· web viewpesta sukan dan kebudayaan perkhidmatan pendidikan peringkat negeri 2013 johor bahru...

28
PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PERINGKAT NEGERI 2013 JOHOR BAHRU PERATURAN BADMINTON 1. UNDANG-UNDANG PERMAINAN Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-undang Permainan Peraturan Badminton Malaysia dan Persatuan Badminton Antarabangsa serta Peraturan-peraturan Am PSKPP Johor. 2. JENIS PERTANDINGAN / PEMBENTUKAN PASUKAN 2.1. Pertandingan dijalankan secara individu mengikut kategori berikut : 2.1.1. Perseorangan Wanita 2.1.2. Perseorangan Lelaki 2.2. Setiap Daerah dibenarkan menghantarkan tidak lebih daripada 3 penyertaan dalam kategori Perseorangan Lelaki dan 2 penyertaan dalam kategori Perseorangan Wanita , 1 pengurus dan 1 orang jurulatih dan seorang pengadil. 2.3. Setiap orang pemain hanya dibenarkan bermain dalam satu kategori / acara sahaja. 3. SISTEM PERTANDINGAN 3.1. Undian akan dijalankan oleh Pengelola dengan seeded pemenang bagi tahun 2012.

Upload: dotu

Post on 20-Mar-2019

237 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PERINGKAT NEGERI 2013JOHOR BAHRU

PERATURAN BADMINTON

1. UNDANG-UNDANG PERMAINAN

Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-undang Permainan Peraturan Badminton Malaysia dan Persatuan Badminton Antarabangsa serta Peraturan-peraturan Am PSKPP Johor.

2. JENIS PERTANDINGAN / PEMBENTUKAN PASUKAN

2.1. Pertandingan dijalankan secara individu mengikut kategori berikut :2.1.1.Perseorangan Wanita2.1.2.Perseorangan Lelaki

2.2. Setiap Daerah dibenarkan menghantarkan tidak lebih daripada 3 penyertaan dalam kategori Perseorangan Lelaki dan 2 penyertaan dalam kategori Perseorangan Wanita , 1 pengurus dan 1 orang jurulatih dan seorang pengadil.

2.3. Setiap orang pemain hanya dibenarkan bermain dalam satu kategori / acara sahaja.

3. SISTEM PERTANDINGAN

3.1. Undian akan dijalankan oleh Pengelola dengan seeded pemenang bagi tahun 2012.

3.2. Bagi tujuan menentukan Johan keseluruhan, penentu pemenang berdasarkan system mata (5 , 3, 2, dan 1) akan diberikan kepada pemenang setiap kategori.

3.3. Sistem kiraan 21 akan digunapakai pada kejohanan ini dan tiada gantian dibenarkan selepas mendaftarkan diri.

4. KELAYAKAN PEMAIN

4.1. Peringkat Umur (Terbuka)

5. KELEWATAN

5.1. Tiap-tiap peserta mestilah melaporkan diri kepada refri kehormat di gelanggang pertandingan 30 minit sebelum masa yang ditetapkan bagi perlawanan tersebut.

5.2. Hanya 15 minit sahaja akan diberikan kepada pasukan yang lewat. Selepas tamat masa tersebut tanpa surat tunjuk sebab yang munasabah secara bertulis oleh Pengurus Pasukan terlibat.

6. PAKAIAN PEMAIN

6.1. Sebarang jenis pakaian sukan dibenarkan tetapi tertakluk kepada syarat-syarat pengiklanan mengikut Undang-undang Persekutuan Badminton Antarabangsa (IBF)

7. JENAMA BULU TANGKIS

7.1. Jemana yang akan digunakan ialah DUNLOP GREEN

8. REFRI KEHORMAT/ PENGADIL/ PENJAGA GARISAN

8.1. Seorang refri Kehormat akan dilantik oleh pengelola.

8.2. Keputusan Refri Kehormat terhadap undang-undang permainan badminton pesta adalah muktamad.

8.3. Semua pasukan dikehendaki membawa 2 orang pengadil bertauliah atau berpengalaman dari kalangan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dan pengelola berhak melantik daripada pegawai tempatan.

