tugasan waj3073.docx

14
WAJ3073 SENI DALAM PENDIDIKAN 1.0 Pengenalan Pelbagai kaedah dan teknik digunakan untuk menghasilkan satu slot pengajaran dan pembelajaran yang menarik untuk dihidangkan kepada pelajar-pelajar.Era teknologi maklumat pada zaman ini menyebabkan pelajar-pelajar mudah bosan sekiranya pengajaran dan pembelajaran yang tidak menarik dan hanya menggunakan papan hitam dan kapur semata-mata.Sebagai seorang guru yang berinovasi kita sepatutnya mencipta atau mereka bahan bantu mengajar yang dapat menarik minat, merangsang kognitif, psikomotor serta afektif pelajar-pelajar agar berada bersama guru ketika pembelajaran dan pengajaran berlaku.Dengan demikian,maka dapatlah pelajar-pelajar membuat penerokaan,memperoleh pengalaman dan membuat ekspresi hasil daripada aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang dijalankan.Dalam tugasan ini saya fokuskan kepada penggunaan boneka dalam pembelajaran dan pembelajaran seperti kehendak tugasan.Dalam tugasan ini saya perlu menjanakan idea melalui pengalaman,pemerhatian dan pembacaan bagaimana aktiviti ini dapat membantu murid-murid untuk membuat penerokaan,memperoleh pengalaman dan membuat ekspresi hasil daripada aktiviti yang dijalankan dengan berkesan. Menurut Piaget dan Vygotsky. Imaginasi terikat kepada cara bagaimana kanak-kanak memahami dunia persekitarannya dan perkara-perkara yang berlaku disekeliling mereka. Murid juga seharusnya diberikan peluang untuk memilih bahan dan alatan yang boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti bermain dan aktiviti seni. Apa yang penting, kanak-kanak seronok dan menurut kajian daripada penggunaan boneka amat bermanfaat bagi meningkatkan keberkesanan penyampaian penganjaran dan pembelajaran ataupun sebagai satu terapi untuk kanak-kanak yang terganggu emosi. Dalam teori Kecerdasan Manusia Gardner (1983) mengesyorkan bahawa terdapat tujuh jenis kecerdasan pelbagai, ia amat menggalakkan murid mencapai objektif kendiri dalam melancarkan lagi proses pembelajaran. Boneka amat membantu

Upload: sarah-clements

Post on 14-Nov-2015

45 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

WAJ3073 SENI DALAM PENDIDIKAN

WAJ3073 SENI DALAM PENDIDIKAN

1.0PengenalanPelbagai kaedah dan teknik digunakan untuk menghasilkan satu slot pengajaran dan pembelajaran yang menarik untuk dihidangkan kepada pelajar-pelajar.Era teknologi maklumat pada zaman ini menyebabkan pelajar-pelajar mudah bosan sekiranya pengajaran dan pembelajaran yang tidak menarik dan hanya menggunakan papan hitam dan kapur semata-mata.Sebagai seorang guru yang berinovasi kita sepatutnya mencipta atau mereka bahan bantu mengajar yang dapat menarik minat, merangsang kognitif, psikomotor serta afektif pelajar-pelajar agar berada bersama guru ketika pembelajaran dan pengajaran berlaku.Dengan demikian,maka dapatlah pelajar-pelajar membuat penerokaan,memperoleh pengalaman dan membuat ekspresi hasil daripada aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang dijalankan.Dalam tugasan ini saya fokuskan kepada penggunaan boneka dalam pembelajaran dan pembelajaran seperti kehendak tugasan.Dalam tugasan ini saya perlu menjanakan idea melalui pengalaman,pemerhatian dan pembacaan bagaimana aktiviti ini dapat membantu murid-murid untuk membuat penerokaan,memperoleh pengalaman dan membuat ekspresi hasil daripada aktiviti yang dijalankan dengan berkesan.Menurut Piaget dan Vygotsky. Imaginasi terikat kepada cara bagaimana kanak-kanak memahami dunia persekitarannya dan perkara-perkara yang berlaku disekeliling mereka. Murid juga seharusnya diberikan peluang untuk memilih bahan dan alatan yang boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti bermain dan aktiviti seni. Apa yang penting, kanak-kanak seronok dan menurut kajian daripada penggunaan boneka amat