technicalmofgames2015.files.wordpress.com · web viewperaturan am & undang-undang pertandingan...

15
Peraturan Am & Undang-Undang Pertandingan Pesta Sukan Kementerian Kewangan KANDUNGAN PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN......................2 1.0 PENDAHULUAN...............................................2 2.0 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN..................................2 3.0 PECAHAN KOMPOSISI PENYERTAAN MENGIKUT ACARA (TIDAK TERMASUK OLAHRAGA)...................................................... 3 4.0 KATEGORI PEGAWAI DAN VETERAN..............................4 5.0 PENGUNDIAN PASUKAN........................................6 6.0 GANTIRUGI.................................................6 7.0 BANTAHAN..................................................7 8.0 PINGAT DAN MATA KESELURUHAN...............................8 9.0 PENGIRAAN MATA/MARKAH BAGI JOHAN KESELURUHAN PSKK2015. . .10 10.0 JAWATANKUASA PERTANDINGAN DAN TEKNIKAL...................10 11.0 PERCANGGAHAN.............................................11 | 102-PSKK2015/Peraturan Pertandingan

Upload: dokhanh

Post on 01-Apr-2018

235 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: technicalmofgames2015.files.wordpress.com · Web viewPeraturan Am & Undang-Undang Pertandingan Pesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015

Peraturan Am & Undang-Undang Pertandingan

Pesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015

KANDUNGAN

PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN.............................................................2

1.0 PENDAHULUAN.................................................................................................................2

2.0 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN..........................................................................................2

3.0 PECAHAN KOMPOSISI PENYERTAAN MENGIKUT ACARA (TIDAK TERMASUK OLAHRAGA) 3

4.0 KATEGORI PEGAWAI DAN VETERAN..................................................................................4

5.0 PENGUNDIAN PASUKAN....................................................................................................6

6.0 GANTIRUGI........................................................................................................................6

7.0 BANTAHAN........................................................................................................................7

8.0 PINGAT DAN MATA KESELURUHAN...................................................................................8

9.0 PENGIRAAN MATA/MARKAH BAGI JOHAN KESELURUHAN PSKK2015............................10

10.0 JAWATANKUASA PERTANDINGAN DAN TEKNIKAL..........................................................10

11.0 PERCANGGAHAN.............................................................................................................11

| 102- P S K K 2 0 1 5 / P e r a t u r a n P e r t a n d i n g a n

Page 2: technicalmofgames2015.files.wordpress.com · Web viewPeraturan Am & Undang-Undang Pertandingan Pesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015

Peraturan Am & Undang-Undang Pertandingan

Pesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015

PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

1.0 PENDAHULUAN

Peraturan ini adalah Peraturan Am untuk Pesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015 (PSKK2015) yang dikelolakan bersama oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Kumpulan Wang Persaraan (DiPerbadankan). Peraturan terperinci bagi setiap acara yang dipertandingkan di dalam PSKK2015 hendaklah dirujuk kepada peraturan permainan bagi setiap acara yang berkenaan. Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan (Jawatankuasa Pengelola) adalah berhak untuk meminda atau menambah peraturan-peraturan sedia ada selaras dengan matlamat penganjuran PSKK2015 ini.

2.0 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

2.1 Peserta yang menyertai PSKK2015 hendaklah terdiri daripada anggota yang sedang berkhidmat secara tetap atau kontrak dengan organisasi tersebut. Peserta hendaklah telah berkhidmat dengan organisasi sama ada secara tetap atau kontrak sekurang-kurangnya 90 hari pada 26 November 2015 untuk semua acara.Nota: Bagi acara golf, Ketua organisasi tidak terikat dengan definisi ini

2.2 Mana-mana pasukan yang tidak mematuhi perenggan 2.1 akan dibatalkan keseluruhan penyertaan dalam acara berkenaan.Nota: Bagi peserta olahraga, kesemua acara yang melibatkan peserta berkenaan sahaja akan dibatalkan

2.3 Borang penyertaan Peserta hendaklah diisi dengan lengkap oleh organisasi mengikut format yang ditetapkan oleh Pengelola. Borang tersebut hendaklah disahkan oleh Ketua Sumber Manusia agensi masing-masing dan hendaklah diserahkan kepada Jawatankuasa Pengelola tidak lewat dari 26 Oktober 2015.

