ujian

12
Ujian Pengenalan Isi Perancangan Ujian Jenis-Jenis Ujian Senarai Semak Menulis Soalan Objektif Aneka Pilihan Senarai Semak Menulis Item Jawapan Pendek Senarai Semak Menulis Soalan Esei Computer Adaptive Testing Analisis Item dengan Quest Laporan Pelajar Refleksi

Upload: kilik-gantit

Post on 12-Sep-2015

28 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

Penilaian di sekolah perlu memberi peluang pelajar mengembangkan potensinya secara bebas. Untuk mengesan kemajuan pelajar secara individu dengan cara yang fleksibel, bermakna dan tidak menakutkan pelajar, penilai perlu mengambil kira keperluan dan kemampuan individu, kepelbagaian cara supaya pelbagai kecerdasan pelajar diambil kira. Pelajar yang berlainan gred misalnya boleh mengambil ujian yang sama. Dengan cara multiple delivery ini akan menjadi motivasi kepada seseorang pelajar untuk meningkatkan pencapaian supaya selaras dengan pencapaian pelajar lain.

TRANSCRIPT

Ujian Pengenalan Isi Perancangan Ujian Jenis-Jenis Ujian Senarai Semak Menulis Soalan Objektif Aneka Pilihan Senarai Semak Menulis Item Jawapan Pendek Senarai Semak Menulis Soalan Esei Computer Adaptive Testing Analisis Item dengan Quest Laporan Pelajar Refleksi

Pengenalan

Penilaian di sekolah perlu memberi peluang pelajar mengembangkan potensinya secara bebas. Untuk mengesan kemajuan pelajar secara individu dengan cara yang fleksibel, bermakna dan tidak menakutkan pelajar, penilai perlu mengambil kira keperluan dan kemampuan individu, kepelbagaian cara supaya pelbagai kecerdasan pelajar diambil kira. Pelajar yang berlainan gred misalnya boleh mengambil ujian yang sama. Dengan cara multiple delivery ini akan menjadi motivasi kepada seseorang pelajar untuk meningkatkan pencapaian supaya selaras dengan pencapaian pelajar lain.Penilaian memerlukan bukti dan maklumat secara kuantitatif dan kualitatif sebelum sesuatu pertimbangan mengenai perkembangan dan prestasi pelajar dapat dibuat.Maklumat yang bersifat kuantitatif tentang pelajar lebih mudah diperolehi melalui pelbagai ujian manakala maklumat kualitatif seperti sikap perlakuan, minat dan nilai diperolehi melalui kaedah bukan ujian (pemerhatian, portfolio, projek dan lain-lain).Penilaian formatif dapat mengesan kejayaan dan kegagalan pembelajaran pelajar serta dapat mengukur kemajuan pelajar setelah mereka melalui satu-satu unit pembelajaran.Pencapaian pelajar direkod dalam Laporan Prestasi dan Rekod Profil untuk memudahkan guru mengikuti perkembangan pembelajaran setiap pelajar.Tindakan susulan juga dapat dibuat serta merta. Ini bermakna pelajar yang berprestasi cemerlang diberi peluang untuk diintegrasikan pembelajarannya secara menegak (vertical integration) mengikut tahun/tahap yang lebih tinggi dan diintegrasi secara mendatar (horizontal integration) mengikut unit-unit pembelajaran yang lebih tinggi dalam tahun/tahap yang sama.Manakala pelajar yang berprestasi lemah, tindakan susulan serta merta akan diambil bagi memberi peluang kepada mereka untuk memperbaiki kemahiran dan pengetahuan yang belum dikuasai mengikut kemampuan (patching) sehingga membolehkannya mengikuti unit pembelajaran yang seterusnya. Dengan alat perkakas dan sumber yang sesuai serta perisian dan bank item yang besar, kaedahComputer Adaptive Testing(CAT) dapat melaksanakan tugas pengujian ini dengan berkesan.Pada akhir sesuatu tempoh, semester atau tahun, guru juga boleh mendapatkan gambaran prestasi keseluruhan pelajar bagi menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran melalui penilaian sumatif. Penilaian seumpama ini sedang dilakukan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Kedua-dua jenis penilaian formatif dan sumatif saling membantu untuk membentuk satu program penilaian yang berkesan.

