ulasan buku : strategi bahasa: panduan nahu dan retorik untuk penulisan

118
Ahli Kumpulan: 1) Ariyanti Osman Ali (JEA 070002) 2) Siti Mardia Abu Samah (JEA 070258) 3) Mohd.Firdaus Rahmat (JEA 080706) 4) Joyner Anak Sedin (JEA 080028) 5) Stacey Inda Anak Layang (JEA 080143)

Upload: pena-minang

Post on 15-Jul-2015

377 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

Ahli Kumpulan:1) Ariyanti Osman Ali (JEA 070002)2) Siti Mardia Abu Samah (JEA 070258)3) Mohd.Firdaus Rahmat (JEA 080706)4) Joyner Anak Sedin (JEA 080028)5) Stacey Inda Anak Layang (JEA 080143)

Page 2: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

• Buku ini disusun dalam lapan bab:1. Hakikat Bahasa2. Prinsip Penggunaan Kata3. Prinsip Penggunaan Imbuhan4. Prinsip Pembinaan Ayat5. Bagaimana Kata Berfungsi6. Bahasa Figuratif7. Bagaimana Ayat Berfungsi8. Tanda Baca

Page 3: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

• Namun, ulasan hanya dilakukan pada bab 5, 6 dan 7 sahaja kerana pengkaji mendapati bab-bab ini amat penting dalam penulisan retorik.

Page 4: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

• Teknik penggunaan bahasa, sama ada dalam bentuk lisan ataupun tulisan yang mengandungi aspek tatabahasa yang betul, selain penggunaan bahasa yang baik dalam penyampaian idea.

• Ia merujuk kepada seni penggunaan bahasa di dalam pertuturan atau penulisan iaitu dengan tujuan memujuk, mempengaruhi dan meyakinkan orang.

• Ragam bahasa yang pelbagai diperlukan sebagai cara untuk mempengaruhi pendengar atau pembaca.

Page 5: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

1. Pengetahuan mengenai bahasa dan penggunaan bahasa yang baik – aspek tatabahasa.

2. Pengetahuan mengenai subjek tertentu yang akan disampaikan.

Page 6: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

1. Mestilah sebuah penulisan atau gaya lisan yang berkesan dan mempunyai bahasa, pemikiran dan perasaan yang tepat dan baik.

2. Perlu ada kekemasan dan ketersusunan wacana.

Page 7: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

1. Pemerian2. Pemujukan3. Penerangan4. Penceritaan5. Pendedahan6. Penghujahan

Page 8: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

1. PEMERIAN• Teknik penggunaan bahasa yang

berbentuk penjelasan atau huraian tentang sesuatu idea.

• Retorik ini bertujuan menyampaikan fakta dan maklumat yang lengkap kepada pembaca atau pendengar.

Page 9: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

• Penulisan bagi retorik jenis ini semata-mata cerminan benda atau perkara sebenar yang diperihalkan, iaitu penulisan yang memaparkan sesuatu sebagaimana adanya, dilakukan secara objektif, tepat dan jelas.

Page 10: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

• Retorik jenis terbahagi kepada dua.

– Penulisan bersifat saintifik dan fakta penulisan yang berasaskan fakta sebenar (realistik) yang ada pada sesuatu objek.

– Penulisan bersifat imaginatif (impresionistik) iaitu memberikan gambaran yang abstrak yang memerlukan audiens menggunakan daya imginatif dan daya fikir untuk menghayati.

Page 11: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

2. PEMUJUKAN• Retorik jenis ini bermatlamat untuk memujuk

pembaca atau pendengar berbuat sesuatu seperti yang diharapkan oleh penulis.

• Retorik ini menggunakan bahasa pujukan untuk mempengaruhi pemikiran dan keyakinan orang lain supaya mempercayai sesuatu perkara yang diperkatakan.

Page 12: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

• Tiga ciri-ciri khusus retorik jenis ini ialah, penulis perlu mengusulkan tindakan atau langkah kepada audiens, bukti dan tujuan perlu diadun dengan kemas dan gaya penyampaian dan saranan mestilah berkesan, imaginatif, dan emotif.

Page 13: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

3. PENERANGAN

•Retorik jenis ini memberikan penerangan tentang sesuatu perkara dengan terperinci daripada satu langkah kepada satu langkah yang lain.

Page 14: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

• Teknik penulisan retorik jenis ini dilakukan dengan penggunaan gaya bahasa, intonasi dan nada yang menarik.

• Bahasa yang digunakan adalah bahasa formal dengan pemilihan diksi yang tepat dan makna yang jelas serta bernas.

• Maklumat boleh disampaikan secara lisan seperti cara-cara memasak atau melalui tulisan seperti buku panduan pemasangan sesuatu alat.

Page 15: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

4. PENCERITAAN• Retorik ini merupakan satu bentuk

penyampaian melalui cerita, sama ada dalam penulisan mahupun lisan.

• Retorik penulisan jenis ini boleh ditemui dalam laporan akhbar, aktiviti, minit mesyuarat, ceramah atau syarahan yang menerangkan sesuatu.

Page 16: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

• Penceritaan meliputi cerita pendek, sejarah, autobiografi, penglipur lara, novel, drama, hikayat dan sebagainya.

• Retorik penceritaan mesti mempunyai

permulaan, pertengahan dan pengakhiran dan biasanya bersifat imaginatif.

Page 17: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

5. Pendedahan (ekspos)• Retorik ini adalah paling umum dan asas.

• Retorik ini mendedah dan menampakkan sesuatu atau menyingkap atau memapar atau menunjukkan sesuatu perkara atau maklumat dengan jelas dan teperinci.

Page 18: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

• Tujuan retorik ini adalah untuk memindahkan idea, pandangan atau maklumat daripada seseorang kepada khalayak dengan berkesan.

• Retorik ini menginterpretasikan peristiwa-peristiwa tertentu seperti sejarah, menganalisis masalah sosial dan isu politik, menghuraikan hasil kajian, menerangkan konsep dan memberikan definisi.