8.4. Hakim Garisan adalah terdiri dari pemain-pemain dari pasukan yang sedang bertanding.

9. BANTAHAN

9.1. Sila rujuk Undang-undang dan Peraturan Am PSKPPJ

10. PENANGGUHAN PERMAINAN

10.1. Jika permainan yang sedang dijalankan terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, permainan iti akan disambung sekiranya dapat dijalankan pada hari yang sama.

10.2. Sekiranya terpaksa ditunda kepada hari esok, permainan itu dikira bermain semua dengan kedudukan mata 0-0 regu pertama.

10.3. Pengelola berhak menukar tempat, mengubah masa dan lain-lain jika difikirkan perlu bagi kelicinan kejohanan ini.

11. PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

Bagi perkara-perkara yang tidak dibekalkan/dinyatakan dalam Undang-undang dan Peraturan Am PSKPP Johor, Jawatankuasa Pengelola adalah berhak membuat keputusan dan segala keputusannya adalah muktamad.

PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PERINGKAT NEGERI 2013JOHOR BAHRU

PERATURAN PING PONG

1. UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

1.1. Selain daripada peraturan AM MSKPP Johor, pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-undang Persekutuan Ping-pong Antarabangsa (ITTF) yang sedang berkuatkuasa sekarang.

2. PEMBENTUKAN PASUKAN

2.1. Setiap MSKPP Daerah dibenarkan menghantar sekurang-kurangnya 2 pemain perseorangan-(Lelaki & Perempuan) dan 1 pasukan bergu.

2.1.i. Perseorangan lelaki – 2 peserta2.1.ii. Perseorangan Wanita – 2 peserta2.1.iii. Bergu Lelaki – 1 2.1.iv. Bergu Wanita - 1

2.2. Bagi setiap pemain lelaki atau wanita dibenarkan bermain dalam dua acara, iaitu satu perseorangan dan satu bergu.

3. SISTEM PERTANDINGAN

3.1. Rujuk Peraturan Am MSKPP Johor.

3.2. Pertandingan bagi kategori individu dan bergu yang dijalankan adalah secara kalah mati. Bilangan set adalah best of 5.

3.3. Bagi tujuan menentukan Johan keseluruhan, pemenang setiap kategori berdasarkan system mata (5,3,2 dan 1,). Daerah yang mengumpulkan mata terbanyak dikira pemenang dan jika berlaku persamaan mata; Johan, Naib Johan, Ketiga dan Keempat terbanyak menentukan kedudukan Daerah tersebut.

3.4. Tiada pertandingan dalam pasukan bagi kejohanan kali ini.

4. JENAMA & SAIZ BOLA PING PONG

4.1. Jenama bola yang akan digunakan adalah jenis TIBHAR bewarna jingga.

4.2. Saiz bola ping pong yang digunakan adalah 40mm.

5. PAKAIAN PEMAIN

5.1. Pemain-pemain hendaklah memakai pakaian sukan yang sesuai semasa pertandingan. Pakaian yang bewarna jingga atau berjalur jingga adalah tidak dibenarkan.

6. PENGADIL

6.1. Pengadil akan disediakan oleh Pengelola.

7. KEMENANGAN PERCUMA

7.1. Kemenangan percuma akan diberikan kepada pihak lawan sekiranya sesuatu pasukan itu gagal berada digelanggang perlawanan 15 minit selepas waktu yang ditetapkan.

8. BANTAHAN

8.1. Jika sesuatu pasukan itu tidak berpuas hati dengan apa-apa keputusan, pengurus pasukan hendaklah mengemukakan bantahan rasmi kepada pihak Jawatakuasa selewat-lewatnya satu jam selepas tamatnya perlawanan tersebut dengan menyertakan wang tunia sebanyak RM200.00. Wang tersebut tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan ditolak.

