ulasan buku oleh iffat salleh part 1 · menjadi jutawan pada umur yang sangat muda (termasuk...

13
Sertai Book Review Club di sini https://iffatsalleh.com/book ULASAN BUKU OLEH IFFAT SALLEH PART 1

Upload: others

Post on 06-Jan-2020

21 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Sertai Book Review Club di sini https://iffatsalleh.com/book

ULASAN BUKU OLEH IFFAT SALLEH

PART 1

Sertai Book Review Club di sini https://iffatsalleh.com/book

2 Buku ni ubah mindset saya tentang bisnes & kekayaan

: Part 1

Perkara pertama yang terlintas dalam fikiran saya selepas

baca buku ini ialah

“Patutlah aku tak boleh kaya, tak boleh growth, salah

mindset rupanya”

Salah mindset!

Bila mindset salah, maka strategi dan Teknik juga akan

turut salah. Serius, buku ni memang betul-betul

memberikan fahaman baru mengenai bisnes.

Dan saya sangat yakin, ada 1000 orang lain yang akan

mengeluarkan ayat yang sama selepas baca buku-buku ini

(mungkin termasuk anda juga).

Buku ni dah lama, diterbitkan pada 2011. Tapi baru

sekarang baru jumpa. Bayangkan kalau 8 tahun lepas saya

Sertai Book Review Club di sini https://iffatsalleh.com/book

jumpa buku ni, pastinya bisnes saya sekarang sudah

berbeza. Jadi sebelum tahu lebih lewat, bersyukurlah

anda boleh tahu dan baca buku ni nanti.

--

Dalam post ni, saya akan ceritakan mengenai buku

pertama terlebih dahulu. Nanti saya berikan link

sambungannya dalam email (jangan unsubscribe email tu

ye).

Owh ya, tajuk buku ni saya letak di bawah sekali. Kalau

malas nak baca ulasan ni, boleh terus lihat bukunya di

bawah. Berikut ialah aturannya:

1. Kenapa semua orang perlu baca buku ni?

2. Ulasan ringkas

3. Tajuk buku & tempat beli

--

Sertai Book Review Club di sini https://iffatsalleh.com/book

Kenapa Semua Orang Perlu Baca Buku Ni?

Pada mulanya, saya rasa buku ni tak boleh dibaca oleh

semua orang kerana ia akan mengganggu ekosistem sedia

ada.

Kenapa ganggu?

Sebab semua orang akan ubah mindset dan ubah cara

bisnes, maka akan ganggu bisnes orang lain. So ada

gangguan ekosistem.

Dan paling teruk boleh berlaku apabila semua orang

berhenti buat personal branding, affiliate marketing,

melabur dalam ASB, menyimpan di tabung haji dan

sebagainya. Ianya memang akan mengganggu ekosistem

sedia ada.

Sertai Book Review Club di sini https://iffatsalleh.com/book

Ya kawan-kawan, buku ni sangat anti ‘kerja sia-sia’ yang

kita buat selama ni

[+] Affiliate marketing

[+] Supplier cina

[+] Pelaburan hartanah (sub sale, lelong dan sebagainya)

[+] Pelaburan ASB dan seangkatan

[+] Simpanan tabung haji

[+] Forex & Saham

Penulis buku ni terang dan jelas menyatakan bahawa

semua ni tak boleh menjadikan anda kaya. Tapi apa yang

diberitahu dalam buku ni memang betul dan logic.

Selepas saya berfikir semula, akhirnya saya buat

keputusan untuk beritahu buku ini kepada subscriber &

rakan-rakan bisnes saya supaya kita sama-sama boleh ada

mindset yang betul.

Sertai Book Review Club di sini https://iffatsalleh.com/book

Anda buat bisnes, saya buat bisnes

Bisnes anda Berjaya, bisnes saya Berjaya

Akan ada bisnes dan JV untuk kita nanti. Lebih mudah jika

mindset kita berada di tahap yang sama. Betul kan?

Jadi dalam post ni saya dedahkan buku ni. Mungkin ada

yang dah baca buku ni, tahniah!. Anda lebih power dari

semua orang lain kerana dah ada mindset yang betul

untuk kaya.

Kalau belum baca, saya sarankan anda cari buku ni dan

baca secepat mungkin. Siapa cepat, dia akan lebih ke

hadapan berbanding pesaing.

Baca dulu ulasan ringkas saya mengenai buku ni:

--

Sertai Book Review Club di sini https://iffatsalleh.com/book

Ulasan Ringkas

Ulasan 1 : 3 Golongan Manusia

Penulis membuat pengasingan manusia mengikut 3

kategori iaitu:

1. Sidewalker

2. Slowlane

3. Fastlane

Secara mudah, sidewalker ialah orang yang tidak berniaga

dan bergantung kepada kerjaya harian mereka sahaja.

Nak duit banyak tetapi tak mahu berniaga. Lebih suka

menyimpan dalam tabungan jangka Panjang dan insurans

nyawa. Golongan ni dipanggil sidewalker kerana sangat

perlahan untuk kaya dan bila dah kaya, dah tua dan ada

banyak penyakit.

