tugasan pke

Upload: samuel-burton

Post on 07-Jul-2018

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/18/2019 Tugasan PKE

    1/8

    Pengenalan

    Pendidikan kesihatan dan seksualiti merupakan mata pelajaran yang penting yang perlu

    dijalankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Pada masa kini pendidikan

    kesihatan dan seksualiti adalah dua pembelajaran yang berkait rapat antara satu sama lain

    memandangakan ia akan memberi kesan terhadap perkembangan kesihatan fizikal murid dari

    aspek sosial, emosi dan seksual. Seksualiti didefinisikan sebagai sesuatu perasaan yang

    melibatkan kefahaman diri terhadap emosi dan tindak balas seksual seseorang. Perasaan

    tersebut merangkumi aspek perkembangan manusia selain fungsi anatomi, fisiologi dan

    biokimia sistem tindak balas seksual manusia. Seksualiti juga merupakan aspek yang

    merangkumi aspek kognitif iaitu kebolehan membuat keputusan dan seterusnya

    bertanggungjawab terhadap keputusan yang telah dibuat. Bagi afektif pula iaitu perasaan

    kemesraan diterima, rasa disayangi, disukai dan rasa dihargai, tingkah laku manusia apabila

    membina hubungan yang sihat dan kemahiran berkomunikasi dengan individu lain.

    Pengertian.

    Pendidikan seksualiti merupakan pendidikan seumur hidup yang melibatkan proses

    memperolehi maklumat membentuk kepercayaan dan pegangan nilai seseorang. Pendidikan

    seksualiti ini menekankan perkembangan seksual, reproduksi manusia dan kesihatan hubungan

    interpersonal, perasaan kasih sayang, hubungan rapatm bahasa badan dan peranan gender 

    seseorang. Dalam pendidikan seksualiti ini akan membantu murid untuk belajar tentang

    perkembangan diri mereka yang mana berlaku dalam persekitaran di sekolah. alah dalam

    pendidikan seksualiti ini dapat membantu mereka menjadi individu yang berkeyakinan kerana

    mereka akan sentiasa berkomunikasi dengan rakan!rakan. Dari segi pergaulan mereka

    memerlukan sikap yang positif supaya mereka dapat membina hubungan yang baik dengan

    rakan!rakan. Seperti cara berkomunikasi yang baik, menggunakan tutur kata yang sopan, sikap

    menghormati rakan!rakan dan sebagainya. "pabila mereka berjaya menerapkan sikap!sikap

    tersebut dalam diri mereka maka mereka dapat membina hubungan yang baik dengan individu

    yang lain. #ntuk mengajar mata pelajaran ini ini sebagai guru perlu memahami keseluruhan

    aspek kehidupan manusia yang mana membincangkan tentang perkembangan manusia,

    hubungan sesama manusia, kemahiran persona, tingkah laku seksual, kesihatan seksual dan

    masyarakat dan budaya seseorang. Pendidikan kesihatan dan seksualiti ini penting dan perlu

  • 8/18/2019 Tugasan PKE

    2/8

    untuk membekalkan maklumat, membina kemahiran interpersonal dan membina konsep

    kebertanggungjawaban khususnya diri murid!murid sekolah rendah.

    Matlamat

    Pendidikan $esihatan dan seksualiti bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui

    pembelajaran aktiviiti fizikal dan amalan kecergasan. Pembelajaran dilakukan dengan

    mengutamakan tiga perkara utama seperti kognitif mengetahui dan memahami akan aspek

    kecergasan dan boleh diamalkan dalam kehidupan seharian.  Selain itu, bertujuan membantu

    pelajar menjadi sihat dan cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan.

    Pembentukan individu yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, sosial dan intelek.

    Pendidikan $esihatan dan seksualiti bertujuan membantu murid meningkatkan pengetahuan

    kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup sihat.

    %ujudkan insan yg berpelajaran dan berpengalaman tentang kesihatan. embantu orang ramai

    mencapai tahap kesihatan yang optimum dengan tingkalaku dan usaha sendiri. emajukan

    keadaan komuniti dan meningkatkan tanggungjawab kesihatan kerajaan.

    Kepentingan

    Pendidikan kesihatan dan seksualiti adalah penting untuk diberi bimbingan kepada murid

    terutama di sekolah rendah. &ni kerana untuk memberi pengetahuan kepada murid untuk belajar 

    melindungi diri mereka. Seperti yang kita semua ketahui murid di sekolah rendah merupakan

    golongan murid yang kurang pengetahuan tentang seksualiti. emandangkan mereka kurang

    arif tentang pendidikan seksualiti ini akan memberi risiko berlakunya gangguan seksual.

