bbup 2103 assignment
TRANSCRIPT
BBUP 2103 Low Hwee Ling 780705045138001
SOALAN (a)
Isu
Jelaskan sama ada terdapat penerimaan yang sah oleh Aminah dengan memberikan
cek kepada Mahani mengikut undang-undang kontrak?
Sokongan
Penerimaan telah didefinisikan di bawah Akta Kontrak 1950 (AK 1950) mengikut
Seksyen 2(b) AK 1950,
“apabila orang kepada siapa tawaran berkenaan itu dibuat menyatakan
persetujuan dengan berkenaan maka bolehlah dikatakan bahawa tawaran
berkenaan diterima bila diterima, adalah menjadi janji”.
Syarat Penerimaan
Di bawah AK 1950 mengikut Seksyen 7, terdapat dua syarat penerimaan, iaitu: -
(a) Mutlak dan Tak Bersyarat
Mutlak memberi maksud mematuhi sepenuhnya syarat tawaran oleh penerima, maka ia
dianggap penerimaan mutlak. Tak bersyarat pula boleh dikatakan sebagai penerimaan
tawaran asal oleh penerima tanpa apa-apa syarat tambahan. Tawaran asal akan
dilupuskan oleh tawaran balas yang mengandungi syarat-syarat selain daripada syarat
asal oleh penerima. Penerimaan secara mutlak dan tak bersyarat merupakan
penerimaan yang sah yang akan membentuk perjanjian.
Contoh kes (1): Hyde lwn Wrench 1840.
Mahkamah yang memutuskan kewujudan tawaran balas yang melupuskan tawaran asal
kerana perbuatan Wrench menawarkan harga yang lebih rendah merupakan
1
BBUP 2103 Low Hwee Ling 780705045138001
penerimaan yang bersyarat. Penerimaan harus mutlak dan tak bersyarat mengikut
Seksyen 7 (a). Maka tiada apa-apa penerimaan untuk diterima lagi.
(b) Secara Biasa dan Munasabah
Sekiranya tawaran menetapkan sesuatu cara untuk diterima, maka penerimaan
haruslah dilakukan dengan cara yang telah dinyatakan. Jika penerimaan tidak dibuat
dengan cara yang ditetapkan maka pencadang harus menegaskan kepada penerima
dalam tempoh masa yang munasabah. Jikalau tidak begitu, maka ia adalan penerimaan
secara biasa dan munasabah.
Contoh kes: Great Northern Railway lwn Witham 1873
Mahkamah memutuskan penerimaan telah dibuat secara biasa dan munasabah apabila
tempahan telah diterima oleh Witham ketika tanpa menegaskan apa-apa ketika
tempahan diberikan yang merupakan penerimaan yang sah secara biasa dan
munasabah mengikut Seksyen 7 (b) AK 1950. Makanya Witham mesti membekalkan
tempahan itu kerana adanya kesan perbuatan penerimaan yang sah yang mewujudkan
sesuatu perjanjian berjilid. Tetapi, Witham boleh membatalkan tempahan pada masa
hadapan dengan menegaskan penolakkan tempahan.
Aplikasi Dan Rumusan
Dalam kes Aminah, Aminah telah memberi cek berpalang atas nama Amri Ltd bernilai
RM240 kepada Mahani setelah menerima sekotak ‘Be Power”. Ini merupakan
perbuatan penerimaan tawaran yang sah berdasarkan Seksyen 2 (b) AK 1950.
Pebuatan Aminah juga merupakan penerimaan secara mutlak dan tak bersyarat
mengikut Seksyen 7 (a) AK 1950 dan menurut kes Hyde lwn Wrench 1840 kerana
2
BBUP 2103 Low Hwee Ling 780705045138001
Aminah membayar harga seperti yang ditawarkan oleh Aminah. Menurut keputusan
mahkamah kes Hyde lwn Wrench, penerimaan bersyarat akan membatalkan tawaran
asal. Makanya, dalam kes Aminah, penerimaan adalah tak bersyarat, dengan itu,
terdapatlah penerimaan yang sah atas perbuatan Aminah memberikan cek kepada
Mahani.
