tugasan pmulihan khas

Upload: hasnahali

Post on 09-Jul-2015

206 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1.0

PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Di Malaysia pendidikan pemulihan atau program pemulihan khas telah disediakan

untuk membantu murid mengatasi masalah kelemahan menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M). Tanpa bantuan, mereka akan gagal membina keyakinan diri untuk belajar dan mencari pengalaman yang menggembirakan di sekolah, dan mereka juga mungkin tercicir dari sistem persekolahan lebih awal lagi. Untuk mengelakkan pembaziran dalam pendidikan, penerokaan yang lebih awal terhadap bentuk pendidikan pemulihan yang berkesan amat diperlukan untuk membantu murid yang lemah meningkatkan potensi diri mereka supaya mampu menjadi warganegara yang berguna pada masa hadapan. Dalam tahun 1983, sistem pendidikan Malaysia telah memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). Kurikulum baru ini merupakan satu usaha untuk kembali semula kepada asas pendidikan yang memberi fokus kepada penguasaan 3M dan penekanan kepada pendidikan pemulihan. Melalui pengajaran pemulihan pada Tahap I (Tahun 1-3) ini, keperluan murid yang mempunyai masalah pembelajaran dikenalpasti dan pihak sekolah memastikan mereka mendapat bantuan pemulihan untuk meningkatkan pencapaian akademik mereka. Menurut AE Tanseley dan R. Culliford, kanak-kanak pemulihan adalah kanakkanak yang mempunyai intelek dan kecerdasan yang rendah juga kurang berkebolehan menerima pendidikan biasa .

1.2

Objektif Kajian

Selepas kajian ini, kita akan mendapati : 1). Mengenalpasti bentuk keperluan dan penyediaan bahan bantu belajar untuk murid; 2). Mencari bentuk program yang bersesuaian dengan murid yang terlibat; 3). Menentukan kebolehan pelajar untuk membaca dengan lancar; dan 4). Melihat penguasaan Bahasa Melayu dikalangan murid pemulihan khas. 1.3 Kaedah kajian

1

Kaedah kajian ini berdasarkan panduan yang diperolehi melalui modul pembelajaran. Selain itu juga, saya menggunakan pelbagai rujukan daripada buku dan majalah. 1.4 Batasan kajian Setiap kajian yang disediakan, terbatas kepada tajuk utama kajian sahaja dan setiap maklumat yang diberikan berdasarkan objektif kajian dan juga menyertakan sumber maklumat yang diperolehi. 1.5 Definisi kajian Pendidikan khas ialah pendidikan yang disediakan khusus untuk murid-murid dengan keperluan khas. Murid-murid berkeperluan khas ialah murid-murid yang mengalami masalah penglihatan, pendengaran, pembelajaran dan juga termasuk muridmurid pemulihan. (Jabatan Pendidikan Khas, 1997). Pemulihan khas;

2.0

PEMASALAHAN PEMBELAJARAN Ciri-Ciri kanak-kanak pemulihan melibatkan emosi dan tingkahlaku seperti

perasaan rendah diri, perasaan risau, perasaan sedih, hiba atau duka, perasaan cepat bosan atau jemu terhadap pelajaran, perasaan takut akan perkara-perkara baru, degil, tidak patuh pada peraturan-peraturan dan suka melawan, pasif, dan malas. Ciri-ciri sosial seperti gelisah dan selalu bergerak di dalam darjah serta mengganggu kawan-kawan, lemah atau kurang interaksi dengan rakan, selalu tidak hadir ke sekolah dengan berbagai-bagai alasan, menangis enggan masuk bilik darjah,dan hyper aktif. Setiap kali aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlaku, murid ini akan menunjukkan sikap acuh tak acuh apabila mereka sukar untuk mengeja dan menyebut sesuatu perkataan. Ini membuatkan guru terpaksa memikirkan suatu aktiviti yang boleh menarik semula minat murid untuk belajar. Antara perkataan-perkataan yang sukar dibaca oleh murid ialah perkataan yang melibatkan konsonan bergabung atau diagraf iaitu perkataan yang bersuku kata sy dan ng. Perkataan yang mengandungi 'ng' , 'ny' dan 'sy' dikenali sebagai digraf.

