hsr3013 sej ulasan buku

22
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1.0 PENGENALAN……………………………………………………………....3-4 Latar belakang akhbar Melayu 4-6 Kebangkitan dan usaha ke arah kemerdekaan 6-9 Peranan dan prinsip perjuangan Suara Rakyat 9-10 Cabaran Suara Rakyat dalam membangkitkan kesedaran nasionalisme 10-11 Impak perjuangan Suara Rakyat 11-13 2.0 PENUTUP………………………………………………………………….. 13-15 1

Upload: melaniadingkim

Post on 29-Sep-2015

53 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN....3-4Latar belakang akhbar Melayu 4-6Kebangkitan dan usaha ke arah kemerdekaan 6-9Peranan dan prinsip perjuangan Suara Rakyat 9-10Cabaran Suara Rakyat dalam membangkitkan kesedaran nasionalisme 10-11Impak perjuangan Suara Rakyat 11-132.0 PENUTUP.. 13-15

PENGENALANSaya telah memilih buku Politik Suara Rakyat untuk diulas kerana kandungan buku ini memberikan satu perspektif yang cukup mantap mengenai realiti politik di Tanah Melayu pada masa lampau. Buku ini ditulis oleh Prof.Madya Dr. Ishaak Saat. Buku setebal 164 halaman yang terbahagi kepada 7 bab ini diterbitkan oleh Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada tahun 2013. Beliau merupakan anak kelahiran Sitiawan, Perak dilahirkan pada 30 November 1964. Beliau merupakan seorang pendidik yang berpengalaman luas dan berkecimpung dalam bidang pendidikan melebihi 22 tahun sejak 1988 lagi. Beliau merupakan professor madya di Jabatan Sejarah, Fakulti Sains Kemanusiaan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak. Beliau pernah dilantik sebagai pengarah, Muzium Pendidikan Nasional, UPSI mulai 1 Oktober 2010 sehingga 30 september 2012. Beliau juga pernah bertugas sebagai pensyarah cemerlang di Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Beliau sangat aktif dalam menghasilkan buku-buku ilmiah termasuklah buku yang saya ulas iaitu buku politik Suara Rakyat yang diterbitkan pada tahun 2013. Antara bukunya yang lain ialah Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia (2005), Sejarah Sosiobudaya Melayu (2006), Sejarah Politik Melayu: pelbagai Aliran (2007), Sejarah Perguruan di Malaysia (2008), Pendidikan Negara Bangsa Malaysia (2009), Warisan Melayu Perak (2010), Wanita dan Perjuangan (2011), Wanita dan Kepelbagaian (2012) dan banyak lagi. Kandungan buku yang saya kaji bertajuk Politik Suara Rakyat memaparkan kebenaran sejarah perjuangan kemerdekaan yang diperjuangkan oleh golongan radikal Melayu melalui peranan akhbar Suara Rakyat dalam pertubuhan politik. Akhbar ini digunakan sepenuhnya untuk menjayakan matlamat Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Penulis menyingkap kronologi sejarah penubuhan, perkembangan impaknya dalam usaha memberi dan membangkitkan kesedaran orang Melayu untuk memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu. Peranaan akhbar ini menjadi anjakan paradigma dalam membangkitkan semangat kesedaran memperjuangkan kemerdekaan.