IsiUjian yang baik perlu ada item yang bermutu. Analisis item yang dijalankan selepas sesuatu ujian atau praujian membantu dalam hal pemilihan item.Satu kumpulan item (item pool) yang besar akan memastikan guru memperoleh item yang diperlukan dari semasa ke semasa.Untuk memastikan bank item yang sentiasa mengandungi item pelbagaistrandatau kemahiran yang bermutu, perkara berikut perlu dilaksanakan pelbagai jenis ujian dan item yang bermutu dibina analisis item untuk memastikan item bermutu dipilihAnalisis item dengan perisian seperti Quest dapat memaparkan secara terperinci prestasi pelajar dengan menunjukkan pola jawapan pelajar secara gambar rajah.

Perancangan UjianAspek-aspek yang perlu dipertimbangkan dalam menyediakan ujian ialah ujian perlu mengandungi unsur-unsur motivasi, refleksi, mencabar minda, menimbulkan celik akal, mengurangkan tekanan, menimbulkan kesediaan dan sentiasa bersedia untuk mengambil peperiksaan seterusnya.Sebelum mentadbirkan ujian, sudah pasti perlu merancang beberapa strategi supaya ujian itu dapat mengukur perkara yang hendak diukur.Strategi berikut boleh dijadikan panduan semasa merancang ujian jenis objektif:Langkah 1: Tentukan tujuan ujian.1. Antara tujuan ujian ialah

(i) mendiagnos kekuatan dan kelemahan seseorang pelajar(ii) menilai kemahiran pra-syarat(iii) menilai tahap penguasaan ilmu(iv) merancang program pemulihan dan pengayaan7Langkah 2: Tentukan bidang yang akan dinilai(i) aspek kognitif(ii) aspek afektif - nilai/sikap(iii) aspek kemahiran - Pedagogi - Pemudahcaraan - Berfikir - Belajar - Teknologi Maklumat (IT)(iv) aspek personaliti - Tingkah laku - Gaya kognitif -Pelbagai Kecerdasan (Multiple Intelligences) -Kecerdasan Emosi (Emotional Intelligence)

Ujian memerlukan perancangan yang rapi. Jadual Penentuan Ujian (JPU) merupakan satublue printyang dapat membantu penggubal soalan menyediakan soalan mengikut kriteria yang ditentukan. Setiap ujian perlu ada jadual spesifikasinya ataupun JPU. Guru boleh merancang dan mentadbir ujian dengan menggunakan item dari bank item berpandukan JPU tertentu. Guru memilih item berdasarkan item dalam bank dan jenis ujian bertulis mengikut format ujian yang diperlukan.Guru boleh menyediakan satu ujian mengikut bilangan, arahan yang diberi dan mencetak ujian mengikut bilangan pelajar yang akan diuji.

