ulasan kritikal artikel

6
Ulasan Kritikal Artikel 1.0 PENGENALAN Bagi melaksanakan tugasan membuat ulasan kritikal terhadap bahan bacaan,saya memilih enam jurnal dan artikel yang berkaitan dengan isu-isu cabaran guru disekolah. Berikut adalah maklumat mengenai jurnal dan artikel yang dipilih. 1.1 ARTIKEL YANG DIPILIH (a) Tajuk Artikel : Guru Disiplin Bebas Dakwaan Cabul 11 Pelajar Perempuan. Penulis : Nor Azura Abdul Jalil. Bilangan Muka Surat : 2 Sumber : Metro Archive Bank News. Artikel yang ditulis oleh Nor Azura Abdul Jalil ini menerangkan tentang satu kes dimana seorang guru disiplin telah di bebaskan oleh mahkamah atas tuduhan mencabul 11 orang pelajar perempuan di sebuah sekolah di Pandan Indah, Selangor, dua tahun lalu. Guru tersebut telah di dakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa

Upload: mohd-razif

Post on 28-Jan-2016

260 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Kepada Yang Berkenaan

TRANSCRIPT

Page 1: Ulasan Kritikal Artikel

Ulasan Kritikal Artikel

1.0 PENGENALAN

Bagi melaksanakan tugasan membuat ulasan kritikal terhadap bahan bacaan,saya

memilih enam jurnal dan artikel yang berkaitan dengan isu-isu cabaran guru disekolah.

Berikut adalah maklumat mengenai jurnal dan artikel yang dipilih.

1.1 ARTIKEL YANG DIPILIH

(a) Tajuk Artikel : Guru Disiplin Bebas Dakwaan Cabul 11 Pelajar Perempuan.

Penulis : Nor Azura Abdul Jalil.

Bilangan Muka Surat : 2

Sumber : Metro Archive Bank News.

Artikel yang ditulis oleh Nor Azura Abdul Jalil ini menerangkan tentang satu kes

dimana seorang guru disiplin telah di bebaskan oleh mahkamah atas tuduhan

mencabul 11 orang pelajar perempuan di sebuah sekolah di Pandan Indah,

Selangor, dua tahun lalu. Guru tersebut telah di dakwa mengikut Seksyen 354

Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman penjara maksimum 10

tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua hukuman itu jika sabit

kesalahan. Setelah dibicarakan, mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal

untuk membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Sebelum saya mengulas lanjut mengenai artikel ini, eloklah kita fahami dahulu

apakah maksud terma Seksyen 354 Kanun Keseksaan (Akta 574). Ia membawa

Page 2: Ulasan Kritikal Artikel

maksud “Menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah kepada seseorang

dengan niat hendak mencabul kehormatan”.

Pada pendapat saya, guru tersebut telah menjalankan tugasnya dengan betul.

Ini berdasarkan beberapa fakta dalam artikel tersebut. Fakta pertama, guru

tersebut telah memenuhi “Duty Of Care”, iaitu dengan memeriksa denyutan nadi

sebelum merotan pelajar-pelajar terbabit. Atas sebab apa pelajar itu dirotan tidak

diketahui, tetapi guru tersebut telah membuat “Forecast” atau ramalan yang

betul, iaitu pada pendapatnya, jika ada dikalangan pelajar terbabit mempunyai

denyutan nadi yang agak tinggi atau rendah, pelajar terbabit mungkin tidak akan

dirotan atas alasan tidak sihat.

Fakta kedua, guru tersebut telah meminta izin dari pelajar-pelajar terbabit

sebelum memeriksa denyutan nadi mereka. Disini, guru tersebut telah memenuhi

kewajipan kewajipan berjaga-jaga dan guru sebagai In Loco Parentis. Dalam

artikel juga telah menyatakan tidak ada pelajar terbabit yang menjerit, meraung,

meronta dan menangis yang menunjukkan persetujuan pelajar-pelajar terbabit

untuk diambil denyutan nadi oleh guru mereka.

Fakta ketiga, tidak ada dinyatakan bahawa pihak plaintif mengalami kerugian

dalam apa jua bentuk samada berbentuk fizikal ataupun emosi. Maka perkaitan

tlangsung di antara sebab dan akibat (remoteness) amat sukar dibuktikan.