LATAR BELAKANG AKHBAR MELAYU

Dalam buku ini, penulis bermula dengan melihat secara kritis tentang politik Tanah Melayu yang menyebabkan kemunduran masyarakat Melayu. Namun begitu, peranan akhbar yang lantang menyuarakan pendapat dan memberi maklumat menyemai semangat kesedaran kepada masyarakat melayu. Di sini, penulis membicarakan tentang latar belakang akhbar di Tanah Melayu iaitu pada awal kemunculannya, ia sekadar memberi maklumat kepada masyarkat. Namun, perkembangan akhbar tempatan semakin rancak untuk memberi kesedaran kepada penduduk Tanah Melayu dan ia berfungsi sebagai alat utama untuk berkomunikasi ketika itu.. Menurut Zulkifli Mahmud tokoh-tokoh politik Tanah Melayu menceburi bidang penulisan akhbar-akhbar tempatan untuk menyampaikan pendapat dan memberikan maklumat untuk menyedarkan dan membuka mata masyarakat melayu agar berjuang bersama mendapatkan kemerdekaan. Antara akhbar yang muncul ketika itu ialah Al-Imam (1906-1908), Saudara (1928-1941), Pengasuh (1918-1938), Majlis (1930-1940) dan Warta Malaya (1930-1941) serta Fajar Asia. Antara tokoh yang terlibat aktif dalam penulisan akhbar ini ialah Syed Syeikh Al Hadi, Zainal Abidin Ahmad (ZA BA), A Samad Ismail, DatoOnn Jaafar, Ahmad Boestamam, Shamsuddin Salleh, Abdul Majid Salleh, Burhanuddin Al-Helmy dan Zaid Zahari. Penglibatan Mereka dalam penulisan artikel dan penerbitan akhbar-akhbar tempatan menyebabkan mereka digelar sebagai golongan radikal dan penentang penjajah serta dikatakan penentang penjajah juga menderhaka kepada raja-raja Melayu. Perkembangan akhbar di Perak seperti Warta Perak (1937), Warta Kinta (1938), dan pada zaman pemerintahan Jepun, satu akhbar diterbitkan iaitu Berita Perak. Akhbar ini beroperasi di Ipoh. Akhbar ini berbeza iaitu Warta Kinta mengemukakan kisah kemunduran orang Melayu yang harus dibela manakala Berita Perak berunsur propaganda Jepun atau untuk menyebarkan maklumat dan puji-pujian kepada pemerintah Jepun. Akhbar-akhbar tempatan Melayu banyak menyentuh mengenai kepincangan dasar pentadbiran British yang tidak membela nasib bangsa Melayu. Sebaliknya, mereka mengutamakan orang luar seperti Cina dan orang Barat. Penulis juga menyatakan tentang kemunculan anak muda yang berkecimpung dalam penerbitan akhbar khasnya di Perak. Antaranya ialah Boestamam, Abdul Samad Ahmad, Muhammad Hanif, Zulkifli Ownie, Dahari Ali, Musa Ahmad dan Haji Ramli Said. Mereka merupakan Gerakan Kiri Tanah Air (KITA). Semangat seperti inilah yang seharusnya ada dalam diri masyarakat Melayu ketika itu untuk mempertahankan Tanah Melayu daripada dirampas oleh kuasa asing. Semangat dan keberanian mereka menyebabkan mereka mengambil tindakan dengan mengambil alih pejabat percetakan akhbar Perak Shimbun dalam bulan Ogos 1945. Penerbitan akhbar lebih mudah apabila mereka mengambilalih penerbitan akhbar dan seterusnya menerbitkan akhbar sendiri iaitu akhbar Suara Rakyat di Ipoh, Perak. Akhbar ini dicetak dan diedarkan oleh Syarikat Rakyat Trading di Hale Street, Ipoh di bawah pimpinan Tuan Haji Mohd. Daud.Yatimy. Akhbar Suara Rakyat ini kali pertama dikeluarkan pada 8 September 1945. Ahmad Boestamam menjemput Dahari Ali, Abdul Samad, Musa Ahmad dan Mohammad Hanif dalam bidang kewartawanan dan penerbitan untuk mengukuhkan lagi pengeluaran akhbar Suara Rakyat kerana mereka berpengalaman luas dalam bidang ini. Ahmad Boestamam berperanan sebagai setiausaha akhbar Suara Rakyat. Musa Ahmad pula aktif dalam penulisan rencana yang berunsur agama. Manakala, Abdul Samad Ahmad pula dilantik sebagai anggota siding pengarang Suara Rakyat. Mohamad Haniaf dan Dahari Ali pula ditugaskan mencari berita dalam dan luar negara untuk diterjemahkan dan dimasukkan dalam akhbar. Manakala Abdul Samad Ahmad bertindak sebagai ketua bahagian percetakan dan pengatur huruf. Arshad Ashari yang merupakan orang kepercayaan Moktaruddin Lasso pula menguruskan bahagian penjualan, pengiklanan dan perkara-perkara yang berkaitan dengan pengedaran. Pengedaran akhbar Suara Rakyat ini tidak begitu meluas kerana menghadapi masalah modal dan pengedarannya amat terhad, iaitu di sekitar kawasan Utara yang meliputi Perak, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Selanggor dan Negeri Sembilan sahaja. Walaupun pengedarannaya amat terhad namun impaknya begitu berkesan dan memberangsangkan. Satu lagi akhbar Bahasa inggeris diterbitkan iaitu Voice of The People yang turut diuruskan oleh syarikat yang sama dengan akhbar Suara Rakyat dan peranan dan pengisiannya juga hamper sama dengan akhbar Suara Rakyat.Kesimpulannya, latar belakang akhbar Melayu ini telah membuktikan kewujudan media cetak seperti akhbar di Tanah Melayu yang mana membawa kepada kesedaran dalam memeperjuangkan kemerdekaan. Di samping itu, kewujudan akhbar ini juga membuktikan penglibatan orang melayu dalam proses proses perkembangan media cetak.