2.4 Mana-mana organisasi yang gagal mengemukakan nama-nama Peserta pada atau sebelum tarikh yang ditetapkan adalah dianggap tidak menyertai acara yang berkenaan.

2 | 102- P S K K 2 0 1 5 / P e r a t u r a n P e r t a n d i n g a n

Page 3: technicalmofgames2015.files.wordpress.com · Web viewPeraturan Am & Undang-Undang Pertandingan Pesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015

Peraturan Am & Undang-Undang Pertandingan

Pesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015

3.0 PECAHAN KOMPOSISI PENYERTAAN MENGIKUT ACARA (TIDAK TERMASUK OLAHRAGA)

Bil Acara Sukan Pengurus Jurulatih Pemain Jumlah

1 Badminton 1 1 16 18

2 Bola Jaring 1 1 12 14

3 Bola Sepak 1 1 20 22

4 Bola Tampar (L) 1 1 12 14

5 Bowling Tenpin 1 1 16 18

6 Catur 1 1 10 12

7 Dart 1 1 15 17

8 Futsal (L) 1 1 12 14

9 Futsal (W) 1 1 12 14

10 Golf 1 1 10 12

11 Karom 1 1 15 17

12 Ping Pong 1 1 16 18

Jumlah 14 14 188 216

13 Olahraga 1 1

Tarik Tali (L) 1 1 12 14

Tarik Tali (W) 1 1 12 14

3 | 102- P S K K 2 0 1 5 / P e r a t u r a n P e r t a n d i n g a n

Page 4: technicalmofgames2015.files.wordpress.com · Web viewPeraturan Am & Undang-Undang Pertandingan Pesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015

Peraturan Am & Undang-Undang Pertandingan

Pesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015

4.0 KATEGORI PEGAWAI DAN VETERAN

Bagi acara yang melibatkan Peserta Pegawai, Pegawai Kanan dan Veteran, peraturan berikut hendaklah dipatuhi:-

4.1 Pegawai

Terdiri daripada pegawai yang berkhidmat di dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional seperti jadual berikut:

ORGANISASI GRED/BAND

Bank Negara Malaysia Band F ke atas

Bank Simpanan Nasional Gred E1 ke atas

Jabatan Penilaian Perkhidmatan Harta Gred 41 ke atas

Jabatan Kastam DiRaja Malaysia Gred 41 ke atas

Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)

Associate dan ke atas

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Gred F ke atas

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Gred 41 ke atas

Lembaga Pembangunan Langkawi Gred 41 ke atas

Perbendaharaan Malaysia Gred 41 ke atas

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia Gred 11 ke atas

Bursa Malaysia Berhad E10 ke bawah

4 | 102- P S K K 2 0 1 5 / P e r a t u r a n P e r t a n d i n g a n

Page 5: technicalmofgames2015.files.wordpress.com · Web viewPeraturan Am & Undang-Undang Pertandingan Pesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015

Peraturan Am & Undang-Undang Pertandingan

Pesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015

4.2 Pegawai Kanan

Terdiri daripada pegawai yang berkhidmat di dalam Kumpulan Pengurusan Kanan seperti jadual berikut:

ORGANISASI GRED/BAND

Bank Negara Malaysia Band E ke atas

Bank Simpanan Nasional Gred E3 ke atas

Jabatan Penilaian Perkhidmatan Harta Gred 48 ke atas

Jabatan Kastam DiRaja Malaysia Gred 48 ke atas

Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)

Vice President ke atas

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Gred E2 ke atas

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Gred 48 ke atas

Lembaga Pembangunan Langkawi Gred 48 ke atas

Perbendaharaan Malaysia Gred 48 ke atas

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia Gred 14 ke atas

Bursa Malaysia Berhad E4 ke bawah

4.3 Veteran:

Lelaki - 40 tahun atau lebih – lahir dalam tahun 1975 atau sebelum.Wanita - 35 tahun atau lebih – lahir dalam tahun 1980 atau sebelum.

5 | 102- P S K K 2 0 1 5 / P e r a t u r a n P e r t a n d i n g a n

Page 6: technicalmofgames2015.files.wordpress.com · Web viewPeraturan Am & Undang-Undang Pertandingan Pesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015

Peraturan Am & Undang-Undang Pertandingan

Pesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015

5.0 PENGUNDIAN PASUKAN

5.1 Penetapan kumpulan pasukan bagi setiap acara akan ditentukan secara pengundian kecuali acara yang dijalankan secara LIGA.

