ujian lepas 2103

7
BAHAGIAN A ARAHAN Bahagian A mengandungi SEPULUH soalan. Jawab SEMUA soalan. SOALAN Markah 1. Apakah yang dimaksudkan tentang corak? Corak ialah susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau secara bebas. Oleh itu corak terdiri daripada Corak Terancang dan Corak Tidak Terancang. Corak juga boleh terbentuk daripada bukan motif secara bebas atau Corak Tidak Terancang. 2. Nyatakan EMPAT jenis cetakan yang biasa digunakan dalam kegiatan menghasikan corak. Cetakan terbahagi kepada 4 iaitu : 1. Cetakan Timbulan : blok kayu atau blok lino 2. Cetakan Benaman : blok logam (intaglio) 3. Cetakan Datar/planografi : blok batu kapur 4. Cetakan Sarigrafi/stensil : blok sutera saring. 3. Apakah yang dimaksudkan dengan resis dalam proses penghasilan batik lukis/canting? Resis ialah teknik menghasilkan lukisan atau reka corak dengan menggunakan bahan-bahan yang tidak bercampur antara satu sama lain seperti cat air dan cat minyak, cat air dan lilin dan sebagainya yang boleh dikatakan sebagai proses penolakan warna. Dalam teknik resis, penggunaan bahan-bahan adalah penting. Teknik ini dapat dilihat dengan jelas dalam proses penghasilan batik lukis atau batik canting. 4. Nyatakan EMPAT jenis ikatan yang biasa digunakan dalam teknik corak ikatan dan celupan (pelangi). Jenis Ikatan

Upload: wong-lee

Post on 21-Jul-2015

614 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ujian lepas 2103

BAHAGIAN A

ARAHAN

Bahagian A mengandungi SEPULUH soalan. Jawab SEMUA soalan. SOALAN Markah

1.

Apakah yang dimaksudkan tentang corak?

Corak ialah susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau secara bebas.

Oleh itu corak terdiri daripada Corak Terancang dan Corak Tidak Terancang.

Corak juga boleh terbentuk daripada bukan motif secara bebas atau Corak Tidak

Terancang.

2.

Nyatakan EMPAT jenis cetakan yang biasa digunakan dalam kegiatan menghasikan

corak.

Cetakan terbahagi kepada 4 iaitu :

1. Cetakan Timbulan : blok kayu atau blok lino

2. Cetakan Benaman : blok logam (intaglio)

3. Cetakan Datar/planografi : blok batu kapur

4. Cetakan Sarigrafi/stensil : blok sutera saring.

3.

Apakah yang dimaksudkan dengan resis dalam proses penghasilan batik

lukis/canting?

Resis ialah teknik menghasilkan lukisan atau reka corak dengan menggunakan

bahan-bahan yang tidak bercampur antara satu sama lain seperti cat air dan cat

minyak, cat air dan lilin dan sebagainya yang boleh dikatakan sebagai proses

penolakan warna. Dalam teknik resis, penggunaan bahan-bahan adalah penting.

Teknik ini dapat dilihat dengan jelas dalam proses penghasilan batik lukis atau batik

canting.

4.

Nyatakan EMPAT jenis ikatan yang biasa digunakan dalam teknik corak ikatan dan

celupan (pelangi).

Jenis Ikatan

Page 2: Ujian lepas 2103

(i) Jahitan

(ii) Ikatan yang diisikan dengan pelbagai objek

(iii) Lipatan dan ikatan

(iv) Simpulan

5.

Terangkan maksud teknik gosokan dan teknik garisan silang yang boleh

diapliksikan dalam penghasilan membuat corak terancang.

6. Apakah alatan menganyam untuk melembutkan bilah atau helaian daun pandan

atau mengkuang yang telah dijangka dan bilakah alat tersebut digunakan?

1.Parang

2.jangka

3.Pelurut

4.Penyisip

5.Tempayan

6. Besin/baldi

7. Periuk/dapur

8.Ampaian

7. Nyatakan secara ringkas apa yang anda faham tentang pualaman?

Pualaman adalah satu penghasilan corak teknik cetakan mono dimana warna

dimendapkan daripada cairan ynag bergelatin dan melekit. Pualaman adalah kualiti

permukaan yang dicampuradukkan dengan warna seperti permukaan lantai, marble,

catan faux dan corak semulajadi ira kayu.