Setelah menerima cek tersebut, Mahani terus meninggalkan rumah Aminah. Syarat
asal tawaran bayaran secara tunai RM240 telah dianggap terima oleh Mahani kerana
Mahani menerima cek tanpa menegaskan apa-apa kepada Aminah, bayaran cek adalah
dianggap penerimaan yang sah iaitu mengikut Seksyen 7 (b) AK 1950. Berdasarkan
pula kes Great Northern Railway lwn Witham 1873, perbuatan Mahani menerima cek
tanpa menegaskan pada Aminah adalah sama dengan perbuatan penerimaan Witham.
Maka keputusan mahkamah bagi kes Great Northern Railway lwn Witham 1873 boleh
menjadi sokongan penerimaan sah bagi kes Aminah.
Berdasarkan perbincangan dan sokongan kes-kes dan seksyen, maka terdapat
penerimaan yang sah bagi Aminah dengan memberikan cek kepada Mahani mengikut
undang-undang kontrak.
3
BBUP 2103 Low Hwee Ling 780705045138001
SOALAN (b)
Isu
Adakah wujud kontrak jualan barang-barang yang sah antara Amri Ltd dan Aminah?
Sokongan
Kontrak jualan merupakan perjanjian di mana penjual memindahkan atau bersetuju
memindahkan hartabenda jenis barang-barang kepada pembeli dengan sesuatu
balasan yang disebut harga di bawah Seksyen 4 (1) Akta Jualan Barang 1957 yang
merangkumi kontrak jualan jika barang-barang sedia ada dipindahkan daripada kepada
pembeli dan perjanjian untuk menjual apabila melibatkan barang-barang hadapan.
Mengikut Seksyen 2 Akta Jualan Barang 1957, istilah barang-barang ditafsirkan
sebagai,
“tiap-tiap jenis harta alih selain daripada tuntutan boleh dakwa dan wang;Dan
temasuklah stok dan syer, tanaman yang hidup, rumput, benda-benda yang dilekatkan
kepada atau membentuk sebahagian tanah di mana benda-benda itu telah dipersetujui
(antara pihak penjual dan pembeli) untuk dipisahkan daripada tanah itu sebelum jualan
atau mengikut kontrak jualan.”
Berdasarkan daripada takrif di atas, maka boleh dikatakan semua benda yang boleh alih
ialah barang kecuali wang dan tuntutan terhadap orang lain bagi hutang atau sebab-
sebab lain.
Mengikut Seksyen 6 (1) AJB 195, barang-barang boleh dibahagikan kepada dua
bahagian iaitu barang-barang yang sedia dan barang-barang hadapan iaitu barang-
barang yang akan dihasilkan selepas kontrak dibuat.
4
BBUP 2103 Low Hwee Ling 780705045138001
Terma-Terma Kontrak Jualan
(a)Pembentukan Kontrak Jualan
Kontrak jualan barang terbentuk apabila ada elemen tawaran, penerimaan, harga dan
penyerahan. Ia boleh dilakukan secara lisan atau bertulis atau dibayangkan dari
perbuatan pihak-pihak yang terbabit mengikut Seksyen 5 Akta Jualan Barang 1979
kecuali Akta Sewa Beli yang harus dilakukan secara bertulis di bawah pengecualian
Seysen 5 (2) Akta Jualan Barang 1957.
Harga yang dimaksudkan ialah dalam bentuk wang yang boleh ditetapkan mengikut
Seksyen 9 Akta Jualan Barang 1957 secara khusus dalam kontrak; dibiarkan untuk
ditetapkan secara yang dipersetujui; ditentukan oleh perjalanan arus niaga antara pihak
berkenaan;jika tidak ditetapkan, maka harus bayar dengan harga berpatutan.
b) Syarat dan Waranti
Kontrak jualan boleh terbentuk dengan melalui syarat dan waranti.
Syarat ditakrifkan sebagai suatu janji yang penting kepada maksud utama kontrak. Jika
syarat dimungkiri, ini memberi suatu hak untuk menganggap kontrak berkenaan sebagai
ditolak.
Waranti pula ditakrifkan berdasarkan Seksyen 12 (3) Akta Jualan Barang 1957 sebagai
suatu janji kolateral (maksud sampingan) kepada maksud utama komtrak. Jika waranti
dimungkiri, ini akan memberi hak kepada pihak yang satu lagi bagi menuntut ganti rugi,
tetapi bukan hak untuk menolak barang-barang dan menganggap kontrak tersebut
sebagai ditolak.
Berdasarkan peruntukan di atas, kesimpulan secara umumnya, jika sesuatu syarat tidak
dipatuhi, kontrak akan batal, tetapi, jika waranti tidak dipatuhi, maka pihak yang satu lagi
boleh menuntut ganti rugi sahaja.
