hbqe 2103 al-tajwid

18
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA HBQE 2103 AL-TAJWID TAJUK :PENGENALAN ILMU TAJWID DAN HUKUM MAD NAMA : HAFIZOH BT HASSAN NO.MATRIK : 780419025574001 NO.IC : 780419-02-5574 NO.TELEFON : 013-4695811 ALAMAT E-MAIL : [email protected] LEARNING CENTRE : KEDAH LEARNING CENTER ( ALOR SETAR)

Upload: hafizah-hassan

Post on 06-Dec-2015

400 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

tajwid

TRANSCRIPT

Page 1: Hbqe 2103 Al-tajwid

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBQE 2103

AL-TAJWID

TAJUK :PENGENALAN ILMU TAJWID DAN HUKUM MAD

NAMA : HAFIZOH BT HASSAN

NO.MATRIK : 780419025574001

NO.IC : 780419-02-5574

NO.TELEFON : 013-4695811

ALAMAT E-MAIL :

[email protected]

LEARNING CENTRE : KEDAH LEARNING CENTER

( ALOR SETAR)

Page 2: Hbqe 2103 Al-tajwid

HBQE2103/2015 -HAFIZOH HASSAN

SEMESTER MEI 2015

ISI KANDUNGAN

BIL KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN ILMU AL-TAJWID 3

2.0 MASALAH YANG DIHADAPI MURID DALAM ILMU TAJWID 5

3.0 CADANGAN MENGATASI MASALAH DAN KELEMAHAN MURID DALAM ILMU TAJWID

8

4.0 HUKUM MAD 9

5.0 PENUTUP 13

6.0 RUJUKAN 15

2

Page 3: Hbqe 2103 Al-tajwid

HBQE2103/2015 -HAFIZOH HASSAN

1.0 PENGENALAN ILMU TAJWID

Ilmu tajwid merupakan satu cabang ilmu yang berkaitan bacaan atau menyebut lafaz

Al-Quran. Ia merupakan tonggak kepada rangkaian ilmu-ilmu lain yang berkaitan dengan Al-

Quran. Ia menjadi ilmu asas dan kemahiran awal dalam proses pembelajaran Tilawah Al-

Quran untuk mencapai objektif ketartilan bacaan Al-Quran. Salah satu tuntutan yang turut

dianjurkan dalam bidang ilmu Tajwid adalah tuntutan untuk menguasai ilmu Waqaf &

Ibtida’. Ini bertujuan untuk memelihara makna ayat dan menjauhkannya daripada sebarang

bentuk penyelewengan. Ini terbukti dalam firman Allah s.w.t. tentang keperluan membaca

Al-Quran dengan bertajwid iaitu dengan memperelokkan dan menyempurnakan hak setiap

huruf Al-Quran iaitu :

Maksudnya ; “dan al-Quran itu kami bahagi-bahagikan dia supaya engkau membacanya

kepada manusia dengan lambat, tenang dan kami menurunkannya beransur-ansur.”

(Surah al-Israk ayat 106 ).

Suatu riwayat bahawa Abdullah bin Masud r.a ada berkata:

“Perelokkan oleh kamu bacaan-bacaan al-Quran dan hiasilah dengan suara-suara baik

kamu dan bacalah dengan cara bacaan Arab. Sesungguhnya al-Quran itu berbahasa Arab

dan Allah sukakan al-Quran itu dibaca dengan bacaannya” (Hj.Ishak Abbas 1985).

1.1 DEFINISI ILMU TAJWID

Ilmu tajwid dari sudut bahasa menurut Al-Zabidi dalam kitabnya Taj al-Arus Min

Jawahir al-Qamus, kalimah al-tajwid ialah masdar atau kata terbitan bagi kalimah jawwada

yang bermaksud mencantikkan atau memperelokkan sesuatu. Sebagaimana yang diterangkan

di dalam kitab al-Hawasyi al-Zahariyyah Fi Halli Alfaz A-Muqaddimah Al-Jazariah, ilmu

tajwid pada istilah ialah merujuk kepada penekanan dalam memberi hak-hak huruf daripada

3

Page 4: Hbqe 2103 Al-tajwid

HBQE2103/2015 -HAFIZOH HASSAN

sifat-sifatnya yang sedia ada (lazim) dan sifat-sifatnya yang mendatang (‘Aridah) dan huruf-

huruf ini dilafazkan secara sempurna tanpa berlebih-lebihan dan melampau-lampau.