2

Maksudnya ialah dua huruf berturut-turut yg mewakili satu bunyi seperti ng, ny, sy, dwihuruf, dwilambang, dan huruf rangkap. Konsonan rangkap ialah gabungan huruf konsonan yang masing-masing melambangkan satu bunyi konsonan. Terdapat lima jenis huruf gabungan, iaitu gh, kh,ng dan sy. Huruf-huruf ini dikenal pasti melalui lafaz dan ejaan perkataan yang mengandungi huruf-huruf ini. Sistem ejaan bahasa Melayu telah bermula pada tahun 1904 dan diisytiharkan penggunaannya secara rasmi pada 16 Ogos 1972. Ini adalah hasil kesepakatan bersama Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia. Sistem ejaan tersebut adalah seperti berikut: Huruf vokal: a, e, i, o, u Huruf diftong: ai, au, oi Huruf konsonan: huruf selain huruf vokal Huruf konsonan gabungan: gh, kh, ny, ng, sy Kesalahan penggunaan suku kata awalan konsonan gabungan dikalangan murid pemulihan khas disebabkan oleh gangguan artikulasi iaitu sebutan yang tidak lancar kerana terdapat penghilangan bunyi awalan, pertengahan atau akhiran dalam sesuatu ujaran. Faktor-faktor yang menyebabkan gangguan ini dikalangan murid yang sukar menyebut awalan sy dan ng juga disebabkan kecacatan pada alat-alat artikulasi yang melibatkan lidah, lelangit, dan tekak mereka. Selain itu, terdapat juga gangguan suara akibat fizikal rongga mulut yang tidak normal, gangguan kelancaran yang meninggalkan bunyi btertentu dan gagap, serta gangguan bahasa yang melibatkan kerosakan pelbagai saraf otak dan neurologi yang menyebabkan pemahaman bahasa semakin berkurangan (Mok Soon Sang, 1997). Murid sering mengalami masalah ketika hendak menjawab soalan-soalan yang melibatkan perkataan atau suku kata yang mempunyai diagraf. Murid akan menyebut gaga bagi perkataan nganga dan sadu bagi perkataan syahdu. Dan nganga,sungai,tangan,telinga,singa, tidak dapat disebut dan dibaca oleh murid berkenaan. Dalam ujian diagnotik yang dijalankan murid tidak dapat menyebut suku kata nga,ngi,nge,ngu,ngo, dan sya, syi, sye, syu, syo dengan betul dan lancar. Kesalahan penyebutan suku kata tersebut disebabkan murid tersebut tidak dapat mengaitkan sebutan tiap-tiap abjad serta diagraf apabila diadunkan menjadi suku kata

3

dalam sepatah perkataan. Simbol-simbol abjad tidak memberikan gambaran tentang bentuk fizikal yang boleh mereka kaitkan. Contohnya, apabila mereka melihat simbol lukisan kucing mereka nampak ciri-ciri fizikalnya seperti matanya, telinga, misai, ekor dan lain-lain lagi yang mereka boleh kaitkan dengan seekor kucing. Sebaliknya, simbol abjad tidak mempunyai sebarang bentuk fizikal yang mereka boleh tafsirkan. Lima huruf gabungan ini selalunya tidak disedari oleh murid-murid. Kebiasaannya, murid-murid dalam pemulihan khas boleh membaca dengan betul perkataan-perkataan yang ada huruf gabungan ini. Tetapi bila tiba untuk mengeja, mereka akan menghadapi masalah. Contohnya; menganga diejanya megaga sungguhpun diejanya sunguhpun menunggang diejanya menungang menggembirakan diejanya mengembirakan

Kesalahan penggunaan suku kata awal seperti; 1. Peringkat mengenal nama-nama huruf yang hampir sama

Keliru dengan nama huruf yang sama bentuk. Contohnya, y dengan g Keliru dengan orientasi kedudukan bentuk huruf. Contohnya, b dengan d, m dengan w Keliru dengan huruf yang hampir-hampir sama frekuensi. Contohnya, b dengan d,p,t Keliru dengan orientasi kedudukan huruf besar yang hampir sama bentuk. Contohnya, W dengan M, Z dengan N Tidak dapat mengadun bunyi-bunyi huruf yang bergabung seperti diftong dan diagraf. Contoh, ai, au, ny, sy, kh Menyebut nama-nama huruf mengikut nada bahasa ibunda. Contohnya, o disebut wo, l disebut yel, m disebut yem, r disebut yar, z disebut jed

2. Peringkat mengadun bunyi-bunyi dan membatang suku kata.

Kesukaran untuk mengadun dan membatang suku kata seperti terbuka + tertutup. Contoh : syadu, syur-ga, nga-nga, tingkap.

