awang had salleh

7
Fizizana Binti Ahmad (D20061027144) Awang Had Salleh Gambar 1: Tan Sri Prof. Emeritus Awang Had Salleh Awang Had Salleh merupakan tokoh pendidik terkemuka di tanah air yang telah berbakti selama 40 tahun dari hidupnya kepada dunia pendidikan tempatan. Beliau dilahirkan pada 24 Jun 1934 di Kampung Pulau Betong, Balik Pulau, Pulau Pinang. Beliau merupakan anak kedua daripada tiga orang adik beradik. Beliau memiliki seorang abang iaitu Zainol Salleh yang dipelihara oleh datuk sebelah ibunya. Ketika kecil beliau lebih dikenali sebagai Khalid sehingga Darjah VI barulah beliau dapat mengetahui namanya sebenar. Beliau dibesarkan oleh nenek sebelah bapanya dan hidup dalam keadaan miskin. Beliau terpaksa berkaki ayam ke sekolah dan membiayai persekolahan dengan menjual nasi lemak. Gambar 2: Bapa Awang Had Salleh 1

Upload: cikgu-siti

Post on 19-Dec-2015

780 views

Category:

Documents


23 download

DESCRIPTION

awang

TRANSCRIPT

Awang Had Salleh

Fizizana Binti Ahmad (D20061027144)

Awang Had Salleh

Gambar 1: Tan Sri Prof. Emeritus Awang Had Salleh

Awang Had Salleh merupakan tokoh pendidik terkemuka di tanah air yang telah berbakti selama 40 tahun dari hidupnya kepada dunia pendidikan tempatan. Beliau dilahirkan pada 24 Jun 1934 di Kampung Pulau Betong, Balik Pulau, Pulau Pinang. Beliau merupakan anak kedua daripada tiga orang adik beradik. Beliau memiliki seorang abang iaitu Zainol Salleh yang dipelihara oleh datuk sebelah ibunya. Ketika kecil beliau lebih dikenali sebagai Khalid sehingga Darjah VI barulah beliau dapat mengetahui namanya sebenar. Beliau dibesarkan oleh nenek sebelah bapanya dan hidup dalam keadaan miskin. Beliau terpaksa berkaki ayam ke sekolah dan membiayai persekolahan dengan menjual nasi lemak.

Gambar 2: Bapa Awang Had Salleh

Gambar 3: Ibu Awang Had Salleh

Awang Had Salleh mula mengenal alam persekolahan di Sekolah Melayu Pulau Betung, Balik Pulau, Pulau Pinang dalam darjah sipor (tadika pada waktu kini) sebelum berpindah ke Alor Setar, Kedah. Ketika di Kedah, beliau bersekolah dalam darjah satu di Sekolah Melayu Seberang Perak Lelaki. Namun alam persekolahannya terhenti seketika akibat Perang Dunia Kedua yang menyebabkan beliau berpindah-randah. Pada mulanya beliau berpindah ke Bidong dan bersekolah di Sekolah Melayu Semeling kemudian berpindah ke Gurun dan bersekolah di Sekolah Melayu Gurun. Apabila Perang Dunia Kedua reda, beliau kembali ke Alor Setar untuk menyambung semula pelajarannya di Sekolah Melayu Seberang Perak Lelaki dalam darjah III hingga darjah IV. Beliau menyambung pelajarannya darjah V hingga darjah VI dan tamat pada tahun 1949 di Sekolah Melayu Sungai Korok Lama. Kecerdikan Awang Had terbukti apabila beliau mendapat markah tertinggi di seluruh Kedah dalam sijil sekolah rendah.Setelah tamat persekolahannya, beliau mula menceburkan diri dalam bidang pendidikan dengan menjadi guru pelatih di Sekolah Melayu Gunong, Alor Setar, Kedah selama setahun sebelum memasuki Sultan Idris Training College (SITC) pada tahun 1951. Ketika itu, beliau mengikuti kursus hujung minggu sebagai Guru Dalam Latihan di Sekolah Melayu Kanchut, Alor Setar. Beliau berjaya menghabiskan pengajiannya di Sultan Idris Training College (SITC) dengan cemerlang dan mendapat Sijil Perguruan Kelas Pertama di samping berjaya menggondol hadiah-hadiah pelajaran seperti Hadiah Abdul Jalil (terbaik dalam peperiksaan akhir), Hadiah Lebai Jaafar (terbaik dalam bahasa Melayu) dan Johan Pidato SITC. Apabila tamat pengajiannya, beliau mula berkhidmat sebagai pendidik di Sekolah Melayu Derga, Alor Setar (1954-1956). Ketika itu juga beliau mengikuti kelas petang untuk mengambil peperiksaan Lower Certificate of Education (LCE) yang pertama kali diadakan. Pada tahun 1957, setelah lulus L.C.E beliau berkhidmat sebagai guru bahasa di Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH), Alor Setar sambil mengikuti kelas Senior Cambridge. Manakala pada akhir tahun 1957, beliau telah mengambil peperiksaan Federation Malayan Certificate of Education (FMCE). Setelah merdeka, kedaulatan Bahasa Melayu diberi penekanan, beliau telah mengikuti Latihan Perguruan di Maktab Bahasa di Bukit Senyum, Johor Bahru (1958-1959). Setelah tamat latihan, beliau kembali semula ke KSAH sebagai guru bahasa.