Maksud ‘hak huruf’ menurut Al-Marsofi seperti yang diterangkan dalam kitabnya

Hidayah al-Qari ila Tajweed Kalam al-Bari ialah sifat-sifat yang lazim seperti al-jahr, al-

shiddah, al-qalqalah, al-isti’la’ dan itbaq. Manakala baginya ‘mustahak huruf’ pula adalah

sifat-sifat yang mendatang hanya dalam keadaan yang tertentu seperti al-tarqiq, al-tafhim, al-

izhar, al-iqlab dan sebagainya.

Manakala maksud ilmu Tajwid menurut kitab al-Wasit Fi ‘Ilmi al-Tajwid yang

dikarang oleh Dr Muhammad Khalid Mansur ialah satu ilmu berkaitan kaedah dan hukum

yang menerangkan cara menyebut kalimah-kalimah Quran menurut cara yang telah

diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Berikut adalah ringkasan Disiplin (Mabadi’)

Kemahiran Ilmu Tajwid.

1.2 HUKUM MEMPELAJARI ILMU TAJWID

Hukum mempelajari ilmu Tajwid itu terbahagi kepada dua keadaan iaitu Fardhu

Kifayah dan Fardhu ‘Ain.

Fardhu Kifayah ditujukan kepada tuntutan mempelajari ilmu Tajwid secara teori

(Tajwid ‘Ilmi). Sebagaimana al-Juraysi dalam kitab beliau ‘Nihayah al-Qawl al-Mufid Fi

‘Ilmi al-Tajwid telah menerangkan bahawa tuntutan mempelajari hukum dan kaedah ilmu

Tajwid secara teori adalah Fardhu Kifayah.

Hukum Fardhu Ain ditujukan kepada tuntutan mempelajari ilmu Tajwid secara

amali. Sebagaimana yang diterangkan dalam kitab Hidayah al-Qari ila Tajwid Kalam al-

Bariyang dikarang oleh al-Marsafi (2005) bahawa hukum syarak yang terdapat dalam ilmu

tajwid adalah berkaitan dengan kewajipan secara Fardhu Ain bagi setiap mukallaf untuk

memelihara hukum kesucian al-Quran.

Para ulama bersepakat mengatakan bahawa mempelajari tajwid merupakan fardhu

kifayah dan menghayati dalam pembacaan al-Quran adalah fardhu ain ke atas setiap muslim

yang sudah sampai umur (aqil baligh) (Hj. Ishak Abbas,1985 dan Abdullah al-Qari, 1986).

4

Page 5: Hbqe 2103 Al-tajwid

HBQE2103/2015 -HAFIZOH HASSAN

1.3 KEPENTINGAN ILMU TAJWID

Menurut Imam al-Sayuti, selain berbakti kepada Allah dengan memahami makna-

makna dan hukum-hukumnya, umat Islam juga dikatakan berbakti sekiranya melakukan

ibadah dengan membetulkan sebutan, bacaan, menyebut dengan tepat, makhraj dan sifat

huruf-huruf yang diterima daripada para qura’ yang bersambung sanadnyadengan Rasulullah

s.a.w. Ini menunjukkan bahawa ilmu Tajwid amat penting untuk dipelajari supaya ilmu

tersebut dapat diturunkan dan disampaikan daripada generasi kepada generasi yang lain.

2.0 MASALAH YANG DIHADAPI MURID DALAM ILMU TAJWID

Mata Pelajaran Pendidikan Islam di sekolah rendah dan menengah khususnya dalam

bidang tilawah al-Quran bertujuan membolehkan pelajar membaca al-Quran dengan sebutan

yang betul, fasih dan bertepatan dengan hukum-hukum bacaan tajwid. Tetapi persoalannya

sekarang, adakah murid-murid diperingkat sekolah rendah benar-benar menguasai bacaan al-

Quran mengikut kehendak sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian

Pelajaran Malaysia. Jawapannya ‘tentulah tidak’, ini berdasarkan kajian yang telah dibuat

beberapa orang pengkaji selidik tentang kelemahan pelajar menguasai bacaan al-Quran

mengikut hukum tajwid. Masalah ini sepatutnya diberi perhatian yang serius dan terperinci

oleh semua pihak terutamanya ibu bapa dan guru. Seharusnya memastikan agar murid dapat

membaca al-Quran mengikut hukum tajwid dengan betul.

