koleksi tok awang ngah 2

86
TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN 1 KOLEKSI TOK AWANG NGAH 011. SUMPAH PELESIT TURUN TEMURUN 012. HANTU PONTIANAK TERSESAT 013. HARIMAU MELOMPAT TENGAH SERAMBI 014. RINTIHAN DARI KUBUR 015. LELAKI GIGI RONGAK 016. LEMBAGA GHAIB DI BALIK LANGSIR 017. MAYAT BANGUN MINTA AIR 018. SUDAH DIKEBUMIKAN KELUAR DARI KUBUR 019. KEPALA TERSANGKUT DI RUMPUN MENGKUANG 020. ORANG TUA KELUAR DARI KEPULAN ASAP

Upload: boziker

Post on 21-Dec-2015

323 views

Category:

Documents


54 download

DESCRIPTION

Koleksi 11 - 20

TRANSCRIPT

Page 1: Koleksi Tok Awang Ngah 2

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

1

KOLEKSI TOK AWANG NGAH 011. SUMPAH PELESIT TURUN TEMURUN 012. HANTU PONTIANAK TERSESAT 013. HARIMAU MELOMPAT TENGAH SERAMBI 014. RINTIHAN DARI KUBUR 015. LELAKI GIGI RONGAK 016. LEMBAGA GHAIB DI BALIK LANGSIR 017. MAYAT BANGUN MINTA AIR 018. SUDAH DIKEBUMIKAN KELUAR DARI KUBUR 019. KEPALA TERSANGKUT DI RUMPUN MENGKUANG 020. ORANG TUA KELUAR DARI KEPULAN ASAP

Page 2: Koleksi Tok Awang Ngah 2

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

2

011. SUMPAH PELESIT TURUN TEMURUN SEHINGGA pukul 10 malam, Simah isteri Meon masih mengerang-ngerang sakit kepala. Pada mulanya saya menyangkakan dia pening kepala biasa saja, mungkin disebabkan hawa panas. Tetapi akhirnya Meon memberitahu Simah akan diserang sakit kepala setiap kali saya datang ke situ. Bagaimanapun sakit kepalanya itu akan beransur hilang bila saya meninggalkan rumahnya. Sebenarnya Simah memang selalu diserang sakit kepala, cuma sakitnya bertambah berat kalau saya datang menemui Meon. Setelah lima tahun berkahwin dengan Meon rumahtangga mereka tidak begitu tenteram. Simah sentiasa merasa tidak tenteram dengan sikap Meon. Tetapi mengapa dia merasa tidak senang dengan Meon, dia sendiri tidak tahu. Mujurlah Meon dapat bersabar dengan perangai Simah. Kalaulah tidak bersabar memang sudah lama rumahtangga mereka runtuh. Meon dapat memikirkan tentulah ada masalah lain menyebabkan Simah berperangai benci saja melihat Meon. Bila hatinya senang SImah tetap menunjukkan kasih sayangnya terhadap Meon. Sebab itulah Meon dapat memahami bahawa Simah memang ada gangguan lain menyebabkan dia berperangai sentiasa benci saja melihat dia apabila tiba masa hatinya tidak tenang. Memang Meon berhajat untuk membawa isterinya menemui Ulung Bahar. Jadi, kedatangan saya ke rumah Meon pun, memang ada kaitannya dengan cadangan Meon untuk membawa Simah berubat kepada Ulung Bahar. "Dah lama ke Simah sakit macam ni?" tanya saya bila Simah semakin kuat mengerang-ngerang sebaik saja saya masuk ke biliknya. "Sejak saya kahwin memang inilah sakit idapannya" ujar Meon lemah. "Sabar sungguh awak, Meon..." kata saya. Meon terdiam. Terkejut juga dia bila saya kata demikian. Pada anggapannya saya mengatakan sabar disebabkan dia boleh bertahan demikian lama dengan Simah. Saya dapat menangkap akan perasaan Meon bila saya memberitahu demikian tadi. Oleh itu cepat-cepat saya menyambung, "Maksudnya, kau tak bawa Simah berubat. Lama sangat kau bersabar membiarkan Simah macam ni..." jelas saya supaya Meon tidak terkeliru dengan kata-kata saya itu. "Inilah saya nak bawa jumpa Ulung Bahar nanti" keluh Meon memerhati isterinya mengerang-ngerang sakit kepala. Simah isteri Meon ini berasal dari Air Tawar, Perak. Sejak berkahwin dengan Meon lima tahun dulu jarang mereka balik ke kampung Meon, di Temerloh. Lagi pun memang Meon tidak menyangka Simah mengidap penyakit demikian, sebab itulah dia tidak cepat-cepat membawa bertemu Ulung Bahar. Baru kebelakangan inilah Meon menyedari Simah sebenarnya sakit. Kadangkala bila sakit kepalanya menyerang dia akan memaki hamun Meon. Mula -mula dulu terkejut juga Meon sampai hampir-hampir dia menceraikan Simah. Apabila Simah pulih semula, dia sendiri tidak tahu apa yang telah dicakapkannya kepada Meon. Kebetulan saya berhajat mahu bertemu dengan Ulung Bahar, maka Meon bercadang membawa Simah berubat sekali dengan Ulung Bahar. "Cubalah ustaz tengokkan dulu..." kata Meon semakin rusuh melihat isterinya mengerang-ngerang sakit kepala. "Sakit kepala lain ni Meon" jelas saya merasakan bulu roma saya meremang

Page 3: Koleksi Tok Awang Ngah 2

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

3

seram sejuk. "Kalau dia melawan tak terkawal dek kita. Cubalah kau telefon adik kau di Datuk Keramat suruh dia datang. Kalau ramai nanti panjang juga ikhtiar kita..." saya menyuruhnya menelefon adiknya Jamlus di Datuk Keramat. Saya tahu Meon mempunyai adik di Kuala Lumpur tinggal di Datuk Keramat. Sudah dua tiga kali kami bertemu di rumah Meon itu. Kalau ada saudara mara Meon tidak segan jugalah saya mahu mencuba mengetahui punca penyakitnya. Cepat-cepat Meon menelefon Jamlus adiknya. Di samping itu dia juga memanggil jirannya. Dalam keadaan demikian masing-masing kelam kabut juga melihat keadaan isteri Meon sambil menuduhnya mati pucuk kerana sudah lima tahun berkahwin masih belum mendapat anak. Bagi Meon maki hamun demikian sudah perkara biasa kepadanya. Dia tidak tersinggung kalau Simah bercakap demikian. Tetapi bagi jiran-jiran yang baru datang menjengah terkejut juga dia mendengar kata-kata Simah itu. Tidak lama kemudian kira-kira jam 11.30 Jamlus datang bersama isterinya. Terkejut juga dia apabila Meon menelefon fasal Simah sakit. Tentulah sakit Simah berat menyebabkan abangnya menelefon dia suruh datang segera. "Kita bawa hospital aje..." kata Jamlus sebaik saja melihat kakak iparnya mengerang-ngerang kesakitan. "Boleh jadi migraine. Elok cepat kita bawa ke hospital" gesanya tidak sabar lagi melihat Simah menggelepar di atas katil. "Sabar dulu..." sahut Meon menahan kerusuhan hatinya. Jiran-jiran yang lain juga mendesak supaya Simah dibawa ke hospital memandangkan keadaannya menggelepar seperti ayam kena sembelih. Saya masih berfikir apakah cara yang harus dilakukan dengan keadaan yang demikian. Keadaan demikian begini bukanlah baru kali pertama saya tempuhi, sebab itu saya tidak tergopoh-gopoh sangat melihat keadaan Simah itu. "Kak Simah ni kena migraine agaknya. Jangan sabar-sabar lagi, bawa aje ke hospital" desak Jamlus lagi. Tetapi Meon yakin Simah bukan dihinggapi sakit migraine. Kalaulah Simah kena sakit migraine masakan dia akan memaki hamunnya. Menuduh dirinya yang bukan-bukan. Sehingga Simah tergamak mengatakan dia mati pucuk kerana tidak mendapat seorang anak pun setelah lima tahun berkahwin. Mujurlah dia dapat menahan sabar apabila dituduh demikian. Memang dia sedar Simah sakit, tetapi tidak dapat mempastikan sakit sebenarnya. Setelah ada ura-ura saya mahu menemui Ulung Bahar, barulah dia bercadang mahu mencuba membawa Simah berubat pada Ulung Bahar. "Ada dukun di sini yang boleh kita cuba?" saya bertanya pada Meon. Meon menggeleng kepala tidak tahu. Memang dia tidak tahu siapakah dukun di kawasan perumahan itu. Maklumlah masing-masing sibuk dengan tugas harian, kadang-kadang jiran sebelah rumah pun tidak kenal. Inikan pula mahu tahu mengenai siapa menjadi dukun di situ. "Kita cari di Sungai Pusu..." seorang jiran memberitahu. "Boleh juga kita panggil dukun tu" kata saya berpaling pada jiran yang memberitahu itu. "Saya tak tau rumahnya" sahut dia serba salah. "Tetapi saya dengar dia duduk di Sungai Pusu. Kalau kena penyakit macam ni, selalunya orang panggil dia" jelas jiran itu lagi. "Kalau tak tau rumah macam mana nak cari malam-malam ni..." keluh Jamlus pula. Kata-kata Jamlus itu benar juga. Sekiranya hari siang boleh juga bertanya pada siapa-siapa yang melintas di situ. Tetapi bila hari malam masakan mahu mengetuk rumah orang mencari dukun tersebut.

Page 4: Koleksi Tok Awang Ngah 2

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

4

"Ah, Sungai Pusu tu bukannya besar sangat" seorang lagi jiran mencelah. "Mari kita ke sana, kita carilah sampai dapat..." ujarnya mengajak Jamlus mencari dukun berkenaan di Sungai Pusu. Setelah Jamlus dan jiran itu pergi, keadaan Simah masih juga tidak berubah. Dia menggelepar ke kiri ke kanan sambil mengerang sakit kepala. Jiran-jiran yang datang menziarah tadi tidak keruan dengan keadaan tersebut. "Sebelum dukun tu sampai, ustazlah cuba-cuba dulu..." Meon menepuk bahu saya. Saya tahu Meon memang ikhlas meminta saya mendoakan supaya isterinya sembuh. Dalam masa setahun dia mengenali saya, memang dia sudah mengagak mestilah ada sebab mengapa saya berhajat sangat mahu menemui Ulung Bahar. Selalu juga dia bila terasa sakit gigi mengusik-ngusik suruh saya ubatkan. Tetapi tidak pernah saya penuhi permintaannya. Kalau dia mendesak juga saya suruh dia ke klinik gigi. Bagaimanapun Meon tidak pernah berkecil hati kalau saya bersikap demikian. Pernah juga dia meminta saya doakan supaya tidak basah terkena hujan, saya beritahu dia doa supaya tidak basah terkena hujan pakailah payung. Semua ini adalah usik mengusik saja. Dia hanya mahu berolok-olok dengan saya, seperti juga dia pernah berolok-olok dengan Ulung Bahar. Tetapi kali ini saya sedar Meon bukanlah berolok-olok. Dia meminta dengan ikhlas. Saya menjadi serba salah dengan permintaan Meon, di samping keadaan Simah yang semakin membimbangkan. Dalam ingatan saya sudah tergambar mungkin ada benda lain yang mengganggu menyebabkan Simah cepat diserang penyakitnya apabila saya berada di rumah itu. Hingga pukul 12.00 malam dukun dari Sungai Pusu yang dijemput oleh Jamlus masih belum datang. Jamlus juga tidak nampak muka hidung. Memandangkan keadaan Simah menggelepar-gelepar menahan sakit di kepalanya, saya pun meminta izin dari Meon untuk memegang kepala Simah. Kira-kira dua minit saya memegang kepalanya, tiba-tiba Simah bingkas bangun lalu meludah saya. "Kau yang tukang kacau, laknat!" bentak Simah macam mahu menerkam ke arah saya. "Buat apa kau datang selalu ke sini, kau nak nikah dengan aku ke?" dia ketawa mengilai. "Kau harus sabar Meon..." bisik saya perlahan. "Yang bercakap ni bukan Simah lagi, yang lain bercakap ni" kata saya menerangkan pada Meon. "Saya tahu ustaz" jelas Meon merapati saya. "Buatlah macam mana pun, memang saya tahu, fasal saya selalu ikut Ulung Bahar" ujarnya. Simah terus berdiri dengan tangannya mahu mencengkam leher saya. Cepat-cepat Meon memegang pinggangnya membawa rebah semula ke katil. "Meon, kau jangan jadi bodoh!" Simah meronta-ronta mahu melepaskan diri dari Meon. "Inilah jantannya yang menggoda aku. Dia nak nikah dengan aku, tapi aku tak mau. Aku sayangkan kau Meon" dia merintih-rintih bagaikan merayu. "Siapa hendakkan kau, aku pun tak mau" bentak Meon. "Kau tak mahu pada aku?" mata Simah terjengil memerhati Meon. "Aku tak mau..!" sahut Meon keras. "Sekarang ceraikan aku..." Simah juga bersuara keras. "Berambuslah kau" kata Meon. "Lepaskan aku...!" Simah meronta-ronta sekuat tenaga. "Lepaskan aku, biar aku berambus" dia membentak-bentak sambil menumbuk dada Meon. "Kalau kau nak berambus, berambuslah" jerkah Meon semakin kuat memaut pinggang Simah. "Tapi, tinggalkan Simah tau!" katanya memahami apa sebenarnya berlaku di sebalik keadaan Simah demikian. "Kau gila, aku ni bukankah Simah" dia tertawa mengejek. "Aku tau kau setan!" bentak Meon.

Page 5: Koleksi Tok Awang Ngah 2

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

5

Dari cara Meon bercakap itu memang saya tahu dia juga menyedari akan penyakit isterinya. Tetapi selama ini dia sengaja merahsiakan dari pengetahuan saya. Dia bimbang kalau saya mengetahuinya, nanti akan menyusahkan saya pula. Memang Meon tahu akan gangguan syaitan tersebut. Tetapi apakah jenis gangguannya tidaklah diketahui. "Sekejap lagi dukun Sungai Pusu datang, kau rasa nanti!" Meon cuba mengugut. "Ah, bapak dukun Sungai Pusu aku tak takut" balas Simah termengah-mengah mahu melepaskan diri dari Meon. Beberapa orang jiran wanita juga turut sama membantu memegangkan kakinya. "Dukun Sungai Pusu tu takut pada aku, takkan dia berani datang...!" dia tertawa macam menyindir Meon. "Diam...!" herdik saya merenung muka Simah. Ketika ini saya tidak nampak Simah lagi meronta-ronta di atas katil. Saya berada jauh dari rumah Meon di Gombak di sebuah bukit dekat Air Tawar di Perak. "Diam, kata aku. Sekarang kau datang ke sini, supaya aku bakar kau dengan Ayatul Kursi...!" saya terus membaca Ayatul Kursi sebanyak 17 kali. Selesai saja saya membaca Ayatul Kursi wajah Simah bertukar menjadi seorang perempuan tua kurus dengan rambut menggerbang putih. Perempuan tua itu mengilai ketawa mengejek-ngejek saya. Dia merenung saya bagaikan mahu menerkam, tetapi tidak dapat mara. "Jangan nak sembunyi lagi!" suara saya semakin keras. "Ah, merepeklah kau. Jangan cuba nak goda aku..." perempuan tua itu terkekeh-kekeh ketawa. "Aku ni bini Meon, buat apa kau goda. Mentang-mentang Meon mati pucuk, kau fikir aku mudah tergoda dengan kau" dia cuba menyakitkan hati Meon yang mendengarnya. "Kau fikir Meon bodoh" sahut saya sambil memerhatikan gerak gerinya yang mencari tipu helah. "Kau dah tua, Meon tengok pun tak ada nafsu" saya pula menyakitkan hatinya. Dia menjadi marah bila saya katakan dirinya sudah tua. Dia tetap mengaku dirinya Simah, walaupun saya sudah melihat akan rupa asalnya. "Jangan kau nak berdusta!" saya membaca Ayat Yassin dan menghembuskan ke arahnya. Angin kencang bertiup menyebabkan dia melayang-layang tidak jejak ke bumi. "Aku tau kau perempuan tua simpan pelesit, tubuh kau kurus, rambut menggerbang putih macam pontianak, siapa pun tengok tak naik nafsu" kata saya lagi. Dia bertambah marah bila saya sudah mengetahui dirinya yang sebenar. Pada sangkaannya saya hanya melihat Simah terbaring meronta-ronta menggelepar di atas katil. Barulah disedarinya saya sudah melihat dirinya yang sebenar dari kawasan hutan terbiar di sebuah bukit di kampung Simah. Bila diketahuinya dirinya sudah dapat dikesan, dia terpaksa menentang habis-habisan. Perempuan tua itu mengeluarkan botol kecil dari ikatan pinggangnya, lalu mengeluarkan seekor belalang. "Anak aku ini akan mengajar kau...!" gerutunya lalu melepaskan belalang tersebut. Seekor belalang sebesar pohon kelapa menerpa ke arah saya. Cepat-cepat saya melompat ke atas belalang tersebut. Saya menyebut Allahu Akhbar tiga kali menyebabkan belalang itu kembali menjadi kecil dan jatuh ke dalam genggaman saya. Perlahan-lahan saya memulas kepala belalang itu dengan membacakan Ayatul Kursi 33 kali. Ketika ini perempuan tua itu terjerit-jerit memegang tengkuknya menahan kesakitan. Dia terkial-kial merebahkan badan ke bumi mahu melawan balik. Apabila saya pulaskan kepala belalang itu sampai putus, tubuh perempuan itu bertukar menjadi belalang lalu terbang berligar-ligar di kepala saya mahu menyerang.

Page 6: Koleksi Tok Awang Ngah 2

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

6

Bagaimanapun dia tidak dapat menghampiri saya. Kemudian saya membaca lanarjumannakum dari Surah Yassin menyebabkan dia terpelanting ke tanah. Berpuluh-puluh panah api datang menerjah ke tubuhnya. Dia menggeliat menahan panahan api itu, tetapi masih bertahan tidak mahu mengalah. Apabila tidak tahan dengan panahan api, belalang berkenaan berkepul-kepul menjadi asap hitam lalu membentuk satu lembaga manusia. Lama kelamaan dia menjelma di depan saya. Dia lelaki tua bertubuh kurus memakai pakaian serba hitam. Mukanya cengkung berkedut-kedut macam kulit gajah. "Aku sayang pada Simah ni..." ujar lelaki bertubuh kurus itu. "Aku nak nikah dengan dia, kenapa awak tak bagi?" suaranya lemah bagaikan meminta belas kesihan. "Simah mahukah pada awak?" tanya saya. "Ada masa dia mau, ada masa tak mau..." beritahunya perlahan berketar-ketar. "Apa fasal dia tak mau?" saya mengujinya. "Dia kata saya mati pucuk..." ujarnya serba salah. "Simah dah nikah dengan Meon" jerkah saya memberi amaran. "Kenapa awak ganggu dia lagi?" tanya saya keras sambil mengejeknya. "Saya cintakan dia" jelasnya menangis tersedu-sedu. "Buruk sangat rupa awak orang tua menangis..." sindir saya. Dalam masa saya berkata-kata dengan lelaki tua itu, tiba-tiba perempuan tua bertubuh kurus itu menjelma semula. Dia terlalu marah kerana lelaki itu cuba berbaik-baik dengan saya. "Dia inilah yang selalu kacau kita...!" kata perempuan tua menjelirkan lidah kepada saya. Saya mendiamkan diri. Saya mahu lihat sejauh mana tindakan seterusnya dari mereka berdua. Tetapi mereka berdua tidak menyerang saya. Cuma perempuan tua itu saja menyindir untuk menyakitkan hati, sementara lelaki tua itu seolah-olah dalam ketakutan. "Dia nak pisahkan kita!" ujar perempuan tua itu lagi. "Kalau dia datang dekat, aku rasa tubuh aku terbakar. Sebab itu kita mesti jauhkan dia dari berkawan dengan Meon. Aku tak tau apa ilmu yang dia pakai" perempuan tua itu menangis teresak-esak sambil menggeliat-geliat seperti menanggung bahang kepanasan. Lelaki itu tetap mendiamkan diri. Dia mengusap-ngusap rambut yang menggerbang putih. Sekali sekala saya nampak muka perempuan tua itu berubah menjadi Simah. Tetapi apabila saya hembuskan ayat Hazihi jahannamullati kuntum tu 'adun, wajah tersebut tidak jadi bertukar. Dari situ dapatlah saya fahamkan bahawa memanglah sukar mahu mengubati Simah, kerana gangguan yang datang itu bukanlah datangnya dari luar. Gangguan ini datang dari keluarganya turun temurun yang pernah menyimpan pelesit. Apabila pelesit itu sudah tidak bertuan, maka dia mencari keturunan tuannya sebagai sumpahan untuk mencari naungan. Simah yang tidak tahu apa-apa tidaklah mahu menerima kedatangan pelesit yang berasal dari datuk nenek moyangnya dulu. Inilah yang selalu mengganggu dia kerana dirinya sudah terpisah jauh dari pelesit tersebut, sedangkan pelesit berkenaan cuba mendekatkan dirinya. Sebab itulah pelesit berkenaan menjadi seperti orang yang diganggang oleh api bila berdekatan dengan orang-orang yang mengamalkan membaca Suratul Kursi setiap hari. Mungkin Simah sendiri tidak tahu tentang asal usul datuk nenek moyangnya dulu ada memelihara pelesit. "Jauhkan dia dari sini" rayu perempuan tua itu kepada lelaki tua yang berdiri di sampingnya. Lelaki tua itu menghentakkan kakinya ke tanah tiga kali. Kemudian beribu-ribu belalang menerpa ke arah saya. Sebaik saja belalang-belalang itu mahu menerpa saya hembuskan Fatihah, menyebabkan semuanya gugur ke bumi seperti dibakar api. Terasa saya seakan-akan lemas

Page 7: Koleksi Tok Awang Ngah 2

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

7

akibat bau hangit belalang terbakar. Merah padam muka lelaki tersebut melihat semua belalangnya habis terbakar. Semua belalang yang jatuh itu tengkuknya terpatah dan keluarlah seulas nasi dan sehelai rambut dari tengkuk terpatah itu. "Aku datang mencari anak cucu aku..." lelaki tua itu bersuara keras. "Tak patut awak putuskan hubungan kasih sayang kami" katanya kesal dengan sikap saya menghalang tindakan dia. "Simah tak perlukan awak lagi" sahut saya membentak. "Dia perlukan Meon, biar Meon yang jaga dia. Awak tak perlu jaga dia" ujar saya memarahinya. Ketika saya menyahut kata-katanya dia menyimbahkan air ke atas bangkai-bangkai belalang tadi. Sekaligus bangkai-bangkai terbakar itu menjadi kepulan asap hitam yang berjurai-jurai seperti rambut. Juraian rambut menyerkup ke kepala saya menyebabkan pandangan saya gelap tidak kelihatan apa-apa lagi. Namun saya tetap bertenang menghadapi tekanan-tekanan seperti ini. Semua yang saya hadapi itu adalah tipu daya syaitan belaka. Beberapa ketika saya terperangkap dalam juraian rambut itu, hingga hampir-hampir meliliti seluruh tubuh saya. Lalu saya bacakan Surah Waddhuha sepuluh kali. Tiba-tiba juraian rambut itu melayang ditiup angin. Lelaki tua itu semakin marah kerana rambut yang menyerungkup ke kepala saya tadi diterbangkan angin. Itulah pertama kali serangannya sampai ke tubuh saya. Memang kesilapan telah saya lakukan membiarkan dia menyerang sambil melayani dia bercakap. Tok Aji pernah mengingatkan saya supaya tidak melayani syaitan apabila berhadapan dengannya. Kalau menentang syaitan mestilah digempur sampai mereka kalah. Sekiranya kita melayaninya, sudah tentulah kita termasuk ke dalam perangkap tipu dayanya untuk melalaikan kita. Setelah teringatkan Tok Aji, saya pun menguatkan zikir saya. Saya membaca beberapa ayat yang diajarkan oleh Tok Aji. Ketika ini seluruh kawasan itu bergoncang kuat seperti gempa disambut oleh petir serta kilat. Orang tua lelaki dan perempuan itu berlari-lari mahu menyelamatkan diri. Batu-batu dari atas bukit juga gugur melayang menerjah ke arahnya. Mereka berdua menjadi panik dengan gempa yang datang secara tiba-tiba. Saya tetap berdiri di tengah-tengah gempa itu memerhatikan mereka berdua berlari ke hujung ke pangkal mencari tempat selamat. Tetapi ke mana saja mereka berlindung petir dan kilat menyambar. Mereka terpelanting apabila disambar kilat dan petir bertalu-talu. Termengah-mengah mereka mencari tempat perlindungan. Akhirnya mereka lesap di dalam kepulan asap di tengah-tengah dentuman petir serta kilat menyambar. Setelah mereka berdua hilang saya memberhentikan bacaan. Lama saya menunggu di situ, namun dia tidak muncul-muncul lagi. Saya rasa buat sementara itu dia tidak akan datang lagi mengganggu. Bagaimanapun mereka tetap akan berusaha untuk meneruskan cita-citanya untuk bernaung kepada Simah. Hal inilah yang mahu saya beritahu pada Meon, supaya dia sendiri mesti mempunyai persediaan menghadapi kemungkinan tersebut. Setelah yakin mereka tidak akan mengganggu lagi, saya meninggalkan kawasan hutan di pinggir bukit itu, dan kembali berdiri di dalam diri. Apabila saya membuka mata, saya dapati Simah sudah pulih semula. Tetapi keadaannya masih letih lagi. Rupanya ketika saya menghadapi suasana sengit tadi, Jamlus dan rakan yang pergi menjemput dukun ke Sungai Pusu sudah balik. Mereka berdua hampa kerana dukun berkenaan sudah pun dijemput oleh orang di Damansara. Sehingga hampir pukul 2.00 pagi mereka menunggu, dukun

Page 8: Koleksi Tok Awang Ngah 2

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

8

itu tidak juga balik. Akhirnya terpaksalah mereka mengambil keputusan balik semula ke rumah Meon. Jamlus bertanyakan kepada saya siapakah yang melakukan gangguan itu. Saya hanya tersenyum dengan soalan demikian. Selalunya begitulah pertanyaan yang diterima apabila menghadapi masalah demikian. Sepatutnya mereka bersyukur kerana dapat menjauhkan diri dari gangguan syaitan. Siapa yang membuat gangguan itu tidak harus difikirkan lagi. Apabila saya tanyakan kepada Simah, sama ada terdapat di kalangan keluarganya di masa lalu yang menjadi dukun atau bomoh, Simah memberitahu ayah kepada moyangnya dulu memang dukun terkenal. Tetapi selepas peringkat moyangnya, dia tidak lagi mahu menjadi dukun hinggalah sampai kepada beberapa keturunan seterusnya. "Saya sedar apa yang berlaku ke atas diri saya" ujar Simah dalam keletihan. "Tetapi saya tak dapat nak mengawal diri, macam ada kuasa lain yang mengawal saya.." jelasnya bila mengingatkan peristiwa sebentar tadi. Memang saya akui cerita Simah itu. Memang mereka yang menerima gangguan ini sedar apa yang sedang berlaku. Tetapi mereka tidak dapat mengawal dirinya sama ada bercakap atau bertindak. Kejadian demikian memang aneh, tetapi itulah hakikat yang sebenarnya. Apabila saya menerangkan kepada Simah mengenai belalang pelesit, dia teringat aruah neneknya pernah memberitahu tentang keluarganya dari keturunan dulu memang memelihara pelesit. Semasa Tok Bani meninggal dunia dia tidak sempat menurunkan pelesit peliharaannya itu kepada anak cucunya. Maka pelesitnya itu sentiasalah mencari anak cucu Tok Bani untuk tempat bernaung. Apabila pelesit itu tidak dapat bernaung maka anak cucu Tok Bani pun menjadi mangsa. Adik nenek Simah itu pernah menjadi lumpuh dengan tidak bersebab. Penyakit lumpuhnya itulah yang membawa maut kepadanya. Selepas dia meninggal dunia akibat lumpuh, seorang lagi keluarganya mati muntah-muntah darah seperti termakan racun. Hingga sampailah kepada bapa saudara Simah bernama Jana, dengan tidak semena-mena diserang penyakit lemah tenaga batin hingga menyebabkan dia menjadi tidak siuman. Ketika mengubat Jana inilah Dukun Busu mendapat tahu tentang Tok Bani menyimpan pelesit. Dukun Busu mencari punca-punca Jana hilang tenaga batin hingga menjadikan dia tidak siuman. Dia mendapati pelesit Tok Bani yang sudah tidak bertuan itu mencari perlindungan kepada Jana. Disebabkan Jana tidak tahu bagaimana mahu memeliharanya, maka pelesit itu telah memakan tuan sendiri. Tidak siapa pun tahu Tok Bani memelihara pelesit. Malah isterinya sendiri Yong Saenah tidak tahu mengenai pelesit yang dipelihara oleh Tok Bani. Setelah berkahwin dengan Yong Saenah dia mendapat dua orang anak, seorang lelaki dan seorang perempuan. Selepas itu Tok Bani jatuh memanjat pokok menyebabkan dia patah pinggang. Akibat dari kecederaan itulah Tok Bani hilang tenaga kelelakiannya. Bermula dari situlah keretakan rumahtangganya bermula, bila Yong Saenah mula bermain gila dengan anak muda. Tok Bani tidak boleh berbuat apa-apa, kerana kononnya Yong Saenah telah menggunakan bomoh untuk menundukkan Tok Bani. Walaupun Tok Bani tahu isterinya bermain gila dengan pemuda lain, dia tetap membisu saja. Satu hari telah berlaku pertengkaran di antara Tok Bani dengan isterinya Yong Saenah, berpunca dari perbuatan Yong Saenah yang bermain gila itu. "Kau dah tak ada jantan, buat apa nak

Page 9: Koleksi Tok Awang Ngah 2

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

9

cemburu" kata Yong Saenah menyindir. "Kau dah mati pucuk, takkan boleh nak pandang alu sengkalan aje sepanjang masa..." ujar Yong Saenah mencabarnya. Kata-kata Yong Saenah itu benar-benar menghiris perasaan Tok Bani. Bagi mengubat hatinya yang luka, Tok Bani selalu membawa diri bila terdengar ada anak muda datang menemui Yong Saenah. Perasaan marahnya tetap membara setiap kali terpandangkan wajah pemuda yang bermain gila dengan Yong Saenah. Ada juga hatinya mahu bertindak, tetapi terpaksa dipendamkannya saja bila teringatkan kata-kata Yong Saenah itu. Satu malam, sebaik saja Tok Bani terlihat anak muda yang bermain gila dengan isterinya masuk ke bilik, dia pun keluar merayau-rayau ke dalam kampung dengan tidak ada tujuan. Ketika sampai berhampiran dengan kawasan tanah perkuburan dia terdengar bunyi budak menangis. Terasalah belas kesihan di hati Tok Bani mendengar tangisan bayi yang sangat menusuk kalbu. Dia pun mencari arah bunyi tangisan bayi itu hingga sampai ke kawasan tanah perkuburan. Semakin di hampirinya semakin kuat bunyi tangisan bayi tadi. Tok Bani memberanikan hatinya untuk melihat siapakah yang menangis itu. Sebaik saja sampai di tempat bunyi bayi menangis itu Tok Bani melihat satu bungkusan di dalam kain putih terselit pada perdu pokok mengkudu. Dia memegang bungkusan itu, terasa lembik saja. Apabila hendak dibukanya bunyi tangisan itu menjadi kuat dan menggerunkan. "Aku hanya nak menolong kau..." satu suara halus menegurnya. Bila diselidiki oleh Tok Bani ternyata bungkusan kain putih itulah yang berkata-kata dengannya. "Siapa kau?" tanya Tok Bani keheranan. "Aku pelesit" sahut suara itu. "Kau nak tolong aku?" dia merasa gembira bila ada orang yang sanggup menolong dia. "Iya, aku akan menolong kau..." pelesit itu memberi jaminan. Pelesit itu sanggup memulihkan semula tenaga batinnya, dan menghapuskan siapa saja yang telah menodai Yong Saenah dengan menghilangkan tenaga batin orang itu pula. Malah dia juga berjanji akan menjaga harta benda Tok Bani dari diganggu oleh pencuri dan sebagainya. Mendengarkan janji pelesit itu Tok Bani tidak berfikir panjang terus menerima saja pertolongan tersebut. "Tetapi dengan syarat, kita sama-sama berteguhan janji" tegas pelesit itu selanjutnya. Tok Bani menerima juga syarat berteguhan janji itu. "Syaratnya kau jangan buang aku, dan bila sampai masanya hendaklah kau serahkan aku pada waris kau untuk menjaga aku..." kata pelesit itu lagi. Tidak ada bantahan apa-apa dari Tok Bani. Dia menerima saja syarat tersebut, kerana pada fikirannya syarat itu bukanlah susah sangat. "Setiap kali bulan mengambang kau datanglah ke sini, dan siramkan aku dengan darah ayam" pelesit itu mengingatkan dia. Itu juga diterima dengan senang hati oleh Tok Bani. Setelah berteguhan janji Tok Bani pun membuka bungkusan tersebut. Dilihatnya seorang bayi belum bersifat sedang memegang botol kecil. Bayi itu menyuruhnya mengambil botol seperti botol susu itu, dan di dalamnya ada seekor belalang. Tok Bani pun mengambil botol itu dibawa balik ke rumah. Disimpannya baik-baik botol berisi belalang tersebut. Sejak itu siapa saja lelaki tidak berani lagi menggoda Yong Saenah. Siapa saja berani main gila dengan Yong Saenah alamatnya kena lemah tenaga batin seumur hidup. Puaslah mereka berubat

Page 10: Koleksi Tok Awang Ngah 2

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

10

ke mana-mana pun tidak akan dapat disembuhkan. Sementara itu Yong Saenah pula selepas itu sentiasa mahukan Tok Bani mendampinginya. Akhirnya dia sendiri tidak mampu lagi mahu melayani Tok Bani. Terpaksa pula Yong Saenah meminangkan ramai anak-anak gadis untuk menjadi isteri Tok Bani. Apabila Tok Bani meninggal dunia, botol berisi belalang itu dibuang oleh anak cucunya ke sungai, kerana pada sangkaan mereka belalang permainan Tok Bani saja. Itulah cerita yang dapat diketahui oleh Dukun Busu, ketika dia mengubat penyakit Jana. Bagaimanapun Jana tidak dapat diselamatkan juga. Dia meninggal dunia setelah menderita sekian lama. "Macam itulah cerita dari aruah nenek saya dulu" beritahu Simah termengah-mengah keletihan. "Insya Allah..." kata saya perlahan dan merasa simpati dengan keadaan yang dialami oleh keluarga Simah itu. "Sementara kita bertemu Ulung Bahar, kita cuba buat lagi macam tadi. Moga-moga dia lari dari awak, sebab ianya bukan penyakit tapi benda permainan turun temurun" ujar saya menjelaskan kepadanya.