4

Keliru membunyikan suku kata yang melibatkan huruf e-taling dan e-pepet. Contoh, sepak dengan sepak. Sukar membatangkan perkataan yang lebih daripada dua suku kata. Contoh : berbunga, anjing, syahdu, bangunan dan banyak lagi. Sukar membatang perkataan yang mengandungi diagraf dan diftong. Contoh nyamuk, singa, syarat, tengah,

3. Peringkat membaca ayat.

Gantian atau mengubah atau menggantikan bunyi suku kata atau perkataan. Contoh, dapat-padat, sekolah-selokah, asrama-asmara, simpan-sampai, seluarselalu

Tertinggal atau meninggalkan.Contoh, ayat sebenar = Ahmad suka makan ayam goreng. Dibaca sebagai Ahmad makan ayam goeng. Pembalikan perkataan. Contoh, suka-saku, besar-beras Berulang-ulang Merangkak-rangkak. Contoh, membaca selepas mengeja dan ketidaksesuaian teks atau bahan Membaca mengikut loghat atau dialek. Contoh, kucing suka makan ikan dibaca sebagai kucin suka makang ikang. Dia lari kerana hujan dibaca sebagai dia lali kelana hulan. Emak dia pergi sembahyang dibaca sebagai emak dia pigi semayang Manusia dapat menghasilkan bunyi bahasanya dengan menggunakan tenaga

gerakan udara dan sentuhan-sentuhan alat-alat dalam diri manusia yang bermula daripada paru-paru hingga ke alat-alat lain yang terletak dalam rongga mulut seperti lidah, lelangit, gusi, gigi, dan bibir. Apabila lelangit lembut diturunkan, udara dari kotak suara akan bergerak bke ruang ronjgga hidung. Kedudukan lelangit lembut seperti ini dapat menghasilkan bunyi sengauan bunyi [m], [n], [], dan []. [] Geseran Gelung Tak Bersuara [] Sengauan lelangit Lembut Bersuara Tidak boleh menyebut separuh vokal gusi lelangit keras /y/.

5

Ada lapan belas buah fonem konsonan asli dalam bahasa Melayu; Cara Sebutan Letupan Geseran Letusan Getaran Lisan Sengauan Separuh m r l n Bibir bp Gusi td s cj Daerah Sebutan Gusi Lelangit Keras keras Lelangit lembut kg h Glotis

Vokal w y Bunyi konsonan gugusan (diagraf) (tunjukkan kad huruf/fonem dan/atau gambar) /ng/ -- /eng/ /ny/ -- /nyeh/ /sy/ -- /syhh/