KEBANGKITAN DAN USAHA KE ARAH KEMERDEKAANPenulis seterusnya membicarakan tentang kesedaran berpolitik dalam kalangan masyarakat Melayu. Kesedaran orang melayu ini adalah fokus utama dalam penerbitan akhbar yang diusahakan oleh Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Hal ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada seluruh orang Melayu. Pelbagai cara pendekatan yang digunakan untuk membangkitkan semangat dan kesedaran berpolitik. Buktinya, PKMM mengadakan ceramah, sesi penerangan, kempen keahlian dan menggunakan akhbar seperti Suara Rakyat, Voice of The People dan Suloh Malaya. Seterusnya, kebangkitan kesedaran ini bermula apabila gabungan dua aliran yang tidak dapat dipisahkan iaitu, Kebangsaan Melayu dan Islam melahirkan sebuah perjuangan rakyat yang lebih mantap yang dipelopori oleh golongan yang berpendidikan Barat. Disamping itu, kefahaman sekularisme yang diperkenalkan oleh penjajah British melalui Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI/SITC),Tanjung Malim, Perak memberi kesan yang besar kepada masyarakat Melayu dan pihak British. Institusi pendidikan ini Berjaya melahirkan golongan guru yang berjiwa rakyat sekaligus membawa kepada kesedaran akan kepentingan dan kebajikan serta membela nasib orang Melayu di Tanah Melayu. Hal ini dikatakan demikian, sudah sekian lama Bangsa Melayu ini mengikut telunjuk penjajah Barat melalui dasar Pecah dan Perintah dan melalui sistem ekonomi dualisme. Keadaan ini menyebabkan mereka menyuarakan ketidakpuasan hati dan menggesa orang Melayu untuk bersatu dalam menentang penjajahan ini. Orang Melayu menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kedudukan sosioekonomi dan politik mereka menerusi Kesatuan Melayu Muda (KMM), dibawah pimpinan Ibrahim Haji Yaakub guru lulusan MPSI/SITC. Turut besama dalamperjuangan ini adalah golongan berpendidikan agama terutama daripada Institusi pengajian agama Maahad II Ihya As-Sharif, Gunong Semanggol. KMM ini dicap oleh pihak British dan Jepun sebagai golongan radikal. Oleh itu, KMM telah diharamkan. Namun begitu, para pendukung KMM mengatur strategi baharu untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai. KMM telah menaja dan menubuhkan parti politik baharu seperti Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjug (KRIS), PKMM, Hizbul Muslimin, Api dan AWAS. KRIS telah melakukan pendekatan kerjasama dengan pemerintah Jepun untuk memastikan perjuangan mereka tidak menerima nasib yang sama dengan KMM sebelumnya. Seterusnya KRIS mengadakan kerjasama dengan Parti Nasionalis Indonesia (PNI) pimpinan Sukarno untuk merealisasikan hasrat kemerdekaan melalui satu rumpun bangsa. Buktinya, dapat dilihat melalui peristiwa pertemuan sulit para pemimpin KRIS yang diadakan di Taiping, Perak pada 31 Ogos 1945 untuk membincangkan tentang kemerdekaan Tanah Melayu dengan Indonesia di bawah konsep Melayu Raya. KRIS ini adalah pertubuhan politik yang pertama bagi bangsa Melayu yang memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu secara terbuka. Apabila Jepun menyerah kalah dan sebelum British kembali untuk kuasai Tanah Melayu, satu rundingan diadakan antara pihak radikal Melayu di Tanah Melayu dengan Indonesia dalam usaha menegambil alih pemerintahan negara. Disamping itu, peristiwa penyerahan kedaulatan dan pemberian kemerdekaan kepada rakyat Indonesia di bawah pimpinan Presiden Sukarno dan Timbalan Presiden Drs Mohammad Hatta. Peristiwa ini membangkitkan semangat untuk menuntut kemerdekaan golongan radikal Melayu di Tanah Melayu. Selain itu, semangat pemuda dijadikan oleh para pemimpin gerakan kemerdekaan sebagai inspirasi di Indonesia ataupun di Tanah Melayu. Peranan Sukarno dalam menyemarakan semangat perjuangan menentang sebarang bentuk penjajahan dengan memberikan kata-kata semangat. Peranan akhbar turut mempengaruhi kesedaran ini melalui penyebaran dan memuatkan berita yang dapat membantu menyemarakkan lagi kesedaran menentang penjajah dan memperjuangkan kemerdekaan. Akhbar yang digunakan ialah akhbar Suloh Malaya yang merupakan akhbar rasmi PKMM. Pengaruh luar turut menjadi pemangkin semangat kesedaran di Tanah Melayu iaitu kejayaan Indonesia menentang dan mengusir Belanda membakar semangat para pemuda dan pemudi di Tanah Melayu dan tokoh-tokoh besar yang memimpin penentangan penjajah Belanda menjadi idola dan sumber inspirasi golongan muda di Tanah Melayu. Seterusnya, Rencana yang disiarkan pada 15 Jun 1946 yang berjudul Indonesia Merdeka dengan pemuda-pemudinya menyemarakkan lagi semangat dalam kalangan anak-anak muda Melayu di Tanah Melayu. Pada awal penubuhan PKMM ada unsur-unsur dan usaha-usaha yang cuba menyelewengkan perjuangan bangsa Melayu dengan menyerapkan fahaman komunisme, namun kecekapan dan kepantasan tokoh-tokoh radikalisme Melayu yang berjiwa kebangsaan dan Islam berjaya melakukan pembersihan terhadap aliran komunisme dalam PKMM. Penulis menggunakan teknik penulisan gaya penghujahan iaitu mengemukakan pendapat atau mempertahankan pandangan mengenai sesuatu perkara dengan alasan yang kukuh. Contohnya, Menurut tokoh radikal Melayu, Ishak Haji Muhammad dalam Memoir Pak Sako Putera Gunung Tahan, mereka menubuhkan PKMM demi menyahut cabaran dan memenuhi tuntutan perjuangan membela bangsa Melayu yang ketinggalan dalam semua lapangan kehidupan.