Page 19: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

6. PENGHUJAHAN• Retorik ini juga dikenali sebagai

pemujukan rasional atau intelek.

• Retorik jenis ini meyakinkan pembaca terhadap kewajaran sesuatu perkara dan seterusnya bersetuju dengan perkara itu.

Page 20: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

• Terdapat dua ciri utama dalam retorik jenis ini iaitu, penulisan mesti mengandungi gagasan atau usul dan harus disertakan dengan bukti.

• Retorik jenis ini lazimnya digunakan dalam perbahasan, perdebatan, pembicaraan, forum, dan penulisan yang bersifat akademik atau ilmiah.

Page 21: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan
Page 22: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

1. Induksi• Kaedah yang memulakan sesuatu perenggan dengan

ayat-ayat yang khusus dan diikuti oleh ayat-ayat yang lebih umum.

• Ayat topik diletakkan di bahagian akhir perenggan.

• Kaedah ini digunakan untuk menarik keseluruhan tumpuan pembaca terhadap perkara yang ditulis.

• Oleh yang demikian, setiap perenggan menuju ke arah generalisasi.

Page 23: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

2. Deduksi• Kaedah yang memulakan sesuatu perenggan dengan

ayat topik atau kenyataan-kenyataan umum terlebih dahulu.

• Kemudian diikuti oleh ayat-ayat atau butiran lebih khusus yang bertujuan untuk menyokong ayat topik.

• Lazimnya, penulisan jenis penghujahan akan menggunakan deduksi untuk mengemukakan sesuatu kenyataan yang umum dan kemudian disokong oleh bukti-bukti yang khusus untuk menyakinkan pembaca.

Page 24: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

3. Analogi• Analogi ialah sejenis perbandingan yang

membandingkan topik utama dengan menggunakan perkara yang hampir sama dengan topik utama.

• Perbandingan secara analogi dibuat untuk menunjukkan persamaan dan analogi ini dapat menerangkan sesuatu tentang topik utama tersebut.

Page 25: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

4. Pencerakinan• Teknik yang mengembangkan topik kepada beberapa

komponen dan setiap komponen dihuraikan satu persatu.

• Misalnya, untuk menganalisis sesebuah novel, kita akan membahagikannya kepada beberapa komponen, iaitu tema, watak dan latar (sama ada latar masa atau latar tempat).

Page 26: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

5. Pentakrifan• Takrif atau definisi sesuatu perkataan sering kali

dimuatkan oleh seseorang penulis bagi menjelaskan istilah-istilah khusus dalam sesebuah penulisan.

• Kaedah takrifan yang sering dimuatkan dalam penulisan berbentuk penerangan kerana dalam penulisan penerangan, penulis menjelaskan sesuatu konsep atau perkara.

• Biasanya, teknik takrifan digunakan dalam penulisan ilmiah.

Page 27: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

6. Petikan• Teknik petikan digunakan untuk menyokong atau

mengukuhkan sesuatu hujah, kenyataan atau idea yang dikemukakan.

• Penulis dapat menyakinkan pembaca tentang sesuatu penulisan melalui teknik penyampaian ini.

• Petikan dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu petikan langsung dan petikan tidak langsung.

Page 28: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

6. Petikani. Petikan langsung: petikan yang keseluruhannya diambil dari sumber tertentu tanpa melakukan sebarang perubahan. Lazimnya petikan langsung ditandai oleh pengikat kata.

ii. Petikan tidak langsung: petikan yang diambil daripada sumber tertentu dengan melakukan pengolahan semula dengan menggunakan perkataan

sendiri.

Page 29: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

Kita minum ‘air’ tetapi kita menggunakannya untuk mewakili pengalaman-pengalaman itu. Oleh itu, kata air ialah simbol bagi suatu pengalaman. Kata air itu merupakan rujukan atau referent.

PENGGUNAAN KATA1) Simbol dan rujukan

• Kata ialah simbol bagi pengalaman.• Mewakili apa-apa yang kita lihat, rasa dan hidu.• Mewakili juga sikap dan fikiran hasil daripada

pengalaman itu.• Contoh: Air

Page 30: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

PENGGUNAAN KATA1) Simbol dan rujukan

• Hubungan kata dengan rujukan adalah secara mental.

• Kata membuat kita berfikir tentang rujukannya dan pemikiran inilah yang memberi kata itu makna.

Page 31: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

PENGGUNAAN KATA2) Konteks

• Makna yang pelbagai membolehkan kita menerangkan pengalaman yang banyak dengan bilangan kata yang terhad.

• Biasanya, orang yang membaca mengetahui akan makna yang kita maksudkan dengan cara mengenal pasti keseluruhan kenyataan atau situasi penggunaan kata itu.

• Kenyataan atau situasi ialah konteks.

Page 32: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

PENGGUNAAN KATA2) Konteks

• Kita belajar tentang makna melalui konteknya bukan melalui kata.

• Maksud positif = sesuatu perkataan dilihat dalam konteks sebenarnya.

• Maksud negatif= sesuatu perkataan tidak dilihat dalam konteks sebenarnya.

• Konteks adalah suatu perkara yang penting bagi kita untuk memahami sesuatu idea tanpa pemahaman terhadap konteksnya.

Page 33: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

PENGGUNAAN KATA2) Konteks

• Maka jurang komunikasi akan wujud dan persefahaman tidak akan tercapai.

• Pelbagai perkara yang boleh diambil kira bagi kita untuk memahami sesuatu konteks:

– Dinyatakan dalam ayat atau ekspresi, iaitu sama ada sebelum atau sesudahnya.

– Keseluruhan wacana itu atau di mana wacana itu diucapkan, siapa yang mengucapkannya, bila diucapkan dan bagaimana ucapan itu timbul.

Page 34: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

PENGGUNAAN KATA2) Konteks

Contoh:

• Di Kuala Lumpur, perkara yang paling menyakitkan hati ialah kesesakan jalan raya terutamanya ketika waktu pagi dan petang.

• Apabila mengambil faktor alam persekolahan maka ternyata gurulah yang memainkan peranan penting dalam pendidikan seseorang anak.