5
BBUP 2103 Low Hwee Ling 780705045138001
Prinsip am ialah jika syarat dalam kontrak tidak dipatuhi, ini akan memberi hak kepada
pihak yang tidak bersalah untuk menamatkan kontrak.
Pengecualian dengan membayar ganti rugi akan timbul untuk empat situasi di bawah
Seksyen 13 Akta Jualan Barang 1957 iaitu ketika pembeli melepaskan syarat tersebut;
pembeli pilih untuk beranggapan pelanggaran syarat sebagai pelanggaran waranti dan
tuntut ganti rugi sahaja; kotrak tersebut tidak mengasingkan peruntukan syarat dan
waranti dan pembeli menerima barang atau sebahagian daripadanya; kontrak jualan
bagi barang-barang yang ditentukan dan barang tersebut telah diterima oleh pembeli,
pelanggaran syarat harus dianggap pelanggaran waranti kecuali kontrak
memperuntukkan sebaliknya.
d) Syarat Tersirat
Terdapat empat syarat tersirat dalam kontrak jualan iaitu: -
i) penjual harus mempunyai hak milik dalam jualan tersebut (Seksyen 14 (a)),
pembeli akan mendapat milikan aman (Seksyen 14 (b)) dan barang tersebut
bebas dari gadaian atau bebanan (Seksyen 14 (c)) mengikut Seksyen 14 Akta
Jualan Barang 1957.
Contoh kes Rowland lwn Divall 1923 keputusan Mahkamah adalah berdasarkan
syarat tersirat mengikut Seksyen 14 (a) kerana Rowland berhak mendapat
wangnya kembali walaupun telah menggunakan kereta itu beberapa bulan atas
perbuatan Divall tiada hak milik ke atas kerata untuk menjualkan kereta kepada
Rowland.
ii) barang yang dijual melalui deskrisi hendaklah sama dengan deskripsi mengikut
Seksyen 15 Akta Jualan Barang 1957. Dalam contoh kes Nagurdas
6
BBUP 2103 Low Hwee Ling 780705045138001
Purshotumdas & Co lwn a Mitsui Bussan Kaish Ltd 1911 bahawa mahkamah
memutuskan penjual telah melanggar syarat tersirat kerana penjual tidak
mematuhi deskripsi yang ditetapkan kerana penjual telah menjual tepung yang
berlainan jenama yang ditetapkan mengikut Seksyen 15 Akta Jualan Barang
1957.
iii) barang hendaklah sesuai dan berkualiti boleh dagang jika pembeli
memaklumkan tujuan pembelian kepada penjual, bergantung kepada kepakaran
penjual ketika membeli, membeli barang yang biasa dijual oleh penjual dan tidak
membeli barang berdasarkan jenama mengikut Seksyen 16 Akta Jualan Barang
1957. Dalam kes Deutz Far East (Pte) Ltd lwn Pasific Navigation Co. Pte Ltd
1990 , mahkamah telah memutuskan bahawa defendan bergantung kepada
plaintif untuk membekalkan alat yang berkualiti boleh dagang maka plaintif telah
melanggar syarat tersirat mengikut seksyen 16 yang meyebabkan defendan
mengalami kerosakan enjin akibat alatan pembekalan plaintif.
iv) barang yang dibeli melalui contoh adalah sama dengan contoh yang diberikan
Seksyen 17 (2) Akta Jualan Barang 1957. Dalam contoh kes Goddley lwn Perry
1960, mahkamah telah memutuskan ilastik tersebut bermutu tidak boleh dagang
mengikut syarat tersirat Seksyen 16. Mahkamah juga memutuskan bahawa
pemeriksaan yang munasabah telah dibuat oleh pekedai tetapi kecacatan tidak
dapat dilihat ketika waktu berkenaan mengikut syarat tersirat Seksyen 17 (2)
Akta Jualan Barang 1957 dan pekedai berhak untuk mengambil tindakan
terhadap pemborong berdasarkan seksyen 17 (2) Akta Jualan Barang 1957.
Bagi kes Moore & Co lwn Landauer & Co 1921 pula, mahkamah telah
memutuskan bungkusan 24 tin sekotak adalah tidak sama dengan 30 tin sekotak
7
BBUP 2103 Low Hwee Ling 780705045138001
seperti yang ditetapkan dalam deskrisi. Maka Moore berhak menolak seluruh
penghataran mengikut Seysyen 13 Akta Jualan Barang.