PERANAN DAN PRINSIP PERJUANGAN SUARA RAKYATAkhbar memainkan peranan penting di Tanah Melayu dalam era sebelum merdeka. Akhbar ini merupakan asas kepada perjuangan untuk mencapai kemerdekaan dan menjadi alat perhubungan atau komunikasi yang digunakan untuk menyampaikan mesej perjuangan dalam menimbulkan kesedaran kepada masyarakat Melayu yang masih terleka. Melalui peranan yang dimainkan oleh akhbar segala peristiwa dan maklumat sampai kepada masyarakat di Tanah Melayu sama ada diluar mahupun di dalam negara. Akhbar seperti Al-Imam, Saudara, Pengasuh, Majlis, Warta Malaya dan Fajar Asia berperanaan untuk memberikan kesedaran akan kepentingan bersatupadau untuk maju ke hadapan untuk memartabatkan bangsa Melayu yang jauh ketinggalan. Akhbar-akhbar ini juga memaparkan kisah kebangkitan nasionalisme di India, China dan di Asia Tenggara seperti Indonesia dan Filipina untuk memberikan kesedaran untuk menuntut kemerdekaan. Disamping itu, akhbar ini digunakan oleh orang Cina dan India untuk menyuarakan tuntutan hak sama rata sebagai rakyat negeri ini. Ada tokoh-tokoh melayu yang dilabel sebagai golongan radikal Melayu menggunakan akhbar ini untuk mengemukakan idea dan pendapat mereka untuk membuka mata dan fikiran para pembaca agar bangkit memperjuangkan nasib bangsa Melayu. Ada juga akhbar yang bersifat propaganda semata-mata. Prinsip perjuangan akhbar Suara Rakyat pula adalah untuk memberikan kesedaran kepada rakyat akan kepentingan bersatupadu, menjelaskan hak dan tanggungjawab orang Melayu serta menjelaskan tentang hak orang Melayu dalam pentadbiran British di Tanah melayu agar orang Melayu sedar dan faham tentang hak mereka yang dirampas sekaligus menentang ketidakadilan yang berlaku. Selain itu, akhbar ini juga menyeru seluruh rakyat menuntut sistem pemerintahan yang berlandaskan konsep demokrasi kearah pemerintahan sendiri daripada penjajah British. Akhbar Suara Rakyat ini berbeza dengan akhbar-akhbar yang lain kerana akhbar Suara Rakyat memuatkan tentang persoalan semangat perjuangan kemerdekaan dan sistem negara demokrasi. Pada awalnya Suara Rakyat ini mengkritik penjajahan Jepun dan menyeru rakyat agar berusaha memerdekakn Tanah Melayu. Namun, dalam keluaran seterusnya Suara Rakyat bertindak dengan menyarankan kepada pihak British untuk memberikan kemerdekaan bersama dengan Indonesia dengan segera. Suara Rakyat ini berperanan sebagai lidah rasmi PKMM dari tahun 1945 hingga penghujung tahun 1946 untuk menyampaikan dasar dan rancangan PKMM kepada semua rakyat agar bangkit dan berjuang untuk bangsa mereka. Akhirnya, kesedaran yang diusahakan oleh akhbar Suara Rakyat berjaya menyedarkan masyarakat Melayu yang membawa kepada penubuhan sebuah Parti Politik Melayu yang pertama di Tanah Melayu, iaitu PKMM pada 17 Oktober 1945.

