ulasan buku

9
Judul : 3 i : Islam, Iman, Ihsan Pengarang : Sakinah Salleh Penerbit : PTS Millennia Sdn.Bhd. Tahun Terbit : 2011 Tebal : 128 halaman. Islam, Iman, Ihsan dalam konteks 3i adalah sebuah buku ilmiah yang ditulis oleh seorang yang tidak asing lagi dalam bidang agama dan minat dalam mengajar, berdakwah serta berpengalaman dalam bidang yang pernah diceburinya,memberi peluang kepada beliau bagi berkongsi maklumat dan ilmu dalam program ceramah dan motivasi di radio dan TV. Beliau pernah menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam bidang Ilmu Wahyu. Beliau yang pernah berkhidmat sebagai guru Pendidikan Islam di Sekolah Menengah selama hampir 8 tahun, dapat membantu beliau memahami dan menghayati konsep 3i ini dengan lebih mendalam. Biarpun bergelar seorang pendidik, beliau tetap menimba ilmu dengan menghadiri kuliah agama serta wacana ilmu. Kini beliau berkhidmat sebagai pensyarah Psikologi dan Kaunseling di Pusat Pengajian Lanjutan Universiti Malaya (UMCEED), juga menjadi Kolumis tetap ruangan “ Kenali Diri Bina Identiti” untuk Majalah Pendidik. Beliau sedang menyambung pengajian di peringkat Ph.D di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, dalam bidang kaunseling. Beliau merupakan perunding

Upload: siti-asiah-abd-rahman

Post on 02-May-2017

220 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ulasan Buku

Judul : 3 i : Islam, Iman, Ihsan

Pengarang : Sakinah Salleh

Penerbit : PTS Millennia Sdn.Bhd.

Tahun Terbit : 2011

Tebal : 128 halaman.

Islam, Iman, Ihsan dalam konteks 3i adalah sebuah buku ilmiah yang ditulis oleh

seorang yang tidak asing lagi dalam bidang agama dan minat dalam mengajar,

berdakwah serta berpengalaman dalam bidang yang pernah diceburinya,memberi

peluang kepada beliau bagi berkongsi maklumat dan ilmu dalam program ceramah dan

motivasi di radio dan TV. Beliau pernah menuntut di Universiti Islam Antarabangsa

Malaysia (UIAM) dalam bidang Ilmu Wahyu. Beliau yang pernah berkhidmat sebagai

guru Pendidikan Islam di Sekolah Menengah selama hampir 8 tahun, dapat membantu

beliau memahami dan menghayati konsep 3i ini dengan lebih mendalam. Biarpun

bergelar seorang pendidik, beliau tetap menimba ilmu dengan menghadiri kuliah agama

serta wacana ilmu. Kini beliau berkhidmat sebagai pensyarah Psikologi dan Kaunseling

di Pusat Pengajian Lanjutan Universiti Malaya (UMCEED), juga menjadi Kolumis tetap

ruangan “ Kenali Diri Bina Identiti” untuk Majalah Pendidik. Beliau sedang menyambung

pengajian di peringkat Ph.D di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, dalam bidang

kaunseling. Beliau merupakan perunding motivasi dan merangkap pengarah syarikat

Qutreen Motivation and Consulting dan Qutreen Niaga Sdn Bhd. Selain itu beliau juga

menjadi kaunselor, perunding motivasi untuk pelajar sekolah dan universiti.

Konsep 3i yang digarapkan daripada perlaksanaan iman, islam, ihsan adalah

luas pengertiannya. Ia mencakupi seluruh kehidupan manusia kepada tuntutan rukun

yang terkandung dalam solat,zakat,haji dan yang lebih menjurus kepada ibadat khusus.

Buku ini mempunyai lapan bab utama iaitu bab pertama yang membincangkan

Page 2: Ulasan Buku

islam,iman, dan ihsan kejayaan hakiki dan abadi. Dalam bab ini, penulis membawa

pendekatan maksud islam dalam bahasa arab adalah salama yang beerti selamat.

