tugasan pjm 3118 zul
TRANSCRIPT
-
7/30/2019 Tugasan Pjm 3118 Zul
1/10
PENGENALAN
Menurut A.S Hornby (1995), sukan bermaksud aktiviti fizikal yang dilakukan untuk
senaman dan keseronokan di kawasan yang ditetapkan dengan peraturan yang
khusus. Bersukan adalah merupakan satu aktiviti yang sangat popular dikalangan
masyarakat dunia tanpa mengira bangsa jantina dan peringkat umur. Penglibatan
individu dalam sukan bermula sejak usia kanak-kanak lagi yang bermula daripada
aktiviti main dalam kehidupan seharian mahupun dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Menurut Choong (2008) pula, main adalah sangat penting
kepada kanak-kanak bagi meningkatkan kemahiran motor, bahasa dan kemahiran
komunikasi lisan dan bukan lisan mereka.
Namun begitu, kadar penyertaan yang tinggi dalam sukan juga menyumbang
kepada peningkatan kadar kecederaan dikalangan kanak-kanak. Kajian yang
dilakukan oleh Laflamme dan Peterson (1997) menunjukkan kawasan rekreasi dan
lokasi sukan adalah merupakan kawasan utama berlakunya kecederaan di kalangan
pelajar sekolah. Sebanyak 12.1 peratus daripada 1000 kes kecederaan di sekolah
berlaku di kawasan-kawasan tersebut. Sememangnya, kecederaan semasa aktiviti
sukan tidak dapat dielakkan, terutamanya kanak-kanak yang sangat aktif dan
gemarkan aktiviti fizikal. Kecenderungan memilih aktiviti sukan dan lasak ini
mendedahkan kanak-kanak dengan kecederaan. Situasi ini tidak boleh dipandang
remeh kerana dalam sesetengah kes, ianya menyebabkan kanak-kanak tersebut
menderita seumur hidup.
1
-
7/30/2019 Tugasan Pjm 3118 Zul
2/10
Apakah yang dimaksudkan dengan kecederaan sukan? Menurut National
Institute of Arthritis and Musculoskeletal and Skin Diseases (2009), kecederaan
sukan membawa maksud kecederaan yang berlaku semasa individu terlibat dengan
aktiviti senaman atau sukan. Hal ini berlaku disebabkan oleh faktor seperti
kemalangan, latihan, alatan yang tidak selamat. Malah kecederaan juga boleh
berlaku disebabkan aktiviti memanaskan badan yang tidak betul.
Aktiviti sukan di sekolah mempunyai risiko kecederaan yang tinggi. Selain
mengambil kira faedah bersukan aspek kecederaan juga perlu diambil kira untuk
mencapai potensi dan peningkatan pencapaian. Menurut L. Arbernethy dan D.
Mcauley (1997), di dalam Kajian Persepsi Guru Sukan Terhadap Aspek
Keselamatan Sukan oleh Mawarni Mohamed (2006) sebanyak 22 peratus daripada
atlet berusia 8 hingga 17 tahun mengalami kecederaan. Selain itu, satu kajian dari
negara Belanda 62 peratus kecederaan dialami semasa pertandingan sukan, 20
peratus semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani dan 18
peratus berlaku semasa aktiviti rekreasi. Ini menunjukkan kadar kecederaan sukan
di kalangan atlet kanak-kanak dan remaja adalah sangat tinggi.
Artrhitis dan Bursitis adalah merupakan beberapa jenis kecederaan yang
bukan sahaja melibatkan golongan yang berumur malah ia juga melibatkan ahli
sukan serta inidvidu yang aktif dalam sukan serta aktiviti kecergasan. Oleh yang
demikian, kefahaman tentang jenis-jenis kecederaan, simptom, dan kaedah mula
yang betul dan berkesan perlu difahami dan dikuasai oleh setiap guru, jurulatih dan
ahli sukan bagi mengelakkan kecederaan yang lebih serius serta menyediakan
latihan yang sesuai. Selain itu, kefahaman tentang kaedah rawatan awal juga
adalah sangat penting.
