ulasan buku

20
A Short Guide to ACTION RESEARCH By Andrew P.Johnson Tugasan 1 : Ulasan Buku

Upload: national-university-of-malaysia

Post on 19-Jun-2015

3.911 views

Category:

Business


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ulasan Buku

A Short Guide to ACTION RESEARCH

By Andrew P.Johnson

Tugasan 1 : Ulasan Buku

Page 2: Ulasan Buku

Apakah Maksud Kajian TindakanKajian Tindakan bermaksud satu proses pembelajaran

terhadap situasi sebenar sekolah atau bilik darjah untuk memahami dan meningkatkan kualiti tindakan atau pengajaran. Ia adalah sistematik dan langkah yang tersusun untuk guru menilai/memerhati langkah pengajaran atau mencari masalah untuk dijadikan tindakan [Buku : A Short Guide to Action Research].

Kajian tindakan merupakan kajian pengamal (practitioner research) yang boleh digunakan untuk meningkatkan amalam profesional dalam pelbagai bidang pekerjaan. Kajian pengamal adalah kajian yang dilakukan oleh individu terhadap amalanya. Kajian tindakan yang dilakukan dengan baik boleh menyumbang kepada peningkatan kendiri, menambahbaik amalan, meningkat keberkesanan institusi dan memberi sumbangan kepada kebaikan masyarakat.[ Buku : Modul Kursus Kajian Tindakan Dalam Pendidikan]

Page 3: Ulasan Buku

Merujuk kepada buku A Shirt Guide to Action Research by Andrew P.Johnson menyatakan

Bahawa dalam mengenalpasti masalah terdapat 2 elemen yang berkaitan iaitu:

Mengenalpasti Masalah Mencari Penyelesaian Menguji Penyelesaian

Mencari Masalah Masalah tidak dapat diselesaikan melainkan dengan menentukan

dan mencari masalah terlebih dahulu. Menentukan masalah yang berlaku terhadap situasi yang dilihat dan

terdapat kepercayaan bahawa masalah itu boleh diperbaiki yang lebih baik.

Perlu melihat kenapa perkara tersebut berlaku seperti itu. Contoh: Kenapa pelajar tidak belajar? Kesimpulannya Kajian Tindakan boleh digunakan untuk membantu

melihat apa yang di sekolah atau bilik darjah atau mencari dan menentukan masalah.

Mengenal PastiMasalah Kajian Tindakan

Page 4: Ulasan Buku

Mencari Penyelesaian

Terdapat pelbagai strategi yang boleh digunakan untuk mencari penyelesaian. Terdapat

2 kaedah yang boleh digunakan iaitu;• Penyelesaian Masalah yang Kreatif (CPS)• Analisis Means-end

Penyelesaian Masalah Yang Kreatif Dimulakan dengan mendifinasikan masalah dan membina

idea untuk penyelesaian kepada masalah. Kunci Kejayaan dalam mengimplimnetasikan strategi ini

ialah untuk mengeluarakan seberapa banyak idea. Adalah lebih efektif untuk menjana lebih banyak senarai

idea kemudianyya dibincangkan dalam perbincangan penilaian untuk mendapatkan yang terbaik.

Berkemungkinan terdapat 2 atau lebih 3 idea yang boleh digabungkan untuk mencari penyelesaian.

Rangka Pemikiran untuk CPS ialah

Page 5: Ulasan Buku

Rangka Pemikiran untuk CPS ialah Mentakrif Masalah Membina seberapa banyak penyelesaian yang mungkin Memilih penyelesaian yang lebih baik Menghurai dan menyaring semula Implimen penyelesaian Melihat, menilai dan menyaring semula pada bahagian

yang perlu

Analisis Mean-End ( MEA) Dimulakan dengan mengambarkan hasil yang diingini. Mentakrif matlamat yang ditentukan untuk dibawa ke akhir

kajian. Matlamat yang terlibat adalah objektif global, sifat, kemahiran,

tingkah laku atau keadaan yang spesifik dimana merupakan hasil akhir yang diingini.

Matlamat adalah penting dalam penilaian hasil akhir yang dihendaki untuk penyelesaian.

Analisis makna yang diperlukan untuk mencapai hasil tadi. Akhirnya, perancangan dibuat untuk mengubah situasi semasa

kepada situasi yang diingini.

