assightment majapahit

21
JABATAN SEJARAH FAKULTI SASTERA DAN SAINS SOSIAL UNIVERSITI MALAYA SESI 2007/2008 TAJUK : BINCANGKAN SISTEM PENTADBIRAN KERAJAAN MAJAPAHIT NAMA : AHMAD IZZUDDIN BIN JEFARI NO MATRIK : AEU140002 NAMA PENSYARAH : KELAS : 12:00 - 1:00 ( ISNIN )

Upload: izzuddin-jefary

Post on 19-Nov-2015

237 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

sejarah asia tenggara

TRANSCRIPT

JABATAN SEJARAH

FAKULTI SASTERA DAN SAINS SOSIAL

UNIVERSITI MALAYA

SESI 2007/2008

TAJUK : BINCANGKAN SISTEM PENTADBIRAN KERAJAAN MAJAPAHITNAMA : AHMAD IZZUDDIN BIN JEFARI

NO MATRIK : AEU140002

NAMA PENSYARAH :

KELAS : 12:00 - 1:00 ( ISNIN )

PENGENALAN

Majapahit merupakan sebuah kerajaan awal yang terbina bermula sekitar tahun 1293 hingga 1500 Masihi dan berpusat di Pulau Jawa bahagian timur. Majapahit diasaskan oleh Raden Wijaya setelah berjaya menewaskan Raja Jayakatwang dari Kediri pada tahun 1293 Masihi. Majapahit merupakan kerajaan Hindu-Buddha yang terakhir dan masyur di Nusantara. Didahului kerajaan Sriwijaya yang beribukotakan Palembang di Pulau Sumatra. Pendiri Majapahit, Kertarajasa, anak menantu penguasa Singhasari, juga berpangkalan di Jawa. Sesudah Singhasari mengusir Sriwijaya dari Jawa secara keseluruhan pada tahun 1290 Masihi, kekuasaan Singhasari yang naik menjadi perhatian Kubilai Khan di China dan dia mengirim duta yang menuntut ufti

Kertanagara, pengasas kerajaan Singahasari, menolak untuk membayar ufti dan Khan memberangkatkan ekspedisi menghukum yang tiba di pantai jawa tahun 1293. Ketika itu, seorang pemberontak dari Kediri, Jayakatwang, sudah membunuh Kertanagara. Pendiri Majapahit bersekutu dengan orang Mongolia melawan Jayakatwang dan sekali Kerajaan Singahasari binasa, membalik dan memaksa sekutu Mongolnya untuk menarik kembali secara kelam kabut. Gajah Mada, seorang patih dan bupati Majapahit dari tahun 1331 hingga 1364 Masihi, memperluas kekuasaan ke pulau sekitarnya. Beberapa tahun sesudah kematian Gajah Mada, angkatan laut Majapahit menduduki Palembang, menaklukan daerah terakhir kerajaan Sriwijaya. Walaupun penguasa Majapahit melebarkan kekuasaan mereka di tanah sberang di seluruh Nusantara dan membinasakan kerajaan-kerajaan tetangga, fokus mereka kelihatannya hanya untuk menguasai dan memonopoli perdangangan komersial antara pulau.

Pemerintahan Majapahit dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu tahap permulaan (1293 - 1350 Masihi), tahap Agung (1351 - 1389 Masihi) dan tahap kemerosotan (1390 - 1520 Masihi). Pada peringkat permulaan khususnya semasa pemerintahan Raden Wijaya dan Jayanegara, keadaan politik tidak stabil kerana banyak pemberontakan dan Majapahit sampai ketahap keagungannya pada zaman pemerintahan Hayam Wuruk yang membawa kepada zaman keemasan kerajaan Majapahit. Ketika Majapahit didirikan, pedagang Muslim dan para penyebar agama mula memasuki Nusantara. Ssudah mencapai kemuncaknya pada abad ke-14 ketika pemerintahan Hayam Wuruk dan pati Gajah Mada, sistem pentadbiran Majapahit mula beransur-ansur lemah dengan meletusnya pelbagai permasalahan dalm negeri. Kehancuran Majapahit diperkirakan terjadi sekitar tahun 1500 an meskipun di Jawa ada sebuah Khronogram atau candrasengkala yang berbunyi sirna hilang kretaning bumi. Sengkala ini konon adalah tahun berakhirnya pemerintahan Majapahit dan dibaca sebagai 0041 bersamaan 1400 saka = 1478 Masihi. Arti daripada sengakala ini ialah Sirna hilanglah kemakmuran bumi(Majapahit).