8. Berikan maksud teknik basah atas basah iaitu salah satu teknik dalam catan cat

air.

Basah atas basah

Teknik yang melibatkan sapuan warna yang cair ke atas permukaan yang basah.Ia

menghasilkan kesan lut sinar.

9. Apakah yang anda faham tentang mozek dalam Pendidikan Seni Visual di sekolah

rendah?

Mozek adalah seni hiasan dengan menggunakan kepingan kecil kaca, batu dan

pelbagai bahan yang berwarna.

Page 3: Ujian lepas 2103

10. Apakah yang dikatakan teknik renjisan dan percikan?

Teknik yang menggunakan berus, semburan atau berus gigi yang melibatkan

renjisan dan percikan secara sengaja menggunakan warna cair, cat atau cairan yang

dapat meninggalkan kesan ke atas permukaan sesuatu bahan seperti kertas, kain,

kanvas, plywood, permukaan dinding atau lantai dan sebagainya untuk

menghasilkan kesan yang spontan dan menarik.

BAHAGIAN B

ARAHAN

Bahagian B mengandungi EMPAT soalan. Jawab TIGA soalan SAHAJA. SOALAN

Markah

1.

(a) Terdapat dua cara untuk menghasilkan corak iaitu secara terancang dan tidak

terancang.

Apakah yang dimaksudkan dengan corak terancang dan tidak terancang?

Corak Terancang dibuat menggunakan motif yang disusun dengan teratur dan

dalam susunan tertentu. Motif ini menghasilkan corak yang mempunyai

pelbagai jenis susunan, termasuk penggunaan garisan grid dalam penghasilan

corak.

Corak Tidak Terancang dihasilkan secara bebas tanpa mempunyai motif

tertentu. Ia boleh dihasilkan dengan cara seperti merenjis, meniup, mengayak,

menggolek dan sebagainya.

(b) Nama dan jelaskan TIGA jenis susunan dalam corak terancang.

1. Corak teknik resis

2. Corak teknik anyaman

3. Corak menggunakan garisan grid

(c) Jelaskan ENAM persepsi dalam membuat corak dan rekaan.

(i) Menyedari prinsip seni reka seperti imbangan, harmoni, kadar banding,

penegasan, kepelbagaian, kesatuan, kontras dalam penghasilan corak.

(ii) Meningkatkan daya kreativiti dalam aktiviti membuat corak dan rekaan.

(iii) Memahami dan menyedari corak di alam sekitar.

Page 4: Ujian lepas 2103

(iv) Memahami konsep penyusunan motif dalam mencorak.

(v) Menyedari adanya corak dalam peralatan kegunaan harian.

(vi) Menyedari adanya perkaitan antara warna dan corak.

2. (a) Nilai budaya dapat diterapkan melalui mata pelajaran Pendidikan Seni Visual

kepada murid-murid.

Jelaskan LIMA penerapan nilai budaya tersebut.

(b) Cetakan timbulan (relief) merupakan salah satu jenis cetakan. Apakah itu

cetakan

timbulan dan berikan TIGA contoh cetakan timbulan.

Cetakan Timbulan (Relief)

• Merupakan proses membuat cetakan dengan meletakkan dakwat atau

warna pada permukaan tapak cetakan yang biasanya terdiri daripada

blok kayu atau lino.

• Hasil permukaan acuan merupakan imej yang terhasil di permukaan

kertas.

• Contoh cetakan jenis ini ialah:

(a) Cetakan Kayu

(b) Cetakan Lino

(c) Cetakan Kolograf

(d) Cetakan Kolaj

(c) Jelaskan langkah untuk menghasilkan corak dengan menggunakan teknik

cetakan

stensil kaedah filem lekar.

Langkah 1 : Sediakan lakaran imej. Kemudian lukis imej pada muka

belakang filem leker.

Langkah 2 : Potong dan keluarkan bahagian-bahagian yang hendak

didakwatkan atau diwarnakan dengan pisau pemotong NT.

Filem leker ini mempunyai dua lapisan. Satu lapisan berlilin

dan satu lapisan kertas biasa. Bahagian yang dipotong ialah

bahagian yang berlilin.

Langkah 3 : Setelah selesai mengeluarkan bahagian yang ditembusi

dakwat atau warna, kertas filem leker itu diletakkan di

bawah pemidang yang telah tersedia dengan kain sutera.