6

/kh/ -- /kheh/

/gh/ -- /gheh/

Namun, murid yang berada di dalam kelas pemulihan kebanyakannya sukar untuk membunyikan Separuh Lelangit Lembut disebabkan itu mereka mengalami kesukaran menyebut suku kata sy dan ng. 2.1 Mengenalpasti Bentuk Keperluan dan Penyediaan Bahan Bantu. Untuk mengenalpasti bentuk keperluan pelajar, guru harus menggunakan beberapa tatacara seperti pandai menjaga hati murid berkenaan. Semua guru dan rakanrakan pelajar lain hars dapat menerima mereka. Ini adalah perkara yang paling penting. Guru memainkan peranan meniup semangat dalam diri mereka dan menghargainya supaya mereka tidak merasai kekurangan. Pendekatan pembelajaran yang berasaskan teknik menggunakan deria seperi menggunakan gambar,menulis huruf-huruf diatas pasir, serta latih tubi telah diplikasikan dalam usaha mengajr murid pemulihan khas ini untuk mengeja, membaca, dan menulis. Selain itu, strategi dan bahan bantu mengajar yang sesuai diperlukan oleh guru dan ianya sangat penting untuk membantu murid-murid tersebut mengatasi kelemahan berbahasa mereka. Antara kaedah pembelajaran yangboleh digunakan untuk mengajar ialah pedekatan Behaviorisme yang dikenali sebagai Applied Bahavioural Analysis (ABA) yang diasaskan oleh Skinner. Bahan bantu seperti penyediaan bilik yang ceria, menarik dan selesa, menyediakan buku-buku cerita yang sesuai dengan tahap murid-murid. Selain itu, melengkapkan bilik dengan televisyen, radio, CD, dan menyediakan sudut bercerita ataupun pentas kecil untuk murid-murid melatih bahasa semasa berada di dalam kelas. Untuk melaksanakan analisis ini, murid diarahkan untuk belajar mambaca dengan memadankan bunyi dengan sistem huruf-huruf vokal dan konsonan. Mereka mengenal bunyi dan kemudian mengaitkannya dengan huruf-huruf yang berkaitan berdasarkan unit bunyi yang terkecil. Pendekatan pengajaran membaca ini berasaskan tiga prinsip. Pertama ialah pendekatan dari bawah ke atas (bottom-up aproach), iaitu pengajaran tentang mengenal bunyi-bunyian,kombinasi bunyi huruf-bunyi, pengasingan perkataan dan menggunakan kemahiran itu untuk menghuraikan teks. Kedua ialah pendekatan dari atas ke bawah (up-

7

bottom approach), iaitu menggunakan pengetahuan sedia ada murid tersebut untuk membentuk maksud daripada teks yang di baca. Pendekatan ketiga iaitu pendekatan interaktif (interactive approach), iaitu kombinasi kedua-dua pendekatan diatas. Latihan kemahiran membaca dan membaca untuk pemahaman dapat membantu murid bermasalah pembelajaran membaca dengan baik. Melalui kaedah ini, guru akan mengenalkan perkataan baru dalam buku cerita yang dibaca untuk memotivasikan muridmurid ini membaca dan memberitahu apa yang mereka telah baca. Pemulihan Bidang Bacaan; Teknik pengajaran pemulihan bacaan seperti; i. ii. iii. Menambah perbendaharaan kata Menambah kadar kecepatan membaca Alat bantu mengajar seperti bahan bacaan yang dilekat didinding-dinding kelas. Antara latihan kemahiran yang dirancang berdasarkan pada kelemahan yang ditemui seperti peringkat pertama aktiviti penggayaan dengan menggunakan peralatan seperti carta. 2.2 Mencari Bentuk Program yang Bersesuaian Dalam program pemulihan pula, didapati bahawa murid-murid pemulihan sering menghadapi masalah untuk menguasai kemahiran membaca. Fauziah Tahiruddin (2000) menyatakan antara permasalahannya ialah pelajar pemulihan mudah lupa perkataan yang dibaca. Daya ingatan mereka sangat singkat. Oleh itu mereka perlu diberi peluang membaca perkataan yang sama berulang kali dalam aktiviti latih tubi. Ramai kanakkanak pemulihan juga mengalami masalah dalam pengamatan. Mereka kurang mahir mengecam bentuk perkataan yang dibaca. Masalah ini mungkin disebabkan mereka sukar memberi tumpuan atau perhatian. Selain itu, murid pemulihan juga mempunyai perbendaharaan kata yang kurang atau terhad menyebabkan mereka menghadapi masalah dalam membina ayat mudah dengan betul. Tatacara yang dapat digunakan untuk menyelesaikan masalaha ini adalah melalui pelaksanaan beberapa program yang bersesuaian dengan murid iaitu menggunakan teknik berrcerita. Teknik ini dapat menarik perhatian mereka terhadap pembelajaran yang

