tamaddun islam

27
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG BINTANGOR, SARAWAK (TAHUN 2011) PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH( PPG-PJJ) KERJA KURSUS TAMADUN ISLAM ISLAM DAN TAMADUN ASIA (WAY3103) KUMPULAN : BAHASA MELAYU 1 AMBILAN JUN 2011

Upload: lleesaylan-lan

Post on 25-Jan-2016

34 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

KESAN INTERAKSI TAMADDUN

TRANSCRIPT

Page 1: TAMADDUN ISLAM

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANGBINTANGOR, SARAWAK

(TAHUN 2011)PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU

MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH( PPG-PJJ)

KERJA KURSUSTAMADUN ISLAM ISLAM DAN TAMADUN ASIA

(WAY3103)

KUMPULAN : BAHASA MELAYU 1AMBILAN JUN 2011

NAMA : KANDAU AK SIGAT NO. KP : 671111-13-5299PENSYARAH : USTAZAH FATIMAH BT. AHMAD

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

Page 2: TAMADDUN ISLAM

Pengenalan

1.0 Kesan positif interaksi pelbagai tamadun 1

1.1 Interaksi Tamadun India dengan Tamadun China 1

1.2 Interaksi Tamadun India Dengan Tamadun Islam 2

1.3 Interaksi Tamadun India dengan Tamadun Barat 2-3

1.4 Interaksi Tamadun Islam dengan Tamadun Yahudi dan Kristian 4

1.5 Interaksi Tamadun Islam degan Tamadun China 4

1.6 Interaksi Tamadun Islam Dengan Tamadun Melayu 5

1.7 Interaksi Tamadun Melayu Dengan Tamadun China 5

1.8 Interaksi tamadun Melayu dengan Tamadun India 6

1.9 Interaksi Tamadun China dengan Tamadun Jepun 7

2.0 Kesan Negatif Interaksi Tamadun 8

3.0 Ciri-ciri Persamaan dan Perbezaan Antara Pelbagai Tamadun 9-10

4.0 Faktor Berlakunya Interaksi Tamadun 11-13

Rumusan 13-14

Bibliografi 15

Pengenalan

Page 3: TAMADDUN ISLAM

Proses interaksi antara tamadun bermula dengan proses pembudayaan yang

mengintegrasikan masyarakat berbilang ras atau etnik. Melalui proses interaksi antara

budaya, maka terbentuk interaksi peringkat tamadun. Perdagangan memainkan peranan

yang sangat penting dalam proses interaksi antara tamadun.

1.0 Kesan positif interaksi pelbagai tamadun

1.1 Interaksi Tamadun India dengan China

Interaksi Tamadun India dengan China telah membawa kesan positif penyebaran

agama Buddha di negara China. Agama Buddha dibawa masuk ke China pada kurun

pertama Masihi. Ketika itu, maharaja China menghantar wakil ke India untuk mendalami

ajaran agama ini dan menyesuaikannya dengan budaya masyarakat Cina seperti doktrin

(prinsip)Daoisme dan Konfusianisme. Sami dari China menetap di India untuk mempelajari

kitab Buddha yang menggunakan bahasa Sanskrit dan Pali sehingga berjaya menyusun

doktrin Buddha dalam satu koleksi yang digelar Tripitaka.

Selain itu, pelbagai kemahiran juga diperkembangkan dalam sains dan teknologi

seperti teknologi membuat gula daripada tebu dan bidang astronomi diperkembangkan oleh

India kepada China. Karya perubatan India diterjemah ke dalam bahasa Cina selain

daripada 60 koleksi ilmu astronomi India turut melalui perkara yang sama. Manakala,

Tamadun India melalui perkembangan teknologimembuat kertas, bahan letupan, percetakan

dan penggunaan kompas dari Tamadun China.

Dalam bidang bahasa, kesusasteraan dan kesenian; Tamadun China turut

menerima banyak keuntungan melalui interaksinya dengan India. Bidang fonetik di China

menggunakan teknik daripada ilmu fonetik Sanskrit yang dipelajari melalui ajaran

Buddhisme. Disebabkan itu, perbendaharaan kata bahasa Sanskrit dan Pali banyak

mempengaruhi kesusasteraan China. Malahan, alat muzik China seperti pipa dan konghou

juga berasal dari India. Interaksi di antara kedua-dua tamadun ini berlangsung secara aman

melalui hubunganperdagangan dan keagamaan.