SISTEM PENTADBIRAN KERAJAAN MAJAPAHITRAJA-RAJA MAJAPAHIT.

RADEN WIJAYA(1293-1309M)

Raden Wijaya yang sedang mengejar tentera Kediri ke Utara terpaksa melarikan diri setelah tahu Singahasari jatuh, sedangkan Arddharaja berbalik memihak kepada Kadiri. Dengan bantuan Lurah Desa Kudadu, Raden Wijaya dapat menyeberang ke Madura. Di Madura Raden Wijaya mencari perlindungan dan bantuan dari Wiraraja di Sungeneb. Atas saranan dan jaminan WIraraja, Raden Wijaya menghambakan dirinya kepada Jayakatwang di Kadiri dan dianugerahi tanah di Desa Tarik. Dengan bantuan orang-orang Madura desa yang subur itu dibuka dengan gelaran Majapahit. Raden Wijaya merupakan raja pertama dalam kerajaan Majapahit. Raja pertama ini diberi gelaran Krtarajasa Jayawardhana. Raden memiliki empat orang isteri iaitu isteri yang paling tua bernama Tribhunawana/Dara Petak. Manakala, isteri yang paling muda bernama Gayatri/Rajapatni. Raden Wijaya memerintah Majapahit dengan tegas dan bijaksana, serta struktur pemerintahan mirip Singahasari. Raja dianggap sebagai jelmaan dewa tertinggi, memegang otoritas politik tertinggi dan menduduki puncak hierarki kerajaan. Dalam susunan birokrasi Majapahit, semakin dekat hubungan seseorang dengan raja maka akan semakin tinggi kedudukannya dalam birokrasi kerajaan. Raden Wijaya dibantu Rakryan Rangga( Pembantu Panglima) dan Rakryan Temenggung( Panglima Kerajaan). Raden Wijaya wafat pada tahun 1309 Masihi dan meninggalkan dua orang anak perempuan dari Gayatri iaitu Bhre Kahuripan dan Bhre Daha serta seorang anak lelaki dari Dara Petak iaitu Kalaganet/ Jayanegara. Raden Wijaya dicandikan di Candi Siwa di Simping iaitu Candi Sumberjati dan di candi Buddha di Antah di dalam kota Majapahit.

KALAGEMET/JAYANEGARA(1309-1328M)

Jayanegara dianggap dalam sebuah prasasti sebagai titisan wisnu dengan lencana negara Minadwaya(dua ekor ikan). Ketika zaman pemerintahan beliau, Jayanegara banyak menghadapi pemberontakan. Diantaranya, pada tahun 1298-1311 Masihi, berlaku pemberontakan oleh Sora. Tahun 1316, Nambi yang merupakan mantan patih Raden Wijaya memberontak di daerah Lumajang, namun berjaya dipadamkan. Tahun 1319 Masihi, pemberontakanyang dipimpin Kuti memaksa Jayanegara untuk keluar dari istana. Selama dalam perlarian, Jayanegaraditemani pengawalnya iaitu Gajah Mada. Gajah Mada memiliki taktik dengan menyebarkan khabar angin bahawa Raja Jayanegara telah meninggal. Pemberitaan ini telah menyebabkan rakyat tidak menyukai Kuti, hingga akhirnya Kuti keluar dari istana dan takhta Majapahit kembali ke tangan Raja Jayanegara.

