut. Secara tidak langsung, penglibatan kontijen Sepak Takraw Sabak Bernam pada kali ini telah dapat menggerunkan pihak lawan yang mana dahulunya telah tenggelam. 4.0 OBJEKTIF 4.1 Mencungkil bakat-bakat terpendam di kalangan murid sekolah rendah. 4.2 Mempertingkatkan integrasi dalam kalangan murid yang pelbagai bangsa dan sekolah. 4.3 Memperluas lagi peluang penglibatan murid dalam aktiviti Unit permainan Sepak Takraw Negeri Selangor 4.4 Memupuk semangat kerjasama di kalangan Guru dan pihak PPD antara daerah terlibat. 4.5 Melahirkan atlet yang berpotensi tinggi dalam bidang sukan yang diceburi. 5.0 MATLAMAT 5.1 Dapat memberikan saingan ketika perlawanan berlangsung. 5.2 Dapat menaikkan nama Kontijen Sepak Takraw Daerah Sabak Bernam 6.0 TARIKH 20 hingga 24 Mac 2012 (Hari Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat & Sabtu) 7.0 TEMPAT 7.1 Dewan Orang Ramai, Banting, Selangor 8.0 KUMPULAN SASARAN

Upload: jeng-king

Post on 24-Jul-2015

106 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: Dokumentasi MSS Takraw

DOKUMENTASIKEJOHANAN SEPAK TAKRAW SEKOLAH RENDAH (BAWAH 12 TAHUN)

PERINGKAT MAJLIS SUKAN SEKOLAH SELANGOR (MSSS)TAHUN 2012

1.0 NAMA PROGRAM

Kejohanan Sukan Sepak Takraw Sekolah Rendah Peringkat MSS Selangor 2012.

2.0 PENGENALANMerancang, menyediakan dan melatih pasukan kontijen sepak Takraw Sabak Bernam

Bawah 12 tahun untuk bersaing di peringkat MSS Selangor.

3.0 RASIONALPenyertaan dalam kejohanan Sepak Takraw Peringkat MSS Selangor ini adalah bertujuan

untuk mencungkil bakat-bakat yang terpendam di kalangan murid. Selain itu ia dapat memberikan pengalaman kepada murid tersebut. Secara tidak langsung, penglibatan kontijen Sepak Takraw Sabak Bernam pada kali ini telah dapat menggerunkan pihak lawan yang mana dahulunya telah tenggelam.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Mencungkil bakat-bakat terpendam di kalangan murid sekolah rendah.4.2 Mempertingkatkan integrasi dalam kalangan murid yang pelbagai bangsa dan sekolah.4.3 Memperluas lagi peluang penglibatan murid dalam aktiviti Unit permainan Sepak Takraw Negeri Selangor4.4 Memupuk semangat kerjasama di kalangan Guru dan pihak PPD antara daerah terlibat.4.5 Melahirkan atlet yang berpotensi tinggi dalam bidang sukan yang diceburi.

5.0 MATLAMAT

5.1 Dapat memberikan saingan ketika perlawanan berlangsung.5.2 Dapat menaikkan nama Kontijen Sepak Takraw Daerah Sabak Bernam

6.0 TARIKH20 hingga 24 Mac 2012 (Hari Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat & Sabtu)

7.0 TEMPAT7.1 Dewan Orang Ramai, Banting, Selangor

8.0 KUMPULAN SASARAN

Setiap daerah menghantar sekurang-kurangnya 1 pasukan dan 1 regu yang mana dipilih daripada Kejohanan Sepak Takraw MSSD Sabak Bernam di SK Teluk Ru pada Februari lalu.

Page 2: Dokumentasi MSS Takraw

9.0 KEPUTUSAN PERLAWANAN

Perlawanan dijalankan secara kategori REGU dan BERPASUKAN dalam tiga pusingan. Regu dan Berpasukan masing-masing dibahagi kepada tiga kumpulan besar. Kontijen Sabak Bernam diletakkan dalam kumpulan TIGA.

Perlawanan pusingan pertama (Berpasukan) dijalankan seperti jadual di bawah:

Kumpulan 3

Nama Daerah Keputusan PerlawananSabak Bernam Johan Kumpulan

Sepang Naib Johan Kumpulan Kuala Langat Ketiga

Hulu Selangor Tersingkir

Kontijen Sabak Bernam berjaya menjadi Johan Kumpulan dengan mengalahkan lain-lain pasukan dari daerah lain. Pada ketika ini nama daerah Sabak Bernam mula digeruni kerana berjaya mengalahkan naib johan pada tahun lepas iaitu Daerah Sepang.