Setelah mengajar semula di sekolah yang sama untuk beberapa bulan, beliau mendapat jawatan sebagi Penolong Pensyarah di Pusat Latihan Harian (DTC), Alor Setar. Ketika tempoh berkenaan, beliau telah mengambil peperiksaan Higher School Certificate of Education (1959). Berbekalkan sijil tersebut, beliau mengambil cuti tanpa gaji selama tiga tahun untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) pada tahun 1961 hingga 1964. Kemudian beliau dilantik sebagai pegawai pelajaran yang ditugaskan sebagai pensyarah Maktab Perguruan Bahasa, Lembah Pantai, Kuala Lumpur (1964-1966). Beliau kemudiannya mengikuti kursus Sarjana Muda Pendidikan, iaitu kursus lepasan Ijazah di Universiti Malaya dan menerima ijazah pada tahun 1967. Awang Had seterusnya dilantik menjadi penolong pensyarah di Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya sejak awal tahun 1967, bertugas sebagai pensyarah pada tahun 1970, profesor madya pada tahun 1974, seterusnya profesor pada tahun 1977. Ketika berkhidmat di Universiti Malaya, beliau telah melanjutkan pelajaran di Stanford University, California, Amerika Syarikat selama tiga tahun dari tahun 1969 hingga 1972 dan memperoleh Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Pendidikan dan Sosiologi (Ph.D). Apabila kembali ke tanah air beliau meneruskan perkhidmatan sebagai Pensyarah Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.Ketika di Universiti Malaya, Awang Had berpeluang memegang beberapa jawatan pentadbiran akademik antaranya termasuklah sebagai Pengerusi, Bahagian Pengajian Sosiologi dalam Pendidikan (1973-1974) , seterusnya memegang jawatan Dekan Fakulti Pendidikan (1974-1975) dan Timbalan Naib Canselor (1975-1978). Tahun 1978 hingga tahun 1980, beliau telah dipinjamkan ke Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai Naib Canselor yang keempat. Pada tahun 1984, beliau diberi penghormatan sebagai Naib Canselor Universiti Utara Malaysia yang pertama. Selepas bersara dia diminta berkhidmat sebagai Penasihat Khas kepada Kementerian Pendidikan hingga tahun 1990. Ketika dalam perkhidmatannya, beliau pernah ditugaskan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Menilai Pelaksanaan Program Bahasa Malaysia, Kementerian Pendidikan (1972-1973), Pengerusi Jawatankuasa Mengkaji Hal Ehwal Akademik, Institut Teknologi MARA (1976-1977) dan Pengerusi Jawatankuasa Penggunaan Bahasa Malaysia (1980-1981). Di samping itu, beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Majlis Kemajuan Buku Kebangsaan (MKBK) dan dipilih menjadi Ahli Lembaga Eksekutif UNESCO. Kemudian beliau bersara dalam tahun 1991. Beliau juga menjawat jawatan Penasihat Kehormat Majlis Aspirasi Pemangkin Nasional (MAPAN), Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Pengerusi Penasihat Akademik Informatics Malaysia, Pengerusi Entertainment Village (M) Sdn. Bhd.