2
-
7/30/2019 Tugasan Pjm 3118 Zul
3/10
1. ARTHRITIS
1.1 DEFINISI/ DISKRIPSI
Menurut Christian Nordqvist (2004), perkataan arthritis berasal daripada perkataan
Greek arthron yang bermaksud sendi dan perkataan latin itis yang bermaksud
keradangan. Arthritis memberi kesan terhadap sistem otot rangka terutama
bahagian sendi. Menurut William Cottrell (2012), kecederaan sukan yang menjurus
kepada arthritis berlaku apabila ligamen yang merupakan penyokong dan penstabil
dalam sendi rosak, menyebabkan pergerakan mekanikal sendi terganggu. Ini akan
menyebabkan tekanan yang berlebihan kepada permukaan tulang yang lama-
kelamaan akan menyebabkan berlakunya arthritis. Osteoarthritis merupakan satu
bentuk penyakit arthritis yang sering dihidapi oleh golongan berumur. Namun begitu,
terdapat juga bentuk arthritis yang melibatkan individu yang masih muda.
Gambar 1 Bahagian sendi dalam tubuh manusia
Sendi adalah merupakan tempat di mana tulang bergerak di atas tulang-
tulang lain. Tulang-tulang ini akan dipegang oleh ligamen.agar kedudukannya stabil
dan tidak beralih. Ligamen bertindak sebagai getah yang anjal untuk melancarkan
3
-
7/30/2019 Tugasan Pjm 3118 Zul
4/10
pergerakan. Rawan atau cartilage pula bertindak sebagai pelindung agar
permukaan tulang tidak begeser antara satu sama lain serta tidak berasa sakit.
Ruang dalam sendi mengandungi synovial fluid atau bendalir synovial yang
berfungsi untuk menyuburkan rawan serta sendi. Bendalir ini dihasilkan oleh
synovial membrane atau membran synovial. Arthritis yang dialami oleh seseorang
individu adalah bergantung kepada beberapa faktor. Ianya mungkin disebabkan
kerosakan pada rawan, kekurangan bendalir synovial, autoimun, keradangan atau
jangkitan serta beberapa faktor lain.
1.2 JENIS-JENIS ARTHRITIS
Terdapat berbagai jenis arthritis. Di antaranya ialah:
1.2.1 Osteoartrhitis Keadaan di mana rawan kehilangan elasticity. Apabila
rawan semakin nipis dan haus, ia akan menjadi mudah rosak.
Kerosakan pada rawan ini akan menyebabkan tendon dan ligament menjadi
tegang dan menghasilkan kesakitan. Akhirnya, tulang akan bergeser dan
menyebabkan kesakitan yang sangat teruk.
Gambar 2 : Osteoartrhitis
1.2.2 Rheumatoid arthritis Ini adalah merupakan satu bentuk keradangan sendi.
Membran synovial yang telah dijangkiti akan menyebabkan bengkak dan kesakitan.
Sekiranya tidak mendapat rawatan yang betul, ia akan menyebabkan kecacatan.
4
-
7/30/2019 Tugasan Pjm 3118 Zul
5/10
Rheumatoid arthritis biasanya lebih banyak menyerang kaum wanita berbanding
kaum lelaki yang berusia lingkungan 40 dan 60 tahun.
1.2.3 Septic Arthritis Arthritis ini juga dikenali sebagai arthritis berjangkit. Hal ini adalah
disebabkan berlakunya jangkitan kepada bendalir synovial dan juga tisu sendi.
Bakteria, kulat dan virus merebak melalui saluran darah daripada tisu yang telah
dijangkiti dan seterusnya menjangkiti sendi. Mangsa biasanya terdiri daripada
golongan yang telah menghidapi beberapa jenis arthritis sebelumnya.
1.2.4 Juvenile Rheumatoid Arthritis (JRA) Artrhitis ini sering dihidapi oleh individu yang
berusia 16 tahun ke bawah. Terdapat tiga jenis iaitu:
a. Pauciarticular JRA Arthritis yang sering dialami dan paling ringan. Pesakit
akan mengalami kesakitan pada 4 sendi.
b. Polyarticular JRA Ia menyerang lebih banyak sendi dan sangat berat.
Semakin lama, penyakit akan bertambah teruk.