5.2 Johan dan Naib Johan bagi acara yang dipertandingkan dalam Pesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-40, 2014 akan diletakkan dalam kumpulan yang berbeza.

5.3 Pengundian akan dilakukan oleh Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal PSKK2015 dan wakil organisasi yang menyertai acara berkenaan.

6.0 GANTIRUGI

Pengelola tidak bertanggungjawab ke atas sebarang tuntutan gantirugi atau liabiliti yang timbul akibat kecederaan, kemalangan, kematian dan/atau kehilangan, kerosakan hartabenda Peserta yang berlaku sebelum, semasa dan/atau selepas berlangsungnya PSKK2015 termasuklah semasa perjalanan dari rumah/tempat penginapan ke tempat pertandingan atau sebaliknya.

6 | 102- P S K K 2 0 1 5 / P e r a t u r a n P e r t a n d i n g a n

Page 7: technicalmofgames2015.files.wordpress.com · Web viewPeraturan Am & Undang-Undang Pertandingan Pesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015

Peraturan Am & Undang-Undang Pertandingan

Pesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015

7.0 BANTAHAN

7.1 Mana-mana pasukan boleh membuat bantahan melalui Pengurus atau Ketua Pasukan bagi acara berkenaan mengikut proses bantahan yang telah ditetapkan;

7.2 Pengurus Pasukan atau Ketua Pasukan boleh mengemukakan bantahan secara lisan kepada Ketua Pengadil dan konvenor acara tersebut dari tempoh awal perlawanan hingga 10 minit selepas perlawanan tersebut tamat;

7.3 Pengurus Pasukan atau Ketua Pasukan hendaklah mengemukakan bantahan secara bertulis kepada Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal dalam borang bantahan mengikut format yang disediakan oleh Pengelola dengan menyertakan wang bantahan secara tunai sebanyak Ringgit Malaysia Tiga Ratus (RM300.00) sahaja dalam tempoh satu (1) jam selepas tamat perlawanan;

7.4 Sebarang bantahan hendaklah mengandungi maklumat yang lengkap serta munasabah dan dilampirkan dengan dokumen sokongan yang sah;

7.5 Wang Bantahan akan luput dalam keadaan berikut:

7.5.1 Jabatan/ Agensi gagal mematuhi proses bantahan seperti yang ditetapkan; atau

7.5.2 Jawatankuasa Rayuan menolak bantahan.

7.6 Keahlian Jawatankuasa Rayuan adalah terdiri daripada :

BIL JAWATAN JUMLAH MENGUNDI

1 Pengerusi/ Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal

1 Ya

2 Pengurus Pasukan bagi kedua-dua pasukan yang bertanding

2 Tidak

3 Seorang wakil daripada pasukan berkecuali (minima 2 pasukan )

2 Ya

7 | 102- P S K K 2 0 1 5 / P e r a t u r a n P e r t a n d i n g a n

Page 8: technicalmofgames2015.files.wordpress.com · Web viewPeraturan Am & Undang-Undang Pertandingan Pesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015

Peraturan Am & Undang-Undang Pertandingan

Pesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015

4 Konvenor 1 Tidak

5 Penasihat Teknikal – Ketua Pengadil 1 Tidak

7.7 Keputusan Jawatankuasa Rayuan adalah MUKTAMAD.

8.0 PINGAT DAN MATA KESELURUHAN

8.1 Pingat-pingat akan diberikan kepada Johan, Naib Johan dan dua pasukan tempat Ketiga acara yang terlibat dengan peringkat separuh akhir.

8.2 Tiada penentuan tempat Ketiga dan Keempat diadakan bagi pasukan yang kalah diperingkat separuh akhir.

8.3 Bagi acara yang diadakan secara ‘round robin’ atau terus ke peringkat akhir termasuk olahraga dan boling, pingat akan diberi kepada Johan, Naib Johan dan tempat Ketiga.