TRIBHUWANANOTTUNGGADEWI JAYAWISNUWARDHANI(1328-1360M)Tribhuwananottunggadewi Jayawisnuwardhani merupakan gadis bernama Sri Gitarja, dan ia adalah puteri Raden Wijaya dengan Gayatri. Pada tahun 1331 Masihi, Gajah Mada diangkat sebagai Mahapatih(Perdana Menteri) menggantikan Mpu Naga atas jasanya memadamkan pemberontakan Sadeng di daerah Besuki. Pada masa kekuasaan Tribhuwana ini, Gajah Mada melafazkan Sumpah Palapa/Sumpah Nusantara, dimana ia tidak akan makan makanan yang enak(rempah-rempah dan garam) sebelum berjaya menakluki wilayah-wilayah kepulauan Nusantara dibawah Majapahit. Kekuasaan Majapahit semakin meluas dan ufti-ufti dikumpulkan dari kerajaan-kerajaan lain di Nusantara diantaranya adalah Makasar,Gowa,Sumbawa,Ende,Timor,Ternate,Sulu,Seram, bahkan diperkatakan pernah meluaskan pengaruhnya di Selatan Filipina dan Brunei. Pada tahun 1350, Tribhuwana turun takhta dan digantikan oleh puteranya, Hayam Wuruk.

HAYAM WURUK(1350-1389M)

Hayam Wuruk atau Rajasanagara, juga digelar sebagai raja terbesar Majapahit atas dasar pada masa pemerintahannya, beliau mencapai keluasan wilayah. Mahapatih Gajah Mada memiliki peranan penting dalam pemerintahan Hayam Wuruk. Hayam Wuruk merupakan putera Tribhuwana, Hayam Wuruk menaiki takhta ketika berumur 16 tahun. Ia berkahwin dengan Padukan Sori(Parameswari). Dibawah kekuasaan Hayam Wuruk, Majapahit menakluk kerajaan Pasai dan Aru. Tahun 1351, Hayam Wuruk hendak menikahi puteri Raja Pajajaran, Diah Pitaloka Citrasemi. Pajajaran setuju asalkan bukan maksud Majapahit untuk menakluk Pajajaran, Ketika dalam perjalanan menuju upacara pernikahan, Gajah Mada telah mendesak Pajajaran untuk menyerahkan puteri sebagai ufti dan tunduk kepada Majapahit. Pajajaran menolak, akhirnya berlaku pertempuran yang dikenali sebagai Perang Bubat. Dalam peristiwa ini,rombongan Pajajaran dan puteri tewas dan dalam beberapa tahun Pajajaran menjadi wilayah Majapahit. Dalam kesusasteraan Nagarakrtagama (pupuh 73:2), terdapat satu dewan yang membantu pemerintahan Hayam Wuruk iaitu yang disebut sebagai Pahom Narendra yang terdiri daripada sembilan orang, sedangkan dalam Kidung Sundayana disebut sebagai Sapta Raja. Berikut ialah ahli anggota dewan Panom Narendra :

Raja Hayam Wuruk;

2. Kertawardhana (Ayah Sang Raja);

3. Tribhuwana Tunggadewi (Ibu Suri);

4. Rajadewi Maharajasa (Bibi Sang Raja);

5. Wijayarajasa (Paman Sang Raja);

6. Rajasaduhiteswari (Adik Sang Raja);

7. Rajasaduhitendudewi (Adik Sepupu Sang Raja);

8. Singawardhana (Suami Rajasaduhiteswari);

9. Rajasawardhana (R. Larang, Suami Rajasaduhitendudewi).Ketika zaman pemerintahan Hayam Wuruk, Sumpah Palapa yang dilafazkan oleh Gajah Mada terlaksana apabila seluruh kepulauan Indonesia dan Malaka turut mengibarkan panji-panji kerajaan Majapahit. Wilayah-wilayah ketika itu dibahagikan kepada dua iaitu yang ditadbir oleh Bhatara Prabhu dan Bhre Wajke (Pakcik Hayam Wuruk). Tahun 1389, Hayam Wuruk wafat dan meninggalkan dua orang anak iaitu Kusumawardhani dan Wirabhumi yang merupakan anak dari gundiknya. Namun yang menggantikan Hayam Wuruk adalah menantunya, Wikramawardhana.