8

hendak disampaikan. Murid dapat belajar dalam suasana yang seronok. Melalui teknik bercerita, guru dapat meningkatkan kemahiran, mendengar, mambaca, dan daya kreativiti murid. Untuk menyampaikan cerita dengan lebih menarik, guru boleh menggunakan boneka atau peralatan lain yang boleh membantu murid bercerita dengan berkesan. 3.3 Menentukan Kebolehan Pelajar Untuk menentukan kebolehan pelajar membaca dengan lancar, pelbagai teknik boleh dilakukan oleh guru antaranya; i. Merancang dan menyusun aktiviti pengajaran Pemilihan dan aktiviti hendaklah berdasarkan kebolehan murid. Aktiviti hendaklah menekankan penggunaan bahan pelbagai bentuk untuk membolehkan murid menggunakan semua derianya. Maklumat hasil kerja daripada aktiviti hendaklah disampaikan seberapa segera yang boleh; ii. Memilih pendekatan kaedah dan teknik yang sesuai antaranya pendekatan deduktif, induktif, eklektik, dan komunikatif. Contoh pendekatan deduktif iaitu guru perlu mengajar aturan abjad terlebih dahulu sebelum mengajar murid mengeja suku kata dan perkataan, kemudian mengaplikasi aturan abjad dengan membina perkataan. Pendekatan induktif, guru mengajar secara tidak langsung iaitu murid digalakkan mencari, meneliti, dan mempelajari sendiri sesuatu hukum atau peraturan. Guru akan memulakan pelajaran dengan satu perkataan bermakna berdasarkan gambar. Murid diminta menamakan gambar dan mengeja perkataan tersebut. Program pemulihan telah disediakan untuk membantu murid mengatasi masalah kelemahan menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M). Tanpa bantuan, mereka akan gagal membina keyakinan diri untuk belajar dan mencari pengalaman yang menggembirakan di sekolah dan mereka juga mungkin tercicir dari sistem persekolahan lebih awal lagi. Melalui program pemulihan keperluan murid yang mempunyai masalah pembelajaran dikenalpasti dan pihak sekolah memastikan mereka mendapat bantuan pemulihan untuk meningkatkan pencapaian akademik mereka. Program pemulihan yang sedia ada memberi penekanan kepada penguasaan kemahiran bahasa Melayu. Program intervensi yang dilancarkan hanya membantu murid-murid pemulihan menguasai

9

kemahiran membaca dan menulis di dalam bahasa melayu sahaja. Murid yang mempunyai masalah pembelajaran biasanya lemah dalam bahasa Melayu. Penguasaan Bahasa Melayu yang baik membantu murid-murid pemulihan ini mengikuti matapelajaran yang lain dengan tetapi tidak bagi matapelajaran Matematik dan Sains. Murid-murid pemulihan perlu juga didedahkan kepada Bahasa Inggeris . Ini adalah kerana sistem fonologi Bahasa Inggeris adalah jauh berbeza dengan bahasa melayu. Sebutan abjad bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah berbeza. Sebagai tambahan kepada program pemulihan yang sedang dilaksanakan di sekolah-sekolah rendah, Program JomBaca! menilai tahap kemahiran membaca muridmurid Tahun 1 hingga 6. Ia terbuka kepada murid-murid dari golongan miskin, anak yatim piatu, ibu tunggal dan ibu bapa orang kurang upaya (OKU) yang belum menguasai kemahiran membaca dan menulis (2M). Akhir tahun 2009, program pemulihan 2M intensif dilaksanakan selama 32 hari membabitkan lebih 80 murid di Kompleks Anjung Rahmat, Jalan Gombak. Daripada jumlah itu, 76 menamatkan program dengan 74 daripadanya berjaya dipulihkan dan 42 murid tamat program dengan cemerlang. Baru-baru ini, Tabung JomBaca! Program Literasi Kanak-kanak dilancarkan oleh Penasihatnya, Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim di Petaling Jaya bagi memperkenalkan program itu dan mengumpul dana untuk melaksanakannya tersebut akhir tahun ini. Tabung JomBaca! akan digunakan untuk menampung kos kem membaca sempena cuti sekolah di bawah Program Jom Baca 2009 bermula 21 November sehingga 3 Januari 2010.