8.4 Tambahan pingat tempat Keempat, Kelima dan Keenam akan diberikan bagi acara balapan olahraga seperti berikut:

8.4.1 1,500m Lelaki/Wanita/Lelaki Veteran

8.4.2 3,000m Lari Berhalangan Lelaki

8.4.3 5,000m Lelaki/Wanita

8.4.4 10,000m Lelaki

8.4.5 3,000m Jalan Kaki Wanita Veteran

8.4.6 5,000m Jalan Kaki Lelaki Veteran

8.5 Pengiraan Mata/markah keseluruhan bagi acara-acara sukan yang terlibat dalam pertandingan separuh akhir adalah seperti berikut:

8 | 102- P S K K 2 0 1 5 / P e r a t u r a n P e r t a n d i n g a n

Page 9: technicalmofgames2015.files.wordpress.com · Web viewPeraturan Am & Undang-Undang Pertandingan Pesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015

Peraturan Am & Undang-Undang Pertandingan

Pesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015

8.6 Pengiraan Mata/markah keseluruhan bagi pertandingan acara-acara sukan yang terlibat dalam pertandingan ‘round-robin’ dan Olahraga adalah seperti berikut :

8.7 Pasukan yang dibatalkan penyertaan tidak akan diberikan sebarang mata/markah dalam acara tersebut.

9 | 102- P S K K 2 0 1 5 / P e r a t u r a n P e r t a n d i n g a n

KEDUDUKAN MATA KEDUDUKAN MATA

Johan 12 Ketujuh 2

Naib johan 9 Kelapan 2

Ketiga 6 Kesembilan 2

Ketiga 6 Kesepuluh 2

Kelima 2 Kesebelas 2

Keenam 2

KEDUDUKAN MATA KEDUDUKAN MATA

Johan 12 Ketujuh 2

Naib johan 9 Kelapan 1

Ketiga 7 Kesembilan 1

Keempat 5 Kesepuluh 1

Kelima 4 Kesebelas 1

Keenam 3

Page 10: technicalmofgames2015.files.wordpress.com · Web viewPeraturan Am & Undang-Undang Pertandingan Pesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015

Peraturan Am & Undang-Undang Pertandingan

Pesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015

9.0 PENGIRAAN MATA/MARKAH BAGI JOHAN KESELURUHAN PSKK2015

9.1 Pasukan yang mengumpul jumlah mata/markah keseluruhan terbanyak akan diisytiharkan sebagai Johan Keseluruhan PSKK2015.

9.2 Jika terdapat dua (2) atau lebih organisasi yang mempunyai mata/markah keseluruhan yang sama, Johan Keseluruhan PSKK2015 akan ditentukan dengan cara berikut:

9.2.1 Pasukan yang mendapat jumlah johan (pingat emas) acara yang terbanyak. Jika seri;

9.2.2 Pasukan yang mendapat naib johan (pingat perak) acara yang terbanyak. Jika masih seri;

9.2.3 Pasukan yang mendapat jumlah tempat ketiga (pingat gangsa) acara yang terbanyak. Jika masih seri;

9.2.4 Diisytiharkan sebagai Johan Bersama.

10.0 JAWATANKUASA PERTANDINGAN DAN TEKNIKAL

10.1 Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal adalah bertanggungjawab dalam membuat keputusan berhubung dengan aspek teknikal pertandingan bagi setiap acara dalam kejohanan PSKK2015.

10.2 Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal adalah berhak untuk meminda/menambah peraturan yang difikirkan perlu.

10.3 Sekiranya terdapat mana-mana peraturan yang tidak dinyatakan dengan jelas dalam peraturan permainan bagi acara yang berkenaan, maka adalah menjadi kuasa mutlak kepada Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal untuk membuat keputusan.

10.4 Sebarang keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal adalah MUKTAMAD.

10 | 102- P S K K 2 0 1 5 / P e r a t u r a n P e r t a n d i n g a n

Page 11: technicalmofgames2015.files.wordpress.com · Web viewPeraturan Am & Undang-Undang Pertandingan Pesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015

Peraturan Am & Undang-Undang Pertandingan

Pesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015

11.0 PERCANGGAHAN

11.1 Jika terdapat apa-apa percanggahan di antara Peraturan Pertandingan dengan Peraturan Am, maka Peraturan Am ini hendaklah diguna pakai.

11.2 Walau bagaimanapun, jika terdapat perkara-perkara yang tidak dinyatakan di dalam Peraturan Am ini, ia hendaklah diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola PSKK2015.

11.3 Sebarang pindaan, tambahan atau perubahan peraturan yang telah ditetapkan TIDAK DIBENARKAN sama sekali.

11.4 Keputusan Jawatankuasa Pengelola PSKK2015 adalah MUKTAMAD.

11 | 102- P S K K 2 0 1 5 / P e r a t u r a n P e r t a n d i n g a n