Kemudian, digosok dengan seterika elektrik yang sederhana

panas. Semasa menggosok, bahagian yang berlilin (leker)

Page 5: Ujian lepas 2103

akan melekat pada pemidang, sementara kertas biasa(lutsinar) bolehlah ditarik

keluar. Kerja ini hendaklah

dilakukan dengan berhati-hati.

Langkah 4 : Kemudian, gamkan bahagian tepi leker dengan pepenjuru

kertas. Setelah selesai, pemidang filem leker boleh

digunakan untuk mencetak.

4. (a) Di zaman pra sejarah lagi banyak lukisan yang dilukis di dinding- dinding gua

dengan menggunakan warna dari alam sekeliling.

Bagaimanakah manusia pada zaman tersebut mendapat dan mencipta warna-

warna?

(b) Namakan TIGA nama kelarai yang bermotifkan bahagian tumbuh- tumbuhan.

• Tampuk pinang

• Tampuk pinang berantai

• Tampuk jantung

• Tampuk manggis

• Pucuk rebung

• Pucuk di dalam

• Berakar

(c) Nyatakan dan terangkan LIMA proses anyaman.

(a) Lagang

(b) Anyaman

(c) Lepih

(d) Sisip

(e) Kerat

(Jumlah: 20)

BAHAGIAN C

ARAHAN

Bahagian C mengandungi DUA soalan. Jawab SATU soalan SAHAJA. SOALAN Markah

1.

(a) Bagaimanakah teknik dan kaedah menghasilkan pualaman di Jepun atau China

pada zaman dahulu?

Page 6: Ujian lepas 2103

Reka bentuk yang paling mudah dan tertua pernah dihasilkan di Jepun dan dikenali

sebagai suminagashi; iaitu sebuah bekas yang diisi dengan air dan dicampurkan

dengan

dakwat sumi sebagai dye magenta dan beni iaitu warna yang dihasilkan daripada

Safflower. Ia kemudian digunakan dengan teliti menggunakan berus dakwat.

Pelbagai bahan kimia digunakan untuk membantu mengapungkan dakwat.

Beberapa titisan air dijatuhkan ke atas permukaan campuran tadi yang akan

membentuk warna seperti cincin. Proses ini diulang sehingga semua permukaan air

dipenuhi oleh warna-warna cincin ini.

(b) Rancangkan penyediaan proses menghasilkan pualaman yang bersesuaian

untuk murid-murid tahun 4 dari segi bahan dan proses.

(c) Cadangkan DUA jenis media warna yang sesuai digunakan dalam teknik catan

oleh murid–murid di peringkat sekolah rendah.

(d) Nyata dan terangkan SATU teknik cat minyak.

Titik (Pointilisme)

Dihasilkan dengan menggunakan berus dengan sapuan secara menegak dan

bersistematik di atas kanvas putih. Proses yang rumit dan memerlukan kesabaran

dan ketekunan serta disiplin yang tinggi untuk menyiapkannya. ( 5 )

( 10 )

( 2 )

( 3 )

2. (a) Kenal pasti apakah mozek dari konsep seni hiasan?

Mozek adalah seni hiasan dengan menggunakan kepingan kecil kaca, batu dan

pelbagai bahan yang berwarna. Ia merupakan salah satu teknik membuat dekorasi

dalam reka bentuk hiasan dalaman yang ada hubungkaitnya dengan kebudayaan

dan kepercayaan seperti yang banyak dilihat terdapat di dewan dewan sembahyang

di dalam gereja.

(b) Jelaskan secara ringkas bagaimanakah corak mozek seni Islam.

Seni Islam

Arkitektur Islam menggunakan teknik mozek dalam konsep reka bentuk geometrik

Page 7: Ujian lepas 2103

dan matematik yang rumit. Proses ini dikenali sebagai ÂzillijÊ dan ÂqashaniÊdi

Afrika Utara. Contoh yang terbaik dalam seni mozek Islam telah dihasilkan di

Moorish, Sepanyol dan masih wujud di istana Alhambra. Contoh-contoh lain boleh

dilihat di Masjid Besar di Cordoba. Di negara-negara Arab satu gaya berhias yang

tersendiri bernama zillij yang di buat dengan membentuk seramik serentak dengan

mozek untuk

meliputi satu permukaan digunakan.

(c) Hasilkan satu rancangan pengajaran harian corak tidak terancang teknik

renjisan dan percikan untuk murid-murid Tahun 2.