Kelemahan murid dalam menguasai bacaan al-Quran secara bertajwid amatlah ketara.

Masalah ini timbul, ekoran daripada sikap murid itu sendiri, kebanyakkan mereka itu,

memandang remeh terhadap kepentingan mata pelajaran Pendidikan Islam, ianya dianggap

sebagai mata pelajaran yang tidak begitu penting. Pada persepsi murid, Pendidikan Islam

bukannya subjek peperiksaan, ianya tidak termasuk di dalam Ujian Pencapaian Sekolah

Rendah (UPSR) seperti subjek-subjek teras yang lain, dengan tanggapan dan pandangan

5

Page 6: Hbqe 2103 Al-tajwid

HBQE2103/2015 -HAFIZOH HASSAN

sebegini, pelajar akan menampilkan rasa tak peduli atau sikap acuh tak acuh dalam

mempelajarinya. Pelajar beranggapan mempelajari Pendidikan Islam hanya sekadar

memenuhi syarat yang telah ditetapkan dan termaktub dalam jadual waktu persekolahan biasa

yang mesti diikuti oleh semua murid yang beragama Islam. Selain itu, Ibu bapa, murid dan

guru terlalu fanatik dengan kecemerlangan UPSR semata-mata menyebabkan bidang ini

terpinggir. Tidak dinafikan pengaruh pentingkan kecemerlangan akademik menjadi faktor

utama tetapi biarlah seimbang dengan nilai-nilai rohaniah sebagaimana yang termaktub

dalam Falsafah Pendidikan Negara.

Menurut kajian oleh, Mohd Yusuf Ahmad (1997), iaitu tentang penguasaan tilawah al-

Quran ke atas 20 orang murid, didapati tidak ada seorang murid pun yang dapat membaca al-

Quran dengan lancar tanpa sebarang kesalahan pada bacaan. Pelajar-pelajar dari sekolah

harian biasa, bermasalah dalam penguasaan tajwid hukum lima dan membaca al-Quran

dengan menyempurnakan hukum-hukum tersebut. Masalah ini, semestinya tidak sepatutnya

wujud. Malangnya ia merupakan perkara utama yang membelenggu pelajar-pelajar kita hari

ini. Keadaan ini berterusan, ekoran pengabaian terhadap mata pelajaran pendidikan Islam,

sekaligus mengutamakan subjek lain yang berorientasikan peperiksaan dan kecemerlangan

semata-mata. Kebanyakkan murid-murid hari ini, membaca al-Quran seolah-olah tidak perlu

terikat dengan disiplin ilmu yang termaktub khusus bagi al-Quran sebagai wahyu dari Allah

s.w.t. Keadaan ini, akan menyebabkan ilmu al-Quran semakin terpinggir di kalangan

masyarakat khususnya pelajar.

Faktor seterusnya, kurang pemerhatian daripada guru yang mengajar di luar persekolahan

kerana tidak membuat teguran pada kesalahan-kesalahan bacaan al-Quran murid-murid

kerana ada di antara mereka sudah membaca Al-Quran sehingga juzuk 30 tetapi apabila di

tasmi’ didapati bacaan mereka masih kurang sempurna, sebutan huruf tidak betul dan tidak

tepat. Hal ini berlaku, mungkin berpunca daripada guru itu sendiri yang mana kebanyakan

daripada mereka hanya mengajar dengan kaedah penerangan dan latih tubi sahaja, tidak

menggunakan alat bantu mengajar, Cuma menggunakan papan putih dan pen sahaja.

Kepelbagaian kaedah dan bahan bantu mengajar juga, boleh membantu pengajaran dan

pembelajaran di samping menarik minat murid pada pelajaran yang diajar.

6

Page 7: Hbqe 2103 Al-tajwid

HBQE2103/2015 -HAFIZOH HASSAN

Selain itu, faktor kurangnya minat di kalangan murid terhadap mata pelajaran Pendidikan

Islam dan kurangnya penekanan dari pihak sekolah kerana ianya tidak dinilai di dalam

peperiksaan awam dan ianya kurang dipraktikkan serta kurang mendapat sambutan

masyarakat, jika adapun hanya bermusim tidak seperti dalam arena sukan dan hiburan yang

diwar-warkan dari pelbagai agensi untuk menarik minat di kalangan masyarakat. Untuk

memulihkan persepsi masyarakat dan mengembalikan semula al-Quran ke tahap yang

sewajarnya, maka perlu satu tindakan refomasi dalam sistem pendidikan ke arah

memartabatkan Pendidikan Islam (Amri Daud, 2005).

