ujian makanan

15
BAB 2 : NUTRISI UJIAN MAKANAN

Upload: jhezoo

Post on 26-Jul-2015

1.169 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ujian makanan

BAB 2 : NUTRISI

UJIAN MAKANAN

Page 2: Ujian makanan

Tajuk: Ujian Makanan

Tujuan: Menguji kehadiran kanji, glukosa, protein dan lemak

Bahan: Larutan kanji, larutan iodin, larutan Benedict, larutan albumen, larutan glukosa, reagen Millon, minyak masak, etanol dan air

Page 3: Ujian makanan

Radas: 4 tabung uji, 3 penitis, penunu Bunsen, bikar, kasa dawai, kertas turas, tungku kaki tiga.

Prosedur:1. Bahagikan kelas kepada lima kumpulan2. Setiap kumpulan pelajar perlu menjalankan

satu atau lebih ujian berikut,

Page 4: Ujian makanan

A. UJIAN IODIN (KANJI)1. Perhati dan rekodkan warna larutan iodin.2. Isi tabung uji dengan sedikit larutan kanji.3. Tambah setitis larutan iodin kepada larutan

kanji seperti rajah

Perhati dan rekodkan warna larutan iodin selepas menambahkannya kepada larutan kanji.

Larutan iodin

Larutan kanji

Page 5: Ujian makanan

B. UJIAN BENEDICT (GLUKOSA)1. Isi tabung uji sehingga suku penuh dengan

larutan glukosa.2. Tambahkan larutan Benedict dengan jumlah

yang sama kepada larutan glukosa dalam tabung uji. Goncang campuran tersebut.

3. Perhati dan rekodkan warna mendakan (jika ada) dalam campuran tersebut.

4. Panaskan tabung uji tersebut dalam kukus air kira-kira 5 minit seperti dalam rajah.

Page 6: Ujian makanan

B. UJIAN BENEDICT (GLUKOSA)

5. Perhati dan rekodkan warna mendakan (jika ada) dalam campuran yang telah dipanaskan itu.

Air

Larutan Benedict +

larutan glukosa

Page 7: Ujian makanan

C. UJIAN MILLON (PROTEIN)1. Isi tabung uji sehingga suku penuh dengan

larutan albumen.2. Tambahkan beberapa titis reagen Millon

kepada larutan albumen. Goncang campuran tersebut.

3. Perhati dan rekodkan warna mendakan (jika ada) dalam campuran tersebut.

4. Panaskan tabung uji tersebut dalam kukus air kira-kira 5 minit seperti dalam rajah.

Page 8: Ujian makanan

5. Perhati dan rekodkan warna mendakan (jika ada) dalam campuran yang telah dipanaskan itu.

Air

Larutan albumen+

Reagen Millon

C. UJIAN MILLON (PROTEIN)

Page 9: Ujian makanan

D. UJIAN TOMPOK GRIS (LEMAK)1. Letakkan satu titis kecil minyak pada sekeping

kertas turas.2. Pegang kertas turas tersebut menghadap

cahaya. Perhatikan tompokan lut cahaya pada kertas turas yang disebabkan oleh minyak.

3. Selepas 10 minit, pegang kertas turas tersebut menghadap cahaya. Perhati dan rekodkan sama ada tompokan lut cahaya kekal dan tidak berubah atau hilang.

Page 10: Ujian makanan

E. UJIAN EMULSI (LEMAK)1. Isi tabung uji dengan etanol sehingga suku

penuh.2. Tambahkan 5 titis minyak. Goncangkan

campuran tersebut. Biarkan campuran dalam keadaan menegak selama 5 minit.

3. Perhati dan rekodkan sama ada campuran tersebut jernih atau keruh.

4. Isi tabung uji dengan air sehingga suku penuh.

Page 11: Ujian makanan

E. UJIAN EMULSI (LEMAK)5. Tambahkan 5 titis minyak. Goncangkan

campuran tersebut. Biarkan campuran dalam keadaan menegak selama 5 minit.

6. Perhati dan rekodkan sama ada campuran tersebut jernih atau keruh.

Page 12: Ujian makanan

KEPUTUSANUJIAN MAKANAN PEMERHATIAN

Ujian Iodin (kanji)• Warna larutan iodin:………………………• Warna larutan iodin yang ditambah larutan kanji: …………………………………..

Ujian Benedict (glukosa) • Campuran sebelum dipanaskan: …………………………• Campuran selepas dipanaskan: …………………………

Ujian Millon (protein) • Campuran sebelum dipanaskan: …………………………• Campuran selepas dipanaskan: …………………………

Ujian tompok gris (lemak) • Tompok lutcahaya pada kertas turas: ………………………

Ujian emulsi (lemak)• Campuran minyak dan etanol selepas digoncang dan dibiarkan tegak: …………………………………..• Campuran minyak dan air selepas digoncang dan dibiarkan tegak: …………………………………..

Page 13: Ujian makanan

ANALISIS1. Namakan satu bahan makanan yang boleh

digunakan untuk menggantikan setiap bahan berikut dalam aktiviti ini.

a) Kanji: ………………………………………………………………….b) Glukosa: ……………………………………………………………..c) Albumen: ……………………………………………………………d) Lemak: ………………………………………………………………..

2. Mengapa amat penting untuk kita jalankan semua ujian makanan untuk menentukan kelas makanan bagi nasi ayam?

……………………………………………………………………………………

Page 14: Ujian makanan

ANALISIS3. Ujian manakah dalam aktiviti ini yang sering

digunakan dalam rawatan diabetis dan mengapa?

…………………………………………………………………………………..…………………………………………………………………………………..…………………………………………………………………………………..…………………………………………………………………………………..

Page 15: Ujian makanan

KESIMPULAN

Larutan iodin digunakan untuk menunjukkan kehadiran …………………………………………..

Larutan Benedict digunakan untuk menunjukkan kehadiran …………………………………………..

Reagen Millon digunakan untuk menunjukkan kehadiran …………………………………………..

Tompok lut cahaya pada kertas turas digunakan untuk menunjukkan kehadiran ……………………………..

Ujian emulsi digunakan untuk menunjukkan kehadiran …………………………………………..