analisis faktor kajayaan kritikal

27
ANALISIS FAKTOR KEJAYAAN KRITIKAL Presented by: Ang Guik Hoon Nur Amra Ahamad Kamil Zuraidah Juliana Mohamad Yusoff

Upload: aida-liana

Post on 26-Nov-2015

50 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Pendidikan bukan agenda negara yang boleh dijayakan secara bersendirian. Ia merupakan bidang yang melibatkan dan memerlukan komitmen semua pihak berkepentingan.

TRANSCRIPT

Page 1: Analisis Faktor Kajayaan Kritikal

ANALISIS FAKTOR KEJAYAAN KRITIKAL

Presented by:

Ang Guik Hoon

Nur Amra Ahamad Kamil

Zuraidah Juliana Mohamad Yusoff

Page 2: Analisis Faktor Kajayaan Kritikal

PENGENALAN

Pendidikan bukan agenda negara yang boleh dijayakan secara bersendirian. Ia merupakan bidang yang melibatkan dan memerlukan komitmen semua pihak berkepentingan (stakeholders).

Page 3: Analisis Faktor Kajayaan Kritikal

PENGENALAN

Kejayaan sistem pendidikan sebagai perkhidmatan kepada masyarakat akan dinilai berdasarkan keupayaannya untuk dinikmati oleh kumpulan sasaran dan seterusnya untuk meningkatkan taraf kehidupan.

Walau bagaimanapun, kejayaan ini banyak dipengaruhi oleh kekuatan kerjasama dalam dan luar KPM. Keupayaan KPM mengenal pasti dan memanfaatkan sepenuhnya jalinan kerjasama menentukan kejayaan PIPP.

Page 4: Analisis Faktor Kajayaan Kritikal

DEFINISI FAKTOR KEJAYAAN KRITIKAL

Faktor Kejayaan Kritikal (FKK) adalah merupakan salah satu kaedah analisis situasi.

Analisis ini dilakukan dengan memungut dan menganalisis maklumat mengenai sesuatu perniagaan atau projek dari perspektif dalaman dan luaran dengan tujuan untuk membentuk kesimpulan mengenai kedudukan perniagaan atau projek yang sedang dilaksanakan.

Page 5: Analisis Faktor Kajayaan Kritikal

DEFINISI FAKTOR KEJAYAAN KRITIKAL

Bagi Licker (1997) dalam Nordin Mohamed (2001), analisis faktor kejayaan kritikal bermula dengan satu senarai faktor-faktor yang amat kritikal untuk sesebuah organisasi itu berjaya.

Faktor-faktor ini akan dianalisis dari sudut sumbangannya terhadap maklumat di dalam membuat sesuatu keputusan untuk mencapai faktor kejayaan kritikal berkenaan.

Page 6: Analisis Faktor Kajayaan Kritikal

KEPENTINGAN MENGANALISA FAKTOR

KEJAYAAN KRITIKAL

Mensching dan Adams (1991) menyatakan bahawa satu cara untuk membuat perancangan strategik adalah dengan mengenal pasti faktor-faktor yang amat penting yang membawa kejayaan kepada syarikat.

Page 7: Analisis Faktor Kajayaan Kritikal

FAKTOR2 KEJAYAAN KRITIKAL DALAM

PENDIDIKAN

1- Modal Insan Cemerlang Dalam Jentera Pendidikan2- Pendidik & Pengurus Pendidikan3- Guru & Ketua Guru4- Persekolahan5- Pengajaran6- Pembelajaran7- Pentaksiran yg berkualiti

Page 8: Analisis Faktor Kajayaan Kritikal

1- MODAL INSAN CEMERLANG DALAM

JENTERA PENDIDIKAN

Faktor terpenting dalam ekonomi pacuan inovasi bukan lagi harta tanah, teknologi, perkakasan dan sumber kewangan.

Faktor terpenting ialah ‘perisian otak’, yakni modal insan yang berdaya fikir.

Modal insan yang terdiri daripada pekerja berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang matematik, sains, kejuruteraan dan teknologi digital, bersikap positif, cekal, inovatif dan berani berdepan dengan cabaran-cabaran baharu yang lebih besar dan lebih rumit.