Daripada istilahnya, ia membawa maksud mentauhidkan Allah SWT dengan

menunaikan ajaran-Nya, firman Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 165, menyebut, “

Antara manusia itu ada orang yang menyembah selain Allah SWT,mereka

mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah SWT. Namun, orang yang beriman

lebih mencintai Allah SWT”. Manakala iman membawa maksud membenarkan dengan

hati,berikrar dengan lisan iaitu lidah dan beramal dengan ajaran yang dibawa oleh Nabi

Muhammad. Dan ihsan ialah melakukan ibadah yang meliputi segala pengamalan dan

perbuatan dengan ikhlas serta meyakini Allah SWT mengetahui dan menyaksikan

segala perbuatan. Menurut pengarang untuk mencapai kejayan yang hakiki dan abadi

perlulah menghayati konsep 3i iaitu islam,iman dan ihsan. Setiap hujah beliau,

diperkuatkan dengan dalil-dalil al-quran, hadis nabi, sejarah nabi dan banyak memberi

contoh yang berlaku pada masa kini yang boleh menjadi iktibar pada umat islam.

Pengarang menegaskan bahawa konsep 3i iaitu islam, iman, dan ihsan adalah tunjang

dan platform yang mencakupi seluruh aspek kehidupan dan hubungan kita sebagai

insan dan hamba kepada Pencipta , sesama manusia dan alam ini, yang menjadi

formula kejayaan hakiki dan abadi.

Dalam konsep 3i, mengenal dan mencari kesempurnaan diri yang telah

dinyatakan dalam wahyu Ilahi yang terkandung tips, kaedah, panduan,

pengalaman ,pengajaran, peringatan, amaran, peraturan, ilmu, sejarah umat

terdahulu,cerita-cerita alam dan kehidupan, had dan larangan dalam kehidupan

manusia,dan cara hidup yang sempurna, lengkap serta melengkapi, boleh menjadi

panduan dan pengajaran umat manusia. Mengenali hakikat diri untuk mencari

kesempurnaan diri dengan nilai-nilai murni seperti kejujuran, kesopanan, menjaga

kebersihan, menghormati antara satu sama lain, menjaga perpaduan kaum serta

berkasih sayang. Pengarang juga menekankan bahawa pelengkap bagi kejayaan setiap

individu muslim adalah sempurnanya fardhu ain dan fardhu kifayah.

Page 3: Ulasan Buku

Dalam bab menggapai kejayaan hakiki dan abadi, pengarang telah merujuk

kepada teori-teori kejayaan daripada perspektif barat dan perspektif islam. Mengikut

teori kejayaan daripada perspektif barat lebih melihat kepada kejayaan material dan

bukannya spiritual apabila sesuatu itu dilihat berkuasa dan mempunyai pengaruh atas

sesuatu yang lain, teori kejayaan yang hanya memenuhi kehendak nafsu, realitinya

mereka gagal kerana tidak mampu mengatasi hakikat kekuasaan dan keesaan Allah

SWT. Manakala mengikut teori kejayaan daripada perspektif islam, orang inginkan

kejayaan perlu mengetahui apa yang diingininya dalam kehidupan.

Matlamat berpandukan quran dan sunnah adalah perbicaraan selanjutnya

dalam buku ini, perbicaraan ini berkisar mencari keredhaan Allah SWT untuk mencapai

kejayaan hakiki dan abadi adalah apabila berjaya menjadi muslim sejati yang

memahami dunia ini hanya tempat persinggahan sementara. Pengarang mengingatkan

bahawa konsep kejayaan ada dua bahagian iaitu kejayaan dunia dan kejayaan akhirat,

kejayaan dunia adalah kejayaan ilmu iaitu memiliki ilmu dan berkongsi ilmu serta

memanfaatkan ilmu untuk kesejahteraan ummah, kejayaan harta apabila mempunyai

harta dan memanfaatkanya ke jalan Allah SW T, kejayaan pangkat adalah dengan

memiliki pangkat dan menggunakannya untuk kebaikan semua, dan kejayaan

rumahtangga pula apabila mempunyai rumah tangga bahagia, sejahtera dan menjadi

contoh kepada orang lain. Manakala kejayaan akhirat adalah terlepas azab seksa

kubur,mendapat syafaat Rasulullah SAW, melepasi titian sirat dan dipilih sebagai

penghuni syurga.