Slowlane ialah golongan seperti kita (saya yang sebelum

ni). Bergantung kepada produk orang lain untuk jana

income, percaya pelaburan bernilai tinggi boleh

memberikan keuntungan besar dan main saham.

Slowlane ni acah-acah nak berniaga tetapi sebenarnya

mereka masih tak sedar sebenarnya mereka lebih kurang

Sertai Book Review Club di sini https://iffatsalleh.com/book

dengan golongan sidewalker, bezanya ada sedikit

tindakan untuk mencapai impian~

Fastlane ialah golongan manusia yang ada potensi untuk

kaya dengan cepat. Strateginya ialah buat produk, bina

branding dan jual bisnes tersebut kepada orang lain.

Hampir semua orang yang berada dalam golongan ini

menjadi jutawan pada umur yang sangat muda (termasuk

penulis ni sendiri)

--

Ulasan 2 : Mindset Untuk Fastlane

Penulis buku ni ialah seorang jutawan. Dia bina bisnes,

kemudian jual. Kemudian beli semula, rebranding, jual

sekali lagi. Pufff, jutawan.

Dia ulang-ulang proses yang sama dan sekarang makin

kaya.

Sertai Book Review Club di sini https://iffatsalleh.com/book

Strategi ni Nampak mudah tetapi sebenarnya banyak

perkara yang perlu diberi perhatian terutamanya

mengenai mindset. Semua orang perlu tukar mindset

supaya boleh buat sesuatu yang boleh menjana income

dengan sangat mudah.

Penulis menghuraikan pelbagai teknik untuk betulkan

mindset dan menjadi entrepreneur yang sebenar.

Pelbagai contoh diberikan menjadikan setiap bab lebih

mudah difahami.

--

Ulasan 3 : Jalan kekayaan sebenar

Dalam buku ni, diterangkan mengenai 5 RUKUN dalam

pembinaan bisnes iaitu:

1.Kehendak

Pastikan apa yang anda buat tu mempunyai kehendak

(atau demand). Kalau ada permintaan ramai dan produk

Sertai Book Review Club di sini https://iffatsalleh.com/book

anda boleh selesaikan masalah pengguna, maka produk

anda akan mudah untuk Berjaya.

2.Kemasukan

Jika terlalu ramai orang dah masuk dalam niche yang anda

mahu, itu ialah petanda niche tersebut tidak kukuh. Tips

penting yang diberikan ialah “When too many people

enter, you should exit”. Apabila terlalu ramai ambil

produk dari supplier Alibaba, bermakna akan ada masalah

lain nanti. Anda perlu keluar dan cari supplier lain.

3.Kawalan

Adakah bisnes anda perlu bergantung kepada platform

lain? Jika anda bergantung kepada aliexpress, kemudian

semua laman web jack ma ditutup serta merta, bisnes

akan collapse? Maka pastikan anda mempunyai kawalan

penuh kepada bisnes yang anda nak buat.

Sertai Book Review Club di sini https://iffatsalleh.com/book

4.Skala

Adakah bisnes anda boleh scale ikut suka hati anda tanpa

perlu bergantung kepada perkara lain? Bisnes yang bagus

ialah bisnes yang boleh scale dalam pelbagai aspek sama

ada dari segi jumlah pelanggan, jumlah kuantiti jualan,

jumlah pasaran dan sebagainya.

5. Masa

Masa ialah keperluan utama dalam apa jua bisnes. Jika

bisnes anda terikat dengan masa, maka bisnes anda belum

mencapai tahap untuk Berjaya. Ini ialah rukun yang akan

menjadikan bisnes anda berjalan walaupun anda sudah

mati dan duit sentiasa mengalir masuk dalam akaun.

DI MANA NAK BELI?

Buku ni betul-betul cut clean semua ilmu dan pengalaman

bisnes.

Sertai Book Review Club di sini https://iffatsalleh.com/book

Dan ilmu ni tak ada diajar di mana-mana seminar atau

kelas. Ianya fundamental bisnes yang terbukti berkesan.

[+] Kalau anda bertanya kenapa anda belum kaya dalam

bisnes, buku ini adalah jawapannya.

[+] Kalau anda bertanya kenapa tak boleh growth dalam

bisnes, buku ini ada jawapannya.

[+] Kalau anda bertanya kenapa tak ada orang beli produk

anda, buku ini ada jawapannya.

Kalau anda bertanya macam mana orang kaya kekal kaya

& jadi lebih kaya, buku ini ada jawapannya.

Ianya bukan disebabkan mereka ada tuah (luck), tapi ianya

sebab mereka buat bisnes dengan mindset yang betul.

Buku ni ada dijual di Amazon, harganya tak sampai $20,

lebih kurang RM80-90 sahaja. Cuma anda perlu beli guna

kad debit dan ambil masa 2 minggu untuk sampai ke

alamat Malaysia.

Kalau anda nak beli di Amazon, boleh dapatkan di sini

Sertai Book Review Club di sini https://iffatsalleh.com/book

TAJUK : Millionaire Fastlane

Author: MJ DeMarco

Page: 319 pages

*pastikan anda beli buku yang betul, kerana di amazon banyak buku fake yang

meniru buku sebenar.

Join book review club yang akan memberikan review mengenai buku-buku terbaik

untuk dibaca di sini :

https://iffatsalleh.com/book