bahasa seni by zul fazli

18
PENGERTIAN SENI VISUAL Visual atau Tampak secara terminologinya bermaksud boleh dilihat atau disentuh. Jadi yang tergolong dalam sesuatu yang boleh dilihat dan disentuh ialah catan, lukisan, arca, ukiran, binaan bangunan dan sebagainya. Ia bukan setakat dilihat tetapi ia perlu difahami maksudnya atau sekurang-kurangnya teknik membuatnya, siapa membuatnya, mengapa ia dibuat, apa fungsinya, apa rujukannya, apa ideanya dan sebagainya. Maka ini akan menjurus kepada apresiasi pula di mana proses pemahaman dan kritikan berlaku baik secara lisan mahupun bertulis. Seni Visual/Tampak (meliputi seni Kraf, seni lukis, seni ukir, seni bina dan sebagainya). zulfazli sk serendah 2011

Upload: zul042748

Post on 26-May-2015

3.485 views

Category:

Education


2 download

DESCRIPTION

Apakah Bahasa Seni? Kita kongsilah ilmu yang ada.

TRANSCRIPT

Page 1: Bahasa seni by zul fazli

PENGERTIAN SENI VISUAL

Visual atau Tampak secara terminologinya bermaksud boleh dilihat atau disentuh. Jadi yang tergolong dalam sesuatu yang boleh dilihat dan disentuh ialah catan, lukisan, arca, ukiran, binaan bangunan dan sebagainya. Ia bukan setakat dilihat tetapi ia perlu difahami maksudnya atau sekurang-kurangnya teknik membuatnya, siapa membuatnya, mengapa ia dibuat, apa fungsinya, apa rujukannya, apa ideanya dan sebagainya. Maka ini akan menjurus kepada apresiasi pula di mana proses pemahaman dan kritikan berlaku baik secara lisan mahupun bertulis.Seni Visual/Tampak (meliputi seni Kraf, seni lukis, seni ukir, seni bina dan sebagainya).

zulfazli sk serendah 2011

Page 2: Bahasa seni by zul fazli

BAHASA SENI VISUAL

Seperti juga bidang yang lain, seni tampak juga mempunyai laras bahasanya sendiri. Bidang sastera ada laras bahasa sendiri seperti monolog, imbas kembali, dan lain-lain. Seni tampak pula mempunyai laras bahasanya sendiri seperti unsur-unsur seni , prinsip rekaan, bahan dan alat, teknik dan gayaan. Tanpa pengetahuan laras bahasa ini, seni dilihat tanpa makna.

zulfazli sk serendah 2011

Page 3: Bahasa seni by zul fazli

UNSUR SENIJalina

n

Garisan

Rupa Ruang

Warna

Bentuk

zulfazli sk serendah 2011

Page 4: Bahasa seni by zul fazli

1. Bentuk mempunyai struktur jisim dan isi padu. Ia mempunyai lebih daripada satu permukaan dan bersifat tiga dimensi (3D)2. Bentuk merupakan satu unsur yang amat penting dalam penghasilan karya seni yang bersifat realistik.3. Penggunaan unsur-unsur seni yang lain dapat digunakan bagi menghasilkan bentuk seperti garisan, jalinan, rupa, ruang dan warna.4. Garis luar sesuatu objek yang akan berubah mengikut arah pandangan mata.

Ciri-ciri bentuk1. Bersifat tiga dimensi (3D) – mengandungi ketinggian, lebar dan kedalaman2. Berstruktur - mempunyai rangka yang membolehkan membentuk form atau isipadu dengan tepat dan sempurna3. Boleh dilihat dari semua arah – mempunyai lebih dari satu permukaan4. Terdapat bayangan – mempunyai kesan cahaya dan bayang

Jenis-jenis Bentuk

A. Bentuk Konkrit1. Bentuk sebenar yang bersifat 3 dimensi dan dapat dirasa, disentuh dan dilihat daripada pelbagai sudut.2. mempunyai ciri-ciri nyata dan maujud (benar-benar wujud di hadapan mata)3. Contoh benda berbentuk konkrit ialah seperti batu, kayu, meja, kereta dan sebagainya.B. Bentuk Ilusi

1. bentuk ilusi ialah bentuk yang dihasilkan melalui kemahiran penggunaan unsur-unsur seni seperti warna, garisan dan lain-lain2. Bentuk objek yang dilihat dan dihasilkan melalui lukisan, catan, fotografi, cetakan atau pada permukaan rata (bersifat dua dimensi)3. Bentuknya tidak dapat disentuh tetapi hanya dapat dinikmati melalui deria penglihatan.4. Bagi menghasilkan karya 2 dimensi yang dapat mencipta bentuk, penggunaan kesan cahaya dan bayang merupakan faktor terpenting.zulfazli sk serendah 2011 zulfazli sk serendah 2011