Selanjutnya buku ini juga membincangkan cara mengatur strategi dan

mencapai impian dalam penerapan 3i bagi mengaplikasikan strategi yang digunakan

untuk mengimbangi kehidupan dunia dan kehidupan akhirat. Keseimbangan adalah

perkara penting dalam kehidupan manusia, jika tiada keseimbangan akan

menyebabkan prinsip kehidupan dalam menentukan hala tuju lari dari landasan dan

keutamaan sebenar dalam kehidupan. Integrasi iman dalam kehidupan adalah sentiasa

Page 4: Ulasan Buku

berserah diri kepada Allah akan mendapat ketenangan jiwa yang tidak tergugat dengan

keadaan sekeliling, firman Allah dalam surah Insyirah ayat 1-8 yang bermaksud,

“Bukankah Kami telah melapangkan bagimu dadamu. Dan Kami telah menghilangkan

daripadamu beban yang kamu pikul. Yang memberati tanggunganmu. Dan Kami telah

meninggikan sebutan namamu. Oleh itu, sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai

kemudahan. Apabila engkau telah selesai daripada sesuatu amal soleh,bersungguh-

sungguhlah engkau berusaha mengerjakan amal ibadat yang lain. Dan hanya kepada

Tuhanmu sajalah, hendaknya engkau mengharap.”

Menurut pengarang dalam mengatur strategi dan mencapai impian perlu ada

penghijrahan iman yang boleh dicapai seboleh-bolehnya tahap keimanan yang tinggi,

antara tahap- tahap iman ialah iman taqlid, iman aayan, iman ilmu, dan iman

haq/hakikat. Selain itu, penghijrahan amal dan hijrah akhlak. Dalam penghijrahan amal,

hadis nabi ada menyebut, “sebaik-baik amal adalah berterusan walaupun sedikit.”

Hijrah akhlak, perumpamaan ada mengatakan, “ Seseorang insan yang berjaya

dihormati dan disegani bukan kerana kejayaan yang dimilikinya tetapi kualiti yang

membawa dirinya kepada kejayaan.” Selanjutnya pengarang membicarakan bina

semangat dan meningkatkan motivasi diri bagi mengekalkan semangat untuk berjaya

dan membina motivasi diri yang berkekalan, perlulah mempunyai tujuan dan matlamat

hidup, menentukan visi dan misi kejayaan, bergerak ke arah perubahan, membina

prinsip diri dan mempunyai motivasi diri dan komitmen tinggi.

Mengendalikan kegagalan dan kejayaan merupakan bab yang membicarakan

tentang ujian dan cabaran proses kejayaan, sebagaimana Allah SWT menyatakan

dalam surah at-Talaq, ayat 2-3, “ Sesiapa yang bertakwa kepada Allah SWT dengan

mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya nescaya Allah SWT

mengadakan untuknya jalan keluar daripada segala perkara yang menyusahkan dan

memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas dihatinya. Ingatlah, sesiapa yang

berserah diri bulat-bulat kepada Allah SWT, cukup untuk menolong dan

Page 5: Ulasan Buku

menyelamatkannya. Selain itu, bab ini juga berkisar tentang meletakkan keyakinan

hanya pada Allah SWT, mengenal erti dugaan dan musibah, dan AllahSWT sebaik-baik

tempat meminta pertolongan, sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Maidah,

ayat 23, “ Allah jualah hendaknya kamu berserah, sekiranya benar kamu orang yang

beriman.” Seterusnya bab yang ketujuh membicarakan tentang meniti sirat untuk ke

syurga iaitu percutian abadi. Persediaan menghadapi kematian, tiap-tiap yang

bernyawa pasti akan mati apabila sampai saat dan ketikanya dan bezanya hanya cepat

atau lambat. Dalam surah an-Nisa’, ayat 78, “ Dimana saja kamu berada, kematian

akan mendapatkan kamu, sekalipun kamu dalam benteng yang kukuh.” Dalam bab ini

juga pengarang menggunakan pepatah melayu ‘ harimau mati meninggalkan belang,

manusia mati meninggalkan nyawa.’ Pengertiannya dalam kehidupan sebelum manusia

meninggalkan dunia yang fana perlulah menjadi manusia yang boleh memberi untuk

orang lain. Sebagai hamba keimanan adalah kesedaran, harapan dan berserah diri

kepada Allah SWT dan menerima serta melihat sesuatu secara positif.