Aplikasi Dan Rumusan
Dalam kes Aminah, pil ‘Be Power” merupakan sesuatu benda yang boleh alih. Maka, pil
“Be Power” merupakan barang-barang berdasarkan Seksyen 2 AJB1957 dan pil itu
hanya akan dihantar kepada Aminah dalam masa satu bulan setelah Aminah bersetuju
dengan tawaran Mahani, makanya ia merupakan barang-barang hadapan mengikut
Seksyen 6 (1).
Di bawah Seksyen 4 (1) AJB 1957, kontrak jualan ditakrifkan sebagai suatu kontrak
apabila penjual memindahkan atau bersetuju untuk memindahkan milikan barang-
barang kepada pembeli pada suatu harga. Maka perbuatan Aminah memberi cek
berpalang atas nama Amri Ltd bernilai RM240 kepada Mahani setelah menerima
sekotak ‘Be Power” dianggap terdapat perjanjian jualan barang mengikut Seksyen 4 (1)
kerana Mahani membawa sekotak ‘Be Power’ sebagai perbuatan penyerahan barang-
barang kepada Aminah dan menerima cek berpalang atas nama Amri Ltd bernilai
RM240 yang merupakan balasan Aminah yang berbentuk harga.
Dalam kes Aminah, bayaran cek bernilai RM240 merupakan elemen harga yang
ditetapkan oleh Mahani bagi barang – pil ‘Be Power’ mengikut Seksyen 9 AJB 1957.
Manakala dalam kes Aminah, semua elemen kontrak jualan telah dipenuhi mengikut
Seksyen 5 AJB 1957 iaitu, Mahani menawarkan pil kepada Aminah, tawaran terbentuk;
cek bernilai RM240, elemen harga; bayaran cek bernilai membawa sekotak ‘Be Power’
kepada Aminah, elemen penyerahan.
8
BBUP 2103 Low Hwee Ling 780705045138001
Dalam kes ini, syarat peringatan pengambilan ubat yang melarang penggunaan oleh
penghidap darah tinggi dan kencing manis yang memberi maksud utama kontrak telah
disembunyikan oleh Mahani walaupun ia berada dalam kotak ‘Be Power’ dan Aminah
telah menanyakan persoalanannya ketika penerangan Mahani. Syarat tidak ditakrifkan
mengikut Akta Jualan Barang 1957 tetapi syarat merupakan asas pembentukan sesuatu
kontrak jualan kerana peranannya yang membawa maksud utama kontrak tersebut.
Makanya, syarat tidak dipatuhi oleh Amri Ltd makanya kontrak jualan boleh dibatalkan
oleh Aminah yang merupakan pihak tidak bersalah yang tidak diberitahu tentang syarat
kontrak.
Dalam kes Aminah dengan Amri Ltd, terdapat dua syarat tersirat yang tidak dipatuhi
oleh Amri Ltd iaitu: -
i) Aminah telah membeli barang yang tidak sesuai atas kepakaran Mahani iaitu syarat
ketiga yang dinyatakan di atas. Aminah telah bertanya samaada pil itu boleh diambil
oleh semua ketika penerangan dan Mahani telah menganggukkan kepalanya tanpa
menjelaskan pada Aminah bahawa ubat itu tidak boleh diambil oleh penghidap darah
tinggi dan kencing manis. Mahani sebagai penjual Amri Ltd harus memberitahu Aminah
kerana Aminah bergantung kepada penjelasan Mahani untuk mendapat pil yang
bersesuaian seperti keputusan mahkamah kes Deutz Far East (Pte) Ltd lwn Pasific
Navigation Co. Pte Ltd 1990. Makanya, perbuatan Mahani telah melanggar syarat
tersirat mengikut Seksyen 16 Akta Jualan Barang 1957 yang boleh membatalkan
kontrak jualan Aminah.
ii) ‘Be Power” yang diterima oleh Aminah adalah tidak sama dengan contoh yang dilihat
ketika persetujuan untuk menjual terlebih dahulu. Hanya tiga botol diterima padahal
9
BBUP 2103 Low Hwee Ling 780705045138001
dalam contoh yang dilihat adalah empat botol. Maka penyerahan tiga botol pil itu oleh
Mahani sebagai penjual Amri Ltd telah melanggar syarat tersirat Seksyen 17 (2) Akta
Jualan Barang 1957. Terdapat elemen persamaan antara kes Moore dengan kes
Aminah iaitu ‘Be Power” yang diterima oleh Aminah adalah tidak sama dengan contoh
yang dilihat ketika persetujuan untuk menjual terlebih dahulu. Maka keputusan
mahkamah kes Moore boleh dijadikan sokongan bagi kes Aminah megikut Seksyen 17
(2) Akta Jualan Barang untuk membatalkan kontrak jualan berkenaan.