     "pabila meraka dapat memahami tentang pendidikan kesihatan dan seksualiti akan melindungi

    diri mereka daripada bahaya terutama gangguan seksual yang mana jenayah ini sering berlaku

    kepada murid sekolah. Bukan itu sahaja murid akan lebih memahami perkembangan diri

    mereka dan secara tidak langsung akan mengelak diri mereka dari penyakit!penyakit yang

    bahaya. Seperti sekiranya berlaku perubahan tentang kesihatan seksual murid akan faham dan

    peka untuk memaklumkan kepada ibu bapa mereka. $eadaan ini akan membantu mereka dari

    penyakit yang berbahaya. Selain itu kepentingan dalam pendidikan kesihatan dan seksualiti ini

    adalah membantu murid memerolehi kemahiran komunikasi yang berkesan untuk menjaga

    keselamatan diri mereka. Di mana mereka faham bagaimana untuk berkomunikasi dengan baik

  • 8/18/2019 Tugasan PKE

    3/8

    terutama dengan individu yang mereka bru dikenali. Seperti tidak mudah mendedahkan

    maklumat peribadi kepada orang lain iaitu individu yang tidak dikenali. 'idak mudah untuk

    berbual mesra dengan individu yang baru dikenali. Seperti kita semua sedia maklum segeintir 

    murid sekolah rendah ini mereka telus dalam sesuatu hubungan malah mereka mudah untuk

    mempercayai seseorang keadaan ini berbahaya jika mereka tidak mempunyai kemahiran

    komunikasi berkesan untuk menjaga keselamatan diri mereka. Seterusnya kepentingan

    pendidikan kesihatan dan seksualiti ini adalah untuk menggalakkan kesihatan seksual dari segi

    fizikal, emosi dan sosial, kesihatan dan kesejahteraan diri murid. Dari segi fizikal di mana murid

    faham akan kesihatan fizikal mereka seperti bila waktu mereka akan mengalami akil baligh,

    apakah tindakan yang perlu dilakukan apabila mereka mengalami akil baligh dan sebagainya.

    Dari segi emosi pula bagaimana murid dapat mengenal emosi mereka, bagaimana mereka

    perlu mengawal emosi dan bagaimana menghormati emosi orang lain. Seterusnya dari aspek

    sosial pula murid perlu tahu cara komunikasi yang baik dengan rakan!rakan, percakapan yang

    baik yang tidak menyakiti hati atau mengelakkan diri dari menyinggung perasaan rakan!rakan.

    Perkembangan sosial murid yang baik akan membantu mereka membina hubungan yang baik

    dan dapat membantu mereka membina keyakinan diri mereka apabila bergaul dengan individu

    lain. $epentingan pendidikan kesihatan dan seksualiti adalah membolehkan murid menyedari

    bahawa sesuatu yang tidak betul berlaku ke atas diri mereka seterusnya mereka dapat

    menyedari untuk menyampaikan maklumat kepada pihak yang berkenaan untuk mendapatkan

    bantuan seperti ibu bapa, guru dan sebagainya. &ni bertujuan untuk mengelakkan dari

    berlakunya masalah seperti penderaan seks, eksplotasi seks dan jenayah seks.

    Keperluan

    Pendidikan kesihatan dan seksualiti adalah satu keperluan dalam pendidikan di sekolah di

    mana ia adalah keperluan kepada perkembangan manusia, keperluan untuk mencapai

    kemahiran personal, keperluan untuk membina hubungan, keperluan untuk memupuk kesihatan

    seksual. Pendidikan kesihatan dan seksualiti membolehkan murid memperolehi pengetahuan

    tentang fungsi anggota badan, perkembangan tumbesaran yang sedang mereka alami dan

    perubahan fizikal semasa mereka mencapai akil baligh. Pengetahuan ini akan membantu murid

    untu bersedia menghadapi cabara!cabaran perubahan fizikak dan emosi mereka sepanjang

    tumbesaran diri mereka. $eadaan ini akan membuatkan murid lebih menyayangi diri mereka

    mengetahui bahawa setiap orang adalah bertangungjawab ke atas diri sendiri dan berhak ke

    atas anggota badan masing!masing. Bagi keperluan untuk mencapai kemahiran personal pula

  • 8/18/2019 Tugasan PKE

    4/8

    pendidikan kesihatan dan seksualiti merupakan sumber ilmu untuk murid menunjukkan

    penghargaan diri mereka, kemahiran berkomunikasi secara berkesan, membuat keputusan

    dengan bijak bagi meningkatkan kesejahtaraan dan menjaga keselamatan diri apabila mereka

    berhadapan dengan situasi yang melibatkan seksuliti. Pendidikan kesihatan dan seksualiti

    menjadikan murid lebih berkemahiran dalam membina dan memelihara hubungan yang sihat,

    berkongsi fikiran dan perasaan melalui persahabatan, menunjukkan ketrampilan diri, dapat

    mengenalpasti kenalan dan orang yang tidak dikenali, menyedari batas!batas perhubungan

    antara jantina, mengetahui peranan institusi keluarga, perkahwinan dan keibubapaan.