Merujuk kajian Abdul Rahman Hassan (1999), pengajian al-Quran Sekolah Menengah

Kebangsaan Agama (SMKA), mendapati masih banyak kelemahan di kalangan pelajar

tersebut. Antara faktor kelemahan membaca al-Quran secara fasih dan bertajwid adalah sikap

ibu bapa. Terdapat 60% ibu bapa yang menyerah 100% tanggungjawab mendidik anak-anak

mereka kepada guru-guru al-Quran. Ibu bapa tidak mengambil berat tentang pencapaian

anak-anak mereka, anak-anak hanya membaca al-Quran di hadapan guru tanpa

mengulangkaji di rumah. Laporan Mohd Nasir (2001), dalam kajiannya mendapati, faktor ibu

bapa adalah penting untuk menentukan tahap penguasaan tilawah al-Quran anak-anak

mereka.Sikap ibu bapa yang tidak prihatin dengan pendidikan anak-anak terutama pendidikan

al-Quran akan mengakibatkan berlakunya keciciran dalam menguasai tilawah al-Quran,

sehubungan dengan masalah pembelajaran al-Quran.

Masalah penguasaan murid dalam al-Quran dan tajwid membelenggu anak-anak didik

kita hari ini, salah satunya berpunca daripada kelemahan kurikulum Pendidikan Islam itu

sendiri, di samping bilangan murid yang terlalu ramai di dalam satu-satu kelas. Kedua-dua

punca ini, merupakan penyumbang kepada kelemahan dan kegagalan murid dalam

penguasaan kemahiran membaca al-Quran secara bertajwid. Perkara ini, telah dipersetujui

oleh Jemaah Nazir Persekutuan (1994), yang menyatakan bahawa bilangan murid dalam

kelas yang ramai mengurangkan peluang guru mendengar dan memperbetulkan bacaan murid

secara talaqqi dan musyafahah serta membuat aktiviti pengukuhan. Menurut Farehan bt.

Mohd. Hamid (2000), kebanyakan pelajar berada di tahap sederhana dalam bacaan al-Quran,

di mana seramai 44.4% pelajar boleh membaca nun sakinah 28.8% pelajar dapat menyebut

nun sakinah dengan baik dan sebanyak 20.6% pelajar lemah.

7

Page 8: Hbqe 2103 Al-tajwid

HBQE2103/2015 -HAFIZOH HASSAN

Akhir sekali, pembelajaran yang berorientasikan peperiksaan juga menyumbang

kepada faktor ini. Di samping, teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang kurang

berkesan, kelemahan dan kekurangan penguasaan kemahiran membaca al-Quran di kalangan

guru dan ibu bapa adalah merupakan penyumbang kepada masalah penguasaan bacaan al-

Quran di kalangan murid. Ketiadaaan budaya membaca al-Quran di kalangan masyarakat dan

ibu bapa juga menjadi faktor penyumbang kepada masalah kemahiran penguasaan hukum

tajwid di dalam pembacaan al-Quran. Ini kerana pembacaan al-Quran yang betul dan

bertajwid memerlukan latihan dan amalan yang berterusan sehingga benar- benar menguasai

kaedah bacaan mengikut cara dan kaedah bacaan yang betul. Perkara yang utama sekali ialah

kebolehan membaca al-Quran dengan betul, baik dan fasih sebutan huruf-hurufnya, Salem

(1982) dan Mohd Yusuf Ahmad (1997), dalam kajian Rahimah bt. Deraman (2010).

3.0 CADANGAN MENGATASI MASALAH DAN KELEMAHAN MURID DALAM

ILMU TAJWID

Setelah mengenal pasti kelemahan murid, secara spesifik berhubung dengan tahap

penguasaan hukum tajwid di kalangan murid khususnya sekolah rendah, di antara cadangan

saya adalah seperti berikut ;

Ibu bapa hendaklah memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak supaya

mengenali dan mencintai al-Quran kerana didapati sebilangan kecil murid yang tidak dapat

membaca al-Quran disebabkan tidak mendapat pendedahan awal semenjak kecil. Mereka

perlu memberi perhatian kepada anak-anak dengan memberi tunjuk ajar dan meluangkan

masa untuk membaca al-Quran bersama-sama. Kebanyakkan ibu bapa sekarang sudah mula

menyedari betapa pentingnya ilmu al-Quran dan tajwid sepatutnya disemai dalam diri anak-

anak sebagai benteng kehidupan dalam persiapan mengharungi arus globalisasi yang

menyajikan berbagai corak dan gaya kehidupan yang bertentangan dengan norma masyarakat

dan syariat Islam. Dengan berbudayakan al-Quran diharapkan agar anak-anak warisan tidak

terus hanyut ditelan arus era globalisasi yang amat mencabar kehidupan seharian mereka.