Page 35: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

PRINSIP PENGGUNAAN KATA

• Prinsip penggunaan kata ialah keadaan yang menunjukkan bahawa:

1) Satu-satunya makna bagi kata ialah yang wujud pada minda penggunanya.

2) Kata sentiasa digunakan dalam konteksnya.

3) Konteks menunjukkan bagaimana kata digunakan atau apa maksudnya.

Page 36: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

PRINSIP PENGGUNAAN KATA

Contoh: Budak

1) Bagi pengguna bahasa Melayu biasa (dalam konteks umum)= kanak-kanak atau murid-murid sekolah rendah.

2)Dalam konteks politik, pejabat atau istana= orang dewasa yang menjadi orang suruhan.

3)Dalam konteks Melayu Indonesia= hamba orang suruhan.

.

Page 37: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

DENOTASI DAN KONOTASI (SURATAN DAN SIRATAN)

• Makna-makna kata mungkin dapat dibahagikan secara umum kepada dua jenis iaitu:

1) Makna denotasi2) Makna konotasi

• Dari segi semantik makna-makna itu dapat digolongkan kepada dua sahaja iaitu makna konotatif dan makna denotatif.

Page 38: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

DENOTASI DAN KONOTASI (SURATAN DAN SIRATAN)

• Denotasi (suratan) : tidak sukar untuk ditangani.

• Konotasi (siratan) : sukar untuk ditangani.

memerlukan sensitiviti daripada penulis

Page 39: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

DENOTASI DAN KONOTASI

• Konotasi- Cara yang berkesan untuk menyampaikan penilaian emosi.

- Penulis yang baik: dapat menguasai konotasi untuk meluaskan dimensi susunan dan kepautan pada tulisannya.

- Penulis yang kurang baik: membenarkan konotasi yang tidak diperlukan, yang melemahkan dan mengelirukan aliran bahasa dan idea.

Page 40: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

DENOTASI DAN KONOTASI

• KonotasiContoh:1) Siapakah gadis yang berjalan dengan Nick itu?2) Siapakan si jalang yang berpimpinan tangan dengan Nick itu?

Kata gadis & si jalang = manusia peremempuan muda. Jalang membawa siratan hina & tidak bermaruah. Ia juga menyatakan sikap penulis terhadapnya.

Page 41: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

DENOTASI DAN KONOTASI

• KonotasiContoh:1) Siapakah gadis yang berjalan dengan Nick itu?2) Siapakan si jalang yang berpimpinan tangan dengan Nick itu?

Penggunaan kata gadis (denotasi)= rujukan fizikal. Makna si jalang (konotasi)= gabungan rujukan fizikal

dengan sikap penulis terhadapnya.

Page 42: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

DENOTASI DAN KONOTASI

• Kadangkala penggunaan denotatif dan konotatif bagi kata disebut juga sebagai penggunaan saintifik dan penggunaan puitis.

• Penulisan saintifik= menggunakan maksud literal, denotatif dan tidak menyembunyikan maksud di lapisan kedua sebagaimana dalam penulisan puisi.

Page 43: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

JENIS KATAMenurut penggunaan kata dari segi retorik dan stilistik, katadapat dibahagikan kepada beberapa jenis:

1) Kata konkrit & kata abstrak 2) Kata umum & kata khusus

3) Kata kolokial 4) Slanga

5) Neologisme 6) Arkaik

7) Eufimisme dan disfimisme 8) Klise

9) Kata-kata popular 10) Kata-kata dipelajari

11) Ungkapan 12) Jargon

13) Kata bombastik

Page 44: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

JENIS KATA1) Kata konkrit dan kata abstrak

• Kata abstrak: -jenis kata yang mempunyai imej yang jelas pada fikiran pembaca.

-menerangkan sesuatu yang dapat dirasa dan dikesan oleh deria.

-Contoh= pokok, awan, dinding dan sebagainya.

Page 45: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

JENIS KATA1) Kata konkrit dan kata abstrak• Kata abstrak: -merujuk kualiti atau nilai atau idea.

-tidak dapat dikesan oleh lima deria manusia.

-kata-kata abstrak tidak begitu jelas imejnya dibandingkan dengan kata-kata konkrit.

-Contoh= perumahan, kecantikan, kebenaran perpaduan dan sebagainya.

Page 46: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

JENIS KATA1) Kata konkrit dan kata abstrak

• Istilah abstrak dan istilah konkrit digunakan untuk membezakan perkataan yang merujuk nilai, ciri dan konsep.

• Contoh: lesung pipit kata konkrit digunakan untuk menerangkan ciri yang kita lihat.

bertimbang rasa kata abstrak digunakan untuk merujuk konsep mental kerana tidak mempunyai rujukan deria.

Page 47: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

JENIS KATA1) Kata konkrit dan kata abstrak

• Perkataan abstrak dan perkataan konkrit tidak dapat dipisahkan daripada komunikasi manusia.

• Menyimpulkan perbuatan dan objek yang akan menjadi begitu rumit dan panjang untuk disenaraikan satu persatu tanpa menyimpulkannya.

• Boleh mendapatkan makna dan corak dalam kehidupan manusia.

Page 48: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

JENIS KATA1) Kata konkrit dan kata abstrak

• Contoh Jika kita tidak mempunyai perkataan bertimbang rasa untuk menggambarkan atau menyimpulkan sifat seseorang, anda mungkin menyatakan bahawa dia:- menolong orang yang terjatuh dari basikal- memaafkan pelajarnya yang berkasar dengannya

Tanpa istilah bertimbang rasa anda tidak dapat menggambarkan bahawa perbuatan-perbuatan tersebut mempunyai suatu kesamaan makna. Anda hanya boleh menyenaraikan makna tetapi tidak dapat membuat kesimpulan daripadanya.

Tanpa istilah bertimbang rasa anda tidak dapat menggambarkan bahawa perbuatan-perbuatan tersebut mempunyai suatu kesamaan makna. Anda hanya boleh menyenaraikan makna tetapi tidak dapat membuat kesimpulan daripadanya.

