tugasan sejarah

28
TUGASAN 1 – NO 1

Upload: amirulamir

Post on 11-Dec-2015

58 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

s

TRANSCRIPT

Page 1: TUGASAN Sejarah

TUGASAN 1 – NO 1

Page 2: TUGASAN Sejarah

KAJIAN KES NEGERI-NEGERI SELAT

1.0Pendahuluan

Pada tahun 1824 sebuah perjanjian telah di termeterai antara kuasa belanda dan juga

kuasa british, perjanjian tersebut di kenali sebagai perjanjian British Belanda

1824.Melalui perjanjian tersebut telah menyebabkan kuasa british lebih kehadapan

dalam memperluaskan pengaruhnya ke atas Tanah Melayu pada masa tersebut, ini

kerana dalam perjanjian telah dinyatakan bahawa kawasan ke utara Singapura adalah

berada di bawah pantauan dan kawalan pihak british.Melalui isi perjanjian tersebut juga

telah membuktikan bahawa british berhak melakukan apa sahaja keatas Tanah Melayu

ketika itu tanpa sebarang gangguan mana –mana kuasa barat. Dengan termeterainya

perjanjian tersebut telah membawa kepada penubuhan Negeri-Negeri selat yang

menandakan berakhirnya penguasaan perdagangangan masyarakat melayu pada

waktu tersebut. Penubuhan Negeri selat pada mulanya di katakan adalah untuk menjadi

pusat perkembangan semua kegiatan ekonomi, namun perkembangan yang maju telah

menyebabkan banyak kepentingan-kepentingan pihak british yang terdapat di setiap

negeri-negeri selat telah membawa kepada campur tangan pihak british ke atas negeri

–negeri melayu yang lain termasuk sabah dan juga Sarawak dan semua campur

tangan tersebut adalah bertujuan untuk menjaga kepentingan mereka di negeri-negeri

selat terutamanya dari segi kegiatan ekonomi dan perdanganggan mereka.

Kepentingan-kepentingan negeri-negeri selat yang telah membawa kepada campur

tangan pihak british sama ada melalui kegiatan ekonomi atau melalui campur tangan

politik ke atas sesebuah negeri-negeri melayu, adalah lebih baik untuk mengetahui latar

belakang negeri selat dan bagaimana kronologinya sehingga ketiga-ketiga negeri ini di

satukan sehingga menjadi sebuah kesatuan dan gabungan negeri yang digelar

sebagai Negeri-Negeri Selat.

Sepertimana yang dnyatakan Negeri-Negeri Selat merupakan gabungan negeri-negeri

yang terdiri daripada negeri Pulau Pinang ,Melaka dan juga Singapura, ketiga –tiga

pentadbiran dan pengurusan pada awalnya diletakkan di negeri Pulau Pinang dan

Page 3: TUGASAN Sejarah

serentak dengan kedudukan Pulau Pinang yang berkedudukan di kawasan Selat

Melaka telah menyebabkan ia di namakan dengan nama Negeri-negeri selat.

Page 4: TUGASAN Sejarah

2.0 PERNYATAAN MASALAH

Ketika Negeri-negeri Selat di bawah pentadbiran Kerajaan India, telah timbul beberapa

masalah dan rasa tidak puas hati di kalangan orang ramai terutama golongan saudagar

yang merupakan golongan terpenting. Mereka menuduh Kerajaan India tidak cuba

menyelesaikan masalah dan memenuhi keperluan mereka. Dengan lain perkataan,

Kerajaan India cuai menjalankan tugasnya. Kesukaran-kesukaran yang dihadapi oleh

Kerajaan India dan mungkin tidak dapat dielakkan kerana kedudukan India yang begitu

jauh daripada Negeri-negeri Selat. Keadaan ini menyebabkan satu-satu arahan penting

yang hendak disampaikan ke Negeri-negeri Selat mengambil masa yang lama untuk

diterima. Keadaan ini menjadi semakin serius apabila tidak ada pegawai-pegawai India

yang mengetahui benar-benar akan kedudukan Negeri-negeri Selat. Yang penting,

antara India dan Negeri-negeri Selat mempunyai perbezaan yang besar sama ada dari

segi politik mahupun dari segi sosial. Oleh itu, segala keputusan yang dibuat oleh

Kerajaan India sering-kali bertentangan dengan kehendak-kehendak atau tidak dapat

memenuhi keperluan masyarakat Negeri-negeri Selat.