Page 5: Bahasa seni by zul fazli

RODA WARNA

PANAS & SEJUK

WARNA

1. Tuhan telah menjadikan alam ini penuh dengan warna warni yang boleh dinikmati oleh manusia;2. Manusia boleh membina imej dirinya dengan penampilan warna yang tepat dan sebuai mengikit situasi tertentu3 Roda warna adalah gambaran visual warna ditetapkan mengikut hubungan warna antara watu sama lain. 4. Bermula dengan posisi roda warna, warna asas mempunyai jarak yang sama daripada satu sama lain, kemudian tercipta warna sekunder dan tertier. 5. Istilah-istilah ini merujuk kepada kumpulan atau jenis warnaWARNA ASAS1. Warna asas atau warna primer merupakan warna dasar sesebuah warna2. Warna-warna yang tidak boleh dibuat daripada campuran warna lain tetapi boleh menghasilkan warna kedua dan ketiga3. Mempunyai kuasa yang hebat4. Digunakan dalam penghasilan seni seperti poster, bendera, logo, lencana dan sebagainyaWARNA SEKUNDER1. Juga dipanggil warna kedua2. Warna sekunder dicipta daripada campuran dua warna asas.

     Warna sekunder = warna asas + warna asas3. Warna sekunder ialah jingga, ungu dan hijau

     a. Jingga = merah + kuning     b. ungu = merah + biru     c. hijau = kuning + biru

WARNA TERTIER1. Dicipta daripada campuran warna asas dan warna sekunder di sebelahnya dalam roda warna    warna tertier = warna asas + warna sekunder2. Warna tertier terdiri daripada      a. biru ungu = biru + ungu     b. biru hijau = biru + hijau     c. kuning jingga = kuning + jingga     d. kuning hijau = kuning + hijau     e. merah jingga = merah + jingga     f. merah ungu = merah + ungu zulfazli sk serendah 2011

Page 6: Bahasa seni by zul fazli

Jalinan ialah sifat permukaan sesuatu objek yang boleh dikesan secara  penglihatan (tampak) atau sentuhan.

Jenis-jenis jalinan :

Jalinan Sentuh: Merupakan kesan ke atas permukaan yang dapat dirasai melalui deria sentuhan.Contohnya seperti permukaan tayar kereta, permaidani, tekat timbul, tapak kasut,  kulit buah durian, kulit kayu, bola sepak takraw, dan sebagainya.

Jalinan Tampak : Kesan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasai  secara sentuhan. Jalinan ini  boleh dilihat secara ilusi pada alam benda dan   juga pada karya seni. Contohnya seperti permukaan corak kertas pembalut hadiah, permukaan  batu marmar yang licin, kulit buah tembikai, gambar-gambar foto,kulit durian dalam lukisan dan sebagainya.

Sifat jalinan:         Kasar – kulit ikan pari, kulit kayu     Lembut – permaidani,      Tajam – Kulit buah durian     Halus – Sayap rama-rama, kapas sutera.

Teknik-teknik untuk menghasilkan jalinan

Jalinan Sentuh- kolaj, ukiran kayu, anyaman jahitan, tenunan, ikatan, gosokan, teknik catan,   impasto,

Jalinan Tampak- catan, lukisan, cetakan, tiupan warna, pualaman.

Teknik menghasilkan jalianan dengan menggunakan media: pensel, Pen, Cat air, Cakaran, Impasto, Anyaman, Pualaman, Ikat dan celup, lukis dll.

JALINAN

zulfazli sk serendah 2011

Page 7: Bahasa seni by zul fazli

RUPA adalah hasil dari penghujung sesuatu garisan yang bertemu dengan permulaannya.RUPA tidak mempunyai apa-apa unsur seni seperti garisan, tona atau ruang.

RUPA POSITIFRupa sesuatu objek yang terletak dalam sesuatu kawasan tertentu.

RUPA NEGATIF Adalah ruang di keliling rupa objek tersebut.RUPA dihasilkan daripada garisan, warna dan jalinan.

JENIS RUPA RUPA ORGANIK – rupa bebas tanpa sudut.RUPA GEOMETRI –rupa bulat dan bersudut.

OLAHAN RUPA ADALAH DENGAN CARA PENAMBAHAN,  PENGURANGAN DAN PENGURANGAN

RUPA DALAM AKTIVITI MENCORAKRupa dijadikan motif atau pola corak Jenis ulangan dalam mencorak-susunan selang seli

OLAHAN RUPA – Menampakkan ilusi jisim, isipadu dan ruang pada rekaan seni halus, ilusi permukaan rata, ilusi kedalaman terhasil bila rupa bertindan.Rupa yang tersusun condong  meningkatkan illusi kedalaman

FUNGSI RUPA - RAGAM HIAS (RUPA ORGANIK),  REKAAN GRAFIK (SIMBOL,LOGO)

zulfazli sk serendah 2011

Page 8: Bahasa seni by zul fazli

Ruang ialah jarak di antara objek yang wujud di dalam alam nyata dan juga dalam karya seni visual. Objek yang berada di hadapan kelihatan lebih jelas dan besar berbanding dengan objek

sama saiz yang berada di bahagian belakang.