CABARAN SUARA RAKYAT DALAM MEMBANGKITKAN KESEDARAN NASIONALISMEPenulis juga telah menyentuh mengenai cabaran-cabaran yang dilalui oleh golongan pelopor gerakan radikal di Tanah Melayu seperti Dr. Burhanuddin Al- Helmy, Ishak Haji Muhammad dan Ahmad Boestamam. Dalam usaha untuk mendapatkan kemerdekaan di Tanah Melayu pelbagai cabaran yang telah dilalui dan harus ditempuhi oleh golongan ini untuk memberi kesedaran kepada orang Melayu untuk bangkit bersama memeperjuangkan hak milik mereka. Pihak British menyenaraikanhitamkan pemimpin-pemimpin radikal ini. Antara masalah yang dihadapi ialah kekurangan modal dan masalah pengedaran Suara Rakyat yang agak terhad. Mereka cuma berharapkan bantuan peribadi daripada rakan-rakan seperjuangan seperti Mustapha Hussien yang menyumbang sebanyak $3,000. Kekurangan modal menyebabkan penerbitan dan pengedaran akhbar ini turut terhad. Namun begitu, impak di kawasan yang diliputi amat berkesan. Seterusnya, di Perak berlaku peristiwa berdarah yang menyebabkan perpecahan Melayu Perak dalam menyokong pewaris takhta kesultanan perak pada tahun 1870-an. Perjuangan mereka gagal dan yang terlibat dijatuhkan hukuman dan ada juga yang telah dibuang negeri seperti Raja Abdullah dan Ngah Ibrahim. Ada juga yang dihukum gantung seperti Pandak Endut. Manakala Ngah Jabor dan Kulub Ali dipenjarakan seumur hidup, Sultan Ismail pula tidak boleh pulang ke Perak tetapi dibenarkan tinggal di Johor. Di samping itu, sikap masyarakat Melayu yang berfikiran sempit menyebabkan kesedaran politik juga menjadi sempit dan ini menjadi salah satu cabaran untuk mendapatkan kemerdekaan. Selain itu, tindakan pihak British juga mengekang tindakan mereka untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu. Mereka juga mendapat tentangan daripada bangsa sendiri. Namun begitu, usaha mereka berterusan tanpa mnegenal erti putus asa. Kesimpulannya, segala cabaran yang dihadapi oleh pemimpin-pemimpin yang dianggap radikal untuk memberikan kesedaran melalui media penyaluran maklumat iaitu Suara Rakyat dapat memberi kesedaran orang Melayu. Alat perhubungan ini menjadi pemangkin kepada perjuangan kemerdekaan.