Sikap cuai Kerajaan India jelas dilihat dalam usaha mereka membasmi lanun yang

dikatakan tidak bersungguh-sungguh. Kejadian rompakan berlaku berleluasa di Selat

Melaka dan perairan Singapura. Kegiatan lanun dilakukan oleh beberapa puak seperti

Ilkanon, Sikarna, Melayu, Dayak dan lain-lain. Kadang-kala, mereka tidak sahaja

merompak malah membakar kapal-kapal perdagangan serta membunuh anak-anak

kapal atau ditawan lalu dijadikan hamba abdi. Peristiwa rompakan oleh lanun sudah

pasti menjejaskan perdagangan Negeri-negeri Selat. Dalam tahun-tahun 1850, orang

Cina turut terlibat dalam peristiwa lanun.

Seperti masalah lanun, Kerjaan India juga dituduh tidak berjaya dalam usahanya

mengawal kegiatan kongsi gelap cina. Dalam hubungan dengan kongsi gelap cina,

Kerajaan India menggunakan sistem “indirect rule” iaitu memberi kebebasan kepada

kongsi gelap itu menjalankan kegiatan mereka. Oleh sebab kongsi gelap cina di Negeri-

negeri Selat ditubuhkan berdasarkan puak-puak, menyebabkan sering terjadi

pergaduhan antara mereka yang kemudiannya diikuti oleh peristiwa pembunuhan.

Keadaan ini semua memberi kesan buruk kepada saudagar.

Page 5: TUGASAN Sejarah

Bagi golongan saudagar Negeri-negeri Selat pula, usaha-usaha yang lebih giat

hendaklah dijalankan lebih-lebih lagi memandangkan hilangnya monopoli perdagangan

Inggeris di Negeri China pada tahun 1833. Dengan kehilangan monopoli perdagangan

itu sudah tentu tumpuan hendaklah dibuat ke Negeri-negeri Selat. Tetapi, jika kegiatan

lanun dan kongsi gelap tidak dapat dikawal, bermakna cita-cita hendak menjadikan

Negeri-negeri Selat sebagai pusat perdagangan Inggeris yang penting di bahagian

timur tidak akan tercapai.

Dasar pengurangan pegawai-pegawai untuk menjimatkan perbelanjaan pentadbiran

Negeri-negeri Selat menyebabkan kecekapan pentadbirannya merosot. Ini adalah

kerana Negeri-negeri Selat semakin maju tetapi bilangan pegawai tidak mencukupi

untuk menguruskan kerja tambahan. Selain itu, pegawai yang dihantar ke Negeri-negeri

Selat juga tidak terlatih dalam pentadbiran tempatan. Kebanyakan mereka adalah muda

dan tidak faham tentang bahasa dan adat resam orang tempatan. Oleh itu, mereka

menghadapi masalah untuk menjalankan tugas dengan cekap. Pegawai-pegawai ini

juga diberi gaji yang rendah dan kenaikan pangkat tidak terjamin. Jadi, mereka tidak

berminat dalam tugas mereka. Justeru itu, mereka mengamalkan rasuah.

Kerajaan India juga tidak mengambil tindakan tegas untuk mengekalkan keamanan di

Negeri-negeri Selat. Bilangan anggota polis tidak mencukupi untuk menjaga

ketenteraman, misalnya pada tahun 1831, hanya terdapat 18 orang polis untuk

menjaga penduduk seramai 16000 di Singapura. Sistem keadilan di Negeri-negeri Selat

juga tidak cekap kerana tidak ada hakim-hakim dan peguam-peguam yang terlatih dan

kekurangan mahkamah untuk membicarakan serta mengadili kes-kes jenayah dan

awam. Hanya terdapat seorang hakim di Negeri-negeri Selat pada tahun 1856. Ini

menyebabkan banyak kes tertangguh.

Kerajaan Negeri-negeri Selat tidak mempunyai majlis perundangan untuk memilih

wakil-wakil rakyat dalam menyuarakan pendapat rakyat tempatan berkenaan

pentadbiran Negeri-negeri Selat. Jadi, undang-undang digubal dan diluluskan di majlis

perundangan di Calcutta atau Parlimen oleh ahli-ahli dan pegawai-pegawai yang jahil

mengenai keadaan Negeri-negeri Selat. Undang-undang yang digubal tidak secocok

dengan keadaan di Negeri-negeri Selat kerana keadaan sosioekonomi di Negeri-negeri

Page 6: TUGASAN Sejarah

Selat jauh berbeza daripada India dan Britain. Malah, undang-undang ini digubal tanpa

menghiraukan pandangan pegawai-pegawai tempatan. Oleh itu, pedagang-pedagang

tidak puas hati dengan tindakan Kerajaan India dan menuntut supaya sebuah majlis

perundangan ditubuhkan dan diwakili oleh wakil tempatan.

