ulasan buku tamaddun islam

8
7/29/2019 ulasan buku tamaddun islam http://slidepdf.com/reader/full/ulasan-buku-tamaddun-islam 1/8 Mukaddimah Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim saya mulakan tugasan yang pada pandangan saya agak sukar dan mencabar kerana harus memberikan ulasan tentang buku yang sudah dibaca dan perlu diperhalusi isi kandungannya itu. Sebelum saya meneruskan ulasan buku yang telah saya telah saya baca ingin saya memperkenalkan dulu siapakah dia penulis buku itu.Buku yang saya baca ialah tentang Seni Dalam Islam.Penulisnya ialah Dr. Yusuf  Al- Qaradhawi.  Yusuf adalah ulama, pemikir, sarjana dan merupakan golongan intelek kontemporari pada abad ini. Beliau dilahirkan di Mahallah al-Kubra, Gharbiah, Mesir pada 1926. Pemikir ini menunjukkan ciri ulama apabila menghafal al-Quran sejak kecil dan sering dipanggil menjadi imam dan menyampaikan syarahan agama di masjid kampungnya. Yusuf melanjutkan pelajaran di Universiti al-Azhar sehingga ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam fiqh al-Zakat pada 1973. Beliau terpengaruh dengan pemikiran Imam 1

Upload: azuraziz

Post on 04-Apr-2018

256 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ulasan buku tamaddun islam

7/29/2019 ulasan buku tamaddun islam

http://slidepdf.com/reader/full/ulasan-buku-tamaddun-islam 1/8

Mukaddimah

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim saya mulakan tugasan yang

pada pandangan saya agak sukar dan mencabar kerana harus memberikan

ulasan tentang buku yang sudah dibaca dan perlu diperhalusi isi

kandungannya itu.

Sebelum saya meneruskan ulasan buku yang telah saya telah saya

baca ingin saya memperkenalkan dulu siapakah dia penulis buku itu.Buku

yang saya baca ialah tentang Seni Dalam Islam.Penulisnya ialah Dr. Yusuf 

 Al- Qaradhawi.

 

Yusuf adalah ulama, pemikir, sarjana dan merupakan golongan intelek

kontemporari pada abad ini. Beliau dilahirkan di Mahallah al-Kubra,

Gharbiah, Mesir pada 1926. Pemikir ini menunjukkan ciri ulama apabila

menghafal al-Quran sejak kecil dan sering dipanggil menjadi imam dan

menyampaikan syarahan agama di masjid kampungnya. Yusuf melanjutkan

pelajaran di Universiti al-Azhar sehingga ke peringkat Doktor Falsafah (PhD)

dalam fiqh al-Zakat pada 1973. Beliau terpengaruh dengan pemikiran Imam

1

Page 2: ulasan buku tamaddun islam

7/29/2019 ulasan buku tamaddun islam

http://slidepdf.com/reader/full/ulasan-buku-tamaddun-islam 2/8

al-Ghazali, Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim. Dalam kebanyakan penulisannya,

Yusuf sering mengambil pendapat tiga tokoh berkenaan.

Tajuk yang akan saya ulaskan disini ialah ‘Seni Sukan’, salah satu

dari sub tajuk yang ada di dalam buku ini.Terlebih dahulu penulis

menerangkan kepada kita mengapa dan kenapa kita sebagai manusia perlu

kepada sukan dalam meniti kehidupan.

Kita mengetahui bahawa seni muzik merupakan halwa bagi telinga,

seni lukis dan gambar merupakan nikmat bagi mata dan seni lawak jenaka

adalah untuk bergelak ketawa. Walaupun begitu, terdapat seni-seni lain yang

bertujuan untuk menghilangkan perasaan dukacita dan mengelakkan

perasaan jemu daripada bersarang dalam jiwa. Walaupun seni yang meliputi

semua jenis sukan diadakan untuk mengisi masa lapang, ia juga

mengandungi banyak faedah yang lain.

Penulis buku ini juga telah menyatakan bentuk-bentuk permainan yang

ada di kalangan masyarakat kita. Diantaranya ialah permainan yang dikenali

sebagai permainan untuk riadah badan. Contohnya seperti berenang,

berlari, semua jenis lompatan, olahraga, dan permainan-permainan yang

menggunakan bola dan permainan ski. Permainan-permainan yang hampir 

kepada penggunaan ketenteraan juga dinyatakan seperti memanah, bermain

pedang, dan lembing serta menunggang kuda.