9. PERKARA AM

9.1. Sekiranya terdapat perkara-perkara lain yang tidak dijelaskan dalam peraturan ini, pihak Jawatankuasa berhak untuk menyesuaikan [eraturan yang berkenaan yang mana keputusan adalah muktamad.

PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PERINGKAT NEGERI 2013JOHOR BAHRU

PERATURAN FUTSAL

1. NAMA PERTANDINGAN

Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Futsal MSKPPJ

2. PENGANJURAN

2.1 Pertandingan ini dianjurkan oleh Unit Sukan jJPNJ

3. PENGELOLAAN

3.1 Pertandingan ini dikelolakan oleh PPD JOHOR BAHRU

4. UNDANG-UNDANG PERMAINAN

4.1 Selain dari peraturan yang terkandung, maka pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang permainan futsal sebagaimana yang telah ditetapkan oleh FIFA berkuatkuasa sekarang.

4.2 Ukuran gelanggang adalah tertakluk kepada tempat sewaan gelanggang dan ukurannya adalah sama bagi setiap gelanggang.

4.3 Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan

diputuskan seperti berikut:-

4.3.1 Sebarang persoalan teknikal akan diputuskan berasas kepada keputusan

Jawatankuasa Teknikal Bola Sepak MSSM Negeri (Tuan Rumah) berpandukan Undang-undang FIFA.

4.4. Sebarang keputusan yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan adalah muktamad.

5. PENYERTAAN

5.1 Pertandingan terbuka kepada semua pasukan MSKPP Daerah

5.2. Hanya boleh mendaftar satu pasukan sahaja.

5.3. Setiausaha Jawatankuasa Pertandingan akan menguruskan permohonan-permohonan dan akan menetapkan tarikh tutup permohonan tertakluk kepada keputusan atau arahan tertentu yang dibuat dari semasa ke semasa.

6. KELAYAKAN PEMAIN (BAWAH 30 TAHUN )

6.1 UMUR

6.1.1 Pemain lelaki yang berumur 30 tahun dan ke bawah dikira pada tahun pertandingan.

6.1.2 Warga negara Malaysia.

6.2 Seorang yang sedang berkhidmat dan menerima gaji daripada Kementerian Pendidikan Malaysia samada pekerja tetap atau kontrak (dari segi perjawatan).

6.3 Guru sandaran tidak terlatih (GSTT) yang berkhidmat selama 3 bulan secara berterusan.

6.4 Guru yang melanjutkan pelajaran secara sepenuh masa dan gajinya masih dibayar oleh pihak sekolah dan jabatan asalnya.

6.5 Pegawai institusi pendidikan yang berdaftar secara sah dan bergabung serta membayar yuran dengan PSKPP Johor

6.6 Sebarang masalah atas hak atau status permainan ke atas mana-mana

pemain akan diputuskan eleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan dan keputusannya adalah muktamad

7. PENDAFTARAN PEMAIN DAN PEGAWAI PASUKAN

7.1. Pendaftaran Pemain

Setiap pemain mesti mendaftar dalam Borang Pendaftaran Hanya pemain yang berdaftar sahaja boleh mengambil bahagian dalam pertandingan ini.

7.2.2 Setiap pasukan hanya boleh mendaftar pegawai mengikut jumlah yang telah ditetapkan.

7.3 Semua borang pendaftaran hendaklah disahkan oleh Setiausaha MSKPP Daerah masing masing.

7.4 Kesemua pemain boleh disenaraikan semasa perlawanan di mana 5 pemain utama dan 3 p emain simpanan.

Pendaftaran itu adalah seperti yang dinamakan semasa Mesyuarat Pengurus Pasukan.