Secara keseluruhannya, saya berpendapat bahawa guru tersebut tidak

memenuhi elemen-elemen cuai yang boleh dikenakan Tort. Malahan, guru itu

boleh membuat tuntutan kepada plaintif atas kerugian yang terpaksa

ditanggungnya dalam bentuk emosi sepanjang perbicaraan itu berlangsung. Ini

Page 3: Ulasan Kritikal Artikel

dinyatakan jelas dalam artikel tersebut bahawa pihak defenden mengalami

trauma yang amat dasyat. Saranan saya, guru tersebut boleh menggunakan

kaedah lain untuk mengukur denyutan nadi pelajar seperti di pergelangan tangan

ataupun meminta pertolongan guru perempuan untuk melakukannya kerana ia

melibatkan pelajar perempuan.

(b) Tajuk Artikel : Pelajar Trauma Ditumbuk Guru Disiplin.

Penulis :

Bilangan Muka Surat : 1

Sumber : Berita Harian

Artikel ini menceritakan tentang seorang pelajar tingkatan 5 Sekolah Menengah

Teknik Sejingkat yang telah di tumbuk dan ditampar seorang guru disiplin kerana

dituduh mencuri pemacu pen (pen drive) dan wang sebanyak RM 40 milik rakan

lain. Ditambah dengan keenggganan pelajar itu untuk mengaku bersalah di atas

tuduhan tersebut, dia telah diperlakukan sebanyak dua kali dengan tindakan

yang sama oleh guru disiplin sekolah tersebut. Akhirnya, pelajar tersebut telah

membuat laporan polis berhubung tindakan guru disiplin itu.

Pada pendapat saya, tindakan guru disiplin sekolah tersebut adalah tidak wajar.

Dalam memenuhi kewajipan In Loco Parentis, guru tersebut boleh mengambil

pendekatan lain dalam soal siasat pelajar tersebut berbanding dengan tindakan

kekerasan. Terdapat 4 elemen cuai/Tort iaitu :

1) Kewajipan Berjaga-jaga.

2) Pelanggaran Kewajipan Berjaga-jaga.

3) Kerugian/Kecederaan.

Page 4: Ulasan Kritikal Artikel

4) Perkaitan langsung/rapat antara sebab dan akibat.

Jika kita lihat, guru tersebut telah melanggar kewajipan berjaga-jaga, dimana

sepatutnya guru tersebut memelihara kepentingan terbaik pelajar. Pelajar

tersebut juga telah mengalami kecederaan (battery) akibat dari tindakan guru

disiplin tersebut menampar dan menumbuknya. Akhirnya, klausa keempat

dipenuhi iaitu terdapat perkaitan langsung di anatara sebab dan akibat. Ini

bermakna guru tersebut boleh dikenakan tindakan Tort atas kesalahannya. Bagi

saya klausa pertama, iaitu Kewajipan Berjaga-jaga (Duty Of Care) semestinya

sudah diambil memandangkan aspek kecurian memang selalu diingatkan di

sekolah-sekolah. Tetapi guru disiplin tersebut sepatutnya sudah dapat meramal

(forecast) akan kesan dari tindakannya. Kalau pun hendak mendenda pelajar

tersebut tetapi hukumannya haruslah setimpal dengan kesalahan dan tujuan

utamanya adalah untuk mendidik bukan untuk menghukum. Disini saya tidak

lihat tindakan guru disiplin tersebut untuk mendidik malahan pelajar tersebut turut

mengalami trauma akibat tindakan guru disiplin sekolahnya. Guru disiplin

tersebut juga harus sedar akan faham terdapatnya fiduciary relationship di

antaranya dengan pelajar tersebut. Malahan guru disiplin sekolah tersebut boleh

dikenakan tindakan jenayah mengikut Kanun Keseksaan, Seksyen 310, 319-320

dan 340 yang menyatakan tindakan defenden menyebabkan kecederaan parah

kepada plaintif.

Justeru, guru disiplin sekolah itu harus mengambil langkah yang lebih proaktif

dalam menanggani masalah disiplin seperti itu selain daripada melakukan

Page 5: Ulasan Kritikal Artikel

kekerasan yang akhinya dapat mendatangkan kerugian kepada guru terbabit

juga.