technicalmofgames2015.files.wordpress.com · web viewperaturan am & undang-undang pertandingan...

11
Peraturan Am & Undang-Undang Pertandingan Pesta Sukan Kementerian Kewangan CATUR 1.0 NAMA PERTANDINGAN 1.1 Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Catur Pesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015 yang dikelolakan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) Diperbadankan. 2.0 TARIKH DAN TEMPAT PERTANDINGAN 2.1 Tarikh : 2- 4 Disember 2015 (Rabu-Jumaat) 2.2 Masa : 8.30 pagi – 6.30 petang 2.3 Tempat : Bilik Seroja, Institut Penialaian Negara (INSPEN) Nota: Pada hari pertama perlawanan iaitu 2 Disember 2015, semua peserta bagi setiap pasukan MESTI berada di tempat permainan sekurang-kurang pada pukul 8.00 pagi untuk taklimat terakhir. 3. 0 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN DAN PENDAFTARAN 1.1 Selain daripada peraturan ini, pertandingan ini adalah tertakluk kepada Peraturan Am PSKK2015. 1.2 Setiap pasukan hanya boleh menghantar dan mendaftarkan satu (1) pasukan sahaja terdiri daripada 10 orang pemain termasuk sekurang-kurangnya seorang (1) pemain wanita. Pendaftaran pemain hendaklah menggunakan Borang yang disediakan. | PSKK2015/Peraturan Pertandingan 41

Upload: phamdieu

Post on 19-Mar-2019

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: technicalmofgames2015.files.wordpress.com · Web viewPeraturan Am & Undang-Undang Pertandingan Pesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015 Author Mohd Fadil Sarehan Created Date

Peraturan Am & Undang-Undang PertandinganPesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015

CATUR

1.0 NAMA PERTANDINGAN

1.1 Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Catur Pesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015 yang dikelolakan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) Diperbadankan.

2.0 TARIKH DAN TEMPAT PERTANDINGAN

2.1 Tarikh : 2- 4 Disember 2015 (Rabu-Jumaat)2.2 Masa : 8.30 pagi – 6.30 petang2.3 Tempat : Bilik Seroja, Institut Penialaian Negara (INSPEN)

Nota: Pada hari pertama perlawanan iaitu 2 Disember 2015, semua peserta bagi setiap pasukan MESTI berada di tempat permainan sekurang-kurang pada pukul 8.00 pagi untuk taklimat terakhir.

3. 0 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN DAN PENDAFTARAN

1.1 Selain daripada peraturan ini, pertandingan ini adalah tertakluk kepada Peraturan Am PSKK2015.

1.2 Setiap pasukan hanya boleh menghantar dan mendaftarkan satu (1) pasukan sahaja terdiri daripada 10 orang pemain termasuk sekurang-kurangnya seorang (1) pemain wanita. Pendaftaran pemain hendaklah menggunakan Borang yang disediakan.

3.3 Senarai pemain hendaklah dikemukakan pada atau sebelum 26 Oktober 2015.

3.4 Pemain yang tidak didaftarkan dilarang untuk mengambil bahagian. Sekiranya berlaku sedemikian, penyertaan pasukan tersebut akan dibatalkan secara automatik. Semua perlawanan sebelumnya yang disertai oleh pasukan tersebut dianggap tidak sah dan kemenangan percuma diberikan kepada pihak lawan.

| P S K K 2 0 1 5 / P e r a t u r a n P e r t a n d i n g a n41

Page 2: technicalmofgames2015.files.wordpress.com · Web viewPeraturan Am & Undang-Undang Pertandingan Pesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015 Author Mohd Fadil Sarehan Created Date

Peraturan Am & Undang-Undang PertandinganPesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 20153.5. Pasukan yang bertanding perlu berada di lokasi pertandingan 15

minit sebelum perlawanan bermula. Kemenangan percuma akan diberikan kepada mana-mana pasukan jika pasukan lawan gagal berada di gelanggang selepas 60 minit dari masa sesuatu perlawanan sepatutnya dimulakan.

