laporan hp pemikiran kritikal

19
LAPORAN AKTIVITI HHHC9501(KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH & PENDEKATAN) SET 19 NAMA PROGRAM YANG DISERTAI: INTERVARSITY BIOCHEMISTRY SEMINAR 2014 NAMA: SYAHIRAH BANU BINTI MOHD AKRAM NO MATRIK: A145725 NAMA PENSYARAH: DR. AHMAD BIN MUHAMMAD HUSNI JAWATAN: AJK JAMUAN DAN CENDERAMATA 1

Upload: syahirah-banu-mohd-akram

Post on 29-Jul-2015

60 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan hp pemikiran kritikal

LAPORAN AKTIVITI

HHHC9501(KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH & PENDEKATAN)

SET 19

NAMA PROGRAM YANG DISERTAI:

INTERVARSITY BIOCHEMISTRY SEMINAR 2014

NAMA: SYAHIRAH BANU BINTI MOHD AKRAM

NO MATRIK: A145725

NAMA PENSYARAH: DR. AHMAD BIN MUHAMMAD HUSNI JAWATAN: AJK JAMUAN DAN CENDERAMATA

1

Page 2: Laporan hp pemikiran kritikal

1.0Butiran programa) Nama program : Intervarsity Biochemistry Seminar 2014

b) Penganjur : Malaysian Society for Biochemistry and Molecular Biology(MSBMB)

c) Tarikh : 17 Mei 2014

d) Tempat : Kompleks Tun Abdullah Mohd Salleh(KTAMS)

e) Jumlah Peserta : 400 orang

f) Perasmi Pembukaan : Prof. Dr. Sahrim Hj Ahmad (Dekan, Fakulti Sains dan Teknologi, UKM)

g) Jumlah Pendapatan :RM 7100.00

h) Jumlah Perbelanjaan:RM7100.00

2

Page 3: Laporan hp pemikiran kritikal

a) Gambar sepanjang program

Sebelum bermula pembentangan peserta bagi setiap universiti

Para VIP sedang menikmati sarapan sebelum bermulanya seminar

3

Page 4: Laporan hp pemikiran kritikal

Salah seorang peserta sedang membentang hasil kajiannya

pembentangan poster oleh salah seorang peserta

4

Page 5: Laporan hp pemikiran kritikal

Saya bersama AJK yang lain sedang menghidangkan makanan untuk peserta

ucapan oleh salah seorang penasihat program, Dr Hasidah

5

Page 6: Laporan hp pemikiran kritikal

Para peserta yang mewakili UKM

Para juri sedang memberikan markah bagi setiap peserta

6

Page 7: Laporan hp pemikiran kritikal

Di pintu masuk KTAMS

Semua AJK yang telah menjayakan program IBS

7

Page 8: Laporan hp pemikiran kritikal

b) Aturcara program

Masa Aktiviti 7.30 - 8.45 pagi Pendaftaran peserta

8.45 – 8.50 pagi Ucapan alu-aluan daripada pengerusi majlis

8.50 – 8.55 pagi Ucapan pembukaan oleh Pengerusi PPBsBt

8.55 - 9.00 pagi

Ucapan Perasmian oleh Dekan FST

9.00 - 10.15 pagi Pembentangan lisan ( sesi 1 )

10.15 - 10.30 pagi Minum pagi dan pameran poster kajian

10.30 - 12.00 tengah hari Pembentangan lisan ( sesi 2 )

12.00 - 12.30 petang Ceramah keusahawanan

12.30 - 2.00 petang Rehat, makan tengah hari dan pameran poster kajian

2.00 - 3.30 petang Pembentangan lisan ( sesi 3 )

3.30 - 4.00 petang Minum petang dan pameran poster kajian

4.00 - 4.30 petang Sesi penyampaian hadiah dan ucapan penutup oleh Presiden MSBMB

8

Page 9: Laporan hp pemikiran kritikal

c) Ahli Jawatankuasa Program

Ketua Pengarah Khairom Muslihin bin Baharom FST/2 A139991 0112-9019338 Timb. Ketua Pengarah I Muhammad Ameerul Amin bin Bakar @ Omar FST/2 A141994 013-3186468