Selain itu, guru-guru Pendidikan Islam hendaklah mempunyai mutu bacaan yang al-

Quran yang baik, sebutan huruf yang sempurna dan mempunyai pengetahuan dalam ilmu

tajwid supaya bacaan guru baik dan sempurna untuk membimbing murid. Jika guru membaca

al-Quran tidak betul dan kurang sempurna, ia akan mempengaruhi bacaan murid. Seterusnya,

guru-guru hendaklah tegas dan teliti ketika membimbing murid semasa bacaan al-Quran. Di 8

Page 9: Hbqe 2103 Al-tajwid

HBQE2103/2015 -HAFIZOH HASSAN

samping mereka perlu memahami kelemahan dan kemampuan murid supaya mereka tidak

rasa tertekan dengan tindakan yang diambil.

Keperihatinan guru-guru terhadap murid-murid adalah perkara paling penting. Guru perlu

mengambil berat berhubung dengan masalah-masalah yang dihadapi murid terutama hal-hal

berkaitan dengan pembelajaran al-Quran, kerana mereka ini memerlukan pemerhatian yang

lebih. Untuk meningkatkan lagi penguasaan dan juga kemahiran murid-murid dalam

pembacaan al-Quran bertajwid, guru-guru seharusnya mencari kaedah-kaedah pengajaran dan

pembelajaran yang sesuai untuk diaplikasikan dalam pengajaran seterusnya menarik minat

pelajar. Mempelbagaikan bahan bantu mengajar juga dapat membantu kefahaman murid

dalam pembelajaran al-Quran.

Seterusnya, pihak sekolah dan para guru hendaklah seimbangkan kepentingan mata

pelajaran akademik dan mata pelajaran agama khususnya tilawah al-Quran, walaupun ia

tidak dinilai di dalam peperiksaan awam tetapi ia sangat penting untuk membentuk peribadi

murid untuk dunia dan akhirat.

4.0 HUKUM MAD

4.1 DEFINISI MAD

Mad dari sudut bahasa bermaksud pertambahan. Dari sudut istilah Qurra, ia

bermaksud menambah atau memanjangkan suara pada kadar dua hingga 6 harakat

dengan menyebut satu huruf daripada huruf-huruf mad) ( ي و ي ) ( dan linا danو

kadarnya ialah lebih panjang daripada mad tabi’i ketika wujudnya sebab-sebab

tertentu.

4.2 HURUF-HURUF MAD DAN LIN

Mad mempunyai tiga huruf yang mempunyai syarat-syarat tertentu. Huruf-huruf ini

dinamakan huruf mad dan lin disebabkan panjangnya suara dengannya, mudah untuk

disebut dan tidak memberatkan sebutan.9

Page 10: Hbqe 2103 Al-tajwid

HBQE2103/2015 -HAFIZOH HASSAN

Rajah 1.2 Huruf-huruf mad.

Alif sakinah – Hendaklah alif itu sakinah dalam sebelumnya huruf yang berbaris di

atas. Contohnya : Surah Yusuf 10 قال

Wau sakinah – Sebelumnya adalah huruf yang berbaris dihadapan. Contohnya : Surah

al-Baqarah 5 المفلحون

Ya sakinah – Sebelumnya huruf berbaris di bawah. Contohnya : Surah al-Fatihah 1

الرحيم

4.3 PEMBAHAGIAN MAD

Mad terbahagi kepada dua iaitu ;