3.6. Pengurus atau Ketua Pasukan hendaklah menyerahkan nama dan susunan pemain kepada Arbiter 10 minit sebelum perlawanan dimulakan.

4.0 FORMAT DAN PERATURAN PERTANDINGANRound Robin 8 Pasukan (Berger Table)Round 1 1:8 2:7 3:6 4:52 8:5 6:4 7:3 1:23 2:8 3:1 4:7 5:64 8:6 7:5 1:4 2:35 3:8 4:2 5:1 6:76 8:7 1:6 2:5 3:47 4:8 5:3 6:2 7:1

4.1 Pertandingan akan dijalankan secara Round-Robin mengikuti Berger Table (seperti diatas).

4.2 Pertandingan terdiri dari 8 Pasukan dimana setiap Pasukan akan bertemu/bertanding dengan tujuh pasukan yang lainnya.

4.3 Kedudukan Pasukan-pasukan secara seeding 1-8 akan ditentukan menerusi undian yang akan dijalankan pada masa dan tempat yang akan ditentukan.

4.4 Pertandingan akan dijalankan secara berkumpulan yang terdiri daripada lapan (8) pemain. Perlawanan dijalankan secara serentak bagi semua pemain. Setiap pemain hanya dibenarkan bermain satu board sahaja dalam sesuatu perlawanan.

4.5 Setiap pasukan dikehendaki mendaftar sekurang-kurangnya seorang (1) pemain wanita pada setiap perlawanan yang akan

| P S K K 2 0 1 5 / P e r a t u r a n P e r t a n d i n g a n42

Page 3: technicalmofgames2015.files.wordpress.com · Web viewPeraturan Am & Undang-Undang Pertandingan Pesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015 Author Mohd Fadil Sarehan Created Date

Peraturan Am & Undang-Undang PertandinganPesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015

bermain di board 8. Jika pasukan mempunyai lebih daripada seorang pemain wanita, pemain wanita yang selebihnya dibenarkan bermain dimana-mana board lain yang dipertandingkan. Memandangkan board 8 telah dikhaskan kepada pemain wanita, sebarang pertukaran pemain hendaklah diisi oleh pemain wanita juga.

4.6 Setiap pemain akan diberi masa selama enam puluh (60) minit (menggunakan jam catur yang disediakan). Pemain akan dikira kalah sama ada di Checkmate atau kehabisan masa yang diberikan (60 minit) atau sebab-sebab teknikal lain menurut peraturan FIDE dan penganjur.

4.7 Pertukaran atau penggantian pemain tidak boleh dilakukan selepas susunan pemain telah dimuktamadkan dan diserahkan kepada penganjur pada setiap perlawanan.

4.8 Susunan pemain pada setiap perlawanan hendaklah mengikut ranking senarai pemain yang telah didaftarkan kepada pihak penganjur. Pihak Jawatankuasa Pertandingan & Teknikal berhak membatalkan penyertaan pemain pasukan berkenaan dan memberikan kemenangan kepada pemain pasukan lawan.

4.9 Jadual susunan pasukan (pairing) ditetapkan dan dipaparkan oleh arbiter setiap kali sebelum pusingan seterusnya dimulakan.

4.10 Setiap pasukan diwajibkan bertanding dalam semua pusingan yang ditetapkan. Menarik diri (walk-over) adalah tidak dibenarkan. Jika berlaku sedemikian, semua keputusan yang terdahulu bagi pasukan tersebut akan dibatalkan dan memberikan kemenangan kepada pasukan lawan.

4.11 Undang-Undang permainan adalah mengikut Peraturan Catur Antarabangsa (World Chess Federation – FIDE Laws of Chess) dan akan diinterpretasikan oleh Arbiter yang bertugas serta syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh pihak penganjur.