1.2 Interaksi Tamadun India dengan Tamadun Islam

Page 4: TAMADDUN ISLAM

Tamadun India berinteraksi dengan Tamadun Islam apabila negeri Sind dan selatan

Punjab dikuasai oleh orang Muslim pada tahun 712 Masihi. Penyebaran agama Islam

dilakukan oleh orang Turki. Walaupun berlakunya asimilasi budaya, wujud satu budaya yang

bersifat budaya komposit iaitu Indo-Muslim yang merupakan hasil campuran budaya Hindu

dan Islam.Identiti kedua-dua budaya tetap dikekalkan.

Hasil daripada budaya komposit ini, berlaku perubahan pada unsur-unsur budaya

seperti bahasa. Satu bahasa yang dikenali sebagai Zaban-e-Hindawi iaitu Urdu muncul.

Bahasa Urdu mempunyai tatabahasa Prakrit dengan perbendaharaan kata Parsi, Arab dan

Turki. Bahasa ini ditulis dengan skrip Arab tetapi, diubah untuk mewakili bunyi bukan Arab.

Pendidikan juga turut dipengaruhi oleh budaya Indo-Muslim apabila dasar

pendidikan yang baru diperkenalkan oleh Akbar, pemerintah teragung zaman

Mughul. Orang Hindu berpeluang mempelajari bahasa Persia dan cemerlang di

madrasah-madrasah sehingga ada yang menjadi guru. Malahan, buku sains

perubatan turut ditulis dalam bahasa Persia oleh ahli-ahli fizik Hindu. Manakala,

dalam bidang sejarah pula Tarikh-i-Muzaftarim oleh Muhammad Ali Ansari, Ibrat-

Nama oleh Khairuddin, Sair-ul-Mutakherin oleh Ghulam Husain dan Imad-ur-

Saadat oleh Ghulam Ali Naqvi adalah antara karya-karya penting pada zaman

pemerintahan Islam di India.

Ketika zaman pemerintahan Akbar juga, gaya lukisan Hindu telah

mendominasi gaya lukisan Parsi kerana kehadiran pelukis Hindu yang ramai di

istananya. Kemudian, Institut Lukisan Mughul diasaskan yang bertujuan

mengabungkan gaya lukisan Islam dan Hindu.

Seni bina merupakan unsur budaya komposit terakhir daripada interaksi

Tamadun India dan Tamadun Islam. Bidang seni bina mengalami perkembangan

yang pesat pada zaman Mughul dengan pembinaan bangunan Kabuli Bagh di

Panipat, Jami Masjid di Sambal dan sebuah masjid di Agra. Salah satu daripada

tujuh keajaiban di dunia iaitu Taj Mahal dibina oleh Shah Jahan5 adalah

berdasarkan konsep dan gaya Islam. Namun demikian, penggunaan bahan,

Page 5: TAMADDUN ISLAM

kerja-kerja ukiran dan motif-motif bunga-bungaan lebih bercirikan seni bina

Hindu.

1.3 Interaksi Tamadun India dengan Tamadun Barat

Interaksi di antara Tamadun India dengan Tamadun Barat bermula

dengan Portugal yang merupakan kuasa Eropah pertama yang datang ke India.

Tujuan Barat ke India ialah untuk memperoleh rempah dan menyebarkan agama Kristian.

Pada tahun 1810-1820-an, sekolah-sekolah Inggeris, mubaligh-mubaligh Kristian

dan buku-buku Inggeris memonopoli sistem pendidikan di India. Menurut Thomas B.

Macauay, tujuan pendidikan di India ialah mewujudkan satu kelasIndia dalam darah dan

warna; manakala Inggeris melalui rasa, pandangan, moral dan intelek.

Interaksi kedua-dua tamadun ini mempengaruhi sastera di India apabila pada akhir

abad ke-19, sastera India telah dipengaruhi oleh pendidikan Inggeris.Dalam pada itu, orang

India sendiri mula hilang minat kepada sastera mereka sendiri kerana tidak bersesuaian

dengan perubahan zaman. Genre sastera tradisional India seperti kavya, campu dan drama

lebih sesuai untuk kisah-kisah seperti epik, agama dan dharma. Sudah tentulah ini tidak

sesuai dengan kehendak sosial dan politik yang membawa nafas baru sehingga turut

munculnya sajak-sajak romantik.

Interaksi Tamadun India dan Tamadun Barat mempengaruhi hubungan sosial dan

budaya di antara bandar dan kampung. Perhubungan di antara penghuni bandar yang

kebanyakkan berhijrah dari kampung masih erat dengan kaum keluarga mereka yang

berada di kampung. Selain itu, media elektronik seperti panggung wayang, radio dan

televisyen mula menggantikan alat komunikasi tradisional seperti wayang kulit dan drama.

