1m 1 s sepak takraw

10
Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia 165 SEPAK TAKRAW SEJARAH DAN PERKEMBANGANNYA Permainan ini dahulunya dikenali sebagai sepak raga dan mula dikenali semasa sejarah Kesultanan Melayu Melaka. Tidak diketahui bilakah permainan ini diperkenalkan tetapi ia dianggap sebagai permainan tradisional atau permainan rakyat bangsa Melayu. Pada mulanya ia dimainkan di kawasan lapang di istana oleh anak-anak pembesar istana. Sepak raga kemudiannya berkembang dan dimainkan oleh semua peringkat masyarakat Melayu. Permainan ini dimainkan secara berkumpulan dalam bentuk bulatan dan memerlukan kemahiran mengawal dan menimang bola. Pada peringkat awal permainan ini, bola sepak raga dibuat daripada rotan yang mudah diperoleh daripada kawasan hutan di negara kita. Walau bagaimanapun, setelah melalui proses perkembangan teknologi, kini sudah ada bola sepak raga yang diperbuat daripada plastik. Menjelang tahun 1962, sepak raga mula dimainkan di dalam gelanggang dengan menggunakan jaring. Bilangan pemain bagi setiap pasukan pula dihadkan kepada tiga orang, iaitu bagi setiap regu. Kini permainan sepak takraw dimainkan di seluruh pelosok negara di Asia Tenggara dan telah diersetujui dipertandingkan di peringkat Sukan SEA pada tahun 1965. Nama permainan sepak raga pula telah ditukar dan digantikan de- ngan nama sepak takraw supaya lebih diterima di peringkat antara- bangsa.

Upload: hazri-rizal

Post on 03-Jan-2016

163 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah MalaysiaPendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia

165

SEPAK TAKRAW

SEJARAH DAN PERKEMBANGANNYA

Permainan ini dahulunya dikenali sebagai sepak raga dan

mula dikenali semasa sejarah Kesultanan Melayu Melaka. Tidak

diketahui bilakah permainan ini diperkenalkan tetapi ia

dianggap sebagai permainan tradisional atau permainan rakyat

bangsa Melayu. Pada mulanya ia dimainkan di kawasan lapang

di istana oleh anak-anak pembesar istana. Sepak raga kemudiannya

berkembang dan dimainkan oleh semua peringkat masyarakat

Melayu. Permainan ini dimainkan secara berkumpulan dalam bentuk

bulatan dan memerlukan kemahiran mengawal dan menimang

bola.

Pada peringkat awal permainan ini, bola sepak raga dibuat

daripada rotan yang mudah diperoleh daripada kawasan hutan

di negara kita. Walau bagaimanapun, setelah melalui proses

perkembangan teknologi, kini sudah ada bola sepak raga yang

diperbuat daripada plastik.

Menjelang tahun 1962, sepak raga mula dimainkan di dalam

gelanggang dengan menggunakan jaring. Bilangan pemain bagi setiap

pasukan pula dihadkan kepada tiga orang, iaitu bagi setiap regu. Kini permainan

sepak takraw dimainkan di seluruh pelosok negara di Asia Tenggara dan telah

diersetujui dipertandingkan di peringkat Sukan SEA pada tahun

1965. Nama permainan sepak raga

pula telah ditukar

dan digantikan de-

ngan nama sepak

takraw supaya

lebih diterima di

peringkat antara-

bangsa.

FAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANFAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

166

ALATAN DAN KEPERLUAN

BAGAIMANA SEPAK TAKRAW DIMAINKAN

Sepak takraw dimainkan dengan menyepak atau menanduk bola untuk

melepasi jaring dan masuk ke gelanggang lawan. Pemain menggunakan kaki

untuk menyepak, merejam atau mengawal bola. Kepala pula digunakan untuk

menanduk atau mengawal bola. Anggota badan seperti bahu, dada dan peha

juga boleh digunakan dalam permainan ini, kecuali tangan.

Setiap regu yang dibarisi tiga orang pemain dikenali sebagai tekong, iaitu

pemain yang berada di tengah-tengah, sementara pemain di kiri kanannya dikenali

sebagai apit kiri dan apit kanan. Di peringkat perlawanan, setiap pasukan akan

diwakili oleh tiga regu dengan setiap regu dibenarkan membuat satu gantian atau

pertukaran pemain sahaja. Matlamat permainan sepak takraw ini ialah setiap

regu akan berusaha mematikan bola di gelanggang lawan sehingga mencapai

mata penamat iaitu 21.

Lilitan: 0.4 – 0.43 mBerat: 160 – 180 gm

Pakaian standardpemain sepak takraw

A - Garisan tepi gelanggangB - Garisan belakang gelanggangC - Bulatan servis (sepak mula)D - Garisan suku bulatanE - TiangF - JaringG - Garisan teras

1.45 mE

3.05 m

6.1 mB

4.25 m

C0.31 m

2.44 m 3.05 m

0.91 m

13.42 m

A

6.7 m

G

F

Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah MalaysiaPendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia

167

Kedudukan pemaindan cara permainandijalankan

Kehebatan pemainmelakukan rejaman kaki

secara akrobatik

Lambungan duit syiling untukmemulakan permainan danmembuat pilihan sama ada tempatatau servis mula

Kedudukan pemain apabilasepak servis atau sepak mula

dilakukan. Regu A membuatservis, sementara Regu B

menunggu hantaran servis.