5.0 TATACARA BERMAIN

| P S K K 2 0 1 5 / P e r a t u r a n P e r t a n d i n g a n43

Page 4: technicalmofgames2015.files.wordpress.com · Web viewPeraturan Am & Undang-Undang Pertandingan Pesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015 Author Mohd Fadil Sarehan Created Date

Peraturan Am & Undang-Undang PertandinganPesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 20155.1 Permainan hendaklah menggunakan set catur, papan dan jam

catur yang disediakan oleh pihak penganjur.5.2 Penentuan permulaan set putih atau set hitam kepada pemain

akan ditentukan oleh Arbiter yang bertugas melalui pairing Berger Table yang dipaparkan. Pemain yang mendapat set putih akan memulakan pergerakan pertama.

5.3. Semua pemain dikehendaki merekodkan kesemua pergerakannya dan pergerakan lawannya melainkan masa yang diperuntukkan olehnya (jam catur) hanya berbaki 5 minit. Dalam keadaan ini pemain ini dikecualikan dari merekodkan pergerakan tetapi pihak yang masih mempunyai masa melebihi 5 minit dikehendaki merekodkan pergerakan kedua-dua belah pihak. Arbiter boleh memberi amaran pertama jika pemain gagal membuat rekod gerakan 3 kali berturut-turut dan sekiranya perkara ini diulangi, Arbiter boleh membatalkan Pemain tersebut dan memberikan kemenangan kepada pemain pihak lawan.

5.4 Pemain dikira telah menang sama ada:- 5.4.1 Berjaya membuat ‘Checkmate’ kepada pihak lawan; 5.4.2 Pihak lawan kehabisan waktu yang diperutukan kepadanya

selama enam puluh (60) minit;5.4.3 Pihak lawan menyerah kalah; atau5.4.5 Lain-lain sebab teknikal yang ditetapkan dan mendapatkan

pengesahan dari Arbiter.5.5 Pemain dikira telah seri sekiranya:-

5.5.1 Berlaku stalemate5.5.2 Posisi yang sama akan berlaku di atas untuk kali ketiga dan

pemain yang hendak menuntut seri secara 3 fold repetition hendaklah menulis gerakan yang hendak dilakukan (tanpa melakukan gerakan tersebut) dan memanggil Arbiter untuk pengesahan (dalam hal ini pemain tersebut perlu menulis kesemua pergerakan di atas scoresheet).

5.5.3 Persetujuan kedua-dua pihak.5.5.4 Berlaku perpetual check; dan

| P S K K 2 0 1 5 / P e r a t u r a n P e r t a n d i n g a n44

Page 5: technicalmofgames2015.files.wordpress.com · Web viewPeraturan Am & Undang-Undang Pertandingan Pesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015 Author Mohd Fadil Sarehan Created Date

Peraturan Am & Undang-Undang PertandinganPesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015

5.5.5 Lain-lain keadaan yang wajar, adil dan sesuai untuk membolehkan Arbiter mengisytiharkan keputusan seri.

5.6 Peraturan “TOUCH MOVE RULE” adalah terpakai sepanjang masa:-

5.6.1 Pemain mesti menggerakkan buah catur yang dipegang/ sentuh selagi mana ada pergerakan yang sah (LEGAL move) melibatkan buah catur yang dipegang/ sentuh.

5.6.2 Jika pemain tersebut menyentuh atau memegang buah catur lawannya, pemain tersebut WAJIB menawan buah catur lawannya yang disentuh selagi mana ianya melibatkan pergerakan menawan yang sah.

5.6.3 Sekiranya pemain melakukan pergerakan yang tidak sah (ILLEGAL move), pergerakan tersebut hendaklah dimulakan semula menggunakan buah catur yang telah digerakkan selagi mana ada pilhan membuat pergerakan yang sah menggunakan buah catur yang sama. Sebaliknya, sekiranya buah catur tersebut memang tidak boleh digerakkan (ILLEGAL move) disebabkan sesuatu faktor (seperti berlaku OPEN CHECK), maka pemain tersebut bolehlah memilih gerakan lain dengan menggunakan buah catur yang lain.

5.6.4 Pemain yang telah memegang sesuatu buah caturnya, menggerakkannya ke tapak lain menurut peraturan pergerakan yang sah, serta telah MELEPASKAN buah catur tersebut dari sentuhannya, maka pergerakan tersebut telah dianggap sempurna (complete move) serta TIDAK BOLEH DITARIK BALIK.