Bandar menjadi pusat reformasi dalam aspek agama dan tradisi di kampung. Sekolah-

sekolah, buku-buku, kuil-kuil, upacara umum agama dan media massa memperkenalkan

tafsiran yang baru dalam masyarakat kampung sehingga berlaku desakan agar

pembentukan keseragaman dalam amalan budaya dan agama dilakukan.

Bahasa Inggeris turut diakui oleh Perlembagaan India yang digunakan untuk tujuan

rasmi selama 15 tahun. Malah, dua pertiga daripada rakyat India tidak menggunakan

Page 6: TAMADDUN ISLAM

bahasa Hindi dalam komunikasi mereka. Namun demikian,terdapat juga negeri di India yang

mengenakan syarat supaya menggunakan bahasa Hindi dalam pentadbiran seperti di

Rajasthan, Uttar Pradesh, Bihar dan Haryana. Manakala, kawasan seperti Punjab, Kerala,

Tamil Nadu, Gujarat dan Bengal Barat menggunakan bahasa Inggeris.

1.4 Interaksi Tamadun Islam dengan Tamadun Yahudi dan Kristian

Interaksi Tamadun Islam dengan Yahudi dan Kristian berlaku semasa zaman

kemunculan Islam di Tanah Arab yang telah membawa beberapa kesan positif. Dalam

Perlembagaan Madinah (Sahifah Madinah) yang digubal oleh Nabi Muhammad s.a.w. di

Madinah, hak-hak orang Kristian dan Yahudi serta penganut-penganut agama lain telah

diberikan perlindungan. Hak ini adalah berkaitan dengan kebebasan mengamalkan tuntutan

agama mereka tanpa gangguan oleh umat Islam yang lain termasuklah Nabi Muhammad

s.a.w. sendiri. Hal ini terus diikuti oleh pemerintah-pemerintah Islam ketika zaman Khulafa

al-Rasyidin, Bani Umaiyah,Abbasiyah, Uthamaniyah dan kerajaan-kerajaan Islam di India.

Penganut-penganut Kristian dan orang Yahudi turut mendapat kedudukan yang tinggi dalam

pentadbiran beberapa buah kerajaan Islam.

1.5 Interaksi Tamadun Islam dengan Tamadun China

Semasa zaman pemerintahan dinasti-dinasti Tang, Sung, Yuan dan Ming,muncul

beberapa tokoh Islam yang memainkan peranan penting dalam pentadbiran. Kemudian,

muncul pula cendikiawan-cendikiawan Islam tempatan yang mashyur seperti Liu Zhi dan

Mha Zhu. Mereka mencari keselarian ajaran-ajaran dan nilai Islam dengan Konfusianisme.

Agama Islam diperkenalkan kepada masyarakat China melalui konsep hubungan

kekeluargaan, ketaatan kepada ibu bapa dan raja serta nilai-nilai moral yang terdapat dalam

ajaran Konfusianisme. Melalui interaksi ini juga, berlakunya pertembungan seni bina Arab-

Islam dengan seni bina China yang dapat dilihat menerusi masjid-masjid di China hari ini.

Ketika interaksi kedua-dua tamadun ini berlaku, terdapat juga penerbitan media

massa dalam kalangan masyarakat Islam di negeri China. Lebih daripada 70 Review Islam

telah diterbitkan dan Review Bulanan Islam di Yunan dalam tahun 1915 adalah yang terawal

diterbitkan. Review yang paling lama bertahan ialah ‘The Crescent-Bulan Sabit’ dan ‘The

Page 7: TAMADDUN ISLAM

Light Of The Crescent-Cahaya Bulan Sabit’ (Yueh Hwa) di Bei Jing dan juga ‘Islamic

Review’ di Shang Hai. Dalam bidang kesusasteraan, terdapat juga masyarakat Cina Islam

yang aktif seperti Lee Yen Shen yang terkenal pada zaman Dinasti Tang. Lee Hsiun dan

Lee Shun Hsuan pula merupakan penyair-penyair besar manakala Mi Fei seorang penyair

dan penulis kaligrafi yang terkenal dalam dunia penulisan Cina .