bermanfaat bagi meningkatkan keberkesanan penyampaian penganjaran dan pembelajaran ataupun sebagai satu terapi untuk kanak-kanak yang terganggu emosi.Dalam teori Kecerdasan Manusia Gardner (1983) mengesyorkan bahawa terdapat tujuh jenis kecerdasan pelbagai, ia amat menggalakkan murid mencapai objektif kendiri dalam melancarkan lagi proses pembelajaran. Boneka amat membantu guru mencapai objektif pembelajaran dengan lebih sempurna kerana pendekatannya yang menarik dan sememangnya mudah difahami oleh murid sekaligus akan menjadikan suasana pembelajaran menyeronokkan dan bermakna. 2.0Definisi BonekaBoneka adalah sebarang benda objek yang digerak,lakonkan oleh pemain sama ada secara sentuhan atau arahan yang bertujuan menyampaikan mesej. Apa-apa sahaja benda atau objek ini dapat dijadikan boneka itu pemain akan mencuba untuk menghidupkan watak sama ada menerusi dialog yang dipertuturkan oleh pemain atau aksi boneka tanpa sebarang sebarang dialog.Disamping itu,menurut kamus pelajar, boneka bermaksud barang permainan yang menyerupai orang atau patung orang. Orang yang dianggap sebagai alat atau barang permainan. Menurut kamus Dewan Bahasa Edisi Ke 4 pula, mentakrifkan boneka adalah anak patung, anak-anakan. Patung yang boleh digerakkan dengan tali atau dengan memasukkan tangan ke dalam dan menggerakkannya. Menurut Wikipedia, Ensiklopedia Bebas pula, boneka berasal daripada perkataan Portugis iaitu boneca yang bermaksud sejenis mainan yang dapat berbentuk macam-macam terutamanya manusia atau haiwan serta tokoh-tokoh fiksion.2.1Jenis-jenis BonekaTerdapat lapan jenis boneka yang sesuai digunakan guru semasa proses pengajaran.Walau bagaimanapun ,jenis boneka ini boleh dibahagikan berdasarkan cara menyediakan dan menggunakannya.Antaranya ialah:2.1.1Boneka Sarung TanganBoneka ini boleh diubah menjadi badan atau anggota boneka. Semasa menggunakan jenis ini, kesemua jari atau sebilangan jari dimasukkan ke dalam sarung tangan itu dan pemain boleh gerakkan tangan bagi menggerakkan watak. Manakala setiap jari mempunyai peranan masing-masing. Misalnya jika tema keluarga, jari ibu mewakili boneka bapa, jari telunjuk boneka emak, jari hantu boneka abang, jari manis boneka kakak dan jari kelingking ialah boneka adik.Boneka jari ini juga dikenali sebagai finger puppets. Boneka ini boleh dihasilkan daripada kertas, kain felt atau benang kait yang dilukiskan wataknya dan saiznya sesuai dengan jari kanak-kanak. 2.1.2Boneka LidiBoneka lidi diperbuat daripada bahan yang keras atau tebal. Kemudia lidi panjang diletakkan pada badan boneka atau anggota tertentu bagi menggerakkannya. Rupa bentuk boneka dilukis di atas kertas yang tebal,, diwarnakan dan bentuknya di potong keluar. Boneka ini juga boleh dibuat daripada kulit,, kad manila, plastik lutsinar atau kertas biasa kemudian dilaminatekan ia. Boneka ini sangat senang dihasilkan dan kanak-kanak sendiri boleh lakukan di mana guru hanya memberi template boneka, contohnya kaum-kaum di Malaysia. Setelah siap mereka gamkan pada lidi dan boleh melakonkan aksi spontan menggunakan boneka itu bersama-sama temannya.2.1.3Shadow Puppets Boneka Shadow Puppets atau lebih dikenali dengan wayang kulit bagi masyarakat kita amat popular di gunakan untuk persembahan cerita, diikuti dengan nyanyian dan tarian. . Biasanya boneka ini nipis dan berbentuk dua dimensi. Lidi-lidi halus diletakkan pada tempat-tempat tertentu di bahagian badan boneka itu. Semasa memainkan boneka ini, ia ditempatkan dibahagian belakang satu skrin putih. Lampu dinyalakan dan bayang-bayang boneka tersebut akan kelihatan di atas skrin . lidi digoyangkan untuk menggerakkan anggota boneka. Wayang ini biasanya dimainkan untuk menghiburkan orang ramai. Contohnya wayang kulit. Watak-watak yang dibentukkan juga hendaklah menarik misalnya seperti bentuk yang