2

Page 3: ulasan buku tamaddun islam

7/29/2019 ulasan buku tamaddun islam

http://slidepdf.com/reader/full/ulasan-buku-tamaddun-islam 3/8

Selain itu permainan untuk memenuhi masa lapang contohnya yang dapat

menajamkan akal fikiran seperti catur, dam dan domino juga permainan yang

bergantung kepada nasib semata-mata seperti Al- Nard.

Permainan lain adalah permainan ajaib seperti teknik silap mata yang

bergantung kepada tangan-tangan tersembunyi ataupun sihir. Permainan

sarkas pula digambarkan sebagai menakjubkan oleh penulis kerana

kebolehan dan kemahiran yang ditunjukkan hampir-hampir tidak dapat

diterima akal. Akhir sekali penulis juga mendapati permainan yang

menggunakan haiwan seperti burung, laga ayam, laga kambing, laga lembu,

kera, beruang, dan gajah dengan cara melatihnya melakukan kerja-kerja

yang menakjubkan amat menarik perhatian penulis kerana sangat teruja

apabila haiwan-haiwan liar ini dapat dijinakkan untuk melakukan permainan

seperti yang diarahkan oleh penjinaknya.

Bentuk-bentuk permainan seperti yang dinyatakan disini ada yang

dimainkan secara berseorangan dan ada yang dimainkan secara berdua dan

ada juga dimainkan secara berpasukan. Pintu untuk melakukan perubahan

dan mencipta permainan terbaru terbuka luas untuk bidang ini. Ini seperti

permainan yang dimainkan oleh kelab-kelab tertentu di Jerman yang disiakan

di kaca-kaca televisyen dan sebahagian daripada permainan ini terlalu

menarik dan melucukan sehingg penonton ketawa. Permainan ini kemudian

disaingi oleh

3

Page 4: ulasan buku tamaddun islam

7/29/2019 ulasan buku tamaddun islam

http://slidepdf.com/reader/full/ulasan-buku-tamaddun-islam 4/8

Jadi di sini penulis telah menghuraikan apakah pandangan Islam

terhadap perkara-perkara yang telah disebutkan diatas. Seterusnya telah

menjelaskan permainan-permainan yang diharuskan oleh Islam. Islam tidak

menegah kita berhibur melalui pelbagai jenis sukan, malahan ia merupakan

sesuatu yang terdapat dalam syarak. Diperlukan oleh individu dan

masyarakat walaupun ia tidak bertujuan selain dari berhibur, berehat

ataupun untuk berketawa. Penulis yang juga merupakan seorang ulama

terkenal telah menekankan bahawa ketawa dan nyanyian merupakan antara

perkara yang dibenarkan oleh syarak dan ianya sependapat dengan Imam al-

Ghazali dan Ibn Hazm dan ianya tidak perlu diulang dan dipertikaikan lagi,

katanya

Di dalam as- Sunnah sendiri katanya terdapat galakkan untuk

menceburi sukan memanah dan menunggang kuda dan orang mukmin yang

kuat lebih baik dan lebih dikasihi oleh Allah S.W.T daripada orang mukmin

yang lemah.

4

Page 5: ulasan buku tamaddun islam

7/29/2019 ulasan buku tamaddun islam

http://slidepdf.com/reader/full/ulasan-buku-tamaddun-islam 5/8

Di sini saya lihat betapa Allah menyuruh kita sebagai hambanya melakukan

perkara-perkara yang mendatangkan keuntungan peribadi kepada diri sendiri

contonya iaitu di samping belajar untuk memanah dan menunggang kuda

sebenarnya telah dapat menjadikan diri lebih sihat dan kuat dari sefi fizikal

dan mental dan sudah semestinya pada zaman itu kemahiran bermain

pedang dan menunggang kuda menjadi keutamaan bagi setiap orang lelaki

untuk berhadapan dengan situasi perang.

Di dalam buku ini juga telah diceritakan bahawa Islam telah

mensyariatkan hari raya Aidil Fitri dan Hari Raya Aidil Adha sebagai ganti

kepada dua hari yang digunakan oleh orang-orang Ansaruntuk bermain-main

pada zaman Jahiliyah. Rasulullah s.a.w. telah mengizinkan orang Habsyah

bermain dengan lembing dan senjata mereka di Masjid Nabi yang mulia pada

hari raya dan baginda sendiri memberi kata-kata semangat kepada mereka.

