ulasan artikel

8
Ulasan Artikel 1. Mengenal pasti isu semasa dari mana-mana artikel berkaitan Tugasan Bahagian A dengan mengambil kira tajuk atrikel, nama pengarang, maklumat penerbitan, abstrak, tujuan penulisan artikel, sasaran artikel, kaitan artikel dengan tajuk mata pelajaran, kekuatan artikel, kekurangan artikel, kaitan artikel dengan Dasar Kerajaan Malaysia. Tajuk artikel yang sama memilih ialah “ Amalan Pedagogi: Kes pengajaran Kelas Bercantum di Sekolah Rendah Fuji” yang ditulis oleh Govinda I Lingam. Maklumat peberbitan ialah Educational Research and Review Vol.2 (7), pp. 186-192, July 2007 yang boleh didapati secara online di http://www.academicjournals.org/ERR. Tujuan artikel ini adalah untuk mengkaji sejauhmanakah pedagogi kelas bercantum digunakan/diamalkan oleh guru di sekolah tersebut. Metedologi yang digunakan di dalam artikel ini ialah pemerhatian dan temu bual. Sasaran yang dapat dianalisis dari artikel ini ialah empat orang guru dan murid-murid di sekolah tersebut.

Upload: chong-own

Post on 26-Sep-2015

31 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

xz

TRANSCRIPT

Ulasan Artikel1. Mengenal pasti isu semasa dari mana-mana artikel berkaitan Tugasan Bahagian A dengan mengambil kira tajuk atrikel, nama pengarang, maklumat penerbitan, abstrak, tujuan penulisan artikel, sasaran artikel, kaitan artikel dengan tajuk mata pelajaran, kekuatan artikel, kekurangan artikel, kaitan artikel dengan Dasar Kerajaan Malaysia.

Tajuk artikel yang sama memilih ialah Amalan Pedagogi: Kes pengajaran Kelas Bercantum di Sekolah Rendah Fuji yang ditulis oleh Govinda I Lingam. Maklumat peberbitan ialah Educational Research and Review Vol.2 (7), pp. 186-192, July 2007 yang boleh didapati secara online di http://www.academicjournals.org/ERR.

Tujuan artikel ini adalah untuk mengkaji sejauhmanakah pedagogi kelas bercantum digunakan/diamalkan oleh guru di sekolah tersebut. Metedologi yang digunakan di dalam artikel ini ialah pemerhatian dan temu bual. Sasaran yang dapat dianalisis dari artikel ini ialah empat orang guru dan murid-murid di sekolah tersebut.

Hasil dapatan kajian ini ialah guru tidak mengamalkan pedagogi kelas bercantum dengan jayanya. Guru mengajar kelas bercantum dengan menggunakan kaedah atau strategi pengajaran yang digunakan untuk mengajar kelas biasa seperti strategi berpusatkan guru dan kaedah chalk and talk.

Saya memilih artikel ini kerana ia berkaitan dengan tajuk mata pelajaran yang saya pelajari di dalam semester ini iaitu pedagogi kelas bercantum. Artikel ini mengkaji bagaimanakah pedagogi kelas bercantum dilaksanakan di sekolah rendah Fuji dan telah dinyatakan cara untuk mengaplikasikan pedagogi tersebut dengan lebih berkesan. Kekuatan artikel ini ialah penulis telah membekalkan jadual yang menyatakan kelayakan akademik bagi empat orang guru yang mengajar di sekolah tersebut. Jadual tersebut telah menunjukkan dengan jelasnya bilangan tahun mengajar dan bilangan tahun mengajar kelas bercantum. Di samping itu, penulis telah membuat analisis tentang latar belakang sekolah yang membuat kajian tersebut. Ini secara langsung telah membantu pembaca dalam memahami budaya penduduk dan murid di kawasan tersebut. Selain itu, penulis telah menggunakan cara yang sesuai untuk membuat kajian tersebut. Cara yang digunakan ialah temu bual dan pemerhatian. Temu bual ialah cara yang paling pantas untuk memperolehi maklumat. Yang paling penting sekali ialah artikel tersebut telah membekalkan cara penyelesaian bagi meningkatkan mutu pengajaran kelas bercantum.

Bagi aspek kekurangan artikel ini ialah penulis tidak membuat perbandingan dengan sekolah lain. Penulis boleh mengambil data-data dari sekolah lain yang melaksanakan pedagogi kelas bercantum untuk dibuat perbandingan supaya data yang diperolehi lebih menyeluruh.

Kaitan artikel dengan Dasar Kerajaan Malaysia ialah melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) menyasarkan matlamat untuk memastikan semua sekolah dan pelajar mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk cemerlang termasuklah daripada Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK). Setiap murid di bawah kerajaan Malaysia seharusnya mempunyai peluang yang sama untuk menerima pendidikan yang berkualiti tidak kira di kawasan Bandar atau luar Bandar mahupun di kawasan pedalaman. Selain itu, falsafah pendidikan kebangsaan juga berkaitan dengan artikel iaitu mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Dalam artikel tersebut, murid-murid di sekolah tidak dikembangkan potensi mereka secara meyeluruh. Mereka hanya duduk dan dengar pengajaran guru. Oleh itu, kaedah dan strategi pengajaran guru hendaklah diubah untuk memastikan matlamat tersebut tercapai. Selain itu, dalam artikel tersebut, gurunya mengajar menggunakan kaedah yang biasa digunakan untuk mengajar kelas biasa. Keadaan ini tidak memberangsangkan kerana menurut Standard Guru Malaysia, guru akan dapat mengenal pasti dasar dan strategi pembangunan pendidikan guru yang patut ditambahbaik sejajar dengan perkembangan dan cabaran semasa dunia pendidikan. Guru perlulah mampu mempertingkatkan kemahiran, kaedah, teknik dan strategi selaras dengan arus global. Dengan begitu, pengajaran guru akan lebih berkualiti dan berkesan.