8. FORMAT PERTANDINGAN

8.1. Sistem pertandingan dijalankan mengikut Peraturan AM MSKPP

8.2. Peraturan permainan liga digunakan seperti ketetapan berikut:

8.2.1 Pemberian mata – Menang 3 mata, Seri 1 mata dan kalah 0 mata 8.2.2 Sekiranya mana-mana pasukan gagal bermain atau tidak

datang atau melapor diri lewat dari 15 minit selepas waktu pertandingan yang diistiharkan dalam Jadual Pertandingan, maka pasukan yang hadir dengan cukup bilangan pemain iaitu 5 pemain akan diberikan kemenangan percuma, dengan 3 mata dan jaringan 3 - 0.

8.2.3 Penarikan diri mana-mana pasukan semasa kejohanan sedang berlangsung adalah tidak dibenarkan. Jika terdapat pasukan menarik diri daripada mengambil bahagian dalam siri perlawanan ini, dengan apa sebab sekalipun, mata dan jaringan gol yang masuk atau kena dalam semua perlawanan yang dimainkan olehnya tidak diambil kira.

8.2.4 Setelah selesai semua perlawanan liga, dua pasukan yang teratas dalam kumpulan akan layak ke perlawanan peringkat Suku Akhir. Jika ada dua atau lebih pasukan dalam kumpulan tersebut telah mengutip jumlah mata yang sama maka penentuan mengikut hierarki berikut :-8.2.4.1 perbezaan gol;

8.2.4.2 jumlah jaringan gol;

8.2.4.3 pasukan yang pernah mengalahkan lawan;

8.2.4.4 lambungan syiling.

8.3 Sekiranya dalam perlawanan kalah keluar, berlaku keputusan seri setelah tamat tempoh masa bermain, maka tiada masa tambahan diberi. Pemenang akan ditentukan menerusi sepakan dari tanda penalti mengikut peraturan yang berkuatkuasa. Tiga (3) sepakan penalti akan diberikandan jika masih seri lambungan syiling bagi ‘penalty suddent death’ akan dibuat.

9. JANGKA MASA PERLAWANAN

9.1. Masa permainan ialah 10 minit bagi setiap separuh masa, dengan masa rehat tidak melebihi 5 minit (10+5+10).

10. PENGGANTIAN PEMAIN

10.1 Tidak lebih dari 3 (tiga) pemain yang didaftar dalam satu perlawanan itu boleh diganti dalam satu perlawanan. Mana-mana pemain yang diganti dibenarkan bermain semula dalam perlawanan yang sama (rolling substitution).

11. PAKAIAN PEMAIN

11.1. Semua pemain hendaklah memakai jersi yang didaftar, dengan nombornya mengikut nama pemain tersebut disepanjang kejohanan. Sebarang pengiklanan jenama rokok, minuman keras, lambang/bertulis parti politik tidak dibenarkan.

11.2. Setiap pemain wajib memakai kasut yang sesuai dengan permukaan gelanggang, stokin dan alas betis ‘shin guard’ mengikut spesifikasi yang dibenarkan.

11.3. Pemain yang memakai ‘Thigh’ atau ‘Thermal’ atau ‘Body Fit‘ hendaklah bersamaan warna utama seluar dan warna lengan baju.

11.4. Ketua pasukan hendaklah memakai lilitan lengan dan sekiranya digantikan, lilitan lengan itu hendaklah diberi kepada pemain lain yang mengambil

alih.

11.5. Setiap pasukan mesti menyediakan 2 set jersi dan mengisytiharkan warna jersisebagai tuan rumah dalam borang pendaftaran. Jika terdapat persamaan warna jersi, maka pasukan pelawat perlu menukarkan jersi tersebut kecuali pasukan tuan rumah tidak menggunakan warna jersi yang diisytiharkan.

12.JADUAL PERLAWANAN

12.1 Jawatankuasa Teknikal / Pertandingan akan menyediakan Jadual Pertandingan dengan masa memulakan perlawanan mengikut kesesuaian dan persetujuan pengelola.