Catatan Mata Yang diperolehi :

Perlawanan Mata (keputusan)Sabak Bernam vs Kuala Langat 2 – 1 (Menang)Sabak Bernam vs Sepang 2 – 1 (Menang)Sabak Bernam vs Hulu Selangor 2 – 1 (Menang)

Pada pusingan kedua (Berpasukan), undian semula dijalankan di mana melibatkan Johan Kumpulan, Naib Johan Kumpulan dan Tempat Ketiga yang layak untuk undian. Setelah diundi, Sabak Bernam berada dalam Kumpulan SATU. Keputusan perlawanan adalah seperti di bawah:

Kumpulan 1Nama Daerah Keputusan Perlawanan

Petaling Perdana Johan Kumpulan Klang Naib Johan Kumpulan

Sabak Bernam Ketiga

Catatan Mata Yang diperolehi :

Perlawanan Mata (Keputusan)Sabak Bernam vs Klang 1 – 2 (Kalah)Sabak Bernam vs Sepang 1 – 2 (Kalah)

Setelah perlawanan Berpasukan tamat, Kontijen Sabak Bernam menduduki tempat KEEMPAT secara keseluruhan. Keputusan tersebut amat baik kerana daerah Sabak Bernam telah memberikan prestasi yang hebat dan memberangsangkan.

Page 3: Dokumentasi MSS Takraw

Dalam perlawanan secara REGU pula, regu Sabak Bernam diletakkan di dalam kumpulan TIGA yang terdiri daripada regu Kuala Selangor dan juga regu Petaling Perdana. Jadual dan keputusan perlawanan di dalam kumpulan adalah seperti di bawah;

Kumpulan 3Nama Daerah Keputusan Perlawanan

Petaling Perdana Johan Kumpulan Sabak Bernam Naib Johan KumpulanKuala Selangor Ketiga

Catatan Mata Yang diperolehi :

Perlawanan Mata (Keputusan)Sabak Bernam vs Kuala Selangor 2 – 1 (Menang)Sabak Bernam vs Petaling Perdana 1 – 2 (Kalah)

Keputusan tersebut telah melayakkan regu Daerah Sabak Bernam menduduki tempat KEEMPAT secara keseluruhannya. Kontijen Sepak Takraw Sabak Bernam boleh dikira hebat kerana dapat bertahan sehingga hari terakhir Kejohanan iaitu pada hari Sabtu.

Keputusan Kejohanan bagi Kontijen Sabak Bernam:

Perlawanan KedudukanAntara Pasukan Tempat KeempatAntara Regu Tempat Keempat

10.0 RUMUSAN

Kesimpulannya, bakat dan kemahiran pasukan sepak takraw daerah Sabak Bernam masih boleh diasah lagi kerana adanya jurulatih yang berpengalaman dan juga sokongan padu daripada pihak PPD, yang mana sanggup turun padang bagi memastikan segala perancangan berjalan dengan lancar dan jitu.

Akhir kata, bak kata pepatah, “Belakang parang diasah lagikan tajam” amat sesuai untuk kontijen pasukan sepak takraw Sabak Bernam. Semoga dengan usaha dan perhatian semua pihak dapat meningkatkan taraf dan tahap permainan pemainnya.

Page 4: Dokumentasi MSS Takraw

DISEDIAKAN OLEH, DISEMAK OLEH

..................................................... ...................................................................MOHD SOLEHAN BIN MOHAMMAD EN. AZLI BIN SURADISETIAUSAHA , GPK KOKURIKULUMKEJOHANAN SEPAK TAKRAW B12 SK TELUK RUDAERAH SABAK BERNAM SABAK BERNAM

DISAHKAN OLEH DISAHKAN OLEH

................................................................... ...................................................................HJH NORMAH THANAL AZIAN BT M.NOOR PEGAWAIGURU BESAR UNIT PEMBANGUNAN SUKANSK TELUK RU, SABAK BERNAM PEJABAT PELAJARAN DAERAH

SABAK BERNAM

Page 5: Dokumentasi MSS Takraw
Page 6: Dokumentasi MSS Takraw

Sesi latihan di Dewan Takraw Bagan Nakhoda Omar (BNO) pada 6, 7 dan 8 Mac 2012

Page 7: Dokumentasi MSS Takraw

Barisan Pemain Sepak Takraw & Pegawai Kontijen Sabak Bernam

Page 8: Dokumentasi MSS Takraw
Page 9: Dokumentasi MSS Takraw

TARIKH: 20 – 24 MAC 2012

LOKASI : DEWAN ORANG RAMAI, BANTING, SELANGOR