Berdasarkan perbincangan sokongan daripada kes-kes dan seksyen-seksyen, maka
kontrak jualan barang yang wujud antara Amri Ltd dan Aminah adalah tidak sah
mengikut undang-undang jualan barang.
SOALAN (c)
Isu
Huraian hak Aminah membuat tuntutan ke atas Amri Ltd.
Sokongan
10
BBUP 2103 Low Hwee Ling 780705045138001
Terdapat beberapa hak pembeli untuk membuat tututan mengikut Akta Jualan Barang
1957 iaitu: -
i) pembeli berhak menuntut ganti rugi jika penjual salah, cuai atau serah barang
mengikut Seksyen 57 Akta Jualan Barang 1957;
ii) memohon perintah pelaksanaan khusus jika tuntutan ganti rugi penjual adalah tidak
memadai di bawah Seksyen 58 Akta Jualan Barang 1957;
iii) menolak barang jika berlaku pelanggaran syarat dan menuntut ganti rugi jika berlaku
pelanggaran waranti mengikut Seksyen 59 Akta Jualan Barang 1957;
iv) mengambil tidakan tort jika penjual secara salah kepada pihak ketiiga/pembeli, maka
pembeli ada hak untuk mengambil tindakan terhadap penjual.
Aplikasi Dan Rumusan
Berdasarkan soalan (b) di atas, perbuatan Amri Ltd adalah salah di sisi undang-undang
jualan barang. Dalam kes Aminah dengan Amri Ltd, perbuatan Amri Ltd di mana
Mahani sebagai penjual adalah salah kerana tidak menjelas syarat peringatan yang
melarang penghidap darah tinggi dan kencing manis mengambil pil tersebut walaupun
ditanyakan dan dinyatakan pada deskrisi pil. Pebuatan tersebut dianggap melanggar
syarat dan syarat tersirat kontrak jualan mengikut Seksyen 16 Akta Jualan Barang 957.
Maka Aminah ada hak menuntut ganti rugi daripada Amri Ltd mengikut Seksyen 57 Akta
Jualan Barang 1957.
Quantiti pil yang diterima yang tidak sama dengan quantiti contoh yang dilihat oleh
Aminah iaitu tiga botol dengan empat botal juga merupakan kesalahan Amri Ltd
melanggar syarat tersirat mengikut Seksyen 17 (2) Akta Jualan Barang 1957. Contoh
kes Moore & Co lwn Landauer & Co 1921 di mana mahkamah memutuskan pembeli
berhak menolak kesemua barangan yang di hantar kerana adanya hak pembeli
11
BBUP 2103 Low Hwee Ling 780705045138001
mengikut Seksyen 59 Akta Jualan Barang apabila penjual tidak membekalkan barang
seperti yang ditetapkan. Kes Aminah adalah serba sama dengan kes Moore. Maka,
Aminah juga seharusnya berhak menolak segala pil ‘Be Power’ yang quantitinya tidak
sama seperti yang dilihat dahulu.
Perbelanjaan dan kesakitan yang dialami oleh Aminah ketika dimasukkan ke hospital
akibat pengambilan pil tersebut juga berpunca daripada kesalahan penjual yang
menyembunyikan peringatan yang berada pada deskrisi botol ‘Be Power’. Dengan itu,
jikalau ganti rugi Amri Ltd adalah tidak memadai untuk segala perbelanjaan dan
kesakitan yang dialami oleh Aminah, maka Aminah mempunyai hak memohon perintah
pelaksanaan khusus untuk ganti rugi yang memadai di bawah Seksyen 58 Akta Jualan
Barang 1957.
Perbuatan Mahani iaitu penjual Amri Ltd yang cuba menyembunyikan peringatan
tersebut dan menyerahkan pil yang tidak mencukupi kepada Aminah adalah salah di sisi
undang-undang jualan seperti yang dinyatakan di solaan (b). Maka Aminah sebagai
pembeli yang tak bersalah berhak mengambil tidakan tort terhadap Amri Ltd yang
menjualkan pil yang tidak boleh diambil kepadanya melalui Manahi.
