tuntunan bahasa tulisan dr. awang sariyan

Upload: alisetan

Post on 18-Oct-2015

43 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Pengertian Bahasa Baku

TRANSCRIPT

  • 5/28/2018 Tuntunan Bahasa Tulisan Dr. Awang Sariyan

    1/3

    Kadang-kadang istilah bahasa baku itu disalah cetak menjadi bahasa buku. Jika

    dibandingkan dengan bahasa beku, bahasa buku masih positif lagi maknanya. Kebetulan

    pula memang ada pertalian maksud antara bahasa baku dengan bahasa buku. Hal ini

    demikian kerana bentuk bahasa yang biasanya digunakan dalam buku ialah bahasa baku.

    Maka timbullah istilah bahasa buku yang berlainan daripada bahasa percakapan atau

    bahasa perbualan.

    Jadi, apakah sebenarnya bahasa baku? Lebih dulu baiklah kita fahami makna kata baku itu.

    Kata ini sebenarnya berasal daripada bahasa Jaa. Menurut kamus, maknanya ialah !yang

    menjadi pokok, yang sebenarnya"# !yang digunakan sebagai ukuran". Jadi, bahasa baku

    dapatlah dikatakan bentuk bahasa yang benar. $i samping itu, bahasa baku digunakan

    juga sebagai ukuran dalam hal penggunaan bahasa. Marilah kita dalami kedua dua

    pengertian itu.

    Maksud bahasa yang benar ialah bahasa yang digunakan dengan berdasarkan aturan-

    aturan yang berlaku dalam sesuatu bahasa itu. %ebagai contoh, kata kerja dalam bahasa

    &nggeris digunakan dengan berdasar pada sistem kala atau aktu 'tense(. )da tiga kala

    yang utama, iaitu kala kini, kala lampau, dan kala hadapan. )pabila ada orang yang

    menggunakan bahasa lnggeris dengan tidak mengendahkan aturan itu, ia dianggap tidak

    menggunakan bahasa lnggeris yang benar. *entu anda sering diingatkan oleh guru

    +ahasa lnggeris anda tentang aturan seumpama itu. Kalau ada orang yang berani

    melanggar aturan itu, ia tentu tidak diterima sebagai pengguna bahasa lnggeris yang baik.

    Malah, ia mungkin saja dianggap orang yang tidak berpendidikan. $emikianlah tegasnya

    sikap kebanyakan orang dalam hal penggunaan bahasa lnggeris.

    $alam bahasa kita, ada juga aturan-aturan yang perlu kita patuhi jika kita ingin

    menggunakan bahasa yang benar dan jika kita ingin diakui sebagai orang yangberpendidikan.)turan-aturan itu bukan ciptaan ahliahli bahasa sebagaimana yang disangka

    oleh setengah-setengah orang. +ukankah ahli bahasa sendiri merupakan pengguna bahasa

    juga? %ebenarnya, aturan bahasa terbit daripada penggunaan bentuk-bentuk bahasa yang

    mantap dalam kalangan masyarakat. +agaimana masyarakat dapat menim bulkan satu

    sistem bahasa yang memungkinkan mereka saling memahami adalah soal yang sukar

    dijelaskan dengan pasti. *etapi, jika kita percaya bahaa manusia dikurniai akal oleh

    *uhan, maka akal itulah yang dimanfaatkan oleh manusia untuk menimbulkan bentuk

    bahasa yang tertentu.

    +ahasa kita telah melalui jalan sejarah yang amat panjang, iaitu dari aal abad Masihi

    lagi. %ejak abad ke- Masihi, bahasa kita mula mencapai tahap yang mantap. Kitab-kitab dalam segala bidang, seperti sastera, undang-undang, falsafah, agama, dan

    ketatanegaraan telah dihasilkan dengan menggunakan bahasa Melayu yang tinggi darjah

    keseragamannya di seluruh )lam Melayu. +ahasa yang digunakan dari aman itu hingga

    abad ke-/ dikenal sebagai bahasa Melayu klasik. +ahasa Melayu klasik itu berlandaskan

    aturan tertentu, baik dalam hal pembentukan kata mahupun ayat.

    0erkembangan bahasa Melayu klasik sehingga menjadi bahasa Melayu moden sekarang ini

    berlaku secara beransur-ansur. )turan-aturan yang terdapat dalam bahasa Melayu klasik itu

    tetap menjadi asas bahasa Melayu moden. 1ang berubah ialah gaya bahasa atau cara

    mengungkapkan sesuatu.%ebagai contoh, kalau dalam bahasa Melayu klasik ayat pasif lebih

    banyak digunakan, maka dalam bahasa Melayu moden tidak terlalu menonjolpenggunaan ayat pasif jika dibandingkan dengan ayat aktif. Kedua-duanya digunakan

  • 5/28/2018 Tuntunan Bahasa Tulisan Dr. Awang Sariyan

    2/3

    dengan kadar yang agak sama banyaknya. Malah,kecenderungan orang menggunakan ayat

    aktif sekarang lebih banyak pula.

    (Makalah ini dipetik daripada buku Tuntunan Bahasatulisan Dr. Awang Sariyan)

  • 5/28/2018 Tuntunan Bahasa Tulisan Dr. Awang Sariyan

    3/3