1.6 Interaksi Tamadun Islam dengan Tamadun Melayu

Tamadun Islam juga turut berinteraksi dengan Tamadun Melayu yang

berlaku secara aman menerusi perdagangan. Dikatakan bahawa pengaruh

Islam di Asia Tenggara khususnya Kepulauan Melayu datang dari tiga kawasan

berbeza iaitu dari Arab dan Parsi, dari India serta dari China. Namun kesan

positif iaitu dengan tersebarnya agama Islam di Kepulauan Melayu adalah kesan

yang paling menonjol. Lalu, muncul pula kerajaan Islam tempatan seperti Pasai,

Melaka, Aceh, Johor-Riau, Brunei, Patani, Sulu, Banten, Demak, Tuban,

Mataram dan banyak lagi. Interaksi ini juga turut membawa tulisan jawi yang

banyak mempengaruhi perkembangan ilmu pengetahuan di Kepulauan Melayu.

Kesan positif yang dapat dilihat termasuklah pengaruh dari segi perundangan,

kesusasteraan, kesenian, kebudayaan berupa pakaian dan makanan serta

penggunaan istilah-istilah Arab dalam bahasa Melayu.

1.7 Interaksi Tamadun Melayu dengan Tamadun China

Dalam interaksi kedua-dua tamadun ini, unsur kebudayaan juga

dipengaruhi oleh kebudayaan masing-masing. Disebabkan oleh pertukaran

barang yang dijadikan sebagai hadiah, Tamadun Melayu telah diperkenalkan

dengan pelbagai jenis tekstil seperti kain sutera dan kain kapas, barangan

porselin, tembikar dan logam serta makanan seperti kicap, taugeh dan tauhu.

Malahan, adat memberi ang pau yang bermaksud sampul merah ketika

perayaan Tahun Baru Cina juga diperkenalkan.

Tamadun Melayu turut memperoleh keuntungan dari aspek perubatan dan

teknologi yang dibawa oleh Tamadun China. Seperti yang kita ketahui, rawatan

Page 8: TAMADDUN ISLAM

akupuntur dan herba adalah sangat mujarab dan bertujuan menyeimbangkan yin

dan yang mengikut kepercayaan masyarakat Cina. Perubatan herba Cina

menggunakan lebih seribu jenis herba juga dapat mengubati penyakit seperti

asma, anemia dan kanser. Teh Cina iaitu teh hijau juga mempunyai banyak

khasiat kepada tubuh badan. Dalam bidang teknologi, Tamadun China

membawa teknologi membuat gula dari tebu ke Kepulauan Melayu seperti di

Jawa selain daripada penghasilan barangan lain seperti kertas, kain, bahan

letupan dan lilin.

1.8 Interaksi Tamadun Melayu dengan India

Interaksi kedua-dua tamadun ini telah bermula sejak dari abad ke-3 SM.

Hasil daripada interaksi ini, agama Hindu dan Buddha telah disebarkan dan menjadi

pegangan penduduk tempatan yang sebelumnya memegang kepercayaan animisme. Antara

tinggalan pengaruh ajaran Hindu ialah Candi Bukit Batu Pahat di Lembah Bujang ketika

kerajaan Chola menguasai Kedah.

Sistem pemerintahan kita pada hari ini juga mempunyai unsur-unsur konsep

ketuhanan agama Hindu. Keadaan ini berdasarkan konsep ”Dewaraja”. Warisan yang masih

dikekalkan berdasarkan konsep ini ialah membesarkan keagungan dan kedudukan Raja

dalam upacara pertabalan baginda.

Struktur masyarakat dalam masyarakat Melayu juga dipengaruhi oleh

sistem kasta. Sistem ini ialah susun lapis dalam masyarakat di mana terdapat

pemisahan yang jelas di antara golongan atasan atau bangsawan dengan rakyat

biasa. Keadaan ini membawa kepada kemunculan masyarakat feudal dalam

kehidupan masyarakat Melayu.

Adat resam dan budaya masyarakat Melayu juga turut menerima

pengaruh daripada agama Hindu iaitu amalan jampi dan mantera. Ini dapat

dilihat daripada golongan bomoh atau dukun ketika melakukan upacara yang

berkenaan. Amalan seperti melenggang perut, bertindik telinga, bersanding dan

Page 9: TAMADDUN ISLAM

berinai serta mencecah garam dan menjejak kaki ke bumi bagi bayi dalam

masyarakat Melayu juga dipengaruhi oleh amalan masyarakat India.