Page 11: Koleksi Tok Awang Ngah 2

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

11

012. HANTU PONTIANAK TERSESAT KESIHAN saya mendengar cerita Jali mengenai kematian emaknya semasa melahirkan anak kira-kira 20 tahun dulu. Saya kesihan bukanlah disebabkan emaknya meninggal dunia, kerana perkara meninggal dunia adalah sudah ditentukan Allah. Tetapi saya kesihan kerana jenazah emaknya sebelum dikebumikan telah dicucukkan jarum pada kesemua jari tangan dan kakinya. Mengapa sampai begitu sangat mereka menyeksa mayat? Kononnya kalau tidak dilakukan begitu jenazah tersebut akan bertukar menjadi langsuyar. Apakah langsuyar ini saya sendiri pun tidak pernah menemuinya. Jali berasal dari Bukit Mertajam di sebelah utara. Dia hanya sekadar menceritakan peristiwa 20 tahun dulu kepada saya. Ketika ini dia masih kecil berumur kira-kira 10 tahun. Tentulah anak kecil seperti ini tidak berdaya membantah apabila orang menyuruh menyeksa jenazah emaknya. Mungkin langsuyar yang dimaksudkan oleh mereka itu adalah sejenis syaitan juga, tetapi tidak mungkin ianya berasal dari perempuan mati beranak. Di dalam Islam perempuan yang mati kerana beranak itu dikira sebagai syahid, bagaimanakah kita boleh mempercayainya bertukar menjadi langsuyar? Saya difahamkan langsuyar ini juga dikenali oleh orang-orang di selatan Semenanjung sebagai pontianak. Sebab itulah dalam tahun-tahun 50an dulu terdapatnya pengusaha filem tempatan membuat cerita pontianak. Saya juga pernah dibawa oleh sepupu saya menonton filem pontianak ini. Malah saya tertarik hati dengan pelakon yang jadi pontianak itu iaitu Maria Menado. Apakah pontianak yang ujud di muka bumi sama seperti pontianak yang difilemkan? Atau samakah dengan kepercayaan orang-orang Melayu bahawa ianya berasal dari perempuan mati beranak? Tetapi kita tidak boleh menafikan ujudnya syaitan dan iblis serta makhluk halus yang sentiasa mengganggu ketenteraman manusia. Sebaliknya kita harus yakin bahawa syaitan dan iblis itu takut kepada manusia. Syaitan dan iblis akan berani mengganggu manusia apabila dia digunakan oleh manusia yang mengamalkan ilmu-ilmu syaitan. Sedangkan syaitan dan iblis secara bersendirian dia tidak akan dapat mengganggu manusia. Selalunya mereka berlindung pada manusia, sebelum mengganggu manusia. Sebaik-baiknya hendaklah manusia sendiri jangan mengamalkan ilmu-ilmu syaitan. Hanya orang-orang yang mengamalkan ilmu syaitan saja memuja mayat perempuan mati beranak supaya melakukan suruhannya. Apabila mayat ini diresapi oleh semangat syaitan, jadilah ia langsuyar yang dikatakan mengganggu manusia. Sebab itulah saya merasa kesihan dengan cerita Jali mengenai kematian emaknya 20 tahun lalu. Sebenarnya timbul cerita langsuyar ini, kerana tiba-tiba saja di Kampung Melang heboh mengenai pontianak mengganggu. Anehnya pontianak ini tidaklah menjadikan manusia sebagai mangsanya, sebaliknya ternakan. Mereka dapati kambing, lembu atau kerbau mati terdapat kesan bertebuk di tengkuknya. Seolah-olah darah di tengkuk itu kena hisap. Apabila dibawa ke pengetahuan Pejabat Haiwan, pihaknya juga tidak dapat memastikan apakah binatang yang menghisap darah demikian.

Page 12: Koleksi Tok Awang Ngah 2

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

12

Seorang kawan Jali dari Kampung Melang telah memberitahunya. Jadi, Jali pun dengan tidak bersoal jawab mengajak kawannya itu berjumpa dengan saya. Tentulah saya serba salah bila diajak ke Kampung Melang untuk menangkap pontianak itu. "Saya tak tau mengenai pontianak..." beritahu saya pada Jali dan kawannya Hasim. Memang saya tidak mahu pergi kalau semata-mata mahu menangkap pontianak. Tetapi ada juga keinginan saya mahu melihat sendiri apakah rupanya pontianak. Adakah ianya sama seperti yang digambarkan oleh Maria Menado dalam filem pontianak? "Lebih baik ajak Pak Hid di Ulu Kelang" kata saya. "Maukah dia pergi?" tanya Jali "Kita cubalah beritahu dulu" ujar saya berkuat mahu mengajak Pak Hid pergi sama. Biasanya Pak Hid ini kalau saya ajak ke mana-mana, memang dia sanggup. Lagi pun dia bukanlah ada kerja sangat. Tambah pula menduda sejak kematian isterinya. Anak pun tak ada. Jadi, bila ada anak-anak muda yang mahu berkawan dengannya dia pun samalah menjadi orang muda. Pak Hid bukanlah tinggal di Ulu Kelang, tetapi menumpang di rumah seorang kawannya. Dia berasal dari Kuala Selangor. Sebelumnya menjadi nelayan di situ menangkap udang dan ketam di kuala sungai. Saya berkawan dengan Pak Hid pun baru saja, tetapi sudah terasa begitu mesra. Semasa menangguk udang di sebelah malam Pak Hid pernah bertemu dengan pontianak di satu belukar bakau. Dia mendengar pontianak itu ketawa mengilai sewaktu bulan mengambang penuh. Pak Hid terus menerpa ke arah bunyi pontianak mengilai itu. Dia dapat melihat jelas pontianak itu bertenggek di hujung pokok bakau. Apabila Pak Hid menggoncang pokok tersebut dia telah dikencing oleh pontianak berkenaan. Akibat dukencing itu Pak Hid terpaksa membakar pakaiannya yang disimbahi oleh kencing pontianak itu. Katanya, bau hancing kencing pontianak itu tidak akan hilang sekalipun berkotak-kotak sabun basuh digunakan. "Mengapa tak tangkap?" saya bergurau dengan Pak Hid. "Memang aku nak tangkap, tapi dia lari..." sahut Pak Hid tersengih-sengih. "Pak Hid bawa paku?" usik saya lagi. "Buat apa..." katanya menggaru-garu tunggul janggut di dagu. Memang dia sudah menduga maksud saya bertanya demikian. "Ustaz mau saya berkahwin dengan pontianak? Buat apa...kan manusia ramai, lagi cantik..." ujarnya ketawa berderai. Cerita orang-orang tua mengenai pontianak ini, kononnya tengkuk pontianak itu berlubang. Bila dicucukkan paku dia akan menjelma menjadi manusia dan tidak dapat kembali kepada asalnya. Saya kira inilah sebahagian dari cerita tahyol yang menyimpang dari akidah Islam. Kalaulah pontianak ini ujud dia tetap jenis syaitan juga yang menjadi musuh manusia. Tidak ada sebab dia boleh menjelma menjadi manusia dan tidak dapat kembali kepada kehidupan asalnya setelah lubang di tengkuknya disendal dengan paku. Bila mengenang Pak Hid dikencing pontianak, saya juga pernah mengalami keadaan demikian. Masa ini saya masih anak nakal berumur dalam lingkungan 15 tahun. Saya telah menemankan seorang kawan menemui kekasihnya di satu malam berdekatan dengan belukar kubur. Semasa kawan saya pergi menemui kekasihnya itu, saya tercangkung kira-kira empat rantai dari tempat pertemuannya menunggu dia. Selapas itu kami akan sama-sama balik ke madrasah Tok Aji untuk tidur di sana. Kalaulah Tok aji tahu perbuatan nakal saya itu, tentulah saya akan dimarahinya.

Page 13: Koleksi Tok Awang Ngah 2

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

13

Tetapi saya sengaja memberanikan hati untuk menolong kawan saya itu. Bagaimanapun dia kemudiannya berkahwin juga dengan kekasihnya itu. Jadi, ketika inilah saya mendengar bunyi orang ketawa mengilai di atas pokok rambai yang rimbun di tepi belukar kubur itu. Disebabkan saya tidak mempunyai perasaan takut, kerana Tok Aji telah mengingatkan supaya takut kepada Allah saja, saya pun menghampiri pokok rambai tersebut lalu menyuluh dengan lampu picit. Tiba-tiba saya rasa air memercik dari atas, dan saya mendengar satu lompatan ke arah pokok enau yang berhampiran. Jelas pada silau lampu picit itu seekor musang berlari melarikan diri. Air yang memercik tadi, memangnya air kencing, Baunya hancing dan tidak hilang setelah direndam dan disabun. Bagaimanapun saya tidaklah mahu bertanyakan kepada Pak Hid mengenai persamaan musang dengan pontianak. Bimbang juga saya kalau-kalau dia kecil hati dengan pertanyaan demikian. Tetapi saya percaya Pak Hid seorang yang berani, kerana ada kawan-kawannya yang mengatakan Pak Hid pernah mengejar harimau apabila terserempak sewaktu mencari ketam di kuala sungai. Saya tanya Pak Hid mengenai cerita dia mengejar harimau itu. Katanya "Aku terserempak harimau bintang. Dia membelakangkan aku di atas tebing, lalu aku pun sergah dia. Disebabkan dia terperanjat dia pun melompat langsung lari, aku pun pura-puralah mengejarnya. Aku tak kejar betul-betul, mana tau kalau dia berpaling, huh nahas aku dibahamnya" dia tertawa terkekeh-kekeh bila mengenang peristiwa dia dikatakan mengejar harimau itu. Bagaimanapun saya berpendapat Pak Hid bukanlah berani membabi buta. Dia tidak akan menyergah seekor harimau sedang tidur, kalau dengan keberanian hati semata-mata. Tetapi sudah lama sejak beberapa bulan ini saya mendampingi Pak Hid masih belum dapat saya lihat kebenaran tentang cerita mengenai dirinya selama ini. Oleh itulah saya mengajak Pak Hid sama ke Kampung Melang iaitu kampung kawan Jali. Saya beritahu Hasim bahawa Pak Hid memang berpengalaman mengenai pontianak, padahal saya tidak tahu sama ada Pak Hid betul-betul berpengalaman atau tidak. Tujuan saya adalah untuk mengelak diri dari Hasim, supaya tidak dianggapnya saya tahu mengenai pontianak itu. Sepanjang umur saya belum pernah bertemu dengan golongan syaitan ini di alam nyata, kecuali melalui perubatan secara tidur. Ketika ke Kuala Terengganu dengan seorang kawan, dia memberitahu mengenai peristiwanya bertemu dengan lembaga manusia di Bukit Kijal. Oleh itu dia mengingatkan saya agar tidak terkejut sekiranya ternampak lembaga berkenaan. Alhamdulillah, apabila kereta kami sampai di Bukit Kijal kira-kira pukul 11.30 malam, saya tidak ternampak pun lembaga yang dibimbangkan oleh kawan saya itu. Saya memberitahunya, "Saya tak mau bertemu dengan syaitan, tetapi kalau bertemu saya tidak akan undur sebab dia adalah musuh saya". Mujurlah sepanjang perjalanan itu pergi dan balik, saya tidak bertemu dengan lembaga yang sangat ditakuti oleh pemandu-pemandu kereta di Bukit Kijal itu. "Bagaimana kalau ustaz bertemu dengan lembaga tersebut?" soal kawan itu mahu menguji perasaan saya. "Saya tidak akan peduli, kecuali kalau dia mengganggu saya" jelas saya perlahan. "Kalau dia mengganggu?" tanya kawan itu lagi. "Saya memohon perlindungan Allah" beritahu

Page 14: Koleksi Tok Awang Ngah 2

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

14

saya. Kawan saya terdiam. Dia sedar apabila seseorang itu sudah menyerahkan dirinya kepada Allah, bahawa dia tidak akan takut menghadapi sebarang musuhnya. Kawan saya itu memang pernah belajar menjadi dukun dari beberapa orang dukun terkenal. Malah dia pernah menuntut ilmu pendukunan dari seorang Tok Batin di Jerantut. Bagaimanapun dia telah meninggalkan ilmu pendukunannya setelah menyertai satu kumpulan harakah Islam. Dia merasakan ayat-ayat Quran lebih tinggi martabatnya dari sebarang jampi serapah. Inilah hakikat sebenarnya tentang kekuatan ayat-ayat Quran itu, terutama dalam menghadapi musuh yang paling besar iaitu godaan syaitan. Kawan saya itu pernah dihambat oleh lembaga yang menjelma seperti seorang wanita memakai pakaian nipis di tepi cermin keretanya semasa melalui Bukit Kijal dalam perjalanan ke Kuala Terengganu dari Kuala Lumpur. Kawan saya ini dikenali di kalangan rakan-rakannya Kadir Misai. Dia ke Kuala Terengganu bersama kawannya dari Temerloh Suman Awangteh. Suman Awangteh yang memandu kereta. Biasanya lembaga berkenaan akan menghambat mangsanya dari tepi jalan saja. Lembaga wanita akan mengejar kalau kereta menuju ke Kuala Terengganu, manakala lembaga lelaki akan menghambat kalau kereta meninggalkan Kuala Terengganu. Seolah-olah macam satu simbolik pula iaitu apabila datang ke Terengganu akan dinanti oleh wanita, dan apabila balik meninggalkan wanita berkenaan maka akan diperhambatlah oleh lelaki pula. Kadir Misai sudah mendengar kisah di Bukit Kijal ini. Dia menceritakan pada Suman Awangteh mengenai gangguan lembaga halus di Bukit Kijal. Tetapi Suman Awangteh macam percaya dengan tidak saja cerita Kadir Misai ini. Kebetulan malam itu kira-kira pukul 10.00 mereka melalui Bukit Kijal untuk ke Terengganu. Sebaik saja menurun dari Bukit Kijal tiba-tiba Kadir Misai nampak satu lembaga putih menerkam ke arah kereta. Mujurlah cermin kereta sudah dinaikkan. Jadi, lembaga itu berdentam ke pintu kereta. Terkejut juga Suman Awangteh melihat kejadian itu. Bagaimanapun dia masih dapat mengawal perasaan supaya tidak dipengaruhi oleh ketakutan." Jangan peduli Kadir..." bisiknya mengerling ke arah Kadir Misai. "Awak pun jangan lari laju sangat, kalau kita laju dia akan berlari laju juga" ujar Kadir Misai menjauhkan diri dari cermin kereta. Terasa olehnya tangan wanita itu seolah-olah dapat menggapai mukanya. "Pontianak ke?" tanya Suman Awangteh. "Bukan..." sahut Kadir Misai. "Kalau pontianak dia mengilai..." jelasnya masih dirundung bimbang. "Orang bunian agaknya..." Suman Awangteh cuba menghilangkan ketakutan yang menyelubungi perasaannya. "Tak mungkin" Kadir Misai mengeluh pendek. Lembaga itu terus mengejarnya dari arah tepi jalan. Sekali sekala pintu kereta sampai terdengar bunyi dentamnya. Bagaimanapun tidaklah mengganggu kereta tersebut. Dia akan berlari mengikut kelajuan kereta. Muka lembaga itu tidaklah berapa jelas kepada Kadir Misai, tetapi jelas seorang wanita kerana rambutnya yang panjang mengurai, di samping pakaiannya seperti perempuan memakai baju tidur halus dan jarang. "Kita berhenti saja..." Suman Awangteh mula marah dengan kelakuan lembaga itu merempuh ke arah keretanya. "Jangan, lebih baik kita terus saja. Jangan pedulikan dia" kata Kadir Misai. Dia

Page 15: Koleksi Tok Awang Ngah 2

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

15

juga sudah mula rusuh dengan gangguan lembaga tersebut. Sekiranya dia mengikut cadangan Suman Awangteh bimbang juga lembaga itu bertindak lebih jauh. Mana tahu dia akan menghumbankan kereta Suman Awangteh ke bawah gaung. Apa akan jadi kalau kereta tersebut dihumbankannya ke bawah gaung. Tentu dia dan Suman Awangteh terperangkap menjadi mangsa. Sudah tentu orang ramai mengatakan kereta mereka terbabas menyebabkan terhumban ke bawah gaung. Oleh itulah Kadir Misai melarang kawannya mengikutkan perasaan marah di hati. Sehingga masuk ke kawasan kampung barulah lembaga tersebut tidak mengejar kereta itu lagi. Barulah lega hati Kadir Misai tidak digannggu oleh lembaga berkenaan. Kalaulah dia masih mengamalkan ilmu pendukunan memang diujinya lembaga tersebut. "Mengapa kau tak gunakan ayat-ayat Quran?" tanya saya apabila dia menceritakan peristiwa itu kepada saya dalam perjalanan menuju ke Kuala Terengganu dalam bulan Januari tahun 85 lalu. "Aku tak tau ayat mana yang hendak digunakan..." keluhnya perlahan. "Surat Al Ikhlas itu sudah cukup untuk menghancurkan syaitan" kata saya menjelaskan. Kadir Misai tidak menyahut. Sama ada dia tidak yakin dengan ayat tersebut, atau merasakan kata-kata saya itu hanya untuk menguji dia, tidaklah saya tahu. Tetapi dari keluhannya saya dapati dia tidak menyangka bahawa ayat yang sering dibacakan itu mempunyai kekuatan yang tersendiri. Tetapi dalam perjalanan itu saya tidaklah berharap untuk bertemu makhluk berkenaan di Bukit Kijal. Doa saya apabila memohon kepada Allah hanya lindungi saya dan berilah pertolongan apabila memerlukan. Hanya Allah sajalah yang melindungi dan memberi pertolongan kepada diri saya, kerana saya adalah lemah di sisiNya. Itu sajalah cerita mengenai lembaga perempuan di Bukit Kijal yang saya dengar dari Kadir Misai. Tetapi dia mengatakan lembaga itu bukanlah pomtianak. "Ustaz nak jumpa pontianak?" tanya Kadir Misai di satu masa yang lain. "Buat apa...!" jawab saya perlahan. "Saya tak ada urusan dengannya buat apa nak jumpa, kecualilah kalau terserempak" beritahu saya seterusnya. Memang tidak ada gunanya kita sengaja mempunyai tujuan untuk bertemu jenis-jenis benda begini. Sebagai makhluk Allah syaitan juga mempunyai kegiatan hidup sehari-hari seperti kita. Cukuplah, kita menyedari bahawa syaitan itu wujud. Tanggungjawab syaitan ialah untuk memusnahkan anak-anak Adam, setelah dia tidak mahu sujud kepada Adam. Jadi, apa perlunya kita mahu menemui syaitan? "Barulah kita dapat buktikan tentang pontianak..." ujar Kadir Misai tersengih-sengih. "Apa untungnya...?" saya tersinggung juga dengan kata-kata Kadir Misai, seolah-olah saya sengaja mahu mencari syaitan. "Kita mahu tunjuk pada orang mengenai pontianak" katanya lagi. "Ah, kerja sia-sia Kadir" jelas saya mengingatkan dia. "Kalau orang percaya kepada ayat A'uzubillahhiminas syaitannir rajim, orang akan sedar syaitan itu ujud dan mengganggu manusia. Itulah buktinya..." ujar saya kesal dengan sikap Kadir Misai. Tetapi saya tahu Kadir Misai hanya bergurau. Dia seolah-olah mahu mempersenda-sendakan pontianak itu. Disebabkan sudah lama terlibat dalam ilmu pendukunan tentulah dia sering ditanya oleh orang ramai mengenai hantu jembalang yang mengganggu

Page 16: Koleksi Tok Awang Ngah 2

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

16

pesakitnya itu. Selama itu juga dia tidak dapat membuktikan kepada orang ramai, apakah sebenarnya hantu jembalang tersebut. Jadi dia menganggap saya menghadapi masalah demikian. Sedangkan berkali-kali saya memberitahu dia bahawa saya bukanlah seorang dukun. Beginilah mulanya perkenalan saya dengan Jali yang berasal dari Bukit Mertajam itu. Pada mulanya dia dan isterinya datang ke rumah saya dengan tujuan membuat parti arcoroc. Kebetulan isterinya memang kenal kepada isteri saya, sebab itulah dia meminta isteri saya membantunya mengadakan parti arcoroc yang diusahakannya. Jali ikut sama menghantar isterinya itu. Apabila Mimi isteri Jali mahu masuk ke pintu rumah saya, dia merasakan dirinya tiba-tiba seram sejuk. Kepalanya juga terasa pening menyebabkan dia hampir pitam. Akhirnya parti arcoroc itu juga tergendala. Jiran-jiran yang sudah datang berkumpul di situ pun terkejut melihat peristiwa yang tiba-tiba saja berlaku. Melihat keadaan isterinya cepat-cepat Jali menerpa datang. Dia juga terkejut dengan keadaan isterinya itu. Sementara isteri saya pula segera memanggil saya di bilik. Ketika ini saya sedang membaca buku, kerana saya tidaklah mencampuri sangat parti arcoroc yang dikelolakan oleh Mimi dengan bantuan isteri saya itu. Apabila saya keluar mahu melihat Mimi, itulah pertama kali saya berkenalan dengan Jali. Selepas itu kami pun menjadi kawan baik pula. "Badan saya ni rasa nak demam ustaz..." kata Mimi gelisah. "Bila awak demam?" tanya saya. "Tak tau, dari rumah tadi sihat" beritahu Jali serba salah kerana orang-orang yang dipanggil untuk parti arcoroc sudah pun datang, tiba-tiba tergendala pula. "Selalukah dia kena macam ni..?" saya inginkan kepastian. "Tak pernah" jelas Jali gugup. "Tapi, selalu juga dia mengadu sakit kepala, dan badannya lenguh-lenguh macam membawa beban berat" ujarnya lagi. Saya menyuruh isterinya mengambil air sejuk segelas. Kemudian saya membaca Surah Al Ikhlas tiga kali dan menyuruh dia meminum air tersebut. Sebaik saja Mimi meminumnya dia terpekik, "Panas...!. Lantas dilemparkannya gelas tersebut. Jali melekapkan tapak tangannya kepada air yang jatuh di lantai. Dia keheranan dengan kelakuan isterinya menggelupur seperti terkena air panas sebentar tadi. "His, air ni sejuk aje. Mengada-ngada aje kau..." suaranya keras sedikit. "Awak jangan terkejut Jali..." saya merenungi dia. "Awak tak boleh marahkan dia, sebab dia ni ada gangguan..." jelas saya agar dia memahami bahawa Mimi sebenarnya memang sakit. Gangguan terhadap Mimi sudah lama, tetapi mereka berdua tidak menyedarinya. Mimi hanya merasa kepalanya sering sakit dan badannya lenguh-lenguh. Apanila Jali membawa Mimi ke hospital atau klinik pihak doktor menyatakan darah tinggi. Anehnya, bila diuji ternyata Mimi tidak mengidap penyakit darah tinggi. Disebabkan gangguan itu memang sudah sebati dengan tubuh Mimi, dia menjadi tertekan ketika masuk ke rumah saya. Sedapat-dapatnya dia tidak mahu masuk ke rumah saya, tetapi Mimi menguatkan azamnya untuk masuk juga. Perlawanan antara Mimi dengan gangguan semangatnya inilah yang menyebabkan dia menggelupur sebentar tadi. Setelah meminum air sejuk yang dikatakannya panas tadi, Mimi mula bertindak ganas. Dia menampar pipi saya sekuat hatinya. "Mengapa kau ganggu aku! Dah lama aku dengan Mimi, tak ada siapa pun ganggu!" Mimi mula meracau sambil mahu menerkam ke arah saya. Jiran-jiran pun

Page 17: Koleksi Tok Awang Ngah 2

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

17

segera memegangkan Mimi. Mereka juga tahu bahawa Mimi dalam keadaan tidak sedarkan diri. "Awak sabarlah, Jali..." saya mengingatkan Jali. Jali hanya mengangguk. Dia mengerling pipi ssya yang berbekas lima jari akibat ditampar MImi. Inilah risikonya apabila kita mahu menolong orang yang diganggu semangat syaitan. Kebanyakan dukun-dukun juga menghadapi risiko begini. Kadangkala ditampar, dimaki hamun, diludah dan sebagainya. Tetapi kita terpaksa bersabar kerana yang melakukan perbuatan tersebut bukannya diri pesakit berkenaan, tetapi jiwanya yang sudah dirasuk. Saya meminta izin dari Jali untuk memegang kepala isterinya. Kemudian saya membacakan 6 ayat terakhir dari Surah Yassin disambung dengan Ayat Kursi. Ketika ini Mimi memekik-mekik kesakitan. "Cakap! siapa awak!" jerkah saya merenung mata Mimi. Di matanya saya lihat perempuan tua yang lemah menunggu kedatangan saya. Tetapi perempuan tua cuba melindungi kelemahannya, sebaliknya berpura-pura gagah mahu menentang saya. "Siapa awak?" soal saya keras. "Ustaz jangan kacau saya" sahut perempuan tua itu marah. "Saya sayangkan budak Mimi ni, buat apa ustaz nak pisahkan kami" katanya mengancam. "Mimi tak sukakan awak!" balas saya. Perempuan itu menjengilkan mata mengancam saya. Kemudian dia tertawa mengilai. Ketawa itu sungguh menggerunkan, dan dapat saya rasakan itulah hilaian pontianak. Saya mengagak inilah jenis pontianak yang selalu mengganggu manusia. "Awak simpan pontianak ye...?" bentak saya bila melihat tiba-tiba perempuan muda berwajah jelita berdiri di belakang perempuan tua itu. "His, aku tak kenal dia" sahut perempuan tua mengalih pandangan kepada perempuan muda yang mengilai tadi. "Kau nak berolok-olok dengan aku!" ujar saya lalu membacakan ayat yang lain. Api tiba-tiba menyala di depannya menyebabkan perempuan tua itu terpekik-pekik mengatakan panas. Seluruh badannya menggelupur akibat bahang api yang menyala di kelilingnya. Perempuan muda itu cuba melarikan diri dari api menyala, tetapi cepat-cepat disambar oleh perempuan tua tadi. Mereka berpeluk-peluk menghadapi api yang menjulang. "Tolong..." kata perempuan muda itu merayu. "Tolong ustaz...! saya tak tau hal, saya tersesat jalan. Orang tua ni yang tipu saya" ujarnya merintih-rintih. Tetapi memang dasar syaitan tidak mahu mengaku kesalahannya. Dia akan menyalahkan orang lain bila dirinya terancam. Oleh itu saya tidaklah terpengaruh dengan rintihan dia. Saya terus membacakan beberapa potong ayat lagi untuk menyerangnya. "Ustaz, tolong saya" rayunya meminta belas kasihan. "Saya tersesat jalan, percayalah saya tersesat jalan. Saya bukan nak ke sini tadi, tapi orang tua ni perdayakan saya" jelasnya. "Aku tak percaya!" sahut saya keras. "Saya tak bohong ustaz..." ujarnya lagi merayu-rayu. "Awak mahu pergi tinggalkan Mimi?" soal saya tegas. "Saya memang nak pergi" dia memberitahu. Memang saya lihat dia mahu pergi, tetapi perempuan tua itu memaut pinggangnya kuat-kuat. "Macam mana awak boleh sesat?" tanya saya. "Saya nak balik, orang tua ni ajak singgah" katanya meronta-ronta mahu lepaskan diri dari pautan perempuan tua berkenaan. Perempuan muda berkenaan mengaku dirinya pontianak. Dia sebenarnya mahu melarikan diri dari manusia. Demikian yang dialami oleh Pak Hid semasa dia terserempak dengan pontianak. Pak Hid

Page 18: Koleksi Tok Awang Ngah 2

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

18

memberitahu saya pontianak memang takut pada manusia. Dia akan lari apabila terserempak dengan manusia sampaikan terkeluar kencing. Tetapi mengapa manusia takut kepada pontianak? Dia diperalatkan oleh perempuan tua itu bagi menjadi perisainya apabila diserang dengan api. Sebab itulah ketika dia melintasi kawasan berkenaan, dia terpedaya sehingga termasuk ke dalam jebak wanita tua itu. Dia tersesat kerana tidak diketahuinya bahawa perempuan itu sedang terancam. "Baiklah, kalau awak nak balik, baliklah sekarang" kata saya sambil memberhentikan serangan. Perempuan muda itu mengilai panjang sebaik saja api menyala itu padam. Tetapi dia tidak dapat bergerak. Pinggangnya dipaut kuat oleh perempuan tua berkenaan. "Awak lawan dia dan pergi dari sini!" Perempuan muda yang mengaku dirinya pontianak itu meronta-ronta mahu melepaskan diri, tetapi ternyata rontaannya tidak dapat membuka pautan tangan perempuan tua. Saya menjadi marah dengan sikap perempuan tua itu. Dia tahu selagi perempuan muda berkenaan dapat dipautnya, saya tidak akan menyerang dia. "Innahu minsulaiman wainnahu bismillahhirahmannirrahim..." saya menghentakkan kaki. Saya mempunyai iktikad bahawa pontianak itu adalah hamba yang boleh saya perintah. Pontianak itu akan mengikut apa saja perintah saya selagi dia di dalam kekuasaan saya. "Sekarang awak cakar muka perempuan tua itu dengan kuku awak!" perintah saya kepada pontianak yang mendakwa dirinya tersesat tadi. Sekaligus dia mencakar muka perempuan tua dengan kukunya yang panjang dan keras. Perempuan tua itu terjerit-jerit kesakitan. Di sini bererti saya berjaya menggunakan syaitan untuk menyerang syaitan yang lain. Saya gunakan pontianak tersesat tadi menyerang perempuan tua itu. Mau tidak mahu perempuan itu melepaskan pontianak tadi. Terlalu gembira pontianak itu apabila dia terlepas dari pautan perempuan tua. Dia mengilai lagi sebagai tanda berjaya. "Sekarang awak pergi, jangan mengganggu lagi..." perintah saya setelah menyedari bahawa dia bercakap benar. "Baiklah ustaz, saya pergi sekarang" sahutnya lalu melayang hilang dari pandangan saya. Setelah pontianak itu pergi saya melihat orang tua tadi menekup mukanya yang calar balar dicakar pontianak. Dia mengerang-ngerang kesakitan. Tidak berani memandang saya. "Awak jangan ganggu Mimi lagi, tau!" jerkah saya mengancam dia. "Tujuh tahun aku bela dia..." perempuan tua itu terisak-isak menangis. "Tujuh tahun aku bela Mimi, sekarang senang-senang awak nak rampas dia dari tangan aku" dia menahan kesakitan akibat dicakar kuku pontianak. "Fasal apa awak bela dia, dia ada keluarga?" ejek saya. "Aku sayangkan dia..." sahut perempuan tua itu lagi. "Mimi tak sayang kau, lebih baik kau tinggalkan dia" ujar saya mengingatkan dia. Perempuan tua itu menangis terisak-isak. Kesakitan dicakar oleh pontianak sebenarnya tidak menjadi ancaman pada dirinya. Tetapi dia tidak dapat bertahan dari ayat-ayat Quran yang dibacakan di hadapannya. Rupanya perempuan itu adalah pemilik tanah tempat tinggal Jali dan Mimi yang dibelinya di Bukit Mertajam. Perempuan itu telah lama meninggal dunia iaitu sejak tujuh tahun lalu. Keluarganya menjualkan tanah tersebut kepada Jali. Disebabkan harga tanah itu murah, maka Jali pun membelinya. Sejak membeli tanah itulah Mimi selalu merasa kepalanya sakit. Badannya lenguh-lenguh seperti membawa beban berat. Apabila dibawa berubat ke

Page 19: Koleksi Tok Awang Ngah 2

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

19

hospital doktor mengesyaki penyakit darah tinggi. Tetapi setelah diuji tidak ada pula kesan-kesan darah tinggi itu. Setelah Mimi sedar, saya menasihatkan Jali dan jiran-jiran supaya tidak menceritakan kepada Mimi apa yang berlaku sewaktu dia tidak sedarkan diri. Segala percakapan saya dengan perempuan tua dan pontianak yang tersesat itu dapat mereka dengar melalui Mimi. Bermula dari kisah itu jugalah Jali mengajak kawannya Hasim menemui saya untuk mengajak ke Kampung Melang. Saya pula mengajak Pak Hid bersama, kerana saya percaya Pak Hid juga mempunyai pengalaman lebih dari saya.

Page 20: Koleksi Tok Awang Ngah 2

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

20

013. HARIMAU MELOMPAT TENGAH SERAMBI Tergelak besar Wak Samin bila saya tanyakan kepadanya mengenai harimau cinaku atau harimau jadian. Bagi mereka di Sumatera terutama di daerah Jambi kisah harimau cinaku ini perkara biasa saja kepada mereka, tetapi bagi orang-orang di Semenanjung mendengarnya sebagai cerita tahyol saja. Sebab itu Wak Samin tergelak besar, kerana pada sangkaannya saya hanya mahu bertanya disebabkan merasakan cerita tersebut sebagai tahyol saja. Kebanyakan harimau cinaku ini boleh mencuri kerbau dan lembu orang-orang kampong. Mereka boleh menghilangkan diri dalam sekelip mata saja. Ada juga orang mengatakan bahawa harimau cinaku ini hanya kepalanya saja bertukar menjadi harimau, sementara batang tubuhnya kekal sebagai manusia. “Wak tak dengar cerita macam tu” beritahu Wak Samin apabila saya tanyakan mengenai cerita harimau cinaku yang kepalanya bertukar menjadi harimau sedangkan batang tubuhnya masih kekal seperti manusia biasa. “Setahu Wak, harimau cinaku ini berubah menjadi harimau seluruh batang tubuhnya” jelasnya lagi. “Harimau cinaku ni banyak di Jambi ye Wak?” saya cuba menduga. “Kebetulan saja” ujarnya perlahan. “Dulu, orang kata orang-orang Jambi yang jadi harimau cinaku” katanya tersengih-sengih macam gelihati dengan tuduhan tersebut. “Adakah Tok Malim Udoh tu menuntut ilmu harimau cinaku?” tanya saya selanjutnya. Dia menggelengkan kepala. Malah Wak Samin tidak mahu langsung menyebut kisah Tok Malim Udoh, sekadar dia memberitahu mengapa dia datang ke Tanah Melayu ini. Kalaulah tidak berlaku peristiwa yang menimpa gurunya, memang dia tidak akan meninggalkan kampung halamannya merantau sedemikian jauh. Sebelum datang ke Endau, Wak Samin pernah juga berkahwin dengan seorang janda di Kota Tinggi. Perkahwinan itu tidak lama kerana isterinya lari meninggalkan dia. Disebabkan malu dengan peristiwa isterinya meninggalkannya itu Wak Samin lari membawa diri ke Endau. Demikian Tok Aji memberitahu saya mengenani kawannya Wak Samin yang sama-sama menumpang kapal barang dari Dumai menyeberang ke Tanah Melayu dan naik di Johor. Sementara berkahwin dengan janda di Kota Tinggi itu, Tok Aji ikut sama jadi pengapit Wak Samin. Ketika ini Tok Aji juga berkahwin di Kota Tinggi dan sudah mendapat seorang anak lelaki.