6.0 PEMBERIAN MATA DAN PENENTUAN KEMENANGAN

6.1 Pemain yang menang akan diberikan 1 mata, seri ½ mata dan kalah 0 mata bagi setiap Papan. Ini bermakna, keputusan sesuatu pertemuan di antara pasukan berkemungkinan berakhir dengan:

| P S K K 2 0 1 5 / P e r a t u r a n P e r t a n d i n g a n45

Page 6: technicalmofgames2015.files.wordpress.com · Web viewPeraturan Am & Undang-Undang Pertandingan Pesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015 Author Mohd Fadil Sarehan Created Date

Peraturan Am & Undang-Undang PertandinganPesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015

6.1.1 Kemenangan di satu pihak dan kekalahan di pihak yang lain sama ada 8-0 atau 7.5-0.5 atau 7-1 atau 6.5-1.5 atau 6-2 atau 5.5-2.5 atau 5-3 atau 4.5-3.5;

6.1.2 Seri 4-46.2 Kemenangan percuma akan diberikan kepada mana-mana

peserta, jika lawannya melakukan kesalahan seperti berikut:6.2.1 Gagal berada di gelanggang sehingga selepas tamat waktu

menunggu tiga puluh (30) minit perlawanan dimulakan menggunakan chess clock (Walkover)

6.2.2 Tidak mahu meneruskan perlawanan.6.3 Sekiranya kedua-dua pemain yang sepatutnya bermain gagal untuk

hadir, keputusan double default (iaitu 0-0) akan diberikan.6.4 Kiraan pemutus

6.4.1 Match Point6.4.2 Game point6.4.3 Personal Encounter match (sekiranya melibatkan hanya 2 pasukan)

6.4.4 Personal Encounter match drop point board 6 result, drop board 5 result and so on (sekiranya melibatkan hanya 2 pasukan) Contoh Team A dan B telah seri 4-4 tetapi kedudukan point adalah seperti berikut :Board 1

Board 2

Board 3

Board 4

Board 5

Board 6

Board 7

Board 8

1-0 0-1 ½-½ ½-½ 1-0 0-1 1-0 0-1Apabila Personal Encounter match drop point board 8 , keputusan menjadi 3-2 (Board 8 tidak dikira)

6.4.5 Bagi keputusan melibatkan 2 pasukan atau lebih) Drop point pemain ranking 10 dan kiraan ke atas keseluruhan mata pemain ranking 1-9. Sekiranya masih seri Drop point pemain ranking 9 & 10 kiraan ke atas keseluruhan mata pemain ranking 1-8 dan seterusnya.

7.0 HADIAH PAPAN TERBAIK

| P S K K 2 0 1 5 / P e r a t u r a n P e r t a n d i n g a n46

Page 7: technicalmofgames2015.files.wordpress.com · Web viewPeraturan Am & Undang-Undang Pertandingan Pesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015 Author Mohd Fadil Sarehan Created Date

Peraturan Am & Undang-Undang PertandinganPesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015

7.1 Hadiah papan terbaik (dari Papan 1 hingga 10) akan diberi kepada Pemain yang memperolehi keputusan agregat tertinggi bagi setiap papan yang telah didaftarkan nama pemain berkenaan.

7.2 Untuk diambilkira di dalam hadiah papan terbaik, Pemain yang didaftarkan di Papan 1 hingga 8 perlu bertanding sekurang-kurangnya empat (4) pusingan. Manakala Pemain yang didaftarkan di Papan 9 hingga 10 cuma perlu bertanding sebanyak tiga (3) pusingan untuk layak diambilkira sebagai Pemain terbaik papan-papan tersebut.