Timb. Ketua Pengarah II Amal Fitri Izzati binti Aziz FST/2 A141445 012-4222018

Setiausaha Norziana binti Julmohamad FST/2 A141740 013-8748141

Timb. Setiausaha Thanuja A/P Ramanathan FST/2 A142472 019-651 1382

Bendahari Andi Norafiqah binti Andik Mohd Alwi FST/2 A139800 019-7555917

Timb. Bendahari Lee Yann Yin FST/2 A141774 014-6664089

Unit Perhubungan dan Protokol Ayumawarni binti Yusni Yeng Jee Long FST/2 A141592

Tan Hooi Ni FST/2 A141608

Rahimah binti Mohamad Zuki FST/2 A141421

Nur Farahin binti Mohamed Yaziz FST/1 A145735

Anna Fira binti Ahmad Rizal FST/1 A145750

Unit Pemasaran Muhammad Fuad bin Ab Kadir FST/2 A141123

Nurul Izzati binti Azmi FST/2 A141654

9

Page 10: Laporan hp pemikiran kritikal

Aimi Amira binti Abdul Jalil FST/2 A141708

Ana Syakirah binti Khairul Ansor FST/1 A145737

Ummi Aqilah binti Omiza FST/1 A145734

Unit Jamuan dan Cenderamata Nor Nadia Fadiha binti Aizuddin FST/2 A142741 Mohamad Aznan bin Mohamad Thoni FST/2 A141135

Liya Syuhada binti Linazah FST/2 A140910

Nor Suraya binti Ishak FST/2 A141602

Syahirah Banu binti Mohd Akram FST/1 A145725

Unit Publisiti dan Multimedia Muhammad Dzul Ammar bin Aslan FST/2 A141349

Nur Izzati binti Zainuddin FST/2 A141701

Siti Nurhafeezah binti Mohd Yusoff FST/2 A139214

Raja Mohd Azlan bin Raja Ali FST/1 A145744

Unit Teknikal dan Tugas-tugas Khas Danish Adli bin Zulkifli FST/2 A141733

Mohamad Azizi bin Md Said FST/1 A145741

Mohamad Mustaqim Bin Abas FST/1 A146083

10

Page 11: Laporan hp pemikiran kritikal

d) Belanjawan

Anggaran Pendapatan:

Bil Perkara Jumlah (RM) 1 Peruntukan Pentadbiran Fakulti

Sains dan Teknologi 500.00

2 Peruntukan Jabatan Perkhidmatan Pelajar

800.00

3 Yuran Peserta 4,000.00 4 Pemasaran 200.00 5 Syarikat persendirian dan badan

berkanun 1,300.00

6 Persatuan Biokimia & Biologi Molekul Malaysia

300.00

Jumlah pendapatan keseluruhan

7,100.00

Anggaran Perbelanjaan:

Bil Perkara Jumlah (RM) 1 JAMUAN

Tetamu dan pensyarah ( RM 15.00 x 8 ) Peserta ( RM 10.00 x 400 )

120.00 4,000.00

2 CENDERAMATA ( RM 30.00 x 3 )

90.00

3 HADIAH ( RM 15.00 x 20 ) 300.00 4 SIJIL ( RM 0.50 x 400 ) 200.00 5 TUGAS-TUGAS KHAS

Buku program ( RM 1.50 x 400 ) Alat tulis ( RM 1.00 x 400 ) Saguhati peserta ( RM 1.50 x 400 )

600.00 400.00 600.00

6 PUBLISITI Banner ( RM 30.00 x 5 ) Bunting ( RM 60.00 x 2 ) Hosting laman sesawang ( RM 30.00 x 1 )

150.00 120.00 30.00

7 PERBELANJAAN LUAR JANGKA

490.00

Jumlah perbelanjaan keseluruhan 7,100.00

11

Page 12: Laporan hp pemikiran kritikal

Kelab Biokimia, Pusat Pengajian Biosains dan Bioteknologi, Fakulti Sains dan Teknologi

Rujukan : UKM 3.3.5/FST(PPBsBt)/1314.2. Tarikh : 14 APRIL 2014

Kepada:

En. Mohamad Walid bin OthmanKetua Penolong PendaftarFakulti Sains dan TeknologiUniversiti Kebangsaan Malaysia43600 Bangi, Selangor

Melalui:

Dr.Aidil bin Abdul Hamid,Ketua Program Biokimia,Fakulti Sains dan Teknologi,Universiti Kebangsaan Malaysia.