Page 49: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

JENIS KATA2)Kata umum dan kata khusus

• Kata umum= menyatakan kelas atau kumpulan sesuatu perkara.

• Kata khusus= menamakan objek, aksi atau kualiti individu yang terkandung dalam sesuatu kelas atau kumpulan.

• Istilah umum dan istilah khusus agak relatif kerana ia bergantung pada keadaan atau konteks tertentu.

Page 50: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

JENIS KATA2)Kata umum dan kata khusus

• Tahap keumuman dan kekhususan adalah berbeza-beza.

• Ada istilah sangat umum dan ada istilah yang sangat khusus.

• Contoh:Kata Umum Kata Khusus

Perabot KerusiSukan Lompat kijangPenyakit KanserAgama Islam

Page 51: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

JENIS KATA3)Kata kolokial

• Menurut American College Dictionary, kolokial ialah:“characteristics of, or appropriate to ordinary or familiar conversation rather than formal speech or writing”.

• Bahasa kolokial sesuai digunakan dalam pertuturan.

• Kolokialisme meliputi kata-kata popular dan ungkapan-ungkapan idiomatik.

Page 52: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

JENIS KATA3)Kata kolokial

• Kolokialisme juga meliputi kata-kata yang dipelajari dengan makna popular dan kata-kata ringkas seperti tak, nak dan kata-kata dasar seperti buat, usik, lipat dan sebagainya.

• Contoh: Apa macamdia nak nangissapa-sapa pun boleh masuk

Page 53: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

JENIS KATA4)Slanga

• Jenis bahasa yang sangat kolokial.

• Digunakan pada setiap peringkat sosial oleh kumpulan tertentu.

• Penggunaannya lebih jarang dan terpilih di kalangan penutur terpelajar.

• Slanga merupakan usaha untuk mengungkapkan idea secara jelas.

Page 54: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

JENIS KATA4)Slanga

• Golongan muda sentiasa bereksperismen dengan bahasa.

• Mereka menggunakan kata lama dengan cara luar biasa atau mencipta kata-kata baharu.

• Banyak slanga dipinjam daripada kata khusus dan digunakan dengan maksud yang lain.

Page 55: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

JENIS KATA4)Slanga

• Jikalau adaptasi ini membawa fungsi yang berguna, ia akan kekal dan kadangkala diterapkan dalam bahasa baku.

• Namun, kebanyakan slanga hilang ditelan masa dan merosot nilainya.

• Lama-kelamaan hilang kerana penggunaan yang terlalu kerap sehingga membosankan pendengar.

Page 56: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

JENIS KATA4) Slanga

Contoh-contoh slanga bahasa Melayu. Sebahagiannya telahmenjadi bahasa kolokial:

- ponteng - tapau- eksen - member- pakwe - komen- terer - kitaorang- syok - cun

Sebahagiannya telah menjadi

bahasa kolokial.

Page 57: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

JENIS KATA5) Neologisme

• Neologisme: kata atau istilah yang baru dicipta.

• Perkataan yang dicipta bukanlah sesuatu yang sembarangan dan boleh dibuat sesuka hati.

• Mestilah memenuhi konsep tertentu, iaitu untuk mendukung makna tertentu.

Page 58: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

JENIS KATA5) Neologisme

• Barbarisme: sesuatu kata yang dicipta yang tidak memenuhi maksud tertentu atau berbentuk tidak gramatis.

• Perkembangan ilmu yang begitu pantas dan pembangunan pendidikan yang pesat menjadikan konsep-konsep ilmu perlu didukung istilah-istilah bahasa Melayu untuk digunakan oleh pelajar dan penyelidik negara.

Page 59: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

JENIS KATA5) Neologisme

• Konsep-konsep seperti ini mungkin belum pernah wujud sebelumnya dan istilah-istilah daripada bahasa Melayu tidak ada untuk mendukung maksudnya.

• Contoh:-tetikus-perkakasan-kekunci

Istilah-istilah yang digunakan dalam bidang

sains komputer.

Page 60: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

JENIS KATA6)Arkaik

• Kata-kata lama yang jarang muncul namun tetap dikekalkan untuk tujuan tertentu.

• Tidak digunakan dalam sebarang bentuk penulisan.

• Kadangkala muncul dalam satu atau dua perkataan dalam konteks yang sesuai.

Page 61: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

JENIS KATA6)Arkaik

• Misalnya dalam penulisan satira, mungkin digunakan dalam jumlah kata yang banyak.

• Contoh:-hatta -kalakian-maharani -kendatipun-arakian -dewata

Page 62: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

JENIS KATA7) Eufisme

• Kata atau frasa yang digunakan untuk menggantikan ungkapan yang dianggap kasar.

• Digunakan juga untuk mengangkat kata-kata tersebut supaya lebih baik dan disenangi.

Contoh: mati -> wafat, mangkat. berkahwin -> mendirikan masjid peon -> pembantu pejabat

Page 63: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

• Penggantian perkataan yang baik kepada perkataan yang kurang sedap didengar.

• Menyakiti hati orang lain, merangsang emosi dan menghina.

Contoh: mati -> mampus, kojol dadah -> najis dadah isteri -> bini pensyarah -> profesor kangkung

JENIS KATA8) Disfisme

Page 64: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

• Pernyataan yang stereotaip, terlalu kerap diulang sehingga hilang kekuatan dan kesegaran.

• Menjadikan pembacaan monotonous.• Idea klise wujud dalam bentuk tema, plot,

penyampaian wacana, penggunaan frasa dan ayat.

• Mewujudkan kesan positif dan negatif.

JENIS KATA9) Klise

Page 65: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

Kesan positif1) Memudahkan penulis untuk menyampaian idea.2) Pembaca mudah mengikuti kerana konsep-

konsep yang biasa.Contoh : Laporan akhbar.Kesan Negatif1) Penggunaan pernyataan yang sering digunakan

sehingga kelihatan aneh.2) Menghalang penghasilan idea yang segar.

JENIS KATA9) Klise

Page 66: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

• Jenis kata biasa yang digunakan saban hari dalam bentuk tulisan mahupun lisan.