Page 6: Ulasan Buku

Rangka Pemikiran untuk MEA ialah Menerangkan hasil akhir yang diinginkan. Mentakrif matlamat yang besesuaian untuk mencapai

hasil akhir Menerangkan keadaan semasa Menganalisis maksud yang diperlukan untuk mendapat

hasil akhir Membuat dan mengimplimen rancangan Melihat, menilai dan menyaring semula rancangan.

Menguji Penyelesaian Adalah bahagian yang terakhir di mana mengimplimentasi

penyelesaian dan menguji sama ada dia berkerja atau tidak. Setiap rancangan baru, program atau penyelesaian

memerlukan sedikt pengubah suaian semasa peringkat implimentasi.

Boleh digunakan sebagai penilaian formatif dan sumatif.

Page 7: Ulasan Buku

Di mana Guru Melakukan Kajian Tindakan

Setting KajianKajian Tindakan boleh dilakukan di sekolah

untuk membaiki sistem pentadbiran sekolah.Juga boleh dilakukan di dalam bilik darjah.

Sampel KajianKajian Tindakan boleh dilakukan kepada

rakan sekerja contohnya pembangunan perkhidmatan dalaman.

Dilakukan juga terhadap pelajar contohnya masalah disiplin dikalangan pelajar.

Di dalam Bilik Darjah contohnya menginterasikan ICT dalam kurikulum.

Page 8: Ulasan Buku

Kepentingan Kajian TindakanUntuk melakukan Kajian Tindakan ianya melibatkan

5 langkah asas iaitu Langkah 1 : Persoalan Kajian, Menentukan Masalah, atau menentukan Kawasan Kajian.Langkah 2 : Apa data yang hendak dikumpul, bagaimana hendak dikumpul dan berapa kekerapan.Langkah 3 : Mengumpul dan analisis data.Langkah 4 : Menyatakan bagaimana dapatan digunakan dan diaplikasi dan membuat rancangan untuk tindakan berdasarkan kepada dapatan kajian.Langkah 5 : Laporkan atau berkongsi hasil dapatan dan rancangan tindakan dengan yang lain.

Buku : A Short Guide to Action Research

Page 9: Ulasan Buku

Bagaimana Guru Melakukan Kajian TindakanUntuk melakukan Kajian Tindakan ianya melibatkan

5 langkah asas iaitu Langkah 1 : Persoalan Kajian, Menentukan Masalah, atau menentukan Kawasan Kajian.Langkah 2 : Apa data yang hendak dikumpul, bagaimana hendak dikumpul dan berapa kekerapan.Langkah 3 : Mengumpul dan analisis data.Langkah 4 : Menyatakan bagaimana dapatan digunakan dan diaplikasi dan membuat rancangan untuk tindakan berdasarkan kepada dapatan kajian.Langkah 5 : Laporkan atau berkongsi hasil dapatan dan rancangan tindakan dengan yang lain.

Buku : A Short Guide to Action Research

Page 10: Ulasan Buku

Bagaimana Guru Melakukan Kajian Tindakan

Menentukan Persoalan Masalah dan Tempat Kajian

Rancang Pengumpulan Data

Kumpul dan Analisis Data

Mencipta Tindakan Kajian

Berkongsi dapatan dan tindakan Kajian

Kajian ke Perpustakaan

Buku : A Short Guide to Action Research

Page 11: Ulasan Buku

Bagaimana Data DikumpulTujuan utama Kajian Tindakan adalah untuk

memahami sesuatu elemen dalam bilik darjah dengan mengumpul data.

Memandangkan Ianya adalah sistematik, ini bermaksud sebelum kajian hendak dimulakan rancang dahulu tempat dan apa data yang akan dikumpul, bila, bagaimana dan berapa kekerapan untuk mengumpul data.

Pengunpulan data dalam kajian tindakan bukannya tangkap muat sahaja seperti data servey atau berdasarkan skor kerja rumah. Tetapi ianya adalah satu siri yang diambil secara cepat dalam masa yang berbeza dan pelbagai cara.

Cuba untuk mengumpul seberapa banyak jenis data untuk mendapat keputusan yang baik.