1.3 TANDA-TANDA ARTHRITIS
Tanda-tanda dan simptom arthritis adalah berbeza mengikut jenis arthritis yang dihidapi oleh
pesakit. Di antaranya ialah:
1.3.1 Osteoartrhitis Tanda-tanda dan simptom osteoarthritis berlaku secara perlahan-
lahan dan akan menjadi semakin teruk sekiranya tidak diberikan rawatan. Kesakitan
pada sendi akan dirasakan oleh penghidap semasa dan selepas melakukan sesuatu
aktiviti. Kesakitan juga akan dirasakan apabila bahagian sendi telah lama tidak
digunakan. Bahagian sendi akan menjadi lembut terutama pada waktu pagi. Pesakit
akan merasakan kesukaran untuk menggunakan bahagian sendi tersebut kerana ia
5
-
7/30/2019 Tugasan Pjm 3118 Zul
6/10
telah kehilangan fleksibiliti dan menyukarkan pergerakan. Bahagian sendi yang
sering terlibat ialah sendi pinggang, tangan lutut dan tulang belakang.
1.3.2 Rheumatoid arthritis - Pesakit akan merasakan bahagian sendi yang sama pada
bahagian badan seperti jari, tangan, kaki dan pinggang mengalami keradangan dan
bengkak. Simptom kesakitan sering akan dirasai pada waktu pagi Sendi akan
berasa lembut apabila disentuh. Benjolan tisu atau nodul rheumatoiddi bahagian
bawah kulit lengan pesakit. Tangan pesakit juga akan kelihatan merah serta
mengalami sesak dada. Keletihan dan juga penurunan berat badan adalah antara
salah satu simptom yang dialami oleh pesakit. Pada kebiasaannya bahagian sendi
yang kecil akan dijangkiti terlebih dahulu dan seterusnya merebak ke bahagian-
bahagian sendi yang lain seperti pergelangan tangan, buku lali, siku, lutut, pinggang,
tengkuk dan rahang.
1.3.3 Septic Artrhitis Pesakit akan mengalami demam, keradangan sendi dan juga
bengkak. Kadangkala, simptom ini berkaitan dengan kecederaan atau penyakit lain.
kawasan sendi yang sering dijangkiti ialah lutut, pergelangan tangan, siku dan jari.
Namun begitu, Tetapi, didalam kebanyakan kes, hanya satu sahaja bahagian sendi
yang akan dijangkiti.
1.3.4 Juvenil Rheumatoid Arthritis - Pesakit biasanya terdiri dari kalangan kanak-kanak.
mereka akan demam yang mana akan menjadi semakin teruk menjelang waktu
petang dan hilang. Pesakit juga akan kehilangan selera makan dan kehilangan berat
badan. Kemungkinan juga, mereka akan mendapat ruam pada kaki dan tangan.
Bahagian sendi juga akan membengkak dan membesar lebih daripada biasa.
6
-
7/30/2019 Tugasan Pjm 3118 Zul
7/10
1.4 KESAN TERHADAP PRESTASI SUKAN
Menurut William Cottrell (2012), kecederaan dalam sukan yang menjurus kepada
arthritis biasanya disebabkan kecederaan ligamen yang menyokong struktur dalam sendi.
Kerosakan ligamen ini akan memberikan tekanan kepada rawan pada permukaan tulang
yang lama-kelamaan menyebabkan rawan menjadi semakin haus dan lusuh, seterusnya
menyebabkan arthritis. Kecederaan yang sering dialami oleh ahli sukan berlaku pada
bahagian lutut iaituAnterior Cruciate Ligamentatau ACL. yang merupakan penstabil utama
pada bahagian lutut. Kecederaan ini akan menghadkan pergerakan atlet dan seterusnya
menghalang atlet untuk menyertai sebarang kejohanan dalam jangkamasa tertentu.
1.5 RAWATAN DAN PEMULIHAN
Rawatan dan pemulihan boleh dilakukan dengan beberapa kaedah seperti:
1.5.1 Perubatan
Menurut Mayo Clinic Staff (2011), kaedah perubatan digunakan mengikut jenis
arthritis yang dialami oleh pesakit seperti:
Analgesics Perubatan ini membantu untuk mengurangkan kesakitan tetapi tidak
membantu mengurangkan bengkak. Contohnya Acetominophen Tramadol dan
hydrocodone.
Nonsteroidal anti-inflammatory Drugs (NSAIDs) NSAIDs membantu mengurangkan
kesakitan dan bengkak. Ianya termasuklah Ibrofen, dan Nproxen. Sesetengah
NSAIDs menyebabkan sakit perut da nada juga yang boleh memberikan kesan
kepada jantung. Ia boleh didapati dalam bentuk krim dan gel dan disapau pada
bahagian sendi.