Atas kesalahan-kesalahan perbuatan Amri Ltd mengikut undang-undang jualan barang,
maka Aminah berhak menggunakan kempat-empat hak pembeli yang dinyatakan di atas
untuk menuntut ganti rugi dan pampasan yang sewajarnya mengikut undang-undang
jualan barang.
12
BBUP 2103 Low Hwee Ling 780705045138001
13
BBUP 2103 Low Hwee Ling 780705045138001
SOALAN (d)
Isu
Perbincangan terperinci bekenaan Maybank yang telah mendebitkan jumlah RM240 dari
akaun Aminah.
Sokongan
Bank pembayar merupakan pihak yang bertanggungjawab membuat pembayaran
kepada pihak yang betul berdasarkan mandat atau kuasa yang diberikan oleh
pelanggannya. Terdapat empat syarat yang mesti dipatuhi oleh bank agar hak bank
pembayar dilindungi iaitu: -
1) pembayaran dibuat sewajarnya didefinisikan mengikut Seksyen 59 Akta Bil
Pertukaran 1949 sebagai “pembayaran yang dibuat pada atau selepas tempoh
kematangan bil kepada pemegang dengan suci hati dan tanpa mengetahui hak milik ke
atas bil adalah cacat.” ;
2) bank membayar dengan suci hati dan mengikut amalan biasa perniagaan tanpa
mengetahui pengindorsan tersebut palsu atau tanpa kuasa ;
3) bank membayar dengan suci hati dan mengikut amalan biasa perniagaan tanpa
mengetahui cek tidak diindors atau diindors tidak mengikut aturan;
4) jika cek tersebut dipalang, bank membayar dengan suci hati tanpa sebarang
kesucuaian dan berdasarkan pemalangan.
Bank adalah bertanggungjawab untuk melayan cek pelanggan sehingga baki kreditnya
berakhir dan mana-mana overdraft yang dipersetujui. Penamatan kuasa bank untuk
membayar akan memberikan bank kuasa agar tidak melayan cek berkenaan dalam
keadaan seperti yang dinyatakan di bawah: -
a) perintah pembatalan
14
BBUP 2103 Low Hwee Ling 780705045138001
b) notis kematian pelangan
c) notis ketidaksiuman pelanggan
d) perintah “garnish” atau perintah bank yang lain
e) mengetahui pelanggan mengalami petisyen kebangkrapan atau sedang bangkrp
f) wujud kecacatan pada hak milik orang yang menbuat persembahan
g)mengetahui pelanggan ketika menulis cek, berniat untuk mungkir amanah kepada
dana amanah
h) pelanggan menyerahkan wang dalam akaunnya kepada pihak ketiga
i) menerima notis penutupan akaun oleh pelanggan
j) jika pelanggan tidak mempunyai nilai yang cukup untul menjelaskan cek tersebut.
Aplikasi Dan Rumusan
Dalam kes Aminah, Maybank sebagai bank pembayar telah membuat pembayaran
dibuat sewajarnya mengikut Seksyen 59 Akta Bil Pertukaran 1949 kerana Aminah telah
memberikan perintah bayaran kepada Maybank dengan menuliskan jumlah RM240.00
di atas cek berpalang atas nama Amri Ltd. Maybank telah membayar Amri Ltd dengan
mendebitkan RM240.00 daripada akaun Aminah ke dalam akaun Amri Ltd tanpa
menyedari hak miliknya ke atas cek adalah cacat. Maybank cuma melaksanakan
tanggungjawabnya membuat pembayaran kepada Amri Ltd seperti yang diimandatkan
oleh Aminah yang merupakan pelanggan Maybank yang telah menandatangani cek
berpalang tersebut. Perbuatan Maybank adalah menurut perintah Aminah dengan
membayar cek berpalang kepada Amri Ltd. Maka hak Maybank sebagai bank
pembayar adalah terlindung kerana Maybank hanya menurut perintah Aminah sebagai
pelanggan membayar kepada Amri Ltd. Kes Green Wood lwn Martins Bank di mana
keputusan mahkamah yang menyatakan hak Martins Bank adalah dilindungi atas
perbuatan plaintif terhadap bayaran tersebut mengikut Seksyen 59 Akta Bil Pertukaran
15
BBUP 2103 Low Hwee Ling 780705045138001
1949. Maka keputusan mahkamah kes Green Wood bolehlah menjadi sokongan
terhadap Maybank yang telah mendebitkan jumlah RM240.00 dari akaun Aminah
dengan mandat yang diberi oleh Aminah.