IMPAK PERJUANGAN SUARA RAKYATSeterusnya, penulis melihat impak perjuangan akhbar Suara Rakyat dimana beliau menggunakan gaya kritikal untuk mengemukakan fakta atau bukti daripada sumber yang diperolehi dan seterusnya mengemukakan alasan atau bukti untuk membangkang atau menyokong kenyataan yang terdapat dalam tajuk ini. Buktinya, beliau memberikan pendapat tentang konsistensi perjuangan golongan politik radikal iaitu Ahmad Boestamam yang dianggap oleh Ramlah Adam dalam tulisannya menganggap perjuangannya merupakan gimik politik semata-mata. Seterusnya, penulis membangkang kenyataan ini dengan mengambil pandangan daripada Rashid Maidin yang mengemukakan pendapat yang bertentangan dengan kenyataan Ramlah Adam yang mana beliau menganggap Ahmad Boestamam seorang pejuang kemerdekaan yang cukup konsisten dan setia dalam perjuangan. Penulis mengemukakan pendapatnya bahawa pandangan yang diutarakan oleh Ramlah Adam adalah pandangan yang tidak mengambil kira strategi dan penyesuaian keadaan semasa tanpa mengambil kira pengertian radikal yang menjadi falsafah politik tokoh itu. Manakala tindakan Ahmad Boestamam pula merupakan satu kesinambungan idea dan pemikiran politik yang membolehkan beliau memberikan sumbangan, pandangan dan kritikan politik untuk meneruskan idea politiknya. Dalam bab ini juga penulis membicarakan tentang perjuangan golongan politik radikal Melayu dimana tokoh-tokoh radikal telah dipenjarakan akibat perjuangan untuk mendapatkan kemerdekaan. Peranan yang dimainkan oleh akhbar Suara Rakyat ini memberi impak yang sangat besar kepada masyarakat apabila maklumat sama ada berita dan maklumat dari dalam mahupun di luar dapat dikatahui sekaligus membangkitkan kesedaran untuk berjuang menentang penjajahan di Tanah Melayu. Semangat golongan radikal pula tidak dapat dibendung walaupun pihak British memperkenal dan menguatkuasakan Akta Darurat 1948 yang menghalalkan penangkapan dan memenjarakan tokoh-tokoh berhaluan kiri Melayu dan Cina. Kira-kira 5, 362 orang pejuang radikal yang ditangkap dan dipenjarakan di kem-kem tahanan politik penjajah. Walaupun demikian, semangat mereka tidak pernah luntur malah menyemarakkan lagi semangat mereka berjuang untuk mencapai kemerdekaan. Hal ini membuktikan impak daripada perjuangan orang Melayu Berjaya dibangkitkan melalui peranan akhbar Suara Rakyat dan juga PKMM. Kebangkitan perjuangan politik berbentuk Kepartian muncul apabila Suara Rakyat bersuarayang memainkan peranan untuk memberi kesedaran kepada orang Melayu agar berorganisasi dalam perjuangan berbentuk politik. Kesannya, orang Melayu mula menyedari akan kepentingan berpolitik dan tuntutan demokrasi yang menuntut keadilan kepada semua golongan masyarakat. Peranan akhbar ini sangat meluas iaitu melalui peranannya, pendidikan terhadap ilmu politik dan demokrasi dapat disampaikan kepada pembaca. Selepas penubuhan Suara Rakyat pada 31 Ogos 1957 Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan melalui asas perjuangan golongan Radikal Melayu dan peranan asas Suara Rakyat. Kesimpulannya, kemerdekaan yang dikecapi ini hasil daripada asas perjuangan golongan yang dilabel sebagai pejuang radikal Melayu dan asas perjuangan akhbar Suara Rakyat yang mana telah menimbulkan kesedaran untuk berjuang untuk mencapai kemerdekaan Tanah Melayu. Walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan namun perjuangan mereka tidak pernah putus. Dalam bab ini, penulis banyak menggunakan teknik penulisan gaya pemerihalan untuk menerangkan lebih dalam tentang peristiwa tersebut. Penulis juga ingin menggambarkan suasana, tempat , orang atau peristiwa untuk memberi gambaran kepada pembaca tentang perkara yang ingin disampaikan.