boleh digerak-gerakkan, mulut yang boleh dibuka dan ditutup dan sayap yang boleh dikepakkan. Shadow Puppets memerlukan kemahiran yang tinggi dalam pengawalan pergerakan watak-watak yang dibina dalam plot sesebuah ceritaShadow Puppets amat popular di gunakan untuk persembahan cerita, diikuti dengan nyanyian dan tarian. . Biasanya boneka ini nipis dan berbentuk dua dimensi. Lidi-lidi halus diletakkan pada tempat-tempat tertentu di bahagian badan boneka itu. Semasa memainkan boneka ini, ia ditempatkan dibahagian belakang satu skrin putih. Lampu dinyalakan dan bayang-bayang boneka tersebut akan kelihatan di atas skrin . lidi digoyangkan untuk menggerakkan anggota boneka. Wayang ini biasanya dimainkan untuk menghiburkan orang ramai. Contohnya wayang kulit. Watak-watak yang dibentukkan juga hendaklah menarik misalnya seperti bentuk yang boleh digerak-gerakkan, mulut yang boleh dibuka dan ditutup dan sayap yang boleh dikepakkan. Shadow Puppets memerlukan kemahiran yang tinggi dalam pengawalan pergerakan watak-watak yang dibina dalam plot sesebuah cerita2.1.4Boneka BertaliBoneka bertali diperbuat daripada bahan-bahan keras seperti paper mache- plaster-of-Paris atau kayu. Ada juga boneka tali dihasilkan menggunakan belon. Tali-tali halus disambungkan kepada bahagian-bahagian boneka yang boleh bergerak. Tali yang digunakan adalah jenis tali biasa atau tali tangsi yang lebih elastic supaya pergerakannya lebih nampak natural. Semasa digunakan tali akan ditarik-tarik untuk menggerakkan anggota badan boneka. Boneka jenis ini sesuai digunakan untuk watak seperti berlari, terbang, menggelongsor dan melompat. 2.1.5Boneka Tangan Boneka tangan merupakan alat yang paling mudah untuk dihasilkan dan selalu juga digunakan oleh guru sebagai bahan bantu mengajar untuk kanak-kanak prasekolah kerana ianya sangat menarik dan efektif. Antara bahan yang boleh dijadikan boneka tangan adalah stokin, beg kertas, sarung tangan, sampul surat, kotak dan sebagainya.

3.0 Kaedah Pelaksanaan Persembahan Boneka Guru perlulah merancang dengan teliti sebelum penggunaan teknik boneka dilakukan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Perancangan yang betul akan memastikan kaedah ini dapat digunakan dengan berkesan dan mencapai objektif yang hendak dicapai.Antara pertimbangan yang perlu dilakukan sebelum kaedah persembahan boneka digunakan adalah:3.1Pemilihan jenis ceritaPemilihan jenis cerita yang sesuai dengan kemahiran yang hendak diajar adalah penting. Terdapat pelbagai jenis cerita yang dijadikan bahan untuk kanak-kanak antaranya mengenai cerita haiwan, kehidupan seharian, keadaan semasa dan lain-lain lagi. Teknik bercerita dengan menggunakan boneka ini sesuai digunakan bagi pengajaran bertema yang dihubungkaitkan dengan tajuk pengajaran lain seperti mewarna, pengetahuan sains, dan pengajaran bahasa. Terdapat pelbagai jenis boneka yang boleh disesuaikan untuk aktiviti bercerita. Pencerita mempunyai dua pilihan untuk menggunakan teknik ini. Pertama, memilih cerita terlebih dahulu untuk mencipta skrip, kemudian membina boneka berdasarkan watak-watak dalam cerita tersebut. Kedua, pencerita menggunakan sebarang boneka yang akan menjadi watak dalam cerita. Cara kedua ini lebih memberi kebebasan kepada pencerita di samping menggalakkan daya kreativiti pendengar. Bagi bahan cerita yang pendek dan terlalu panjang, pencerita perlu menulis dalam bentuk skrip berdasarkan cerita itu, sama ada memanjangkan atau memendekkan skripnya. Dialog skrip tidak perlu menggunakan ayat yang panjang dan haruslah disesuaikan dengan pemahaman kanak-kanak.3.2PersekitaranPersekitaran tempat pertunjukan boneka perlu lapang. Ruang yang hendak digunakan bolehlah dihamparkan sebidang permaidani untuk membolehkan murid-murid duduk dengan selesa sambil menghadap kepada pentas boneka.