Bahasa adalah unsur yang ketara dipengaruhi oleh interaksi kedua-dua

tamadun ini. Tamadun Melayu menerima pengaruh bahasa Sanskrit yang

diubah sedikit menjadi kosa kata bahasa Melayu. Penemuan Batu Bersurat

Kedukan Bukit (683 M), Batu Bersurat Talang Tuwo (684 M) dan Batu Bersurat

Karang Berahi (692 M) membuktikan pengaruh bahasa Sanskrit dalam bahasa

Melayu kuno ketika itu. Dalam Batu Bersurat Terengganu, 29 perkataan bahasa

Sanskrit turut ditemui bersama bahasa Arab. Antara contoh bahasa Sanskrit

yang mempengaruhi bahasa Melayu lama ialah bhakti (bakti), prakara (perkara)

dan vela (bila).

Unsur terakhir yang dipengaruhi dalam interaksi ini ialah kesusasteraan.

Contohnya, kesusasteraan Sanskrit seperti Epik Ramayana dan Mahabhrata.

Hikayat Seri Rama diinspirasikan daripada Epik Ramayana manakala versi

tempatan bagi Epik Mahabhrata ialah Hikayat Pendawa Lima, Hikayat Pandawa,

7Hikayat Panda Delima dan Hikayat Sang Boma. Karya sastera Melayu

tradisional begitu mementingkan aspek kesenian, keromantisan, keagungan raja-

raja serta penyelitan unsur mitos dan epik. Karya sastera ini turut diadaptasi ke

dalam wayang kulit.

1.9 Interaksi Tamadun China dengan Jepun

Dalam interaksi di antara Tamadun China dan Tamadun Jepun, banyak

kesan positif yang dapat diperhatikan. Jepun mendapat banyak faedah daripada

hubungan ini kerana beberapa sumbangan penting dari Tamadun China.

Antaranya ialah dari segi agama dan tulisan. Tamadun China mengembangkan

agama Buddha di Jepun dan diasimilasikan dengan agama asal Jepun iaitu

Shinto. Asimilasi ini langsung tidak mengubah identiti ajaran Buddha. Malah

kuil-kuil Buddha didirikan di Jepun dan mencapai zaman kemuncaknya pada

Page 10: TAMADDUN ISLAM

zaman Nara dan Heian. Melalui aspek tulisan pula, tulisan Cina menjadi asas

kepada pembentukan tulisan Jepun iaitu Hiragana dan Katakana. Pengaruh

tulisan ini juga memberi kesan kepada perkembangan intelektual dan

kesusasteraan Tamadun Jepun.

Selain itu, Tamadun China turut meninggalkan unsur kebudayaannya

seperti upacara minum teh, seni taman dan struktur pembinaan bandar. Begitu

juga ajaran falsafah Konfusianisme yang diasimilasi dalam Tamadun Jepun.

Ajaran Konfusianisme memberi penekanan kepada institusi kekeluargaan dan ini

memberi kesan kepada pemantapan institusi keluarga di Jepun. Manakala,

konsep mandat dan syurga pula memperkukuhkan kedudukan Maharaja Jepun

yang dipercayai berasal dari keturunan Dewi Amaterasu.

2.0 Kesan Negatif Interaksi Tamadun

Tidak semua interaksi di antara tamadun menghasilkan kesan yang

positif. Terdapat juga yang menyebabkan kesan negatif berlaku sama ada pada

peringkat awal interaksi atau sebahagian daripada kesan interaksi yang telah

berlaku.Umpamanya, hubungan orang Islam dan Kristian ketika Zaman

Pertengahan di Eropah. Pemerintah-pemerintah Kristian di Eropah telah

melancarkan Perang Salib ke atas orang Islam. Ramai orang Islam dan Yahudi

yang terkorban akibat perang ini disebabkan faktor perbezaan agama, ekonomi

dan politik.

Seterusnya ialah ketika interaksi di antara Tamadun India dan Tamadun

Islam. Hubungan penganut agama Islam dan Hindu di India berada dalam

ketegangan. Orang Islam dibunuh dan masjid-masjid dimusnahkan raja-raja India yang

beragama Hindu. Begitu juga pemerintah-pemerintah Islam telah memusnahkan kuil-kuil

Hindu dan orang Hindu dibunuh.

Page 11: TAMADDUN ISLAM

Konflik turut wujud ketika agama Buddha mula diperkenalkan ke dalam

masyarakat China semasa zaman pemerintahan Dinasti Han Timur semasa

Semasa zaman pemerintahan Moghul, raja Moghul, Aurangzeb telah mengharamkan

pembinaan kuil-kuil baru, upacara mandi suci di Sungai Jamuna dan mengharamkan

upacara Sati.