2. Pelan tindakan yang relevan dan inovatif semasa berada dalam isu tersebut.

Pertama sekali, pelan tindakan yang relevan untuk meningkatkan keberkesaan pedagogi kelas bercantum di kelas ialah pihak Kementerian pelajaran Malaysia perlulah menawarkan atau mewajibkan latihan dan kursus untuk semua guru khususnya mempertingkatkan teknik, kaedah dan strategi pengajaran mereka dari semasa ke semasa supaya mereka mampu mengajar murid-murid yang mempunyai pelbagai arenah.

Selain itu, pihak kementerian perlulah posting guru yang telah dilatih khas ataupun mempunyai kemahiran mengurus kelas bercantum ke sekolah tersebut supaya mereka dapat mengaplikasikan pengetahuan yang diperolehi semasa menuntut di Institut Pendidikan Guru ataupun IPTA. Guru-guru yang berkemahiran ini mampu menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang berfokus kepada pedagogi kelas bercantum seperti menggunakan kemahiran kolaboratif, teknik perbincangan dan sebagainya. Mereka memang berpengalaman kerana mereka pernah melaksanakan pengajaran mikro bagi kelas bercantum yang terkandung dalam skema pelajaran mereka.

Di samping itu, dalam latihan perguruan, pedagogi kelas bercantum hendaklah diberikan lebih banyak fokus dan dititikberatkan berbanding dengan dahulu. Ini kerana sekiranya guru-guru pelatih boleh menguasai kemahiran mengajar kelas bercantum, maka mereka tidak akan menghadapi masalah apabila mengajar di sekolah kelak. Amali bagi mengaplikasikan teknik, kaedah dan strategi pengajaran hendaklah diperbanyakan supaya guru pelatih boleh mengajar tidak kira berhadapan dengan apa jenis murid sekali pun.

Tambahan pula, kerajaan perlulah berusaha untuk membekalkan kemudahan-kemudahan teknologi seprti laptop, projector dan kemudahan asas seperti meja, kerusi, tenaga elektrik dan bekalan air yang secukupnya untuk memudahkan guru mengendalikan kelas bercantum. Kerajaan juga perlulah memastikan bilangan guru di sekolah tersebut mencukupi supaya kerja guru tidak begitu beban dan mereka mempunyai masa yang lebih untuk membuat persediaan mengajar. Ini secara langsung akan meningkatkan kualiti pengajaran.

Selain daripada itu, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia perlulah mengubal satu kurikulum khas untuk kelas bercantum. Dengan itu guru-guru yang mengajar kelas bercantum dapat mengajar dengan lebih berkesan. Kurikulum khas juga boleh memastikan guru mengajar mengikut sukatan yang telah ditetapkan.

3. Nilai sejagat yang dapat dikongsi dari isu semasa tersebut. Terdapat pelbagai nilai sejagat yang dapat dikongsi dari isu ini iaitu Amalan Pedagogi: Kes pengajaran Kelas Bercantum di Sekolah Rendah Fuji. Antaranya ialah nilai amanah. Guru seharusnya mengamalkan nilai amanah iaitu sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain. Guru sebagai modal insan telah diberi tanggungjawab oleh masyarakat untuk mendidik anak-anak mereka supaya boleh menyumbang kepada Negara pada masa kelak. Oleh itu, guru perlulah mendidik anak-anak ini dengan segala ilmu yang ada.

Selain itu, guru perlulah mengamalkan nilai bertanggungjawab iaitu kesanggupan seseorang guru untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan yang diamanahkan dengan sempurna. Guru perlulah memastikan semua murid-murid dapat belajar dengan berkesan. Guru boleh mempelbagaikan kaedah pengajaran untuk membantu murid dalam pemahaman isi pelajaran. Kegagalan seseorang murid dalam belajar bermaksudlah kegagalan seorang guru menjalankan tugasnya.

Kasih sayang juga merupakan salah satu nilai sejagat. Kita perlu sayang-menyayangi antara satu sama lain tanpa mengira bangsa, kaum dan agama. Kita tidak boleh memandang rendah terhadap sesuatu kaum dan sebaliknya harus sentiasa mengambil berat antara satu sama lain dan menghayati amalan kaum yang pelbagai berdasarkan kaum masing-masing. Tanpa wujudnya kasih sayang antara kaum, mustahil perpaduan dapat berlaku. Kasih sayang antara pelbagai kaum dengan hasilnya wujudnya Satu Malaysia dan diaplikasikan oleh ramai orang pada zaman kini.

Seterusnya, keadilan juga merupakan nilai sejagat yang perlu dikongsi menerusi artikel ini. guru harus membuat tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah seperti memberi layanan yang sama kepada semua murid. Jika tidak, ketidakpuashatian dalam hati murid akan bertambah dan seterusnya akan menyebabkan mereka tidak menumpukan perhatian di dalam kelas.