Kerajaan India mengambil keputusan untuk menghantar banduan dari India ke Negeri-

negeri Selat, misalnya menjelang tahun 1857, seramai 4000 orang banduan telah

dihantar ke Negeri-negeri Selat. Tindakan ini dibantah keras oleh saudagar-saudagar

yang diketuai oleh W.H. Read. Mereka menganggap kehadiran banduan akan

menjejaskan imej Negeri-negeri Selat dan mengancam nyawa mereka. Besar

kemungkinan perdagangan Negeri-negeri Selat akan merosot kerana saudagar asing

akan merasa bimbang untuk melakukan aktiviti perdagangan. Selain itu, Negeri-negeri

Selat juga terpaksa membiayai perbelanjaan untuk menanggung banduan-banduan itu

dan seterusnya menambahkan beban kewangan dan sosial mereka.

Faktor ini adalah berkaitan dengan kepentingan golongan saudagar. Bagi pendapat

mereka, polisi tidak campur tangan di Negeri-negeri Melayu akan merugikan

perdagangan dan mengurangkan pengaruh British. Mereka inginkan Kerajaan India

untuk campur tangan dan menamatkan keadaan huru-hara di Negeri-negeri Melayu

yang semakin berleluasa. Mereka mengharapkan agar keamanan di Negeri-negeri

Melayu dapat dipulihkan untuk kemajuan perdagangan dan pelaburan. Namun,

Kerajaan India enggan berbuat demikian. Di sebaliknya, mereka mengamalkan dasar

pro-Siam di mana dasar ini telah merugikan kegiatan perdagangan saudagar British.

Pada tahun 1855, Akta Mata Wang telah diluluskan di mana akta ini menjadikan mata

wang rupee dan paisa sebagai mata wang yang sah di Negeri-negeri Selat bagi

menggantikan mata wang ringgit perak dan sen. Akibatnya, bantahan-bantahan telah

timbul disebabkan saudagar-saudagar telah biasa dengan penggunaan wang ringgit

dan juga disebabkan nilai wang rupee adalah tidak stabil berbanding dengan nilai wang

ringgit. Masalah ini menjadi kemuncak kemarahan dan rasa tidak puas hati golongan

saudagar terhadap pentadbiran India. Akhirnya, Kerajaan India terpaksa menarik balik

pelaksanaan mata wang rupee.

Page 7: TUGASAN Sejarah

Pada awal tahun 1830-an, Kerajaan India telah mengalami kemelesetan ekonomi.

Untuk mengatasinya, maka pada tahun 1833 telah dicadangkan untuk mengenakan

cukai pelabuhan. Kemudian dalam tahun 1856, ketetapan telah diambil oleh Kerajaan

Indiauntuk mengenakan cukai pelabuhan di Negeri-negeri Selat. Kutipan cukai tersebut

akan digunakan untuk membiayai pembinaan rumah-rumah api, pelampung-pelampung

dan beberapa pangkalan. Ketetapan ini dibantah keras oleh para saudagar kerana

mereka merasa kemakmuran yang dirasai dan keuntungan yang diperolehi adalah

bergantung kepada taraf pelabuhan bebasnya, terutama pelabuhan Singapura. Mereka

bimbang jika cukai pelabuhan dilaksanakan kemungkinan kapal-kapal asing akan

berkurangan. Jika keadaan ini berlaku, sudah pasti kedudukan ekonomi saudagar di

Negeri-negeri Selat akan terjejas.

Page 8: TUGASAN Sejarah

3.0 KAJIAN LITERATUR

kemasukan dan kedatangan pihak british ke tanah melayu pada awalnya tidak mahu

mengamalkan dasar campur tangan keatas negeri-negeri melayu, kerana berdasarkan

motif atau tujuan yang telah dinyatakan, kedatangan mereka ke alam melayu ini adalah

untuk mengaut keuntungan ekonomi sahaja berikutan perkembangan kegiatan sistem

ekonomi bebas yang berlaku di kawasan negara-negara barat, tambahan pula

perdaganggan pihak british di timur terutamanya perdaganggan dari China amat

menguntungan dari segi perdaganggan teh dan juga sutera di samping rempah ratus

yang dimiliki oleh negara-negara di nusantara seperti tanah melayu dan juga Indonesia.

Namun, walaupun kehadiran British pada mulanya tidak mengamalkan sebarang dasar

campur tangan di negeri-negeri melayu, tetapi sebenarnya dengan kehadiran mereka di

dalam negeri-negeri melayu yang telah di gabungkan ke dalam pentadbiran negeri-

negeri selat telah menyebabkan pengaruh british telah banyak memberikan pengaruh

dalam perkembangan sistem politik dibeberapa negeri melayu terutamanya negeri –

negeri melayu yang berdekatan di negeri-negeri selat.Antara negeri-negeri yang telah

menerima campur tangan secara awal daripada pihak british ialah

johor,kedah,perak,selangor,pahang dan juga negeri sembilan.