    Seterusnya bagi keperluan untuk pemupukan kesihatan seksual pula, Pendidikan seksualiti

    perlu untuk murid memperolehi kemahiran menjaga kebersihan dan kesihatan diri bagi

    mencapai kehidupan yang sihat dan sejahtera.#ntuk itu, pendidikan kesihatan dan seksualiti

    menyampaikan maklumat kepada murid mengenai hak mereka untuk mendapatkan

    perkhidmatan kesihatan yang berkualiti. Bagi keperluan terakhir pula iaitu keperluan dari sudut

    budaya dan masyarakat Pendidikan kesihatan dan seksualiti diperlukan oleh murid bagi

    memperolehi pengetahuan mengenai kesamarataan dari segi peranan gender, identiti gender,

    hak seksualiti dan perlindungan undang!undang ke atas seksualiti murid. $esemua keperluan

    ini menunjukkan penyampaian pendidikan kesihatan dan seksualiti kepada murid perlu

    dilaksanakan dan diberi fokus utama. Di samping itu, penyampaian pendidikan kesihatan dan

    seksualiti kepada murid perlu dapat memenuhi konteks keperluan sebenar golongan murid ini

    khususnya dari segi aspek pembinaan kemahiran, pengubahsuaian tingkah laku dan kesihatan

    sosial seksualnya.

    Proses temubual

    Dalam proses penyediaan borang soal selidik dan sesi temubual dengan murid telah

    memberikan beberapa maklumat tentang pengetahuan murid terhadap pendidikan kesihatan

    dan seksualiti. alah jelas dari pemerhatian dan temubual yang telah dijalankan menunjukkan

    murid di sekolah telah diberi pendedahan dan bimbingan dari guru tentang apakah mata

    pelajaran kesihatan dan seksualiti. Berpandukan pemerhatian dan temubual yang telah

    dijalankan jelas menunjukkan adalah wajar pendidikan kesihatan dan seksualiti diajar di

    sekolah. &ni kerana pendidikan kesihatan dan seksualiti bukan diajar tentang seks semata!mata

    tetapi murid diajar tentang perkembangan diri mereka, seperti perkembangan fizikal, emosi dan

    sosial. Seperti pemerhatian dan temubual yang telah dijalankan murid memahami tentang

    perkembangan fizikal mereka iaitu tentang perkembangan tubuh badan, fungsi tubuh badan,

  • 8/18/2019 Tugasan PKE

    5/8

    perubahan perkembangan tubuh badan dan sebagainya. Seperti soal selidik yang telah dijalani

    murid faham apakah yang dimaksudkan dengan perkembangan fizikal mereka iaitu seperti akil

    baligh. &aitu apakah proses yang berlaku semasa mereka mencapai akil baligh, apakah yang

    seharusnya mereka lakukan apabila mengalami akil baligh, bila kah waktu yang sesuai apabila

    mereka mengalami akil baligh dan sebagainya.

    'emuramah dilakukan terhadap murid lelaki dan kebanyakkan mereka faham apakah definisi

    mencapai akil baligh. Semasa temuramah dijalankan murid juga ditanya apakah yang berlaku

    kepada murid perempuan apabila mereka mencapai akil baligh. "da antara mereka tidak

    memahami apa yang berlaku kepada murid perempuan ada juga antara mereka yang

    memahami apa yang akan berlaku apabila murid perempuan mencapai akil baligh. $erana ada

    antara mereka menyatakan murid perempuan apabila mengalami akil baligh mereka tidak akan

    solat. Seterusnya daripada temuramah dan pemerhatian yang telah dijalankan didapati murid

    mengetahui dan memahami tentang perkembangan fisiologikal. (isiologikal ialah tentang

    struktur tubuh badan iaitu sistem pengaliran darah, sistem pendarahan, sistem saraf dan

    sebagainya. urid!murid dapat memaklumkan apakah yang berlaku kepada diri mereka apabila