RAJA-RAJA MAJAPAHIT YANG SETERUSNYA.

Wkiramawardhana (1389 - 1429 Masihi)

Suhita (1428 - 1447 Masihi)

Girishawardhana (1456-1566 Masihi)

Girindrawardhana (1474 - 1519 Masihi)

PERLUASAN WILAYAH

Pada April 1293, Kerajaan Majapahit menjadi sebuah kerajaan baru. Kerajaan Majapahit hanya meliputi kawasan kerajaan Singahasari lama iaitu sebahagian dari wilayah Jawa Timur. Pada akhir abad ke-13, kerajaan Majapahit meliputi daerah Kadiri, Singahasari, Janggala(Surabaya) dan Madura. Menurut prasasti Lamongan, selepas penaklukan Blambangan pada 1316 oleh Raja Jayanagara, kerajaan Majapahit mengawal seluruh Jawa Timur dan Madura. Selepas mengawal Jawa Timur, kerajaan Majapahit mula meluaskan wilayah ke pulau-pulau Jawa. Ekspidisi ketenteraan yang pertama di bawah arahan Patih Gajah Mada telah dihantar ke Bali pada 1343. Dharmasraya di Sumatra Selatan, yang dikenal pasti sebgai Suwarnahbhumi atau Sriwijaya telah menjadi suatu kebergantungan Jawa pada sejak 1286 dan masih dikawal oleh Majapahit seperti yang direkodkan dalam sejarah Cina pada 1377. Penaklukan wilayah ke atas Sriwijaya, Majapahit mengawal kawasan Sumatra dan Tanah Melayu. Dikatakan memiliki 12 wilayah jajahan yang terdiri daripada Pulau Jawa dan Tanah Melayu iaitu Pahang, Terengganu, Langkasuka, Kelantan, Woloan, Cherating, Paka, Tembeling, Ghari, Palembang Muara Kempe, Lamuri. Wilayah-wilayah ini dipecahkan kepada unit-unit kecil yang dikenali sebgai Kabupaten. Setiap wilayah ini memiliki sistem perundangan mereka tersendiri iaitu Undang-undang Hindu Buddha dan undang-undang Manu.

HUBUNGAN DIPLOMATIK

Hubungan antara China dan Majapahit bermula kira-kira tahun 1290 semasa pemerintahan Raja Kertanagara di Singahasari. Pada awal 1293, hubungan antara china tergantung disebabkan China menyerang Jawa pada tahun 1293 sebagai membalas tindakan Kartanegara menghina perwakilannya, Meng-chi. Semasa pemerintahan Raja Jayanagara pada 1325, hubungan antara China diperbaiki semula, sejak sejarah dinasti Yuan yang disebut bahawa kedutaan Jawa untuk Cina diketuai oleh Sang Adityawarman. Hubungan antara China dan Majapahit bertambah baik, Maharaja Tai-tsu, pengasas dinasti ming dalam 1368, yang telah mengutus seorang utusan ke Majapahit dalam 1370 dengan membawa surat titah, memberitahu bahawa Dinasti ming merupakan dinasti baru yang memerintah China. Selain China, Majapahit juga menjalankan hubangan diplomatik dengan Sri Lanka, Siam, Vietnam dan Myanmmar. Majapahit telah menghantar utusan ke China pada tahun 1325, 1332, dan 1465. China pula telah menghantar utusan ke Majapahit pada tahun 1370, 1372, 1403, dan 1405.