i. Mad Asli

ii. Mad Far’ie

Mad asli juga dikenali dengan mad tabi’i, iaitu sesuatu yang tidak akan

sempurna sebutan sesuatu huruf mad kecuali dengannya. Ia tidak memerlukan

sebab-sebab tertentu. Tidak akan sempurna bacaan sesuatu kalimah kecuali

10

Huruf-huruf Mad

Alif sakinah sebelumnya berbaris di atas

Wau sakinah sebelumya baris di hadapan

Ya sakinah sebelumnya baris di

bawah

Page 11: Hbqe 2103 Al-tajwid

HBQE2103/2015 -HAFIZOH HASSAN

dengan menyebutnya. Tanda mad asli ialah wujudnya salah satu daripada tiga

huruf mad ( ( ي و dan didahului dengan huruf hamzah serta tidak wujud ا

selepasnya huruf hamzah atau sukun. Kadar panjang bacaan mad tabi’i ialah

dua harakat. Iaitu dengan membuka gengaman dua jari tangan atau

menggengamnya dengan kadar yang sederhana. Tidak terlalu cepat atau

perlahan.

Contoh ; م� ه� �� ن ن� ب ن� ب ن� - ن�ٲ ه و ه�و ن� ن� Mad asli terbahagi kepada beberapa jenis di antaranya seperti berikut ;

i. Tetap dan kekal sama ada ketika waqaf ataupun wasal. Contoh : Surah

al-Fatihah – مالك

ii. Kekal dan tetap ketika wasal dan hilang atau dibuang ketika waqaf.

Contoh : surah al-Isra’ – هو إنه

iii. Kekal dan tetap apabila waqaf dan hilang atau dibuang ketika wasal.

Mempunyai beberapa keadaan iaitu ;

Berhenti pada huruf mad tabi’i iaitu huruf alif. Contoh : surah

al-Ahzab – حكيما عليما كان الله إن

Berhenti pada kalimah-kalimah yang mempunyai huruf alif.

Contoh : Surah al-Kahfi – الله هو لكنا

Berhenti pada salah satu huruf mad yang tiga. Contoh : Surah

al-Naml - له ا ال ا حمد وقا

Jenis-jenis mad yang termasuk di dalam mad asli seperti di bawah

11

Jenis-jenis mad termasuk dalam

mad asli

Mad silah Sughra

Mad Al-‘Iwad Mad al- Tamkin

Page 12: Hbqe 2103 Al-tajwid

HBQE2103/2015 -HAFIZOH HASSAN

Rajah 1.3 Huruf-huruf mad.

Mad Far’ie adalah mad yang lebih panjang daripada mad asli kerana beberapa sebab

di samping adanya salah satu daripada huruf mad yang tiga. Mad asli panjangnya

tidak melebihi mad tabi’i iaitu sebanyak dua harakat, kecuali jika wujud beberapa

sebab hingga menjadikan mad tersebut mempunyai kadar bacaan empat, lima atau

enam harakat. Sebab-sebab mad far’ei adalah;

i. Sebab Lafzi – Iaitu sebab-sebab lafaz yang mengubah panjang mad tabi’i

lebih daripada dua harakat. Sebab ini terbahagi kepada dua, iaitu hamzah dan

sukun.

ii. Sebab Ma’nawi – Bertujuan untuk berlebih-lebihan atau bersangatan di dalam

penafian. Contohnya di dalam surah al-Anbiya’ : 87- سبح��� ا�ت إالا إا ه iaitu . لا

berlebihan-lebihan dalam menafikan kewujudan tuhan selain Allah SWT. Ia

menjadi kebiasaan orang arab.

Hukum-hukum mad far’ei seperti di bawah

Rajah 1.4 Hukum-hukum mad far’ei.

12

Hukum-hukum mad far’ei

Wajib:Mad Muttasil

Harus:Mad Munfasil, Mad Aridh lin sukun dan

Mad badal

Lazim:Mad Lazim

Page 13: Hbqe 2103 Al-tajwid

HBQE2103/2015 -HAFIZOH HASSAN

Wajib – Hukum ini khas kepada mad muttasil sahaja. Wajib memanjangkannya

melebihi mad tabi’i berdasarkan kesepakatan semua ulamak Qurra’.

Harus – Hukum ini khas bagi mad munfasil, mad aridh lin sukun dan mad badal.

Kesemuanya harus dibaca secara mad atau qasar.

Lazim- Hukum ini khas bagi mad lazim sahaja. Iaitu mad ini melazimi panjangnya

sebanyak enam harakat dalam semua keadaan.