Page 12: Ulasan Buku

Bagaimana Data DikumpulTerdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk

mengumpul data; Nota Lapangan– Pemerhatian

Guru boleh mengambil data melalui kaedah ini dengan tiga cara. Permata : guru membuat penghuraian nota pemerhatian yang tebal.

Ini bermaksud guru mengambil data semasa pengajaran sedang dijalankan. Selain itu guru juga perlu mengambil data tanpa melihat secara langsung kepada pelajar. Ini kerana apabila pelajar dapat mengetahui, mereka akan kurang mendedahkan diri sebenar mereka.

Kedua : ialah Nota cepat semasa pengajaran. Kaedah ini boleh digunakan di mana guru menyediakan fail untuk setiap pelajar dengan nama mereka. Semasa pengajaran dilakukan guru boleh membuat nota terhadap pelajar yang berminat dan juga boleh digunakan untuk sampel kerja pelajar, senarai semak atau pencapaian ujian.

Ketiga : ialah Nota dan Refleksi Selepas Pengajaran di mana catatan pemerhatian dilakukan pada akhir masa P&P. Semasa penulisan data ini guru perlu melihat balik terhadap rancangan pengajaran berdasarkan kepada apa yang telah diajar, bila mengajar, bagaimana ianya diajar, berapa kali mengajar dan wawasan untuk berubah.

Page 13: Ulasan Buku

Bagaimana Data Dikumpul Senarai Semak

Adalah senarai yang menetapkan sesuatu atribut seperti tingkah laku, sifat/ciri-ciri, kerja sekolah atau kemahiran. Apabila sesuatu atribut dijumpai beberapa kaedah digunakan sama ada semak semula atau menyatakan bilangan kekerapan.

Pertama : Senarai Semak Pelajar - senarai semak yang digunakan oleh pelajar. Setiap pelajar mempunyai portfolio mereka sendiri dan memerlukan mereka untuk menulis masa yang telah diperuntukan, topik, kemahiran yang diperlu dipelajarai.

Kedua : Senarai Semak Guru – Juga dibuat untuk kegunaan guru di mana menyatakan apakah kemahiran sebenar yang perlu diperkenalkan atau dikuasai dan bila. Selain itu senarai semak ini membantu dalam bimbingan pengajaran dan menyediakan fakta/bukti yang mana kemahiran tersebut telah diajar.

Ketiga : Senarai Semak Open-Ended – Senarai semak yang mengandungi senarai kemahiran dengan ruang yang cukup untuk pelajar menghuraikan kebolehan, pemahaman atau penggunaan setiap kemahiran. Ini menyediakan indikator yang tepat terhadap pemahaman pelajar dan juga membolehkan guru untuk merancang pengajaran bagi mendapatkan spesifikasi yang diperlukan.

Page 14: Ulasan Buku

Bagaimana Data Dikumpul Perbincangan dan Temubual

Perbincangan – Berbeza dengan temubual di mana perbincangan seorang ataupun lebih pelajar akan bercakap mengenai kerja mereka dan beberapa aspek dalam dalam fubgsi bilik darjah. Perbincangan boleh dijalankan secara individu atau dalam kumpulan yang kecil. Perbualan Secara Individu – ianya boleh dilakukan di mana sahaja selama

2 – 15 minit. Semasa perbincangan dilakukan ambil nota tetapi elakkan untuk mengambil verbatim. Jika perlu hanya merakam item yang difikirkan penting seperti kekuatan, kelemahan, kesan umum, kemahiran yang dipelajari, kemajuan, pengetahuan, atau apa yang pelajar pelajari semasa.

Perbualan Kumpulan Kecil – ianya dilakukan dengan kumpulan pelajar dalam tiga hingga lapan orang pelajar dalam satu masa. Juga kaedah pengumpulan data yang efektif kerana boleh menilai kebolehan pelajar untuk berinteraksi antara satu dengan yang lain.

Temubual – adalah tindakbalas pelajar terhadap terhadap set soalan yang telah dirancangkan di mana ianya adalah bagus kalau dijalankan secara individu. Semasa interview dijalankan catat beberapa idea yang menarik dan kekalkan fokus kepada responden. Guna perakam untuk merakan interview.