Page 21: Koleksi Tok Awang Ngah 2

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

21

Pada malam pertama hari perkahwinannya itu, janda tersebut Lisun terkejut kerana Wak Samin tidur bersener kuat. Bunyi senarnya seolah-olah seperti harimau mendengkur. Kerana was-was dengan suaminya yang datang berdagang ke situ, Lisun bertanya dari mana kampung halaman Wak Samin. “Abang dari Palembang, tetapi menetap di Bukit Tinggi” dia menjelaskan kepada isterinya. “Abang bukan dari Jambi?” tanya Lisun lagi. “Tidak…” beritahu Wak Samin keheranan. Hatinya mula tertanya-tanya sama ada isterinya menduga yang bukan-bukan terhadap dirinya. “Lisun, syak yang tak baik terhadap diri abang?” soalnya macam rasa tersinggung. “Saya hanya nak tau, kerana orang kata orang Jambi suka jadi harimau” jelas Lisun secara jujur. Memang dia pernah mendengar dari orang tua-tua mengenai kesukaan orang-orang Jambi mempelajari ilmu kebatinan menjelma menjadi harimau. Kebanyakan mereka pula menyalahgunakan kepandaian tersebut, dengan melakukan rompakan dan mencuri harta benda. “Bukan semua orang Jambi begitu” Wak Samin menerangkan kepada isterinya. Segala kebimbangan isterinya itu diceritakan oleh Wak Samin kepada Tok Aji. Bagaimanapun Tok Aji menasihatkan dia supaya bersabar saja, kerana niat baik tentu dibalas dengan baik juga. Wak Samin sudah melupakan ilmu-ilmu kebatinan yang dituntutnya selama di Sumatera dulu. Sebab itu dia lebih suka orang memanggilnya Wak Samin saja kerana panggilan Wak itu biasanya digunakan kepada orang-orang dari Tanah Jawa saja. Kalau orang-orang dari Sumatera biasanya dipanggil ‘Pak Tua’ sebagai menghormati orang yang lebih tua. Kerana mahu melupakan kisah-kisah di Sumatera inilah dia sanggup mengembara jauh. Dia hanya mahu menyerahkan diri semata-mata kepada Allah. Ilmu-ilmu kebatinan yang berlawanan dengan ajaran Islam, mahu dibuang jauh-jauh dari ingatannya. Rupa-rupanya orang-orang di Semenanjung ketika itu apabila berkahwin dengan orang-orang dari Sumatera, bimbang kalau berkahwin dengan orang-orang dari Jambi. Cerita ini merebak dari satu telinga sehingga mereka benar-benar takut kepada orang-orang Jambi. “Mereka takut harimau kerinci…” ujar Tok Aji ketawa geli hati dengan nasib yang menimpa kawannya Wak Samin.

Page 22: Koleksi Tok Awang Ngah 2

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

22

Bagaimanapun Tok Aji dapat meyakinkan Lisun bahawa cerita-cerita mengenai harimau kerinci, harimau cinaku atau harimau jadian itu hanya reka-rekaan saja bagi menakutkan orang-orang Semenanjung dengan orang-orang Jambi. Ketika ini ramai orang-orang Semenanjung mengambil menantu dari mereka yang datang dari Sumatera kerana dipercaya mempunyai ilmu agama yang tinggi. Untuk menyedarkan orang-orang seperti inilah ditimbulkan cerita-cerita seperti ini. Lisun pula tidaklah mengesyaki apa-apa lagi terhadap suaminya, malah dia semakin kasih akan Wak Samin. Dia sama-sama membantu Wak Samin pergi menoreh getah atau mengait kelapa. Satu ketika orang-orang di kampung itu diganggu oleh harimau yang membaham kambing-kambing ternakan. Mereka takut dengan gangguan itu, kerana setiap masa ada saja mangsanya. Beberapa kali dibuat perangkap tetapi mereka tidak berjaya membunuh harimau tersebut. Akhirnya lembu ketua kampung sendiri dilarikan oleh harimau. Lembu jantan itu kesayangan ketua kampung Pak Kidam. Oleh itu Pak Kidam sanggup membayar sampai seratus ringgit kepada sesiapa yang sanggup membunuh harimau berkenaan. Pak Kidam sendiri mengajak beberapa orang kampung mengikut jejak harimau itu masuh ke hutan dengan mengesan titisan darah lembu yang menjadi mangsanya. Di antara yang sama mengikut itu termasuklah Tok Aji dan Wak Samin sendiri. Sebagai orang dagang mereka terpaksalah mengambil hati ketua kampung supaya tidak dipandang serong. Mereka berdua sama-sama mengesan jejak harimau melarikan lembu itu. Mereka sampai juga kepada bangkai lembu yang sudah habis sebelah pahanya ditinggalkan pada sebatang pokok. Pak Kidam pun menyuruh membuat pondok di atas pokok bagi menunggu kedatangan harimau mengulangi lagi bangkai lembu berkenaan. Pak Kidam menunggu pada sasaran yang senang dia membedil dengan senapangnya. Seolah-olah dia betul-betul berdendam dengan binatang tersebut. Tok Aji sengaja memilih pondok tempat Pak Kidam menunggu dengan senapangnya. Sementara Wak Samin menunggu pada pokok yang satu lagi bersetentang dengan pondok Pak Kidam. Lama juga mereka menunggu sehingga hari malam, tetapi harimau itu tidak juga datang mengulangi mangsanya. Mereka tahu lambat laun harimau itu akan datang juga semula. Disebabkan terlalu lama menunggu, salah seorang yang bertahan di pondok Wak Samin iaitu Jalit abang iparnya sendiri, terasa mahu buang air kecil. Dia malu mahu buang air dari atas pokok itu saja, maka terpaksalah dia turun ke tanah. Ketika dia turun inilah Pak Kidam ternampak dua biji mata mara ke situ. Pak Kidam cepat-cepat menyuruh Jalit naik segera ke pondoknya, tetapi belum sempat Jalit naik semula ke pondok, harimau itu sudah hampir benar.

Page 23: Koleksi Tok Awang Ngah 2

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

23

Serba salah Pak Kidam mahu menembak. Kalau tembakannya tidak tepat harimau itu pasti akan menerkam Jalit. Harimau terluka tentu lebih ganas apabila ternampak mangsa. Disebabkan harimau sudah terlalu dekat, sedangkan Jalit masih belum naik ke atas pondok tempat bertahan, maka Wak Samin pun terjun ke tanah mahu menyelamatkan abang iparnya iaitu abang Lisun. Sebaik saja harimau itu mahu menerkam, Jalit nampak Wak Samin menekan ibu jari kakinya ke tanah menyebabkan harimau itu tidak dapat menerkam. “Kau nak tunjuk kuat ye!” herdik Wak Samin. Harimau itu seolah-olah meronta, tetapi badannya tidak dapat bergerak. Dia bagaikan terlekat pada tanah tidak boleh menghambur. Ngaumannya juga tidak keluar dari rahangnya, cuma rungutan kecil. Jalit nampak air liur harimau itu meleleh keluar seperti termakan cili padi. “Dengan orang kampung ni kau boleh tunjuk keras kepala, tapi dengan Samin kau jangan cuba main-main” Wak Samin menggertap bibir sambil berjalan mara mendapatkan harimau yang terpaku di depannya. Pak Kidam yang memegang senapang tidak dapat melepaskan tembakan dia. Jarinya seolah-olah kaku tidak dapat memetik trigger. Dia terpegun melihat Wak Samin yang tiba-tiba saja melompat ke tanah sebaik saja abang iparnya terperangkap tidak sempat naik ke atas pondok. “Biadap kau…” tepiknya lantas menampar muka harimau itu sekuat hatinya. Harimau itu menjerit kesakitan tetapi kakinya tidak terlepas dari bumi. Kaki harimau itu seolah-olah diikat dengan simin ke tanah tidak boleh diangkat langsung. “Depan Samin, kau jangan nak tunjuk garang” dia menampar sebelah lagi muka harimau itu. Tok Aji nampak apa yang dibuat oleh Wak Samin, kerana kedudukan pondok itu tidaklah jauh sangat. Cahaya samar-samar di pinggir hutan itu masih jelas boleh nampak dari jarak yang tidak berapa jauh. Tok Aji hanya tersenyum melihat kehebatan kawannya, tidaklah terperanjat seperti Pak Kidam. Malah Pak Kidam sendiri terasa gementar apabila Wak Samin menampar muka harimau itu. Harimau itu merungut-rungut, tetapi tidak mengaum kuat. Air liurnya meleleh-leleh keluar. Jalit yang tercegat di bawah pokok tempat mereka membuat pondok terkencing dalam seluar kerana terlalu takut. Dia melihat sendiri harimau sebesar lembu itu tercegat di depan adik iparnya. Kemudian adik iparnya menampar beberapa kali ke muka harimau itu, tetapi sedikit pun harimau itu tidak melawan.

Page 24: Koleksi Tok Awang Ngah 2

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

24

Beberapa minit kemudian tidak kedengaran lagi rungutan harimau. Wak Samin berpaling ke belakang dan berjalan mendapatkan abang iparnya Jalit yang terketar-ketar ketakutan. Apabila dia meninggalkan harimau berkenaan, tiba-tiba saja tubuh harimau itu berdebap jatuh. Barulah semua orang di atas pokok turun ke tanah. Mereka memeriksa harimau itu sama ada sudah mati atau masih hidup. Sebenarnya tidak siapa pun berani mendekati harimau itu apabila turun dari pokok. Hanya setelah Tok Aji merapati harimau tersebut sambil menyepak-nyepak punggungnya, barulah orang lain berani. Setelah diperiksa didapati muka harimau lekuk seperti disinggahi pukulan yang terlalu kuar lagi berat berpikul-pikul. Harimau itu sudah mati terbujur dengan tulang mukanya remuk. Kalau diamat-amati bekas penampar Wak Samin yang singgah ke muka harimau itu seolah-olah bekas diterjah kayu balak yang besar. “Tak sangka awak boleh menentang harimau Wak Samin” keluh Pak Kidam masih terasa gementar. Wak Samin tidak menyahut. Dia sendiri menyesal kerana terlalu cepat menunjukkan kepandaiannya. Tetapi kalau dia terlambat, tentulah abang iparnya Jalit menjadi mangsa pula. Harimau itu sudah bersedia untuk menerkam semasa dia terjun ke tanah. Kalau harimau tersebut sempat menerkam tentulah Jalit mendapat cedera parah. Sebab itulah Wak Samin tidak bertangguh terjun ke tanah bagi menyelamatkan abang iparnya. Ketika ini dia tidak memikirkan apa orang kampung akan kata. Boleh jadi orang-orang kampung merasa kagum dengan tindakannya, dan boleh jadi juga mereka takut bila berhadapan dengannya. Itulah pertama kali Wak Samin menunjukkan kepandaiannya. Selama ini dia tidak pernah menunjukkan apa-apa kelebihan kepada masyarakat kampung. Malah Tok Aji sendiri tidak tahu tentang kebolehan Wak Samin menentang seekor harimau liar di hutan. “Terima kasihlah Wak Samin kerana sudah menolong orang-orang kampung “ kata Pak Kidam mengajak semua anak buah balik semula. Cerita Wak Samin menentang harimau dengan tidak bersenjata itu cepat saja meribak ke seluruh kampung. Jalit juga memuji-muji adik iparnya itu, malah dia merasa terhutang nyawa kepada Wak Samin. Kalaulah tidak kerana Wak Samin cepat datang menolong sudah tentu dia menjadi mangsa harimau. Kegagahan Wak Samin menentang harimau ini telah menjadi bualan. Tidak lama kemudian Tok Aji, membawa anak isterinya ke Singapura, tinggallah Wak Kamin saja di Kota Tinggi. Ketika ini Lisun sudah mula mengandung 3 bulan. Entah mengapa dalam masa mengandung ini Lisun kuat mendesak Wak Samin ke hutan kerana dia mahu melihat harimau hidup-hidup. Wak Samin tahu desakan Lisun bukanlah kerana mendengar kegagahan dia meneang harimau dan menyelamatkan Jalit, tetapi pembawaan orang mengandung. Heran juga dia dengan

Page 25: Koleksi Tok Awang Ngah 2

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

25

pembawaan Lisun. Kalau perkara lain dia memang bersedia untuk memenuhi kemahuannya, tetapi untuk melihat harimau hidup bukanlah perkara yang menjadi kebiasaan. “Saya hendak sangat melihat harimau hidup, bang” desak Lisun selepas makan tengah hari. “His, merepek aje kau ni Lisun” rungut Wak Samin. “Betul-betul ni bang, saya ingin sangat” kata Lisun lagi bagaikan tidak sabar. “Harimau di trengah hutan, macam mana nak bawa kau ke sana? “ Wak Samin cuba menasihati isterinya. “Cubalah abang bawa saya jumpa harimau” ujar Lisun bersungguh-sungguh Wak Samin tahu pernmintaan Lisun itu bukanlah olok-olok. Memang pembawaan orang mengandung bermacam-macam. Tetapi dia heran juga dengan pembawaan Lisun yang ganjil dari orang lain. Belum pernah dia mendengar pembawaan perempuan mengandung mahu melihat harimau berjalan-jalan dan melompat-lompat. Harimau binatang ganas yang liar di hutan, bukanlah seperti kucing yang boleh dibuat permainan. Sebaliknya bila didesak oleh Lisun, dia menjadi serba salah juga. Kalau tidak dipenuhi pembawaan orang mengandung entah apa pula bencana. Puas memikirkan apa harus dibuat. Wak Samin mengadukan halnya kepada Jalit. Selalunya dia minta buah fikiran Tok Aji, tetapi disebabkan Tok Aji tidak ada, dia pn bertanya pada Jalit. “Kau dah gila.....” Jalit memarahi adiknya Lisun kerana membuat permintaan yang bukan-bukan. “Apa yang kau pinta Samin lakukan ni cari nahas saja” ujar Jalit keras. “ Saya tahu Abang Samin boleh jinakkan harimau. Nyawa abang pun Abang Samin yang selamatkan” Lisun tersinggung dengan sikap abangnya berkasar terhadap dirinya. “Takkan dia tak boleh jinakkan harimau, kalau saya sendiri yang nak tengok” katanya macam mengejek. “Perkara sia-sia yang kau minta Samin buat” jerkah Jalit masih heran dengan permintaan adiknya. Dia tahu Lisun sudah mendengar cerita Wak Samin membawanya ke hutan untuk melihat harimau hidup-hidup. Kalau memakan binatang-binatang hutan seperti pelanduk, kijang, rusa atau naouh dia sendiri sanggup menemankan Wak Samin pergi memburu. Tetapi permintaan seperti Lisun ini jarangbenar didengar. Malah tidak pernah perempuan mengandung mahu mengidammelihat binatang buas hidup-hidup. Apa lagi harimau yang ganas di hutan.

Page 26: Koleksi Tok Awang Ngah 2

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

26

“Janganlah kau minta yang bukan-bukan Lisun “ ujar Jalit menasihatinya. “Saya ingin sangat nak tengok.....” Lisun macam merayu. “Tak boleh kah kau minta yang lain?” soal Jalit semakin heran. “Entah lah bang, saya tak dapat nak minta yang lain” jelasnya tegas. Wak Samin terdiam dengan desakan isterinya itu. Dia semakin gelisah dengan desakan isterinya itu. Dia semakin gelisah mengenangkan permintaan yang diluar dugaan itu. Bagaimanakah seorang perempuan mengandung mengidam mahu melihat harimau hidup-hidup padahal tidak pernah didengarnya perempuan mengidam sedemikian. Tetapi pembawaan perempuan mengandung bermacam-macam. Ada perempuan yang suka menghisap puntung rokok saja, ada yang suka makan sepah sirih, ada yang mahu makan asam, ada pula yang suka mandi air telaga dan bermacam-macam lagi. Wak Samin terpaksa menerima hakikat ini bahawa amalan-amalan yang dipelajari dari Tok Malim Udoh inilah yang sedang menguji dia sekarang. Sedangkan Jalit sudah tidak berupaya untuk menghalang kemahuan Lisun. Apa lagi permintaan itu merupakan pembawaan perempuan mengandung. “Aku tak dapat nak cakaplah, Samin” keluh Jalit memberi keputusan kerana tidak sanggup lagi menasihatkan Lisun. “Tak apalah bang Jalit, muga-muga dia boleh lupakan juga” sahut Wak Samin dengan satu harapan tergaris di hatinya. Tetapi sepeninggalan Jalit itu, Lisun tetap tidak mahu mengalah. Dia berkeras mahu mengajak Wak Samin ke hutan kerana hendak melihat sendiri harimau hidup-hidup. Puas Wak Samin memujuk dia berkeras juga mahu seperti yang dihajatinya. “Nanti kau terkejut kerana takut” Wak Samin cuba berdalih. “Ah, itu dalih abang saja kerana tak mahu membawa saya ke hutan” Lisun mencemiknya. “Kalau Lisun nak tengok harimau tak payah ke hutan” beritahu Wak Samin perlahan. “Abang boleh panggilkan harimau datang ke sini” jelasnya tersengih-sengih macam menduga perasaan Lisun. “Abang sengaja takut-takutkan saya” perempuan itu menjuihkan bibir mengejek. :Kalau abang boleh panggilkan, panggillah” ujarnya mencabar Wak Samin.

Page 27: Koleksi Tok Awang Ngah 2

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

27

“Nanti Lisun ketakutan” Wak Samin masih menasihatkan dia. “Saya teringin nak tengok, tak kan saya ketakutan” sahutnya keras. “Kalau begitu baiklah’ Wak Samin memberi jaminan. Sedapat-dapatnya dia tak mahu melukakan hati isterinya. Dia tahu hidup berdagang di rantau mesti tahu membawa diri. Mesti selalu merendahlkan diri kepada sesiapa saja. Apa lagi dengan isteri sendiri dia dia mesti tunjukkan segala kasih sayangnya. Apa saja permintaan isteri mesti dipenuhi juga. Dia menyuruh Lisun naik keatas para romeh, iaitu lantai yang sengaja dibuat seperti silng rumah. “Lisun tunggulah di sini, dan jangan kemana-mana” katanya kepada isterinya penuh kasih sayang. Setelah Lisun naik keatas para rumah, Wak Samin pula mula membakar kemenyan dan mulutnya kumat kamit membaca sesuatu. Lisun memerhatikan sahaja kelakuan suaminya, sementara matanya melingas-lingas dari manakah harimau yang dipanggil oleh suaminya akan masuk ke dalam rumah. Lama Lisun memerhatikan suaminya, dia terperanjat bila Wak Samin membongkok sambil meneran sesuatu seperti laku orang mahu membuang air besar. Tiba-tiba ekor panjang keluar dari punggongnya. Setelah ekornya keluar, Wak Samin mula meniarap seperti kucing bangun dari tidurnya. Kemudian dia menguling-gulingkan badannya dan mengeliat-ngeliat. Dari sinilah tubahnya berubah sedikit demi sedikit menjadi harimau sepenuhnya. Apabila sudah menjadi harimau sepenuhnya, Wak Samin pun melompat dan berjalan dari serambi masuk ke induk rumah. Dia menganga- ngangakan mulut seperti terkuap-kuap kelaparan. Sekali sekala mengerling juga ke arah para rumah supaya isterinya dapat melihat dengan jelas rupa seekor harimau yang hidup. Kira-kira setengah jam dia menjelma menjadi harimau, Wak Samin pun memulihkan semula dirinya. Setelah dia kembali kepada asalnya, cepat-cepat dia mendapatkan isterinya di atas para. Tapi, alangkah terkejutnya dia melihat Lisun pengsan tidak sedarkan diri. Disebabkan dia sudah menduga Lisun memang terkejut melihat harimau hidup maka tidak Wak Samin terkejut benar. Tetapi yang diketahui oleh Wak Samin ialah Lisun terkejut kerana suaminya bertukar menjadi harimau. Terpaksa pula Wak Samin memulihkan isterinya dari pengsan. Sebaik saja Lisun sembuh dia terus meluru ke pintu lari dari rumahnya. Dia terus balik ke rumah emaknya dan enggan balik semula kepada suaminya. Puas dipujuk oleh Jalit supaya Lisun jangan ikutkan perasaan, namun dia tetap berdegil tidak mahu balik lagi mendapatkan Wak Samin.

Page 28: Koleksi Tok Awang Ngah 2

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

28

“Selama ni saya nikah dengan harimau,” dia merintih-rintih memberitahu keluarganya. “Saya lihat sendiri Samin bertukar menjadi harimau. Saya tak mahu lagi bersuamikan harimau,” katanya menangis hiba. “Perasaan kau saja Lisun,” kata Jalit memarahinya. “Pasal kau berkeras mahu melihat harimau, sebab tu Samin pun kau kata harimau!” Jalit tidak percaya dakwaan adiknya Wak Samin bertukar menjadi harimau. Emaknya juga menasihatkan Lisun supaya balik semula ke rumah. Masalah Wak Samin bertukar menjadi harimau bukanlah perkara yang boleh meruntuhkan rumah tangga mereka. Wak Samin tidak pernah menganggu sesiapa pun dengan kepandaiannya menukar dirinya menjadi harimau. Malah dia sudah menolong Pak Kidam dengan kebolehannya itu, disamping menyelamatkan nyawa Jalit. Ilmu di dada menjadi salah kalau ianya disalah gunakan , tetapi kalau digunakan dijalan kebaikan, ia tetap memberi manafaat kepada semua orang. Setelahmendapat tahu isterinya tidak mahu lagi balik kepadanya, disamping menuduhnya seekor harimau, maka dengan diam-diam Wak Saminmelarikan diri dari kampung tersebut. Dia malu bertemu muka dengan mak mentuanya dan juga sanak saudara Lisun. Tidak pula diduganya Lisun membukakan rahsia tersebut kepada kaum keluarganya. Tidak siapa pun mengetahui ke mana Wak Samin membawa dirinya. Sementara Lisun pula sentiasa meracau-racau takut menjadi isteri harimau. Dia memekik-mekik kerana sudah trerpeday hingga menjadi isteri harimau. Penyakit Lisun tidak dapat diberitahu kepada Wak Samin. Hingga akhirnya Lisun meninggal dunia akibat terkejut melihat suaminya menjadi harimau, siapa pun tidak dapat menyampaikan berita itu pada Wak Samin. “Saya kira amalan menjadi harimau ni bertentangan dengan ajaran Islam,’ kata saya memerhati Wak Samin. Dia menganggukan kepala. Kemudian menunduk memikirkan sesuatu. “Iya, kerana menyamakan diri kita dengan binatang,” keluhnya perlahan. Saya tahu Wak Samin juga bukanlah sebarangan orang dari segi pengetahuan agama. Sebab itu saya tidak banyak bertanya mengenai perkara lain selain dari amalan dirinya yang boleh menukarkan sifat tubuhnya kepada harimu. “Ustaz tak lakukan Wak? “ katanya macam menyindir. “Tidak,” sahut saya menggelengkan kepala. “Saya hanya takut kepada Allah,” beritahu saya tegas. “Alhamdulillah.....’” dia tersenyum menatap muka saya.

Page 29: Koleksi Tok Awang Ngah 2

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

29

Ketika ini saya membaca Ayat Kursi di dalam hati hingga sampai 313 kali. Tetapi saya lihat Wak Samin tetap tidak menghadapi apa-apa perubahan. Kemudian dia tersenyum lagi sambil menepuk paha saya. “Wak tak ada apa-apa Ustaz,” katanya lagi. Saya merasakan diri saya disindir, tetapi saya sedar Wak Samin juga tahu saya sedang mengujinya. “ Wak tak ada amalkan ajaran yang berlawanan dengan aqidah Islam. Hanya kepada Allah, Wak mohon pertolongan dan perlindungan,” jelasnya terangguk-angguk. Saya percaya dengan kata-kata Wak Samin itu. Memang Tok Aji sudah pesankan kepada saya mengenai diri Wak Samin itu dia tidak lagi mengamalkan pertapaan yang membolehkan dirinya menjelama menjadi haiwan. Sudah tentulah menjadikan diri kepada haiwan itu tidak dikehendaki oleh Islam.

Page 30: Koleksi Tok Awang Ngah 2

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

30

014. RINTIHAN DARI KUBUR SEPANJANG lima bulan Daboh dalam kurungan pasung kayu, dia hanya tersengih-sengih saja setiap kali Dukun Sood datang. Kadangkala dia melambai-lambai tangan apabila Dukun Sood membakar kemenyan. Tetapi Daboh akan merungut-rungut sekiranya dia nampak Sarip Kubung tersandar pada tiang tengah. Dukun Sood sering mengingatkan Sarip Kubung supaya tidak berkasar dengan adiknya itu. Daboh sakit hilang akal, bukannya demam biasa. Dia tidak mengganggu sesiapa, cuma tersengih-sengih saja. Dukun Sood menyuruh dikurung dalam pasung kayu, bukan bimbangkan Daboh mengganggu orang, tetapi supaya dia terkawal tidak dapat merayau-rayau ke sana ke mari. Bila terlepas Daboh akan berjalan-jalan ke tepi sungai sambil tersengih-sengih. Perempuan-perempuan yang sedang membasuh akan bertempiaran lari bila ternampak Daboh, kerana ketakutan. Sebenarnya Daboh tidak mengusik sesiapa pun. Tetapi disebabkan takut perempuan-perempuan itu lari bertempiaran. Daboh pula akan terlompat-lompat kesukaan melihat perempuan-perempuan itu lari. Sarip Kubung pula akan menempeleng muka adiknya itu kalau dijumpainya merayau-rayau di keliling kampung. Dia akan mengheret Daboh memaksa adiknya balik semula ke rumah. Kadang-kala menangis juga Mak Leha melihat lutut Daboh berdarah-darah kerana diheret oleh abangnya. Kira-kira lima bulan Daboh menderita dalam kurungan pasung kayu. Kalau Dukun Sood tidak suruh demikian tentulah lebih teruk Daboh diseksa oleh abangnya Sarip Kubung. Manalah dapat menahan Daboh berjalan-jalan sambil tersengih-sengih memegang sebatang kayu, sedangkan fikirannya bukanlah seperti orang biasa. Dia hilang akal sejak beberapa lama. Puncanya tidak siapa pun tahu. Tetapi seingat-ingat Mak Leha, mula-mulanya Daboh selalu duduk termenung. Dia tidak lagi mengikut kawan-kawannya memburu ke hutan, atau memikat balam, atau mendekut wak-wak. Disuruh makan pun, Daboh tidak mahu. Dia enggan bercakap dengan sesiapa. Kemudian sedikit demi sedikit perangainya mula berubah. Dia mula bercakap seorang diri, tersengih-sengih dan ketawa sesuka hatinya bila masa saja. Dukun Sood yang dipanggil mengubatnya hanya dapat mengatakan Daboh terkena badi hutan. "Kau tak boleh berkasar dengan adik kau, Sarip." Dukun Sood mengingatkan setelah mendengar cerita Mak Leha bagaimana Sarip Kubung melayani adiknya itu. "Dia tu kena badi, susah nak diubat. Kena bersabarlah kita menjaga dia," nasihat dukun itu. Sarip Kubung hanya mengangguk kepala. Sebenarnya dia tidak berniat untuk bersikap kasar dengan Daboh. Tetapi apabila dipujuk baik-baik Daboh tidak mahu mempedulikannya, sebab itulah dia terpaksa berkeras. Kadang-kadang disuruh makan pun Daboh sengaja terberak atau terkencing di dalam pinggan, kecuali apabila disergah barulah dia mahu menurut perintah Sarip Kubung. "Menjaga orang macam ni memang susah" kata Dukun Sood lagi. "Tapi, kita kenalah

Page 31: Koleksi Tok Awang Ngah 2

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

31

sabar. Kalau tidak kita menjaga dia siapa lagi hendak diharapkan!" ujar orang tua itu mengingatkan. Mak Leha memang tidak dapat berkata-kata lagi sejak Daboh jatuh sakit. Sarip Kubung berkahwin, hanya dengan Daboh sajalah dia tinggal di rumahnya. Daboh yang menyara hidupnya selama ini. Kalau patut menoreh getah, Daboh akan pergi menoreh getah. Kalau patut ke hutan mencari manau, damar atau petai, dia ke hutan bersama kawan-kawannya. Kadangkala Daboh memasang perangkap pelanduk, memburu denak, mendekut wak-wak. Memang Daboh anak muda yang rajin bekerja. Susuk tubuhnya gempal berambut kerinting, berkulit hitam manis. Boleh dikatakan dalam kampung itu dia merupakan anak muda yang tampan juga. Kalau ada kenduri kendara selalulah dia bersenda gurau dengan anak gadis di penanggah. Tetapi semenjak dia jatuh sakit, Daboh berubah sama sekali. Tubuhnya masih gempal tetapi comot selekeh tidak terurus. Baunya hapak kerana jarang mandi. Hanya sekali sekala saja emaknya dapat memujuk menyuruh dia mandi. "Kenapa kau jadi macam ni Daboh!" rintih Mak Leha bila sekali sekala dia tidak dapat menahan perasaan terharunya melihat keadaan anaknya itu. Daboh hanya tersengih-sengih melihat emaknya menangis merintih-rintih. Kadangkala dia menggaru-garu belakang dengan menggosokkannya ke dinding. Atau dia berjalan berligar-ligar di dalam kandang kayu yang dibuat berpasung itu. Daboh tidak akan menyahut apa-apa kalau emaknya merintih-rintih di depannya. "Nasib kaulah Daboh, kalau pendek umur emak macam manalah kau Daboh" Mak Leha menahan kesedihan yang mengganggu jiwanya. Daboh hanya tersengih-sengih. Dia tidak peduli emaknya merintih-rintih tersedu di depannya. Sama ada Daboh terkena badi binatang hutan, Mak Leha tidaklah hiraukan sangat kerana dia tahu Daboh memang gemar berburu. Pernah juga dia mengidap sakit telinga berdarah selepas dapat menjerat kijang. Ketika kijang meronta-ronta dia dan kawan-kawannya merebahkan binatang itu ke tanah. Daboh menekan lututnya ke pangkal telinga kijang itu bagi membolehkan Lajis menyembelih. Balik dari hutan itu semua mereka yang pergi seramai 8 orang jatuh demam. Lajis demam kena beguk hingga kedua-dua belah lehernya bengkak. Mat Jol yang memegangkan kaki pula kena bisul pada betis samapai sebulan lebih menghidap bengkak betis. Rasip meracau-racau takutkan orang besar mengganggu setiap kali terlena. Liham pula sakit mata sebulan biji matanya merah tidak boleh melihat. Sanip pula terberak-berak darah menghidap berbulan-bulan. Hendak dikatakan buasir bukannya penyakit buasir, tetapi duburnya terasa seperti luka baru sembuh. Keenam-enam mereka terkena badi kata Dukun Sood. Lajis, Mat Jol, Rasip, Liham dan Sarip jeran sejeran-jerannya selepas dikatakan badi kijang itu. Baik saja dari sakit mereka tidak mahu lagi berburu binatang hutan. Lajis yang menyembelih kijang terasa lehernya pedih bagaikan dihiris dengan pisau semasa menghidap beguk itu. Kalau beguk biasa dua tiga hari akan sembuh. Atau ianya boleh menjangkit pada orang lain. Sebaliknya beguk yang dihidap oleh Lajis sampai lebih sebulan. Terpaksa Dukun Sood berkebas dengan kain hitam dan mayang pinang. Sementara Mat

Page 32: Koleksi Tok Awang Ngah 2

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

32

Jol yang memegangkan kaki, betisnya pula hinggap bisul. Betis itu membengkak sampai sebesar batang pinang. Dukun Sood juga mengubatnya dengan merendang bertih. Hampir sebulan dia mengidap barulah bisul itu meletus hingga keluar nanah bercampur darah pekat. Rasip cuma duduk saja diatas badan kijang yang sudah rebah ke tanah. Dia tidak melakukan apa-apa. Tetapi apabila balik ke rumah dia kena demam panas seluruh badan. Setiap malam dia merepek meracau-racau takutkan orang besar datang mencekik lehernya. Dukun Sood berkebas dengan kain hitam juga di samping air tujuh geluk dari tujuh kuala sungai dibubuh bunga tujuh warna. Sampai kurus badan Rasip menderita sakit barulah dia pulih semula. Sementara Liham pula kerana mahu cepat dia menerpa hingga pahanya menghimpit bahagian mata kijang. Mungkin itulah sebabnya dia mengidap sakit mata sebulan lebih. Matanya merah tidak boleh celik kalau berdepan dengan cahaya. Apabila bangun pagi kedua pelupuk matanya seperti kena gam melekat tidak boleh dibuka. Terpaksa pula dibasuh dengan air embun. Kadangkala mata itu pedih seperti dibubuh pasir. Sanip yang melompat ke atas perut kijang itu berdiri dan menginjak-nginjak supaya binatang itu tidak dapat berkuat terkena pula sakit terberak-berak darah. Semuanya berubat kepada Dukun Sood. Mengikut cerita Dukun Sood memang mereka terkena badi kijang. Begitu jugalah Daboh yang menghimpit pangkal telinga kijang itu dengan kepala lututnya, menyebabkan telinganya berdarah. Dia merasa menggelegak macam dimasuki lipas. Bila disumbat dengan kapas didapati kapas itu berdarah. "Binatang hutan ada gembala, kalau tak tahu permainan gembalanya nanti kita yang musnah" Dukun Sood mengingatkan mereka supaya jangan lagi memburu binatang hutan. "Yang kuat badinya burung puyuh..." jelas Dukun Sood menasihati anak-anak muda yang ghairah memburu itu. "Yang kedua ayam denak, yang ketiga rusa dan keempat kijang. Nasib baiklah awak semua terkena badi kijang, masih boleh ditolong" beritahunya macam memberi amaran. Lajis, Mat Jol, Rasip, Liham dan Sanip memang tidak berani lagi sebut perkara memburu di hutan. Tetapi Daboh tetap berdegil. Dia tidak mengalah walaupun dilarang oleh Dukun Sood. Kalau kawan-kawannya tidak mahu ke hutan dia pergi berseorangan saja. Dia akan memasang jerat di tempat biasa dipasangnya. Tidak lama selepas itulah dia selalu duduk termenung tidak ketahuan. Akhirnya berubah menjadi seperti sekarang ini. Dia merayau-rayau ke merata kampung dengan membawa sebatang kayu. Di mana ada pokok dia berhenti lantas bersandar melepaskan penat. Kadangkala dia bercakap seorang diri tidak tentu biji butir. Bila terserempak Sarip Kubung dia akan berlari terhencot-hencot ketakutan. Abangnya akan menyergah dia menyuruh balik ke rumah. Tetapi Daboh tidak balik ke rumah. Dia lari ke mana saja ikut suka hatinya. Mahu tidak mahu terpaksalah Sarip Kubung berkasar mengheretnya balik ke rumah. Tetapi selepas dikurung dalam pasung kayu, tidak payah lagi Sarip Kubung mengawasi adiknya merayau-rayau ke sekeliling kampung. Dia hanya datang menjengah waktu hendak

Page 33: Koleksi Tok Awang Ngah 2

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

33

makan tengahari atau malam. Mana tahu kalau Daboh mengencing dan memberakkan makanannya, kemudian dibancuh-bancuh sebelum dimakan. Emaknya memang sudah tidak berupaya lagi mahu menjaganya. Orang tua itu mudah menangis melihat perangai anaknya yang berubah sama sekali dari perangai biasanya. Dari seorang anak muda yang tampan, dia sudah menjadi hodoh kerana tidak terurus lagi pakaiannya. Beberapa lama menderita Daboh pun meninggal dunia secara mengejut. Ketika ditemui oleh emaknya, Daboh tertonggeng dengan tubuhnya tersandar pada palang kayu pasung. Mulutnya berdarah dan matanya terbeliak. Kematian Daboh itu seolah-olah terlepaslah beban Mak Leha menjaga anaknya yang sakit hilang akal itu. Dukun Sood hanya menggeleng-gelengkan kepala melihat keadaan Daboh, kerana dia tidak berupaya untuk menyelamatkan anak muda itu. "Inilah sakit badi binatang hutan" keluh Dukun Sood sewaktu jenazah Daboh dibawa ke kubur. "Dia memang degil" Sarip Kubung menjelaskan. "Sudah dilarang jangan pergi mencari barang hutan, dia pergi juga. Tengok Lajis, Mat Jol, Liham, Sanip, Rasip semua dengar nasihat Dukun Sood, hah selamat!" ujarnya seolah-olah menyesali sikap adiknya itu. "Badi apakah agaknya Tok Dukun?" Lajis mahu tahu tentang peristiwa malang yang menimpa kawan baiknya itu. "Entahlah" dia menggeleng kepala. "Tak taulah pula binatang apa, tetapi biasanya yang keras macam ni ayam denak atau rusa" kata Dukun Sood mengagak-ngagak. "Boleh jadi ayam denak" Mat Jol menyampuk. "Mana kau tahu?" soal Lajis macam terkejut mendengar cerita baru dari Mat jol itu. "Ada dia cakap pada aku" jelas Mat Jol mengingatkan balik cerita Daboh kepadanya sebelum kawannya itu jatuh sakit. Semasa memasang jerat di satu kawasan lapang, dia telah dapat menjerat seekor bapak denak. Ketika dia mahu cepat menyerbu ke tempat jerat itu terpasang takut ayam denak itu terlepas, seekor ular hitam melintas di depannya menyebabkan dia tersentak. Daboh terkejut melihat ular melintas cepat di depannya, kemudian hilang ke dalam belukar. Dia terpaksa membiarkan ular tersebut melintas, barulah dia mengejar jeratnya yang sudah mengena. Dalam keadaan kelam-kabut itu dia tidak nampak ke manakah perginya ayam denak terkena jerat itu. Tetapi di depannya berdiri seorang lelaki tua berpakaian serba hitam. Lelaki tua itu mengelek ayam denak terkena jerat tadi. "Mengapa jerat ayam Aki?" tanya orang tua itu ramah. "Tidak, saya jerat ayam denak" sahut Daboh keheranan kerana ayam yang dikelek oleh lelaki itu bukannya ayam denak, tetapi ayam kampung biasa. "Ayam Aki selalu mengekas di sini, mana ada ayam denak dekat sini" jelas orang tua itu lagi. Daboh heran juga kerana selama ini dia tidak pernah melihat lelaki berkenaan. Tetapi dari raut wajahnya orang tua itu sangat ramah dan baik hati. Dia tidak memarahi Daboh walaupun ayamnya terkena jerat Daboh. "Tak ada ayam denak di sini. Semuanya ayam Aki yang mengekas di sini" ujarnya lagi sambil menunjukkan ke arah pondoknya di bawah bukit. Bertambah heran Daboh kerana selama ini tidak pernah dia melihat ada pondok di situ. Kalau mahu dikatakan dia tersesat, tidak ada tanda-tanda dia tersesat. Kawasan tersebut sudah biasa sangat kepadanya. Malah tempat dia menahan jerat denak itu sudah kerapkali dipasangnya jerat. "Jangan pasang jerat lagi di sini ye, nanti