Tekong membuat servis dengan apitkanan melontar bola sementara apitkiri bersedia

Kedudukan pihak lawanyang akan menerima

servis

FAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANFAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

168

Tiga Sentuhan1

PERATURAN PERMAINAN

Apabila menerima bola daripadapihak lawan, pemain memainkanbola sebanyak tiga kali sentuhansebelum dihantar semula kegelanggang lawan. Sentuhan yangbiasa dilakukan adalah sepertiberikut(a) Sentuhan pertama – mengawal

bola(b) Sentuhan kedua – mengumpan(c) Sentuhan ketiga – rejaman

Sepakan Servis2

Kesalahan Pemain3

Kiraan Mata4

Servis oleh tekong dilakukan bagi meneruskanpermainan untuk mengutip mata. Bola yangdiservis mesti melepasi jaring walaupunmenyentuh bahagian atas jaring dan hendaklahlepas memasuki gelanggang lawan. Semasaservis dilakukan, tekong dan kedua-dua pemainapit tidak dibenarkan memijak garisan tepi ataubulatan.

Menyentuh jaring ketika permainanberjalan, adalah satu kesalahan. Mata atauservis akan diberikan kepada pihak lawan,jika perkara ini berlaku.

Setiap permainan dimainkan dalamdua pusingan. Jika kedudukanperlawan seri (1-1), permainanditeruskan dalam pusingan ketiga(rubber set). Skor atau mata bagisetiap pusingan dikira dalam 21 mata.

Salah satu kesalahan yang perlu dielakkan tekong ialahmemijak garisan bulatan semasa membuat servis

Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah MalaysiaPendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia

169

Pertukaran Gelanggang5

Pertukaran gelanggang akan dilakukan bagi setiap pusingan. Jika berlaku permainanatau kedudukan mata seri 1-1, permainan diteruskan dalam pusingan ketiga. Dalampusingan ini, mana-mana regu yang mendahului atau mencapai lapan mata,pertukaran gelanggang akan dilakukan. Kiraan mata kemudian diteruskan sehinggake mata penamat.

Menimang, Menghantar dan Menerima Bola1

TEKNIK DAN KEMAHIRAN

Kemahiran paling asas –sepak sila

Sepak kuda Menimang /mengawal boladenganmenggunakan paha

Kawalan bola dengankepala

Kawalan boladengan dada

FAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANFAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

170

Sepakan Servis2

Rejaman3

Sepakan Servis Bebas – Memastikan BolaMelepasi Jaring ke Gelanggang Lawan

Sepakan ServisKencang

Rejaman dengan BahagianDalam Kaki

Rejaman TapakKaki

Rejaman dengan BahagianHujung Kaki

Rejaman denganBahagian TepiHujung Kaki

Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah MalaysiaPendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia

171

Menghadang4

Rejaman dengan Dahi Rejaman dengan Sisi KananKepala

Rejaman dengan SisiKiri Kepala

Menghadang denganBelakang Badan

Menghadang denganKaki dan Paha

1

CADANGAN LATIHAN KEMAHIRAN

Latihan Sepak SilaBerseorangan SecaraBerulang Kali

Latihan Berpasanganatau Berkumpulan

Latihan Menyepak denganBola Tergantung

FAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANFAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

172

2

3

Latihan Sepak KudaSecara Berpasangan

Latihan Berkumpulan

Latihan Menanduk BolaSecara Berpasangan

Latihan Menanduk Bolayang Tergantung

Latihan dengan BolaTergantung

Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah MalaysiaPendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia

173

Menghantar dan Menerima Bola4

Latihan Sepakan Servis5

Latihan Rejaman6

Pemain A melontar bola kepada Pemain B, C atau D yang menerima bola danmemainkannya tidak lebih daripada 2 kali. Bola kemudian dikembalikan kepada A.Ulangi dan fokus kepada lontaran dan kawalan.

pemain

arah lontaran bola

arah hantaran bola

skital (sasaran rejaman)

Servis ke Penjuru BelakangGelanggang Lawan

Servis ke Ruang HadapanGelanggang Lawan

Latihan Rejaman Berpasangan Latihan Rejaman Berkumpulan

Pemain A melambungkan bola kepada Pemain B dan C dan melakukan rejamandengan pelbagai cara. Kaedah latihan ini digilir-gilirkan dan diulang.

FAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANFAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

174

Latihan Menghadang7

Latihan Menghadang Bersama PerejamPemain A menghantar bola kepada Pemain B untuk rejamandengan Pemain C bertindak sebagai penghadang. Ulangi kaedahlatihan ini dengan menggilir-gilirkannya.

Latihan Menghadang BerpasanganLatihan dibuat dengan menghadang secara berpasangan. PemainA melontar bola ke Pemain B yang menghadang dengan pelbagaicara di depan jaring. Ulangi kaedah latihan ini dan digilir-gilirkan,