5.0 PENUTUP

Penguasaan ilmu tajwid dan al-Quran adalah selari dan dituntut ke atasnya,

pembacaan ayat-ayat suci Allah s.w.t adalah satu keperluan bagi setiap muslim. Malah

penguasaan seseorang terhadap terhadap ilmu tajwid adalah satu jaminan bagi keupayaan

seseorang menguasai pembacaan al-Quran dengan betul, fasih dan sempurna. Bacaan al-

Quran yang bertajwid merupakan kesebatian yang sungguh tinggi dan ianya tidak dapat

dipisahkan lagi antara kedua-duanya. Kejanggalan atau kesalahan akan lahir dalam

pembacaan al-Quran tanpa bertajwid, bahkan ianya akan mendatangkan kesumbangan dan

kesalahan yang nyata. Namun sebaliknya apabila terdapat kesepaduan antara bacaan dengan

hukum tajwid sudah pasti ia akan menyerlahkan bacaan yang elok dan sebenar seperti yang

dituntut dalam tilawah al-Quran dan secara tidak langsung ia akan memaparkan keindahan

dan kehalusan serta ketinggian mukjizat al-Quran.

Oleh itu berbagai langkah perlu dijalankan bagi mempertingkatkan penguasaan

bacaan al-Quran bertajwid di kalangan murid. Tanpa usaha yang berkesan, generasi al-Quran

yang dicita-citakan akan terus malap dan tengelam. Pembentukan generasi al-Quran bukanlah

satu usaha yang remeh dan mudah. Oleh itu kerjasama dari semua pihak amatlah diperlukan

untuk merealisasikan hasrat dan matlamat ini. Sikap menuding jari haruslah dikuburkan dan

bangkitlah serentak bersama dengan satu azam dan iltizam yang istiqamah kerana Allah s.w.t

semata-mata. Segala usaha haruslah bermula dari anak-anak yang mesti diasuh, dididik,

dibimbing dan didampingi dengan secukupnya ke arah menghayati dan mencintai al-Quran.

Pemerkasaan pendidikan al-Quran perlu dimartabatkan kepada setiap generasi supaya al-

Quran tidak hanya sekadar menjadi perhiasan tulisan yang cantik sahaja tetapi ianya perlu

13

Page 14: Hbqe 2103 Al-tajwid

HBQE2103/2015 -HAFIZOH HASSAN

dihayati dalam setiap jiwa manusia yang inginkan kedamaian dan kebahagiaan di dunia dan

akhirat

Pembacaan al-Quran yang tepat dan bertajwid akan memperolehi keredhaan Allah

s.w.t. dan sebaliknya jika pembacaan al-Quran yang bersalahan dengan hukum tajwid akan

mendapat laknat Allah. Untuk mengelakkan perkara tersebut kita hendaklah mempunyai ilmu

yang mantap dalam satu-satu bidang tertentu. Lebih-lebih lagi perkara yang berkaitan ilmu

agama yang menjadi tuntutan yang wajib ke atas kita, mempelajari, mengamalkan dan

menghayatinya dalam kehidupan seharian. Sebagaimana Hadith Rasulullah s.a.w. yang

bermaksud: Dari Anas bin Malik r.a, katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:“ Menuntut ilmu

adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam”, (Ibnu Majah).

(2800 patah perkataan )

14

Page 15: Hbqe 2103 Al-tajwid

HBQE2103/2015 -HAFIZOH HASSAN

7.0 RUJUKAN

Buku;

Ahmad ,.A. G . (1997). Tahap Penguasaan Pembacaan al-Quran di kalangan Pelajar-pelajar Sekolah. Tesis sarjana yang tidak diterbitkan. Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Hassan, .M . (1985).Pelajaran Ilmu Tajwid al-Quran Rasm Uthmani . Dinie Publisher .

Kuala Lumpur.

Khairul, .A. , Zulhilmi, M., N. (2012). HBQE2103: Meteor Doc. Sdn. Bhd.:Selangor Darul Ehsan.

Internet;

https://hafizulmitib.wordpress.com/category/pengenalan-tajwid/

Diperolehi pada 15 Jun 2015

http://e-tajwidquran.blogspot.com/p/pengenalan-tajwid.html

Diperolehi pada 18 Jun 2015

http://mujahidahwaljihad.blogspot.com/2013/04/hukum-mad-mad-menurut-bahasa-adalah.html

Diperolehi pada 16 Julai 2015

http://pismkkempas.blogspot.com/2010_10_01_archive.html

Diperolehi pada 20 Julai 2015

15

Page 16: Hbqe 2103 Al-tajwid

HBQE2103/2015 -HAFIZOH HASSAN

16