3.3Susun aturBoneka hendaklah disusun di sudut perkenbangan bahasa atau di sudut komponen kreativiti dan estetika. Tempat persembahan boneka perlulah lapang tanpa ada sebarang gangguan yang boleh menghalang perjalanan persembahan itu. Susun atur boneka hendaklah mengikut cerita yang hendak disampaikan. Manakala pentas boneka dicadangkan menggunakan pentas kerusi, pentas tingkap, pentas meja, pentas pintu, pentas papan lipat, OHP dan tanpa menggunakan pentas. 3.4Teknik penyampaian Terdapat beberapa teknik penyampaian dengan menggunakan boneka. Satu daripada teknik yang boleh digunakan ialah pencerita menggerak lakonkan boneka dengan berdialog secara selari duduk di depan pendengar tanpa menggunakan pentas. Pencerita boleh juga mendapatkan khidmat pembantu dalam menggeraklakonkan boneka. Cara kedua ini disesuaikan dengan pentas boneka. Semasa bercerita, gerak lakon boneka disesuaikan dengan dialog seolah-olah boneka berkomunikasi dengan pendengar. Kedudukan boneka di pentas perlu diambil kira iaitu keluar masuk pentas , jarak serta pertukaran masa dan waktu. Kesan muzik latar boleh digunakan untuk menjadikan cerita lebih menarik. 4.0Keberkesanan Persembahan Boneka dalam Penerokaan,Memperoleh Pengalaman dan Ekspresi Murid.Boneka merupakan salah satu permainan tertua di dunia kerana permainan ini telah menjadi salah satu alat hiburan dalam kalangan orang kebanyakan sejak zaman ketamadunan Yunani, Romawi dan Mesir lagi. Perkataan boneka berasal daripada bahasa Portugis Boneca yang membawa maksud hidup. Konsep boneka amat mudah difahami kerana setiap objek boleh dijadikan sebagai boneka selagi objek itu digerakkan oleh pemain. Pemain berperanan untuk menghidupkan watak boneka itu untuk menyampaikan mesej secara lisan dan pergerakan tubuh. Boneka boleh terdiri daripada haiwan, bunga, atau sebarang objek untuk dianimasikan dan dimanipulasikan oleh pemain dalam persembahan mereka.Teori Konstruktivisme menyatakan bahawa kanak-kanak yang diajar melalui pembelajaran secara meneroka, bereksperimen dan mengolah bahan atau objek akan dapat mengekspresikan idea secara bebas dan kreatif, kerana adanya unsur-unsur seni dalam pendidikan dalam pembelajaran mereka. Herman (1991), di dalam Quadrant Concept menyatakan bahawa seni dapat membantu pemikiran rasional dan intiutif seseorang individu.Penggunaan boneka dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran juga adalah antara unsur seni pergerakan dalam pendidikan yang melibatkan didik hibur. Persembahan boneka berkumpulan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan daya imaginasi murid-murid. Jackman (1977) berpendapat boneka adalah salah satu cara yang menghiburkan dan dapat menarik minat kanak-kanak ke arah pemikiran kreatif dan imaginatif. Menurutnya lagi, penggunaan boneka dapat membantu perkembangan kemahiran afektif, kognitif dan fizikal. Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, boneka digunakan untiuk menyampaikan cerita agar penyampaian menjadi lebih menarik dan berupaya menarik perhatian kanak-kanak. Di samping itu permainan boneka dapat meningkatkan daya imaginasi murid dapat ditingkatkan kerana teknik ini dapat mencerna atau mencampah daya pemikiran murid ke tahap yang optimum. Persembahan boneka ini dapat menggalakkan kemahiran berfikir murid dengan lebih kreatif dan kritis. meningkatkan daya kreativiti mereka dan merangsang otak mereka untuk lebih berfikir.Murid-murid sekolah rendah terutamanya,sememangnya gemar pada sesuatu yang boleh mereka rasa,pegang dan alami sendiri.Membayangkan bagaimana watak dan perwatakan yang mereka lakonkan meningkatkan daya imaginasi murid. Bermain sambil belajar juga merupakan salah satu aktiviti yang terdapat dalam tunjang Kurikulum standard Sekolah Rendah iaitu Didik Hibur. Menurut Fauziah