• Merupakan elemen rasa dan berfungsi sebagai alat komunikasi.

• Digunakan oleh penutur-penutur daripada pelbagai latar belakang kehidupan.

Contoh: balik, makan, menulis, datang, membuat dan sebagainya.

JENIS KATA10) Kata-Kata Popular

Page 67: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

• Digunakan dalam golongan yang berpendidikan.• Wujud dalam konteks tulisan dan formal.• Diperolehi dengan pembelajaran secara formal

atau tidak formal.• Ada istilah yang mendukung sama makna dengan

kata-kata popular.

Contoh: pemasaran, muamalat, perbankan, peradaban, iltizam dan perkhabaran.

JENIS KATA11) Kata-Kata Dipelajari

Page 68: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

• Kata yang tidak tertakluk kepada analisis logikal seperti peribahasa.

• Disebut juga ungkapan idiomatik.• Ditentukan secara biasa oleh penutur asli.• Penutur bukan asli kerapkali menghadapi

masalah mempelajarinya.

Contoh: ada harga, sedikit sebanyak, buat masa ini, berat hati, silap mata.

JENIS KATA12) Ungkapan

Page 69: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

• Merujuk kepada 2 jenis bahasa yakni1) Kata khusus yang digunakan dalam sesuatu

kerjaya ataupun istilah teknikal.2) Istilah sukar yang bertujuan untuk kelihatan

hebat walhal berlawanan sekali atau disebut gobbledygook.

• Istilah teknikal penting bagi seorang pakar untuk berkomunikasi dengan pakar sejawatannya.

• Memberi ketepatan makna.

JENIS KATA13) Jargon

Page 70: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

• Jika tidak, huraian terpaksa dilakukan.• Gobbledygook ialah suatu percubaan supaya

kedengaran teknikal.• Tidak sejajar dengan kehebatan idea yang ingin

disampaikan.• Pakar palsu menggunakan gobbledygook untuk

menarik minat pembaca.• Istilah itu hilang kesesuaiannya dan menjadi suatu

strategi untuk menyembunyikan idea sederhana dalam bahasa yang hebat.

JENIS KATA13) Jargon

Page 71: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

• Digunakan untuk kedengaran hebat dan autoritatif.

• Kerapkali keterlaluan sedangkan maksudnya mudah dan langsung.

• Kadangkala maksud sebenarnya terlalu kecil dan tidak penting.

JENIS KATA14) Kata Bombastik

Page 72: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

• Penulisan yang sesuai untuk wacana akademik, esei, berita atau penulisan yang lebih serius.

Contoh:“Matlamat dan perjuangan golongan yang terlibat dalam sistem pendidikan di Malaysia adalah ke arah pembentukan sistem pendidikan bertaraf dunia. Dalam hal ini, antara pihak yang memainkan peranan penting…”

Page 73: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

• Gaya tidak formal menggunakan kata-kata yang bersahaja, sesuai dengan situasinya.

• Penulisan ini lebih ringan dan menggunakan unsur-unsur kolokial.

Contoh:“Demi keamanan sejagat, konon! Hanya Tuhan sahaja yang tahu sakitnya hati ini mendengar alasan seperti itu. Ayuhlah saudaraku, bangkitlah dari lenamu…”

Page 74: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

Dalam buku Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik untuk Penulisan, bahasa figuratif telah dibahagikan kepada 8 bentuk iaitu:

1. Metafora

2. Simili

3. Alusi

4. Personifikasi

5. Ironi

6. Sarkasme

7. Hiperbola

8. Imageri

Page 75: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

Bahasa figuratif berkomunikasi secara analogi.

Apabila sesuatu bahasa itu mudah, langsung, dan terus terang; apabila ia menggunakan kata untuk membawa maksud konvensional, maka bahasa itu disebut sebagai bahasa literal atau bahasa hurufiah(harfiah).

Literal: datang daripada istilah Latin iaitu ‘litera’ yang membawa makna ‘letter’; perkara literal ialah yang menurut ‘letter’.

Page 76: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

Makna literal: makna yang dicatatkan dalam kamus.

Sebaliknya, bahasa figuratif menunjukkan bahawa makna sesuatu kata atau ekspresi itu dikembangkan untuk mengisi ruang yang lebih luas atau ruang yang berbeza daripada yang biasa.

Penulis atau penutur boleh mengembangkannya kerana terdapat kesamaan atau perhubungan antara kedua-dua perkara yang menjadikan konteks itu nyata.

Page 77: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

- Metafora ialah suatu bentuk perbandingan dan perbandingan itu dinyatakan secara literal dan implisit.

- Tidak menyatakan bahawa sesuatu yang dibandingkan itu berkeadaan sepertinya tetapi sebaliknya ia merupakan perkara yang sama dan bahawa ia adalah serupa sedangkan hakikatnya bukan demikian.

- Yang sebenarnya dimaksudkan ialah bahawa sesuatu yang dijadikan perbandingan itu menyerupai atau sama sepertinya.

Page 78: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

-Salah satu tujuan yang penting bagi metafora adalah untuk memperjelas, menghuraikan atau menerangkan sesuatu perkara atau idea yang kurang lumrah atau yang asing.

-Oleh sebab konsep yang diperkenalkan itu tidak lazim, maka melalui metafora, ia dapat dikemukakan dengan imej tertentu supaya lebih mudah dilihat dan difahami.

Page 79: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

Selain memperjelas konsep, metafora juga digunakan untuk:

i.Mengembangkan ideaCth: Dia mara dengan semangat waja yang begitu kukuh dan

tidak dapat dileburkan walaupun oleh api yang bersemarak.

ii.Mengungkapkan perasaan Cth: Dia merupakan singa lapar di pejabatnya.

iii.Menghiburkan perasaanCth: Jangan berbangga dengan kelulusan itu kerana ilmu

yang dimiliki hanyalah satu titik air di lautan luas.

iv. Mencetuskan kesedaranCth: Anak yang dilahirkan ialah intan payung. Walau

busuk sekalipun ia tetap bertakhta di hati.

Page 80: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

Simili juga membuat perbandingan seperti metafora.