Cahaya illahi penyuluh kehidupan adalah merupakan bab yang kelapan dan

terakhir dalam buku 3i iaitu islam, iman dan ihsan. Bab ini adalah kemuncak bagi

merealisasikan gabungan 3i, dalam firman Allah SWT, surah Fussilat, ayat 46, “ Siapa

yang mengarjakan amal yang soleh, pahalanya untuk dirinya sendiri. Dalam bab ini

terkandung membentuk keperibadian unggul,hijrah diri ke arah perubahan sikap,

penerapan sifat mahmudah agar jadi insan kamil iaitu insane yang sentiasa

mendekatkan diri dengan amalan-amalan kebaikan.

Konsep iman dalam 3i adalah kesinambungan konsep ihsan sebagai hamba

kepada Tuhannya. Melalui persaksian ini, manusia mengambil amanah dan

tanggungjawab bagi melaksanakan apa yang diperintah oleh-Nya dan apa yang

dilarang oleh-Nya tanpa sikap lewa. Ihsan mampu menjadi penentu kepada kejayaan

iman dan islam dalam konsep 3i apabila dilaksanakan oleh individu. Ini kerana ihsan

Page 6: Ulasan Buku

adalah timbangan keikhlasan hati atas segala yang dikerjakan dan dilakukan semata-

mata kerana Allah SWT dan mengharap keredhaan-Nya.

Konteks 3i adalah tunjang dan platform yang mencakupi seluruh aspek

kehidupan dan hubungan kita sebagai insan dan hamba kepada Pencipta, sesame

manusia dan alam ini. Islam, Iman dan Ihsan menjadikan manusia mampu menghadapi

percutian abadi bertemu Allah SWT bersama persiapan yang rapi.

Buku 3i iaitu islam, iman dan ihsan seperti yang ditekankan di awal tulisannya,

Sakinah Salleh cuba mengetengahkan buku ini bukan dalam nada yang terlalu ilmiah

sifatnya kerana sasarannya ialah pembaca awam. Namun ia juga sesuai untuk rujukan

pelajar atau mahasiswa yang mengambil aliran agama.

Sesuai dengan itu, buku ini mempersembahkan gaya penulisan yang agak

mudah di fahami, sekalipun seseorang itu tidak pernah mendalami ilmu agama,

paparan yang menyeluruh dengan menggunakan dalil al-Quran serta hadith bagi

memperkukuhkan lagi hujahnya didalam buku ini.

Namun begitu, ada dua hal yang agak menarik iaitu perbincangannya dalam

mencari kesempurnaan diri dalam bab kedua, dinyatakan melalui panduan wahyu illahi

yang diturunkan didalam kitab yang agung iaitu al-quran melalui kekasih-Nya nabi

Muhammad SAW. Pengarang juga menggunakan contoh-contoh teladan yang

kebanyakannya telah di ketahui umum memudahkan lagi untuk memahami konsep 3i,

dan satu hal lagi, dalam konteks 3i, iaitu ke arah menggapai kejayaan hakiki dan abadi

yang terkandung dalam bab ketiga, yang menyatakan kita adalah nakhoda yang

menentukan perjalanan kita sampai ke destinasi, setiap individu merancang untuk

berjaya dan membina kecemerlangan dalam hidup.

Page 7: Ulasan Buku

Di akhir penulisan beliau mengingatkan bahawa, “ Aku redha Allah sebagai

tuhanku, Islam sebagai agamaku, Muhammad sebagai Nabiku.” dan “ Tiada tuhan

selain Allah, yang tunggal tidak ada sekutu bagi-Nya. Dialah pemilik kerajaan dan

semua pujian. Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.”