Page 34: Koleksi Tok Awang Ngah 2

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

34

terkena lagi ayam Aki" orang tua itu mengingatkan dia. "Aki nak jual ayam-ayam tu, kalau tak jual ayam siapa nak belikan beras Aki" ujarnya menasihatkan Daboh. Daboh mengangguk. Dia merasa tersalah tempat pada kali itu. Boleh jadi juga dia tersesat dari tempat biasa dia memasang jerat. Kadangkala kawasan pinggir hutan itu sama saja. Apabila melepasi satu bukit maka akan sampai ke kampung lain pula. Manalah dia kenal dengan orang-orang di kampung lain, terutama dengan orang tua-tuanya. "Maaflah Aki..." sahut Daboh kesal. "Saya tak sangka pula tempat ni dekat dengan rumah Aki. Lain kali saya tak datang lagilah" dia memberi jaminan tidak akan memasang jerat di situ lagi. "Eloklah tu, ayam Aki memang mengekas dekat sini selalunya, nanti terkena pula ayam nenek lagi" ujarnya tersenyum sambil mengelek ayamnya dibawa balik. Besoknya apabila Daboh datang lagi ke situ didapatinya tempat pondok orang tua yang ditunjukkan kepadanya semalam hanya belukar teberau saja. Bulu ayam yang reras kerana menggelupur semasa terkena jeratnya juga memang bulu ayam denak. Inilah puncanya Daboh meradang seolah-olah dipermainkan oleh orang tua itu. Dia telah mengambil ketul-ketul batu membalingkan ke arah belukar teberau yang dilihatnya ada pondok. Betul-betul meradang benar hati Daboh kerana jeratnya yang sudah mengena, tetapi ditipu oleh orang tua berkenaan. Daboh masih berpegang kuat bahawa tidak ada badi pada ayam denak, sebaliknya dia telah ditipu oleh orang tua yang dilihatnya semalam. Kepada Mat Jol dia menceritakan apa yang dilihatnya. Sejak itulah dia selalu termenung, kerana teringatkan peristiwa bertemu dengan orang tersebut. Dia berdendam kepada orang tua yang berpura-pura ramah dan baik hati itu, sebaliknya telah menipu dia. "Mengapa kau tak beritahu Dukun Sood semasa aruah ni sakit?" soal Lajis kesal dengan sikap Mat Jol merahsiakan kejadian tersebut. "Dia tak beri aku cakap dengan orang lain" jelas Mat Jol mempertahankan dirinya. "Kau tak boleh dengar cakap dia" gerutu Lajis. "Ah, sudahlah. Dah tak ada apa-apa lagi nak ungkit-ungkit" Sarip Kubung memarahi mereka berdua. "Sekarang ni dia dah tak ada, tak guna lagi sebut fasal-fasal yang sudah" tegasnya. Daboh selamat dikebumikan. Mak Leha yang paling sedih dengan kematian Daboh, kerana itulah satu-satunya anak bujangnya yang tinggal bersama dia. Ketiadaan Daboh bererti dia tinggal kesepian. Memang dia boleh tinggal di rumah Sarip Kubung, tetapi apalah gunanya memberatkan bebanan anaknya yang sudah berkeluarga itu. Malam selepas Daboh dikebumikan terdengar sayup-sayup dari kuburnya seperti merintih-rintih semasa dikurung dalam pasung kayu. Mak Leha memberitahu perkara itu kepada Sarip Kubung. Disebabkan rumah Mak Leha memang berhampiran dengan tanah perkuburan, maka suara itu jelas kedengaran kepadanya. Pada malam kedua, Sarip Kubung bersama dengan Lajis dan Mat Jol datang melihat ke kubur itu setelah Dukun Sood menyuruhnya membacakan Yassin di atas kubur. Mereka bertiga bergilir-gilir membacakan Surah Yassin sejak pukul enam petang lagi sehingga sampai maghrib. Waktu maghrib masuk saja terdengar lagi rintihan dari kuburmya meminta pertolongan. Setelah dijiruskan air Yassin rintihan itu mengendur. Tetapi rintihan itu berulang lagi kalau diberhentikan membaca Yassin dan dijiruskan dengan air Yassin di atas kubur. Hingga hampir masuk waktu Isya' rintihan itu tidak kedengaran lagi. Mereka bertiga pun balik ke rumah, kerana Dukun Sood menyuruh mereka mengulangi sehingga 7 malam. Disebabkan tidak

Page 35: Koleksi Tok Awang Ngah 2

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

35

ada lagi rintihan dari kubur Daboh, mereka mengambil keputusan untuk balik. Malam esoknya akan diulangi lagi membaca Yassin. Sampai saja di rumah Sarip Kubung mendapati isterinya Jibah tidak sedarkan diri pula. Kelam-kabut dia kerana tidak satu, satu bala datang menimpa. Baru saja kematian adik, isteri pula sakit. Malam esoknya disebabkan Jibah sakit, terpaksalah Sarip Kubung tidak pergi membacakan Yassin seperti yang disuruh oleh Dukun Sood. "Macam kena kelintasan Jibah ni" keluh Dukun Sood melihat buih hijau keluar dari mulut perempuan itu. "Hus, bala apa pula ni" Sarip Kubung menggertap bibir mengenangkan nasib malang yang menimpa dirinya itu. "Sabarlah Sarip" kata Dukun Sood. Mak Leha juga menasihati Sarip Kubung supaya bersabar. Sanak saudara Jibah juga menyuruh bersabar. Tetapi Sarip Kubung tidak dapat menahan sabar. Manalah hatinya tidak remuk dengan kejadian di kubur adiknya yang merintih-rintih meminta tolong darinya, Jibah pula tiba-tiba saja kelu lidah dengan muntah hijau meleleh dari mulut. "Jibah, kena badi juga ke?" Sarip bertempik melepaskan geramnya. Memang selalunya Daboh akan mengirimkan dia daging kijang atau rusa sekiranya kena perangkap. Apakah orang yang makan daging binatang hutan juga akan dihinggap badinya? "Sarip,sabarlah. Bawa astaghfar..." pujuk ayah mertuanya yang turut bersedih kerana anaknya sendiri sakit mengejut. Orang-orang mula menduga mungkin kerana Sarip Kubung cuba menolong adiknya, maka badi tersebut menyerang Jibah pula. Sebab itulah sebaik saja Sarip Kubung membaca Yassin di atas kubur Daboh, tiba-tiba saja Jibah tidak sedar diri. Seminggu Jibah terlantar tidak sedarkan diri dengan air liur meleleh keluar hijau seperti lumut, akhirnya dia mati. Selepas Jibah mati tidak lagi didengar rintihan Daboh setiap kali tiba waktu maghrib. Lajis, Mat Jol dan Rasip juga tidaklah lagi perlu membaca Yassin di atas kuburnya. Dua tahun kemudian Dukun Sood pun berpindah ke Segamat. Sampai sekarang sudah lebih 20 tahun dia tinggal di Segamat. Anak saudaranya Mahmud yang mengajak saya berjumpa dengan Dukun Sood ini. Dia berpindah ke Segamat pun kerana bekerja dengan pemborong pejabat ukur. Apabila taukehnya membuat kerja-kerja ukur di Segamat, dia mengambil keputusan untuk menetap di sana. Sesiapa pun tidak tahu mengenai dirinya pernah menjadi dukun sebelum itu di Pahang. Anak saudaranya ini memang berasal dari Pahang, tetapi selalu juga dia menjengah Dukun Sood di Segamat. Dari Mahmud inilah saya dengar cerita mengenai pengalaman Dukun Sood mengubat Daboh yang dikatakan terkena badi itu. Dukun Sood termenung bila saya bangkitkan semula cerita Daboh ini kepadanya. Kemudian barulah dia mahu bercakap. Perlahan saja dia memberitahu saya, "Sebenarnya badi tu tak seberapa, ada rahsia lain lagi". "Betul ke kubur Daboh tu ada bunyi?" tanya saya. Dukun Sood mengangguk dengan wajah terharu. "Dia memanggil-manggil abangnya meminta tolong. Katanya panas tak tahan" ujarnya. "Kalau dia hilang akal, macam mana boleh minta tolong?" saya mahu tahu lebih lanjut. "Itu yang susah nak jawab" kata Dukun Sood lagi. "Perkara dah berlaku dua puluh tahun, susah nak cakap" jelasnya macam tidak mahu menerangkan lebih lanjut kepada saya. Tetapi setelah Mahmud memberitahu mengenai diri saya, barulah dia mahu menerangkan.

Page 36: Koleksi Tok Awang Ngah 2

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

36

"Ustaz tentu lebih tahu dari saya, Huwa auwalu walakhiru walzahiru walbatinu, wahuwal aliyul azim" dia menatap muka saya. Saya terangguk-angguk mendengarnya. Mungkin Dukun Sood tidak mahu lagi mengenangkan peristiwa tersebut. Tetapi disebabkan saya bertanya, mahu tidak mahu terpaksalah dia menerangkan. Lagipun Dukun Sood tidak mahu orang-orang di situ mengetahui dirinya pernah menjadi dukun. "Saya tak berdukun lagi Ustaz, saya ni dah tua" dia merendahkan suaranya. Disebabkan saya mahu sangat mengetahui rahsia kematian Daboh, Dukun Sood memberitahunya dengan rasa terharu. "Sebenarnya, Sarip Kubung ternampak orang lelaki melompat keluar dari tingkap biliknya semasa baru balik dari surau" beritahu Dukun Sood. Peristiwa ini tidak sahih, kerana Sarip Kubung hanya terdengar bunyi orang terjun ke tanah kemudian lari. Dia bertanyakan kepada Jibah, tetapi Jibah sanggup menjunjung Quran mengatakan tidak ada siapa pun yang naik ke rumah. Disebabkan Sarip Kubung orang yang kuat belajar agama, tidak beranilah dia menuduh Jibah berlaku curang terhadap dirinya. Bagaimanapun dia terpaksa memberitahu hal itu pada Dukun Sood. Memang Dukun Sood tidak percaya Jibah boleh melakukan perbuatan demikian. Disebabkan Dukun Sood berkawan baik dengan ayah Sarip Kubung, dia menyuruh Sarip Kubung membuat sembahyang Tahajud selama 44 malam untuk membuktikan isterinya berlaku curang atau tidak. Sarip Kubung melakukan seperti apa yang disuruh oleh Dukun Sood. Selepas 44 malam dia melakukan sembahyang Tahajud, didapati Jibah tidak ada apa-apa perubahan. Yakinlah dia dengan pendapat Dukun Sood bahawa Jibah tidak berdosa. Hanya perasaan cemburunya saja yang menyebabkan dia ternampak kelibat orang terjun dari tingkap. Hatinya menerima kesucian isterinya dengan tenang dan bersyukur pada Allah. Jibah pula merasa senang hati kerana suaminya tidak lagi mengesyaki dia berlaku curang. Tidak lama kemudian Sarip Kubung sekali lagi dirundung malang bila adiknya Daboh pula kena badi binatang hutan. Daboh jadi hilang akal selepas dikatakan berjumpa orang tua ketika menjerat ayam denak. Puas pula Sarip Kubung berusaha mengubat adiknya itu, tetapi akhirnya mati dalam keadaan mengerikan. "Itulah kesan sembahyang Tahajud dan bacaan Yassin" keluh Dukun Sood mengingat-ingatkan kembali peristiwa 20 tahun lampau. "Memang benar Daboh yang terjun dari tingkap rumah abangnya, sementara isterinya berlaku curang dengan adiknya sendiri. Tapi saya rahsiakan ini dari Sarip Kubung..." ujar Dukun Sood dengan rasa terharu. Sebab itulah dia berdalih mengatakan Daboh terkena badi binatang hutan semata-mata mahu menyembunyikan perkara sebenarnya. Daboh sendiri mengaku di depan Dukun Sood dengan penuh kesal, tetapi dia sudah tidak dapat menahan Sarip Kubung meneruskan sembahyang Tahajud dan membaca Yassin yang sudah dibuatnya hampir genap 44 malam itu.

Page 37: Koleksi Tok Awang Ngah 2

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

37

015. LELAKI GIGI RONGAK SEHINGGA pukul 11 malam Razi masih belum membuat keputusan untuk balik ke kampungnya di Pulau Sebang di Melaka. Tidaklah jauh sangat dari Kuala Lumpur ke Pulau Sebang, dalam 2 jam setengah pun boleh sampai. Anak dan isterinya sudah balik seminggu lebih awal, kerana persediaan adiknya yang akan berkahwin. Serba salah juga dia sama ada mahu balik malam itu juga atau pada esok paginya. Maklum sajalah kalau balik pada malam itu pun tidak ada gunanya kerana majlis pernikahan sudah pun berlangsung kira-kira pukul 9.30 malamnya. Dia sudah berjanji dengan isterinya Ani untuk balik juga ke Pulau Sebang pada malam tersebut, tetapi tidak jadi disebabkan urusannya dengan seorang kontraktor tidak selesai. Kontraktor itu mengajak makan terlebih dahulu di sebuah restoran. Kalau dia menolak pelawaan kontraktor itu juga tidak berapa sedap, kerana mereka berdua sudah berkawan lama. Lagi pun upacara pernikahan tidaklah berapa penting sangat, kerana yang menikah itu adik isterinya. Lainlah kalau adiknya sendiri, tentulah dia penting untuk hadir sama sebagai wali kerana ayahnya sudah lama meninggal dunia. Sebab itu Razi memenuhi pelawaan kawannya itu untuk makan malam. Bersama kawannya itu adalah lagi lima enam orang rakan berniaganya makan bersama, kerana mereka mahu berkenalan juga dengan pegawai muda seperti Razi. Dalam masa makan itu masing-masing bercerita juga mengenai cerita di tv yang sangat menarik. Salah seorang darinya bercerita pula mengenai pengalaman seorang kawannya terserempak dengan langsuyar semasa balik ke rumahnya di Cheras. Tetapi Razi kurang yakin dengan cerita itu. "Zaman moden ni mana ada langsuyar" Razi tidak percaya dengan cerita kawannya itu. "Itu saya tak tau laa Encik Razi" jelasnya tersengih-sengih. "Tapi kawan saya tu ternampak seorang perempuan mahu menumpang motosikalnya. Bila perempuan tu dah naik, dia pun mengilai menyebabkan kawan saya itu terbabas jatuh motor" katanya mempertahankan kebenaran ceritanya. Geli benar hati Razi mendengar cerita kawannya itu. Dalam zaman moden demikian pun masih ada juga orang mempercayai akan ujudnya langsuyar mengganggu manusia. Tetapi untuk menjaga hati kawannya itu dia tidaklah terus berhujah. Dia hanya tersengih-sengih saja mendengar cerita kawannya itu. "Selalu orang terjumpa langsuyar di kawasan Cheras tu" ujar kawannya itu. "Di situ ada kubur?" seorang kawan Cina bertanya. "Memang di situ ada kubur" katanya mengerutkan dahi. "Bukan kubur Melayu saja, kubur Cina pun ada, kubur Kristian pun ada" jelasnya lagi. Razi tersengih-sengih. Di Kuala Lumpur ini pun masih ada orang yang percaya tentang kemunculan langsuyar. Lainlah kalau kampung-kampung yang masih terdapat pohon-pohon rimbun, pokok-pokok nyiur yang tinggi melambai dan suasana malam yang sepi. Semua keadaan tersebut boleh menimbulkan ketakutan kepada mereka yang lemah semangat. Di Kuala Lumpur suasana seperti itu tidak ada lagi. Cahaya lampu terang benderang di kiri kanan jalan. Kereta menderu di jalan raya sehingga sampai ke subuh, suasana tidak pernah sepi dengan lori-lori

Page 38: Koleksi Tok Awang Ngah 2

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

38

mengangkut barang bergema membelah malam. Masakan langsuyar berani muncul dalam keadaan seperti ini. "Awak pernah jumpa langsuyar?" Razi menduga. Kawan itu menggeleng kepala. Dia sendiri tidak pernah bertemu dengan langsuyar cuma mendengar cerita dari kawan-kawan saja. Razi ketawa kecil mendengar jawapan kawannya itu. Macam mana kawan itu boleh percaya sangat sedangkan dia tidak pernah berjumpa. Sekadar mendengar cerita orang saja tidak boleh diterima sangat, kadangkala kilauan bayang pun mereka kata langsuyar disebabkan mereka lemah semangat. Apabila balik dari makan di restoran berkenaan, Razi pun balik ke rumahnya di Ampang. Mula-mula dia merasa tidak dapat tidur, boleh bangun pagi sedikit, dan sempat sampai ke rumah mertuanya di Pulau Sebang kira-kira pukul 8.30 pagi. Selepas subuh, bolehlah terus bertolak balik. Hingga pukul 11 malam dia merasa gelisah kerana tidak memenuhi janjinya kepada isterinya untuk balik kalau tidak ada apa-apa urusan lain, sebaliknya kalau ada hal dia akan cuba sampai ke Pulau Sebang jam 8.30 pagi besoknya. Kerana hatinya berkata-kata lantas Razi mengambil keputusan untuk balik saja ke Pulau Sebang malam itu juga. Sebelum balik dia datang dulu ke rumah saya, kira-kira hampir jam 12 tengah malam dia sampai ke rumah saya. Ia memang selalu juga datang ke rumah saya tidak kira pukul berapa pun. Memang dia tahu saya tidak pernah merasa terganggu kalau ada orang datang pada tengah malam demikian. Saya masih membaca buku semasa dia datang memberi salam. Saya pelawa dia masuk, tetapi dia bercakap dari dalam kereta saja. "Saya nak balik malam ni juga Ustaz" dia memberitahu. "Kata nak balik besok" isteri saya memotong sebaik saja tercegat di belakang saya."Balik jengah muka, nanti apa pula kata orang kalau besok baru nampak muka" ujarnya tersengih-sengih. "Kau, balik seorang saja?" tanya saya. "Ya Ustaz" sahutnya masih tidak keluar dari kereta. "Jadi besok Ustaz datang ya, jangan tidak pula. Nanti, masam pula muka orang rumah saya" katanya mengingatkan. Isterinya Ani berkuat mengajak saya ke majlis kahwin adiknya itu. Sebab itu dia desak Razi supaya datang dengan membawa keluarga saya sekali sekiranya balik pada sebelah pagi Ahad. Malah Ani sendiri lebih suka Razi balik pada hari Ahad daripada petang Sabtu. Pada mulanya Razi bercadang mahu balik pada pagi Ahad, tetapi bila mengenangkan akan bertolak jam 6 pagi, tentulah tidak sedap mengajak saya bersama pada pagi demikian. Kalau mahu pukul 10 pagi pula, dia bimbang dituduh tidak mengambil berat hal keluarga isterinya. Ini semualah yang menjadi serba salah kepadanya. Saya pun bersetuju akan pergi sendiri pada besoknya. Hubungan kami sekeluarga dengan keluarga mereka amat baik, jadi tidak sedaplah kalau tidak memenuhi permintaannya. Malah Ani sudah 'mengagih'kan anak lelakinya kepada saya. Pada mulanya budak itu sakit saja, tetapi selepas dibawa berjumpa saya, Alhamdulillah budak itu sihat. Itulah pun puncanya kami berkawan rapat. "Saya balik dulu Ustaz, jadi besok saya jemput Ustaz ye!" katanya tersengih-sengih. "Malam-malam macam ni kalau mengantuk berhenti, tidur dulu. Lepas tu kalau nak jalan, baru jalan pulak" ujar saya supaya dia tidak tergopoh-gapah mahu cepat sampai. "Baiklah..." dia memberi pengakuan.

Page 39: Koleksi Tok Awang Ngah 2

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

39

Apabila dia meninggalkan rumah saya, Razi tidak ke mana-mana lagi. Dia teruslah balik mengikut highway Seremban. Ketika ini memang jam lebih 12 tengah malam. Cuaca juga sejuk, dan kereta juga tidak banyak lagi lalu lalang. Selepasa tol Kuala Lumpur, hujan mulai turun renyai-renyai. Razi tidak berani melarikan keretanya laju-laju kerana bimbang jalan licin. Dia memang selalu mendengar nasihat saya iaitu apabila membawa kereta janganlah terlalu laju. Walaupun pada sebelah malam demikian jalannya lapang, tetapi tidak ada gunanya membawa kereta terlalu laju. Apa sangat mahu dikejar cepat-cepat, kerana tidak ada apa-apa yang mesti disegerakan. Kalau mahu mengejar majlis pernikahan, upacara tersebut sudah pun selesai, mungkin jam 10 malam lagi. Dia sampai di Pulau Sebang pun tentu semua orang sudah tidur, kalau ada yang berjaga pun hanya budak-budak main terup di penanggah. Mereka ini sengaja berjaga supaya penanggah tidak diganggu anjing atau apa-apa. Hujan renyai-renyai tidak berhenti sepanjang perjalanan itu. Bagaimanapun ada juga kereta yang laju hingga memotong keretanya. "Hah, nak mampus agaknya bawa kereta laju-laju" rungut Razi apabila keretanya dipotong oleh sebuah kereta BMW. Jalan lurus di highway itu tidaklah cepat sangat hilang cahaya lampu kereta di depan. Lama juga baru lampu kereta BMW yang memotongnya hilang dari pandangan. Dalam masa dia memarahi kereta laju itu tiba-tiba saja seorang pemuda menunggang motorsikal memakai jaket hitam memotong keretanya. Berani sangat penunggang motorsikal itu melarikan motorsikal demikian lajunya pada malam tersebut, apalagi tatkala hujan renyai-renyai. "Celaka motor ni, nak mampus lari laju-laju" gerutunya kerana meradang sangat dengan sikap penunggang motorsikal yang berani melarikan motorsikal terlampau laju dalam hujan renyai-renyai dan tengah malam pula. Motorsikal itu juga lenyap dalam kegelapan malam, mungkin kerana larinya terlalu laju meninggalkan kereta dia jauh di belakang, mungkin juga cuaca terlampau gelap kerana hujan renyai-renyai turun tidak berhenti. Dari cahaya lampu keretanya memang hujan yang turun itu nampak jatuh halus-halus menimpa cermin keretanya. Sebab itu dia tidak nampak pandangan jauh di hadapan. Walaupun tengah malam masih ada juga kereta lalu lalang sama ada di jalan menuju ke Seremban, begitu juga jalan menuju ke Kuala Lumpur. Kadang-kala dia perlu juga berhati-hati kerana ada tempat-tempatnya jalan sedang dibaiki. Berjalan berkereta pada waktu malam mata mesti cekap memerhati. Tidak terasa pula mengantuk pada Razi. Untuk menghilangkan rasa mengantuk dia membunyikan radio.Setidak-tidaknya boleh juga mendengar siaran warta berita pendek atau ada juga lagu-lagu hiburan. Kalau dipasang kaset lagunya balik-balik itu saja. Lagi pun Razi lebih gemar mendengar radio dari kaset, kecuali kalau berjalan bersama isterinya, Ani lebih gemar mendengar kaset. Melepasi saja simpang ke Bangi, Razi nampak dari cahaya lampu keretanya seorang pemuda menahan keretanya. Ternyata pemuda itu di dalam kesusahan kerana motorsikalnya rosak. Dia cam betul bahawa pemuda itu adalah penunggang motorsikal yang memotong keretanya tadi. "Tolonglah saya bang" kata pemuda itu merayu "Sampai kat simpang Nilai cukuplah" ujarnya mahu menumpang kereta Razi. Mula-mula curiga juga Razi, mana tahu perompak yang sengaja

Page 40: Koleksi Tok Awang Ngah 2

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

40

menyamar meminta pertolongan. Kemudian apabila sampai di pertengahan jalan kawan-kawannya sudah menunggu. Sudah tentu dia terperangkap dengan tipu muslihat perompak begini. Bagaimanapun dia sudah behenti apabila ditahan oleh pemuda berkenaan. Serba salah juga dia kalau menolak permintaan pemuda itu. "Janganlah takut bang, saya bukannya budak jahat" dia semacam tahu apa yang difikirkan oleh Razi. "Motor saya buat hal pulak, saya nak balik ke Nilai. Saya kerja Polis Bandaraya, janganlah abang bimbang" katanya membuka jaket hitamnya. Memang benar dia memakai uniform polis bandaraya. Setelah merasa yakin pemuda itu tidak berbohong, dia pun membenarkannya menumpang. "Nanti, saya letakkan motor saya ke dalam sikit" katanya tersengih menampakkan giginya yang rongak. Kemudian dia menolak motorsikal itu ke lorong tempat jual buah-buahan. Setelah merasakan motorsikalnya selamat dan tidak akan diusik orang, pemuda itu naik ke kereta Razi. "Malam-malam macam ni mana nak cari Formen" keluhnya lantas menghulurkan tangan bersalaman dengan Razi. "Nama saya Jenal, duduk kat Nilai. Berulang-alik aje kerja di Kuala Lumpur" jelasnya sambil membetulkan leher baju uniformnya. Jaket hitamnya diribanya saja. "Saya Razi" beritahu Razi perlahan. "Abang nak ke mana?" tanyanya pula. "Balik kampung" ujar Razi. "Kampung abang di mana?" dia menyandarkan badannya. "Pulau Sebang" beritahu Razi ramah. Dia sudah yakin bahawa pemuda itu seorang polis bandaraya, bukan perompak. "Berjalan malam macam ni, perompak saya tak takut" kata Jenal tersengih-sengih menghadapkan mukanya kepada Razi. Jelas pada Razi giginya rongak apabila dia tersengih-sengih itu. "Habis awak takut apa?" Razi menduga. Dia tidak terus menjawab, tetapi kepalanya berlenggok-lenggok mengikut irama lagu di radio. "Awak takut apa?" ulangi Razi mahukan kepastian. Berjalan di waktu malam tentulah mereka bimbang perompak. Mana tahu mereka menanti di mana-mana, kerana perjalanan jauh seperti ini kereta tidak banyak lalu lalang. Kalau terjadi rompakan sesiapa pun sukar mendapat bantuan segera. Apa lagi kalau kereta dilarikan nescaya mereka akan terlonta-lonta mencari pertolongan. Mungkin peronda lebuhraya ada membuat rondaan, tetapi mereka sukar mengesan kejadian-kejadian sedemikian. "Awak tak takut perompak?" tanya Razi lagi. "Tak, saya tak takut" ujar Jenal terangguk-angguk. "Tapi, saya takut kalau ada hantu, mana kita boleh lawan dia, sebab dia makhluk halus" jelasnya macam ketakutan. "Jangan awak percaya benda-benda tahyol tu, Jenal" Razi menasihatkannya. Jenal terdiam bila Razi mengatakan dia tak percaya kepada tahyol. Dia merenung ke hadapan saja memerhati cermin kereta ditimpa titis-titis hujan yang halus. "Kawan saya dah kena bang" beritahu Jenal perlahan seolah-olah mengingatkan sesuatu. "Dekat simpang Nilai itulah kawan saya kena. Dia pakai motorsikal sayalah, lalu di situ hari malam" katanya menyeringai menampakkan giginya yang rongak berkarat. Apabila dia mengangakan mulut terbau juga bau busuk wap mulutnya oleh Razi. Dia terangguk-angguk merenung cermin kereta ditimpa titis-titis hujan halus. Sekali-sekala Razi mengerling juga ke arahnya sambil tersenyum seolah-seolah mengejek pemuda itu yang percaya sangat cerita-cerita tahyol. Malah sejak di restoran tadi Razi sudah diceritakan perkara-perkara tahyol demikian.

Page 41: Koleksi Tok Awang Ngah 2

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

41

Hendak dikatakan dia tidak percaya langsung juga tidak boleh. Ketika anaknya selalu sakit-sakit saja, Ani mendesaknya berubat cara kampung. Sudah dibawa ke klinik pakar pun, namun doktor tidak dapat memberi jawapan yang tepat. Kepala anaknya tumbuh bisul yang boleh beralih-alih benjolnya. Apabila doktor mahu mengambil keputusan untuk dibedah saja, Ani berkeras tidak mahu. Dia bimbang anaknya akan cacat akal kerana sakit di kepala tidak boleh dipandang ringan. Ani mendesaknya supaya anaknya dibawa berubat di mana-mana. Kebetulan jirannya itu teman baik saya, maka teman baik itulah mengesyurkan Ani supaya menemui saya. Kebetulan pula dengan izin Allah, setelah saya doakan sedikit kemudian meminta dia menukar nama anaknya yang sedap didengar tetapi ertinya dalam Bahasa Melayu tidak berapa baik, mudah-mudahan sembuh pula. Budak itu sihat sampai sudah bersekolah pun tidak pernah lagi sakit. Sebab itulah dia 'agih'kan budak itu pada saya mengikut kepercayaan orang-orang Melayu di kampung.Tetapi kalau tidak di"agihkan' pun tak mengapa. Apa yang terjadi pada anaknya ini tidak pula dianggap tahyol oleh Razi, tapi kalau cerita-cerita lain terutamanya mengenai hantu saja cepat dia mengatakan tahyol. Dia tidaklah pula memberi alasan mengapa perkara itu tahyol, sebaliknya tidak percaya saja cerita-cerita mengenainya. Dengan Jenal pemuda gigi rongak yang menumpangnya itu pun Razi tetap dengan pendiriannya tidak percaya cerita-cerita tahyol itu. "Dekat simpang Nilai tu, memang selalu orang jumpa bang" tegas Jenal mahu meyakinkan Razi. "Kawan saya ditahan oleh perempuan kat situ. Dia bawa perempuan tu naik motor saya" dia menambah. Tersengih-sengih Razi mendengarnya cerita pemuda gigi rongak di sebelahnya. Mungkin pemuda itu sengaja mahu menakut-nakutkan dia saja, atau kerana terlalu percaya kepada cerita-ceriya tahyol. Mahu juga dia menempelak Jenal, tetapi tidak mahu pula mengecilkan hati kawan yang baru dikenalinya itu. "Lepas tu dia terbau wangi sangat" ujarnya tidak beralih memerhati cermin kereta ditimpa titis-titis hujan halus. "Apa lagi perempuan itu pun mengilai laaaa" katanya ketawa kecil hingga wap mulutnya berbau busuk. Cerita Jenal itu sudah kerapkali didengar oleh Razi. Masa makan malam di restoran tadi pun kawannya yang datang bersama kontraktor itu pun menceritakan perempuan menumpang motorsikal kawannya yang mahu balik ke Cheras. Sampai berhampiran dengan tanah perkuburan dia terbau wangi, kemudian perempuan yang membonceng motorsikalnya itu mengilai terus hilang dari pandangan. Sebab itulah motorsikalnya terbabas melanggar batu di tepi jalan. Jenal juga mempunyai cerita yang seakan-akan sama, hanya tempat kejadian saja berlainan. Kawan Jenal itu juga jatuh terbabas melanggar tebing jalan setelah perempuan itu mengilai, kemudian hilang seolah-olah asap yang berkumpul ke udara. Seminggu kawannya itu terlantar di hospital besar Seremban. Sejak motorsikalnya itu kemalangan selalu saja motorsikalnya meragam. Tetapi Jenal tidak peduli. Kalau motorsikalnya meragam pada waktu tengah malam apabila balik dari kerja, memang dia tinggalkan saja di tepi jalan. Besokya baru dia datang menengok. Dia tidak bimbang kalau orang mahu mencuri motorsikalnya. Selagi motorsikalnya boleh dipakai dia tidak akan mengganti baru. "Sekarang cari duit susah, bang" beritahunya menjuihkan bibir. "Boleh pakai kita pakai dulu, rosak sikit-sikit kita repair" jelasnya tegas. Razi menggangguk. Dia setuju juga dengan pendapat Jenal. Lebih baik dibaiki saja motorsikalnya kalau boleh digunakan. Lainlah kalau rosaknya sudah terlalu teruk, memang elok ditukar baru kalau duitnya mencukupi. Dalam

Page 42: Koleksi Tok Awang Ngah 2

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

42

masa duit perlu digunakan kepada hal-hal yang lebih manafaat, perkara menukar motorsikal itu memang baik dikemudiankan. Tidak sangka pula dia bertemu kawan yang ramah di jalan. Kalau tidak ada Jenal menumpangnya, mungkin dia kesunyian juga. Ada Jenal di situ, ada jugalah kawan untuk dilawan berbual. Tidaklah sunyi sangat, walaupun Jenal lebih suka bercakap mengenai cerita-cerita tahyol saja. "Sekarang dah dekat dengan simpang Nilai bang" Jenal menepuk bahu Razi. "Abang tak payah hantar saya ke dalam, turun kat simpang cukuplah" dia merendahkan diri. "Tak apa, kalau jauh ke dalam biarlah saya hantar" Razi menawarkan diri. "Tak apalah bang, terima kasih sangatlah. Rumah saya dekat aje dari simpang tu" katanya. "Awak tak takut ke apa-apa?" Razi cuba mengusik. Jenal tertawa terbahak-bahak usikan Razi. Dia seolah-olah tahu Razi sengaja mempersendakan ceritanya tadi. Tetapi dia tidak berkecil hati. Dia tetap melayan dengan mesra usikan Razi itu. "Kalau langsuyar tu perempuan, lebih baik saya pinang aje, buat apa takut" dia masih ketawa terkekeh-kekeh. Razi juga ketawa dengan telatah kawan barunya itu. Tidak sangka pula Jenal pandai bergurau. Dari tutur katanya memang dia percaya Jenal seorang yang ramah dan mudah dijadikan kawan. Ada saja cerita hendak dibualkannya. Simpang ke Nilai kira-kira masih ada 500 meter di hadapan. Kasihan juga hati Razi kalau mahu menurunkan Jenal di kepala simpang. Apalah salahnya kalau dia menolong sesama insan tatkala dia memerlukan pertolongan demikian. Hari sudah jauh malam sudah tentulah dia keseorangan mahu berjalan merempuh kegelapan, di samping hujan turun renyai-renyai. Masakan Jenal budak jahat mahu merompak dia, dengan kawan-kawannya sudah menunggu di kepala simpang tersebut. Lagi pun apa sangat mahu dirompak oleh Jenal darinya. Perompak juga bukanlah merompak tidak mengira mangsa, mereka tentunya merompak mangsa yang telah diekori terlebih dulu. Mereka sudah tahu berapa hasil rompakannya apabila menahan mangsanya. Sebab itulah dia bersedia untuk menghantar Jenal sampai ke pekan Nilai. Lagipun pekan Nilai tidaklah jauh dari simpang tersebut. Selepas menghantar Jenal dia boleh balik semula untuk terus ke Pulau Sebang. "Saya boleh hantarkan awak, hari hujan tu..." beritahu Razi bila sudah ternampak papan tanda menunjukkan simpang ke Nilai lebih kurang 500 kilometer. "Tak apalah bang, hati abang ni cukup baik sangat. Cukuplah turunkan saya di kepala simpang" Jenal tetap merendahkan diri. "Tak takut perempuan tunggu di situ?" Razi tersengih-sengih mengusiknya. "Ah, saya dah biasa dengan hantu-hantu ni, bang" dia tiba-tiba tertawa terbahak-bahak. "Awak pernah tengok hantu ke?" tanya Razi selamba. "Memang pernah bang" beritahu Jenal masih juga tertawa. "Macam mana rupanya?" Razi sengaja mengusik lagi. "Macam sayalah" katanya ketawa lebih nyaring. Razi berpaling melihat Jenal, kerana pemuda itu mengatakan rupa hantu seperti rupanya. Ketawanya nyaring tidak sama seperti mula-mula tadi. Apabila Razi melihat Jenal hatinya berdebar. Pemuda di sebelahnya tadi sudah berbau lebih busuk, matanya macam bola api di kaca, tulang pipinya tersembul keluar, rambutnya ada tompok-tompok darah. Kepalanya seolah-olah tengkorak yang mengerikan.