SISTEM KASTA

Sistem Kasta pada Kerajaan Majapahit mengikut Nagarakrtagama, terdapat 4 jenis kasta yang diamalkan iaitu, Brahmin, Kastriya, Waisya dan Sundra. Selain itu, terdapat juga golongan yang tidak dimasukkan dalam sistem kasta, seperti golongan yang dikenali sebagai Candela, Mleocha dan Tuocha. Tedapat kelas yang tidak boleh disentuh dan ia lebih teruk daripada golongan hamba. Kelas ini bekerja berkait rapat menguruskan hal kematian dan kebersihan kekotoran. Golongan yang berkasta dikehendaki hidup mengikut undang-undang Manu dan sesiapayang melanggar undang-undang ini akan disingkirkan daripada kastanya.

Agama Majapahit

Tiga agama besar di Majapahit iaitu ada dua Saivism dan Bharmanism. Agama Buddha di Majapahit tidak bergitu dominan. Menurut Nagarakretagama song LXXXI ada merekodkan yang Dyah Hayam Wuruk Sri Rajasanagara berusaha untuk menyatukan ketiga-tiga agama yang terdapat dinegaranya yang digelar Tripaksa yang bermaksud 3 sayap. Selain itu, terdapat konsep twice-born yang bermaksud kelahiran semula. Pada asalnya hanya masyarakat kelas tiga tertinggi sahaja yang mempunyai atau dianugerahkan kelahiran semua ini iaitu Brahmana, Ksyatriya, dan Waisya. Manakala, Sudra pula hanya dikurniakan kelahiran sekali sahaja jika ada persetujuan dengan Manawardharmasastra. Selain itu, terdapat empat kumpulan sami di Majapahit iaitu Shiwaism, Buddhism, Brahmaism, dan Wisnuism. Di dalam kumpulan tersebut Wisnuism tidak termasuk dal tripaksa kerana jumlah pengikutnya yang sedikit. Shiwaism pula adalah yang terpenting kerana pengikutnya majoriti dalam kalangan penduduk Majapahit. Buddhism kedua agama terpenting. Pada abad ke 15, kedatangan agama Islam ke Majapahit. Pada tahun 1413 Masihi, Ma huan melawat Jawa ditemani Cheng Ho. Cheng Ho berkata pada masa itu Islam adalah agama utama warga asing dari Barat yang dipanggil Ta-shi merujuk kepada orang Arab manakala dari orang China pula dipanggil Chang-Chou dan Chuan-chou. Tetapi tiada penduduk temapatan yang memeluk agama Islam. Kebanyakkan mereka tinggal dibandar pelabuhan seperti Tuban, Gresik, Surabaya. Hanya selepas penemuan komuniti Jawa-Muslim di Ngampel(Surabaya) pada 1451, batulah rakyat tempatan Jawa ada peluang untuk mengenali agama Islam tetapi jumlahnya sangat sedikit. Pada abad ke 15, ada 5 agama di Majapahit iaitu Shiwaism, Buddhism, Brahmaism, Wisnuism dan Islam.

Perundangan Majapahit

Sistem perundangan Majapahit adalah bercorak kepada Hindu-Jawa yang turut dikenali sebagai Kuntaramanawa yang disesuakan daripada undang-undang Manu yang meliputi Astadusta yang bermaksud pembunuhan, Astacorah yang bermaksud kecurian dan Sahasa yang bermaksud keganasan, penipuan, perkhawinan dan sebgainya. Undang-undang di Majapahit disusun oleh Patih Gajah Mada (1331-1364) iaitu Perdana Menteri Kerajaan Majapahit. Beliau telah mengarang sebuah kitab yang berjudul Kutaramanawa yang telah menjadi buku rujukan perundangan Kerajaan Majapahit. Dalam kitab ini, ia menceritakan pemberian kepada pegawai-pegawai, yayasan agama, penyelenggaraan pasukan tentera, perlindungan pengusahaan, pemilikan tanah, pembayaran hasil-hasil diraja, penaksiran cukai dan sebagainya. Dalam bidang kehakiman, segala hukuman yang hendak dijatuhkan perlu rujuk kepada buku pedoman adat-istiadat tempatan. Buktinya, kewujudan sektor kehakiman ialah pengukiran di atas sekeping tembaga yang menunjukkan bagaimana hakim diperintah menguruskan kes awam. Perundangan Majapahit memiliki ketua kehakiman iaitu raja yang digelar Sang Amawabhumi dan dibantu dua hakim tinggi iaitu Dhamadhyaksa Ring Kesaivan dan Dhamadhyaksa Ring Kasogotan. Manakala, hakim tinggi dibantu oleh tujuh orang Upapati yang dikenali sebagai Sang Pamegat.