12.2 Sekiranya pengadil berpendapat bahawa gelanggang tidak sesuai disebabkan oleh cuaca atau kerana hal-hal yang tidak dijangka, maka keputusan tentang perlawanan berkenaan akan ditentukan oleh pihak Jawatankuasa Pengelola.Kejohanan

13. MINIMA PEMAIN

13.1 Setiap pasukan mesti mempunyai minima pemain 4 orang sebelum memulakan perlawanan.

13.2 Jika permainan dihentikan, kerana salah satu pasukan mempunyai kurang dari 4 (empat) orang pemain, maka pasukan lawan akan diberi kemenangan 3 – 0 atau jaringan semasa perlawanan dihentikan atau perlawanan tamat, jika ianya lebih.

14. TINDAKAN TATATERTIB

14.1 Jawatankuasa Tatatertib Pertandingan akan berbincang perkara-perkara yang berlaku setelah menerima aduan bertulis daripada Pengadil Bertugas dan pasukan-pasukan yang terlibat. Pasukan yang terlibat dan Pengadil Bertugas tidak boleh mengambil bahagian dalam undian semasa perkara berkenaan sedang dipertimbangkan.

14.2 Untuk kesalahan berikut, Jawatankuasa Tatatertib tidak akan bersidang dan

hukumannya adalah automatik:-

14.2.1 Seseorang pemain yang diperintah keluar padang kerana kesalahan teknikal (penggantungan 1 perlawanan).

14.2.2 Seseorang pemain yang diperintah keluar padang kerana bermain amat kasar (penggantungan 2 perlawanan)

14.2.3 Seseorang pemain yang diperintah keluar padang kerana mengeluarkan kata-kata kesat/lucah atau menunjukkan isyarat tidak tertib / tidak sopan atau berkelakuan ganas dan biadap dengan tidak mengira beliau menerima amaran sebelum itu atau tidak-(penggantungan

3 perlawanan).

14.3 Mana-mana pemain yang menerima 2 amaran bertulis dalam masa pertandingan hendaklah dengan sendirinya digantung bermain bagi satu perlawanan selepas perlawanan yang diterima amaran kedua. Apabila seorang pemain menerima 1 lagi amaran bertulis selepas pergantungan satu perlawanan, akan sekali lagi digantung untuk satu perlawanan selepas perlawanan yang diterima amaran ketiga. Apablia seorang pemain menerima amaran bertulis keempat maka digantung satu perlawanan. Apablia seorang pemain menerima amaran bertulis kelima, beliau hendaklah tampil kehadapan Jawatankuasa Tatatertib untuk tindakan yang sewajarnya.

14.4 Apabila seseorang pemain yang menerima 2 amaran bertulis dalam satu perlawanan tanpa mengambilkira amaran bertulis yang diterima sebelumnya maka pemain tersebut akan digantung satu perlawanan berikutnya.

14.5 Jawatankuasa Tatatertib hanya boleh menggantung seseorang pemain daripada terus mengambil bahagian dalam pertandingan ini, jika tindakan yang lebih keras dianggap perlu maka perkara ini perlulah dimaklumkan kepada Jawatankuasa MSSM untuk tindakan seterusnya.

14.6 Mana-mana pegawai berdaftar yang diperintah keluar meninggalkan kawasan teknikal akan digantung secara automatik dua perlawanan berikutnya. Hukuman yang lebih berat boleh dikenakan tertakluk kepada laporan pengawai perlawanan oleh Jawatankuasa Tatatertib.

14.7 Kesemua keputusan Jawatankuasa Tatatertib adalah muktamad dan haruslah tidak tertakluk kepada sebarang rayuan.

15. BANTAHAN

15.1. Bantahan terhadap keputusan atau tidak layaknya pemain mestilah dibuat secara bertulis kepada Setiausaha Pengelola dan hendaklah diterima dalam masa 30 minit selepas tamat perlawanan berkenaan berserta wang tunai RM300.00 (Ringgit Malaysia : Tiga Ratus Sahaja). Wang tidak akan dikembalikan jika didapati bantahan tersebut tidak berjaya.