Kebanyakkan punca utama yang dapat menyebabkan kuasa british dapat mencampuri

urusan dan pentadbiran negeri-negeri melayu yang lain selain dari negeri-negeri selat

adalah berpunca daripada beberapa perkara seperti perang saudara yang berlaku

diperak,selangor,pahang yang timbul daripada perebutan tahkta.Kedua atas sebab

pergaduhan kongsi gelap yang berlaku antara dua puak pendatang cina yang pada

masa tersebut dua puak yang sangat berpengaruh iaitu antara puak ghee hin dan

puak hai san,pergelutan kuasa antara pembesar melayu dan juga melalui

perkembangan pengaruh serta aktiviti lanun telah membolehkan british labih mudah

menjadikan alasan oleh pihak british untuk mencampuri negeri-negeri melayu .Melalui

keadaan yang sangat tidak tenteram ini lah telah menyebabkan para perdagang

terutamanya yang berada di negeri-negeri selat telah cuba sedaya upaya mendesak

pihak penguasa british untuk mengamankan keadaan supaya perniagaan para

Page 9: TUGASAN Sejarah

perdagang tidak terganggu kesan daripada keadaan kacau bilau tersebut dan melalui

desakan yang di terima dari para pedagang negeri-negeri selat telah menyebabkan

british yang berada di negeri-negeri selat terpaksa akur terhadap desakan dan juga

permintaan para pedagang negeri-negeri selat .

Pada masa yang sama juga kekuatan pihak british di negeri –negeri selat semangkin

kukuh untuk menjalankan perluasan kuasa dan campur tangan ke atas negeri –negeri

di pantai barat, ini dapat di buktikan dengan kenyataan yang di keluarkan oleh Sir

Andrew Clarke kepada pihak british di london kepada sebelum termeterainya perjanjian

Pangkor.Dimana perjanjian Pangkor merupakan perjanjian yang menandakan campur

tangan british keatas tanah melayu secara rasmi.

...”Saya meminta Tuan menyelidik dengan seberapa teliti yang dapat akan hal keadaan

yang sebenarnya di dalam tiap-tiap negeri, dan melaporkan kepada saya sama ada,

pada fikiran tuan , sesuatu langkah dapat diambil oleh kerajaan tanah kerajaan bagi

mempercepatkan pemulihan keamanan dan ketenteraman serta mendapatkan

perlindungan kepada perniagaan dan perdagangan dengan kawasan anak negeri...”

Page 10: TUGASAN Sejarah

4.0OBJEKTIF KAJIAN

Kajian kes ini adalah untuk melihat apakah yang berlaku dengan penubuhan negeri-

negeri selat terhadap perubahan sosio politik tanah air, Secara dasarnya negeri-negeri

selat ini mempunyai kepentingan –kepentingan yang tertentu dan memberikan faedah

kepada pihak british, ini dapat di buktikan dengan merujuk kepada motif utama

pengambilan pulau pinang,singapura dan juga melaka iaitu untuk menguasai

perdaganggan di kawasan tanah melayu pada ketika itu.Antara kelebihan atau

kepentingan yang di miliki oleh negeri Pulau Pinang contohnya ialah sebagai tempat

persinggahan dan membaiki kapal –kapal yang dimiliki oleh pihak British yang melalui

kawasan laluan selat melaka.Seterusnya ialah dengan adanya pulau Pinang juga british

juga telah berjaya memberhentikan penggunaan pelabuhan pihak belanda kerana

sebelum ini pihak british terlalu bergantung kepada perlabuhan pihak Belanda di

Indonesia seperti di Maluku ,Ceribon dan juga Gerisik. Dan rata-rata nya semasa

pedagang British mengunakan perlabuhan ini, mereka telah dikenakan cukai yang

tinggi dan melalui tindakan pihak belanda ini memaksa british untuk lebih berusaha bagi

mendapatkan perlabuhan baru.Disamping itu pengambilan pulau ini juga

berkepentingan kepada pihak british, iaitu sebagai tapak untuk membekalkan bekalan

bahan mentah kepada british.

Page 11: TUGASAN Sejarah

5.0 ANALISA KAJIAN

Pada tahun 1946 iaitu dua tahun selepas termeterainya perjanjian Ingerís Belanda,

Negeri-Negeri melayu telah mula menerima pelbagai kesan terutamanya kepada

perkembangan sejarah tanah melayu. Penyebaranan pengaruh british sepenuhnya ke

atas semua negeri di tanah melayu termasuk sabah dan sarawak tanpa sebarang

gangguan kuasa luar merupakan antara kepentingan yang diperolehi oleh british dan

tidak cukup dengan itu juga aspek –aspek penting seperti aspek politik ,ekonomi dan

juga aspek sosial merupakan perkara utama mengapa mereka ingin terus menguasai

tanah melayu.