Md. Jaafar, aktiviti bermain merupakan satu aktiviti yang menjadi fitrah bagi kanak-kanak. Mereka akan meneroka, menjelajah, inkuiri penemuan dan pembinaan melalui pengalaman langsung secara semula jadi.Selain itu, dapat merangsang kemahiran berbahasa murid.Melalui persembahan boneka terbukti dapat merangsang kemahiran berbahasa murid kerana teknik ini menuntut murid berdialog secara spontan.Dengan ini, murid perlu menguasai kemahiran berbahasa terlebih dahulu sebelum berupaya menuturkan dialog mereka. Murid berupaya menggunakan bahasa secara pragmatik iaitu bahasa yang bermakna mengikut konteks. Murid juga boleh menggunakan bahasa secara spontan dengan lebih bermakna bersesuaian dengan situasi. Melalui situasi ini, maka watak dan perwatakan yang telah diamanahkan kepada setiap murid ini akan dilakukan dengan baik.Mereka akan menggunakan bahasa yang betul untuk berkomunikasi.Sewajarnya, mereka juga akan menyampaikan dialog-dialog boneka ini dengan intonasi dan gaya penyampaian yang tersendiri mengikut kreativiti masing-masing.Penerokaan watak dan perwatakan akan berlaku apabila mereka cuba untuk melakonkan watak dan perwatakan yang diberi dengan berkesan.Misalnya,lakonan boneka tangan yang membawa watak seorang ibu memarahi anaknya yang tidak menyiapkan kerja sekolah.Maka murid-murid ini akan menggunakan intonasi seorang ibu dan seorang anak.Secara tidak langsung aktiviti persembahan boneka berkumpulan ini mengguna dan memperkukuh kemahiran bahasa melalui pengalaman sebenar serta aktiviti yang menggembirakan.Pembelajaran sebegini akan lebih kekal dalam diri murid-murid.Di samping itu, murid-murid merasai dan mengalami pengalaman yang cukup menarik melalui persembahan boneka dalam bilik darjah.Melalui penerokaan jalan cerita memberi peluang untuk murid-murid menghafaz dan memahami jalan cerita yang akan disampaikan. Dalam aktiviti ini, murid hendaklah berpura-pura menjadi seseorang yang lain dan berlainan dengan dirinya. Mereka diberikan peranan tertentu dan meminta kanak-kanak memikirkan cara (dia) untuk beraksi dan memberikan respons terhadap sesuatu situasi.Untuk menghayati watak yang diberikan, murid perlu dilatih untuk melakukan justifikasi terhadap watak dengan mengemukakan beberapa soalan seperti nama penuh watak, umur ,latar belakang keluarga, pekerjaan, sikap dan tingkah laku, hobi atau minat, dan pelbagai kemungkinan tentang peribadi watak yang di lakonkan. Guru boleh memilih peranan berdasarkan watak daripada orang persekitaran murid, cerita rakyat, cerita yang pernah dibaca di dalam kelas, drama atau filem yang pernah ditonton serta berdasarkan gambar.Komunikasi mempunyai kepentingan kepada kehidupan kita seharian. Menurut Baran dan Davis (2000) komunikasi dapat menyebarkan informasi dan amaran, menjalinkan hubungan dengan kelompok-kelompok di dalam masyarakat, transmisi budaya masyarakat dan hiburan. Komunikasi dapat menyebarkan informasi semasa dan terkini mengenai keadaan persekitaran manusia. Ianya juga bertindak menyampaikan amaran yang berupa peringatan kepada sesebuah masyarakat atau kelompok yang terbabit.Melalui pengalaman pengajaran di sekolah ini, didapatibahawa terdapat murid-murid yang kurang berkomunikasi dan tidak aktif semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan di dalam kelas dapat berkomunikasi dan memberikan idea atau pendapat apabila diminta oleh guru setelah terlibat dengan beberapa aktiviti persembahan boneka dalam kelas.Boneka mempunyai beberapa kelebihan kerana boneka boleh menyampaikan mesej dengan efektif. Di sebalik teknik boneka yang menggunakan kaedah penceritaan ini, pelbagai mesej positif dan nilai murni dapat diselitkan dalam persembahan tersebut. Guru perlu kreatif dalam merangka perjalanan cerita yang bukan sahaja menarik dan menghiburkan malah