    mereka mencapai akil baligh. )ontoh perubahan tubuh badan tumbuh misaiatau janggut,

    perubahan suara daripada halus kepada garau, lebih tinggi dari murid perempuan dan

    sebagainya. alah murid faham mengapa perubahan tubuh badan mereka berlaku apabila

    mencapai akil baligh, mereka juga mengetahui perkembangan tubuh badan murid perempuan

    berbeza dari lelaki apabila mencapai akil baligh. Seterusnya bagi perkembangan psikologikal

    daripada temubual dan pemerhatian dapat dilihat murid!murid ini boleh berfikir secara rasional

    dan memahami sikap yang dialami semasa mengalami akil baligh. )ontoh seperti murid

    perempuan mereka akan mudah marah, sensitif, sedih dan sebagainya. ereka boleh

    memahami mengapa perubahan tersebut berlaku kepada diri mereka apabila mencapai akil

    baligh malah mereka lebih mudah untuk berkongsi pengetahuan mereka bersama rakan!rakan

    tentang bagaimana mencapai akil baligh.

    Program yang dijalankan

    Sesi temubual bukan sahaja dilakukan terhadap murid sahaja tetapi telah dijalankan terhadap

    guru juga. "ntara persoalan yang diajukan kepada guru adalah program!program yang

    dijalankan di sekolah. 'erdapat beberapa program yang telah berjaya dijalankan antaranya

    adalah senam aerobik, cara membasuh tangan yang betul, makan secara sihat dan

  • 8/18/2019 Tugasan PKE

    6/8

    sebagainya. *amun begitu semua program yang telah dijalankan tersebut lebih menjurus

    kepada pendidikan kesihatan semata!mata tanpa berkaitan dengan seksualiti. *amun begitu

    dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru telah mengajar murid tentang akil baligh iaitu

    perubahan yang akan berlaku pada diri mereka semasa mencapai usia akil baligh. Bukan itu

    sahaja murid juga ada memaklumkan semasa sesi temubual dijalankan di mana guru juga ada

    menerangkan apakah yang berlaku kepada murid perempuan dan murid lelaki semasa mereka

    mencapai usia akil baligh. 'etapi penerangan yang disampaikan oleh guru tidak terlalu

    mendalam memandangkan peringkat umur murid masih belum memahami apa yang guru cuba

    sampaikan dan terangkan. Secara keseluruhan semasa sesi temubual dijalankan kepada murid

    dan guru menunjukkan Pendidikan $esihatan dan Seksualiti masih diajar kepada murid tetapi

    tidak mendalam kerana mengikut perkembangan umur murid pada peringkat sekolah rendah.

    Pengalaman

    Sepanjang menjalankan temubual dan murid menjawab soalan soal selidik didapati murid

    memahami tentang tahap perkembangan mereka dan boleh menghormati hak rakan!rakan

    yang lain. aksud menghormati hak rakan!rakan yang lain di sini ialah murid yang sedang

    mengalami proses mencapai akil baligh. &aitu murid yang sedang dalam proses mencapai akil

    baligh akan mengalami perubahan suara daripada suara perlahan kepada garau, rakan!rakan

    yang lain tidak mengajuk atau mempersendakan dan memberi gelaran!gelaran tertentu atas

    tujuan untuk memperlekehkan mereka. Selain itu murid lelaki kebanyakkan mereka tidak

    memahami apakah yang akan berlaku kepada murid perempuan yang sedang mencapai akil

    baligh. Dari segi emosi pula murid!murid tidak sabar!sabar untuk mengalami pengalaman

    mencapai akil baligh kerana mereka teruja ingin mengetahui apakah yang akan berlaku semasa

    mencapai usia akil baligh. Dari sudut psikologikal murid!murid mudah memahami emosi mereka

    apabila sedang sedih, marah, kecewa dan sebagainya. alah hubungan mereka sesama rakan

    sekelas juga baik seperti pergi ke kantin bersama!sama, tidak menyisihkan kawan yang ada

    atau memingkirkan diri dari rakan!rakan dan sebagainya. Dari sudut kebersihan diri pula murid!

    murid ini faham tentang penjagaan kebersihan diri dan kekemasan diri. Bagi murid pendidikan

    khas masalah pembelajaran pula mata pelajaran Pendidikan $esihatan dan Seksualiti diajar 

    tentang kecergasan diri mereka, bermain di padang dan mengikuti aktiviti senaman. $esemua

    aktiviti ini lebih menjurus kepada Pendidikan $esihatan +asmani. urid masalah pembelajaran

    selalunya akan dibawa ke padang untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.