Page 43: Koleksi Tok Awang Ngah 2

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

43

Terpaku Razi melihat kawan di sebelahnya itu. Dia tidak dapat mengawal keretanya lagi, lantas merempuh batu divider jalan. Keretanya melambung sampai lima enam kali terbalik. Esoknya bila saya dan keluarga pergi ke majlis perkahwinan adik Ani di Pulau Sebang, saya diberitahu Razi terlibat dalam kemalangan semasa balik pada sebelah malamnya. Majlis perkahwinan itu diteruskan juga walaupun Razi dimasukkan ke hospital besar Seremban. Selepas majlis perkahwinan itu, saya bersama-sama Ani melawat Razi di hospital. Ketika saya sampai Razi sudah sedar. Dia sudah boleh berkata-kata walaupun kakinya bersimen. Kepalanya juga cedera dan masih berbalut. Bagaimanapun dia sempat menceritakan pengalamannya itu kepada saya. "Itulah awak, sikit-sikit tahyol, sikit-sikit tahyol" Ani mengejek dia. Tetapi Razi tidak menyahut. Dia mula memikirkan tentang cerita-cerita yang dikatakkan tahyol sebelum ini. Sepanjang dia bercerita dengan saya itu, dia seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. "Macam rasa mimpi aje, Ustaz" katanya menahan kesakitan yang dideritainya. Saya hanya tersenyum saja mendengar ceritaya. Kerana perkara-perkara demikian memang sukar mahu diceritakan kepada orang lain, kecuali orang yang pernah mengalaminya saja dapat memahaminya. "Ada orang cakap, tempat saya jumpa budak tu, tempat orang mati eksiden motorsikal dulu. Dah ada juga dua tiga orang terjumpa hal macam saya ni" jelas Razi lagi macam kesal sangat mengambil keputusan terburu-buru balik pada sebelah malam tadinya. Saya mengangguk-anggukkan kepala saja, kerana ceritanya seperti Razi ini, tidak ada yang mustahilnya kepada saya. Semua boleh berlaku dengan izin Allah.

Page 44: Koleksi Tok Awang Ngah 2

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

44

016. LEMBAGA GHAIB DI BALIK LANGSIR Kebimbangan dan ketakutan penduduk-penduduk di kampung di Chenor sudah diberitahu kepada ketua kampung mengenai ada lembaga menceroboh masuk ke dalam rumah, tetapi boleh menghilangkan diri apabila mangsanya terjaga dari tidur. Bagaimanapun ketua kampung enggan melaporkan kepada polis kerana perkara itu belum sahih. Setengahnya mengatakan orang minyak, tetapi mangsa yang pernah diceroboh tidak pula mengatakan orang minyak. Katanya, lelaki biasa berdiri dekat tempat tidurnya, kemudian hilang di sebalik langsir tingkap, sedangkan tingkap masih berkunci rapat dari dalam. Ketua kampung menyuruh beberapa orang pemuda kampung berkawal malam bagi memerangkap penceroboh berkenaan, tetapi sudah 10 hari mereka berkawal gangguan penceroboh itu masih juga mengancam. Dia sempat naik ke rumah Derih Gagap makan minum sebelum tidur berbaring di sebelah isteri Derih Gagap. Dia telah menanggalkan pakaian Kak Senah, tetapi tidak melakukan apa-apa. Apabila tersedar dari tidurnya kira-kira jam 11 malam, Kak Senah mendapati pakaiannya sudah dilucutkan, manakala lelaki itu terbaring di sebelahnya terlentang.Disebabkan cahaya lampu pelita samar-samar Kak Senah tidak cam mukanya, sebaliknya dia hanya menjerit saja sekuat hati. Ketika ini Derih Gagap ikut sama berkawal. Lelaki itu tidak tergopoh-gopoh lari. Dia hanya berjalan longlai kemudian melompat ke atas tingkap. Dia hilang di sebalik langsir tingkap , walaupun tingkap berkunci dari dalam. Kak Senah memang tidak dapat bangun untuk memukul lelaki berkenaan kerana pakaiannya sudah terlucut. Kelam kabut pula dia menarik cadar tilam untuk membungkus tubuhnya. Kak Senah mengaku dia tidak dicabul oleh lembaga tersebut. Bukan Kak Senah saja, malah Jenab, Mirah, Ibah, Seli yang pernah diceroboh juga mengaku tidak dinodai oleh lelaki yang melucutkan pakaiannya itu. Dia hanya berbaring saja dan lari menghilangkan diri apabila mangsanya terjaga dari tidur. Puas juga ketua kampung memikirkan apakah bencana yang menimpa kampungnya. Untuk dilaporkan pada polis pula, perkara sia-sia saja kerana tidak ada bukti. Malah dia pula akan dimarahi oleh penghulu Mukim kerana seolah-olah mengadakan cerita saja dan mahu menyusahkan pihak polis. "Ini perbuatan orang biasa " kata Aki Kidam apabila diberitahu oleh Derih Gagap mengenai rumahnya yang diceroboh. "Inilah padahnya menuntut ilmu syaitan , buat saja apa yang disuruh syaitan" dia mencemuh. "Kalau dapat aku hentak kepala dia" Derih Gagap menggertap bibirnya.

Page 45: Koleksi Tok Awang Ngah 2

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

45

Aki Kidam tersenyum mendengar kata-kata Derih Gagap yang terlalu geram kerana rumahnya diceroboh. Mujurlah isterinya tidak ternoda. Bagaimanapun dia merasa malu juga lelaki itu berani tidur di sebelah isterinya . Kalau lelaki itu berani menunjukkan diri,memang dia akan tumbuk mukanya . Siapa kalah siapa menang dia tidak peduli. Dia menjadi lelaki dayus kalau membiarkan isterinya ditiduri oleh lelaki lain, sekalipun lelaki itu tidak menodainya. Sebab itulah Derih Gagap meminta nasihat Aki Kidam bagaimana mahu menentang penceroboh tersebut. "Mau melawan orang gunakan ilmu setan, jangan cepat marah" ujar Aki Kidam mengingatkan dia. " Setan memang suka kita marah, sebab dia boleh melemahkan kalau kita cepat marah" Aki Kidam tersengih-sengih melihat Derih Gagap yang terlalu marah dengan peristiwa isterinya diceroboh oleh lelaki tersebut. Di rumah Jenab juga berlaku sebelum rumah Derih Gagap dinaiki oleh lelaki berkenaan. Ketika ini suami Jenab, Safar Iguk ada tidur di sebelahnya. Lelaki itu boleh tidur di sebelah Jenab sedangkan Safar Iguk ada tidur di situ. Safar Iguk hanya terkebil-kebil biji mata melihat lelaki itu melucutkan pakaian isterinya, kemudian tidur di sebelahnya. Hanya apabila Jenab menjerit barulah Safar Iguk boleh bangun, tetapi sudah lambat bertindak. Dia nampak lelaki itu terjun ikut tingkap. Sebaliknya apabila diperiksa tingkap itu ternyata masih berkunci kuat dari dalam. "Safar Iguk macam kena pukau, sampai dia tak cam orang tu" rungut Derih Gagap masih tidak dapat menahan sabar. "Memang dia pakai pukau" sahut Aki Kidam perlahan. "Dia nak mencubakan ilmunya, itu aje" katanya menambah. "Anjang Hak adalah bagi tangkal" beritahu Derih Gagap menunjukkan kain kuning selebar dua jari kepada Aki Kidam. Aki Kidam hanya mengerling saja kain kuning yang dikatakan tangkal itu. Dia tidak pun mencapai untuk membeleknya. "Emmm, simpanlah tangkal tu" Aki Kidam menyuruh Derih Gagap menyimpan tangkal yang diberi Anjang Hak itu baik-baik. Orang-orang kampung semua diberi oleh Anjang Hak tangkal yang bertulis ayat dari Surah Al-Qalam, disuruh pakai waktu tidur. Setelah diberi tangkal oleh Anjang Hak pun, masih juga ada gangguan. Malah rumah-rumah yang pernah dicerobohnya juga dinaiki lagi. Bagaimanapun dia tidaklah mengganggu tangkal yang diikat pada lengan.

Page 46: Koleksi Tok Awang Ngah 2

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

46

"Nampaknya dah melampau ni" keluh Usup Kecih ketika minum di kedai kopi Sidin Bular. "Dah tak dapat ditahan-tahan lagi. Lat-lat dua tiga malam dia menceroboh juga, walaupun kita berkawal" katanya menggertap bibir. "Hai kita berkawal malam, rumah kita pula dicerobohnya" ujar Derih Gagap menggertap bibir. "Tak boleh jadi macam ni" sampuk Sidin Bular tercongok tidak jauh dari Derih Gagap. Semua orang kampung bercerita mengenai gangguan ini di mana-mana saja. Perempuan-perempuanlah yang berada dalam ketakutan. Mereka mahu membasuh ke sungai atau ke telaga juga menjadi takut. Di samping itu cerita mengenai lelaki menceroboh itu berlaku juga di lain-lain kampung seperti Kampung Awah, di Kampung Belawan dan lain-lain. Malah ada orang datang dari Pelangai juga menceritakan juga lelaki seperti itu mengganggu juga di Pelangai dan di Mancis. Sejauh mana dakwaan itu benar tidak pula diketahui kerana tidak siapa pun yang membuat aduan kepada polis. "Kita repot aje pada polis" Usup Kecih mencadangkan. "Ketua kampung kata jangan..." cepat saja Derih Gagap menegah. "Kita tak boleh biarkan" gerutu Usup Kecih tidak puas hati dengan ketua kampung tidak mahu membuat aduan kepada polis. "Saya setuju dengan ketua kampung" sahut Sidin Bular pula. "kalau perkara ini dah lepas ke tangan polis, habis budak-budak tak bersalah pun kena tangkap, kena soal. Orang yang bersalah tetap terlepas juga. Lebih baik kita bersabar untuk menangkapnya" dia terangguk-angguk macam mempertahankan pendirian ketua kampung. "Sampai habis orang kampung kena perkosa?" Usup Kecih mencemuh. "Takat ni, belum ada yang kena" kata Sidin Bular macam memujuk supaya Usup Kecih bersabar. Ketakutan seperti ini pernah juga berlaku di kampung Hulu Cenderak di Jelebu dalam Negeri Sembilan. Pernah juga berlaku di Segamat, Johor. Orang-orang di Cangkat Jong di Teluk Intan pun pernah juga gempar dengan cerita-cerita seperti ini. Tetapi semuanya disenyapkan saja oleh penduduk-penduduk kampung hingga akhirnya gangguan itu lenyap begitu saja. Memang benarlah kata Aki Kidam, mereka yang melakukan perbuatan itu untuk menguji ilmu yang dituntutnya. Apabila amalan itu sudah sempurna mereka pun tidaklah lagi melakukannya. Inilah sebahagian dari ilmu-ilmu yang di dampingi oleh syaitan yang masih menjadi kegemaran orang-orang yang mengejar ilmu kebatinan dengan tidak berpandukan kepada ajaran islam. Demikian kata Aki Kidam semasa berbual-bual dengan saya di pondok buruknya. Aki Kidam memberitahu saya peristiwa yang berlaku ketika dia tinggal di Chenor dulu memang diketahui siapa yang melakukannya. Tetapi orang-orang kampung tidak tahu siapa yang

Page 47: Koleksi Tok Awang Ngah 2

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

47

melakukan kerana orang berkenaan bukan dari kampung tersebut. Setelah dapat ditangkap oleh Aki Kidam, dia melepaskan semula pemuda berkenaan. Sejak itu tidaklah berlaku lagi gangguan menceroboh rumah orang di situ. "Buat apa Ustaz nak tanya hal-hal macam tu, Aki rasa Ustaz lebih banyak mengetahui" dia enggan menceritakan kepada saya bagaimana dia boleh menangkap pemuda yang menceroboh itu. "Saya ni mencari-cari saya tak mengetahui" balas saya perlahan. Kadang-kadang saya malu bila orang tua-tua seperti Aki Kidam ini menganggap saya lebih mengetahui darinya, padahal orang-orang kampung semua tahu mengenai kebolehan dia selama ini. Memang saya sudah mengenali Aki Kidam sejak dia berpindah ke situ. Ketika tingal di Chenor, Pahang katanya dia bertukang kayu. Tetapi selepas uzur dan tidak berupaya lagi membuat kerja-kerja berat, Aki Kidam berpindah ke kampung yang didiami sekarang. Dia berpindah ke situ kerana mengikut anak saudara isterinya, dan dia sudah pun membeli sekeping tanah sawah di situ. Jadi, dia menceritakan kisahnya di Chenor itu pun, kerana saya mendesak sangat mahu mendengar kisah dia berjaya menghindar bencana tersebut. Anak Derih Gagap yang berkawan dengan saya di Kuala Lumpur itu memberitahu saya mengenai peristiwa tersebut. Dan dialah memberitahu mengenai Aki Kidam yang didengarnya khabar sudah berpindah ke kampung yang kami tujui itu. Dengan adanya Tumin anak Derih Gagap tidaklah dapat Aki Kidam menyembunyikan kisah dia di Chenor dulu. "Inilah Tumin, Aki. Tumin ini anak Derih Gagap yang Aki tolong tu" jelas Tumin mengingatkan dia. Disebabkan Tumin ada bersama saya, mahu tidak mahu Aki Kidam mengakui juga yang dia bertanggunggjawab menangkap pemuda yang melakukan perbuatan menceroboh rumah orang itu. Mula-mula Derih Gagap mahu memenggal leher pemuda berkenaan, tetapi dilarang oleh Aki Kidam. Itulah syaratnya kalau mahu pertolongan dari Aki Kidam. Setelah orang-orang kampung kelam kabut dengan bencana menimpa mereka, Derih Gagap bersama ketua kampung menemui Aki Kidam yang pada masa itu bertukang membuat rumah. Satu hari kakinya telah terpijak paku menyebabkan kakinya membengkak dan tidak dapat dipijakkan. Aki Kidam mengambil minyak kelapa yang direndamkan dengan paku, kemudian dia mendoakan sesuatu. Lepas itu disuruhnya gosok pada bahagian ditusuk paku itu. Sebaik saja disapu minyak tersebut Derih Gagap boleh memijakkan tumitnya semula. Sakit pada bahagian ditusuk paku itu juga berkurangan. Tiga hari kemudian luka tusukan paku tidak menyakitkan lagi. Sejak itulah Derih Gagap sering menemui Aki Kidam kalau dia sakit atau memerlukan doa orang tua itu.

Page 48: Koleksi Tok Awang Ngah 2

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

48

Ketua kampung bersetuju dengan cadangan Derih Gagap untuk menemui Aki Kidam. Dalam pertemuan itu ketua kampung juga bersetuju dengan syarat yang diberi oleh Aki Kidam supaya tidak memberitahu orang kampung, apakah yang harus dibuatnya. Sementara itu dia menyuruh semua orang memakai tangkal yang diberi oleh Anjang Hak. Malah apa yang disuruh buat oleh Anjang Hak juga mereka lakukan seperti yang diingatkan oleh ketua kampung. Mereka dikehendaki merentang benang hitam pada tiap-tiap tingkap dan pintu. Kata Anjang Hak sekiranya orang itu menceroboh juga dia akan dapat dilihat, ilmu ghaib tidak akan menjadi lagi. Lebih sebulan mereka melakukan seperti yang disuruh oleh Anjang Hak iaitu merentangkan benang hitam pada pintu dan tingkap, sejak itu lenyaplah cerita lelaki menceroboh itu. Setahu orang-orang kampung usaha Anjang Hak itulah yang membantu mereka menghindarkan malapetaka itu. Rahsia sebenarnya hanya diketahui oleh ketua kampung dan Derih Gagap. Mereka berdua teguh memegang janji dengan Aki Kidam supaya tidak memberitahu mengenai usaha Aki Kidam itu kepada orang-orang kampung. Sudah berpuluh tahun berlalu barulah Derih Gagap menceritakan pada anaknya Tumin. Dialah berpesan kepada Tumin supaya menjengok-jengok orang tua itu kalau masih hidup. Puas juga Tumin mencari barulah ditemuinya orang tua itu. Dia pula mengajak saya menemui orang tua tersebut, kerana dia tahu saya sangat gemar menemui orang tua seperti Aki Kidam ini. Aki Kidam sudah dapat mengagak bahwa kekacauan di kampung tempat dia menumpang itu dilakukan oleh orang yang baru mencuba amalannya. Walaupun setakat itu lelaki berkenaan belum melakukan kejahatan, tetapi ianya amat membimbangkan orang-orang kampung. Memang Aki Kidam tahu bahwa amalan itu tidak boleh mencabul kehormatan mangsanya. Dia hanya dikehendaki melucutkan pakaian mangsanya dan berbaring di sebelahnya beberapa ketika sehingga mangsanya terjaga dari tidur. Jika itu berjaya dilakukannya barulah amalannya dikira berjaya sepenuhnya. Bagi Aki Kidam amalan itu bukanlah asing kepadanya. Malah dia juga pernah melakukannya, tetapi tidak mahu diteruskan kerana diketahuinya bertentangan dengan ajaran islam. "Ilmu ini tidak memberi manafaat, kecuali untuk tujuan jahat dan ditunggang oleh setan" katanya menyesali perbuatan pemuda itu. Kelebihan pada pemuda itu sudah dapat dirasakan oleh Aki Kidam. Di mana saja ada bahagian yang boleh lulus angin, maka di situlah dia boleh masuk. Oleh itu tidak semestinya dia masuk melalui tingkap atau pintu saja. Pemuda itu itu boleh masuk ke dalam rumah melalui celah-celah dinding juga. "Tetapi tiap-tiap ilmu setan, ada kelemahannya. Kita mesti cari tempat lemahnya" jelas Aki Kidam.

Page 49: Koleksi Tok Awang Ngah 2

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

49

Dia tidak menerangkan di mana kelemahan yang mesti dicari. Tetapi setakat ini memang Derih Gagap tahu bahawa rumah Aki Kidam tidak pernah diganggu oleh lelaki tersebut. Malah semasa orang-orang kampung heboh dengan pencuri, rumah Aki Kidam tidak pernah diganggu. Pernah juga Usup Kecih mengesyaki perbuatan Aki Kidam, sebab itulah rumahnya tidak diganggu. Aki Kidam hanya mengajak ketua kampung dan Derih Gagap saja berkawal malam. Orang-orang lain hanya disuruh menunggu rumah masing-masing saja setelah mendapat tangkal dari Anjang Hak. Malam pertama mereka bertiga berkawal, tidak ada tanda lelaki berkenaan masuk menceroboh. Ketua kampung dan Derih Gagap dibawa oleh Aki Kidam berjalan di sekeliling kampung, dan menunggu di jalan masuk ke kampung itu. Setelah jam 12 malam Aki Kidam mendapati tidak ada apa-apa tanda. Dia pun mengajak kedua-dua rakannya itu balik saja. Tiga malam berkawal masih belum ada tanda-tanda yang diagak oleh Aki Kidam. Dalam masa tiga malam itu juga tidak ada orang yang gempar kerana diceroboh. "Agaknya dia dah tahu kita berkawal" bisik Derih Gagap. "Boleh jadi juga" Aki Kidam mengangguk. Orang seperti itu memang ada gerak sendiri. Sekiranya dia mendapati nahas di pertengahan jalan, dia tidak akan meneruskan perbuatannya. Dia akan menunggu orang-orang kampung terlalai barulah dia bertindak semula. "Aki kena usahakan juga, hindarkan dia dari mengganggu" ujar ketua kampung gelisah dengan bencana yang menimpa kampungnya. "Kalau tak dapat kita halang, orang-orang kampung tak senang nak buat itu dan ini" katanya dengan penuh harapan. Aki Kidam menggigit ibu jarinya macam memikirkan sesuatu, tetapi sebenarnya ada petua dia lakukan demikian. "Kita lorongkan dia ke rumah kau ajelah Derih" Aki Kidam tersengih-sengih. Mula-mula Derih Gagap gelisah juga dengan permintaan Aki Kidam itu. Mana tahu pemuda itu lebih dari Aki Kidam. Orang jahat mesti ada muslihatnya sendiri untuk melepaskan diri. Tetapi kerana nekadnya untuk mengetahui apakah kesudahan penceroboh itu dia bersetuju dengan apa sahaja cadangan Aki Kidam. Mereka bertiga menuju ke rumah Derih Gagap. Samapai di kepala simpang Aki Kidam menghentakkan tumitmya tiga kali ke bumi, kemudian barulah mereka terus ke rumah Derih Gagap. Dia menegah Derih Gagap dari membangunkan isterinya, sebaliknya dia menyuruh Derih Gagap duduk di bawah rumah bersetentang dengan tempat isterinya tidur. Manakala ketua kampung duduk di bawah serambi. Derih Gagap nampak Aki Kidam mengelilingi rumahnya dengan mengguriskan kelengkeng ke tanah, sebanyak tiga kali pusing. Apakah yang dibuatnya mereka berdua tidak tahu. Lepas itu barulah Aki Kidam masuk ke bawah rumah di bahagian dapur. Sebelum itu dia berpesan kepada

Page 50: Koleksi Tok Awang Ngah 2

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

50

dua orang rakannya itu jangan buat apa-apa kalau terlihat sesuatu, kecuali apabila dia memberi isyarat supaya keluar dari bawah rumah. Kira-kira 1 jam mereka bertiga tercangkung di bawah rumah, barulah Derih Gagap terdengar bunyi orang mendehem. Pada mulanya dia menyangka Aki Kidam. Begitu juga ketua kampung, dia menyangka Derih Gagap yang mendehem. Marah juga dia pada Derih Gagap kerana melanggar arahan Aki Kidam supaya jangan berbunyi sedikit pun. Tetapi jelas bunyi orang mendehem itu jauh di luar kawasan rumah. Kemudian dehemnya lebih kuat kerana sudah dekat dengan kawasan rumah. Lepas itu terdengar pula bunyi pasir diserakkan ke atas bumbung rumah itu sebanyak tiga kali. Tetapi Derih Gagap belum melihat sesiapapun melakukan perbuatan itu. Bagaimanapun dia tetap memegang teguh amaran Aki Kidam supaya jangan berbunyi sedikit pun kalau terdengar atau terlihat sesuatu yang ganjil. Dia memerhati ke arah bawah rumah serambi, ketua kampung mengangkat tangan sambil meletakkan jari telunjuk ke mulut menyuruh dia mendiamkan diri. Apabila melihat ke bawah rumah di bahagian dapur, Aki Kidam juga menyuruh dia mendiamkan diri. Barulah lega hati Derih Gagap, kerana dia yakin penceroboh itu tidak akan dapat lagi masuk ke rumahnya. Setelah beberapa minit bunyi pasir dilemparkan ke atas atap itu berhenti, sekali lagi terdengar orang mendehem tiga kali. Kemudian barulah ternampak oleh Derih Gagap, seorang lelaki berjalan mengelilingi rumahnya di dalam kawasan yang diguris oleh Aki Kidam sebelum tadi. Lelaki itu memakai seluar hitam dan berbaju teluk belanga biru tua, berjalan saja sambil matanya terlangah-langah seperti mencari sesuatu. Dia berlegar-legar saja di sekeliling rumah, teapi tidak terkeluar dari kawasan yang diguris oleh Aki Kidam dengan kelengkengnya. Selepas itu barulah Aki Kidam merangkak mendapatkan Derih Gagap. Mereka berdua terus pula mendapatkan ketua kampung di bawah rumah serambi. "Biarlah dulu, tak ke mana larinya" bisik Aki Kidam mengeluarkan rokok dari sakunya. Dia menghisap rokok macam tidak menghiraukan lelaki di halaman rumah berlegar-legar. "Biar aku ajar dia, Aki" ujar Derih Gagap menyimpan dendam. "Hah, kau dah lupa Derih...!" Aki Kidam mengingatkan. "Betullah kau ni tak sabar kan dek apa" ketua kampung memarahinya, menyebabkan Derih Gagap terdiam. Memang dendamnya masih membara kerana pemuda berkenaan telah tidur berbaring di sebelah isterinya, walaupun dia tidak memperkosa tetapi sudah tentu mencabar dirinya sebagai seorang lelaki. Kalaulah tidak mengenangkan janjinya dengan Aki Kidam, memang dia tidak dapat bersabar. Tetapi janji itu mesti dipegang teguh kerana masalah yang dihadapi bukanlah dirinya seorang, sebaliknya untuk kepentingan semua penduduk-penduduk kampung. Bila mengenangkan hal-hal seperti ini, Derih Gagap terpaksa menahan perasaan dendamnya yang terbuku di hatinya.

Page 51: Koleksi Tok Awang Ngah 2

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

51

Mereka bersama-sama menghisap rokok daun yang dibawa oleh Aki Kidam dengan tidak memperdulikan lelaki itu berpusing-pusing sekeliling rumah. Seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku di situ. Derih Gagap bersandar kepada sendi tiang, terlelap juga beberapa ketika sampai ke pagi. Dia tertunggu-tunggu juga apa yang akan dilakukan oleh Aki Kidam seterusnya. Setelah pagi cerah, barulah mereka bertiga keluar dari bawah rumah. Aki Kidam mengajak mereka berdua sembahyang subuh saja di rumah Derih Gagap, kemudian sembahyang sunat syukur. Sebelum itu Derih Gagap sudah membangunkan isterinya supaya perempuan itu tidak terkejut. Dia membisikkan tentang lelaki yang sedang berlegar-legar di sekeliling rumahnya. "Memang dia tu laa" bisik Kak Senah pada Derih Gagap apabila terlihat lelaki itu melalui tingkap. "Sudah, kau masak air. Nanti buatkan kopi pekat untuknya. Aki Kidam yang suruh buat macam tu" dia memberitahu isterinya. Perempuan itu tidak membantah. Dia terus ke dapur untuk memasak air seperti yang disuruh suaminya. Lagi pun ketua kampung akan membuat keputusan mengenai lelaki yang sudah dikira masuk perangkap itu. Tetapi dari raut mukanya, Kak Senah tidak mengenali lelaki berkenaan. Ternyata dia bukanlah berasal dari kampung tersebut. Setelah selesai sembahyang, Aki Kidam duduk di muka tangga dengan berjuntai kaki. Apabila lelaki itu melintas di depan halaman , Aki Kidam memukul kedua-dua lututnya dengan penumbuk. Lelaki itu tiba-tiba berhenti dan berpusing mengadap Aki Kidam di muka tangga. "Hai, nak kemana awak ni?" tegur Aki Kidam memerhati lelaki yang berumur kira-kira 25 tahun itu. "Nak cari jalan keluar, sekeliling ni tembok batu. Entah mana pintunya tak jumpa" sahut lelaki itu lemah."Awak ni siapa, datang dari mana?" Aki Kidam bertanya, manakala ketua kampung dan Derih Gagap sudah tercegat di belakangnya. Kak Senah juga berdiri di tingkap keheranan melihat peristiwa tersebut. "Nama saya Johar dari Kampung Pesagi" ujarnya ketakutan. "Hah, jauh awak ke mari" kata Aki Kidam macam mengejek. Pemuda itu terdiam. Dia terkelip-kelip mata mendongak ke arah Aki Kidam yang masih duduk di muka pintu dengan dua tapak tangannya menekan kepala lutut. "Tolonglah lepaskan saya, saya minta ampun" dia terketar-ketar meminta perlindungan. "Naiklah dulu..." Aki Kidam menyuruhnya naik. Dia tidak membantah dan terus naik ke rumah. Kemudian dia menyuruh Kak Senah mengeluarkan kopi O. Mereka berempat pun minumlah bersama-sama. Setelah disoal oleh ketua kampung pemuda bernama Johar itu mengaku telah melakukan perbuatan tersebut. Dia telah menuntut satu ilmu kebatinan yang mengikut pesan gurunya mesti melakukan perbuatan tersebut sampai genap 44 malam.

Page 52: Koleksi Tok Awang Ngah 2

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

52

"Awak berjanji tak ganggu lagi kampung ni!" kata Aki Kidam. Pemuda itu mengangguk. Dia juga melihat ke tengah halaman, tidak ada tembok batu yang dikatakannya itu. Barulah dia menyedari bahawa ilmu setan yang dituntutnya boleh dikalahkan juga. "Ilmu setan boleh dikalahkan, kerana ianya terbatas" ujar Aki Kidam mengingatkan dia. "Tetapi ilmu Allah tidak dapat dikalahkan oleh sesiapapun, apatah lagi oleh setan. Ilmu Allah meliputi tujuh petala langit tujuh petala bumi dengan tidak ada batasnya" dia menasihatkan pemuda berkenaan. Selepas itu dia menyuruh pemuda itu balik ke kampungnya dengan tidak membenarkan Derih Gagap membalas dendam. Sejak itu tidak ada lagi gangguan seperti itu di kampung tersebut. Memang menjadi syaratnya orang yang ditawan secara demikian tidak boleh dicederakan, sebaliknya diberi makan dan wang sebanyak dua ringgit sebagai sedekah. "Insya Allah, dia akan insaf dan kembali kepada jalan Allah" beritahu Aki Kidam menutup ceritanya kepada saya dan Tumin.

Page 53: Koleksi Tok Awang Ngah 2

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

53

017. MAYAT BANGUN MINTA AIR KETIKA saya mahu masuk tidur, Munir datang bersama isterinya memberitahu bapa mertuanya kemalangan di Tanjung Malim. Emak mertuanya juga ada bersama semasa kemalangan tersebut. Adik iparnya yang berumur 12 tahun juga ada. Kejadian ini berlaku dalam tahun 1979. Sebenarnya tidak ada apa-apa cerita pelik mengenai Ustaz Badur bapa mertua Munir ini dalam kemalangan jalanraya tersebut. Disebabkan saya kawan baik dengan Ustaz Badur, maka kemalangan yang menimpanya itu diberitahulah oleh Munir kepada saya. Ustaz Badur terlibat dalam kemalangan itu kira-kira jam 11.00 malam semasa balik dari Taiping ke Kuala Lumpur. Kemalangan itu tidaklah pula teruk sangat. Dia tiga beranak dimasukkan juga ke hospital Tanjung Malim. Ustaz Badur yang teruk sedikit. Malam itu saya minta maaf kepada Munir kerana tidak dapat pergi ke hospital Tanjung Malim melawat Ustaz Badur. Sebenarnya dia pun bukanlah hendak mengajak saya ke hospital di Tanjung Malim, cuma untuk memberitahu saja mengenai kemalangan yang menimpa Ustaz Badur. Dia tahu benar hubungan baik saya dengan Ustaz Badur hingga kalau saya datang ke rumahnya, saya tidak akan silu-silu terus masuk sampai ke dapur. Seminggu kemudian baru saya melawat Ustaz Badur di rumahnya di Segambut. Ketika saya sampai dahi Ustaz Badur masih melecet dan bawah matanya kelihatan lebam biru. Manakala Mak Seha isteri Ustaz Badur terbaring tidak boleh bangun kerana sesak nafas sejak kemalangan. Dia tidak boleh duduk lama-lama kerana badannya pun gemuk sedikit. Anaknya yang berumur 12 tahun bernama Zaqlul bersimen tangan, tetapi dia tersengih-sengih bila ditanya mengenai kemalangan tersebut. "Ho, seronoknya Ustaz, macam hero jatuh tunggang balik" dia memberitahu dengan ketawa. "Dekat selekoh belum sampai Tanjung Malim kalau dari sini, di situlah" Ustaz Badur memberitahu. "Kalau nak cerita, nanti orang tak percaya. Ustaz pun tahulah, orang sekarang ni mana nak percaya cerita-cerita lembaga halus ni. Mereka kata tahyol" ujarnya mencebikkan bibir. "Mak Seha tak boleh bangun, baring aje laa" saya menegur Mak Seha kerana dia terkial-kial bangun hendak sama bercerita. "Sikit-sikit boleh juga bangun Ustaz" kata Mak Seha gagahi juga untuk duduk. Dia memang tidak senang diam kalau saya berkunjung ke rumahnya. Ada saja yang dihidangkannya, terutama kalau waktu makan nasi. Sekiranya saya bergurau bertanyakan mana ulam, dia akan cepat-cepat pergi ke belakang rumah mengambil pucuk gajus. Cepat-cepat pula menumbuk sambal belacan perah asam limau. Ustaz Badur pula membakar petai, kerana petai bakar lebih sedap dibuat ulam katanya.