Page 15: Ulasan Buku

Bagaimana Data Dikumpul Video dan Audiotapes

Videotapes menyediakan maklumat yang berkaitan kepada pelajar secara non-verbal , lokasi atau pergerakan memalui pembelajaran, dan pandangan umum mengenai pencapaian atau teknik pedagogi.

Audiotapes adalah kaedah lain yang boleh digunakan kerana ianya cepat, mudah, kurang ganguan, lebih semula jadi dan mudah untuk didengar di mana sahaja.

Pencapaian Pelajar

Sampel pelajat boleh digunakan sebagai sumber data. Guru tidak perlu mengumpul setiap kerja pelajar tetapi mengambil dalam masa yang berlainan. Pencapaian dalam ujian – pencapaian pelajar dalam

ujian, kerja sekolah, kuiz, dan penilaian standard. Sampel Penulisan. Projek Kajian.

Page 16: Ulasan Buku

Bagaimana Data Dikumpul Websites, Class Journals atau E-mail

Websites – digunakan untuk mencipta persekitaran dan entiti bilik darjah yang dinamik. Pelajar boleh log on kepada website yang berkaitan untuk dibaca dan memberi komen terhadap apa yang orang lain telah tulis pada topik yang diberi. Transaksi boleh di print untuk kegunaan sebagai data.

Class Journal – guru perlu menyediakan buku nota yang kosong di mana pelajar boleh memasukkan pembelajaran, idea, kesan atau apa bentuk tindak balas seperti gambar atau diagram. Dari situ guru boleh membuat dan mendapatkan data menganai kajian yang dibuat.

E-mail – cepat, mudah dan komunikasi yang sulit antara pelajar dan guru. Pelajar akan menghantar email kepada guru dan guru membuat penilaian berdasarkan kepada pemikiran pelajar dan menyediakan pengetahuan yang berharga dalam kelas yang berikutnya.

Page 17: Ulasan Buku

Analisis Data Analisis bermaksud memecahkan sesuatu kepada

bahagian komponen yang mudah difahami.Dalam kajian tindakan, data dianalisis dan disusun

kepada kategori yang membolehkan orang lain memahami apa yang hendak ditunjuk sebenarnya.

Terdapat 3 elemen dalam analisis data;

Accurancy & Credibility (Ketepatan dan Kredibiliti)

Validity, Reliability, and Trigulation (Kesahan, kebolehpercayaan, Trigulation)

Inductive Analysis

Page 18: Ulasan Buku

Accurancy & Credibility (Ketepatan dan Kredibiliti)

Ketepatan bermaksud data yang diambil membuat gambaran sebenar dalam pemerhatian. Ianya boleh membantu dalam membuat keputusan yang terbaik dalam sesuatu situasi yang khusus.

Kredibiliti ialah kepercayaan dengan orang lain mempercayai di mana ianya boleh menggunakan maklumat dengan confident.

7 tip yang membantu dalam analisis dan pengumpulan ;

1. Simpan pemerhatian dengan berhati-hati dan jitu.2. Nyatakan semua fasa pengumpulan data dan

Analisis.3. Pastikan merekod dan melaporkan apa yang penting.4. Dalam menghurai dan menginterpretasi apa yang

dilihat, pastikan ianya berobjektif.5. Gunakan sumber data yang cukup.6. Gunakan sumber data yang betul.7. Fikir secara mendalam dan yang terbaik.

Page 19: Ulasan Buku

Validity, Reliability, and Trigulation (Kesahan, kebolehpercayaan, Trigulation)

Tiga bahagian lain yang diperlukan dalam menetapkan ketepatan dan kejituan ialah;Validity (Kesahan).

Darjah di mana sesuatu perkara diukur dan dilaporkan.

Reliability ( Kebolehpercayaan)Darjah di mana sesuatu kajian atau

experimen boleh diulang semula dengan keputusan yang sama.

TrigulationMengumpul pelbagai bentuk sumber

data melihat lebih daripada satu perspektif.

Page 20: Ulasan Buku

Inductive Analysis Melihat pada sesuatu bidang dan membuat susunan dengan mengorganisasikan kepada kumpulan atau kategori.

Kategori permulaan haruslah fleksibal seperti data sebelumya yang mungkin berubah susunan dan ciri-cirinya.