Dalam proses perbandingan itu, perkataan seperti, bagai, bak digunakan. Cth: Mulutnya becok seperti murai dicabut ekor.

Simili mengandungi dua bahagian iaitu subjek utama dan bahan bandingan.

Subjek utama bagi simili di atas ialah ‘mulut’ dan bahan bandingannya ialah ‘murai dicabut ekor’.

Page 81: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

Biasanya bahan bandingan mengandungi imej atau kata atau ungkapan yang membentuk sesuatu perkara yang boleh ditanggap oleh deria.

Murai dicabut ekor ialah imej atau lambang visual dan konkrit yang dapat dirasa oleh deria kita seperti didengar atau dilihat.

Biasanya bahan bandingan mengikuti subjek utama tetapi ada kala keadaan terbalik iaitu bahan bandingan diikuti oleh subjek.

Page 82: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

Simili digunakan untuk beberapa tujuan tertentu yang lazimnya sama dengan metafora.

Penggunaan metafora dan simili yang berkesan mestilah memenuhi beberapa syarat:

i. Ia mestilah segar dan asli. Simili dan metafora yang klise tidak akan membawa kesan yang kuat.

ii. Bahan bandingan mesti sesuai dengan subjek dikemukakan.

iii. Ia mesti selaras dengan konteks yang melatarinya.

iv. Ia tidak seharunya digunakan dengan kerap pada bila masa atau pada mana-mana tempat.

Page 83: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

Alusi ialah rujukan ringkas kepada orang, tempat atau peristiwa yang terkenal.

Kadangkala rujukan itu dibuat dengan jelas sekali.

Alusi ialah bentuk kiasan atau perbandingan untuk menggambarkan sesuatu dengan lebih jelas dan lebih

grafik lagi.

Penggunaan alusi mestilah dengan penuh kesedaran bahawa khalayak tahu dan biasa dengan rujukan yang digunakan.

Page 84: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

Jika rujukan itu asing, pembaca tidak akan dapat menggambarkan kiasan itu. Malah mereka mungkin akan kecewa atau marah.

Rujukan dalam alusi dapat dibuat kepada perkara berikut: i. Watak manusia ii. Tempat

iii. Kejadianiv. Ucapan, ungkapan atau petikan

Page 85: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

Tidak kira apa rujukan yang dibuat dan sumber yang diambil alusi mestilah:

i. Sesuai dan wajar dengan perkara yang ditulis dan menerangkan perkara tersebutii. Terletak dalam lingkungan pengetahuan pembaca

Contoh ayat: Dia sungguh seperti lebai malang hari ini. Semua tempat yang dituju

tidak memberikan apa-apa kecuali kekecewaan.

Jenaka Jamali Sadat yang dibawanya telah memberi dia tuah dalam pertandingan anekaragam itu.

Syurga letaknya di tapak kaki ibu; jangan sekali-kali melukakan hatinya.

Selain rujukan watak manusia terdapat juga rujukan masa, rujukan tempat, rujukan kejadian dan rujukan kata-kata.

Page 86: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

Personifikasi bermakna memberikan sifat manusia kepada benda atau binatang.

Pada asasnya ini merupakan bentuk metafora yang khusus; dan dalam keadaan yang paling mudah dan lazim, personifikasi menggunakan kata ganti diri orang ketiga untuk merujuk perkara-perkara bukan manusia.

Page 87: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

Jika sebaliknya yang berlaku iaitu manusia diberi sifat bukan manusia maka konsep itu disebut depersonifikasi.

Contoh ayat: Kucing Siam itu menari-menari di atas meja.

Burung itu bernyanyi-nyanyi di dahan pokok.

Awan hitam berarak di angkasa.

Kemalangan itu amat mengerikan. Ia mengorbankan lima nyawa.

Peristiwa itu mencuit hatinya.

Kerdipan matanya mempersonakan dia.

Page 88: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

Ironi ialah pengunaan kata dengan maksud yang sangat berbeza daripada makna sebenar dan makna bertentangan sama sekali.

Bentuk ironi yang paling mudah adalah apabila sesuatu istilah diberi maksud yang berlawanan.

Contoh ayat: Cantik sungguh muka awak! Abah sudah kata tadi, pandu lagi kereta tu laju-laju. Pandai sangatlah tu agaknya.

Page 89: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

Dalam bentuk yang lebih lembut, penulis menggunakan seluruh petikan, perenggan atau ayat untuk menggambarkan keadaan yang berbeza.

Semua perkataan yang digunakan pada asasnya mempunyai makna literal dan perlu dibaca secara literal.

Namun, ironi ditenun kerana sesetengah kata boleh difahami secara siratan.

Page 90: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

Ironi berbeza daripada simili dan metafora kerana simili dan metafora dibina di sekitar persamaan.

Maksud sebenar ironi ialah bahawa sesuatu perkara itu tidak sama sebagaimana ia kelihatan.

Ia juga tidak sama dengan apa-apa yang kita kehendaki.

Ironi mendedahkan perbezaan-perbezaan ini dengan cara:

i. menggunakan kata dengan maksud berbezaii. meletakkan imej-imej yang berlawanan dalam keadaan bersebelahan.

Page 91: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

Melalui kedua-dua cara tersebut pembaca akan sedar tentang jurang yang wujud antaranya.

Ironi digunakan dengan pelbagai nada. Ada nada tidak bersetuju dan ada nada serius.

Tidak kira bagaimana nadanya, ironi sebenarnya merupakan persona penulis.

Ia merupakan bentuk ulasan secara tidak langsung.

Page 92: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

Pada dasarnya sarkasme adalah sama dengan ironi.

Dari segi penggunaan bahasa, sarkasme lebih kuat, berat dan lebih tajam daripada ironi.

Sarkasme menyatakan maksud yang berlawanan secara lebih langsung.

Dalam ungkapan bahasa Melayu terdapat banyak pernyataan yang berbentuk sindiran.

Page 93: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

Ada sindiran yang ditujukan secara langsung dan ada yang tidak secara tidak langsung.