    uru akan mengajar mereka untuk bermain dengan menggunakan peralatan dan bermain di

  • 8/18/2019 Tugasan PKE

    7/8

    padang secara berkumpulan. Proses pengajaran dan pembelajaran mereka lebih tertumpu

    untuk menjaga kesihatan. Bagi kebersihan diri untuk murid masalah pembelajaran mereka telah

    diajar dalam mata pelajaran $emahiran "sas #ntuk Berdikari. Seperti bagaimana untuk

    membersihkan tubuh badan, bagaimana untuk memberus gigi dan sebagainya dalam mata

    pelajaran tersebut guru akan mengajar secara spesifik dengan memberi tunjuk ajar kepada

    mereka.

    Kesimpulan

    Secara kesimpulannya di sini Pendidikan $esihatan dan Seksualiti adalah perlu diteruskan di

    sekolah memandangkan pada masa kini telah banyak berlaku masalah sosial dan gangguan

    seksual di kalangan murid sekolah. "dalah wajar untuk diperkenalkan di peringkat sekolah

    kerana Pendidikan $esihatan dan Seksualiti bukan sahaja tertumpu kepada pengetahuan

    seksualti sahaja tetapi sebenarnya tertumpu kepada perkembangan fizikal, perkembangan

    fisiologikal dan perkembangan psikologikal. Bukan itu sahaja Pendidikan $esihatan dan

    Seksualiti memberi pendedahan tentang seksualiti mengikut tahap perkembangan usia murid di

    sekolah rendah. Selain itu juga mata pelajaran ini ada memberi pendidikan tentang emosi murid

    iaitu bagaimana mereka mengenal emosi mereka, bagaimana untuk mengawal perasaan

    marah, bagaimana untuk merasai tenang dalam diri dan sebagainya.

  • 8/18/2019 Tugasan PKE

    8/8

    Rujukan

    *orizwan Sulaiman. -/0/, +an 12, Kepentingan pendidikan kesihatan.

    3etrieved http://mohdnorizwansulaiman.blogspot.my/2010/01/kepentingan-pendidikan-kesihatan-di.html

    ardha. -/0/, "pril 42, Kepentingan seks diperingkat sekolah rendah satu kewajaran.

    3etrieved https://towardsmardhatillah.wordpress.com/2010/04/27/pendidikan-seks-di-

    peringkat-sekolah-rendah-satu-kewajaran/ 

    ether. -/05, ay 12, Matlamat dan tujuan pendidikan jasmani.

      3etrievedhttp://studypjk2gether.blogspot.my/2013/05/matlamat-dan-tujuan-pendidikan-jasmani.html

    http://mohdnorizwansulaiman.blogspot.my/2010/01/kepentingan-pendidikan-kesihatan-di.htmlhttp://mohdnorizwansulaiman.blogspot.my/2010/01/kepentingan-pendidikan-kesihatan-di.htmlhttps://towardsmardhatillah.wordpress.com/2010/04/27/pendidikan-seks-di-peringkat-sekolah-rendah-satu-kewajaran/https://towardsmardhatillah.wordpress.com/2010/04/27/pendidikan-seks-di-peringkat-sekolah-rendah-satu-kewajaran/https://towardsmardhatillah.wordpress.com/2010/04/27/pendidikan-seks-di-peringkat-sekolah-rendah-satu-kewajaran/https://towardsmardhatillah.wordpress.com/2010/04/27/pendidikan-seks-di-peringkat-sekolah-rendah-satu-kewajaran/http://studypjk2gether.blogspot.my/2013/05/matlamat-dan-tujuan-pendidikan-jasmani.htmlhttp://studypjk2gether.blogspot.my/2013/05/matlamat-dan-tujuan-pendidikan-jasmani.htmlhttps://towardsmardhatillah.wordpress.com/2010/04/27/pendidikan-seks-di-peringkat-sekolah-rendah-satu-kewajaran/https://towardsmardhatillah.wordpress.com/2010/04/27/pendidikan-seks-di-peringkat-sekolah-rendah-satu-kewajaran/http://studypjk2gether.blogspot.my/2013/05/matlamat-dan-tujuan-pendidikan-jasmani.htmlhttp://studypjk2gether.blogspot.my/2013/05/matlamat-dan-tujuan-pendidikan-jasmani.htmlhttp://mohdnorizwansulaiman.blogspot.my/2010/01/kepentingan-pendidikan-kesihatan-di.htmlhttp://mohdnorizwansulaiman.blogspot.my/2010/01/kepentingan-pendidikan-kesihatan-di.html