(E-Village) dan Pro Canselor UPSI (1999 hingga sekarang). Awang Had merupakan seorang pendidik berjiwa seni yang kreatif. Ketika beliau menjadi penolong pensyarah di Pusat Latihan Harian (DTC), Alor Setar, beliau telah menunjukkan bakatnya sebagai seorang seniman dengan bermain alat muzik dengan menyertai kumpulan muzik, menjadi pemimpin koir ketika Kempen Bulan Bahasa Kebangsaan. Selain itu, beliau juga berbakat mengarah dan berlakon drama. Antara drama yang dipentaskan ketika di DTC ialah drama Bunga Tanjung. Awang Had juga aktif dalam bidang penerbitan dan penulisan kertas kerja. Selain penulisan kreatif pada peringkat awal kerjayanya, beliau banyak menulis buku, risalah dan kertas kerja yang berhubung dengan pendidikan, bahasa dan kebudayaan. Antara karya yang telah dihasilkannya termasuklah sebuah kamus bergambar prasekolah, enam judul buku bacaan tambahan sekolah rendah, empat judul buku teks sekolah menengah, sebuah antologi dua puluh sajak sebuah antologi cerpen, sebuah novel, dua buah drama, sebuah cerita penglipur lara yang diedit ke dalam bentuk buku, enam laporan jawatankuasa kajian semula dan penilaian, dan lebih tiga ratus kertas kerja yang diterbitkan dan tidak diterbitkan. Tahun 1966 merupakan tahun yang cukup penting dalam penulisannya apabila dua buah karyanya, Merah Kuning Biru (kumpulan cerpen) dan Biru Warnanya (novel) diterbitkan. Dramanya Buat Menyapu Si Air Mata telah diterbitkan pada tahun 1975. Oleh yang demikian, beliau telah dilantik menjadi Ketua Eksekutif/Perunding Akademi Filem Malaysia di Kompleks FINAS. Pelbagai perubahan yang dibawa antaranya ialah membawa dimensi pendidikan formal kepada seni filem, membentuk generasi perfileman tanah air yang lebih berkualiti, dapat memanfaatkan teknologi perfileman yang semakin canggih dan menerbitkan filem yang setanding dengan Hollywood. Selain dari Akademi Filem, beliau juga dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengurus Lim Kok Wing Institute of Creative Technology, sebuah institut pendidikan seni kreatif swasta yang berkerjasama dengan program ijazah kembar dengan sebuah Universiti Australia dan New Zealand.

Rajah 4: Awang Had ketika menjadi Konduktor Koir di DTC, Alor Setar.

Awang Had dianugerahi Johan Mangku Negara (J.M.N) pada tahun 1975, Dato Setia Diraja Kedah (D.S.D.K) pada tahun 1978 dan Panglima Setia Mahkota (P.S.M) pada tahun 1982 yang membawa beliau mendapat gelaran Tan Sri. Beliau juga dianugerahi Honorary Fellow, A.B.E (U.K) pada tahun 1983 dan Hon.LLD (Bock), pada tahun 1986. Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang daripada Universiti Brock, Ijazah Kehormat Doktor Persuratan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Profesor Emeritus dari Universiti Utara Malaysia. Beliau juga dianugerahi "Distinguished Fellow of ISIS" Malaysia. PAGE 6