Tuan,

MEMOHON CENDERAMATA SEMPENA 25 th INTERVARSITY BIOCHEMISTRY SEMINAR 2014 (25 th IBS)

Adalah dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas:

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kelab Biokimia, Pusat Pengajian Biosains dan Bioteknologi,Fakulti Sains dan Teknologi akan menganjurkan Program 25th Intervarsity BiochemistrySeminar 2014 . Butiran program adalah seperti berikut :

Program : 25th Intervarsity Biochemistry Seminar 2014 (25th IBS)Tarikh : 17 Mei 2014 (Sabtu)Masa : 7.30 pagi – 5.00 petangPeserta : 600 orang

3. Sehubungan dengan itu, kami ingin memohon beberapa barangan cenderamata daripadapihak Tuan bagi pelaksanaan program ini berlangsung. Butiran cenderamata yang ingin dimohon

12

Page 13: Laporan hp pemikiran kritikal

Cenderamata Bilangan1. Mug 15

2. Buku nota 6503. Pen 6504. Plak 4

4. Sokongan padu daripada pihak Tuan amat kami harapkan bagi memastikan program ini berjalan seperti yang dirancang. Segala kerjasama daripada pihak Tuan amat kami hargai dan dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian.

Disediakan oleh,

…………………............................

(KHAIROM MUSLIHIN BIN BAHAROM)

Ketua Pengarah,

25th Intervarsity Biochemistry Seminar 2014.

0112-9019338

s.k -Fail Setiausaha Kelab Biokimia

- Fail Setiausaha 25th Intervarsity Biochemistry Seminar (25th IBS)

e) Pengisian Program:

13

Page 14: Laporan hp pemikiran kritikal

Alhamdulillah, program ini berjalan dengan lancar dan setiap tugas yang diberikan oleh Ketua Pengarah dapat dilaksanakan dengan baik. Program yang berlangsung selama hampir sehari ini telah memberi banyak manfaat dan pengajaran yang sangat berguna kepada saya. Hal ini demikian kerana saya dapat mengambil iktibar di sepanjang perjalanan program dan setiap permasalahan yang berlaku. Sebagai contoh, di saat-saat program hampir berlangsung iaitu kira-kira 2 minggu sebelum program, terdapat masalah dari sudut kewangan yang menyebabkan saya dan semua AJK berasa risau. Hal ini telah kami cuba atasi dengan mengadakan khidmat masyarakat di sekitar kawasan Bandar Baru Bangi.

Saya dan AJK yang lain telah mengadakan khidmat masyarakat sebanyak dua kali di Seksyen 3 dan 4, Bandar Baru Bangi. Kami melakukan khidmat masyarakat ini dengan cara penukaran dana dengan sumbangan tenaga dari kami, iaitu kami menawarkan untuk mencuci kereta, menyapu sampah, mencuci tingkap, dan banyak lagi. Kebanyakan penduduk di kawasan perumahan tersebut sangat memberikan kerjasama yang baik dan membantu memberi sumbangan dana yang berupa wang tunai dan juga ada yang memberikan barangan terbuang yang boleh dikitar semula. Hal ini telah banyak membantu meningkatkan pendapatan dan keperluan kami bagi menjayakan program ini. Tidak kurang juga sumbangan secara persendirian daripada para pensyarah dan sponsor daripada syarikat-syarikat besar.