8.0 PERKARA / PERBUATAN YANG BOLEH MEMBATALKAN PERMAINAN

8.1 Arbiter boleh memberikan amaran terakhir atau membatalkan terus permainan pusingan tersebut jika pemain berada di dalam keadaan berikut:-(a) Merokok semasa permainan di dalam dewan permainan;(b) Membuat bising atau mengganggu permainan pihak lawan;(c) Memegang telefon bimbitnya / berkomunikasi melalui

SMS / menelefon / menerima panggilan telefon / berbunyi telefonnya disebabkan oleh panggilan masuk atau alarm. (Sila rujuk para 9.2 di bawah)

(d) Pemain yang telah tidak merekodkan 3 pergerakan berturut-turut atau lebih dan telah diberikan amaran pertama oleh Arbiter. Jika Pemain ini mengulangi kesalahan serupa, Arbiter boleh membatalkan permainannya dalam pusingan tersebut.

(e) Pemain yang melakukan ILLEGAL MOVE melebihi 1 kali dan dilaporkan kepada Arbiter oleh pihak lawannya, dalam satu permainan.

| P S K K 2 0 1 5 / P e r a t u r a n P e r t a n d i n g a n47

Page 8: technicalmofgames2015.files.wordpress.com · Web viewPeraturan Am & Undang-Undang Pertandingan Pesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015 Author Mohd Fadil Sarehan Created Date

Peraturan Am & Undang-Undang PertandinganPesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015

9.0 ETIKA BERPAKAIAN & PERMAINAN

9.1 Semua pemain mestilah memakai pakaian yang sesuai. Pakaian menjolok mata, seluar pendek dan selipar adalah dilarang sama sekali. Arbiter boleh memberi amaran dan menghalang pemain yang melanggar etika berpakaian dari memasuki dewan pertandingan.

9.2 Telefon bimbit, walkman, voice recorder, dan seumpama adalah DILARANG berada bersama pemain semasa perlawanan di jalankan.

9.3 Setiap peserta hendaklah berada di meja perlawanan seperti dijadualkan. Pemain sama ada bermain atau tidak bermain pada setiap perlawanan, tidak dibenarkan membuat gangguan terhadap lawan atau rakan sepasukannya. Menunjuk ajar rakan atau pemain lawan adalah dilarang.

9.4 Peserta dilarang meninggalkan tempat permainan (kecuali ke tandas) tanpa mendapat kebenaran Arbiter pertandingan.

10.0 PENGADILAN

10.1 Pengadilan dijalankan oleh Arbiter yang dilantik oleh Jawatankuasa Petandingan & Teknikal PSKK2015.

10.2 Arbiter mempunyai kuasa mutlak mendenda/menghukum pemain tanpa sebarang amaran atau teguran.

10.3 Sebarang rayuan atas keputusan Arbiter hendaklah dibuat kepada Jawatankuasa Rayuan seperti di para 7 Peraturan Am PSKK2014.

11.0 BANTAHAN

10.1 Bantahan yang dikemukakan oleh pasukan hendaklah mematuhi kehendak para 7 Peraturan Am PSKK2015.

| P S K K 2 0 1 5 / P e r a t u r a n P e r t a n d i n g a n48

Page 9: technicalmofgames2015.files.wordpress.com · Web viewPeraturan Am & Undang-Undang Pertandingan Pesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015 Author Mohd Fadil Sarehan Created Date

Peraturan Am & Undang-Undang PertandinganPesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015

12.0 JAWATANKUASA PERTANDINGAN DAN TEKNIKAL

12.1 Jawatankuasa Pertandingan & Teknikal adalah bertanggungjawab dalam membuat keputusan berhubung dengan aspek teknikal pertandingan bagi setiap acara dalam kejohanan PSKK2015.

12.2 Jawatankuasa Pertandingan & Teknikal adalah berhak untuk meminda/ menambah peraturan yang difikirkan perlu.

12.3 Sekiranya terdapat mana-mana peraturan yang tidak dinyatakan dengan jelas dalam peraturan permainan bagi acara yang berkenaan, maka adalah menjadi kuasa mutlak kepada Jawatankuasa Pertandingan & Teknikal untuk membuat keputusan.

12.4 Sebarang keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal adalah MUKTAMAD.

| P S K K 2 0 1 5 / P e r a t u r a n P e r t a n d i n g a n49