technicalmofgames2015.files.wordpress.com€¦  · web viewperaturan am & undang-undang...

6
Peraturan Am & Undang-Undang Pertandingan Pesta Sukan Kementerian Kewangan PING PONG 1.0 NAMA PERTANDINGAN 1.1 Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Ping Pong Pesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015 yang dikelolakan bersama oleh Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadanakan) (KWAP) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). 2.0 TARIKH DAN TEMPAT PERTANDINGAN 2.1 Tarikh : 30hb November - 2hb Disember 2015 2.2 Masa : 8.30 pagi – 5.30 petang 2.3 Tempat : Akademi Percukaian Malaysia, Bangi 3. 0 PERATURAN UMUM DAN PENDAFTARAN 3.1 Selain daripada peraturan ini, pertandingan ini adalah tertakluk kepada Peraturan Am PSKK2015 dan undang-undang pertandingan adalah seperti yang ditetapkan oleh ITTF (Persekutuan Ping Pong Antarabangsa) 4.0. PENDAFTARAN PEMAIN 4.1. Setiap pasukan boleh mendaftar tidak lebih daripada 16 orang pemain iaitu 10 orang pemain lelaki, 6 pemain wanita, seorang pengurus pasukan dan seorang Jurulatih dengan menggunakan borang pendaftaran. 4.2 Borang penyertaan perlu dihantar pada atau sebelum 26 Oktober 2015. Pertukaran nama pemain boleh dibuat | 102-PSKK2015/Peraturan Pertandingan 86

Upload: phamhuong

Post on 03-Jul-2018

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Peraturan Am & Undang-Undang PertandinganPesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015

PING PONG1.0 NAMA PERTANDINGAN

1.1 Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Ping Pong Pesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015 yang dikelolakan bersama oleh Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadanakan) (KWAP) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

2.0 TARIKH DAN TEMPAT PERTANDINGAN

2.1 Tarikh : 30hb November - 2hb Disember 2015 2.2 Masa : 8.30 pagi – 5.30 petang2.3 Tempat : Akademi Percukaian Malaysia, Bangi

3. 0 PERATURAN UMUM DAN PENDAFTARAN

3.1 Selain daripada peraturan ini, pertandingan ini adalah tertakluk kepada Peraturan Am PSKK2015 dan undang-undang pertandingan adalah seperti yang ditetapkan oleh ITTF (Persekutuan Ping Pong Antarabangsa)

4.0. PENDAFTARAN PEMAIN

4.1. Setiap pasukan boleh mendaftar tidak lebih daripada 16 orang pemain iaitu 10 orang pemain lelaki, 6 pemain wanita, seorang pengurus pasukan dan seorang Jurulatih dengan menggunakan borang pendaftaran.

4.2 Borang penyertaan perlu dihantar pada atau sebelum 26 Oktober 2015. Pertukaran nama pemain boleh dibuat semasa mesyuarat Pengurus-Pengurus Pasukan (tarikh, masa dan tempat akan dimaklumkan).

| 102- P S K K 2 0 1 5 / P e r a t u r a n P e r t a n d i n g a n86

Peraturan Am & Undang-Undang PertandinganPesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015

5.0. CARA PERTANDINGAN

5.1 Tiap-tiap perlawanan hendaklah dijalankan mengikut format pertandingan seperti dibawah:-FORMAT PERLAWANAN PING PONG:5.1.1 Beregu Lelaki Terbuka5.1.2 Beregu Wanita Terbuka5.1.4 Beregu Lelaki Terbuka5.1.6 Beregu Wanita Terbuka5.1.7 Beregu Lelaki Veteran

5.2 Seorang pemain hanya dibenarkan bermain sekali sahaja dalam setiap perlawanan.

5.3 Setiap perlawanan yang dipertandingkan adalah berdasarkan lima (5) set terbaik (best of five).

5.4 Pertandingan dijalankan secara Liga. Kesemua lima (5) permainan mestilah didaftarkan dan perlu menghabiskan semua permainan. Kemenangan percuma (walk-over) tidak akan diterima kecuali atas sebab-sebab kecederaan. Sekiranya sesuatu pasukan memberikan kemenangan percuma (walk-over), pengadil akan membatalkan pasukan berkenaan dan memberikan kemenangan kepada pasukan lawan. Pasukan tersebut juga akan disingkir daripada pertandingan.

6.0. WAKTU PERLAWANAN

6.1 Semua perlawanan bermula pada masa yang akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Pertandingan. Masa menunggu selama 10 minit diberi selepas masa yang ditetapkan itu.

| 102- P S K K 2 0 1 5 / P e r a t u r a n P e r t a n d i n g a n87

Peraturan Am & Undang-Undang PertandinganPesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015

7.0 BANTAHAN

7.1 Bantahan yang dikemukakan oleh pasukan hendaklah mematuhi

kehendak para 7 Peraturan Am PSKK2015.