1.5.2 Terapi
7
-
7/30/2019 Tugasan Pjm 3118 Zul
8/10
Terapi fizikal sangat sesuai bagi sesetengah bentuk arthritis. Senaman dan latihan
mungkin dapat membantu dengan menguatkan otot di sekeliling sendi. Menurut
Carol Eustice (2011), pesakit arthritis perlu melakukan senaman untuk menguatkan
otot sendi, mengekal dan menguatkan tulang, memperbaiki kekuatan dan tenaga,
membantu mencapai berat badan ideal dan memperbaiki emosi.
Terapi air di dalam kolam air panas juga dapat memberikan kelegaan kepada
pesakit. Daya apungan air dapat memberikan tekanan luar kepada sendi.
1.5.3 Pembedahan
Arthritis merupakan penyakit yang progresif. Ia akan menjadi semakin teruk dari
semasa ke semasa. Pembedahan yang dilakukan adalah bergantung kepada jenis
arthritis yang dialami. Terdapat beberapa jenis prosedur yang boleh dilakukan
semasa pembedahan. Antaranya ialah pembuangan synovium bersama lapisan
lapisan yang berpenyakit yang dipanggil sebagai proses synovectomy. Tulang-
tulang disusun semula dalam satu prosedur yang disebut Osteotomy. Pada masa
kini, sendi yang rosak boleh ditukarkan dengan sendi tiruan. Sendi tersebut dibuat
daripada seramik, logam dan plastik. Menurut Dr Zannoti (2012), pembedahan
asthroscopicpula boleh mengurangkan tempoh pemulihan.
1.5.4 Suntikan
Sekiranya ubat-ubatan tidak berhasil, suntikan kortison boleh membantu
mengurangkan kesakitan dan keradangan. Terdapat juga suntikan
Viscossuplimentation yang diluluskan oleh FDA untuk rawatan arthritis lutut.
1.5.5 Gaya Hidup
Pesakit perlu mengubah gaya hidup mereka dengan berusaha mengurankan berat
badan. Kegemukan akan memberikan lebih tekanan kepada sendi. Berat badan
yang ideal dapat mengurangkan kecederaan pada sendi. Selain itu, pesakit juga
perlu melakukan senaman yang sesuai seperti berenang dan aerobik air.
8
-
7/30/2019 Tugasan Pjm 3118 Zul
9/10
1.5.6 Rawatan Alternatif
Akupuntur adalah rawatan tradisional cina bagi mengurangkan kesakitn. Jarum yang
sangat halus akan dicucuk pada bahagian yang strategic bagi menyekat kesakitan.
Transcutaneous Electrical Nerve Stimulation (TENS) merupakan alat yang
mengeluarkan denyutan elektrik lemah yang memberikan kesan pada saraf
berhampiran sendi bagi mengganggu isyarat kesakitan ke otak.
Tuala lembap dan sederhana panas boleh digunakan dengan meletakkannya pada
bahagian yang sakit selama 15 hingga 20 minit tiga kali sehari bagi mengurangkan
simptom.
Ais boleh juga digunakan bagi mengurangkan kesakitan dan bengkak dengan
meletakkan ais yang dibalut dengan tuala pada bahagian tersebut.
1.6 PENCEGAHAN JANGKA PANJANG DAN PENDEK
Menurut Arthritis Foundation 2012, terdapat beberapa cara pencegahan seperti:
Makan secara sihat dan betul. Makanan yang seimbang dapat mengekalkan berat
badan yang ideal. Wanita yang gemuk dan berlebihan berat badan berpotensi
untuk mendapat arthritis pada lutut.
Berbincang dengan doktor tentang vitamin dan supplements yang sesuai.
Kandungan vitamin D yang mencukupi dalam badan meningkatkan jumlah kalsium
yang boleh diserap oleh tulang dan tubuh.
Kerap melakukan senaman supaya dapat menguatkan otot pada bahagian
sendi dan meningkatkan ketumpatan tulang. Senaman dapat mengurangkan
kehausan dan kerosakan rawan seterusnya mengurangkan risiko osteoarthritis.
Sekiranya individu mengalami postmenopausal lakukan terapi penggantian
hormone (HRT). Kebanyakan wanita kekurangan ketumpatan tulang apabila
mereka kurang menghasilkan estrogen. Estrogen berfungsi untuk menyimpan
9
-
7/30/2019 Tugasan Pjm 3118 Zul
10/10
kalsium dan mengekalkan ketumpatan tulang. Oleh itu, kadar estrogen yang rendah
akan menyebabkan osteoporosis di kalangan wanita selepas mereka menopause.
10