Kewujudan dan penubuhan Negeri-Negeri Selat merupakan perubahan yang di bawa

oleh penjajah british ini kerana demi menjaga kepentingan politik dan juga ekonomi

mereka di negeri-negeri melayu , pihak british telah menganggap negeri-negeri selat

sebagai pangkalan mereka dalam menjayakan misi mereka. Pada mulanya British telah

berjaya menguasai Pulau Pinang, Melaka dan di ikuti dengan Singapura kemudian

Pulau Pinang ditadbir oleh Leftenan Gabenor manakala singapura dan melaka di kawal

oleh residen namun pada tahun 1826 ketiga-tiga negeri ini diletakan di bawah kuasa

Gabebor Janeral yang bertugas di India. Semasa pengurusan Negeri-Negeri Selat

berada di bawah pantauan Britisah di India, Pentadbiran nya di ketuai oleh Gabenor

yang di bantu oleh Residen Konsular.Pusat kerajaan Negeri-Negeri Selat pada mulanya

diletakan di Pulau Pinang namun pada tahun 1832 peralihan berlaku atas beberapa

sebab, dan antara peralihan tersebut ialah perkembangan Singapura yang maju dari

segi perdaganggan telah menyebabkan pusat Negeri-Negeri Selat di pindahkan ke

Singapura dan kedudukan Pulau Pinang yang jauh ke utara juga antara penyebab

utama perubahan tersebut.Akhirnya pada tahun 1867, pentadbiran Negeri Selat yang

dahulunya terletak di India, telah di pindahkan ke London, berikutan kerana beberapa

faktor seperti Kedudukan Negeri selat jauh daripada india,

Page 12: TUGASAN Sejarah

Pengaruh lanun yang memerlukan pemantauan dan kawalan, desakan pedanggang

yang inginkan campur tangan pihak penjajah,penyelarasan perundangan dan

kehakiman ke atas negeri selat dan juga kerana timbulnya masalah sistem mata wang

di samping terdapat masalah petempatan tahanan dan banduan yang ditempatkan di

negeri selat telah memaksa British untuk memindahkan pusat pentadbiran British,

Pembukaan dan pengambilan Pulau Pinang oleh british pada 1786 dan juga singapura

di ikuti dengan melaka melalui Perjanjian Inggeris Belanda 1824 telah memberikan

kesan yang sangat penting terutamanya kepada negeri-negeri melayu yang berada di

persekitaran negeri Selat.Penubuhan negeri-negeri selat sesungguhnya mempunyai

kepentingan-kepentingan tertentu pihak british dalam menjaga pengaruh dan perluasan

kuasanya di negeri-negeri melayu.

Dalam aspek kemajuan perdagangan negeri selat dapat dikatakan ia amat bergantung

kepada hasil daripada negeri melayu yang berdekatan, sebaliknya kemajuan negeri

melayu pula ialah dengan adanya peranan yang dimainkan oleh negeri-negeri selat

yang menyediakan pelabuhan untuk memperdagangan hasil ekonomi tersebut.Pada

masa yang sama dengan adanya penubuhan negeri-negeri Selat ini dapat

menyebabkan segala potensi ekonomi negeri melayu terutamanya di pantai barat

dapat dieksploitasi dengan sebaik –sebaiknya, oleh itu pengaruh negeri selat keatas

perkembangan negeri-negeri melayu adalah sangat penting.

Pentadbiran British telah menyebabkan semua-negeri selat terutamanya singapura

telah berkembang menjadi salah sebuah pelabuhan yang maju dan mampu

membekalkan keuntungan yang tinggi kepada penjajah british dan dalam masa yang

singkat juga pelabuhan yang terdapat dinegeri selat ini telah mampu menguasai eksport

dan import negeri-negeri melayu khususnya negeri di pantai barat.Pada masa yang

sama juga telah berlaku penanaman modal oleh pelabur dan juga saudagar yang telah

menyebabkan perkembangan negeri selat berlaku dengan pantas dan lancar. Melalui

perkembangan dan juga kemajuan yang di capai oleh negeri-negeri selat telah

menyebabkan ia menjadikan negeri selat amat penting kepada pihak British dalam

Page 13: TUGASAN Sejarah

mempengaruhi urusan – urusan pentadbiran Negeri-Negeri Melayu yang lain

sehingga membawa kepada campur tangan pihak British melalui pelbagai aspek

terutamanya dari aspek politik,ekonomi dan juga sosial.Melalui kemajuan yang berlaku

di negeri selat juga telah berjaya menarik perhatian para perdagang dan juga pelabur

asing yang berkehendakkan keuntungan dan melalui perkembangan kegiatan ekonomi

lah telah menyebabkan para pelabur ini telah mendesak pihak british untuk mencampuri

dan menguasai negeri-negeri lain yang memberikan kepentingan –kepentingan

ekonomi kepada mereka terutamanya negeri-negeri di pantai barat.