Contoh ruang yang wujud dalam karya seni visual digambarkan melalui kekuatan gubahan warna, jalinan, rupa dan bentuk.

B. Jenis-jenis Ruang

1.Ruang FizikalRuang fizikal merupakan ruang yang terdapat di persekitaran.

Ruang fizikal boleh dibahagikan kepada 2 iaitu,a. Ruang terbuka – suatu kawasan lapang dan luas.

b. Ruang tertutup – suatu kawasan yang sempit dan terhad.

2.Ruang Ilusi Dalam konteks ini, ruang dapat diterjemahkan mengikut 3 peringkat berdasarkanpenggunaannya dalam karya seni visual seperti lukisan, catan dan rekaan grafik.

RUANGzulfazli sk serendah 2011

Page 9: Bahasa seni by zul fazli

Garisan merupakan cantuman satu siri titik².

Garisan merupakan unsur seni terpenting dalam aktiviti melukis, menggambar dan

menulis.

Jenis² Garisan

Jenis-jenis garisan boleh dikelaskan berdasarkan penggunaan bahan atau

teknik yg menentukan rupa bentuk dan sifatnya.

Contohnya, pen marker akan memberikan garisan tebal, pen

memberikan kesan garisan halus manakala berus dan dakwat memberi

kesan garisan kasar.

· Garisan Tebal· Garisan kasar· Garisan nipis

· Garisan berlingkar· Garisan berbulu

· Garisan pancaran· Garisan beralun· Garisan zig-zag

· Garisan Putus-putuszulfazli sk serendah 2011

GARISAN

Page 10: Bahasa seni by zul fazli

PRINSIP REKAANPrinsip rekaan adalah kaedah atau

pengolahan unsur seni untuk menimbulkan gambaran tertentu dalam gubahan seni

visualHARMONI, KONTRA, PENEGASAN,

IMBANGAN, IRAMA DAN PERGERAKAN, KEPELBAGAIAN,

KESATUAN.

zulfazli sk serendah 2011

Page 11: Bahasa seni by zul fazli

- Dalam istilah bahasa harmoni membawa maksud aman dan

damai

- - Dalam istilah seni harmoni merupakan

hasil ulangan dan rentak unsur seni yang sesuai dan

seimbang

- - Harmoni wujud dalam penggunaan garisan dan warna

- - Harmoni tidak akan wujud jika ada unsur-

unsur yang bercanggah

zulfazli sk serendah 2011

HARMONI

Page 12: Bahasa seni by zul fazli

- Kontra wujud jika ada unsur-unsur seni yang bertentangan atau bercanggah dalam sesuatu gubahan

- Fungsi kontra ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, mengelakkan kebosanan dan kesan pergerakan

- Kontra dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni, teknik dan bahan yang berlainan

KONTRA

zulfazli sk serendah 2011

Page 13: Bahasa seni by zul fazli

-Penegasan wujud apabila terdapat sesuatu unsur yang menonjol, kontra atau ganjil dalam sesuatu gubahan

- Fungsi penegasan ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, dan mengelakkan kebosanan

- Penegasan dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni yang kontra atau asingkan objek yang hendak ditegaskan

PENEGASAN

zulfazli sk serendah 2011

Page 14: Bahasa seni by zul fazli

- Imbangan bermaksud kesamaan dan kesepadanan dari segi berat, tarikan dan tumpuan

- Terdapat 2 jenis imbangan iaitu:

a- Imbangan simetri – unsur seni yang sama antara kiri dan kanan atau atas dan bawah (garisan ‘axis’ dilukis di tengah-tengah

pembahagian tersebut)

b- Imbangan tidak simetri – unsur seni tidak sama di kedua-dua bahagian tetapi mempunyai ciri-ciri yang menimbulkan kesan

keseimbangan

IMBANGAN

zulfazli sk serendah 2011

Page 15: Bahasa seni by zul fazli

zulfazli sk serendah 2011

Page 16: Bahasa seni by zul fazli

zulfazli sk serendah 2011

Page 17: Bahasa seni by zul fazli

-Kesatuan bermaksud satu tema atau satu idea bagi semua unsur dalam

sesuatu gubahan-

- Kesatuan dapat menimbulkan suasana yang tenteram, teratur dan selesa

KESATUAN

zulfazli sk serendah 2011

Page 18: Bahasa seni by zul fazli

Thank YouZul Fazli Md Noh SK Serendah_2011

013 2924234