Semua itu pun telah disebut sebelum ini.

6

Page 6: ulasan buku tamaddun islam

7/29/2019 ulasan buku tamaddun islam

http://slidepdf.com/reader/full/ulasan-buku-tamaddun-islam 6/8

Islam dengan jelas menegah beberapa jenis permainan yang bersalahan

dengan makasid dan hukum-hukum yang telah diletakkannya. Salah satunya

ialah permainan yang merbahaya tanpa ada unsur darurat perti sikan tinju.

Juga permainan yang mendedahkan tubuh wanita yang haram didedahkan

contohnya seperti sukan renang, dan olahraga. Di sini pada pendapat saya

ada baiknya kerajaan lebih menunjukkan keprihatinan terhadap isu aurat

kaum perempuan yang beragama Islam iaitu dengan memberi kemudahan

dan keselesaan kepada kaum wanita untuk beriadah sama tanpa perlu

memikirkan tentang aurat lagi. Contohnya perlu ada kolam-kolam renang

dan padang permainan yang khusus untuk mereka dan tidak boleh dimasuki

oleh kaum lelaki. Saya rasa jika cadangan ini dikemukan sudah tentu akan

mendapat sokongan yang kuat daripada rakyat terutama kaum wanita kerana

ianya akan memberi persepsi yang kerajaan memang cuba untuk meletakkan

kaum wanita ini pada satu tahap yang tinggi di mata masyarakat dan lebih-

lebih lagi pada pandangan kaum lelaki. Sebagaimana yang telah pun

kerajaan jayakan ialah koc-koc kereta api khas untuk wanita sahaja . Jadi

saya rasa tentulah tidak mustahilsuatu hari nanti kerajaan akan cuba

melaksnakan perkara diatas sekiranya dicadangkan.

7

Page 7: ulasan buku tamaddun islam

7/29/2019 ulasan buku tamaddun islam

http://slidepdf.com/reader/full/ulasan-buku-tamaddun-islam 7/8

Selain daripada itu permainan yang bergantung kepada sihir, menggunakan

helah dan penipuan turut ditegah diamalkan seperti permainan Tiga Kertas di

Mesir. Permainan yang mendedahkan haiwan kepada kecederaan dan

kematian juga dilarang keras contohnya laga ayam, laga lembu. Penulis

merasakan yang manusia tidak sepatutnya menjadikan darah yang mengalir 

daipada pertempuran haiwan sebagai satu hiburan. Telah dinyatakan

sesungguhnya sesiapa yang tidak merahmati, dia tidak akan dirahmati oleh

 Allah.

Permainan yang juga dilarangnialah yang merendahkan ataupun

mempersendakan kemuliaan manusia. Contonya seperti orang buta,

tempang, berkulit hitam, ataupun ke atas pekerja-pekerja dalm sektor 

pekerjaan tertentu kecuali dalam skop yang boleh diterima oleh adapt secara

am.

 Allah berfirman:

"Janganlah kamu mencela-cela sesama kamu dan janganlah kamu

memanggil sesama kamu dengan gelaran yang tidak baik" 

8

Page 8: ulasan buku tamaddun islam

7/29/2019 ulasan buku tamaddun islam

http://slidepdf.com/reader/full/ulasan-buku-tamaddun-islam 8/8

Kesimpulannya ialah kita semua supaya tidak boleh melampau-lampau

dalam menghayati sesebuah permainan itu sehingga mengorbankan perkara-

perkara yang lain. In kerana permainan hanyalah ‘ hiasan hidup’. Semua

perkara yang diharuskan telah disertakan bersamanya syarat supaya tidak

keterlaluan, kerana Allah S.W.T tidk menyukai golongan yang melampau,

dan berlebih-lebihan. Begitu juga disyaratkan supaya permainan-permainan

ini tidak melalaikan daripada kita menunaikan kewajipan kita sebagai hamba

 Allah dan membuatkan kita lalai dalam menunaikan tuntutan agama yang

lain dan kewajipan dunia. Individu dan masyarakat muslim dituntut supaya

mempunyai keseimbangan antara kehendak dengan kewajipan. Dan kita

 juga hendaklah menunaikan setiap sesuatu yang mempunyai hak keatasnya.

9