Interaksi di antara Tamadun India dan China. Hal ini disebabkan pengaruh

cendikiawan Konfusianisme dalam pentadbiran Dinasti Han. Tentangan mereka

menyebabkan sami-sami Buddha telah dikurung dan kuil-kuil Buddha

dimusnahkan.

Interaksi di antara Tamadun Islam dengan China juga menimbulkan

konflik seperti rasa tidak puas hati terhadap pencapaian ekonomi pihak yang

bertentangan. Penduduk Han di Tenggara China mewujudkan permusuhan

dengan orang Islam kerana tidak puas hati terhadap kemewahan orang Islam

dalam aktivti perdagangan. Pemberontakan kemudian berlaku pada tahun 758

Masihi dan 876 Masihi menyebabkan orang islam dibunuh dan ramai yang

melarikan diri ke Asia Tenggara seperti Palembang dan Kedah. Selain itu, rasa

tidak puas hati orang Islam turut muncul apabila ajaran Konfusianisme

diutamakan pada pemerintahan Dinasti Ching. Rasa tidak puas hati14 orang

Islam disokong oleh gerakan Kaum Muda (Wahabi) dalam kalangan orang Cina

beragama Islam.

3.0 Ciri-ciri Persamaan dan Perbezaan Antara Pelbagai Tamadun

Ciri-ciri perbezaan antara tamadun boleh dilihat terutamanya dari konteks teologi dan

etika. Sebagai contoh persoalan teologi berhubung dengan konsep monoteisme

Page 12: TAMADDUN ISLAM

islam begitu berbeza daripada metafizik Buddhisme yang tidak menerima konsep

tuhan pencipta.

Islam, Kristian dan yahudi dilihat secara umum merupakan agama-agama

monoteistik, tetapi kepercayan monoteisme mereka berbeza anatara satu sama lain.

Persoalan-persoalan teologi, sering dilihat menimbulkan percanggahan pendapat.

Pencanggahan pendapat yang dimaksudkan tidak semestinya berlaku anatara satu

tamadun dengan satu tamadun yang lain, tetapi boleh berlaku dalam sesebuah

tamadun, malah dalam sesebuah agama itu sendiri.

Dalam konteks melihat persamaan dan perbezaan antara tamadun, tujuh persoalan etika

berikut dikemukakan.

PERSOALAN PERSAMAAN PERBEZAAN

 

ALAM SEKITAR

 

 

Hidup secara harmoni

Alam sekitar adalah anugerah tuhan, manusia adalah bertanggungjawab sebagai khalifah untuk menjaganya.

 

Terdapat dalam beberapa tamadun yang memelihara alam sekitar diberikan penafsiran pasif sehingga alam sekitar itu disembah dan di anggap sebagai "Divine Power"

KELUARGA

Keluarga adalah sebagai asas pembentukan masyarakat

Menurut konfucianisme kesetiaan dan pertalian yang erat merupakan kekeluargaan yang paling penting

Islam amat menekankan tentang kasih sayang dan hormat menghormati.

KOMUNITI

Komuniti sangat berpengaruh dalam menentukan personaliti dan identiti seseorang manusia.

Komuniti memastikan nilai-nilai dan norma masyarakat sentiasa dihormati.

Dapat memberi sokongan moral,material, dan psikologi kepada anggota.

Dalam sejarah tamadun dapat dilihat bagaimana identiti seseorang dan kemantapan komuniti mencapai keseimbangan dalam beberapa tradisi tertentu seperti Islam dan Buddhime

KERAJAAN Menekankan persoalan  

Page 13: TAMADDUN ISLAM

akhlak dan moral sebagai dasar sesebuah kerajaan.

Sifat raja adil dan saksama merupakan tema utama tamadun-tamadun

KEGIATAN EKONOMI

Berlaku dalam konsep "Moral semesta"

Wujud konsep hak-hak kehidupan

Buddhidme wujud hak-hak kehidupan yang termaktub dalam salah satu "eight fold path".

Dalam ajaran Islam wujud Halal dan Haram yang mempunyai kaitan dengan akhlak.

PENDIDIKAN

Pembinaan sifat-sifat seseorang

Manusia tidak digalakkan mengusai persekitaran luaran tampa perubahan dalaman.

 

 

Dalam islam persoalan tauhid memainkan peranan penting dalam transformasi manusia.

Dalam ajaran Buddha dan beberapa aliran Hindu, tranformasi sifat(Character) dapat dicapai melalui proses mencari diri sendiri.