Page 9: Analisis Faktor Kajayaan Kritikal

2- PENDIDIK & PENGURUS PENDIDIKAN

a) Karakter pertama: pendidik dan pegawai pendidikan yang peka kepada persekitaran pekerjaannya yang telah berubah.

b) Karakter kedua: Pendidik dan pegawai pendidikan tidak pernah berasa puas dengan tahap pencapaian dan keberhasilan kerjanya.

c) Karakter ketiga: Pendidik dan pegawai pendidikan pemecah paradigma, peneroka penyelesaian baharu terhadap isu-isu yang mendatangkan kekusutan dalam pekerjaan dan profesyen.

Page 10: Analisis Faktor Kajayaan Kritikal

3- GURU & KETUA GURU

Standard guru Malaysia (SGM) menggariskan kriteria dan standard guru yang selaras dengan Kerangka Kelayakan Malaysia serta berkeupayaan mempamerkan tahap amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang tinggi bagi membolehkan mereka berfungsi dengan berkesan sebagai guru profesional

Page 11: Analisis Faktor Kajayaan Kritikal

4- PERSEKOLAHAN

Sekolah telah meliputi beberapa aspek yang dapat mengembangkan serta banyak membantu dalam proses merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Aspek-aspek tersebut termasuklah kepimpinan, budaya sekolah, ko-kurikulum, guru dan disiplin. Kesemua aspek ini adalah saling berkaitan dalam proses merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Page 12: Analisis Faktor Kajayaan Kritikal

5- PENGAJARAN

Amalan pengajaran guru yang berkualiti bermakna guru berupaya mempelbagaikan kaedah pengajaran, menyediakan alat bantu mengajar (ABM) dan mendalami isi kandungan yang hendak diajar.

Selain itu, guru juga perlu mengetahui akan kebolehan pelajar menerima pelajaran atau aras pelajaran, memberi motivasi kepada pelajar supaya belajar bersungguh-sungguh, dapat mengawal kelakuan pelajar dan dapat memberi penilaian atau ujian yang kerap kepada pelajar.

Page 13: Analisis Faktor Kajayaan Kritikal

SAMBUNGAN…

Mengikut Slavin (1994) terdapat empat faktor yang mempengaruhi pengajaran yang berkesan, iaitu kualiti pengajaran (quality of instruction), kesesuian tahap pengajaran (appropriate level of instruction), insentif (incentive) dan masa diperuntukan untuk pengajaran (time for instruction).

Kualiti pengajaran bermaksud keupayaan guru untuk menyampaikan pengajaran atau kemahiran yang mudah difahami oleh pelajar, mudah diingat dan menyeronokkan pelajar.

Page 14: Analisis Faktor Kajayaan Kritikal

SAMBUNGAN…

Aras pengajaran yang sesuai pula bermaksud pengajaran mestilah sesuai dengan kebolehan dan keupayaan pelajar.

Jika aras pengajaran guru tinggi, pelajar yang lemah tidak dapat mengikutnya, akhirnya mereka akan ketinggalan dalam pelajarannya. Apabila aras pengajaran itu rendah, pelajar-pelajar yang cerdik tidak akan memberikan tumpuan terhadap pengajaran guru.

Page 15: Analisis Faktor Kajayaan Kritikal

SAMBUNGAN…

Manakala insentif bermaksud keupayaan guru untuk memberi motivasi kepada pelajar untuk terus belajar dan menyiapkan kerja-kerja yang diberi oleh guru.

Mengikut persepsi pelajar, guru yang berkualiti akan mengajar serta memastikan pelajarnya mempunyai sikap dan kemahiran untuk belajar.

Selain itu, guru akan memberi ganjaran kepada pelajar yang mencapai kejayaan dan dendaan kepada pelajar yang gagal dalam pelajaran.

Page 16: Analisis Faktor Kajayaan Kritikal

SAMBUNGAN…

Masa pengajaran-pembelajaran bermaksud masa yang cukup untuk pelajar mempelajari sesuatu konsep atau kemahiran.

Justeru guru akan mengajar dengan menggunakan sepenuh masanya seperti masa yang diperuntukkan untuk mengajar, memberi masa yang mencukupi untuk pelajar menghabiskan tugasan atau latihan, dan memberi pelbagai jenis tugasan kepada pelajar.

Page 17: Analisis Faktor Kajayaan Kritikal

6- PEMBELAJARAN

Pembelajaran adalah proses interaksi peserta dengan pendidik dan sumber pendidikan pada suatu lingkungan pelajaran.