Jenis-Jenis UjianUjian Pensil dan KertasUjian Pensil dan Kertas boleh dilakukan dalam dua bentuk iaitu bentuk yang calon memilih jawapan yang telah disediakan. Bentuk ujian ini biasanya dinamakan ujian objektif bentuk yang calon membekalkan jawapan sendiri. Bentuk ujian ini biasanya diberi nama ujian esei dan ujian berstruktur.Ujian ObjektifHasil ujian objektif memberi maklum balas segera kepada pelajar mengenai perkembangan dirinya dari aspek kognitif, afektif, kemahiran atau ciri-ciri personaliti.Dengan ini pelajar tersebut boleh meneruskan aktiviti pemilihan atau pengayaan.Ujian objektif juga dapat menunjukkan status pencapaian pelajar.Terdapat beberapa jenis ujian objektif yang boleh dilakukan ujian aneka pilihan ujian aneka pelengkap salah/betul padanan isi tempat kosong(i)Ujian Aneka PilihanDalam ujian aneka pilihan, item ujian mempunyai pilihan beberapa jawapan atau opsyen.Mehrens (1978) telah membahagikan ujian aneka pilihan kepada empat jenis iaitu satu jawapan betul, jawapan terbaik, analogi dan negatif.Pengarang-pengarang lain pula mengemukakan beberapa jenis lagi iaitu Antonim, Sinonim, jawapan disenaraikan, interpretif, mencari kesilapan, cantuman dan kloz (cloze).(ii)Ujian Aneka PelengkapItem ujian aneka pelengkap mengandungi lebih daripada satu jawapan betul.Calon dikehendaki mencantumkan jawapan-jawapan tersebut (cantuman sesuai) atau mencantumkan jawapan-jawapan mengikut sekuen (cantuman sekuen).(iii)Salah/BetulItem berbilang pilihan ini mengandungi jenis dua pilihan.Calon dikehendaki menentukan betul atau salah penyataan-penyataan yang diberikan.Pilihan yang biasa diberikan ialah Ya -Tidak, Betul - Salah, Benar -Tidak Benar, Sama - Bertentangan dan Tepat - Tidak Tepat.Item jenis ini boleh dibahagi kepada tiga jenis: Jenis Betul-Salah yang mudah Jenis Himpunan Jenis Pembetulan(iv)PadananItem padanan mengemukakan masalah, premis atau stimuli dan beberapa penyelesaian masalah atau tindakbalas.Tindak balas boleh digunakan lebih dari sekaliIa mempunyai sifat homegen sama ada di bahagikan masalah atau tindak balas.Item padanan dibahagikan kepada: Item padanan homogen mudah Item padanan perhubungan logik(Item ini menghubungkan data dengan hipotesis) Item padanan jenis klasifikasi(v)Isi Tempat KosongItem ini memerlukan calon memilih jawapan yang terbaik dari beberapa jawapan yang disedakan di tempat yang kosong.Ujian BerstrukturItem ini mengandungi maklumat dalam pokok item. Calon dikehendaki mengkaji maklumat tersebut dan seterusnya memberi respon kepada maklumat tersebut dengan menjawab beberapa item untuk menguji kefahamanya terhadap situasi yang diberi.Ujian EseiUjian esei digunakan dengan tujuan untuk melihat kebolehan pelajar mengeluarkan pendapat dan menganalisis secara lebih mendalam tentang idea yang diberikan.Aras soalan yang perlu dikenal pasti kerana item esei amat bergantung kepada hasil atau bentuk jawapan yang dikehendaki.Terdapat dua jenis item esei iaitu: item Terbuka item Berpandu

(i) Item TerbukaUjian esei jenis item terbuka memerlukan seseorang itu menulis tentang sesuatu topik yang dikemukakan dalam ayat yang lengkap, dalam perenggan atau dalam karangan yang lebih panjang.(ii) Item BerpanduUjian esei jenis item berpandu ini masih memerlukan seseorang itu menulis tentang sesuatu topik yang dikemukakan dalam ayat yang lengkap, dalam ayat lengkap, dalam perenggan atau dalam karangan yang lebih panjang tetapi tuntutan dan perlu mengikut arahan yang diberi

Senarai SemakMenulis Soalan Objektif Aneka Pilihan1Adakah objektif pengajaran jelas?

2Adakah Jadual Penentuan Ujian disediakan dan diikuti?

3Adakah setiap soalan jelas?

4Adakah bahasa yang digunakan jelas dan sesuai bagi peringkat pelajar?

5Adakah segala petua dipatuhi misalnya pilihan jawapan yang lebih kurang sama panjang?

6Adakah perkataan yang mengulang disingkirkan?

7Adakah satu soalan menjadi petua bagi soalan yang lain?

8Adakah idea yang penting dan bukan perkara yang remeh-temeh diuji?

9Adakah kesukaran soalan sesuai untuk peringkat pelajar?

10Adakah perkataan yang digunakan lain daripada yang terdapat dalam buku teks?

11Adakah soalan dalam bentuk positif?

12Jika soalan negatif digunakan adakah perhatian pelajar ditarik kepada perkataan negatif itu?

13Adakah specific determinants dapat dielakkan?

14Adakah specific determinants dapat dielakkan?

15Adakah setiap soalan disemak semula oleh rakan anda?

16Adakah semua soalan hanya mempunyai satu jawapan yang betul?

17Adakah bilangan jawapan yang betul sama bagi setiap pilihan jawapan yang disediakan?

Senarai SemakMenulis Item Jawapan Pendek1Bolehkah soalan dijawab dengan satu perkataan, rangkai kata, lambang formula atau pun ayat pendek sahaja?

2Adakah soalan itu menggunakan bahasa seperti dalam buku teks?

3Adakah setiap soalan jelas dan spesifik?

4Adakah segala 'clue' jawapan dielakkan (seperti tata bahasa, panjang tempat kosong ...)?

5Adakah tempat kosong setiap soalan untuk jawapan mencukupi?