Page 14: TUGASAN Sejarah

6.0 LAPORAN KAJIAN

Pada penghujung abad ke 19 di dapati bahawa dengan jelasnya banyak syarikat-

syarikat yang datangnya dari negeri-negeri selat telah terlibat kedalam kegiatan

ekonomi di negeri-negeri melayu .Dengan kemajuan dan perkembangan yang di capai

dalam kegiatan yang di usahakan oleh para pelabur yang datang melabur ke negeri

negeri melayu, telah menyebabkan mereka mendesak pihak british untuk mencampuri

pergolakan yang berlaku di negeri-negeri melayu yang mempunyai potensi ekonomi ini

bertujuan untuk menjaga kepentingan mereka dari segi kegiatan ekonomi, desakan

demi desakan telah di keluarkan oleh para pelabur dan perdagang di negeri selat

kepada pihak british untuk mengamankan keadaan yang berlaku akibat daripada

perebutan takhta,perang saudara dan juga pertelingkahan kongsi gelap yang berlaku

antara puak Ghee Hin dan juga Hai San.

Campurtangan yang berlaku di Kedah pada 1786, merupakan campurtangan paling

awal yang dilakukan oleh pihak british di negeri-negeri melayu secara tidak

rasmi.Walaubagaimanapun Pulau Pinang tidak memberikan sebarang kepentingan

ekonomi yang baik kepada pihak British tetapi, kependudukan mereka di kawasan

pulau pinang telah membolehkan pihak british untuk menguasai singapura pada tahun

1819 kemudian melaka pada tahun 1824.Penguasaan kuasa british keatas ketiga-tiga

kawasan ini telah menyebabkan kawasan ini telah bertukar dan muncul sebagai

pelabuhan di kawasan tanah melayu yang sangat penting.Keadaan ini berlaku kerana

selepas kedatangan dan pertapakan pihak british di tanah melayu terutamanya di

negeri-negeri selat telah menyebabkan banyak pola perdaganggan di tanah melayu

telah mengalami perubahan yang drastik .

Ini dapat dilihat selepas perjanjian Inggeris Belanda yang telah di meterai telah

menyebabkan perdaganggan tradisional di kepulauan Riau- Lingga telah mengalami

kemorosotan sebagai pusat perdaganggan, dan kemerosotan ini di tambah lagi

dengan jalinan ekonomi yang berlaku antara negeri-negeri melayu dengan pelabuhan –

pelabuhan di Negeri Selat seperti perdaganggan di Pantai Timur dan negeri seperti

Page 15: TUGASAN Sejarah

Johor,Negeri Sembilan dan juga Selangor akan berada di bawah kawalan pelabuhan

Singapura.Manakala perdagangan negeri seperti Perlis,Kedah dan juga Perak akan

berada di kawalan pelabuhan Pulau Pinang yang juga akan memainkan peranan

sebagai pelabuhan perantaraan di antara singapura dengan ekonomi negeri-negeri

utara.Melaka pula pada masa tersebut berperanan untuk mengumpulkan hasil yang

datangnya daripada negeri Selangor dan juga Negeri Sembilan.

Melalui perkembangan kegiatan ekonomi yang berlaku di dalam negeri-negeri melayu

telah menyebabkan perhubungan ekonomi antara negeri-negeri melayu sudah wujud

dan faktor penting yang telah mendorong kepada campur tangan british di tanah

melayu adalah kegiatan ekonomi. Untuk mencapai kepentingan tersebut pihak british

telah mula membuka dan membawa masuk pelabur-pelabur yang kebanyakan mereka

terdiri daripada pelabur cina untuk mengambil alih peranan orang melayu yang

dahulunya terkenal dengan perdaganggan dan menjalankan kegiatan ekonomi dengan

kerajaan negeri-negeri melayu yang berada di sekitar negeri-negeri selat.Dalam

kegiatan ekonomi melayu, pihak British lebih memandang kepada tiga cabang iaitu

kegitan perdagangan,pertanian dan juga kegiatan pelombongan dan ketiga –ketiga

kegiatan ini merupakan kegiatan yang telah menjadi dorongan utama bagi mereka

untuk campur tangan.