Pembelajaran merupakan bantuan yang diberikan pendidik agar berlaku proses perolehan ilmu dan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan tabiat, serta pembentukan sikap dan kepercayaan kepada peserta didik.

Dengan kata lain, pembelajaran adalah proses untuk membantu peserta dididik agar dapat belajar dengan baik.

Page 18: Analisis Faktor Kajayaan Kritikal

7- PENTAKSIRAN YG BERKUALITI

Pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti mengumpul, merekod, memberi skor, menginterpretasi, dan menghuraikan maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan.

Satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan.

Page 19: Analisis Faktor Kajayaan Kritikal

SAMBUNGAN…

Pentaksiran dilakukan adalah bertujuan:

i) sebagai proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran

ii) menilai aktiviti yang dijalankan dalam pengajaran dan pembelajaran

iii) mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran

iv) memperbaiki pengajaran dan pembelajaran.

Page 20: Analisis Faktor Kajayaan Kritikal

UKURAN KEBERHASILAN FAKTOR KEJAYAAN KRITIKAL

PENDIDIKAN

“Kemenjadian murid yang wataknya menepati deskripsi Falsafah

Pendidikan Kebangsaan.”

Page 21: Analisis Faktor Kajayaan Kritikal

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) menekankan kepada kemenjadian manusia iaitu kecergasan jasmani, kestabilan emosi, kekuatan intelektual dan kesyumulan rohani (JERI).

JERI merupakan gagasan Kementerian untuk melahirkan modal insan negara yang berwawasan , mempunyai jati diri unggul dan futuristik untuk kelestarian pendidikan negara .

SAMBUNGAN…

Page 22: Analisis Faktor Kajayaan Kritikal

Negara memerlukan cendekiawan berkualiti yang dapat menyumbang idea dan tenaga untuk pembangunan negara.

Ini merangkumi tiga aspek penting yang menjadi domain utama pembelajaran iaitu, ilmu pengetahuan, kemahiran sosial dan mengamalkan nilai murni dalam kehidupan.

SAMBUNGAN…

Page 23: Analisis Faktor Kajayaan Kritikal

Matlamat akhir kelak adalah membentuk masyarakat Malaysia yang lebih toleran, menghormati orang lain dan berilmu pengetahuan.

Kemenjadian murid mengikut kesesuaian dengan tahap dan potensi murid mengikut peringkat iaitu dari pendidikan pra-sekolah, pendidikan sekolah rendah dan pendidikan sekolah menengah.

SAMBUNGAN…

Page 24: Analisis Faktor Kajayaan Kritikal

KESIMPULAN

Sebagaimana yang digariskan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010, kerja-kerja pendidikan haruslah berupaya menghasilkan modal insan yang kompeten dalam aspek ilmu dan kemahiran, inovatif dan kreatif, bersahsiah dan patriotik, cerdas dan berpandangan luas.

Semua ini adalah keberhasilan dalam bentuk kemenjadian murid, dan ianya akan dapat dicapai sekiranya segenap mata rantai jentera pendidikan lebih efektif dalam penyampaian perkhidmatan masing-masing.

Page 25: Analisis Faktor Kajayaan Kritikal

SAMBUNGAN..

Antara objektif Program Transformasi Negara ialah yang pertamanya menjadikan jentera pendidikan lebih efektif dalam penyampaian perkhidmatan dan lebih bertanggungjawab terhadap keberhasilan, outcomenya iaitu kemenjadian pelajar yang menjadi keutamaan rakyat.

Peri pentingnya wahana pendidikan dalam kerja-kerja pembentukan manusia yang penuh dengan nilai-nilai murni dan nilai-nilai aspirasi serta menampilkan budaya bangsa yang progresif dan dinamik.

Page 26: Analisis Faktor Kajayaan Kritikal

SAMBUNGAN..

Maka dengan itu, proses penganalisaan faktor-faktor kejayaan kritikal pendidikan negara adalah aspek penting yang perlu ditekankan dan sentiasa diingatkan kepada semua golongan guru, ketua guru, pengurusan pendidikan, ibu bapa dan seterusnya para pelajar agar faktor-faktor ini tidak dipandang remeh dan akhirnya hanya merugikan proses pendidikan di negara kita. 

Page 27: Analisis Faktor Kajayaan Kritikal

TERIMA KASIH…