8.0. PASUKAN YANG TIDAK MENGHABISKAN PERLAWANAN

8.1 Semua pasukan mestilah menghabiskan semua permainan seperti yang ditetapkan. Pasukan yang tidak menghabiskan permainan (bukan kerana kecederaan) dikira kalah dan pasukan lawannya diberi kemenangan dengan kiraan 5-0 dengan kiraan mata (11-0) setiap set.

9.0. PERGADUHAN

9.1 Pengadil pertandingan berhak menghentikan perlawanan jika didapati kedua-dua pasukan itu terlibat dalam pergaduhan.

10.0. PENANGGUHAN

10.1 Semua perlawanan hendaklah berjalan sebagaimana dijadualkan. Permohonan untuk penangguhan tidak akan dilayan kecuali atas sebab-sebab seperti di para 10.2

10.2 Mana-mana pemain yang mengalami kecederaan semasa perlawanan berlangsung, akan diberi masa lima (5) minit untuk mendapatkan rawatan dengan kebenaran pengadil dan masa rawatan tambahan tidak akan diberikan.

10.3 Jawatankuasa pertandingan Ping Pong berhak meminda sebarang jadual perlawanan.

| 102- P S K K 2 0 1 5 / P e r a t u r a n P e r t a n d i n g a n88

Peraturan Am & Undang-Undang PertandinganPesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015

11.0. KIRAAN MATA

11.1 Pasukan yang menang diberi dua (2) mata dan yang kalah tidak mendapat sebarang mata (0).

11.2 Sekiranya terdapat dua (2) pasukan yang mendapat jumlah mata yang sama, maka pemenang yang telah memenangi perlawanan diperingkat awal dikira menang.

11.3 Sekiranya terdapat lebih dari dua (2) pasukan yang mendapat jumlah mata yang sama maka perkiraan berikut akan digunakan.11.3.1 Jumlah set menang bagi semua perlawanan11.3.2 Jumlah set kalah bagi semua perlawanan11.3.3 Nisbah mata setiap set.

12.0 PENGADILAN

12.1 Pengadil-pengadil yang bertauliah dan berdaftar akan mengadili semua perlawanan. Laporan dan keputusan tiap-tiap perlawanan akan dikemukakan oleh Jawatankuasa Pertandingan selepas perlawanan. Keputusan pengadil adalah muktamad.

13.0 PERKARA-PERKARA LAIN

13.1 Jika terdapat perkara yang mungkin berbangkit dan tidak terdapat di dalam peraturan-peraturan ini akan diselesaikan oleh Jawatankuasa Pertandingan Ping Pong yang dipengerusikan oleh Konvenor Ping Pong. Jawatankuasa Pertandingan Ping Pong adalah terdiri dari Pengurus-pengurus setiap pasukan. Sebarang keputusan Jawatankuasa ini adalah muktamad.

| 102- P S K K 2 0 1 5 / P e r a t u r a n P e r t a n d i n g a n89

Peraturan Am & Undang-Undang PertandinganPesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015

13.2 Pemain-pemain adalah tidak sama sekali dibenarkan untuk menggunakan pakaian-pakaian yang berwarna oren, berjalur oren atau berseluar panjang, walau bagaimanapun track bottom adalah dibenarkan. Pemain-pemain yang gagal mematuhi peraturan ini akan disingkir (disqualified).

13.3 Jenis bola yang akan digunakan adalah berwarna Putih berjenama Nittaku 3 star.

13.4 Mengikut peraturan ITTF juga, setiap pasukan dikehendaki memakai pakaian/ jersi yang sama warna bermula dari bergu pertama hingga bergu kelima. Sekiranya pasukan yang bertanding gagal mematuhi arahan ini, maka sebarang bantahan dari pasukan lawan boleh diterima.

14.0 JAWATANKUASA PERTANDINGAN DAN TEKNIKAL

14.1 Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal adalah bertanggungjawab dalam membuat keputusan berhubung dengan aspek teknikal pertandingan bagi setiap acara dalam kejohanan PSKK2015.

14.2 Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal adalah berhak untuk meminda/ menambah peraturan yang difikirkan perlu.

14.3 Sekiranya terdapat mana-mana peraturan yang tidak dinyatakan dengan jelas dalam peraturan permainan bagi acara yang berkenaan, maka adalah menjadi kuasa mutlak kepada Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal untuk membuat keputusan.

14.4 Sebarang keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pertandingan

dan Teknikal adalah MUKTAMAD.

| 102- P S K K 2 0 1 5 / P e r a t u r a n P e r t a n d i n g a n90