Salah satu tujuan ironi dan sarkasme adalah untuk menyindir.

Jika digunakan secara langsung maka ia lebih ketara, lebih tajam dan lebih kuat dengan tidak menggunakan bahasa berlapik.

Page 94: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

Hiperbola berlaku apabila kata yang berlebih-lebihan digunakan untuk menerangkan sesuatu perkara.

Tidak digunakan untuk tujuan pemujukan literal tetapi untuk meningkatkan kesan atau untuk menghasilkan kesan tertentu.

Understatement merupakan lawan kepada hiperbola iaitu menyatakan sesuatu yang hebat dengan bahasa yang biasa dan sederhana.

Contoh ayat:Memang tidak dapat dinafikan bahawa percapaian bidang itu menjadi penyeri alam ini. Kematiannya memalapkan dunia ini.

Page 95: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

Imej ialah kata atau ungkapan yang digambarkan oleh deria.

Imageri diklasifikasikan mengikut tarikan deria tersebut.

Imej visual kerapkali kita gunakan untuk memberikan gambaran grafik sesuatu perkara.

Imej juga dikaitkan dengan deria bau, rasa atau deria gerakan dan imbangan.

Deria gerakan atau imbangan disebut sebagai imej kinestetik.

Page 96: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

Imageri bukan sahaja banyak digunakan dalam karya-karya fiksyen dan puisi untuk memberi gambaran grafik.

Ia juga digunakan secara kreatif dalam tulisan nonfiksyen.

Penggunaan kaedah ini biasanya akan menjadikan penyampaian lebih kaya dan berkesan serta tidak menjemukan kerana meminta pembaca membayangkan imej-imej yang dikemukakan sama ada secara konrit atau

impresionistik.

Page 97: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

• Dalam struktur berhierarki, ketidaksamaan menggantikan kesamaan. Satu idea dalam ayat menjadi lebih penting daripada idea yang lain.

• Prinsip ayat berhierarki ialah subordinasi.

• Corak ayat berhierarki dapat dibahagikan kepada beberapa jenis mengikut hierarki frasa yang membina ayat tersebut.

Page 98: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

1. Struktur longgar : Klausa utama + anak ayat

Ayat longgar sesuai untuk penulisan yang disampaikan secara formal, ringan, dan ‘relaxed’. Ia meletakkan yang penting pada bahagian belakang. Namun, ayat longgar kurang penegasan dan dengan mudah ia akan kehilangan bentuk. Kesatuannya wujud daripada kepautan pernyataan bukan pada prinsip strukturnya.

2.Struktur periodik : Anak ayat + klausa utama

Istilah periodik datang daripada ahli-ahli retorik purba yang menggunakkannya untuk menghuraikan ayat yang disusun dalam dua bahagian sekurang-kurangnya dan untuk menyatakan fikiran kompleks yang tidak lengkap sehinggalah penutupnya.

Page 99: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

3.Struktur berpecah : sebahagian klausa utama + anak ayat + sambungan klausa utama.

Dalam ayat ini klausa utama dipisahkan oleh keterangan atau anak ayat. Pemisahan ini menimbulkan beberapa kesan tertentu seperti penegasan walaupun kerap kali sukar dibaca kerana menimbulkan gangguan.

4.Ayat pusat : anak ayat + klausa utama + tambahan anak ayat

Ayat ini meletakkan klausa utama pada bahagian tengah. Ia diapit oleh anak ayat di kanan dan di kiri. Suasana berpusat tidaklah begitu tegas seperti ayat periodik dan tidak begitu informal dalam ayat longgar. Ayat ini membolehkan penulis menyusun elemen-elemen dengan jelas dan mudah terutama jika banyak elemen digunakan.

Page 100: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

Contoh:1.Struktur longgar: Kami akhirnya tiba di Pelabuhan Okinawa,

sebaik-baiknya selepas subuh, selepas lama belayar.

2.Struktur periodik: Jika masalah pekerjaan itu tidak diselesaikan, tidak ada harapan bahawa masalah

kehidupannya dapat diatasi.

3. Struktur berpecah: Orang-orang Asli yang mendiami perkampungan itu, jauh di dalam hati mereka, sedar tentang nasib yang bakal menimpa.

Page 101: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

1.Ayat longgar : Klausa utama + Klausa KeteranganContoh : Dia membaca al-Quran sebelum

melelapkan mata.

2.Ayat Periodik : Klausa Keterangan + Klausa UtamaContoh : Tidak lama selepas itu, suara meminta

tolong kedengaran dari jauh.

Page 102: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

3.Ayat Berpecah : Sebahagian Klausa Utama + Klausa Keterangan + Sambungan Klausa Utama.

Contoh : Peserta Malaysia, walaupun namanya telah dipanggil beberapa kali, masih belum muncul-muncul lagi.

4.Ayat Berpusat : Klausa Keterangan + Klausa Utama + Tambahan Klausa Keterangan

Contoh : Walaupun mahal harganya, dia tetap membeli komputer berjenama kerana kata orang, alah membeli menang memakai.

Page 103: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

Ciri-ciri1. Ayat yang paling menonjol. Ini bukanlah bermakna bahawa ayat

penegasan merupakan ayat yang lebih superior; ia sekadar lebih tegas daripada ayat-ayat yang lain, lebih menonjol dan lebih meminta tarikan.

2. Dari segi sifatnya, ayat penegasan mestilah muncul sekali-sekali. Keberkesannya bergantung pada kejarangmunculannya.

3. Penegasan dalam ayat tidak melibatkan keseluruhan ayat tersebut, tetapi hanya sebahagian ayat.

Page 104: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

1.Pengumuman Contoh: Pertama, kita mestilah menyediakan bahan- bahan yang akan digunakan.

2.SeimbangContoh: Yang kurik itu kendi, yang merah itu saga. Yang baik itu budi, yang indah itu bahasa.

3.Fragmen Contoh: Siapakah sebenarnya yang harus bertanggungjawab terhadap kekalahan yang dihadapi oleh pasukan negara sehingga sedemikian memalukan? Entahlah. Mungkin pengurus sukan. Mungkin pemain. Mungkin kita semua.