6Adakah perkataan penting sahaja dipilih sebagai jawapan untuk diisi di tempat kosong?

7Adakah ruang kosong untuk jawapan mencukupi dalam setiap soalan?

8Adakah arahan bagi kertas soalan disediakan?

9Adakah soalan itu baik dari segi teknik penulisan soalan?

10Adakah jawapan bagi soalan telah disediakan?

11Adakah hanya mempunyai satu jawapan yang betul?

12Adakah kertas soalan disemak oleh rakan anda?

13Adakah format ini sesuai untuk mengukur objektif pengajaran anda?

Senarai SemakMenulis Soalan Esei1Adakah setiap soalan menguji objektif pengajaran?

2Bolehkah objektif pengajaran diuji dengan lebih berkesan dengan format soalan yang lain?

3Adakah soalan mencabar pelajar?

4Adakah soalan memerlukan pemikiran yang asli dan kreatif?

5Adakah masa yang diperuntukkan untuk menjawab soalan mencukupi?

6Adakah peringkat kesukaran soalan sesuai?

7Adakah aras kesukaran soalan menghalang murid menjawab soalan dengan baik?

8Adakah semua soalan harus dijawab oleh pelajar?

9Adakah peraturan pemarkahan disediakan?

Analisis item dengan QuestSatu keperluan utama sebelum menyediakan sesuatu ujian mengikut kebolehan pelajar ialah penubuhan bank item.Item-item yang berdasarkan aras kesukaran dan mengikutstrandkurikulum perlu disediakan. Item yang disimpan dalam bank sebaik-baiknya ditentukur (calibrate). Penentukuran ini membolehkan item disusun dari yang mudah ke sukar pada satu skala ataucontinuumyang sama.Item dapat ditambah melalui praujian yang dijalankan dari semasa ke semasa. Item baru dari isi kandungan yang sama boleh ditambah ke dalam bank dengan teknikequating. Bank item yang ditubuhkan berdasarkan model Rasch sesuai untuk tujuan tersebut.Item ujian diambil dari bank yang menggunakan skala yang sama bukan sahaja membolehkan guru mentafsir keberkesanan pengajaran sendiri bahkan dapat membuat perbandingan dengan guru-guru yang lain. Berdasarkan analisis ujian, guru perlu mengubahsuai kaedah pengajaran di samping memperbaiki kelemahan pelajar.Item yang akan disimpan dalam bank perlu dianalisis dan ditentukur. Hasil ujian yang menggunakan item yang ditentukur membolehkan guru menentukan kelemahan dan kekuatan pelajar di samping membuat perbandingan antara pelajar.QuestPerisian analisis item yang dibincangkan di ruang ini berpandukan kepada Quest. Quest ialah perisian komputer yang dibina berpandukan Model Rasch. Model Rasch merupakan satu model kebarangkalian. Kebarangkalian kejayaan seorang calon menjawab sesuatu item dengan betul ialah fungsi antara kebolehan calon dengan kesukaran item. Sesuatu model yang baik seharusnya dapat menunjukkan ujian yang sah memenuhi syarat-syarat berikut: Calon yang berkebolehan tinggi mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk menjawab sesuatu item dengan betul Sesiapa pun mempunyai peluang yang lebih baik untuk menjawab item yang mudahHasil analisis Quest dibentangkan dalam bentuk jadual dan juga gambar rajah. Analisis fit merupakan suatu analisis yang penting untuk menentukan kesesuaian item dalam sesuatu ujian.Sebelum melakukan analisis, pastikan program telah dimasukkan (Install) dalam satufolderyang diberi nama Quest. Apabila disket yang mengandungi Quest berada di dalam pemacu A, taipkan perkara berikut pada C:\C:\md quest C:\a:pkxarc a:quest c:\quest Penganalisisan dengan Quest memerlukan fail data dan fail kawalan.Fail data mengandungi jawapan calon manakala fail kawalan mengandungi perintah untuk pelaksanaan. Quest sesuai untuk menganalisis item ujian objektif dan item ujian esei. Contoh fail kawalan di bawah ini boleh diubahsuai untuk menganalisis item ujian esei. Prosedur menganlisis item ujian objektif adalah seperti berikut:(a) Sediakan fail data yang mengandungi respons/jawapan calon dengan sebarang pemproses perkataan atauDOS Editor. Simpan fail itu dalam bentuk ASCII dengan nama fail seperti BM.dat. Contoh berikut menunjukkan cara untuk menaipkanjawapan calon denganDOS Editor.DOS Editormenyimpan semua fail dalam bentuk ASCII.Taipkan edit BM.dat pada C:\Taipkan nombor calon atau pun nama calon dan dikuti dengan jawapan calon seperti berikut:00001ACDABDACADCBBBBBBA002ABBBBCCDDDCBBAABBC(b) Bukakan fail contoh yang dibekalkan itu denganDOS Editor. Ubahsuaikan fail kawalan seperti contoh di bawah yang mengandungi perintah untuk menganalisis data. Perkara yang perlu diubahsuai ialah tajuk pada perintahTitledan nama fail analisis seperti BM.map ke satu nama yang sesuai. Gantikan jawapan pada perintahkeymengikut jawapan yang disediakan dalam Peratuan Memberi Markah. Simpan fail kawalan dalam bentuk ASCII dengan nama fail seperti BM.ctl.Title Ujian BM Bulan Mei 2000 (obj)Set logon >- BM.logdata_file - BM.itmshow cases !order = fit >- BM.casitanal >- BM.anakidmap >- BM.kimquit(c) Laksanakan analisis mengikut langkah berikut:C>CD\QuestC:\QUEST>Quest>Submit BM.ctlTunggu sehingga analisis tamat(d) Cetak hasil analisis terutama sekali hasil berkait dengan item map (BM.map), item fit map (BM.map), person fit map (BM.map), distractor analysis (BM.ana), dan kidmap (BM.kim).(e) Tafsir hasil analisis (rujuk penjelasan dalam Panduan Ringkas Analisis Item)