Melalui penubuhan negeri-negeri selat ,pelbagai perubahan yang telah berlaku di mana

singapura pada masa tersebut telah menjadi salah satu pelabuhan yang boleh di

katakan sebagai salah sebuah pelabuhan yang sangat bebas dari segi keluar

masuknya pelabur dan juga perdagang dan keadaan ini telah berjaya menarik peniaga-

peniaga luar terutamanya dari cina dan juga perdagang dari British sendiri yang

menjadikan Singapura sebagai salah sebuah tempat untuk menyebarkan barang

daganggan ke kawasan Asia Tenggara dan pada masa yang sama juga Singapura

juga telah menjadi tempat untuk mengumpul semua barang dan hasil ekonomi untuk di

hantar ke kawasan negara cina.

Page 16: TUGASAN Sejarah

Dengan peranan-peranan yang dimainkan oleh pelabuhan di negeri-negeri selat

tersebut telah membuktikan bahawa pelabuhan yang sedang maju di negeri selat iaitu

sebagai pusat perdagnggan di kepulauan melayu pada awal kurun ke -19 telah berjaya

membuatkan pihak britis lebih menjaga kepentingan mereka di negeri selat dengan

cara mencampuri hal ehwal negeri yang sedang bergolak.Melalui campurtangan yang

di lakukan oleh british telah membolehkan pihak british menjaga hubungan ekonomi

antara negeri-negeri melayu ini kerana perkembangan pelabuhan negeri selat

terutamanya pelabuhan singapura telah menjadi pelabuhan antarabangsa kerana

adanya bekalan bahan mentah dari negeri-negeri melayu dan ini telah menyebabkan

ekonomi negeri melayu yang lain telah menjadikan negeri selat sebagai tempat bagi

mereka memperdagangkan hasil ekonomi.

Penubuhan Negeri-negeri selat sedikit sebanyak telah memberikan beberapa

kepentingan dan juga pengaruh yang sangat besar dari segi sosial kepada pihak british

untuk terus menjalankan campur tangan mereka keatas negeri –negeri melayu.Dan

antara kepentingan –kepentingan tersebut dari segi sosial ialah dari segi pembentukan

masyarakat yang berbilang kaum dan majmuk,kedua ialah kelangkapan kemudahan

asas dan ke tiga ialah pengenalan pendidikan dari barat.

Pembukaan negeri-negeri selat di tanah melayu merupakan titik tolak dalam pemulaan

kemasukan maasyarakat luar ke atas negeri melayu pada waktu tersebut,walaupun

semasa kerajaan melayu melaka dahulu pernah terdapat kemasukan pedagang dari

luar, namun jumlah kedatangan penghijrah ke atas tanah melayu semakin bertambah

semasa penjajahan pihak british dan bermula di negeri selat kemudian penghijrah

masyarakat luar berkembang ke Negeri perak,selangor dan negeri sembilan, Melalui

keadaan ini dapat lah di katakan dbahawa kelahiran masyarakat majmuk tanah melayu

adalah kesan peninggalan penjajahan yang mengalakan penjajahan kerana

kepentingan ekonomi dan pada masa yang sama masyarakat majmuk ini wujud adalah

kerana perbezaan yang wujud di kalangan mereka iaitu dari segi

budaya,bahasa ,agama dan juga ekonomi mereka.

Page 17: TUGASAN Sejarah

Kemasukan masyarakat cina ke dalam alam melayu di katakan bermula apabila

kerajaan melaka melakukan perhubungan yang rapat dengan cina namun selepas

kemasukan dan pengambilan british ke atas negeri selat telah menyebabkan

kemasukan tidak dapat dikawal dari segi bilangan mereka.Melalui pembukaan pulau

pinang telah menyebabkan kemasukan penghijrahan cina dikatakan bermula ini kerana

dengan berbekalkan dengan semangat yang bersifat berdaya usaha, kedatangan

mereka ini telah mendapat galakkan yang sepenuhnya daripada pihak british untuk

mengusahakan kegiatan ekonomi terutamanya kegiatan pertanian.Pemangkin kegiatan

ekonomi pada masa awal kemasukan british ialah kegiatan pertanian dan anatara

tanaman yang di usahakan ialah lada hitam,gambir dan juga ubi kayu dan selain

mengusahakan kegiatan pertanian masyarakat cina juga menjalankan perdagangan

serta perlombongan.Melalui pengamalan kegiatan ekonomi yang bebas telah di

lakukan oleh british menyebabkan kemasukan orang cina semakin ramai.Dan apabila

perluasan dilakukan oleh pihak pelabur kaya yang terdiri daripada orang british dan

juga cina ke atas negeri melayu lain telah menyebabkan penghijrahan masyarakat telah

menjadi semakin pesat berikutan dengan faktor peluang pekerjaaan di dalam

masyarakat melayu yang semakin luas.pada masa yang sama juga masyarakat cina

selepas kedatangan mereka juga telah di bahagikan kepada beberapa bahagian iaitu di