mengandungi beraneka nilai murni. Persembahan boneka dalam bilik darjah juga,memberi pendedahan dan penerokaan kemahiran berkomunikasi kepada kanak-kanak. Kanak-kanak yang mempunyai masalah komunikasi seperti kanak-kanak autisme sepatutnya diberi teknik mengajar dengan menggunakan boneka. Mereka akan tertarik dengan penceritaan menggunakan boneka. Hal ini secara tidak langsung dapat memulihkan masalah komunikasi mereka sedikit demi sedikit. Kanak-kanak juga dapat menambah perbendaharaan kata mereka. Hal ini membuktikan bahawa persembahan boneka secara berkumpulan oleh murid-murid amat memberi impak yang besar dalam keberkesanan pembelajaran dan pengajaran. Penerokaan juga terus berlaku menambahkan bilangan perbendaharaan kata murid-murid.Kecekapan berbahasa akan membantu murid-murid berfikir memahami konsep,berimaginasi,melahirkan idea,berinteraksi dan berkomunikasi dengan berkesan.Pengalaman mereka dalam persembahan boneka ini akan memupuk keyakinan dan keberanian dalam diri murid-murid ini untuk berkomunikasi.Berkomunikasi dan berinteraksi merupakan kemahiran yang penting dalam bahasa kerana mendengar dan bertutur merupakan asas kepada sesuatu bahasa.Pengalaman adalah guru yang paling berkesan dalam mengajar dan mendidik murid-murid.Persembahan boneka dalam aktiviti pembelajaran dan pengajaran mendedahkan murid-murid untuk bekerjasama secara kumpulan. Memupuk nilai-nilai murni seperti ini bukanlah satu perkara yang mudah dalam diri murid-murid.Melalui aktiviti boneka ini akan menerapkan secara tidak langsung nilai-nilai seperti baik hati,kerjasama dan bertolak ansur dalam diri murid-murid.Melalui aktiviti yang mereka alami sendiri merupakan satu pengalaman yang amat bermakna kepada murid-murid.ini boleh merangsang pemikiran mereka Mereka suka meneroka perkara-perkara baru yang menarik perhatian mereka. Perkara-perkaraPersembahan boneka dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran memberi peluang kepada murid-murid untuk meneroka pelbagai sudut yang mereka lihat, dengar, sentuh, bergerak dan berfikir dengan setiap aktiviti pembelajaran. Ini dapat menyediakan cara tambahan untuk belajar membaca, menulis dan mengira bahkan menggalakkan mereka dengan memberi pelbagai pandangan dan bahasa untuk mereka berfikir secara kreatif, imaginative dan kritis. Bukan itu sahaja, bahkan penggunaan boneka dalam pendidikan dapat memberikan kanak-kanak keseronokkan dan kegirangan di dalam bilik darjah. Pelajar digalakkan untuk meneroka dengan membuat ekperimen, menyelidik dan mencipta menggunakan pelbagai idea dan bahan. Tujuannya adalah untuk menjadikan pelajar menjadi seorang yang benar-benar lebih berimaginatif. Pengalaman yang diperolehi dalam persembahan boneka boleh melibatkan kesedaran kinestetik yang mendalam, kepintaran mengunakan tubuh badan dan pengalaman ini akan memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menyelesaikan masalah, membuat eksperimentasi, meneroka, mengambil risiko, mencipta secara kreatif, membuat penilaian dan bijak membuat pilihan. Aktiviti persembahan boneka yang menarik memberi peluang kepada pelajar untuk menemui potensi ekspresif diri melalui perkataan, bunyi, pergerakan dan visual mereka. Bahasa-bahasa simbol yang digunakan untuk membuat ekspresi dalam lakonan boneka mereka. Ini akan membantu para pelajar untuk merasa, menyentuh, mendengar dan melihat secara langsung dunia mereka dengan cara tersendiri. Pelajar akan meluahkan pandangan mereka dengan cara yang seakan-akan sama dengan apa yang dialami dan difahami oleh orang lain. Penerokaan, memperolehi pengalaman dan luahah ekspresi merupakan satu aktiviti yang penting dalam pembelajaran. Ini adalah disebabkan pada topik ini pelajar diberi peluang pendedahan mengenai cara-cara untuk penerokaan dan cara-cara