Page 54: Koleksi Tok Awang Ngah 2

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

54

Hubungan mesra antara saya dengan Ustaz Badur dan keluarganya ini sudah terlalu rapat betul. Kadangkala kalau saya lama tidak datang ke rumahnya baik Ustaz Badur mahupun Mak Seha mula menyuruh menantunya Munir menelefon saya. Munir pula memang berkawan rapat dengan saya sebelum itu lagi, dan dia akan memberitahu saya bapa mertuanya berpesan suruh datang ke rumah. "Lari tak laju Ustaz" beritahu Mak Seha termengah-mengah juga menahan sakit di dada. "Entah macam mana boleh terbabas, tapi memang makcik nampak macam ada perempuan melintas masa tu. Jadi, fasal itulah agaknya orang tua ni tak dapat kawal kereta" jelasnya mengingat-ngingatkan peristiwa tersebut. "Hah, itulah puncanya. Bukan saya aje yang nampak, makcik ni pun nampak" ujar Ustaz Badur meramas-ramas lengannya yang masih sengal-sengal. "Saya nampak perempuan pakai baju serba putih melintas jalan, jadi fasal saya nak elakkan dia kereta saya terbabas" kata Ustaz Badur menunjukkan sikunya, lengannya, dan dadanya yang luka dan melecet. "Saya pun nampak, Ustaz" Zaqlul pula menyampuk. "Saya yang pekik kat ayah, tanya siapa yang melintas" dia tersengih-sengih juga. Itulah pengalaman Ustaz Badur. Kalau mahu dikatakan mengantuk hingga keliru terpandangkan di tengah jalan ada perempuan memakai serba putih melintas, masakan isterinya Mak Seha dan anaknya Zaqlul juga ternampak lembaga yang sama. Ustaz Badur tidak mengantuk, apa yang dilihatnya itu memang pernah dilihat oleh pemandu-pemandu lain ketika melalui jalan tersebut. Walaupun di situ memang banyak selekoh tetapi keadaannya tidaklah merbahaya sangat kalau dalam suasana biasa. Tetapi apabila ada gangguan pemandu-pemandu tidak akan dapat mengawal kereta. Perkara yang sama berlaku juga pada seorang kawan saya dalam perjalanannya mahu balik ke Johor, melalui jalan Mantin di Seremban. Tiba-tiba saja kereta yang dipandunya stereng keras tidak dapat dipulas lagi. Akhirnya keretanya terus menjunam ke dalam gaung iaitu selekoh sebelum sampai ke Beranang. Pada malam itu Ustaz Badur balik dari Taiping setelah menghadiri majlis perkahwinan saudaranya. Disebabkan dia orang berniaga, terpaksalah dia balik juga ke Kuala Lumpur kira-kira jam 6.00 petang. Dia berhenti juga di pertengahan jalan untuk sembahyang Maghrib dan Isyak. Di Ipoh dia berhenti juga untuk makan. Hanya apabila sampai berhampiran Tanjung Malim, dia merasa angin bertiup sejuk. Hujan turun renyai-renyai. Mak Seha mengingatkan Ustaz Badur supaya tidak membawa kereta laju, kerana dia sudah mendengar mengenai jalan selepas Tanjung malim itu sering orang bertemu lembaga memakai serba putih berdiri di tengah jalan. Kadangkala lembaga itu duduk pada cermin kereta menyebabkan pandangan tertutup. Ustaz Badur pula tidaklah berdiam diri saja, dia membacakan juga ayat-ayat suci Al-Quran yang terlintas di kepalanya semasa memandu itu. Sementara Zaqlul duduk di belakang tidaklah tidur, walaupun usianya masih anak-anak. Memang dia sukar tidur kalau di dalam kereta.

Page 55: Koleksi Tok Awang Ngah 2

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

55

Hujan renyai-renyai turun tidak berhenti sehingga sampai ke tol. Selepas tol, Ustaz Badur bercadang mahu singgah dulu di pekan Tanjung Malim untuk berhenti minum kopi, tetapi Mak Seha tidak mahu. "Dah dekat nak sampai, buat apa berhenti lagi" ujarnya membantah, kerana dia mahu segera sampai ke rumah. Zaqlul juga bersetuju dengan emaknya. Dia tidak mahu berhenti minum terlebih dulu. "Banyak minum nanti banyak kencing" katanya nakal. Disebabkan anak dan isterinya tidak mahu berhenti, Ustaz Badur pun tidak merasa seronok untuk singgah di Tanjung Malim. "Kalau awak nak berhenti minum, berhentilah dulu. Nanti kempunan pulak" Mak Seha mengingatkan dia. "Ah, aku seorang minum buat apa" rungut Ustaz Badur. Setakat dia seorang mahu minum kopi buat apa singgah di pekan Tanjung Malim yang terpaksa menyimpang jauh ke dalam sedikit. Lebih baik berhenti di gerai-gerai yang ada di tepi jalan. Dia mahu singgah di pekan Tanjung Malim kerana mahu mencari kuih pau yang terkenal di Tanjung Malim itu. Melepasi kawasan perkampungan, tibalah di selekoh yang gelap. Kiri kanannya pokok-pokok getah yang rimbun menjadikan kawasan di situ bagaikan diserkup. Hujan renyai-renyai masih turun, tetapi jalan tidaklah begitu licin. Sampai di kawasan selekoh itu Ustaz Badur tidaklah memecut sangat. Lagipun orang tua sepertinya memang tidak suka membawa kereta laju. "Eh, apa yang putih tengah jalan tu ayah" Zaqlul menudingkan jari telunjuk ke hadapan. "Orang nampaknya tu..." Mak Seha tergamam sedikit. "Orang gila ke agaknya, merayau tengah malam macam ni" rungutnya apabila nampak lembaga berpakaian serba putih mara menuju ke kereta. Ustaz Badur cuba menekan brek, tetapi terasa breknya tidak mencengkam. Dia menjadi kelam kabut kerana brek sudah ditekan kuat, tetapi tidak memberi bekas. Kereta semakin hampir dengan lembaga berkenaan. Mahu tidak mahu dia terus merempuh, dan merasa keretanya bukan melanggar lembaga tadi sebaliknya menerpa ke tebing. Semasa keretanya terbabas, Ustaz Badur lama terduduk di bangku depan. Dia tidak tahu apa sudah berlaku. Hendak dikatakan pengsan tidak pula, kerana dia sedar apa yang berlaku ketika itu. Dia tahu Zaqlul yang mula-mula keluar dari kereta dan memanggilnya. Mak Seha juga tergamam. Dadanya tersendal ke depan, tetapi dia juga tidaklah pengsan. Dia masih ingat Zaqlul memanggil-manggilnya suruh keluar. Dalam hujan renyai-renyai itulah Zaqlul menahan sebuah kereta yang sedang hendak menuju ke Ipoh. Dengan bantuan pemandu kereta itulah mereka bertiga dibawa ke hospital Tanjung Malim. Ketika ini Zaqlul tidak sedar bahawa tangannya patah semasa kereta terhumban ke tebing.

Page 56: Koleksi Tok Awang Ngah 2

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

56

Setelah sampai di hospital barulah dia merasa tangannya sakit. Pemandu yang menolongnya itulah juga yang menelefon menantunya Munir memberitahu tentang kemalangan tersebut. "Mujurlah juga ada orang mahu menolong saat-saat begini" ujar saya sambil melihat kesan melecet pada dahi Ustaz Badur. "Orang tua macam saya ni, tentulah dia orang nak tolong. Lagipun inilah sebahagian dari pertolongan Allah juga" katanya perlahan. Memang pada zahirnya kita melihat makhluk yang membantu kita dalam kesusahan demikian, tetapi sebenarnya hati makhluk itu digerakkan oleh Allah supaya memberikan pertolongan. Inilah dimaksudkan oleh Ustaz Badur pertolongan dari Allah itu. Bagaimana kisah dia terserempak lembaga berpakaian serba putih di Tanjung Malim, hingga menyebabkan keretanya terbabas itu tidaklah mendebarkan sangat hatinya. Masa ini dia sempat membaca Qulhuallah beberapa kali. Sebab itu dia dapat merasakan kemalangan yang menimpanya itu tidaklah berat. Biasanya kalau kereta terbabas di situ jarang orangnya selamat. Kalau tidak pun kereta akan remuk teruk terhumban ke bawah ke bawah gaung. Malah semasa Zaqlul keluar dari kereta, memang Ustaz Badur membaca Fatihah 17 kali, diikuti dengan Ayat Kursi 17 kali dan Surah Yassin. Dalam masa inilah Zaqlul menahan sebuah kereta yang dalam perjalanan menuju ke Ipoh. Pemandu kereta itu berbangsa CIna, telah menolong Ustaz Badur sehingga semua kesnya selesai. Kira-kira jam 3.00 pagi, barulah lelaki Cina itu meneruskan perjalanannya ke Ipoh. "Begitulah Allah memberi pertolongan" kata Ustaz Badur tersenyum. "Tiba-tiba saja lelaki Cina itu lalu, dan terus bersusah payah menolong saya. Kalau kita benar-benar beriman kepada Allah, kita akan sedar bahawa itulah pertolongan Allah yang sebenar-benarnya" dia menjelaskan dengan terharu. Saya mengangguk-ngangguk kepala. Tidak hairan kepada saya mengapa Ustaz Badur berkata demikian, kerana orang yang bertaqwa kepada Allah sentiasa bersyukur di atas segala pertolongan yang diterimanya dari Allah. Kita berterima kasih kepada orang yang menolong, tetapi bersyukur kepada Allah kerana kudrat dan iradatNya jua menyebabkan orang tersebut datang memberikan pertolongan. Kadangkala inilah yang disalahertikan oleh mereka yang ingin mempelajari ilmu. Saya pernah didatangi oleh seorang pemuda yang beriya-iya sangat mahu mendapatkan ilmu yang boleh mengalahkan musuh. Saya memberitahunya bahawa tudak ada ilmu itu pada saya. "Kenalah awak cari orang lain untuk berguru, kerana saya tidak pernah belajar ilmu macam tu" kata saya. "Kalau awak mahu kalahkan musuh, janganlah cari musuh" ujar saya sengaja bergurau.

Page 57: Koleksi Tok Awang Ngah 2

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

57

"Tapi Ustaz, kalau kemenyan sebesar lutut tak dibakar, mana nak ada bau" dia masih mendesak mahukan saya mengajar dia, sedangkan saya sebetulnya tidak ada ilmu sedemikian. Disebabkan dia bersungguh-sungguh sangat mendesak, saya pun menyuruh dia hafalkan doa Haikal. Tidak lama kemudian dia datang memberitahu bahawa doa yang saya ajarkan itu tidak memberi bekas, kerana dia telah diserbu oleh beberapa orang lelaki. "Dia pukul awak?" tanya saya. Pemuda itu menggeleng kepala. "Tetapi dia mengancam mahu memukul saya" ujarnya macam kesal. "Apa salah awak?" soal saya lagi. "Dia tuduh saya ganggu adik perempuannya" beritahunya masih tidak puas hati kerana dia menuduh saya mengajar doa yang bukan dihajatinya. Pemuda itu memberitahu dia telah dikepung oleh 7 orang pemuda, masing-masing ada membawa senjata. Dia balik dari menghantar seorang gadis yang baru dikenalinya, tetapi salah seorang pemuda itu mendakwa wanita itu adiknya, dan seorang lagi tunangnya. Dalam keadaan tergamam dia membacakan doa yang saya ajarkan itu. Tidak lama kemudian 7 orang pemuda itu pun pergi meninggalkan dengan memberi amaran supaya jangan mengganggu gadis berkenaan. Pada sangkaan pemuda itu apabila dibacakan doa tersebut, maka 7 orang pemuda yamg mengepungnya itu akan terpelanting seperti daun-daun kering ditiup angin. "Sepatutnya awak bersyukur kepada Allah, kerana pemuda itu tidak jadi memukul awak" saya mengingatkan dia bahawa pertolongan Allah selalunya datang secara tidak kita sedari. "Kalau awak nak tengok dia terpelanting, itu bukan kuasa kita" kata saya seterusnya. Itulah yang saya katakan bahawa orang yang tidak mengerti apa itu pertolongan Allah sukar untuk saya memberitahunya. Terutama pemuda-pemuda yang ghairah mahu mendapatkan ilmu kebatinan, mereka merasa apabila dibacakan doa-doa tertentu maka musuh yang dihadapi akan terpelanting atau sebagainya. Yang penting kita jangan mencari musuh, kalau kita tidak mencari musuh tentulah diri kita tidak ada musuh. Anehnya, mereka mencari ilmu kerana mahu menentang musuh, bukannya untuk berserah diri kepada Allah. Sebab itulah saya bersetuju dengan Ustaz Badur bahawa dia sentiasa bersyukur, walaupun mendapat kemalangan jalanraya ketika itu. Dia bersyukur kerana tidak menderita akibat kemalangan itu, di samping ada pula orang yang mahu menolongnya ketika itu. "Terserempak lembaga tu, tak pelik sangat pada saya Ustaz" beritahu Ustaz Badur tersenyum. "Ada lagi yang pelik kalau Ustaz nak dengar" katanya mengingatkan sesuatu.

Page 58: Koleksi Tok Awang Ngah 2

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

58

Inilah yang seronoknya kalau saya bertemu Ustaz Badur. Ada saja cerita yang hendak dicakapkan kepada saya. Dia memang kaya dengan pengalaman, malah pernah kena tahan oleh British sebelum merdeka dulu kerana penglibatannya dalam gerakan Islam, tetapi pihak British menuduhnya sebagai puak pelampau. Lama juga dia ditahan di Melaka, sebelum dipindahkan ke Morib. Dalam masa dahinya masih lebam-lebam akibat kemalangan jalanraya itu, dia masih bersemangat mahu menceritakan dengan saya mengenai pengalamannya yang lain. "Ustaz nak cakap fasal kena tahan dulu?" tanya saya mengusiknya. "Eh mana boleh kisah macam tu juga. Kisah tu dah habis dah, negeri kita dah merdeka, buat apa kenang lagi kisah tu" dia tersengih-sengih, kerana saya selalu mengusiknya untuk mengetahui kisah-kisah dirinya semasa ditahan oleh British dulu. Kadangkala dia memang enggan menceritakan balik kisah semasa ditahan di khemah tahanan dulu. Ketika itu mereka tidaklah menerima layanan yang sempurna. Makan pun diberi nasi kawah. Kekotoran dalam khemah tahanan terpaksa dibersihkan sendiri, kalau tidak semua kawasan akan berbau busuk dengan najis. Dia banyak mengenali tokoh-tokoh utama yang sama ditahan dulu, tetapi enggan memberitahu sama ada tokoh-tokoh itu mengenali dia. "Saya orang kecil, Ustaz. Mana dia orang nak kenal" katanya mengukir senyum. Saya tahu Ustaz Badur memang suka merendah diri. Ceritanya yang dikatakan oleh Ustaz Badur lebih pelik dari cerita dia terbabas kereta kerana terserempak perempuan berpakaian serba putih di Tanjung Malim itu berlaku dalam tahun 1976. Ketika ini dia mendapat tahu kawannya yang tinggal di Puchong telah meninggal dunia di Hospital Besar Kuala Lumpur. Kawannya itu Salihin sudah lama menderita sakit. Sudah dua minggu Salihin terlantar di hospital kerana menghidap sakit barah perut. Disebabkan Puchong agak jauh, jadi Ustaz Badurlah yang diharapkan oleh isteri Salihin. Manakala Ustaz Badur pula tidaklah keberatan menolong kawannya ini, apalagi dalam masa kesusahan sedemikian. "Saya ni teruk sangat sakitnya, Ustaz" beritahu Salihin terketar-ketar sewaktu Ustaz Badur melawatnya pada jam 2 petang. Nafas Salihin juga kencang turun naik, tetapi dia begitu tabah menahan kesakitan yang menyeksa. "Jangan banyak fikir Lihin" kata Ustaz Badur menahan kesedihan kerana ketika ini Salihin juga ada di sisinya. "Awak ingatkan awak sakit aje sudah, yang lain biar kita semua usahakan" dia mengingatkan kawannya itu supaya bersabar. "Di sini Ustaz samalah macam keluarga kami" Salihin tersengguh-sengguh terharu, kerana budi Ustaz Badur kepadanya terlalu banyak semenjak 2 minggu dia dimasukkan ke hospital. Selama itu memang Ustaz Badur suami isteri lah yang mengambil berat terhadap dirinya. Sudah menjadi perangai Ustaz Badur pula, apabila berkawan dia sanggup bersusah payah membantu apabila kawannya menghadapi kesulitan. Bagi Mak Seha sikap suaminya ini memang sudah difahaminya sejak muda lagi. Sebab itu dia juga turut sama bersusah payah membantu keluarga Salihin.

Page 59: Koleksi Tok Awang Ngah 2

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

59

Disebabkan dia ada kereta jadi senanglah dia mengulangi Salihin mengulangi Salihin di hospital, dan sekiranya isteri Salihin mahu mandi atau berehat, maka akan dibawanya ke rumahnya. Semua jasa baik Ustaz Badur ini sangat menambat hati Salihin, kerana saudara maranya sendiri tidak seperti Ustaz Badur. "Kalau Ustaz banyak kerja di kedai, tak payahlah susah-susah jenguk saya" ujar Salihin lagi. "His, jangan banyak ingat Lihin. Awak tu sakit.." Ustaz Badur memarahinya, kerana dia tidak meminta jasa baiknya dibalas orang. Dia hanya menolong Salihin, bukan saja disebabkan kawan tetapi makhluk Allah yang memerlukan pertolongan. Ketika dia balik meninggalkan Salihin kira-kira pukul 3.00 petang, kawannya itu kelihatan riang, walaupun menderita sakit. Dia tahu Salihin terlalu tabah menahan kesakitan yang dideritainya. Salihin seolah-olah menyembunyikan kesakitannya untuk menggambarkan kegembiraan dengan jasa baik yang dicurahkan oleh Ustaz Badur selama ini. "Saya balik dulu Lihin, nanti malam datang pulak" beritahu Ustaz Badur. Dia berdoa biarlah Lihin, nanti cepat sembuh. Penyakit barah memanglah merbahaya, tetapi doktor memberi jaminan penyakit Salihin masih boleh diselamatkan. Malah Salihin juga sudah kelihatan segar kalau dibandingkan dengan sewaktu dia dimasukkan ke hospital dulu. Pembedahan yang dijalankan ke atasnya juga memuaskan hati doktor. Kira-kira pukul 5.00 petang Ustaz Badur diberitahu oleh isteri Salihin bahawa suaminya sudah meninggal dunia. Jadi, terpaksalah dia meminta Ustaz Badur menguruskan hendak membawa jenazah itu balik ke Puchong. Mendengarkan kawannya sudah meninggal dunia, memang Ustaz Badur rusuh juga disebabkan isteri Salihin bukanlah tahu sangat apa yang perlu dibuat. Lebih kurang pukul 6.00 Ustaz Badur sampai ke hospital, jenazah Salihin sudah dimasukkan ke Mortuary (rumah mayat). Isteri Salihin hanya menangis saja di kantin kerana tidak tahu apa lagi harus dibuat. Dia hanya menunggu saja kedatangan Ustaz Badur. Kepada Ustaz Badur sajalah diserahkan semua urusan untuk membawa jenazah suaminya balik ke Puchong. Tidak lama kemudian barulah adik Salihin dari Sungai Besar datang, setelah diberitahu oleh Ustaz Badur melalui telefon. Mujurlah Kahar adik Salihin cepat mendapat berita, dan terus saja datang ke Kuala Lumpur. Dengan adanya Kahar waris terdekat Salihin, urusan untuk membawa balik jenazah lebih mudah. Di samping itu anak-anak Salihin juga sudah diberitahu oleh Kahar. Salihin pun hanya mempunyai dua orang anak perempuan saja. Masing-masing sudah mengikut suaminya. Semasa Salihin sakit mereka tidaklah dapat berulang ke hospital, tetapi menjaga rumah Salihin di Puchong. Lagi pun mereka mempunyai anak-anak yang kecil, menjadi kesulitan pula untuk membawa budak-budak itu menziarahi datuknya. Oleh itu mereka biarkan emaknya saja menjaga Salihin di hospital. Sementara Ustaz Badur yang memahami kesulitan keluarga berkenaan bersedia pula memberikan jasa baktinya menolong

Page 60: Koleksi Tok Awang Ngah 2

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

60

sesama insan. Sehingga jam 8.00 malam barulah Ustaz Badur bersama Kahar dapat menguruskan untuk membawa balik jenazah Salihin ke Puchong. Setelah doktor mengesahkan Salihin meninggal dunia, jenazahnya pun dihantar ke Mortuary (rumah mayat). Semasa mereka mengambil jenazah Salihin di Mortuary kedua-dua menantu Salihin pun sampai. Ini memudahkan lagi kerja mereka. Akop menantu Salihin yang tua disuruh memandu kereta Ustaz Badur dengan membawa isteri Salihin dan Mak Seha menemankannya. Sementara Rasul menantunya yang muda bersama-sama dengan Ustaz Badur dan Kahar membawa jenazah dengan kereta yang diberi oleh pihak hospital. "Terima kasihlah Ustaz, jasa Ustaz tak dapat kami bayar dengan emas ringgit" isteri Salihin tersengguk-sengguk menangis apabila jenazah suaminya dibawa masuk dalam kereta jenazah. "Jangan menangis Cik Som, kita selesaikan dulu Salihin ni. Lepas tu baru nak cakap apa pun" sahut Ustaz Badur sambil menolak Salihin masuk ke keretanya. Mak Seha juga menarik Som ke dalam kereta supaya dia tidak berlarutan menangis. Memang Som terasa sedihnya bukan kerana kematian Salihin, tetapi sejak dua minggu Salihin dimasukkan ke hospital, saudara mara yang lain tidak dapat melawat. Sebaliknya Ustaz Badur yang hanya kawan suaminya sanggup berulang alik mengambil berat tentang suaminya di hospital. Sampailah Salihin meninggal dunia, Ustaz Badurlah yang tidak kenal penat lelah membantu. Akob membawa kereta Ustaz Badur balik dahulu ke Puchong. Dia tidak dapat mengulangi bapa mertuanya di hospital selama ini kerana bekerja sebagai pemandu kereta membawa lori JKR, tentulah sukar mendapat cuti lama-lama. Itu pun dia sudah menyuruh isterinya menjaga rumah mertuanya. Selepas semuanya siap, mereka pun membawa jenazah Salihin balik. Kahar dan Ustaz Badur duduk di belakang bersama jenazah, manakala Rasul menantu Salihin duduk di hadapan. "Alhamdulillah, selamat semuanya" kata Ustaz Badur memandang Kahar. Kahar mengangguk. Dia juga merasa lega kerana masalah di hospital sudah dapat diselesaikan dengan bantuan Ustaz Badur. Kadangkala untuk mendapatkan kereta mayat bukanlah mudah, kalau tidak tahu bagaimana caranya. Ustaz Badur dapat menguruskannya kerana dia juga mengenali beberapa orang pegawai di hospital berkenaan. "Esoklah kita kebumikan" beritahu Kahar lemah. "Malam ni tak sempat, lagi pun dah pukul 8.30" ujarnya sambil melihat jam di tangan. "Iyalah, eloklah besok saja" sambut Ustaz Badur. Sekali sekala Kahar mengerling ke arah jenazah abangnya yang terbujur kaku, tetapi kadang-kala bergerak-gerak juga mengikut gegaran kereta yang berlari kencang. Dia tidak peduli sangat jenazah itu bergerak dalam keadaan kereta laju. Apabila masuk ke jalan Puchong selepas Jalan Kelang Lama, Kahar cepat-cepat menepuk bahu Ustaz Badur bila dilihat tangan jenazah terkeluar

Page 61: Koleksi Tok Awang Ngah 2

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

61

dari selimut yang menyelubunginya. Berdebar juga Ustaz Badur bila dilihatnya tangan jenazah terkeluar itu bergerak-gerak. Tetapi dia segera mengingatkan bahawa gegaran kereta itu yang menyebabkan tangan tersebut bergerak-gerak. Kahar mula merasa takut, kerana tidak mungkin tangan yang bergerak-gerak itu disebabkan gegaran kereta. Dia mula gelisah. Mukanya jelas gementar kerana jelas tangan itu bukan bergerak disebabkan gegaran kereta. Mustahillah abangnya masih hidup kerana 4 jam dimasukkan dalam Mortuary yang sejuk seperti peti ais itu. "Ustaz..." dia memanggil Ustaz Badur. Ustaz Badur tahu Kahar ketakutan. Oleh itu cepat-cepat dia memegang tangan jenazah yang terkeluar untuk dimasukkan semula ke bawah selubungnya. Tetapi sebaik saja dia memegang tangan berkenaan, sekaligus tangan itu memaut tangannya pula. Kahar sudah mahu terjun melarikan diri, tetapi segera ditahan oleh Ustaz Badur. "Hus, nak apa ni?" jerkah Ustaz Badur memberanikan hati. Bagaimanapun dia tidak lepas dari membaca Ayat Kursi. "Nak minum, minta air..." sahut Salihin yang sudah meninggal dunia itu cuba mengangkat kepala. "Tidur dulu, balik ke rumah nanti baru minum" sengaja Ustaz Badur mengeraskan suaranya. Jenazah Salihin pun diam. Sehingga sampai di rumahnya di Puchong ternyata Salihin masih hidup. Apabila dibawa ke rumah terus dia minta air. Satu malam itu menjadi tertanya-tanya bagaimana Salihin yang sudah disahkan mati itu boleh hidup semula. Malah sudah hampir 4 jam dimasukkan ke dalam rumah mayat yang sejuk seperti peti ais. Bagaimanapun 11 hari kemudian barulah Salihin meninggal dunia. Sekali lagi doktor mengesahkan bahawa dia benar-benar telah meninggal dunia. "Itulah kuasa Allah yang lebih besar dari terserempak lembaga berpakaian serba putih itu" ujar Ustaz Badur tersengih-sengih mengerling ke arah saya. "Perkara di Tanjung Malim itu perkara kecil pada saya Ustaz, tetapi perkara orang yang telah disahkan mati, sudah dimasukkan ke dalam peti sejuk hampir 4 jam, kemudian hidup semula sehingga 11 hari di rumah lebih besar ertinya, kalau kita mahu memahami akan kebesaran Allah, Inna fizalika liayaatin likulli sabbarin syakur.. keluhnya sambil mengesat pelupuk mata yang mula digenangi air keharuan.

Page 62: Koleksi Tok Awang Ngah 2

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

62

018. SUDAH DIKEBUMIKAN KELUAR DARI KUBUR Memanglah tidak ramai orang menghantar ke kubur semasa kematian Wak Diman jaga yang bertugas sebagai pengawal keselamatan dengan sebuah bank di kuala lumpur. Sanak saudaranya tidak mengebumikan dia di tanah perkuburan islam di Kuala Lumpur, tetapi di bawa ke kampungnya di Kuala Pilah. Semasa darurat dulu, Wak Diman menjadi sc atau polis khas. Apabila habis darurat, tenaganya tidak diperlukan lagi. dia pun menoreh getah di kampungnya. tetapi setelah 13 mei 1969, Wak Diman mengikut anak saudaranya di Kuala Lumpur dan bekerja menjadi pengawal keselamatan. Kekallah dia menjadi 'jaga' sampai ke akhir hayatnya. Tidaklah ramai orang menghantar ke kubur, kerana dia bukanlah orang besar yang akan dihantar oleh beribu - ribu manusia sama ada dikenalinya atau pun tidak dikenalinya. Wak Diman dihantar ke kubur hanya oleh sanak saudaranya saja. semasa hayatnya, dia memang seorang dukun sambilan. Ada beberapa kali saya ( tok awang ngah )menemuinya, tetapi biasanya dia seolah - olah mengelak tidak mahu bertemu dengan saya. Kematian Wak Diman hanya diberitahu oleh Kadri kepada saya selepas seminggu orang tua itu meninggal dunia. jadi, tidaklah dapat saya melawat jenazahnya. Lagi pun jenazahnya dibawa balik ke kampung di Kuala Pilah. " Dah seminggu Wak Diman itu meninggal " beritahu Kadri apabila dia datang ke rumah saya. " Tapi, ada orang ternampak dia merayau - rayau di dalam kampung " jelasnya keheranan dengan cerita Wak Diman hidup semula itu. " Awak ada tengok? " tanya saya. Kadri menggelengkan kepala. " Saya tak pernah tengok, tetapi orang - orang kampung ternampak. Mak Lang saya juga ada nampak " katanya, kerana Wak Diman itu berkahwin dengan mak langnya. " Entahlah " keluh saya pendek. " Susah nak cakap benda - benda macam ni, maklumlah urusan allah, mana kita nak tau " ujar saya. Tetapi Kadri mengakui bahawa Wak Diman itu pernah dikatakan memelihara hantu raya. Sejauh mana kebenaran dakwaan ini, tidaklah dapat dipastikan kerana orang yang memelihara syaitan tidak akan mengaku ada memelihara benda - benda seperti ini. Mungkin hantu raya juga tergolong dalam jenis syaitan. Mereka yang memelihara hantu adalah meminta pertolongan syaitan dalam segala urusan, jadi sudah tentulah bertentangan dengan Aki dah islam. Tetapi semasa hayatnya saya tidak dapat berbual banyak mengenai amalannya, jadi tidaklah saya tahu sejauh mana dia terlibat dengan memelihara hantu raya itu.

Page 63: Koleksi Tok Awang Ngah 2

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

63

Lagi pun setiap kali saya datang ke rumahnya di satu kawasan setinggan, dia cuba mengelak dari membiarkan saya lama berada di rumahnya. Dia akan berdalih dengan berbagai cara agar saya segera balik, atau pun dengan helah mengatakan dia ada hal untuk mengubat orang. Saya tidaklah berkecil hati dengan sikap Wak Diman ini. Bagaimana pun saya dapat mengagak bahawa kata - kata Kadri menyebut dia memelihara hantu raya itu boleh jadi juga benar. Arwah bapa saudara saya, Pak Tua Mahat ada memberitahu bahawa orang yang memelihara hantu raya bertujuan untuk kuat. Orang seperti mudah saja mengangkat batang pokok sagu, dengan memikulnya di bahu. Dia juga boleh mengangkat kayu balak di hutan dengan mengambil upah dengan taukeh - taukeh balak. Tetapi biasanya mereka tidak akan mengangkat barang yang berat - berat ini di depan khalayak ramai. Dia akan menunggu semasa orang tidak ada, atau pun di waktu senja, barulah dia mengangkatnya. Mereka yang memelihara hantu raya ini kata Pak Tua Mahat , selalu bersikap cemburu terhadap isterinya. malah dengan adik beradik pun dia cemburukan. Hantu raya yang mendampinginya akan sentiasa membisikkan ke telinganya bahawa isterinya sedang berlaku curang. Oleh itu apabila dia balik ke rumah, dia akan menampar isterinya sampai lebam - lebam. Hal ini pernah juga berlaku kepada emak saudara saya, tetapi saya tidak tahu sama ada suaminya itu ada memelihara hantu raya atau tidak. Tetapi dari orang sekeliling, saya mendengar mengenai suami emak saudara saya itu memelihara hantu raya. bagaimana pun sepanjang ingatan saya dia tidaklah segagah seperti yang diceritakan oleh Pak Tua Mahat itu. Dia hanya cemburu saja. Pernah dia mengunci pintu bilik lantas memukul emak saudara saya kerana rasa cemburunya yang tidak dapat ditahan - tahan. Emak saudara saya terjerit - jerit kesakitan. Mujurlah Datuk Aki saya mendengar jeritan anaknya. Datuk Aki saya telah datang meleraikan. apabila Datuk Aki saya datang, suami emak saudara saya jadi gementar dan menyembah - nyembah meminta ampun dari Datuk Aki saya. Datuk Aki saya tidak boleh berbuat apa - apa, kerana bukan sekali dua suami emak saudara saya itu melakukan perbuatan demikian. Setiap kali dia bertindak gila, dia akan menangis tersedu - sedu sambil meminta ampun bila diserbu oleh keluarga emak saudara saya. Manakala emak saudara saya pula walaupun teruk di pukul oleh suaminya, dia tetap kasih kepada suaminya. apabila suaminya lari, dia tetap akan mengikutnya. Akhirnya kami tidak memperdulikan lagi, apa pun berlaku. Hanya datang meleraikan kerana kasihan melihat emak saudara teruk kena pukul. Dari kejadian itu tidak pula nampak bahawa suami emak saudara saya itu seorang yang kuat. Malah dengan saya sendiri ketika itu baru berusia belasan tahun, dia terlalu gementar berhadapan selepas memukul emak saudara saya itu. Datuk Aki saya telah menyuruh Pak Tua Mahat melakukan apa - apa bagi menyelamatkan adiknya itu. Pada mulanya Pak Tua Mahat diminta supaya memisahkan suami isteri berkenaan.

Page 64: Koleksi Tok Awang Ngah 2

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

64

sebaliknya Pak Tua Mahat tidak bersetuju dengan ayahnya untuk memisahkan emak saudara saya dengan suaminya. Apabila Pak Tua Mahat menyuruh suami emak saudara saya itu supaya berubat, dia mahu pula mengikutnya. Pak Tua Mahat menyuruhnya mandi berlimau 3 hari berturut - turut. dia tetap mematuhinya dengan tidak berani membantah. selepas itulah perangainya berubah. Dia tidak lagi cemburu. Kalau makan nasi, tidaklah diamalkannya untuk meninggalkan sisa - sisanya dalam pinggan kira - kira 3 kali suap.

" Amalan orang memelihara hantu raya memang begitu " Pak Tua Mahat menjelaskan. " dia sengaja meninggalkan sisa - sisa nasinya 2 - 3 suap di dalam pinggan. Itulah petua kalau nak tahu mereka memelihara hantu raya atau tidak " katanya menerangkan kejadian sebenarnya. Kadangkala hantu raya itu sendiri menjelma seperti tuannya dan dia akan keluar melakukan persetubuhan dengan isteri tuannya sendiri. "Kalau mahu tahu sama ada dia hantu raya atau pemeliharanya, tegurlah " ujar Pak Tua Mahat lagi selepas suami emak saudara saya dapat dipulihkannya. "Kalau hantu raya dia tidak akan menyahut atau berbual - bual " jelas Pak Tua Mahat selanjutnya. Beberapa tahun kemudian barulah suami emak saudara saya itu mengakui bahawa hantu raya itu menguasai dirinya bukanlah dengan kerelaannya. Pada mulanya dia hanya menuntut ilmu pengasih dari seseorang, rupanya orang itu telah menurunkan hantu raya kepadanya melalui amalan ilmu pengasih itu. Termasuk emak saudara saya, 14 orang isterinya. malah ada di antara janda yang sudah diceraikan datang semula tidur bersamanya. Setelah berkahwin dengan emak saudara saya dan diubat oleh Pak Tua Mahat , dia tidaklah berkelakuan seperti sebelumnya. bagaimana pun apabila dia berkahwin lagi seorang, ada emak saudara saya bertanyakan kepada saya sama ada mahu membenarkan atau tidak. saya hanya menasihatkan emak saudara saya supaya membenarkan saja, kerana tidak ada gunanya membuat keributan. Bagaimana pun dia tidak kekal dengan isterinya yang ke 15 itu, hanya dengan emak saudara saya saja dia kekal. " Ada apa - apa keanehan yang awak lihat semasa hayatnya? " saya bertanya kepada Kadri mengenai Wak Diman . Kadri termenung sebentar mengerutkan dahinya. Dia cuba mengingat - ingatkan semula tentang keanehan Wak Diman semasa hidupnya. Kerana yang meninggal dengan sempurna tidak akan melihat merayau - rayau atau bangun dari kubur setelah dikebumikan. Mereka yang kembali menemui allah dengan sempurna akan berehat dengan aman di barzakh sehingga menunggu hari hisab. Ini yang dijelaskan oleh Tok Aji kepada saya tatkala saya menjadi murid di madrasahnya.

Page 65: Koleksi Tok Awang Ngah 2

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

65

" Anehnya, tak ada " ujar Kadri perlahan. " tetapi, ada saya dengar dia memang memelihara hantu raya " jelasnya semacam kesal dengan apa yang terjadi kepada suami Mak Langnya itu. Tetapi dia juga ada mendengar peristiwa Wak Diman menolong pihak JKR, semasa jabatan itu membina jalan baru. Traktor yang menolak tanah telah jatuh ke dalam gaung. Amatlah sukar untuk menarik semula traktor berkenaan naik ke atas kerana curam gaungnya sangat dalam. Kebetulan Wak Diman ada di situ ketika kejadian tersebut berlaku. Disebabkan masalah kesuntukan masa bagi menarik semula traktor itu naik ke atas jalan, pihak JKR terpaksa meninggalkan jentera berkenaan di dalam gaung sementara mendapat bantuan kren. Memanglah mustahil untuk menarik semula traktor itu walaupun kren dapat dipanggil, kecuali ditanggalkan bahagian badannya satu persatu untuk ditarik ke atas. Dalam masa traktor itu ditinggalkan, hanya dijaga oleh kaki tangan JKR yang memasang khemah di atas jalan. kebetulan jaga traktor itu orang kampung Wak Diman . " Aku boleh tolong kau, Akop " Wak Diman memberi jaminan kepada jaga tersebut. Akop menyangka Wak Diman mahu menemankan dia berjaga tiap - tiap malam di situ. Mana tahu sampai seminggu pun traktor itu masih belum dapat di tarik ke atas. Kalau Wak Diman mahu menemankan, ada jugalah teman berbual - bual pada sebelah malam. Lagi pun di tempat yang sunyi seperti itu, musuh tarahnya banyak, maklum saja di tengah hutan. Boleh jadi gajah, harimau atau beruang muncul di tengah malam. " Kurang tapak tangan, nyiru aku tadahkan, Pak Lang " sahut Akop sebaik mendengarkan Wak Diman mahu menolongnya. " Tapi, ada syaratnya " dia menjelaskan. " Kalau syaratnya tak berat, apa salahnya.." sahut Akop memberi pengakuan. " Syaratnya tak berat " beritahu Wak Diman tersengih - sengih. " tapi, kalau kau langgar syarat ni, tak mahulah aku tolong " katanya. " Bolehlah, aku terima syarat itu " wajah Akop gembira. " Syaratnya senang aje " dia menjelaskan tersengih - sengih seolah - olah pengakuannya tidaklah serius. " Senja nanti kau jangan datang, biar aku yang datang dulu. kau datang agak - agak pukul 8.30 malam " jelasnya dengan ikhlas mahu menolong.

Page 66: Koleksi Tok Awang Ngah 2

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

66

Apa lagi Akop memanglah suka, kerana ada orang yang sanggup menolong sampai begitu sekali. Dia boleh datang lambat sedikit untuk menjaga traktor yang terhumban ke bawah gaung itu. Syarat itu bukanlah susah sangat, malah memang sesiapa pun sanggup datang lambat menjalankan tugas. Tetapi petangnya apabila jam 6, hati Akop terasa tidak senang. Kalaulah ada alat - alat yang hilang pada jentera berkenaan dia yang akan bertanggungjawab. Dia tidak boleh menyerahkan tugas tersebut kepada Wak Diman . Bagaimana kalau mandur meronda, dan mendapatinya dia tidak ada menjaga traktor itu. Memikirkan perkara - perkara buruk demikian, Akop terpaksa juga memungkirkan janji dengan Wak Diman . Dia datang juga kira - kira tepat pada waktu senja. Sebaik saja sampai di atas jalan, dia terkejut kerana melihat traktor di bawah gaung terangkat dan bergerak naik. Dia nampak betul - betul Wak Diman yang memikul traktor berkenaan menaiki tebing gaung. terkial - kial dia memikulnya dengan susah payah. Takut akan melanggar pantang, Akop menyorok di dalam belukar. Basikalnya juga disorokkan ke dalam belukar. Kemudian dia melihat dari tempat persembunyiannya, Wak Diman betul - betul yang mengangkat traktor tersebut. Setelah traktor itu diangkat naik ke jalan, Wak Diman pura - pura berbaring di dalam khemah yang disediakan di tepi jalan. Sementara Akop pula terus bersembunyi di dalam belukar. Hatinya bercampur gembira dan bimbang. Apakah akan dijawabnya pada jurutera, kalau pegawai itu bertanya siapa yang menarik traktor itu naik ke atas. Sehingga jam 8.30 malam barulah Akop keluar dari tempat persembunyiannya. Sebaik sampai saja di depan khemah, dia pura - pura terkejut sambil memanggil Wak Diman memberitahu traktor sudah ada di atas jalan. " Eh, macam mana traktor tu ditarik dari bawah gaung, Pak Lang? " Akop pura - pura tidak tahu kejadian sebenarnya. " Mengarutlah kau Kop " sahut Wak Diman tersengih - sengih. " semasa aku datang pukul 4 petang tadi, traktor tu memang dah dinaikkan. Kau nak temberanglah pada aku " dia cuba menuduh Akop berdusta seolah - olah tidak tahu bahawa traktor itu sudah ditarik oleh JKR. " Boleh jadi juga, sebab aku cuti hari ni tadi " Akop cepat - cepat menutup rahsianya supaya tidak diketahui oleh Wak Diman dia menyaksikan sendiri Wak Diman memikul traktor itu tadi. " Kalau macam tu, biarlah aku balik. Tak payahlah aku temankan kau menjaga traktor ni " katanya tersengih - sengih sambil mencapai basikal yang tersandar di tebing jalan.

Page 67: Koleksi Tok Awang Ngah 2

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

67

Dia tidak tahu bahawa Akop sudah melihatnya memikul traktor berkenaan. Besoknya memanglah pihak JKR heran bagaimana jentera berat seperti traktor itu boleh ditarik dari dalam gaung yang sampai 20 rantai ke bawah. Sementara Akop tidak dapat memberitahu kisah sebenarnya. Mungkin jurutera berbangsa India itu tidak percaya kalau diceritakannya Wak Diman memikul traktor tersebut. Oleh itu Akop hanya mendiamkan diri dan mengaku tidak tahu bagaimana traktor di bawah gaung tiba - tiba saja sudah berada semula di atas jalan. " Cerita itu ada Akop sepupu saya ceritakan " jelas Kadri mengingatkan semula kisah Akop mengenai peristiwa Wak Diman boleh memikul traktor yang terhumban ke dalam gaung sedalam 20 rantai itu, naik semula ke atas jalan. " Tetapi saya sendiri tidak pernah melihatnya " ujar Kadri lagi. Sudah seminggu Wak Diman meninggal dunia, tetapi orang - orang kampungnya heboh ada melihat dia merayau - rayau di tengah kampung. Memang orang nampak betul Wak Diman berjalan dalam keadaan berselimut putih dalam kain kapannya. " Biasanya selepas 3 hari perut dah pecah " kata Kadri tertanya - tanya. " macam mana Wak Diman boleh merayau - rayau selepas seminggu dikebumikan " ujarnya keheranan. Mula - mulanya emak saudara Kadri yang ternampak Wak Diman menyusur di tepi dinding hendak naik ke rumah. Dia telah menjerit memanggil jiran - jiran yang tinggal berdekatan, menyebabkan mereka semua menyerbu ke rumah Mak Lang Emon. Semasa mereka sampai, memang ternampak kelibat orang berlari dengan pakaian serba putih menuju ke tanah perkuburan. " Aku nampak macam Wak Diman di situ " beritahu Mak Lang Emon sambil menuding ke arah penjuru dapur. Apabila mereka mendekati tempat yang dikatakan Wak Diman berpaut tadi, terbau bau busuk yang meloyakan. " Kau terangan-angankan dia agaknya " bapa saudaranya cuba menafikan. " Betul, aku pun nampak " sahut Joyah yang mula - mula tiba semasa kakaknya terjerit tadi. " Aku nampak aruah ni berdiri di situ " katanya menguatkan lagi cerita Mak Lang Emon mengenai jelmaan Wak Diman . Disebabkan semua orang - orang kampung heboh melihat Wak Diman menjelma semula, maka Kadri juga balik ke kampung untuk memastikan cerita mengenai bapa saudaranya itu. Dia sengaja mengendap untuk melihat keadaan sebenarnya. Pada malam berkenaan dia tidak melihat apa - apa, kecuali deru angin malam yang menggetarkan. Dia mengajak seorang kawannya mengendap sama ada benar yang dilihat itu Wak Diman atau tidak. Lagi pun Kadri memang hendak melihat dengan mata kepalanya sendiri akan kejadian - kejadian yang dianggap tahyol oleh masyarakat moden sekarang. Kawannya itu

Page 68: Koleksi Tok Awang Ngah 2

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

68

pula Tapa Cendol, anak muda gila - gila bahasa. Kalau kena gaya memujinya, apa pun disuruh dia sanggup lakukan. " Memang aku nampak Wak Diman tu melintas dekat pagar rumah aku " beritahu Tapa Cendol terangguk - angguk. " 3 hari buluh pagar tu bau busuk, nak loya aku dibuatnya " ujarnya menekup leher dengan 2 tangannya seolah - olah menahan rasa hendak muntah. " Kenapa kau tak tEgur dia? " usik Kadri tersengih - sengih. " Nak mampus! " Tapa Cendol membeliakkan matanya kerana seram disuruh menegur jelmaan Wak Diman . " Baik - baik tak kuluhum, hah, langsung kuluhum " katanya menyebabkan Kadri tertawa terbahak - bahak. " Kau bukan ke hebat, Tapa " Kadri sengaja mengusik. " Lagikan ular sawa besar betis kau berani tangkap, inikan pula Wak Diman yang dah mati, apa kau takut? " ujarnya menepuk - nepuk bahu Tapa Cendol. " Ular tak sama dengan hantu..." gerutunya tersengih - sengih. Ketika inilah mereka berdua terdengar Mak Lang Emon terjerit lagi. cepat - cepat mereka berkejar ke rumah Mak Lang Emon. di sana sanak saudara sudah berkumpul sebaik saja mendengar Mak Lang Emon menjerit. Kadri pula sebaik saja sampai, melihat ke arah pintu dapur yang terbuka. Apabila dia masuk di situ, terbau bau busuk yang meloyakan. Periuk sudah tertonggeng di atas tungku. " Jangan kau pegang apa pun di dapur tu " Tapa Cendol mengingatkan. " kalau kau pegang, nanti bau busuk tak hilang " katanya sambil mengelak - elakkan badannya dari bersentuhan barang - barang di dapur yang berbau busuk itu. Rupa - rupanya semasa Mak Lang Emon hendak ke dapur untuk ke bilik air, dia ternampak Wak Diman makan nasi di dapur. Itulah menyebabkan dia menjerit meminta tolong. " Nampaknya tak boleh jadi macam ni " rungut Lebai Ujud bila mengenangkan gangguan jelmaan Wak Diman itu. Barulah mereka diberitahu mengenai aruah Wak Diman memang menyimpan hantu raya. Jelmaan Wak Diman itu adalah hantu yang sudah tidak bertuan. Akop juga menceritakan mengenai Wak Diman pernah mengangkat traktor yang terhumban ke gaung. Lebai Ujud juga teringat tentang Wak Diman mengangkat sebatang pokok sagu rembia dari hujung sawah di bawa balik ke rumahnya. pada masa itu dia tidak pula menduga bahawa menantunya ada memelihara hantu raya. Patutlah apabila ditegur, Wak Diman yang mengangkat batang sagu rembia itu hanya mendehem saja, sedangkan Wak Diman selalunya suka berceloteh. Tetapi Lebai Ujud menyangka, tentulah

Page 69: Koleksi Tok Awang Ngah 2

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

69

ketika membuat kerja yang berat - berat dia tidak suka bercakap. Tetapi adalah mustahil manusia biasa mengangkat sebatang pokok sagu rembia. " Kalau macam tu, kita baca yassin la nampaknya " lebai ujud menganjurkan. Dalam masa orang ramai bercadang mahu membaca yassin beramai - ramai, Kadri mengajak Tapa Cendol terus mengintip dari mana datangnya jelmaan tersebut. " Kalau apa saja yang diusiknya menjadi busuk, sudah tentu kita boleh jejak dia " Kadri menguatkan hati untuk terus melihat sendiri kejadian yang sebenarnya. " Macam mana? " tanya Tapa Cendol tidak tahu hujung pangkal. " Di mana ada terbau busuk, kita ikut. Tentu itulah jalannya " ujar Kadri. Mereka berdua pun berdiri di depan pintu dapur untuk mendapatkan bau busuk itu dari arah mana. Kedua - dua mereka terus menyusur arah ke reban ayam. Dari sana mereka terus mengikut bau busuk itu masuk ke belukar yang lantas menuju ke arah kubur. " Hus, ini arah ke kubur nampaknya " Tapa Cendol serba salah untuk mengikut Kadri. " Kau takut ke? " usik Kadri perlahan. Tapa Cendol terdiam. Malu juga dia mahu mengaku takut untuk terus mara ke kubur di waktu malam demikian. Ketika ini sudah pukul 12 tengah malam. Tetapi Kadri memang nekad untuk mengetahui jelmaan Wak Diman itu. " Aku agak kau ni takut " Kadri menyinggungkan siku ke bahu Tapa Cendol. " Ah, apa pula nak takutkan " cepat - cepat Tapa Cendol menafikan. Apabila sampai di kawasan kubur, mereka terus menuju ke arah kubur Wak Diman . Bau busuk tidak ada di situ. Malam itu mereka berdua gagal untuk mengesan jelmaan Wak Diman . Besoknya Kadri pergi melihat sendiri kubur Wak Diman , kerana semasa menaikkkan tanah kubur pada hari ke 3 kematian Wak Diman , dia tidak dapat balik. Petang itu pula dia akan terpaksa balik semula ke Kuala Lumpur. Semasa melihat kubur itu, didapatinya ada lubang di bahagian tengah kubur. Lubang itu ada kira - kira sebesar buluh aur. Kadri memberitahu Lebai Ujud mengenai apa yang dilihat di kubur Wak Diman . Mendengarkan aduan Kadri itu, pada waktu zuhurnya Lebai Ujud bersama beberapa orang anak saudaranya pergi bertahlil dan membaca yassin di atas kubur Wak Diman.

Page 70: Koleksi Tok Awang Ngah 2

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

70

Selepas membaca yassin, Lebai Ujud mencurahkan air bacaan yassin dalam jag ke atas kubur Wak Diman . Sebahagian dari air itu dicurahkannya pada bahagian yang berlubang itu. Setelah dicurah air yassin, lubang itu dikambus semula. Petang ahad itu, Kadri balik ke Kuala Lumpur. Dia tidak lagi mendengar cerita mengenai jelmaan Wak Diman selepas itu. " Apa yang ustaz agak mengenai cerita Wak Diman ini? " tanya Kadri. Saya terdiam. Sukar hendak menjawab pertanyaan tersebut. Saya mendengar kisah orang yang memelihara hantu raya ini, tetapi berlainan pula keadaannya. Saya mendengar cerita mengenai seorang lelaki memelihara hantu raya setelah dia jatuh sakit beberapa lama, saudara maranya menjadi heran kerana dia makan terlalu kuat. Sebaliknya badan semakin lama semakin kurus. Setelah dibukakan anak tangga, lantai sekeping dan atap sekeping, barulah dia meninggal dunia. Tetapi setelah meninggal, didapati mayatnya sudah reput menunjukkan dia sudah lama meninggal dunia. Jadi, ada bermacam - macam cerita mengenai orang yang memelihara hantu raya ini. Apa yang terjadi kepada Wak Diman ini memang saya tidak tahu. Tanda - tanda yang diceritakan semasa hayatnya memang dia ada memelihara hantu raya kata sesetengah orang tua. Dia memang kuat, tetapi dia tidak pula cemburu kepada isterinya Mak Lang Emon. Dia tidak mempunyai ilmu pengasih yang suka berkahwin dan bercerai dengan banyak perempuan. Hanya Mak Lang Emon itulah saja isterinya sejak muda lagi. Tetapi bagaimana dengan jelmaannya yang balik semula ke rumah dan merayau - rayau di dalam kampung. Kemudian dia suka naik ke dapur untuk makan nasi menyeluk periuk sendiri. Terpaksalah pula periuk dan pinggan mangkuk yang telah digunakan itu dibuang atau dimusnahkan. Anehnya selepas makan dan minum, dia terus meninggalkan rumah berkenaan dengan tidak menganggu sesiapa pun. Mak Lang Emon terjerit pun hanya ketika dia bangun hendak ke bilik air, dilihatnya jelmaan Wak Diman itu sedang makan nasi di dapur. Sejak itu ayahnya, Lebai Ujud menyuruhnya supaya jangan ditinggalkan nasi selepas makan malam. Akop pula menceritakan dia berjaya mengendap jelmaan itu dan mengikutnya sampai ke kubur. Apabila sampai di kubur Wak Diman, kelihatan jelmaan itu masuk ke kubur melalui lubang yang ditemui oleh Kadri itu. 2 - 3 hari selepas itu, Kadri menerima surat dari emaknya mengatakan gangguan jelmaan Wak Diman itu sudah tidak ada. Sejak dibacakan yassin dan lubang kuburnya dikambus semula, tidak ada lagi ternampak jelmaan Wak Diman merayau - rayau mencari nasi di dapur pada waktu tengah malam.

Page 71: Koleksi Tok Awang Ngah 2

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

71

019. KEPALA TERSANGKUT DI RUMPUN MENGKUANG KEGELISAHAN orang-orang kampung di Serting ialah gangguan terhadap ibu-ibu yang baru melahirkan anak. Selalunya mereka akan menghadapi keadaan turun darah kalau dibawa ke hospital. Bagaimanapun kebanyakkan mereka ini masih dapat diselamatkan apabila dibawa ke hospital. Ibu-ibu yang hendak melahirkan anak semakin bimbang akan mengalami tumpah darah ini, di samping mereka takut pula untuk beranak di hospital. Anehnya, kenapa tumpah darah ini sentiasa berlaku kepada ibu-ibu yang melahirkan anak-anak di kampung ini. Disebabkan kebimbangan ini Ali Gemuk menemui Pak Hid di Bukit Kelulut bertanyakan masalah yang dihadapi oleh orang-orang di kampungnya. Bagaimanapun Pak Hid tidak dapat menjelaskan kedudukan sebenarnya, cuma dia mengagakkan mungkin ada gangguan dari 'penanggal' atau polong. Sama ada hantu penanggal mahupun polong memang gemar menghisap darah perempuan baru lepas bersalin. Secara saintifik memanglah tidak dapat digambarkan mengenai polong atau hantu penanggal ini, kerana yang dapat dilihat hanya perempuan yang menjadi mangsa itu terkena tumpah darah. Sedangkan yang sebenarnya hantu penanggal itu sedang menghisap darah hanyir dari ibu yang baru lepas bersalin itu. Fasal itulah kebanyakan orang-orang di kampung akan menggantungkan duri mengkuang di bawah rumah setentang dengan tempat tidur ibu-ibu yang baru melahirkan anak. Memang duri mengkuang ini menjadi sumpahan kepada hantu penanggal mahupun polong. Mereka tidak akan berani mendekatinya kalau ada duri mengkuang di situ. “Habis, mengapa kalau bawa ke hospital boleh baik?” tanya Ali Gemuk pada Pak Hid. “Bau ubat-ubat di hospital itu pun dia tak tahan” ujar Pak Hid perlahan. “Apabila dibawa ke hospital tak payah lagi ubat pun tak apa lagi dah” katanya menjelaskan. Bagaimanapun dia tidaklah bermaksud supaya jangan diberi ubat kepada ibu-ibu yang mengalami tumpah darah itu. Sebenarnya gangguan dari hantu penanggal atau polong itu tidak berani lagi mengikut mangsanya apabila mangsanya itu dipindahkan ke hospital. “Jadi, macam mana kita nak buat Pak Hid?” Ali Gemuk merasa bimbang kerana isterinya sarat mengandung dan hampir akan bersalin. “Dekat kampung kau pun ada orang yang handal, buat apa jumpa aku?” Pak Hid macam menyindir Ali Gemuk yang terburu-buru mencari dia, padahal isterinya lambat lagi akan bersalin. Inilah kisah yang berlaku lebih 20 tahun dulu mengenai kejadian yang mengganggu ibu-ibu melahirkan anak menyebabkan mereka dalam ketakutan setiap kali akan melahirkan anak. Ali Gemuk adalah salah seorang yang menghadapi masalah ini sebaik saja isterinya akan melahirkan

Page 72: Koleksi Tok Awang Ngah 2

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

72

anak sulung. Malah mengikut pendapat orang tua-tua perempuan mengandung anak sulung inilah yang menjadi idaman hantu penanggal itu. Nenek saya pernah memberitahu bahawa hantu penanggal ini adalah manusia biasa yang tersalah menuntut ilmu semangat padi. Tujuannya adalah untuk membolehkan padinya berbuah dengan banyak, walaupun sawah yang dikerjakan tidak seberapa. Ilmu semangat padi yang dituntutnya itu berubah menjadi hantu penanggal yang memerlukan darah perempuan yang baru beranak, bagi mengekalkan ilmu semangat padi itu menguasai dirinya. Sekiranya dia tidak melakukan, maka hantu penanggal yang menguasainya itu akan memakan diri sendiri. Oleh itu asal saja perempuan baru melahirkan anak mudah saja dia dapat mencium hanyir darah berkenaan. Kecuali kalau wanita-wanita itu baru dibawa ke hospital, dia tidak dapat mengekorinya kerana bau ubatan moden ini melemahkan anggota hantu penanggal itu sendiri. Kisah Ali Gemuk ini diceritakan sendiri oleh anak buahnya kepada saya, kerana semasa kejadian itu berlaku dia sudah pun berumur kira-kira 8 tahun. Dia masih ingat lagi kejadian yang berlaku kepada bapa saudaranya itu. Saya pernah juga bertemu dengan Pak Hid dua tiga kali, tetapi tidak sempat pula bertanya mengenai kisah Ali Gemuk ini. Lagi pun dia tidak berapa ingat sangat dengan Ali Gemuk, kerana kampung mereka berjauhan. Semasa saya bertemu Pak Hid beberapa tahun dulu, dia kelihatan menangis terisak-isak kalau menyebut kisah-kisah yang dikatakan aneh oleh manusia sekarang. Setiap kali dia menyebut nama Allah, Pak Hid akan tersedu-sedu sampai tidak dapat bercakap. “Allah boleh melakukan apa saja, tak ada apa-apa yang aneh bagiNya” kata Pak Hid kepada Ali Gemuk. “Dekat kampung kau ada orang yang handal, buat apa kau cari orang tua buruk di Bukit Kelulut ni” dia merendahkan diri apabila Ali Gemuk meminta dia membuat apa-apa tangkal bagi melindungi isterinya. “Tolonglah bagi apa-apa tangkal pun Pak Hid” Ali Gemuk merayu dengan penuh harapan. “Aku tak boleh melindungkan isteri kau, tangkal azimat juga tak boleh” mengesat matanya yang mula digenangi air. “Yang boleh kau minta tolong untuk melindungi isteri kau hanyalah Allah” kata Pah Hid lagi. Sedapat-dapatnya Pak Hid tidak mahu memberi apa-apa tangkal azimat bagi menghadapi gangguan hantu penanggal itu. Dia hanya menyuruh Ali Gemuk melakukan sembahyang tahjud di tengah malam hari di samping memohon kepada Allah supaya dijauhkan sebarang bencana dari menimpa isterinya. Bagaimanapun dia memberikan doa kepada Ali Gemuk supaya diamalkan selepas sembahyang tahjud itu. Hampalah Ali Gemuk hendak mendapatkan tangkal dan azimat dari Pak Hid, kerana

Page 73: Koleksi Tok Awang Ngah 2

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

73

orang tua itu enggan memberikannya. Dari anak buahnya Johar yang menceritakan kisah ini semula kepada saya, memang Ali Gemuk melakukan seperti yang disuruh oleh Pak Hid. Tetapi Ali gemuk memang tahu mengenai diri Pak Hid yang warak orangnya itu. Kebanyakan orang hanya menganggap Pak Hid sebagai orang tidak siuman saja, kerana pakaiannya yang robak-rabek dan bertampal-tampal, di samping suka merungut-rungut sendirian. Sebab itulah Ali gemuk sanggup mengayuh basikal sampai tujuh lapan batu dari Serting ke Bukit Kelulut, semata-mata mencari Pak Hid. “Memang Pak Hid nampaknya macam orang tidak siuman saja” ujar Johar bila mengingatkan semula sikap Pak Hid. Kadangkala dia datang minum kopi di Batu Kikir, hanya beberapa minit saja dia duduk, lantas bangun mahu ke Segamat pula. Padahal Segamat dengan Batu Kikir bukanlah dekat lebih 30 batu jauhnya. Tetapi memang orang nampak dia mengayuh basikal menuju ke arah ke Bahau untuk pergi ke Segamat. Sebaliknya lima minit kemudian dia balik semula, untuk menghabiskan sisa kopi yang diminumnya tadi. “Perangainya inilah yang dikatakan orang tidak siuman. Satu waktu pernah terjadi dia sedang minum kopi di Batu Kikir, tiba-tiba saja dia bangun kerana hendak membeli kuih kuaci di Segamat. Katanya dia teringin hendak memakan kuih dari kedai yang selalu dibelinya kuih kuaci apabila dia ke Segamat. Disebabkan sudah selalu benar dia berkata mahu ke Segamat membeli kuih tersebut apabila sedang duduk minum di kedai kopi di Batu Kikir itu, orang cam betul-betul waktu yang dia bangun mencapai basikal untuk ke Segamat itu kira-kira pukul 11.00 pagi. Kira-kira pukul 11.05 minit dia balik ke kedai itu membawa dua butir kuih kuaci yang katanya dibeli di Segamat. Orang yang disuruh menunggu di kedai kuih di Segamat yang dikatakan itu telah balik dalam kira-kira pukul 3.00 petang hari itu memberitahu, memang Pak Hid ada datang ke kedai berkenaan membeli kuih kuaci pada pukul 11.00 pagi hari tersebut. Sejak hari itu barulah orang tidak berani lagi menuduh dia tidak siuman. Memang terkejut besar orang yang menunggu di kedai di Segamat, kerana selama ini dia merasakan Pak Hid hanya bergurau saja mahu ke Segamat membeli kuih. Tetapi apabila balik dia hanya membawa dua butir saja kuih kuaci. Kalau mahu dikira dari segi logik, adalah terlalu bodoh untuk mengayuh basikal lebih 30 batu semata-mata untuk membeli dua butir kuih kuaci yang harganya cuma 20 sen. Lagi pun tidak sampai 5 minit pun masa perjalanannya dengan mengayuh basikal tetapi menuju ke satu tempat yang dikira pergi dan balik lebih 60 batu. Sebab itulah orang menganggap dia tidak siuman. Tetapi setelah dapat dibuktikan bahawa kata-kata Pak Hid itu benar barulah orang berfikir, pada zahirnya Pak Hid seperti orang tidak siuman, tetapi apa rahsia di sebalik kelakuannya seperti orang tidak siuman itu hanya Allah saja yang tahu.

Page 74: Koleksi Tok Awang Ngah 2

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

74

“Dari apa yang saya alami mengenai kelakuan Pak Hid ni, memang saya bersetuju dengan Ustaz, bahawa tidak ada perkara yang mustahil kalau Allah izinkan” keluh Johar memberitahu saya. Johar pun memang sudah lama mencari saya, kerana dia mendapat tahu saya pernah ke Bukit Kelulut mencari Pak Hid ini. Apabila bertemu dengan saya, barulah dia bercerita mengenai sikap aneh Pak Hid yang dianggap oleh orang-orang di sekitar kampungnya sebagai tidak siuman itu. “Macam mana Ustaz tahu Pak Hid ni?” tanya Johar. “Semuanya kehendak Allah” sahut saya tersenyum. Memang orang merasa heran kenapa saya suka berkenalan dengan orang-orang seperti Pak Hid ini. Bagi saya zahirnya saja tidak boleh diberi penilaian dengan mata hati kita. Saya mencari Pak Hid pun kerana mahu bertanyakan sedikit sebanyak yang kita tidak tahu darinya. “Saya tanyakan padanya sama ada kenal Ustaz atau tidak” jelas Johar macam mengingatkan sesuatu. “Tetapi, dia kata tak kenal” katanya terangguk-angguk. Saya tersenyum mendengar penerangan Johar. Memang itulah sikap Pak Hid, kalau ditanyakan padanya sama ada kenal atau tidak orang-orang yang pernah menemuinya, dia akan menjawab, “Ramai yang datang ke sini, mana saya nak ingat”. Setelah orang ramai tahu tentang keluar-biasaan Pak Hid ini, ada juga orang menjemputnya ke rumah untuk membaca doa selamat. Pak Hid memenuhi jemputan orang berkenaan. Tetapi selepas dia membaca doa selamat, dia pun balik dengan tidak mahu menjamah makanan yang dihidangkan. “Mengapa tuan tak makan dulu?” tanya tuan rumah kebingungan. “Tadi awak jemput saya untuk baca doa selamat, bukan untuk makan” jelasnya dan terus beredar dari situ. Disebabkan orang sudah tahu bagaimana cara mengajaknya, maka apabila diajak dia kenduri akan disebutkan permintaan untuk membaca doa selamat dan terus makan sekali. Barulah Pak Hid mahu makan selepas dia membaca doa selamat. Tetapi ada juga tatkala sedang makan tuan rumah akan mempersilakan seperti kelaziman yang dibuat oleh orang-orang Melayu di kampung iaitu, “Jemputlah makan tuan, lauknya tak ada, cuma itu saja”. Tujuan tuan rumah hanya sebagai merendah diri saja, bukanlah apa-apa tujuan di sebaliknya. Setelah mendengar kata-kata tuan rumah itu, Pak Hid akan makan nasi saja dengan tidak mengambil sedikit pun lauk. “Bubuhlah lauk tuan...” tuan rumah akan memperlawanya. “Eh, tadi kata tak ada lauk” sahutnya dan terus menyuap nasi dengan tidak sedikit pun menyentuh lauk. Selepas selesai kenduri, tuan rumah akan memberikannya wang sepuluh ringgit sebagai budi bahasa kelaziman orang-orang di kampung memanggil orang membaca doa di rumahnya. “Tuan, ambillah sedekah ni” ujar tuan rumah menghulurkan wang sepuluh ringgit. Dengan pantas dia menepis tangan orang itu sambil katanya, “His, saya tak patut menerima sedekah, badan saya masih kuat lagi bekerja. Yang menerima sedekah ni fakir miskin”. Jadi, kalau

Page 75: Koleksi Tok Awang Ngah 2

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

75

memberi dia wang memadai dengan serahkan saja sewaktu bersalam dan jangan berkata apa-apa. Dia akan mengambil sambil menadah tangan bersyukur kepada Allah. Tetapi ada juga tuan rumah yang memberi wang sambil berkata, “Tuan, ini saya beri tambang-tambang kereta aje”. Tuan rumah sengaja berkata begitu kerana tidak ada tujuan, walaupun dia tahu Pak Hid datang ke rumahnya dengan menunggang basikal. Pak Hid tidak menolak. Dia akan menerima wang pemberian itu. Biasanya tuan rumah akan memberi sepuluh ringgit selepas selesai kenduri. Dengan kata-kata tuan rumah tadi Pak Hid meninggalkan basikalnya di situ, lantas menaiki bas atau teksi sapu ke rumah di Bukit Kelulut. Kalau tambang bas antara 30 hingga 40 sen, dia akan memberikan kesemua sepuluh ringgit itu dengan tidak mahu mengambil baki yang dipulangkan oleh kondakter bas. Begitu juga kalau dia menaiki teksi sapu. Pemandu kereta akan mengenakan $1.50 saja, tetapi dia tetap memberikan kesemua sepuluh ringgit yang diberi oleh tuan rumah tadi. Apabila dia sampai di rumahnya, dia akan naik sebentar ke rumahnya, kemudian berbalik semula ke rumah orang yang membuat kenduri tadi untuk mengambil basikalnya semula. Sekali pandang memanglah nampak kelakuannya seperti orang tidak siuman, tetapi rahsia dirinya hanya Allah yang tahu. Itulah yang diceritakan oleh Johar kepada saya mengenai Pak Hid. Dan itulah kesan yang diajarkannya kepada Ali Gemuk apabila lelaki itu datang meminta tangkal azimat darinya supaya menghalau hantu penanggal. Ali Gemuk mematuhi arahan Pak Hid supaya melakukan sembahyang tahjud selama 44 malam sebelum isterinya melahirkan anak. Memanglah terasa sukar pada mulanya untuk bangun tidur waktu malam hari tetapi kerana yakin dengan apa yang diajarkan oleh Pak Hid dia tetap tabahkan hati. Lagipun bersembahyang tahjud memang dikehendaki oleh agama, kerana Allah sendiri menyuruh dibanyakkan berjaga malam untuk beramal ibadat. Setelah selesai 44 malam dia menunaikan tahjud itu, isterinya belum juga sampai waktu untuk melahirkan anak. Oleh itu setiap lepas maghrib Ali Gemuk membaca Yassin.Begitulah sehinggalah sampai waktu isterinya mahu melahirkan anak. Dengan izin Allah isterinya melahirkan anak dengan mudah, dan tidak merasa sakit yang kuat. Semasa isteri Ali Gemuk melahirkan anak, Johar anak saudaranya ada bersama di rumah Ali Gemuk. Masa ini Johar baru berumur 8 tahun saja. “Masa tu umur saya 8 tahun je Ustaz, tapi saya masih ingat juga” jelas Johar memberitahu saya. Isteri Ali Gemuk selamat melahirkan anak pada jam 6.00 petang. Terlalu gembira hatinya, kerana anak dan isterinya selamat. Dia terus mengazankan anaknya sebaik saja diserahkan oleh Mak Bidan. “Tak ada kau cari tangkal apa-apa Li?” emak mertuanya cemas setelah isterinya selamat melahirkan anak itu. Ali Gemuk mendiamkan diri. Dia yakin isterinya tidak akan dapat diganggu lagi hantu penanggal yang menakutkan penduduk-penduduk kampungnya.

Page 76: Koleksi Tok Awang Ngah 2

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

76

“Bukanlah aku dah suruh kau siap-siapkan tangkal tu!” orang tua itu memarahi Ali Gemuk. “Saya dah jumpa dengan Pak Hid” sahut Ali Gemuk menjelaskan. “Pak Hid pula?” soalnya heran. “Pak Hid di Bukit Kelulut...” kata Ali Gemuk perlahan. “Orang tua tak siuman tu” emak mertuanya menyindir sambil mencemikkan bibir. “Apa yang orang tua tu boleh buat, dirinya pun tak terjaga kau nak suruh dia buat tangkal” ujarnya kesal disebabkan Ali Gemuk pergi menemui Pak Hid. Ali Gemuk tidak menyahut. Dia tahu semua orang-orang di situ hanya mendengar saja mengenai diri Pak Hid yang dikatakan kurang siuman itu. Tetapi mereka tidak pernah mahu mendekati orang tua berkenaan. Bagaimanapun Ali Gemuk hanya mengetahui akan keluar-biasaan Pak Hid ini dari seorang polis pencen di Batu Kikir. Sebab itulah dia sanggup ke Bukit Kelulut sejauh lebih 7 batu semata-mata untuk menemui Pak Hid. Kira-kira pukul 9 malam, kakak ipar Ali Gemuk terjerit dari tengah halaman menyebabkan seisi rumah kelam kabut. Semua orang yang berada di dalam rumah meluru keluar hinggakan isteri Ali Gemuk yang baru bersalin pun ditinggalkan seorang diri. “Ada apa esah?” tanya emak mertua Ali Gemuk pada anaknya yang termengah-mengah ketakutan. “Itu apa tu, apa tu dekat rumpun mengkuang?” dia menuding-nuding jari ke arah rumpun mengkuang berhampiran dengan telaga, dengan tidak memalingkan mukanya ke situ. Semua orang memandang ke rumpun mengkuang berhampiran telaga di tepi sawah. Mereka nampak kepala manusia tersangkut dengan tali perutnya berjurai-jurai melekat pada duri mengkuang. Pada bahagian tali perutnya nampak seperti api berkelip-kelip. Cepat-cepat Ali Gemuk menyuluh dengan lampu suluh ke arah kepala manusia yang tersangkut itu. “Oh, kau rupanya nak ganggu isteri aku!” jerkah Ali Gemuk meludahkan ke tanah. Selepas ini barulah emak mertuanya berkejar mendapatkan isteri Ali Gemuk di dalam. Didapatinya anaknya tidak apa-apa. “Ada apa mak?” tanya isteri Ali Gemuk. “Dah datang setan tu. Nasib baik tersangkut pada rumpun mengkuang” rungut orang tua itu. “Syukurlah...” sahut isteri Ali Gemuk. “Tak sia-sialah Abang Ali jumpa dengan Pak Hid tu” katanya setelah diberitahu oleh Ali Gemuk mengenai ajaran yang diajarkan oleh Pak Hid. Sementara di tengah halaman orang-orang kampung sudah berkumpul. Mereka semua menyaksikan sendiri bagaimana hantu penanggal itu tersangkut pada rumpun mengkuang. Mereka tidak berapa kenal muka kepala siapa manusia itu, kerana ianya bukanlah orang dari kampung tersebut. “Tak pernah orang dapat memerangkap benda macam ni” ujar Tok Imam Lias sambil menyuruh orang kampung mengambil antan lesung.