15.2. Bantahan tidak boleh dibuat terhadap keputusan mengenai perkara-perkara dan fakta yang dibuat oleh pengadil di padang permainan.

16. ETIKA PEGAWAI DAN PEMAIN

16.1 Pengurus pasukan hendaklah bertanggungjawab memastikan tiap-tiap pegawai dan pemain termasuk penyokong berpegang teguh kepada etika dan tingkah laku yang dihormati berdasarkan semangat sukan yang tulen.

16.2 Jawatankuasa Pengelola boleh mengambil sebarang tindakan yang bersesuaian terhadap mana-mana pemain, pegawai dan penyokong yang bertindak tidak mengikut peraturan pertandingan atau objektif pertandingan ini keseluruhannya dan tindakan ini mungkin meliputi hal-hal seperti penggantungan mana-mana pasukan, pemain atau pegawai

16.3 Sebarang penipuan dalam hal pendaftaran pemain atau sama ada sengaja atau

tidak adalah kesalahan berat dan bertentangan dengan etika permainan.

16.4 Tindakan memprotes sebarang keputusan dengan tindakan keluar padang permainan adalah kesalahan berat dan bertentangan dengan etika permainan.

16.5 Jika terdapat pasukan menarik diri daripada mengambil bahagian dalam siri perlawanan ini setelah jadual perlawanan dikeluarkan dengan apa sebab jua pun, pegawai dan pemain akan diambil tindakan.

16.6 Pegawai pasukan dibangku pemain simpanan tidak dibenar memakai seluar pendek, ‘three quarter’, ‘jeans’ dan selipar.

17 PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Am , Peraturan Permainan berkenaan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan yang berkenaan dan keputusannya adalah muktamad.

PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PERINGKAT NEGERI 2013JOHOR BAHRU

PERATURAN JOGATHON

1. UNDANG_UNDANG

Pertandingan ini dijalankan mengikut Peraturan KOAM dan undang-undang serta Peraturan Am MSKPP Johor yang sedang berkuatkuasa sekarang.

2. PENYERTAAN/ PENDAFTARAN PESERTA

2.1. Pertandingan dijalankan secara individu dan berpasukan

2.2. Setiap penyertaan adalah terbuka (senior dan veteran) dibahagikan kepada 2 kategori dengan jarak larian seperti berikut:

2.2.1.Lelaki : 10 KM2.2.2.Wanita : 06 KM

2.3. Setiap MSKPP dibenartkan mendaftarkan SATU pasukan sahaja

2.4. Setiap pasukan mestilah terdiri daripada 4 orang bagi setiap kategori bagi membolehkan menyertai acara berpasukan.

2.5. Nombor peserta akan disediakan oleh pengelola

3. MENENTUKAN PEMENANG ACARA BERPASUKAN

3.1. Ditentukan oleh agregat yang terendah bagi tiga kedudukan terbaik bagi setiap kategori (jumlah peserta).

3.2. Jika agregat seri, ia akan ditentukan oleh kedudukan peserta ke Sembilan bagi pasukan. Pasukan yang peserta ke sembilannya

4. HADIAH

4.1. Hadiah bagi acara individu :

Pertama hingga ke 12(bergantung kepada penyertaan setiap kategori)

4.2 Hadiah bagi acara Pasukan :Pertama , Kedua, Ketiga dan Keempat

5. PERKARA YANG TIDAK DINYATAKANBagi perkara-perkara yang tidak dinyatakan dalam undang-undang dan Peraturan Am MSKPP Johor, Jawatankuasa Pengelola adalah berhak membuat keputusan dan segala keputusannya adalah muktamad

PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PERINGKAT NEGERI 2013JOHOR BAHRU

PERATURAN MEMANAH

1. UNDANG-UNDANG PERMAINANSelain daripada undang-undang yang terkandung, pertandingan ini akandijalankan mengikut undang-undang “World Archery Federation” WAF dan peraturan Am MSSM yang berkuatkuasa sekarang.