Page 105: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

4.ArahanContoh: Fikirkan betapa malangnya rakyat yang

tidak terbela.5.Gangguan klausa

Contoh: Imran Ali, satu-satunya anak lelaki dalam keluarga dua belas beradik itu, tidak mendapat layanan yang lebih istimewa daripada saudara-saudaranya yang lain.

6.Ayat songsangContoh: Berlari dia sehingga ke hujung jalan.

7.Pernyataan negatif-positifContoh: Nama sebenarnya bukanlah Camellia, namanya

ialah Kamaliah

Page 106: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

• Jika sesuatu bahasa itu tetap dan stabil maka tidak sukarlah untuk kita mewujudkan ketepatan. Namun ia tidak sedemikian.

• Penciptaan dan penemuan merupakan dua punca yang nyata berlakunya perubahan dalam bahasa.

• Untuk menghasilkan ayat yang tepat, kita mestilah sensitif dengan makna perkataan yang digunakan. Terdapat dua jenis makna iaitu makna konotatif dan makna denotatif.

Page 107: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

• Bezakan makna perkataan yang berikut :negarawan : ahli politikmemakai : menggunakanrencana : rancanganwawasan : pandangancergas : cerdas

• Tidak semua perkataan mempunyai konotasi yang kuat. Sesetengahnya adalah agak neutral.

Contoh ayat dalam Bahasa Inggeris.

(1) Imran manages the records at the company. (2) Imran manipulates the records at the company. (3) Imran handles the records at the company.

Page 108: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

• Apakah perbezaan nyata bagi konotasi perkataan manages, manipulates dan handles dalam ayat- ayat tersebut? Bagaimana ketidaktepatan berlaku?

i. Perkataan yang hampir serupaii. Ungkapan kosongiii. Kenyataan samar

Page 109: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

i. Tahap diksi

- dapat dibahagikan kepada tulisan rasmi, lisan rasmi, kolokial.

- semua tahap mempunyai tempat masing-masing dan sesuai digunakan pada tempat tersebut.

- banyak penulis atau tulisan sekarang menggunakan stail yang longgar, kasula, dan informal.

Contoh:

Tulisan Lisan memberi bagi

menonton menengokberbual borak

Page 110: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

ii. Darjah kejelasan- dalam banyak keadaan, ambiguiti ( keterbukaan terhadap interpretasi yang pelbagai ) ialah suatu kelemahan. Namun demikian, kadangkala ambiguiti sengaja diwujudkan. Jadi, kita perlu memilih perkataan yang dapat membawa tahap ambiguiti yang kita ingini.

Contoh :

Amir Hamzah pada saat tersebut tidak langsung berniat untuk mencederakannya.

Frasa ‘ pada saat tersebut’ adalah penting pada ayat itu kerana ia terdedah pada interpretasi lain. Mungkin Amir

Hamzah mempunyai niat itu pada masa yang lain.

Page 111: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

iii. Darjah kekonkritan dan kekhususan

- Istilah-istilah konkrit dan khusus lebih tepat dan jelas imej-imej yang digambarkannya dibandingkan dengan istilah abstrak dan istilah umum.

- Istilah abstrak menyentuh hal atau konsep yang besar yang sukar dibayangkan.

- Istilah adjektif memberikan pilihan yang lebih luas.

Page 112: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

- Ekonomi dan kualiti-kualiti yang berkaitan dengannya, iaitu mudah, ringkas, padu, lazimnya dianggap sebagai tanda penulisan yang bermutu.

- Ekonomi dalam ayat merupakan hubungan antara bilangan perkataan yang digunakan dengan jumlah maksud yang ingin disampaikan.

- Pembaca yang baik dapat menentukan sesuatu ayat itu sama ada berekonomi atau tidak.

Page 113: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

- Prisip pembinaan ayat berekonomi1. Pemilihan kata yang tepat untuk membawa sesuatu konsep.

2. Jangan menggunakan kata atau frasa yang panjang jika ada kata atau frasa yang pendek.

3. Jangan menggunakan jargon atau istilah-istilah asing serta saintifik jika ada istilah Melayu yang lebih baik dan sesuai.

4. Jangan mengulang-ulang kata atau konsep yang membawa pengertian yang sama atau hampir sama. Kerapkali kata-kata ini sia-sia pada pembaca kerana tidak mengembangkan idea.

Page 114: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

Untuk menghasilkan tulisan yang segar, beberapa teknik dikemukakan:

1. Membuang unsur-unsur terduga dan masukkan elemen luar jangka. Ini memerlukan imaginasi dan memanglah penulis yang baik ialah penulis yang imaginatif.

2. Menunjukkan apa-apa yang berlaku, bukan menceritakannya.

3. Meletakkan diri di latar belakang.

4. Menggantikan kata layu dengan kata segar.

5. Menggantikan sesetengah bahasa literal dengan bahasa figuratif.

6. Mempelbagaikan gaya dan struktur ayat.

Page 115: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

- Ciri-ciri tadi memberikan sumbangan ke arah keterbacaan atau ‘readability’ iaitu ayat yang mempunyai sifat-sifat berikut dari sudut pandangan pembaca yang dituju:

i. Mudah dibacaii. Lancar dibacaiii. Seronok dibaca

Page 116: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

1) Ayat tanpa subjek2) Struktur asing3) Ayat pasif yang menggunakan oleh4) Ayat yang tidak menggunakan bentuk selari5) Ayat kolokial6) Ayat tanpa kesatuan logik: ini melibatkan masalah retorik7)Ayat bombastik8)Ayat kabur9)Ayat dengan kata sia-sia10)Istilah tidak tepat

Page 117: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan

• Prinsip-prinsip asas yang melibatkan penggunaan imbuhan, kata, frasa, klausa dan ayat diteliti dan dikaji.•Setiap wacana yang dihasilkan melibatkan penekanan tentang tujuan, gaya dan strategi bahasa.•Pentingnya kesedaran terhadap bahasa yang kita gunakan sebagi alat penting untuk berkomunikasi.

Page 118: ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan