tugasan usm majapahit vs singapura

16
Tersebutlah kerajaan Majapahit di Pulau Jawa.Jajahan takluknya begitu luas. Seluruh tanah Jawa dan kawasan sekitarnya di bawah pemerintahan Betara Majapahit..Betara Majapahit mendapat tahu akan Singapura yang telah menjadi sebua negeri yang besar dan makmur namun rajanya tidak menyembah kepada baginda, Betara Majapahit. Betara Majapahit lalu menitahkan utusannya ke Singapura yang akan membawa warkah dan bingkisan baginda. Tiba di Singapura, rombongan utusan itu lalu pergi menghadap Seri Maharaja yang memerintah Singapura pada ketika itu lalu mereka menyerahkan surat dan bingkisan Betara Majapahit itu. Paduka Seri Maharaja lalu membaca warkah yang diutus betara Majapahit itu. “Mohon tuanku perkenan melihat akan kepandaian para tukang di Majapahit. Apakah ada, di Singapura ini, tukang yang sedemikian pandainya?” Lalu dibukalah bingkisan kiriman Betara Majapahit itu.Baginda mendapati bingkisan itu mengandungi segulung tatal yang panjangnya tujuh depa.Tatal itu telah ditarah tipis seperti kertas tanpa putus.Tatal itu bergulung dan berbentuk seperti subang. Melihat akan tatal tersebut, baginda tersenyum lalu bertitah, “Cis, dipertidaknya laki -laki kita ini oleh Betara Majapahit, maka dikirimnya kita subang!” Maka utusan dari Majapahit segera mendatangkan sembah seraya berkata, “Ampun, Tuanku.Bukanlah demikian kehendak paduka Kakanda itu.Baginda hanya mahu tahu sama ada di Singapura ini tukang-tukang yang pandai seperti itu.” Setelah diam buat seketika, baginda lalu bertitah, “ Lebih daripada itu pun ada pada kita di Singapura ini.” Baginda lalu menitahkan Pawang Bentan datang menghadap.Titah baginda, Paduka Seri Maharaja, “Kepandaian tukang-tukang di Singapura ini bukan sahaja cekap menggunakan beliung malah lebih mahir daripada tukang-tukang di sana!” Tidak lama kemudian, Pawang Bentan mengatur sembah.Seorang budak yang sedang menangis juga disuruh menghadap baginda.

Upload: muhammad

Post on 06-Jul-2015

81 views

Category:

Education


2 download

DESCRIPTION

tugasan

TRANSCRIPT

Page 1: tugasan usm majapahit vs singapura

Tersebutlah kerajaan Majapahit di Pulau Jawa.Jajahan takluknya begitu luas. Seluruh

tanah Jawa dan kawasan sekitarnya di bawah pemerintahan Betara Majapahit..Betara

Majapahit mendapat tahu akan Singapura yang telah menjadi sebua negeri yang besar

dan makmur namun rajanya tidak menyembah kepada baginda, Betara Majapahit.

Betara Majapahit lalu menitahkan utusannya ke Singapura yang akan membawa

warkah dan bingkisan baginda. Tiba di Singapura, rombongan utusan itu lalu pergi

menghadap Seri Maharaja yang memerintah Singapura pada ketika itu lalu mereka

menyerahkan surat dan bingkisan Betara Majapahit itu.

Paduka Seri Maharaja lalu membaca warkah yang diutus betara Majapahit itu.

“Mohon tuanku perkenan melihat akan kepandaian para tukang di Majapahit. Apakah

ada, di Singapura ini, tukang yang sedemikian pandainya?”

Lalu dibukalah bingkisan kiriman Betara Majapahit itu.Baginda mendapati bingkisan itu

mengandungi segulung tatal yang panjangnya tujuh depa.Tatal itu telah ditarah tipis

seperti kertas tanpa putus.Tatal itu bergulung dan berbentuk seperti subang.

Melihat akan tatal tersebut, baginda tersenyum lalu bertitah, “Cis, dipertidaknya laki-laki

kita ini oleh Betara Majapahit, maka dikirimnya kita subang!”

Maka utusan dari Majapahit segera mendatangkan sembah seraya berkata, “Ampun,

Tuanku.Bukanlah demikian kehendak paduka Kakanda itu.Baginda hanya mahu tahu

sama ada di Singapura ini tukang-tukang yang pandai seperti itu.”

Setelah diam buat seketika, baginda lalu bertitah, “ Lebih daripada itu pun ada pada kita

di Singapura ini.”

Baginda lalu menitahkan Pawang Bentan datang menghadap.Titah baginda, Paduka

Seri Maharaja, “Kepandaian tukang-tukang di Singapura ini bukan sahaja cekap

menggunakan beliung malah lebih mahir daripada tukang-tukang di sana!”

Tidak lama kemudian, Pawang Bentan mengatur sembah.Seorang budak yang sedang

menangis juga disuruh menghadap baginda.

Page 2: tugasan usm majapahit vs singapura

“Pawang Bentan, cukur kepala budak ini dengan beliung kamu. Tunjukkan kepandaian

kamu kepada utusan-utusan Majapahit ini!” titah Paduka Seri Maharaja.

Budak itu menjerit-jerit sambil dia meronta-ronta.Meskipun demikian kelakuan budak

itu, Pawang Bentan dengan cekapnya dapat melakukan titah baginda Paduka Seri

Maharaja.Dalam masa yang sekejap sahaja kepala budak yang sedang menangis lagi

meronta-ronta itu menjadi botak.Tangisan dan jeritan bukda lelaki itu tidak diendahkan

oleh Pawang Bentan.Para utusan Majapahit itu jadi terpegun melihatkan kecekapan

serta kepandaian Pawang Bentan itu.

“Lihatlah oleh kamu sekalian, betapa pandainya tukang kita ini.Kepala budak dapat

dicukurnya dengan mudah, apatah lagi menarah tatal seperti subang itu.Senang saja

baginya!” titah Paduka Seri Maharaja.

“Bawalah pulang beliung ini ke Majapahit dan persembahkan kepada saudara kita,

Betara Majapahit.”

Tidak lama kemudian, rombongan utusan dari Majapahit pulang.Surat dan kiriman raja

Singapura itu dipersembahkan kepada Betara majapahit. Para utusan itu memerikan

kepada Betara Majapahit akan kepandaian tukang-tukang di Singapura mencukur kepal

budak. Mendengarkan akan sembah utusannya itu, Betara Majapahit naik murka.

“Sungguhlah adinda kita itu mahu mengaibkan kita.Daripada sembah kamu itu, adinda

kita memberitahu bahawa jikalau kita datang ke Singapura, kepala kita juga akan

dicukurnya seperti dicukurnya kepala budak itu!” titah Betara Majapahit.

“Ini penghinaan buat kita!” titah baginda lagi.

Maka Betara Majapahit pun memerintahkan kelengkapan perang dibuat untuk

menyerang Singapura.

Khabar angkatan perang kerajaan Majapahit yang sedang dalam perjalanan hendak

menyerang Singapura pecah.Beratus-ratus kapal dan tongkang lengkap untuk

berperang telah dihantar oleh Betara Majapahit itu. Paduka Seri Maharaja

Page 3: tugasan usm majapahit vs singapura

memberikantitah perintah agar rakyat Singapura segera membuat persiapan untuk

menghadapi ancaman Majapahit itu.

Setelah sekian lama belayar, ketumbukan Majapahit itu sampailah di perairan

Singapura.Angkatan tentera Majapahit pun bertempur dengan orang-orang

Singapura.Ramai askar daripada kedua-dua belah pihak telah gugur sewaktu

bertempur.Darah askar-askar yang gugur itu mengalir membasahi tanah.Dan sejak itu,

kawasan tersebut kekal merah tanahnya hingga sekarang. Kawasan medan

pertempuran itu dikenali dengan panggilan Bukit Merah hingga pada hari ini.

Setelah beberapa hari berperang, Singapura masih tidak berjaya tentera Majapahit

tawan.Akhirnya, angkatan tentera Majapahit itu pun pulang semula ke Pulau

Jawa.Singapura kini terselamat daripada ancaman dan serangan Majapahit pada kali

ini.

***************

Setelah tentera Majapahit gagal untuk menewaskan Singapura, keadaan negeri

kembali aman. Paduka Seri Maharaja mula sedar betapa negerinya itu diancam

serangan musuh. Baginda mempunyai beberapa orang penasihat yang terdiri daripada

pembesar-pembesarnya untuk membantu baginda memerintah Singapura.Baginda

selalu menerima nasihat dan buah fikiran pembesar-pembesar tersebut dalam

membuat apa-apa sahaja keputusan dalam pemerintahan.

Istana yang terletak di puncak Bukit Larangan itu dikawal rapi siang dan malam.Para

pembesar dan orang-orang biasa yang lainnya dilarang keluar dan masuk ke

istana.Mereka hendaklah meminta izin baginda terlebih dahulu jika ada apa-apa urusan

di istana itu. Sesiapa yang keluar dan masuk istana tanpa keizinan akan dihukum.

Paduka Seri Maharaja memerintahkan para pengawal istana menjaga istananya

dengan rapi.

Page 4: tugasan usm majapahit vs singapura

Tersebutlah kisah seorang pengembara dari negeri Pasai yang dikenali sebagai Tun

Jana Khatib, tiba di Singapura.Tun Jana Khatib memiliki pelbagai ilmu, selain bijak

dalam ilmu dan hal-hal keagamaan.

Sewaktu Tun Jana Khatib tiba di hadapan istana, Raja Perempuan, permaisuri negeri

itu, sedang berdiri di tepi tingkap istana. Raja Perempuan terpandang akan kehadiran

Tun Jana Khatib itu. Tun Jana Khatib juga terpandang akan Raja Perempuan yang

sedang berdiri di tepi tingkap. Timbul dalam hati Tun Jana Khatib untuk menunjukkan

sedikit kepandaiannya. Dengan tenang, Tun Jana Khatib lalu merenung ke arah

sebatang pokok pinang di halaman istana. Tidak lama kemudian, pokok pinang itu

terbelah dua lalu tumbang.

Raja Perempuan itu begitu kagum dengan kepandaian Tun Jana Khatib itu.Tun Jana

Khatib berlalu pergi sambil tersenyum.Pada ketika itu, seorang pembesar negeri telah

memerhatikan gerak-geri Tun Jana Khatib yang menunjukkan kepandaiannya kepada

Raja Perempuan iru.

Sebaik-baik sahaja Tun Jana Khatib berlalu pergi, pembesar negeri tersebut masuk ke

dalam istana lalu terus menghadap Paduka Seri Maharaja.Pembesar itu pun

mengkhabarkan perihal Tun Jana Khatib yang mereka katakan telah menunjuk-

nunjukkan kepandaiannya di hadapan Raja Perempuan.

Paduka Seri Maharaja menjadi murka sebaik-baik sahaja baginda mendengar akan

sembah para pembesarnya negeri itu.

“Lihatlah kelakuan Tun Jana Khatib yang tidak tahu akan dirinya, dia menunjuk-

nunjukkan kepandaiannya di hadapan Raja Perempuan beta!”

Merah padam muka Paduka Seri Maharaja memberikan titah, “Dia tahu Raja

Perempuan beta melihat ke arahnya sebab itulah dia hendak menunjuk-nunjukkan

kepandaiannya itu!”

Para pembesar yang hadir itu tunduk kerana mereka tidak mahu bertentang wajah

dengan Paduka Seri Maharaja yang sedang murka itu.

Page 5: tugasan usm majapahit vs singapura

“Panglima, tangkap dan bunuh Tun Jana Khatib sekarang juga!”

Maka sekalian hulubalang diperintahkan menangkap Tun Jana Khatib.Tun Jana Khatib

berada tidak jauh dari perkarangan istana.Tun Jana Khatib tidak melawan apabila para

pegawai istana menahannya.Menurut pandangannya, dia tidak melakukan apa-apa

yang buruk lagi kesalahan.

Tun Jana Khatib lalu digiring masuk menghadap Paduka Seri Maharaja yang sedang

menantikannya di perkarangan istana. Tun Jana Khatib yang tidak menyangka apa-apa

yang buruk itu lalu mengangkat sembah.

“Hei, Tun Jana Khatib! Sungguhlah kamu tidak sedar diri.Tahukah kamu, kamu telah

menconteng aib di muka beta!” titah Paduka Seri Maharaja.

“Ampun tuanku, patik tidak melakukan apa-apa kesalahan apatah lagi mahu

mengaibkan tuanku, ampun tuanku!” rayu Tun Jana Khatib membela dirinya.

“Bukankah tadi, kamu sengaja menunjuk-nunjukkan kepandaian kamu di hadapan Raja

Perempuan beta?Kamu memang sungguh biadap!”

“Ampun tuanku, patik tidak bermasud begitu!” rayu Tun Jana Khatib.

“Datuk, bunuh Tun Jana Khatib sekarang juga!” titah Paduka Seri Maharaja.Baginda

lalu memandang ke arah para pembesarnya, “Biar hukuman ini menjadi contoh bagi

semua yang mahu mengaibkan beta!”

Semua yang ada di situ hanya berdiam diri mendengarkan titah Paduka Seri Maharaja.

Sebahagiam mereka mengganggap hukuman dan tuduhan itu tidak berasas sama

sekali. Namun mereka tidak membantah dan tidak mahu bersuara.

Tun Jana Khatib lalu diikat dan diheret ke tempat hukuman berdekatan dengan sebuah

pekan.Dengan tangannya yang terikat dan mukanya ditutup dengan kain hitam, Tun

Jana Khatib dibunuh oleh petanda yang menjalankan titah suruhan Paduak Seri

Maharaja.Jerit sakit Tun Jana Khatib mengharukan semua yang mendengarnya

sewaktu ditikam petanda itu. Darah yang mengalir daripada bekas luka di badan Tun

Jana Khatib akibat daripada tikaman keris petanda itu mengalir dengan banyaknya

Page 6: tugasan usm majapahit vs singapura

tanpa berhenti. Namun, tanpa disedari ramai, angin bertiup kencang dan dengan tidak

semena-mena, tubuh Tun Jana Khatib yang terikat dan ditiam itu hilang ghaib daripada

pandangan orang ramai. Orang ramai yang menyaksikan pembunuhan kejam itu

tertanya-tanya akan peristiwa Tun Jana Khatib yang dihukum bunuh itu hilang lenyap

daripada pandangan mereka.

Seorang penjual kuih bingka yang berkedai tidak jauh dari tempat hukuman Tun Jana

Khatib dijalankan mengambil sehelai daun pisang yang menutup kuih jualannya lalu

menutup bekas darah Tun Jana Khatib yang masih basah di tanah itu.Dengan serta-

merta, kesan darah yang basah di tanah itu bertukar menjadi seketul batu.

Maka menurut cerita orang ramai, sebaik-baik sahaja berlakunya peristiwa

pembunuhan kejam Tun Jana Khatib itu, jasadnya yang ghaib telah ditemui terbujur di

Pulau Langkawi.Jasad itu telah dikebumikan dengan segera oleh penduduk di situ.

Peristiwa yang pelik itu membuat sebahagian besar penduduk Singapura berduka cita

dengan tindakan Paduka Seri Maharaja. Menurut mereka, peristiwa pembunuhan kejam

itu dan jasad Tun Jana Khatib yang ghaib itu menandakan sebuah perkara buruk akan

berlaku di Singapura. Rakyat semakin berasa sangsi dengan tindakan kejam Paduka

Seri Maharaja itu.

***************

Sangkaan orang ramai itu benar-benar berlaku.Tidak lama kemudian, selepas kejadi

pembunuhan kejam ke atas Tun Jana Khatib tersebut, berlakulah sebuah peristiwa

yang ganjil di Singapura.

Pada suatu hari, beratus-ratus ekor ikan tidak melompat-lompat dari laut lalu

menyerang manusia.Dengan jongor-jongor yang panjang lagi tajam itu, ikan-ikan itu

menikam sesiapa sahaja.Kejadian pembunuhan orang-orang yang berada di pantai

semakin hari semakin menjadi-jadi.

Page 7: tugasan usm majapahit vs singapura

Banyaklah jasad nelayan-nelayan yang turun menjala atau menangkap ikan di laut

dijumpai terdampar di tepi-tepi pantai setiap hari.Rakyat semakin gempar mendengar

khabar tersebut.Ramai pula yang tidak berani turun ke laut.Mereka juga melarang anak-

anak mereka daripada bermain-main di kawasan pantai.

Rakyat menjadi semakin gempar dengan khabar ikan-ikan tidak melompat dari

laut.Serangan ikan-ikan todak itu semakin menjadi-jadi.Serangan todak itu bertambah

jauh hingga ke daratan.Keadaan menjadi kelam-kabut apabila ramai pula orang-orang

yang berumah di tepi pantai diserang dan terbunuh akibat serangan ikan-ikan todak itu.

Hari demi hari, ada sahaja berita tentang rakyat yang mati dibunuh ikan-ikan todak itu.

Hidup rakyat Singapura menjadi semakin susah. Mereka tidak berani keluar

rumah.Jumlah mangsa pembunuhan ikan-ikan todak itu pula terus meningkat.Serangan

ikan todak sekan-akan tiada henti-hentinya.

Pelabuhan Singapura yang sibuk dengan kegiatan berdagang mulai lengang sejak

peristiwa serangan ikan-ikan todak itu.Dikhabarkan juga bahawa para pedagang dari

luar negeri sudah tidak berani datang ke Singapura.Mereka takut menjadi mangsa

serangan ikan-ikan todak itu.

Berita serangan ikan-ikan todak itu lalu disembahkan kepada Paduka Seri Maharaja

oleh pembesar-pembesarnya itu. Baginda lalu menitahkan para pembesarnya pergi

mengiringi baginda ke tepi pantai.Baginda mahu menyaksikan sendiri kejadian

serangan ikan todak yang didakwa oleh para pembesarnya. Paduka Ser Maharaja

menaiki seekor gajah diiringi semua pembesarnya dan para hulubalang ke sana. Dalam

perjalanan baginda menuju ke pantai berdekatan, baginda menyaksikan sendiri rakyat

baginda bertempiaran melarikan diri menjauhi pantai.Terdapat ramai yang luka akibat

serangan ikan todak itu. Paduka Seri Maharaja menyaksikan ramai rakyatnya yang

bergelimpangan di tepi-tepi pantai akibat serangan ikan todak itu. Bagida berasa

terharu menyaksikan keadaan rakyatnya yang mati dan bergelimpangan di sepanjang

pantai.Baginda sedar Singapura telah ditimpa mala petaka yang amat dahsyat.

Serangan ikan-ikan todak itu terus menjadi-jadi.Baginda turun ke tepi pantai untuk

menyaksikan dengan lebih dekat serangan ikan-ikan todak itu.Ketika itu, tanpa disedari

Page 8: tugasan usm majapahit vs singapura

seekor ikan todak berjaya melompat lalu melayang-layang ke arah Paduka Seri

Maharaja.

Paduka Seri Maharaja terperanjat namun baginda sempat megelakkan dirinya daripada

terkena tikaman ikan todak yang melayang-layang itu. Akan tetapi, lengan baju baginda

tercarik akibat serangan ikan todak yang seekor itu. Serangan ikan todak itu dan yang

menyebabkan lengan bajunya carik, menyedarkan Paduka Seri Maharaja bahawa

dirinya dalam keadaan yang bahaya. Baginda lalu bergegas kembali ke tempat

gajahnya yang berada jauh dari tepian pantai itu.

Melihat akan hal yang menimpa Paduka Seri Maharaja itu, perdana menteri lalu

berdatang sembah, “Ampun Tuanku, menurut patik, lebih baik Tuanku beredar dari sini.

Usahlah ditunggu-tunggu lagi, Tuanku!”

“Baiklah!Perintahkan semua rakyat beta berkubukan betis supaya ikan-ikan todak tidak

akan menyerang lagi,” perintah baginda.

Maka perdana menteri pun memerintahkan rakyat Singapura keluar dan berdiri di

sepanjang pantai.Ikan-ikan todak terus menyerang dan semakin ramai rakyat yang

terkorban.Mereka yang tidak dapat melarikan diri mati akibat ditikam ikan-ikan todak

itu.Keadaan menjadi huru-hara.Orang-orang yang terkena tikaman menjerit-jerit

kesakitan namun mereka tidak berani bersurai sebab takut dimurkai Paduka Seri

Maharaja.

Paduka Seri Maharaja kecewa menyaksikan bahawa ikhtiarnya untuk menghentikan

serangan ikan-ikan todak itu tidak menjadi. Ramai rakyatnya yang mati berkaparan dan

mayat-mayat mereka bergelimpangan di tepi pantai akibat serangan ikan-ikan todak itu.

“Apa akal datuk?Nampaknya, rancangan kita berkubukan betis tidak dapat

menghentikan serangan ikan-ikan todak ini!”

“Patik juga tidak tahu, Tuanku!” jawab pembesar tersebut.

Tatkala dalam keadaan bingung itu, datang seorang budak lalu menyembah Paduka

Seri Maharaja.

Page 9: tugasan usm majapahit vs singapura

“Ampun tuanku.Mengapakah kita mesti berkubukan betis? Bukankah tindakan

sedemikian mengakibatkan ramai rakyat akan mati? Pada hemat patik, alangkah

baiknya kalau kita berkubukan batang pisang!”

Sembah budak lelaki itu membuat Paduka Seri Maharaja berfikir sejenak. Kata-kata

budak itu baginda dapati ada kebenarannya.

Baginda lalu menitahkan supaya orang-orangnya bersurai dan bersedia membina kubu

batang pisang di sepanjang pantai.

“Wahai sekalian rakyat Singapura, Tuanku menitahkan kita bina kubu batang pisang di

tepi pantai!”

Itulah arahan yang diberikan oleh beberapa orang pembesar kepada orang ramai di tepi

pantai.Maka sekalian rakyat pun pergilah menebang pokok-pokok pisang yang banyak

tumbuh di darat dan dipacakkan di sepanjang pantai sebagai kubu.Tidak lama

kemudian, ikan-ikan todak menyerang lagi.Ikan-ikan yang menyerang itu itu terlekat

pada batang-batang pisang yang dibuat kubu di sepanjang pantai itu dan tidak dapat

kembali ke dalam air. Orang-orang Singapura pun datang beramai-ramai menekan dan

membunuh ikan-ikan todak yang sudah menyerang mereka sebelum ini. Bangkai-

bangkai ikan todak bertimbun-timbun di sepanjang pantai itu.Tidak lama kemudian,

serangan ikan-ikan todak itu dapat diatasi.

Paduka Seri Maharaja berasa amat besar hati. Dia memandang kepada budak lelaki itu

lalu bertanya, “Siapakah nama kamu, wahai budak?”

“Patik, Hang Nadim, Tuanku!” jawab Hang Nadim.

Paduka Seri Maharaja memuji-muji kepandaian Hang Nadim yang dapat menghentikan

serangan ikan-ikan todak itu. Kemudian, baginda menitahkan seorang pembesarnya

membawa Hang Nadim menghadap baginda di istana.

“Beta amat terhutang budi atas jasa kamu, Nadim.Kalau tidak kerana kepandaian kamu

sudah tentu malapetaka akibat serangan ikan-ikan todak ini masih juga berlaku,” titah

baginda.

Page 10: tugasan usm majapahit vs singapura

Tidak berapa lama sesudah peristiwa di pantai, Hang Nadim dibawa menghadap

Paduka Seri Maharaja di istana. Dalam upacara yang penuh kebesaran, Paduka Seri

Maharaja bertitah, “ Bagi pihak negeri Singapura dan rakyat jelata, beta mengucapkan

terima kasih kepada kamu, Hang Nadim. Sebagai menghargai jasa kamu menghentikan

serang ikan-ikan todak itu, beta mahu memberi kurnia kepada kamu sekeluarga.”

Selepas menerima kurnia raja itu, Hang Nadim lalu bermohon diri untuk pulang.

Kegembiraan yang Hang Nadim kecapi itu tidak lama.Kepandaiannya itu dicemburui

oleh sebilang besar para pembesar negeri.Mereka lalu bersidang. Tujuan mereka

bersidang itu adalah untuk membincangkan tentang tindakan yang akan mereka ambil

atas Hang Nadim yang dipuji-puji Paduka Seri Maharaja. Mereka juga berasa iri hati

atas Hang Nadim yang kini, menurut para pembesar itu, mengancam kedudukan

mereka di sisi Paduka Seri Maharaja.

“Sedangkan dia masih kecil lagi sudah begitu pandai menyelesaikan masalah

besar.Takut-takut, apabila di besar nanti, dia akan menggantikan tugas-tugas kita pula!”

kata salah seorang pembesar negeri.

“Betul kata Datuk itu!” sokong pembesar-pembesar yang lain.

“Hamba ada satu akal.Sebelum apa-apa berlaku, lebih baik kita minta budak Nadim itu

dibunuh!”

Semua pembesar yang lain bersetuju dengan pendapat pembesar itu. Mereka

sememangnya berasa bimbang akan kepandaian Hang Nadim itu akan membuat

mereka hilang kuasa dan tidak disukai baginda lagi.

Maka para pembesar Singapura yang dengki itu pun bersepakat untuk melenyapkan

Hang Nadim.Mereka beramai-ramai pergi menghadap Paduka Seri Mahara lalu

menyembah dan mengusulkan agar baginda membunuh sahaja Hang Nadim.

“Sedangkan masih kecil, pacal itu sudah begitu cerdik akalnya.Bagaimana pula nanti

kalau dia sudah besar.Patik semua bimbang pacal Nadim akan menentang kekuasaan

tuanku kelak!”

Page 11: tugasan usm majapahit vs singapura

Paduka Seri Maharaja yang tidak mahu berfikir panjang terus bersetuju dengan

pandangan dan apa-apa yang para pembesarnya sembahkan kepada baginda.

“Benar juga akan kata-kata datuk semua.Tapi, apakah yang boleh beta lakukan?”

“Mudah sahaja, tuanku.Kita bunuh sahaja pacal Nadim itu,” salah seorang pembesar itu

mengemukan pandangannya. Pembesar-pembesar yang lain bersetuju dengan

pandangan pembesar itu.

“Baiklah!Laksanakan segera kerja itu!” titah Paduka Seri Maharaja.

Tidak lama kemudian, Hang Nadim telah diseret dari rumahnya.Tangannya diikat dan

dia dibawa pergi ke tempat yang tiada sesiapa yang tahu melainkan pembesar-

pembesar yang dengki itu.

“Apakah salah hamba?Apakah dosa hamba? Emak, bapak, tolong Nadim!” tangis anak

yang malang itu.

Petanda yang menjalankan hukuman raja itu telah mengikat Hang Nadim dengan

seutas rantai besi.Dia dibawa naik perahu besar.Sampai di perairan Pulau Hantu, rantai

yang mengikat Hang Nadim itu ditambat ke sebongkah batu besar. Tanpa berasa belas

atau menghiraukan tangisan Hang Nadim, petanda dan pembantu-pembantunya,

menghumbankan Hang Nadim yang dirantai ke sebongkah batu besar itu masuk ke laut

dalam.

“Apakah salah hamba?Apakah dosa hamba? Emak, bapak, tolong Nadim!” tangis anak

yang malang itu, berulang-ulang kali.

Sesudah itu, mereka pulang semula ke Singapura.

Menurut cerita para nelayan yang mengail atau menjalan di perairan Pulau Hantu

tempat Hang Nadim dihumban ke laut, mereka ada terdengar suara tangisan budak dan

bunyi rantai besi hingga hari ini.

Istana di Bukit Larangan itu telah menyaksikan beberapa peristiwa sedih.

***************

Page 12: tugasan usm majapahit vs singapura

Sang Rajuna Tapa Penghulu Bendahari kerajaan Singapura yang diperintah Raja

Iskandar Syah.Kekayaan negeri, harta dan wang kerajaan dia yang mengurusnya.

“Ampun, Tuanku. Adakah tuanku tahu bahawa Sang Rajuna Tapa, Penghulu Bendahari

ada seorang anak gadis yang cantik jelita?” sembah salah seorang menterinya.

“Beta tidak tahu,” tegas raja.“ Ada apa dengan anak gadisnya itu?”

“Menurut pendapat patik, gadis secantik itu molek Tuanku ambil kerana dia memang

sepadan dengan tuanku,” ujar menteri itu.

Raja iskandar Syah termakan dengan kata-kata menterinya itu.Akhirnya, baginda

menitahkan Sang Rajuna Tapa supaya membawa anak gadisnya menghadap baginda.

Sewaktu kedua-dua anak-beranak datang menghadap baginda, Raja Iskandar Syah

telah jatuh berahi akan kecantikan anak gadis Sang Rajuna Tapa. Tanpa teragak-agak,

baginda memerintahkan agar anak gadisnya itu ditinggalkan di dalam istana baginda

untuk dijadikan sebagai salah seorang perempuan baginda.

Perintah Raja Iskandar Syah yang mengejut itu membuat Sang Rajuna Tapa tidak

dapat melakukan apa-apa untuk membantah titah baginda itu.Sang Rajuna Tapa

terpaksa pulang ke rumah dengan hati yang berat kerana anak gadisnya terpaksa

ditinggalkan di istana menurut perintah Raja iskandar.Anak gadinsya pula berasa sedih

kerana terpaksa melihat ayahnya pulang tanpa membawanya bersam-sama.

Diceritakan bahawa anak gadis Sang Rajuna Tapa tidak berasa bahagia hidup dalam

istana di Bukit Larangan itu.Dia memendam perasaan duka sepanjang waktu.

Pada suatu ketika, Raja Iskandar Syah menjatuhi atas anak perempuan Sang Rajuna

Tapa yang baginda simpan hukuman bunuh. Anak perempuan Bendahari itu akan

disula dengan segera.

Berita itu memeranjatkan Sang Rajuna Tapa dan isterinya.Mereka berdua segera

menghadap Raja Iskandar lalu memohon disiasat terlebih dahulu fitnah terhadap anak

Page 13: tugasan usm majapahit vs singapura

gadis mereka itu sebelum dijatuhkan hukuman agar anak gadis mereka terselamat

daripada hukuman bunuh itu.

“Ampun tuanku, kalaulah benar anak patik itu bersalah, patik rela dengan hukuman itu,

tetapi, jika sebaliknya, ….”

Namun, kata-kata itu tidak meredakan kemurkaan Raja Iskandar.

“Sudahlah, jangan cuba hendak membela orang yang salah.Keputusan beta tak boleh

diubah-ubah lagi.Hukuman sula akan dijalankan pada pagi besok!”

“Patik merayu, tuanku, kalau anak patik itu hendak dihukum juga, hukumlah patik

sebagai gantinya!”

Apabila sampai masanya, hukuman sula itu pun dijalankan.Sang Rajuna Tapa

menahan kesabaran.Anak gadis Sang Rajuna Tapa diikat di sebuah kawasan terbuka

dengan sebuah pasar. Ramai penduduk kota Singapura keluar dan datang

menyaksikan peristiwa hukuman dula itu dijalankan.

Hukuman yang dijatuhkan Raja Iskandar Syah itu amat mendukakan hati Sang Rajuna

Tapa.Dia berasa malu kerana anak gadisnya itu disula di hadapan khalayak ramai.

“Anak perempuanku telah difitnah orang, dikatakan perempuan jahat.Dia telah dibunuh

oleh Raja.Anak itu anak kesayangan aku sekeluarga.Mengapa tidak disiasat terlebih

dahulu? Mengapa dia tidak dibicarakan sebelum dijatuhi hukuman?” tanya Sang Rajuna

Tapa kepada dirinya.

“Apa yang hendak dikatakan lagi, anak perempuan kita sudah mati dibunuh Raja akibat

fitnah,” tangis isterinya.

“Kanda berasa sungguh malu dengan perbuatan raja terhadap anak perempuan kita

itu.Baginda bertindak dengan tidak usul periksa dahulu!” sahut Sang Rajuna Tapa

dengan hiba.

“Anak kita dibunuh di khalayak ramai!”

Page 14: tugasan usm majapahit vs singapura

Sang Rajuna Tapa semakin marah.Marahnya meluap-luap.Oleh sebab berasa terlalu

sakit hati dengan penghinaan atas hukuman anak gadinya itu, Sang Rajuna Tapa telah

membuat keputusan untuk menderhakan kepada Raja Iskandar. Dia akan membalas

dendam tindakan Raja yang membunuh anaknya yang tidak berdosa itu.

“Mengapakah anakku itu dibunuh?Mengapakah baginda mempercayai fitnah

orang?Sang Rajuna Tapa mengulangi kata-katanya itu dalam hati.

“Tindakan baginda tidak dapat aku maafkan.Pangkat aku tidak bereti lagi.Baginda tidak

mengendahkan aku lagi,” betik hati Sang Rajuna Tapa.

Semenjak kematian anaknya yang disula di pasar, Sang Rajuna Tapa telah membuat

keputusan. Dia akan belot kepada Raja Iskandar. Pada ketika itu juga, Singapura

dimusuhi kerajaan Majapahit.Kerajaan Majapahit sentiasa mencari jalan untuk

melanggar Singapura tetapi tidak berjasil kerana tiada sesiapa dalam kalangan orang-

orang Singapura yang mahu memberikan kerjasama kepada mereka.

“Sekarang, inilah peluang bagi aku balas dendam atas kematian anakku itu,” hati Sang

Rajuna Tapa berdetik kencang.Dia berasa sungguh geram memikirkan keaiban yang

telah Raja Iskandar jatuhkan kepada dia sekeluarga.

Sang Rajuna Tapa lalu mengutus surat kepada Betara Majapahit tanpa pengetahuan

sesiapa. Dalam suratnya, Penghulu Bendahari Singapura itu berjanji akan membuka

pintu kota bagi memudahkan bala tentera Majapahit masuk dan menawan Singapura.

Tawaran Sang Rajuna Tapa itu disambut baik oleh Betara Majapahit. Tidak lama

setelah mendapat surat itu, Betara Majapahit pun mengarahkan bala tenteranya yang

ramai itu belayar ke Singapura dalam perahu dan jong ke Singapura.

Pada hari yang ditetapkan, angkatan tentera Majapahit pun datang lalu menyerang

Singapura.Berita Singapura diserang oleh Majapahit memaranjatkan Raja Iskandar.

“Apa, Majapahit menyerang kita?Perintahkan orang-orang kita menentang tentera

Majapahit itu!” titah Raja Iskandar Syah.

Page 15: tugasan usm majapahit vs singapura

Maka keluarlah semua hulubalang lengkap bersenjata menuju ke laut.Petempuran yang

hebat pun berlaku.Kedua-dua belah pihak sama-sama handal dan sama-sama

kuat.Tidak ada pihak yang mengalah.Namun begitu, ramai hulubalang daripada kedua-

dua belah pihak yang gugur.

Setelah berperang beberapa hari lamanya, tentera Majapahit berundur ke kapal mereka

dan tentera Singapura bertahan di dalam kota.

Sang Rajuna Tapa telah berjanji dengan ketua hulubalang tentera Majapahit yang dia

akan memberi isyarat dari darat apabila pintu kota itu akan dibukanya.

Apabila mendapat khabar mengenai kemunduran sementara tentera Majapahit itu, Raja

Iskandar Syah lalu menitahkan Sang Rajuna Tapa supaya datang menghadap baginda.

“Keluarkan beras dari perbendaharaan kita dan agih-agihkan kepada rakyat jelata

supaya mereka dapat menggunakannya sewaktu berperang kelak,” titah Raja iskandar

Syah.

Sang Rajuna Tapa, sejak mula lagi, telah membuat keputusan untuk berbohong kepada

Raja iskandar Syah dengan menyemahkan bahawa semua makanan telah kehabisan

sewaktu dia pergi menghadap baginda.

“Ampun, Tuanku. Sebenarnya, bekalan beras kita dan makanan-makanan yang lain

semuanya sudah habis,” sembah Sang Rajuna Tapa dengan wajah yang berpura-pura

sedih. Disembahkan oleh Sang rajuna Tapa sedemikian kepada Raja Iskandar Syah

dengan harapan pertahanan askar-askar Singapura akan menjadi lemah.

Sembah Sang Rajuna Tapa itu membuat Raja Iskandar Syah menjadi cemas. Baginda

menitahkan pembesar-pembesar baginda yang lain bersidang dan menrundingkan

ikhtair untuk mengatasi masalah yang dihadapi negerinya itu.

Sewaktu askar-askar Singapura yang keletihan dan lapar itu sedang membuat

persiapan untuk menghadapi serangan tentera Majapahit, Sang Rajuna Tapa telah

membuka pintu kota dan membenarkan tentera Majapahit menyerbu masuk. Pada saat-

saat genting sebegitu, oleh sebab tidak ada masa lagi untuk mencari makanan lebih,

Page 16: tugasan usm majapahit vs singapura

pertahanan askar-askar Singapura menjadi lemah. Ramailah askar-askar Singapura

yang lemah juga berada di dalam kota. Oleh itu, dengan mudah mereka kecundang

dalam tangan dan serangan tentera Majapahit.

Raja Iskandar dan pengikut-pengikutnya yang setia telah berjaya melepasakn diri

meninggalkan Istana Bukit Larangan dengan senyap-senyap.

Demikianlah terjadinya kejatuhan Singapura dalam tangan tentera Majapahit.

Diriwayatkan bahawa rumah Sang Rajuna Tapa telah runtuh dan kedua-dua Sang

Rajuna Tapa dan isterinya telah bertukar menjadi batu.Istana Bukit Larangan dibiarkan

sahaja setelah tentera Majapahit meninggalkan Singapura. Perihal kejatuhan kerajaan

Singapura selalu menjadi bahan perb