Syarat-syarat penamatan kuasa untuk membayar yang disebutkan di atas tidaklah
dilakukan oleh Aminah sebelum Maybank mendebitkan jumlah RM240.00 dari akaun
Aminah. Aminah hanya memberi notis pembatalannya selepas keluar daripada hospital
iaitu selepas Maybank mendebitkan jumlah RM240.00 dari akuan Aminah. Maka
penamatan kuasa bank untuk membayar oleh Aminah adalah tidak sah berdasarkan
syarat-syarat yang dinyatakan di atas kerana Maybank mempunyai kuasa untuk
melayan cek Aminah atas sebab tiada penamatan kuasa bank untuk membayar.
Seperti dalam contoh kes The Rubber Industry lwn Hong Kong Shanghai Banking Corp ,
mahkamah telah memutuskan hak Hong Kong Shanghai Bank adalah terlindung kerana
bank telah bertindak tanpa kecuaian berdasarkan kuasa yang diberi oleh pelanggannya,
The Rubber Industry. Maka Maybank juga boleh dikatakan telah bertindak tanpa
kecuaian, kerana hanya berdasarkan kuasa yang diberikan oleh Aminah.
Berdasarkan sokongan kes dan syarat-syarat perlindungan bank pembayar dan
penamatan kuasa untuk membayar, hak Maybank sebagai bank pembayar adalah
terlindung mengikut Seksyen 59 Akta Bil Pertukaran 1949 dan perintah pembatalan
yang lewat bagi penamatan kuasa untuk membayar yang diberikan oleh Aminah adalah
tidak sah mengikut undan-undang. Maybank yang tidak menyedari keadaan yang
terjadi antara Aminah dan Amri Ltd hanyalah melaksanakan tugasnya secara
perniagaan biasa. Kesimpulannya, Aminah tidak berhak mengambil tindakan terhadap
perbuatan Maybank kerana hak Maybank adalah terlindung mengikut undang-undang.
16
BBUP 2103 Low Hwee Ling 780705045138001
RUJUKAN
Ahmad Mohd Ibrahim. 1986. Sistem Undang-undang di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Pustaka.
Aishah Bidin. (2001). Undang-undang Syarikat di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka
Denis Keenan & Sarah Riches. Business law, fifth edition. Great Britain: Financial
Times Pitman Publishing.
Kamal Halili. 1994. Hubungan Undang-undang Majikan dan Pekerja. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa Pustaka.
Kamus Undang-Undang. 2001. Shah Alam: Fajar Bakti
Lee Mei Pheng. 1997. General Principles of Malaysian Law. 3 rd Edition. Selangor:
Fajar Bakti.
Malaysia. 2001. Akta Kontrak 1950. Kuala Lumpur: International Law Book Services
Malaysia. 2001. Akta Jualan Barang-barang 1957. Kuala Lumpur: International Law
Book Services
Malaysia. 2001. Akta Bil Pertukaran 1949. Kuala Lumpur: International Law Book
Services
17
BBUP 2103 Low Hwee Ling 780705045138001
Mazita Mohd, Nurretina Ahmad Shariff, Rohizan Halim & Haslinda Mohd. BBUP 2103
Undang-undang Perniagaan. Kuala Lumpur: Open University Malaysia
Salleh Buang. 1994. Undang-undang Jualan Barang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Shaik Mohd. Noor Alam. 1995. Undang-undang Komersil di Malaysia. Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Smith & Keenan’s. Advanced Business Law, eleventh edition. England: Pearson
Education
Vohrah, Beatrix and Wu, Min Aun. 1991. The Commercial Law ofMalaysian. Petaling
Jaya: Longman.
Undang-undang berrkaitan Perlindungan Pengguna,
www.sabah.org.my/bm/nasihat/artikel_perundangan/lindung_pengguna.htm
Contract Consideration, www.studywizard.org/contract/consideration.html
Malayan Law Journal, www.mlj.com.my/free/articles.asp
Correspondent Banking Services, www.rbcglobalservices.com/corrbk/check21.html
18