Page 77: Koleksi Tok Awang Ngah 2

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

77

Johar cepat-cepat mengambil antan lesung di bawah gelegar rumah. Pada mulanya emaknya menyuruh dia masuk saja ke rumah, tetapi Johar berkeras juga mahu melihatnya. Dia tidak merasa takut untuk menyaksikan hantu penanggal yang tersangkut di rumpun mengkuang itu. Tetapi Ali Gemuk mempertahankan dia. “Anak jantan apa salahnya nak tengok, buat apa takut dengan setan!” kata Ali Gemuk bersemangat. Tok Imam Lias mengambil antan lesung dari Johar. Dia mengetuk kepala orang yang tersangkut pada rumpun mengkuang itu dengan antan lesung, tetapi kepala itu tidak mengelak. Matanya saja terkelip-kelip melihat lampu suluh yang meyilau ke matanya. “Macam mana kau kurung setan ni, Li?” tanya Tok Imam Lias berpatah balik semula ke tengah halaman. “Tak ada saya kurung, cuma saya buat apa yang disuruh oleh Pak Hid” jelas Ali Gemuk. “Tak usahlah kita bunuh, kita lepaskanlah dia” Tok Imam Lias mencadangkan. “Saya tak tau macam mana nak lepaskan” sahut Ali Gemuk, kerana dia memang tidak tahu apa harus dilakukan selepas itu. “Macam tu, kena panggil Pak Hid” kata Tok Imam Lias menasihatkan, “Tak usahlah kita bunuh, dia pun manusia biasa juga. Cuma mengamalkan ilmu sesat” ujarnya kesal. Emak mertua Ali Gemuk terdengar apa yang dicakapkan oleh Tok Imam Lias. Dia juga teringat akan pengakuan anaknya mengenai Pak Hid yang ditemui oleh suaminya Ali Gemuk. Terasa juga menyesal di hati orang tua itu kerana menuduh Pak Hid tidak siuman. Baru Ali Gemuk mahu mencapai basikalnya, Pak Hid sudah sampai tersengih-sengih saja apabila melintasi orang ramai di tengah halaman. “Awak nak panggil saya, Ali” tegur Pak Hid memerhati Ali Gemuk sedang menyeret basikalnya. “Tak payahlah panggil lagi, saya pun memang nak ke mari” katanya lagi. Bertambah heran emak mertua Ali Gemuk, kerana macam tahu-tahu saja Pak Hid yang Ali Gemuk mahu memanggilnya. Orang-orang kampung yang selama ini menuduh Pak Hid tidak siuman pun menjadi heran dengan kejadian yang mereka lihat itu. Hanya baru disebut namanya oleh Tok Imam Lias, dia sudah muncul dalam masa beberapa minit saja. “Macam mana Pak Hid tahu semua ni?” soal Ali Gemuk keheranan. “Apa pula saya tahu semuanya, saya memang nak kemari” Pak Hid menjelaskan. “Macam mana isteri kau, dah bersalin?” dia tersengih-sengih saja macam menyindir orang ramai yang keheranan dengan kehadiran dia di situ. “Sudah...” Ali Gemuk mengangguk. “Alhamdulillah” sahutnya tersenyum.

Page 78: Koleksi Tok Awang Ngah 2

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

78

“Tapi, macam mana dengan setan tu?”Ali Gemuk menudingkan jari ke arah rumpun mengkuang. Kepala yang tersangkut di situ terlintuk saja tidak bergerak. Api yang berkelip-kerlap pada tali perutnya yang berjuntai macamkan kelip-kelip yang berterbangan.“Hah setan tak akan dapat melawan ilmu Allah“ ujarnya menggertap bibir. “Macam ni laa, Pak Hid” Tok Imam Lias menghampiri dia. “Janganlah kita bunuh dia tu, kita lepaskan dia” dia meminta dengan penuh tanggungjawab. “Terpulanglah pada Ali sendiri” beritahu Pak Hid tersengih-sengih. “Dia yang kurung, biarlah dia sendiri yang lepaskan” katanya mengerling Ali Gemuk. “Saya tak tahu Pak Hid” keluh Ali Gemuk serba salah. Kemudian Pak Hid menarik tangan Ali Gemuk dan Tok Imam Lias mendekati rumpun mengkuang. Orang-orang kampung juga ikut sama mendekati rumpun mengkuang itu. Ada yang membawa lampu gaslin untuk menyuluh kepala yang tersangkut pada duri mengkuang. Kepala itu tidak bergerak. Matanya terkebil-kebil memerhati orang ramai yang menontonnya. Perutnya berjurai-jurai dengan api berwarna hingga kawasan rumpun itu juga boleh diterangi oleh api yang ada di tali perutnya. “Sekarang orang kampung sudah kenal kau” kata Pak Hid mengejeknya. “Kalau kau berani ganggu orang lagi, kau takkan dapat melepaskan diri kau!” dia memberi ingatan. Kepala yang tersangkut itu tidak berkata apa-apa. Matanya saja terkebil-kebil. Memang ada juga setengah dari orang tua-tua kenal kepala tersebut. Tetapi mereka tidak menyangka pula orang yang baik sepertinya sanggup mengamalkan ilmu-ilmu sesat. “Memang kau nak buat sial...” jerkah Tok Imam Lias. “Mak bapak kau tak mengajar ilmu-ilmu setan, tapi kau sengaja nak memalukan emak bapak sendiri” kata Tok Imam Lias menunjukkan kemarahannya. Kepala itu tetap tidak berkata apa-apa selain dari matanya saja terkebil-kebil. Mungkin dia terasa malu kerana orang-orang kampung di situ sudah mengenali dirinya. Sekalipun dia datang dari kampung lain yang berdekatan tetapi kepalanya tidak dapat digerakkan. Sebaik saja isteri Ali Gemuk bersalin bau hanyir darah itu sudah dapat diciumnya. Sebab itulah dia cepat-cepat keluar dari tubuhnya menghisap darah mangsanya. Semasa dia menghisap darah itu memang jelmaan tubuhnya tidak kelihatan, akibatnya pada penglihatan mata zahir mangsanya itu seolah-olah terkena tumpah darah. Kalau mangsanya tidak sedar akan berlakunya perbuatan dia menghisap darah, sudah tentulah mangsanya menemui ajal. Selepas menghisap darah dia akan balik ke rumahnya dan terus masuk ke dalam tempayan yang berisi cuka bagi mengecutkan perutnya sebelum masuk semula ke dalam tubuh. Apabila dia

Page 79: Koleksi Tok Awang Ngah 2

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

79

masuk di dalam tubuhnya adalah terbalik iaitu mukanya ke belakang. Kemudian perlahan-lahan dia akan memusingkan semula mukanya supaya balik ke hadapan. Ketika dia menanggalkan kepalanya untuk keluar dari badan, kedudukannya ialah menelungkup. Sebab itulah kalau ada orang yang tahu sesiapa menjadi penanggal ini bolehlah menyerbu ke rumahnya dan balikkan tubuhnya supaya terlentang. Jadi apabila dia masuk semula kepalanya akan berpusing dari atas ke bawah. Esoknya akan dapatlah dilihat orang kepalanya berpusing dengan muka ke belakang. Ketika kepalanya tanggal dari badan, memang dia tidak sedar apa-apa kerana dirinya telah dikuasai oleh polong tadi. “Ali tak mahu berdendam dengan kau” Pak Hid mengingatkan. “Baliklah kau, kerana kau tak akan dapat melawan ilmu-ilmu Allah” katanya mencabar penanggal tersebut. Pak Hid meminta Ali Gemuk memberikan airnya segelas. Setelah Ali Gemuk memberikan air tersebut, Pak Hid membacakan Al-Fatihah tiga kali, kemudian diikuti dengan Surah Ad-Dhuha. “Dengan izin Allah saja kau boleh balik semula mendapatkan badan kau” Pak Hid mendoakan. Dia menyimbahkan air di dalam gelas itu sehingga menyinggahi kepala yang tersangkut pada duri mengkuang itu. Selepas itu barulah kelihatan kepala itu menegakkan kedudukannya. Perlahan-lahan tali perutnya dapat dilepaskan dari cangkukan duri mengkuang. Kemudian dia terbang dan hilang dalam sekelip mata. “Macam tulah ceritanya, Ustaz” beritahu Johar selanjutnya. “Kau kenal orangnya?” saya menduga. “Tak tau, saya tak kenal” ujar Johar mengerutkan dahi. “Lagi pun masa tu umur saya lapan tahun, bukan cam sangat. Tapi memang bukannya orang kampung saya” katanya lagi. Saya hanya mengangguk-anggukkan kepala saya menyetujui kata-kata yang ditegaskan oleh Johar itu. Selepas menghabiskan air kopi yang dihidangkan saya pun beredar meninggalkan Johar.

Page 80: Koleksi Tok Awang Ngah 2

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

80

020. ORANG TUA KELUAR DARI KEPULAN ASAP Angin petang bertiup menyebabkan pucuk-pucuk pokok getah ke kiri kanan jalan meliuk-liuk. Terasa juga angin lembut itu begitu sejuk menegakkan bulu roma. Kira-kira baru saja jam 5.30 petang, tetapi Jubir Ceding sudah pun balik ke rumah dari meniaga di pasar dibandar, kira-kira 10 batu dari kampungnya. Tiap tiap pagi dia dan isterinya Semah keluar ke bandar berniaga di pasar, dan maghrib mereka berdua balik ke rumah. Tidak ada apa yang hendak dirisaukan lagi oleh mereka berdua kerana anak-anak semuanya sudah besar, dan sudah pulang ke rumah kata orang-orang kampung. Maksudnya sudah pulang ke rumah ialah sudah berkahwin dan berkeluarga sendiri. Bagaimana pun mereka berdua tidak mengharapkan bantuan dari anak-anak, sebab itu mereka lebih suka berniaga di pasar. Kebetulan kesibukan inilah Jubir dan isterinya jarang dapat bercampur gaul dengan masyarakat kampung. Kalau ada kenduri kendara dia selalunya tidak dapat ikut sama. Kecualilah kalau ada kematian, barulah mereka sanggup tinggalkan perniagaannya di pasar. Ada juga orang-orang kampung menuduhnya mementingkan diri sendiri dan mahu mencari kekayaan saja, sehingga tidak bercampur gaul dengan masyarakat sekeliling. Tetapi Jubir dan isterinya tidak hiraukan sangat tentang tuduhan tersebut, namun dia bersedia menyumbangkan wang ringgit kalau ada mufakat untuk bergotong royong demi membangunkan kampungnya. Seperti biasa selepas habis berniaga di pasar, mereka berdua pun terus balik ke rumah. Jubir memandu station-wagonnya mengikut jalan yang membelah ditengah-tengah kebun getah itu. Angin sepoi-sepoi bahasa itu memanglah terasa nyaman, tetapi kalau tidak betul-betul badan terasa seakan-akan mahu demam saja. Petang itu mereka berdua balik lebih awal dari biasa. Sudah seminggu rumahnya diganggu orang apabila dia balik hampir masuk maghrib. Sampai saja di rumah mereka berdua terkejut semua pintu dan tungkap rumahnya terbuka. Pada mulanya Semah menyangka anaknya di Kuala Lumpur balik, kerana Eton yang di Kuala Lumpur itu selalu balik menjengok dia di kampung. Sekiranya Eton balik tidak pula kedengaran suara anak-anak kecil memekik gembira bergurau senda. Sepatutnya sudah senja demikian, tentunya Eton memasang lampu. Sebaliknya Eton kalau balik jarang tidak bersama suaminya. Mana kereta suami Eton kalaulah benar dia yang balik dan membuka pintu serta tingkap rumah. Sudah seminggu Jubir dan isterinya menghadapi keadaan demikian. Anehnya tidak ada barang-barang yang kehilangan sekiranya pencuri yang masuk. Tidaklah ada satu barang yang diambil. Hari pertama Semah tidak merasa apa-apa dengan keadaan pintu dan tingkap rumahnya itu terbuka. Tetapi malamnya selepas makan nasi, dia suami isteri merasa sakit perut hingga berlumba-lumba mengejar tandas. Kemudian pada hari kedua dia sudah faham bahawa beras dan makanan yang tersimpan didalam peti sejuk tidak boleh digunakan. Oleh itu terpaksalah dia membuang makanan yang tersimpan di dalam peti sejuk. Hendak mengadu pada jiran-jiran terasa malu kerana selama ini dia tidak mengambil berat jiran-jiran. Oleh itu Jubir terpaksa mendiamkan dulu kejadian itu. Lagi pun rumahnya terpencil sedikit dari jiran-jiran. Petang itu dia sampai di kampungnya Tanjung Karang kira-kira 5.30 petang. Sampai saja di halaman rumah hati Jubir berdebar-debar kerana keadaan seperti seminggu sudah berulang juga.

Page 81: Koleksi Tok Awang Ngah 2

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

81

Pintu dan semua tingkap – tingkap terbuka dengan mangga pintu sudah diganti dengan yang lebih besar. Mangga pintu terbuka dengan tidak dikopak langsung, seolah-olah dibuka dengan anak kunci saja lakunya. Semah cepat-cepat naik ke rumah dan memeriksa barang-barang rumah. Memang tidak ada satu pun yang diusik. Almari pakaian juga tidak diusik kalaulah yang melakukan itu pencuri. Tetapi dia sudah tahu memang semua barang-barang makanan yang ada di dalam rumah tidak boleh dimakan lagi. Terpaksalah semuanya dibuang begitu saja. “Macam ni tak boleh jadi bang,” keluh Semah menyimpan dendam terbuku di hati. “Nak buat macam mana,” sahu Jubir keluar dari keretanya dengan langkah longlai naik ke rumah. “Nak repot polis bukannya ada kes. Tak ada barang yang hilang. TV, radio, mesin jahit, peti ais semuanya ada tak terusik,” dia tersandar di kerusi macam kebingungan. “Carilah dukun mana-mana pun, kita berubat,” desak Semah. Jubir mengangguk. Betul juga pendapat isterinya. Kalau perkara demikian memang menemui dukun sajalah cara mengatasinya. Dia percaya perbuatan itu memang dilakukan oleh sihir orang. Kepandaian ilmu sihir mesti dilawan dengan kepandaian dukunlah pula. Selepas itu Jubir pun mendapatkan khidmat dukun dari beberapa tempat hingga sampai ke Kundur di Rembau. Setelah dukun tersebut menanamkan rumput sambau pada empat penjuru, keadaan rumah Jubir boleh dikatakan reda dalam masa 3 minggu saja. Gangguan itu datang lagi. Semah memberitahu Eton di Kuala Lumpur mengenai kejadian menimpa rumah mereka di kampung. Kadir abang Eton di Gedangsa juga diberitahu. Talip di Melaka juga diberitahu mengenai kejadian yang berlaku di rumah mereka di kampung. Begitu juga dengan Ijah di Sabak Bernam. Sebelum itu memang Semah tidak mahu memberitahu anak-anak, tetapi setelah lebih sebulan kejadian berlarutan, maka terpaksalah diberitahu juga anak-anak. Di samping itu dia dapat menduga, apabila kejadian itu berlaku, maka sudah pasti samaada dia atau suaminya kan jatuh sakit. Kadangkala sampai seminggu lebih terlantar, sehingga salah seorang sahaja yang pergi berniaga. Kadangkala langsung tidak pergi pergi berniaga, kerana bimbang pula kepada salah seorang yang ditinggalkan sedang sakit. Sakitnya pun aneh juga. Siapa yang sakit akan mengalami sakit perut, muntah-muntah dan seluruh sendi-sendi terasa lemah. Apabila dibawa jumpa doktor di hospital doktor mendapati tidak ada penyakit. Kata doktor mungkin angin yang menyebabkan mereka termuntah-muntah itu. Doktor menasihatkan supaya sentiasa menjaga perut supaya tidak pernah kosong hingga dimasuki angin. “Dah, bapak cari dukun?” tanya Eton yang balik bersama suaminya Bachik. Ketika ini Jubir memang mengidap sakit, tetapi sudah melarat sapai sesak nafas pula. “Dukun dari Rembau dah ubatkan” jelas Semah masih kebingungan. “Apa kata dukun tu, ada orang buat?” tanya Bachil pula. “Dukun tu tak cakap.....,” sahut Jubir termengah-mengah menahan sesak dada. “Katanya tugas dukun mengubat yang sakit, perkara kalau dibuat orang atau tidak, itu bukan kerja dukun” ujarnya kelihatan lemah dan pucat. “Memang semua dukun macam tu” Kadir pula menyampuk. Memang Kadir tahu bahawa dukun tidak akan memberitahu siapa yang melakukan kalau tahu pun, kerana menuduh itu melanggar petua dukun. “Lainlah kalau dukun mencari kesempatan, benda yang tak ada pun diada-

Page 82: Koleksi Tok Awang Ngah 2

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

82

adakannya” katanya mengeluh kecil bila mengenangkan kejadian yang diceritakan oleh emaknya itu. Talip dan Ijah hanya terkelip-kelip mata saja. Mereka tidak tahu apa yang harus difikirkan. Walaupun Talip bekerja di Melaka, dia tidak tahu di mana ada dukun yang paling baik di Melaka. Sementara Ijah mengikut suaminya yang bekerja di Sabak Bernam pun tidak tahu di mana ada dukun yang boleh mengubat kejadian seperti ini. Bagi mereka yang penting ialah ayahnya yang sakit mesti diubat. Perkara rumah diganggu tidak penting kepadanya. Orang tua itu yang perlu diubat, samada dibawa ke hospital atau pun berubat pada dukun. “Aku dah pergi hospital” beritahu Jubir bila didesak oleh Talip supaya berubat ke hospital. “Doktor kata aku ni tak sakit. Boleh jadi aku ni letih kerana terlalu banyak bekerja, sebab itu dia suruh aku berihat saja’ ujarnya menerangkan keputusan dokter. “Sakit ayah ni adan kaitan dengan gangguan ke atas rumah ni” Bachik mengingatkan adik iparnya Talip. “Rumah ini perlu di ubat dulu, kalau tak ada gangguan pada rumah lagi, tentulah tak ada sakit” katanya kesal dengan kejadian yang menimpa keluarga isterinya itu. “Agaknya ada orang sakit hati” Ijah pula memberitahu pendapatnya. “Boleh jadi” cepat saja Semah memotong. “Dia orang tak suka tengok kita senang sikit. Orang Melayu memang macam tu, tak boleh tengok jiran-jiran senang, hasad dengkilah” rungutnya melepaskan geram yang terbuku di hati. “Tak baik cakap macam tu” Kadir menegur emaknya. Kadir memang tahu emak dan ayahnya tidak mencampuri hal ehwal masyarakat di kampung kerana asyik berniaga di bandar. Memanglah apa yang dibuat oleh emak dan ayahnya tidak menyalahi dari segi agama kerana mencari rezeki halal, tetapi tinggal dalam satu masyarakat mestilah juga ambil tahu hal-hal jiran. Kebetulan Kadir di Gedangsa memang menyertai tabligh, jadi dia menganggap kejadian yang menimpa emak dan ayahnya adalah disebabkan qada’ Allah, supaya mereka berdua mengurangkan tumpuan mengejar harta dunia semata-mata. Kejadian itu seolah-olah memberi peringatan supaya kurangkan tumpuan tersebut. Misalnya dengan jatuh sakit, tentulah tidak dapat pergi bekerja. Begitu juga duit yang ada dalam simpanan akan digunakan untuk mengubat penyakit. “Semua ini adalah ingatan dari Allah kalau seseorang itu tidak mahu beringat” jelas Kadir, kerana didapatinya selama emak dan ayahnya menumpukan sepenuhnya kepada perniagaan, mereka kadangkala lupa menunaikan solat dan sebagainya. Pandangan Kadir itu tidak dapat diterima oleh Jubir suami isteri. Malah adik beradik Kadir yang lain tidak dapat menerimanya. Dia mengingatkan, kerana selama ini memang tidak berapa bersetuju dengan Kadir kerana pendapat-pendapatnya yang dianggap terlalu sempit. Kadangkala Kadir terasa malas mahu balik ke kampung kerana dirinya seolah-olah tersisih dari keluarga. Dia bukalah melarang emak dan ayahnya berusaha mencari kekayaan dunia, tetapi janganlah mengejar kekayaan itu sampai lupa kepada bercampur gaul dengan masyarakat kampung serta jiran-jiran. Malah kadangkala tertinggal solat disebabkan tidak ada masa. “Bergaul dengan jiran-jiran juga dikehendaki oleh Islam. Menziarah mereka itu fardhu kifayah” Kadir masih mengharapkan emak dan ayahnya tidak terpengaruh dengan galakan adik iparnya

Page 83: Koleksi Tok Awang Ngah 2

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

83

Bachik supaya berlumba-lumba mengejar peluang yang disediakan seluas-luasnya sekarang dalam bidang perniagan. Tetapi pandangan Kadir tidak penting sangat pada Jubir, kerana selama Kadir juga tidak memberi apa-apa bantuan kepadanya. Apalah yang boleh diharapkan dari Kadir hanya seorang peneroka di tanah rancangan. Lagi pun dia menyuruh Kadir balik bukanlah mahu mendengar peringatannya, tetapi memikirkan apa perlu dibuat mengatasi kejadian yang menimpa dia suami isteri sekarang. Ketika mereka berkumpul adik beradik ini terbau bau asap seperti sampah terbakar. Disebabkan masih lagi siang iaitu kira-kira jam 6.00 petang, maka dapatlah dilihat asap itu datangnya dari hujung pagar. Memang lubang sampah ada disitu, tetapi siapa pula yang membakar sampah. Dalam masa sampah terbakar mengeluarkan asap pekat tiba-tiba saja meja makan di dapur terangkat setinggi kira-kira sekaki beralih tempatnya, sampai kedepan tangga dapur ke induk rumah. Eton cepat-cepat berkejar mahu mempastikan samaada angin bertiup kuat atau tidak, baru dia berkejar ke pintu dapur, peti ais pula terangkat kira-kira sekaki juga dan dialihlkan ke ruang tengah. Terpekik Ijah yang mengikut kakaknya di belakang melihat kejadian tersebut. Belum pernah dia melihat kejadian aneh seperti ini, yang tiba-tiba sahaja berlaku ketika mereka adik beradik berkumpul. Bachik pula berkejar menahan peti ais itu menguji kuasa apakah yang melakukan perbuatan itu. Tetapi dia tidak merasa apa-apa kuasa pun selain dari peti ais itu terangakat sendiri saja. Talip mengambil penyapu memukul di bahagian peti ais, kerana dia pernah mendengar petua supaya melakukan demikian. Sekalipun dipukul dengan penyapu tidak ada juga tanda-tanda diagakkan perbuatan siapakah itu. Selepas peti ais terangkat, kerusi meja di serambi pula berpusing dengan tidak bersebab. “Macam mana ni bang?” Talip keheranan tidak tahu apa yang hendak dibuat. Cepat-cepat dia mengambil pil yang dibekalkan oleh doktor. Ketika dia meminum air bagi menelan pil didapati air itu merah macam bercampur dengan darah. Ijah sekali lagi terkejut kerana didapati jenang pintu yang dipegangnya pun merah dengan darah. Berlari dia mendapatkan emaknya semula. Eton juga tidak berani ke dapur. Meremang bulu romanya bila mahu melangkah ke dapur untuk membetulkan meja makan. Tingkap juga terbuka terkatup seperti ditiup angin pada hal angin tidaklah bertiup kencang. Talip dan Bachik cuba menutup tingkap itu supaya berhenti terbuka terkatup, tetapi dimana tempat yang dipegang terpalitlah darah merah yang masih cair seperti darah hidup. Bertambah heranlah mereka dengan kejadian itu. Selama ini hanya mendengar keanehan tersebut dari emak ayahnya saja, tetapi sekarang mereka sendiri melihatnya. Sementara mereka semua kelam kabut, Kadir pula hanya tersandar juga tidak melakukan apa-apa. Dia duduk di hujung kaki ayahnya seperti tidak menghiraukan keadaan adik beradik yang kelam kabut itu Selepas 15 minit kejadian itu terus juga berulang. Kadir bangun dari duduknya lantas mengambil wuduk, nasib baik pula apabila dia mengambil wuduk tidak ada kesan darah keluar dari kepala paip. Selepas itu dia pun terus azan, semua kejadian aneh yang mereka lihat tadi hilang sama sekali. Asap yang tebal dari lubang sampah juga hilang tidak ada kesan langsung yang sampah di situ dibakar.

Page 84: Koleksi Tok Awang Ngah 2

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

84

“Tidak ada satu kuasa pun di dunia ini yang boleh melawan kuasa Allah,” Kadir memarahi keluarganya kerana selama ini mereka selalu saha menganggap pandangannya sebagai fanatik. “Buat apa kita syak wasangka pada diri sendiri yang melupakan Allah,” ujarnya lagi. “Tak ada siapa melupakan Allah,” sahut Semah memandang anaknya Kadir mengesat air mata. “Kalau tak lupakan Allah, masakan syaitan datang menganggu “ jelas Kadir masih kecewa dengan sikap keluarganya selama ini yang lebih mementingkan harta dunia sehingga melupakan amal ibadat. Tetapi dia tidak berdaya menghalang mereka, kerana masing-masing ada kebebasan. Sekiranya keluarga dalam keadaan miskin tentu menyusahkan masyarakat juga. Bagaimanapun harapan Kadir bukanlah tidak mementingkan langsung harta dunia, kerana semua manusia dikehendaki mencari rezeki. Tetapi janganlah kerana mencari rezeki sampai melupakan suruhan Allah, sampai tidak campur gaul dengan masyarakat, sampai tidak hiraukan orang sekeliling. Apabila anak-anak balik semula ke rumah masing-masing, Jubir dan isteringa kembali seperti biasa. Pagi lagi selepas subuh, mereka ke bandar berniaga di pasar. Jubir akan meraih ikan, ketam, kerang di Jeram. Memang teringat juga akan pesan Kadir supaya jangan tinggalkan solat zohor dan asar, tetapi dalam keadaan kotor dan berbau tidak jadilah dia solat. Sementara Semah juga tidak dapat mahu solat, kerana sukar mahu membawa telekung dan kemudahan berwuduk. Hanya 3 minggu selepas kejadian aneh itu, sekali lagi Jubir terkejut apabila sampai ke rumah kira-kira jam 9.00 malam, keadaan rumahnya, seperti kejadian sebelum itu juga. Pintu dan tingkap-tingkap terbuka. Barang-barang perabut bersepah seperi diselongkar orang. Besoknya dia ke Rembau menemui dukun yang menanam rumput sambau di empat ppenjuru rumah. Bagaimanapun dukun berkenaan enggan mengulangi kerjanya, kerana dia sendiri semasa balik dari mengubat Jubir telah dihalang oleh asap. Hampir lemas dia apabila diserbu oleh asap yang tidak tahu dari mana datangnya. “Carilah orang lain pula Cik Jubir” ujar dukun itu lemah. “Kalau dah tak ada nanti, saya boleh cuba lagi” katanya memberi jaminan yang tidak boleh diharap sangat. Setelah itu Talip membawa ayahnya berjumpa seorang lagi dukun di Kelebang dekat Melaka. Dukun itu enggan pula datang ke Tanjung Karang tetapi memberikan air yang sudah dijampi, disuruh siramkan ke sekeliling rumah. Dua minggu sahaja gangguan tidak ada, tetapi selepas itu berlaku lagi. “Kerana terpaksa mencari dukun, ayah pun tak dapat berniaga, iya tak? “ Kadir menyindir bila diberitahu kepadanya. “Jadi apa salahnya ayah berniaga sampai pukul empat petang saja, lepas tu balik. Buat apa berniaga sampai pukul 9.00 atau 10.00 malam baru nak balik ke rumah” katanya macam memarahi kedua orang tuanya. Kadir membawa ayahnya berjumpa dengan seorang kawannya di Gedangsa itu bernama Saleh yang bekerja menjadi kerani di Kuala Lumpur. Saleh pernah jatuh dari jeram tatkala berkelah menyebabkan tulang rusuknya patah. Dia telah dimasukkan ke hospital, hampir sebulan terlantar. Tetapi setelah ditepuk-tepuk oleh ayah saya, dia sudah boleh berjalan sendiri walaupun masih tertenjot-tenjot. Apabila Kadir menceritakan masaalah yang dihadapi oleh ayahnya itu kepada Saleh, lantas Saleh mengajak Kadir menemui ayah saya itu. Semasa saya balik ke kampung kerana Hari Raya Haji , ayah saya memberitahu mengenai Jubur menghadapi masalah itu. “Tapi, Tanjung Karang itu jauh,” beritahu ayah saya.

Page 85: Koleksi Tok Awang Ngah 2

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

85

Sebenarnya dia belum memutuskan samada mahu pergi atau tidak, kerana ayah saya tidak akan pergi kalau tidak bersama dua tiga orang lagi rakannya. Dia tidak akan melakukan berseorangan, tetapi mesti dibantu oleh rakan-rakannya. Ketika saya ada di rumah ayah saya ini rakan-rakannya juga ada. Mereka berbual-bual dengan saya mengenai beberapa kejadian yang pernah ditempuhnya semasa mengikut ayah saya mengubati orang. “Bukan kita yang mengubati orang” saya mengingatikan mereka. “Kita hanya berdoa, hanya dengan izin Allah saja orang yang kita dokan itu boleh sembuh,” ujar saya. Abang Unus kawan ayah saya itu tersenyum, kerana dia tahu saya seorang yang rajin belajar ugama. Dia pernah berguru dan mempelajari Usuluddin dari seorang guru agama murid Tok Kenali , Kelantan. “Itulah yang saya datang ke sini kalau dengar ustaz balik. Saya dah banyak dengar dari ayah ustaz, fasal ramai orang datang nak berubat dengan ustaz.” Abang Unus tersengih-sengih. Selalunya kalau saya balik ayah akan memberitahu kawan-kawannya terutama Abang Unus dan Mat Haidi yang selalu mengikut dia kalau dipanggil orang. Abang Unus dan Mat Haidi akan segera datang untuk berbual-bual dengan saya. Dari Abang Unus inilah baru terbuka cerita dari Tanjung Karang Jubir yang meminta ayah saya datang ke rumahnya. Biasanya ayah saya tidak mahu bercerita kemana akan pergi, malah dengan emak saya pun dia tidak akan menceritakan kalau ada orang mengajaknya mengubati orang sakit. “Eloklah ustaz ikut kami sekali” kata Mat Haidi pula. “ Malam esok Pak Cik Jubir tu datang jemput” dia memberitahu. Saya tidaklah dapat memenuhi ajakan itu, kerana saya mahu balik ke rumah isteri saya di Perak. Kalau hari raya, saya terpaksa balik kedua-dua tempat sekali. Sekiranya hari pertama saya balik ke rumah emak saya di kampung, maka pada hari raya kedua terpaksalah saya ke kampung mertua saya di Perak. “Lagi pun kami nak tahu cara mana Ustaz melakukan perubatan tidur itu” Abang Unus pula mendesak. “His, tok guru kita lagi tahu” sahut saya tersengih-sengih mengerling ke arah ayah saya. “Tok guru suruh tanya pada Ustaz” Mat Haidi cepat-cepat memotong. Disebabkan Abang Unus hendak sangat cara tidur itu, saya pun menyuruh dia mengambil wuduk. Kemudian saya suruh dia berzikir seperti yang dilakukan selama ini. “Kadangkala tak mahu menjadi, kalau orang yang hendak ditidur itu tidak cukup zikirnya? “ ujar daya kerana was was juga tidak dapat memenuhi kehendak Abang Unus. Lagi pun kalau kali pertama dilakukan belum tahu menjadinya, malah diamalkan seterusnya sampai beberapa hari barulah dapat dilakukan. Bagaimana pun saya bertawakal saja dengan harapan kehendak Abang Unus ini. Bukanlah semua doa kita boleh makbul, kadangkala ada orang sakit bertambah penyakitnya bila didoakan. Semuanya bergantung kepada Allah, sedangkan kita tidak tahu tidur untsamada doa kita dimakbulkan atau tidak. Alhamdulillah. Sekali cuba saja Abang Unus dapat ditidurkan. Saya bakar hujung jari kakinya untuk mempastikan samaada dia benar-benar dapat ditidurkan atau sengaja berpura-pura tidur untuk menjaga hati saya. Memang benar dia dapat ditidurkan kerana kakinya tidak bergerak pun apabila dibakar tadi.

Page 86: Koleksi Tok Awang Ngah 2

TOK AWANG NGAH SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

86

Setelah saya yakin dia tidur, saya suruh dia membaca Al Fatihah tiga kali kemudian keluar dari badan. Kemudian menuju ke rumah Jubir di Tanjung Karang. Tetapi saya tidak lama membiarkan dia begitu, disebabkan itulah pertama kali saya cuba menidurkan dia. Selepas bangun semula, saya bertanya apa yang dilihatnya semasa terpandang rumah Jubir. Katanya dia nampak satu kepulan asap di sudut pagar rumah Jubir. Dari kepulan asap itu dia ternampak seorang lelaki tua terapung-apung . Orang tua itu merenungnya dengan marah. “Tuju situ ajelah bila ke rumah tu” saya mengesyurkan. Malam esoknya, apabila Jubir menjemput ayah saya, Abang Unus dan Mat Haidi, saya sudah balik semula ke Kuala Lumpur. Hanya saya mendapat tahu kemudian memang Abang Unus menuju ke penjuru pintu pagar yang dilihat-nya sebelum itu. Dia merasa hairan kerana apa yang dilihatnya di masa ditidurkan, ternyata sama seperti yang dilihatnya ketika itu. Keadaan rumah itu juga tidak berubah langsung seperti dilihatnya sebelum itu. Dia terus ke penjuru pagar yang terdapat lubang sampah. Apabila ayah saya dan Mat Haidi naik ke rumah, Abang Unus ke penjuru pagar itu. Ayah saya dan Mat Haidi sembahyang sunat dahulu, barulah memulakan doa. Manakala Abang Unus pula berdiri di penjuru pagar itu membacakan Ayat Kursi. Ketika ini dia nampak kepulan asap tebal naik di situ cuba mengelilingi dia, tetapi setiap kali kepulan asap itu mahu menghampirinya, asap itu terputus-putus seperti ditiup angin kencang. Abang Unus terus membaca Ayat Kursi sehingga 113 kali. Dia tidak tahu apa yang dibuat oleh ayah saya dan Mat Haidi di rumah, kerana dia dapat melihat kepulan asap yang dilihatnya sebelum itu melalui tidur. Abang Unus merasakan takjubnya kejadian itu, tetapi cepat teringatkan semula pesan saya bahawa tidak ada yang menakjubkan. Hanya manusia yang tidak dapat menjangkau ilmu Allah saja yang mengatakan heran atau taksubnya. Setelah kepulan asap putus-putus seperti ditiup angin, akhirnya hilang. Barulah Abang Unus naik ke rumah. Kadir juga ada di rumah semasa ayah saya dan rakan-rakannya berdoa. Apa yang dicakapkan oleh Kadir kepada ayahnya, itu jugalah yang dicakapkan oleh ayah saya kepada Jubir. Sejak itu ayah saya memberitahu tidak ada lagi gangguan di rumah Jubir