KESIHATAN

Mengetahui persoalan-persoalan dasar berkaitan dengan ketamadunan membuka ruang kepada seluruh manusia untuk berinteraksi secara positif ke arah kehidupan yang saksama.

Konsep kesihatan tidak boleh dipisahkan daripada pandangan semesta sesebuah agama

4.0 Faktor Berlakunya Interaksi Tamadun

Interaksi tamadun berlaku disebabkan oleh beberapa faktor yang boleh

dilihat dari pelbagai sudut. Secara umumnya, interaksi tamadun ini disebabkan

sifat toleransi dan sikap saling hormat-menghormati di antara tamadun.Secara khususnya,

interaksi di antara tamadun adalah berpunca daripada beberapa aspek seperti;

4.1 Kepimpinan

4.2 Sikap golongan agama,

4.3 Kedudukan geografi,

4.4 Perkahwinan,

Page 14: TAMADDUN ISLAM

4.5 Perdagangan

4.6 Misi politik.

4.1 Kepimpinan

Faktor kepimpinan memainkan peranan yang amat penting di dalam

proses interaksi tamadun. Sifat pemimpin akan mempengaruhi proses interaksi

yang dilakukan. Ini bermakna, sekiranya pemimpin bersikap adil, bertoleransi

dan menghormati kebudayaan lain, proses interaksi akan berjalan dengan lancar

yakni aman dan damai. Contoh interaksi tamadun yang berlaku dengan aman

ialah melalui pemimpin Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak menyekat orang

Yahudi dan Kristian dalam pemerintahan Madinah. Sebaliknya hak golongan ini

dilindungi oleh undang-undang. Tetapi, sekiranya pemimpin bersikap kuku besi,

interaksi tamadun juga akan memberi kesan negatif. Antaranya, sikap tidak

bertoleransi Sultan Shamsuddin Altamish di India terhadap penganut Hindu.

4.2 Sikap golongan agama

Sikap golongan agama ini menjadi penentu kepada hidup beragama secara

harmoni di mana kerukunan hidup bersama-sama insan yang mempunyai agama yang

berbeza diterapkan. Dalam Tamadun Islam, golongan agama merupakan para ulama

manakala Tamadun India yang berteras kepada agama Hindu, minoriti kasta Brahmin

menjadi tunggak kepada agama. Golongan agama dalam kepercayaan Buddha pula

didukung oleh sami sementara paderi menguasai fahaman Kristian.Sikap golongan agama

yang berakhlak seperti yang dipamerkan ulama Islam di Alam Melayu memudahkan proses

interaksi dan Islamisasi berlaku.

4.3 Kedudkan geografi

kedudukan geografi yang strategik dan menjadi laluan utama dalam aktiviti

perdagangan juga turut memberi kesan berlakunya interaksi tamadun. Contohnya, Tamadun

China berinteraksi dengan pelbagai tamadun lain kerana terdapat dua laluan utama iaitu

laluan sutera yang menggunakan jalan darat dan laut. Laluan sutera darat menghubungkan

China dengan Khurasan, Samarqand, Xinjiang hingga ke Peking. Manakala, laluan laut

pula merentasi Laut Arab ke Benua Kecil India, Kepulauan Melayu hingga ke Canton di

Tenggara China. Kedua-dua laluan ini membolehkan negara-negara terlibat berinteraksi dan

Page 15: TAMADDUN ISLAM

menjalankan aktiviti perdagangan. Pelabuhan Melaka juga terkenal kerana kedudukan

geografinya yang strategik dan terlindung dari angin monsun. Pelabuhan ini menjadi

tumpuan dan persinggahan para pedagang. Aktiviti perniagaan berlaku di Pelabuhan

Melaka disebabkan ramai pedagang yang singgah.

4.4 Perkahwinan

Perkahwinan juga antara faktor penting dalam proses interaksi tamadun. Contohnya,

perkahwinan Megat Iskandar Shah dan Puteri Pasai dalam kalangan golongan bangsawan

dan pemerintah. Di rantau Alam Melayu juga, berlakunya interaksi di antara penduduk

tempatan dengan pedagang Arab dalam tempoh mereka bermukim di situ sementara

menunggu angin monsun. Perkahwinan ini juga membawa kepada Islamisasi kerana gadis

tempatan perlu diislamkan terlebih dahulu sebelum berkahwin dengan pedagang Arab.

Malahan, ahli keluarga gadis tersebut juga turut sama menerima Islam dalam kehidupan

mereka.