2. JENIS PERTANDINGAN2.1 Pertandingan dijalankan secara “Single FITA” (1 jarak) selama 3 hari termasuk

hari latihan rasmi.

2.2 Latihan rasmi akan dijalankan sehari sebelum pertandingan.

2.3 Latihan rasmi juga akan dijalankan sebelum jarak sesi pagi selama 30 minit.

2.4 Individu lelaki dan individu wanita 2.4.1 Jarak 50 meter

2.5 Pusingan Olimpik Individu (Lelaki & Wanita)2.5.1 Jarak 50 meter

2.6 Pusingan Olimpik Berpasukan (Lelaki & Wanita)2.6.1 Jarak 50 meter

3. PENDAFTARAN PESERTA DAN PEMBENTUKAN PASUKAN

3.1 Setiap pasukan hanya boleh mendaftar satu pasukan lelaki dan satu pasukan wanita bagi setiap kategori.

3.2 Pasukan lelaki :Pengurus pasukan : 1 orangJurulatih : 1 orangPeserta : 2 orang

Pasukan Wanita :Jurulatih : 1 orangPeserta : 2 orang

Hakim : 1 orang

3.3 Acara perseoranganSetiap pasukan hanya dibenarkan menghantar 2 peserta lelaki dan 2 peserta wanita dalam setiap kategori lelaki dan wanita.

3.4 Acara perseorangan3.4.1 Setiap pasukan hanya dibenarkan menghantar 2 peserta lelaki dan 2

peserta wanita dalam setiap kategori

3.4.2 Jumlah mata tertinggi bagi 4 peserta adalah dikira pemenang.

3.4.3 Pasukan yang menghantar sekurang-kurangnya 3 peserta untuk menyertai acara berpasukan. Pasukan yang menghantar kurang daripada 3 peserta tidak layak menyertai acara berpasukan.

4. PENDAFTARANPendaftaran peserta melalui borang pendaftaran yang lengkap dengan butiran peserta, salinan kad pengenalan dan salinan slip gaji yang telah disahkan. Pendaftaran lewat tidak akan diterima.

5. SISTEM PERTANDINGAN5.1 Pertandingan Single FITA – dimana semua peserta diwajibkan memanah

sebanyak 36 batang anak panah pada jarak yang telah ditetapkan. Peserta dan pasukan yang memperolehi mata tertinggi akan dikira pemenang.

5.2 Mana-mana peserta yang menarik diri setelah jarak dipertandingkan, maka semua keputusan peserta terdahulu tersebut akan terbatal.

5.3 Sekiranya sesebuah pasukan itu terdiri daripada 3 peserta dan seorang menarik diri dari meneruskan pertandingan, maka markah untuk pasukan tersebut

dibatalkan dan dua peserta daripada pasukan itu hanya layak menyertai acara individu sahaja.

5.4 Pusingan Olimpik individu dan berpasukan dijalankan secara kalah mati.

6. GELANGGANG DAN PERALATANRujuk undang-undang World Archery Federation (WAF) Article 11

7. KELENGKAPAN7.1 Kelengkapan adalah merujuk kepada Undang-Undang World Archery Federation

article 12.

7.2 Jarak 50 meter menggunakan target face berukuran 122 cm.

8. TAKLIMAT PENGURUS PASUKANTaklimat akan diadakan sebelum pertandingan iaitu sebelum acara latihan rasmi dijalankan. Selepas taklimat pengurus pasukan, sebarang pertukaran peserta tidak akan dibenarkan.

9. MASA MELAPORKAN DIRISetiap peserta dikehendaki melapor diri kepada Hakim Kejohanan untuk pemeriksaan peralatan pada hari latihan rasmi dijalankan.

10. MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH.Rujuk Undang-Undang World Archery Federation (WAF)

11. BANTAHAN11.1 Sila rujuk Undang-Undang WAF

11.2 Setiap pasukan dibenarkan membuat bantahan. Hanya Pengurus Pasukan sahaja yang dibenarkan membuat bantahan dalam semakan markah peserta.

11.3 Bantahan lain hendaklah dibuat secara bertulis dan dihantar kepada Pengurus Kejohanan dalam masa 30 minit selepas pertandingan tamat. Berpandukan Undang-Undang WAF article 150.

11.4 Keputusan Lembaga Rayuan adalah muktamad.

12. JURI RAYUANSila rujuk Peraturan AM 13 Majlis Sukan Sekolah Malaysia.

13 PENGADIL (HAKIM DAN PEGAWAI KEJOHANAN)13.1 1 Hakim mewakili setiap MSKPP Daerah

13.2 Pegawai pertandingan dilantik oleh Jawatankuasa Pengelola Majlis Sukan Sekolah Johor.

14. HADIAH / PINGAT KEJOHANANKejohanan ini akan menyediakan pingat-pingat setiap kategori seperti :-

14.1 Keseluruhan Individu (Lelaki dan Wanita)(Johan, Naib Johan, Ketiga dan Keempat.)

14.2 Keseluruhan Berpasukan (Lelaki dan Wanita)(Johan, Naib Johan, Ketiga dan Keempat.)

14.3 Pusingan Olimpik Individu (Lelaki dan Wanita)(Johan, Naib Johan, Ketiga dan Keempat.)

14.4 Pusingan Olimpik Berpasukan (Lelaki dan Wanita)(Johan, Naib Johan, Ketiga dan Keempat.)

15. PENTAKSIRAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGANJawatankuasa pengelola berhak membuat taksiran segala perkara yang tidak disiarkan di dalam undang-undang peraturan-peraturan pertandingan ini dan keputusan yang dibuat Hakim adalah muktamad.

JAWATANKUASA PENGELOLAAN MSKPPM 2013

SUKAN MEMANAH

1. Pengerusi : En Mohd Sean bin Rebo (PTPS Memanah MSSJ)(SMK Tasek Utara, Johor Bahru)

2. Setiausaha : En Azlan bin Aris(SMK Paduka Tuan, Segamat)

3. Penolong Setiausaha : En Suhaimi bin Seratang(SK Pekan Nenas, Pontian)

4. Pertandingan/Statistik : En Mohd Sean bin Rebo (PTPS Memanah MSSJ)(SMK Tasek Utara, Johor Bahru)

En Azlan bin Aris(SMK Paduka Tuan, Segamat)

En Mohd Bakhtiar bin Abd Rani(SMK Taman Pelangi Indah, Pasir Gudang)

5. Teknikal : PTPS Memanah Daerah

6. Peralatan/ Kemudahan Am : Pengelola

7. Pengadilan : 7.1 DOS - Pn Zulika bt Abdullah (Unit Sukan, JPNJ)

7.2 Ketua Hakim - En Suhaimi bin Seratang (SK Pekan Nenas) Hakim MSKPP Daerah

7.3 Statistik - En Mohd Faizal b Mohd Nor (SMK Paduka Tuan)

CADANGAN JADUAL PERTANDINGAN

PERTANDINGAN JARAK 50 METER

HARI SESI AKTIVITI

HARI PERTAMA 2.30 – 5.30 PTG

1. PENDAFTARAN PESERTA2. MESYUARAT PENGURUS PASUKAN3. TAKLIMAT HAKIM KEJOHANAN4. LATIHAN RASMI JARAK5. PERTANDINGAN JARAK 50 METER

HARI KEDUA 8.00 PG – 5.00 PTG PERTANDINGAN PUSINGAN OLIMPIK INDIVIDULELAKI DAN WANITA

HARI KETIGA 8.00 PG – 2.00 PTG 1. PERTANDINGAN PUSINGAN OLIMPIK BERPASUKAN2. PENYAMPAIAN HADIAH