untuk pengolahan dan memanipulasi sesuatu aktiviti. Di samping itu juga pelajar telah diberi pendedahan mengenai dengan unsur-unsur perasaan dan emosi pelajar dan tahu bagaimana untuk menguruskan emosi supaya boleh meluahkan perasaan terhadap ekspresi diri.Melalui aktiviti persembahan boneka juga dapat memberi satu suntikan motivasi untuk mereka terus beraksi dan ini akan membentuk pembinaan sahsiah yang positif ketika berhadapan dengan khalayak penonton.Dapatan analisis daripada teknik boneka menunjukkan bahawa perlaksanaan teknik ini dalam pengajaran dan pembelajaran amat relevan. Teknik ini wajar dipraktiskan oleh guru untuk memastikan pembelajaran kanak-kanak dapat dijalankan selari dengan perkembangan mereka.Penglibatan murid dalam persembahan berkumpulan di dalam bilik darjah dapat membantu murid membuat ekspresi hasil daripada aktiviti yang dijalankan dengan berkesan.Aktiviti pembelajaran menggunakan persembahan boneka dalam bentuk berkumpulan dapat merangsang minda murid untuk memahami sesuatu pelajaran itu dengan lebih berkesan terutama dalam kemahiran lisan,kefahaman dan membina sebuah ayat.Dengan menggunakan boneka untuk sesi pembelajaran dan pengajaran didalam bilik darjah dapat meningkatkan daya kreativiti,perkembangan komunikasi dan bahasa,sosio emosi,menambah ilmu pengelahuan dan pengalaman.Kepentingan boneka dengan hubungan kurikulum serta pengalaman adalah untuk mempengaruhi kanak-kanak ,menghubungkait dengan keseronokan meningkatkan perhatian murid-murid. Aktiviti ambil peranan (main peranan) yang berlaku dalam main dramatik dapat menyumbang kepada salah satu aspek perkembangan sosial iaitu keupayaan untuk melihat dunia dari perspektif orang lain.Kesimpulannya,aktiviti persembahan boneka dalam bilik darjah dapat membantu murid-murid untuk membuat penerokaan,memperoleh pengalaman dan membuat ekspresi melalui pelbagai sudut seperti meningkatkan daya imaginasi,merangsang kemahiran berkomunikasi,merangsang kemahiran berbahasa,meningkat keyakinan diri dan bijak mengurus emosi dan sanggup berkolaborasi dalam menjayakan aktiviti yang diberi.Malah penggunaan boneka dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran juga dapat memberi peluang kepada murid-murid mempelajari bahasa dalam suasana yang menarik dan berkesan serta meluaskan perbendaharaan kata.Mengguna dan memperkukuhkan kemahiran mendengar dan bertutur melalui pengalaman sebenar yang mengembirakan.Mempercepat dan mempermudahkan pemahaman murid-murid terhadap sesuatu peristiwa ataupun cerita.Disamping,memupuk daya kreativiti untuk menghasilkan ciptaan dan karya seni melahir rasa seronok dan mengekalkan minat untuk belajar serta meredakan tekanan dalam diri kanak-kanak.

RujukanLoy, C.L. (2004).Teater boneka sarung tangan di Perpustakaan Negara Malaysia: Unsur-unsur pendidikan dan teknik persembahan.Kuala Lumpur: Pusat Kebudayaan Universiti MalayaZaharatullaili Mohd Daud. (2006).Penggunaan boneka dalam pengajaran dan pembelajaran prasekolah di Daerah Raub satu tinjauan KSPK. Kuala Lumpur: Institut Bahasa Melayu Malaysia.JurnalFadhila Bt Mohd Alihan & Idrul Hisham Bin Ismail(2013), Penggunaan Boneka Tangan Dalam Kaedah Bercerita dan Kesannya Terhadap Kemahiran Komunikasi Kanak-Kanak Pendidikan Khas.Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Dato Razali Ismail. Internethttp://teachersyafa.blogspot.com/2013/09/konsep-boneka-dalam-pengajaran-dan.htmlhttp://researchipbmm2008.blogspot.com/2012/07/contoh-kajian-tindakan-normal-0-false.htmlhttp://www.slideshare.net/VaruniSankaranNair/kajian-ringkas-bonekahttp://bonekaimoets.blogspot.com/2012/11/jenis-jenis-boneka.htmlhttp://jombelajarsenivisual.blogspot.com/2013/04/apa-itu-boneka.htmlhttp://cikamal.com/penggunaan-boneka-dalam-membantu-perkembangan-bahasa-awal-kanak-kanak.html