kawasan perlombongan,kawasan pertanian dan juga di kawasan pelabuhan. Pada

kebiasaan nya kemasukan masyarakat cina ini berdasarkan sistem kontrak dan cara ini

amat popular untuk mengambil pekerja cina di lombong namun di johor cara

pengambilan pekerja cina untuk berkerja di kawasan pertanian pula adalah melalui

sistem Kanggani

Kedatangan masyrakat india juga di katakan bermula secara beramai-ramai ketanah

melayu adalah kerana terdapat faktor ekonomi, di samping itu juga pada mulanya

kerajaan british di India tidak mengalakkan penghijrahan masyarakat india namun apa

yang berlaku ialah selepas perjanjian Inggeris belanda 1824, banduan yang datangnya

daripada india yang di tempatkan di sumetera telah dihantar ketanah melayu sebagai

salah sokongan untuk mengalakan penghijrahan masyarakat india ke tanah melayu.

Kebanyakkan masyarakat india yang datang secara awal ke tanah melayu pada

Page 18: TUGASAN Sejarah

mulanya di letakan untuk membina bangunan dan jalan raya di sepanjang negeri-

negeri melayu terutamanya negeri melayu yang berpotensi sebagai kawasan ekonomi.

Namun selepas pengenalan sistem pengambilan masyarakat india secara Sistem

Kanggani dan juga secara kontrak telah menyebabkan masyarakat india kemudiannya

telah di tempatkan di kawasan estet-estet dan juga ladang-ladang yang mengkhusus

dalam bidang pertanian.

Page 19: TUGASAN Sejarah

8.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya secara dasarnya jika dilihat bahawa penubuhan negeri-negeri selat

merupakan salah satu titik tolak campurtangan pihak british dan juga pengaliran masuk

unsur-unsur british ke atas negeri- negeri melayu yang lain secara tidak rasmi.Melalui

kepentingan dan juga keistimewaan yang terdapat di setiap negeri-negeri melayu ketika

itu tidak kira sama ada dari aspek politik,ekonomi dan juga sosial telah membuka jalan

sepenuhnya kepada pihak british untuk meluaskan pengaruh mereka di negeri-negeri

melayu termasuk lah ke sabah dan sarawak.Kejadian-kejadian huru-hara yang berlaku

seperti perang saudara,perkelahian antara kongsi-kongsi gelap,kegiatan lanun dan juga

perebutan takhta di istana telah menyebabkan keadaan yang tidak tenteram telah

wujud dan ini telah menganggu perkembangan perusahaan para pelabur barat dan cina

yang datang untuk berniaga di tanah melayu dan keadaan ini telah menyebabkan

kepentingan ekonomi mereka di negeri selat.Sebagai tindak balasnya para pelabur

telah mendesak british untuk melindungi kegiatan ekonomi mereka daripada

kekacauan yang berlaku di negeri melayu ketika itu.Desakan yang di terima oleh pihak

british daripada pelabur di negeri selat telah menyebabkan pihak british untuk

mengambil tindakan dengan cara mencampuri urusan politik,ekonomi dan juga sosial

negeri negeri melayu yang berdekatan dengan negeri selat agar masalah kekacauan

dapat diatasi dan di tambah lagi pihak british harus mencampuri masalah yang di

hadapi oleh negeri-negeri melayu kerana british berpendapat bahawa dengan

menyelasaikan masalah yang berlaku dapat menyebabkan masalah negeri –negeri

selat tidak akan menjadi masalah kepada kerajaan british di london dan di samping itu

juga dengan kepentingan negeri selat yang telah membawa kepada campur tangan

pihak british, ia bukan sahaja dapat membantu pihak british dalam menjaga pelaburan

british malah ia juga telah banyak menyediakan dan membuka peluang pelaburan yang

lebih besar kepada british ke atas negeri-negeri melayu dan sabah sarawak.

Page 20: TUGASAN Sejarah

BIBLIOGRAFI

A Samad Ahmad, (1985) Kerajaan Johor Riau, Kuala Lumpur ,Dewan Bahasa Dan

Pustaka.

Booney, R,( 1971),In Search For Security And Independence , Kuala Lumpur,Oxford

University.

D.G.E Hall , (1981) ,A History Of South –East Asia (Fourth Edition ), ,London:The

Macmillan Press Ltd

.

Emily Sadka, (1970) ,The Protected Malay State 1874-1895, ,Kuala Lumpur,University

Malay Press

Haji Buyong Adil ,(1981), Sejarah Selangor, ,Kuala Lumpur,Dewan Bahas Dan Pustaka.

Jang Aisjah Mutalib , (1972) ,Pemberontakan Pahang 1891-1895, ,Kota Bharu Pustaka

Aman