Setelah pelbagai usaha dilaksanakan, akhirnya kami berjaya mengumpulkan sumbangan yang agak mencukupi bagi menampung keperluan persiapan program. Selain itu, saya dan AJK yang lain juga turut mengadakan jualan secara kecil-kecilan di hadapan bilik Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi. Antara jualan yang telah kami lakukan ialah sup cendawan, spaghetti, cucur pisang dan juga nasi lemak. Kami bergilir-gilir bagi setiap waktu untuk menjaga gerai tersebut. Hasil daripada jualan yang telah dilakukan, kami dapat menampung dan menambah sedikit kewangan bagi memenuhi keperluan untuk menjayakan program tersebut. Hal ini telah membuktikan bahawa aspek pemikiran kritikal dam penyelesaian masalah dapat ditunjukkan dalam diri saya dan juga rakan-rakan yang lain.

Antara nilai-nilai positif yang saya peroleh daripada program tersebut ialah:

14

Page 15: Laporan hp pemikiran kritikal

Sikap kerjasama: setiap ahli pasukan haruslah memberikan kerjasama yang baik dan padu bagi bersama-sama menjayakan program atau aktiviti yang akan dilaksanakan. Hal ini juga akan memudahkan setiap urusan dan mempercepatkan perjalanan sesuatu kerja dan seterusnya dapat menghasilkan produk yang berkualiti.

Patuh kepada arahan: Pada pendapat saya, kebanyakan peserta dalam setiap program yang dilaksanakan terdiri daripada pelajar tahun 1 dan diketuai oleh pelajar tahun 2 dan 3. Oleh itu, setiap pelajar atau AJK haruslah mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh ketua unit atau ketua pengarah dalam projek tersebut selagi arahan tersebut tidak melanggar etika. Jadi, sebagai anak buah, saya haruslah mendengar dan mematuhi setiap arahan yang diberikan oleh ketua saya.

Saling berkongsi pendapat: Sebagai ketua, adalah amat wajar bagi kita untuk mendengar pendapat dan buah fikiran anak buah kita. Sebagai anak buah pula, kita juga patut menegur kesilapan ketua kita jika ada sesuatu yang perlu diperbaiki. Oleh itu, jika kedua-dua pihak saling berganding bahu dan bekerjasama, setiap aktiviti dan program yang ingin akan berjalan dengan lancarnya.

Bersungguh-sungguh: kita haruslah bersungguh-sungguh dalam melakukan setiap setiap pekerjaan atau tugas yang diberikan agar hasil yang kita kan dapat nanti juga turut berkualiti dan efektif.

Bersemangat dalam melaksanakan tugas: setiap program yang ingin dilaksanakan sangat memerlukan komitmen yang tinggi daripada semua pihak yang terlibat. Justeru, kita haruslah bersemangat dalam menyiapkan tugasan yang diberikan dan berusaha untuk melakukannya dengan terbaik.

15

Page 16: Laporan hp pemikiran kritikal

PENUTUP

Secara keseluruhannya, program Intervarsity Biochemistry Seminar(IBS) banyak memberi kelebihan kepada semua yang hadir terutamanya pelajar Tahun 3 yang akan menghadapi pembentangan. Hal ini dapat dijadikan panduan dan rujukan kepada mereka dan juga kepada pelajar Tahun 1 dan 2 yang juga akan melalui perkara yang sama kelak. Program ini juga dapat memberi dan menambahkan ilmu pengetahuan kepada semua pelajar yang hadir tentang ilmu sains secara lebih mendalam. Sudah terang lagi bersuluh, kelebihan yang terdapat melalui program tersebut merangkumi pelbagai aspek terutamanya dari segi pembelajaran sepanjang hayat dan pemikiran kritikal dan kritis di samping memupuk sikap positif dalam kalangan peserta dan AJK. Program ini berjalan dengan lancar dan memberikan impak yang besar kepada semua pihak. Secara tidak langsung program ini telah mengeratkan hubungan silaturahim sesama peserta,pensyarah dan para AJK yang terlibat. Semoga pengalaman dan pengetahuan yang diperoleh melaluii program ini dapat diaplikasikan dalam program-program yang akan datang.

16