4.5 Perdagangan

Hubungan perdagangan di antara Arab dan China memang membuktikan

perdagangan sebagai faktor yang menyumbang kepada berlakunya interaksi.

Hubungan kedua buah negara tersebut bermula sejak 3 Masihi lagi. Malah,

pedagang Arab dan Parsi membina penempatan di Kwang Cho (Canton), Chang

Urdu Kerajaan Moghul. Bahasa ucapan disebut Hindustani dan contoh bagi

perbendaharaan kata Urdu ialah wajib dan munsyi. Dalam bahasa Urdu majalah

dan surat khabar sangat banyak diterbitkan oleh umat Islam di India. Antaranya

ialah majalah al-Ma’arif yang diterbitkan oleh Darul Mushannifin di kota

Azamgarh yang diterbitkan sejak tahun 20an sehingga hari ini.

4.6 Misi politik

Pendidikan juga turut dipengaruhi oleh budaya Indo-Muslim apabila dasar

pendidikan yang baru diperkenalkan oleh Akbar, pemerintah teragung zaman

Mughul. Orang Hindu berpeluang mempelajari bahasa Persia dan cemerlang di

madrasah-madrasah sehingga ada yang menjadi guru. Malahan, buku sains

perubatan turut ditulis dalam bahasa Persia oleh ahli-ahli fizik Hindu. Manakala,

dalam bidang sejarah pula Tarikh-i-Muzaftarim oleh Muhammad Ali Ansari, Ibrat-

Page 16: TAMADDUN ISLAM

Nama oleh Khairuddin, Sair-ul-Mutakherin oleh Ghulam Husain dan Imad-ur-

Saadat oleh Ghulam Ali Naqvi adalah antara karya-karya penting pada zaman

pemerintahan Islam di India.

Ketika zaman pemerintahan Akbar juga, gaya lukisan Hindu telah

mendominasi gaya lukisan Parsi kerana kehadiran pelukis Hindu yang ramai di

istananya. Kemudian, Institut Lukisan Mughul diasaskan yang bertujuan

mengabungkan gaya lukisan Islam dan Hindu. Setelah kematian Akbar, lukisan

Mughul terus dipengaruhi oleh elemen-elemen Hindu dan pemerintah-

pemerintah menggalakkan pelukis menggambarkan kehidupan Akbar dalam seni

lukis mereka. Institut Lukisan Moghul telah mencerminkan aspirasi politik Akbar.

Keadaan ini dapat dilihat melalui lukisan dinding yang berkembang maju di ibu

kota Akbar iaitu Fathpur Sikri (1570-85). Pelukis handalan Hindu yang terlibat

ialah Basavan, Lal dan Dasvanth. Terdapat juga lukisan dalam Razm-Nama iaitu

terjemahan Mahabharata dalam bahasa Parsi.

Rumusan

Setiap tamadun mempunyai pelbagai kelebihan dan kekurangan yang menyebabkan

berlakunya interaksi di antara tamadun-tamadun. Tamadun-tamadun ini mempunyai

pencapaian dan keunikan yang berbeza antara satu sama lain. Interaksi budaya yang

berlaku bermula dengan proses pembudayaan yang menggabungkan masyarakat berbilang

etnik sebelum membentuk interaksi tamadun. Proses interaksi ini membawa kepada

perkongsian nilai, pemikiran, institusi dan keinsanan.

Terdapat pelbagai cara dan sebab berlakunya interaksi tamadun.Interaksi ini

seterusnya akan melahirkan kesan positif atau negatif kepada tamadun-tamadun yang

terlibat. Walau bagaimana pun, interaksi antara tamadun sebenarnya dapat

memperkayakan tamadun daripada berbagai-bagai aspek dan mengelakkan tamadun itu

menjadi jumud yakni kaku dan kolot.

BIBLIOGRAFI

Afifah Abu Yazid, (2004).Pengajian Tamadun Asia. Pahang Darul Makmur:

Page 17: TAMADDUN ISLAM

PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Faizurah Hj. Basri et.al, (2008).Tamadun Islam dan Tamadun Melayu:

Perkembangan dan Isu Kontemporari. Selangor Darul Ehsan: Pusat

Penerbitan Universiti (UPENA), UiTM.

http://72.14.235.132/search?q=cache:MsFlx1H4GZgJ:www.ppl.upm.edu.my/inde x.php

%3Foption%3Dcom_docman%26task%3Ddoc_download%26gid%3D2550 %26Itemid

%3D176+interaksi+tamadun&hl=en&ct=clnk&cd=25&gl=my