PENUTUPSecara keseluruhannya, penulis buku, dapat atau berjaya menyampaikan maklumat kepada pembaca dengan mengemukakan bukti-bukti yang kukuh. Selain itu penulis ini banyak menggunakan sumber pertama dalam menghasilkan buku politik Suara Rakyat dengan merujuk dokumen-dokumen dan sumber kedua iaitu, buku hasil nukilan penulis lain untuk mengukuhkan dan memberi maklumat yang tepat. Dari segi penulisan, penulis menggunakan gaya naratif (penceritaan), kronologi, kritik, pemerihalan, penghujahan dan sebagainya. Gaya penganalisaan turut digunakan dimana penulis mengkaji atau menyelidik untuk memberi gambaran yang lebih kritis, terperinci dan lebih jelas tentang sesuatu peristiwa sejarah yang berlaku. Penulis juga telah membongkar realiti politik yang masih belum dibongkar yang berlaku di Tanah Melayu sebelum mencapai kemerdekaan dengan mantap dimana beliau telah menyingkap perjalanan perkembangan sejarah Tanah Melayu sehinggalah tercapainya kemerdekaan. Oleh itu, buku ini wajar dibaca oleh generasi masa kini agar ia menjadi inspirasi dan teladan yang berguna serta memelihara warisan sejarah yang semakin diabaikan terutama generasi baharu. Hal ini demikian kerana ramai generasi muda yang tidak mengetahui sejarah ini menyebabkan mereka memberi pandangan negatif dan tidak adil kepada golongan tertentu. Diharapkan penulisan buku seperti ini dapat diteruskan oleh penulis lain dan buku yang ditulis oleh penulis buku dapat dimanfaatkan sebaik mungkin. Pada pendapat saya, buku ini adalah satu karya yang bermutu kerana penulis dapat membawa pembaca melihat dan menggambarkan apa yang ingin disampaikan oleh penulis dengan menggunakan gaya penulisan yang pelbagai. Buku politik Suara Rakyat ini juga banyak memberi pengajaran dan tauladan kepada generasi dan masyarakat masa kini dimana ia memuatkan nilai-nilai yang tersirat dan tersurat yang telah disampaikan oleh penulis. Buku ini dapat memberi kesedaran berjuang untuk Tanah Air kita supaya masyarakat tidak akan mengulangi kesilapan yang pernah dialami oleh masyarakat masa lalu. Gaya yang digunakan oleh Dr. Ishak dalam penulisan buku ini adalah melalui kaedah kronologi. Kaedah ini digunakan untuk memudahkan pembaca melihat secara terperinci tentang perjalanan sejarah Tanah Melayu sehingga mencapai kemerdekaan. Kronologi ini bermula selepas perang dunia kedua sehingga tercapainya kemerdekaan. Persembahan yang digunakan oleh Dr. Ishak pula adalah melalui buku. Beliau telah menbahagikan buku ini kepada tiga bahagian iaitu pendahuluan atau pengenalan, isi-isi penting atau huraian utama yang ingin beliau utarakan dan yang terakhir sekali adalah kesimpulan. Di dalam buku ini juga terdapat bibliografi dan nota kaki yang bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada idea yang diambil oleh penulis. Selain itu, nota kaki ini juga digunakan untuk membahaskan atau mengemukakan

terhadap sesuatu topik. Nota kaki ini dibuat untuk membuktikan bahawa wujudnya isi didalam sumber yang diambil. Bibliografi pula dibuat untuk menyenaraikan nama-nama penulis dan buku mereka yang diambil sebagai rujukan. Kesimpulannya, apa yang telah dikemukakan dalam perbincangan ini adalah untuk memberikan kefahaman dan maklumat yang tepat kepada para pembaca.

1