10

3.0

KESIMPULAN Objektif kelas pemulihan cukup besar impaknya kerana diakhir pembabitan murid

di pendidikan pemulihan ini nanti, mereka diharapkan dapat menguasai kemahiran berbahasa Melayu dengan baik dengan mengikuti aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang khas berdasarkan kebolehan mereka. Mereka juga diharapkan akan dapat layanan yan bersesuaian dengan kebolehan dan perkembanga ognitif, mengurangkan masalahpembelajaran yang dihadapi, mengembangkan potensi minat mereka terhadap pelajaran, kepeningkatan yang lebih memuaskan, memperolehi serta mengamalkan sikap positif serta berkeyakinan diri dan berdikari. Apa yang lebih penting ialah mereka kemudiannya dapat meneruskan pelajaran dalam sistem persekolahan biasa seterusnya mengurangkan masalah keciciran dalam pelajaran. Melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, murid-murid juga akan seronok kerana boleh membaca bukan sekadar perkataan KVKVK tetapi perkataan yang lebih mencabar lagi. Ini membuktikan bahawa semua murid mempunyai potensi untuk berjaya sekiranya diberi tumpuan dan bimbingan yang mencukupi dalam usaha meningkatkan penguasaan kemahiran bacaan mereka. Penyelidikan ini dapat memberi kesedaran kepada guru-guru Bahasa Melayu tentang masalah pelajar dan kelemahan pelajar dalam penguasaan suku kata sy dan ng dalam Bahasa Melayu. Penyelidikan ini juga dapat memberi banyak pengalaman kepada penyelidik dan membantu penyelidik mencari cara penambahbaikan. Di samping itu, penyelidik juga dapat mengesan kelemahan dan kekuatan pengajaran dan pembelajaran guru serta dapat meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran guru.

11

BIBLIOGRAFI K.A.Razhiyah.(2005). Menjadi Guru pendidikan khas. Pahang: PTS Publication & Distributor Sdn.bhd Zamri.M.(2007). Psikolinguistik Dalam pengajaran dan Pemerolehan Bahasa Pertama dan Kedua. Shah Alam: Karisma Publication Robiah Kulop Hamzah.(1992). Guru khas Pemulihan. Fungsi dan Masalah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Mook S,S.(1997). Pendidikan Pemulihan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Juriah Long, et.al. (1992), Pengkaedahan Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur : Penerbitan Fajar Bakti Sdn.Bhd Buku Panduan(1998), Pelaksanaan Program Pendidikan Pemulihan Khas ( Masalah Penguasaan 3M ), Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia, Nik Safiah Karim,Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa (2000), Tatabahasa Dewan Jilid 2, Perkataan. Kuala Lumpur : Fajar Bakti Sdn. Bhd, Dewan Bahasa dan Pustaka (2004). Pedoman umum ejaan rumi Bahasa Melayu. Awang Sariyan (1995). Mari Berbahasa Baku: Sebutan Baku dan Ejaan Rumi. Selangor: Synergymate Sdn. Bhd. Sumber internet : http://www.utusan.com.my

LAMPIRAN

12

LAMPIRAN

13

LAMPIRAN

14

Dula_ _g

Ma_ _ga

A _ _gur

LAMPIRAN

15

KIOSK - KIOSK PEMBELAJARANKIOSK RUANG /VISUAL mengajar menggunakan persepsi tentang alam sekitar, peta-peta, carta, gambar rajah dan gambar-gambar KIOSK MATEMATIK Kiosk matematik ialah ruang belajarmengajar yang menggunakan kebolehan menaakul, menyelesaikan masalah kompleks / matematik

KIOSK INTERPERSONAL Ruang belajar mengajar yang menggunakan interaksi dan bekerjasama dengan orang lain. Bagi murid yang suka bertutur.

KIOSK KINESTATIK Kiosk kinestatik ialah ruang belajar -mengajar yang menggunakan pergerakan badan dalam menjalankan aktiviti P & P.

KIOSK BAHASA Kiosk Bahasa ialah ruang belajar mengajar yang menggunakan pergerakan badan dalam menjalankan aktiviti P & P.

KIOSK ALAM SEKITAR Kiosk Alam Sekitar ialah ruang belajar mengajar yang menggunakan persekitaran semula jadi sebagai bahan dalam

16

menjalankan P & P.

KIOSK MUZIK. Kiosk Muzik ialah ruang belajar mengajar yang menggunakan alat serta bahan-bahan muzik,lagu sebagai pengantara P & P yang dijalankan. KIOSK INTRAPERSONAL Kiosk Intrapersonal ialah ruang belajarmengajar secara individu.

17

18