Computer Adaptive Testing (CAT)Ujian tradisonal biasanya mengandungi item pelbagai kesukaran untuk menguji calon pelbagai kebolehan. CAT mengemukakan item mengikut tahap kebolehan calon. Calon yang berkebolehan tinggi akan diberi item yang aras kesukaran yang tinggi sesuai dengan kebolehannya. Sebaliknya calon yang berkebolehan rendah akan diberi item yang lebih rendah kesukaranya.Komputer menganggarkan kebolehan calon dan mengemukakan item yang sesuai dengan kebolehan calon. Komputer akan berhenti mengemukakan item kepada calon apabila ralat piawai anggaran kebolehan sampai ke tahap yang minimum. Oleh kerana setiap mempunyai kadar kesukarannya, anggaran kebolehan calon dapat dihitung oleh komputer berdasarkan bilangan item yang dijawab dengan betul dan salah. Anggaran kebolehan ini boleh digunakan untuk perbandingan kebolehan antara calon.Oleh kerana CAT memerlukan banyak item yang pelbagai kesukaran, analisis item untuk menentukur danequatingitem perlu dilaksanakan berterusan. Analisis item yang berasaskan model Rasch mempunyai ciri-ciri yang sesuai untuk menentukur danequateitem yang sedia ada dalam bank. Rajah berikut menunjukkan urutan CAT dilaksanakan.

Laporan PelajarAnalisis item ujian dapat menghasilkan laporan prestasi pelajar secara gambar rajah. Laporan seperti dalam contoh di bawah dinamakanKidmap. Kidmapmengilustrasikan pola respons setiap individu. Contoh berikut ialahKidmapbagi pelajar dalam kumpulan tertentu.

Bahagian atasKidmapmenunjukkan nama atau nombor calon, kumpulannya. Kebolehan pelajar dilaporkan dalam unitLogitsmanakala skor ujian dilaporkan dalam peratus.Item yang diplot dalamKidmapdisusun mengikut kesukaran item. Item di bahagian atas adalah lebih sukar daripada item di bahagian bawahKidmap.Bagi item objektif, nombor item sebenar dipaparkan. Bagi item subjektif, item ditunjukkan dalam bentuk x.y. x mewakili nombor item dan y mewakili aras (atau marah) item.Item yang dijawab dengan betul diplot di bahagian kiriKidmapmanakala yang salah diplot di bahagian kanannya.Tanda XXX melambangkan kedudukan kebolehan pelajar. Garis mengufuk berada pada + dan - satu ralat piawai.

RefleksiDalam keadaan apakah yang jenis ujian berlainan digunakan?Sejauh manakah analisis item dapat membantu anda untuk membina ujian yang bermutu?