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, jelaslah bahawa kecekapan dan kemampuan pemimpin mentadbir kerajaan dan empayar Majapahit bergantung pada setiap Raja di Majapahit. Sistem pentadbiran yang tersusun telah berjaya mewujudkan suasana yang mana dan damai di Majapahit. Sokongan yang berterusan daripada rakyat juga mejadikan Kerajaan Majapahit kuat di kedudukannya. Pencapaian awal kerajaan Majapahit membuktikan kebolehannya dalam mengendalikan pelabuhan dan perdagangan. Ternyata keamanan, semangat kesetian dan kebijaksanaan pemimpin menjadikan Kerajaan Majapahit kuat. Kebijaksanaan pemimpinnya dalam menjalin hubungan dengan negara luar juga telah berjaya menarik kedatangan pedagang asing dan menjadikan Majapahit maju di rantau ini.

Sebelum kerajaan Majapahit mengalami zaman kemerosota, kerajaan ini merupakan sebuah emayar yang sangat dikagumi dan banyak negeri-negeri disekitarnya tunduk kepada Majapahit. Keadaan ini di tambah pula apabila Majapahit memiliki pemimpin yang berwibawa iaitu Patih Gajah Mada. Namun, apabila Patih Gajah Mada mati, kerajaan Majapahit mula mengalami kemerosotan dan kejatuhan. Hal ini kerana banyaknya berlaku perang saudara iaitu Perang Saudara Paregreg pada tahun 1405-1406, di antara Wirabhumi dan Wikramawardhana. Selain itu, kemunculan Melaka sebagai perlabuhan terkenal, alam sekitar, perkembangan agama Islam yang pesat dan kemunculan China sebagai kuasa baru juga telah menyebabkan kejatuhan Kerajaan Majapahit

RUJUKAN

1.D.G.E Hall, Sejarah Asia Tenggara, hlm 40.

2.Sivachandralingram Sundara Raja, Nota Lengkap STPM, Tamadun Dunia, hlm 159.

3. Abdul Rahman, Islam Dalam Asia Tenggara Tradisional,...hlm 694.http://fastnote.wordpress.com/kemunculan-majapahit, (diakses pada 17 November 2014)5.Abdul Rahman, Islam Dalam Asia Tenggara Tradisional,...hlm 69.

6.http://dongengarkeologi.wordpress.com/surya-majapahit/tata-pemerintahan/ (di akses pada 17 November 2014)

7.http://www.geocities.ws/cominglucky/majapahit.htm (di akses pada 29 November 2014)8.https://fastnote.wordpress.com/kemunculan-majapahit/ (di akses pada 29 November 2014) D.G.E Hall, Sejarah Asia Tenggara, hlm 40

Sivachandralingram Sundara Raja, Nota Lengkap STPM, Tamadun Dunia, hlm 159

Abdul Rahman, Islam Dalam Asia Tenggara Tradisional,...hlm 69

HYPERLINK "http://fastnote.wordpress.com/kemunculan-majapahit/," http://fastnote.wordpress.com/kemunculan-majapahit, diakses pada 17 November 2014.

Abdul Rahman, Islam Dalam Asia Tenggara Tradisional,...hlm 69

HYPERLINK "http://dongengarkeologi.wordpress.com/surya-majapahit/tata-pemerintahan/" http://dongengarkeologi.wordpress.com/surya-majapahit/tata-pemerintahan/ (17/11)

Brian Harrison, South East Asia, hlm112